Selasa, 29 Mac 2011

Selangor Di Gegarkan Hari Ini Dengan Kehadiran Tan Sri Muhyidin Yassin.

LAWATAN KERJA

YAB TAN SRI MUHYIDDIN B. MOHD YASSIN TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA KE NEGERI SELANGOR 29hb MAC 2011 (SELASA)


8.30 -9.30pagi

■Sarapan 1 Malaysia di Sekolah Kebangsaan Sijangkang , DUN Sijangkang , Parlimen Kuala Langat ■Ucapan YB Datuk Seri Noh Omar ■Ucapan YAB Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin

10.00 pagi

■Walkabout /Tandatangan Plak Bangunan Baru SJK(C) Jenjarum ■Perjumpaan dengan Guru – guru / AJK PIBG seluruh Selangor di Dun Telok Datuk Parlimen Kuala Langat bertempat di Sekolah Agama Menengah Tengku Ampuan Rahimah , Sg. Manggis.

1.00-2.00 petang

■SOLAT ZOHOR Di Masjid Al- Ubudiah, Kg Tasik Tambahan

2.15 petang

■Perjumpaan dengan pimpinan RELA, JKKKP, Jkuasa Penduduk , Rukun Tetangga, AJK Masjid dan Surau serta NG0-NGO seluruh Selangor di DUN Lembah Jaya, Parlimen Ampang. (Townhall Meeting)

3.30- 4.30 petang

■Program CSR – Mengecat bangunan Sek. Men. Taman Tasik, Ampang ■SOLAT ASAR di Masjid Bandar Baru Ampang , Jalan Watan 12, Bandar Baru Ampang

5.30 petang - 9 malam

■Walkabout di sekitar Ampang Campuran DUN Lembah Jaya, Parlimen Ampang ■Minum di Restoran Hafiz Corner, Jalan Watan 12, Bandar Baru Ampang ■Solat Magrib di Masjid Kg. Melayu, Ampang.


9 malam

■Jamuan Rakyat 1 Malaysia di Pekarangan Masjid Nur Hidayah, Jalan H , Kg.Pandan DUN Cempaka , Parlimen Pandan .


Rakyat Negeri Selangor semua dijemput hadir.


Sumber : UMNO Negeri Selangor


Isnin, 28 Mac 2011

Anwar bakal ngelabah : Nalla sedia jumpa pemimpin PAS!

Bekas rakan karib Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk S. Nallakaruppan sedia berjumpa dengan pucuk pimpinan Pas bagi mendedahkan sendiri siapa sebenarnya Ketua Pembangkang itu.

Beliau berkata, kini tiba masanya untuk Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat; Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Timbalan Presiden, Nasharuddin Mat Isa dan Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali, mengetahui siapa Anwar.

“Pimpinan Pas boleh pilih tempat dan waktu, saya sedia bersemuka dengan mereka bagi menjelaskan siapa sebenarnya manusia bernama Anwar yang mereka (Pas) julang sebagai ketua.

“Sebaik-baiknya saya diberi peluang bertemu dengan pemimpin tersebut kerana mereka orang yang boleh membuat keputusan dalam parti,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Nallakaruppan yang juga Presiden Parti Bersatu India Malaysia (MIUP) berkata, perjumpaan tersebut sangat penting bagi menyelamatkan rakyat terutamanya orang Melayu dan penyokong kuat Pas.

“Mereka harus sedar sifat-sifat sebenar Anwar yang tidak boleh kita julang sebagai pemimpin. Anwar tidak layak menjadi pemimpin.

“Penyokong Pas harus memilih orang yang benar-benar layak diangkat sebagai ketua mereka dan Anwar bukan pilihan tepat serta tidak layak untuk menjadi pemimpin,” dakwanya.

Menurutnya, banyak perihal Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu yang tidak diketahui dan ia perlu diperjelaskan kepada mereka.

“Jangan biarkan mereka terus mempercayai bahawa segala apa yang dibongkarkan mengenai Anwar adalah fitnah belaka, tidak perlu taksub kepada Anwar,” katanya.

Nallakaruppan berkata, beliau sedikit pun tidak terkejut dengan isu video seks yang dikaitkan dengan seorang pemimpin pembangkang.

Baru-baru ini, negara dikejutkan dengan tindakan Datuk T mendedahkan rakaman video seks melibatkan seorang didakwa pemimpin pembangkang dengan pelacur dari China.

Warna-warni politik
Torashah

Sabtu, 26 Mac 2011

Apakah PAS sudah lupa atau buat-buat terlupa tentang Anwar!

Agak menarik apabila PAS menuduh UMNO terdesak dan cuba untuk menghalang kebangkitan Anwar. Mungkin PAS sudah lupa atau buat-buat terlupa tentang apa yang Anwar pernah katakan kepada PAS!

