Rabu, 5 November 2008

TUN DR MAHATHIR

Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad, Presiden UMNO yang kelima, lahir pada 20 Disember 1925 di No. 18, Lorong Kilang Ais, Seberang Perak, Alor Setar, Kedah.

Penglibatannya dalam politik bermula pada 1945 bila dia menyertai Saberkas, Kesatuan Melayu Muda Kedah dan seterusnya UMNO (1946). Pada 1965, beliau dipilih menjadi Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO. Selain pengharaman bukunya ‘The Malay Dilemma’, Dr. Mahathir juga pernah dipecat daripada UMNO pada 26 September 1969.

Dr.Mahathir yang pernah dilabel sebagai ‘Ultra Melayu’ diterima balik menyertai UMNO pada 7 Mac 1972 dan kemudian dilantik sebagai ahli Dewan Negara (1973-1974). Pada 1974, beliau dlantik menjadi Menteri Pelajaran. Apabila Perdana Menteri/Presiden UMNO, Tun Razak Datuk Hussein meninggal dunia pada 14 Januari 1976, penggantinya Tun Hussein Onn melantik Dr. Mahathir sebagai Timbalannya (5 Mac 1976). Ketika itu Dr. Mahathir merupakan Naib Presiden UMNO.

Pada Perhimpunan Agung UMNO 1978, Dr. Mahathir menang tanpa bertanding jawatan Timbalan Presiden parti. Beliau seterusnya dipilih menjadi Presiden UMNO pada 26 Jun 1981 dan mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri pada 16 Julai 1981 bagi mengambil tempat Tun Hussein yang meletakkan jawatan dalam parti dan kerajaan kerana masalah kesihatan.

Sebaik sahaja menjadi Perdana Menteri, Dr. Mahathir melakukan pelbagai perubahan dasar yang drastic dalam bidang pentadbiran, pemikiran dan per juangan. Antara pembaharuan yang dilakukannya ialah mengemukakan Dasar Pandang ke Timur, Bersih Cekap Amanah, Kepimpinan Melalui Tauladan, Persyarikatan Malaysia, pengeluaran kereta nasional pertama, penerapan nilai-nilai Islam dalam perkhidmatan awam, menyamakan waktu di antara Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak serta Singapura dan Wawasan 2020.

(1) Syarikat Bekerjasama Kebajikan Am Saiburi (Saberkas).(2) Pada 28 Februari 1991, Dr. Mahathir mangemukakan Wawasan 2020, iaitu satu rancangan dan matlamat jangka panjang untuk menjadikan Malaysia Negara maju dengan acuannya sendiri pada 2020.

Tiada ulasan:


Bertempat di Bandar Saujana Utama, Kuala Selangor

Bertempat di Bandar Saujana Utama, Kuala Selangor