Dilihat penyokong-penyokong PAS kini membabi-buta menyokong Anwar Ibrahim hingga sampai ke tahap yang boleh kita kata sebagai taksub. Segala-gala perkara yang dibuat Anwar Ibrahim benar, dan bagi mereka tak mungkin dia berbohong. TAHUKAH, DAHULU ANWAR LAH YANG LANTANG MENGHINA PAS. Sama ada melalui media atau di dalam Parlimen, banyak kata-kata yang Anwar tujukan yang terang-terang menghina PAS.

"Pas gagal hormati prinsip Islam."
"Penyokong-penyokong Pas telah di brainwashed dan fanatik."
"Pas gagal majukan umat Islam."
"Pas suka gunakan slogan-slogan kosong."
"Dakwah Pas bukan cara Islam."
"Hujah Pas timbulkan fitnah."
"Pas hanya tonjol imej Islam palsu."
"Pas rela korbankan umat Islam."
"Pas telah ketepikan prinsip dakwah."
"Pas khianati orang Melayu".
"Pas tak ada akhlak" .

Adakah para ahli dan penyokong PAS marah apabila dengar kata-kata sebegitu? Jika ya, maka ahli-ahli dan penyokong PAS patut marah kepada si penipu Anwar Ibrahim, KERANA ANWAR LAH YANG MENGATA SEGALA PERKARA DI ATAS TERHADAP PAS.

Berikut adalah petikan-petikan daripada akhbar, semasa Anwar dalam kerajaan.

Pas gagal hormati prinsip Islam

KUALA LUMPUR, Jumaat - Pas tidak menghormati peraturan dan prinsip moral Islam kerana berdiam diri apabila kerajaan Iraq yang disokongnya, melakukan keganasan terhadap rakyat sendiri, khususnya kaum Kurdis. Naib Presiden Umno, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata Pas hanya mendewa-dewakan kepemimpinan Iraq tetapi menutup perkara sebenar mengenai keganasan dalam negeri yang dilakukan oleh kerajaan negara itu. (Berita Harian, 04/05/1991)

Anwar: Supporters of Pas brainwashed

KUALA TERENGGANU, Thurs. - Pas has succeeded in poisoning the minds of its supporters by not allowing them to question the credibility of statements made by party leaders in Harakah, its in-house newspaper, Finance Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim said today. He said Pas had used Harakah to criticise the Government's Islamisation effort to cover its own weaknesses. This was also why some of its supporters had become fanatics. (New Straits Times, 17/04/1992)

Pas gagal majukan umat Islam.

RAUB, Selasa - Naib Presiden Umno, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Pas masih gagal melaksanakan program memaju dan membangunkan umat Islam sekalipun sudah menguasai satu negeri di negara ini. "Tiada gunanya asyik bercakap mengenai Islam sedangkan rancangan untuk mengangkat martabat umat Islam ke tahap tinggi tidak ada," katanya. (Berita Harian, 25/08/1993)Kepada penyokong PAS, jangan percaya kepada pemimpin PAS, kerana Anwar kata mereka menipu rakyat.

Anwar bidas taktik kotor Pas

DUNGUN, Isnin - Datuk Seri Anwar Ibrahim, membidas taktik kotor pemimpin Pas yang sanggup berbohong dan menipu rakyat menggunakan ayat al-Quran semata-mata untuk memenangi kerusi dalam pilihan raya. Timbalan Perdana Menteri, berkata antara contoh penipuan ke atas rakyat berhubung cadangan kerajaan mahu membuang perkataan Islam daripada Pas, tetapi pemimpinnya membohongi rakyat dengan menyatakan kerajaan mahu membuang Islam. (Berita Harian, 24/01/1995)

Pas hanya tonjol imej Islam palsu

PASIR PUTEH, Isnin - Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, Pas hanya menyubur dan menonjolkan imej Islam palsu kerana di kalangan kepimpinannya penuh perbuatan menyeleweng, jahil atau menyembunyikan fakta sejarah dan kebenaran. Timbalan Perdana Menteri berkata, pemimpin Pas juga mempersendakan ayat al-Quran dan hukum, suka memaki hamun tetapi tidak pernah mengemukakan cadangan bernas, tidak pernah serius memperjuangkan nasib rakyat, malah sebaliknya menindas serta memesongkan akidah mereka. (Berita Harian, 21/03/1995)

Pas rela korbankan umat Islam: Anwar

KUALA TERENGGANU, Ahad - Pas rela menggadaikan masa depan umat Islam di negara ini apabila parti itu sanggup bekerjasama dengan DAP dan Parti Bersatu Sabah (PBS), kata Datuk Seri Anwar Ibrahim. Menurut Timbalan Perdana Menteri, tindakan Pas meletakkan calonnya di kawasan majoriti bukan Islam di Pulau Pinang dan Sabah dalam pilihan raya sebelum ini sama dengan mengkhianati agama, maruah dan masa depan umat Islam di negara ini. (Berita Harian, 03/04/1995)Yang hairannya, Anwar sekongkol dengan DAP sekarang boleh pulak? Nampaknya demi kuasa, Anwar heran apa maruah dan masa depan orang Melayu....

Anwar seru rakyat tolak Pas

HULU TERENGGANU, Selasa - Rakyat diminta menolak Pas kerana bersandiwara kononnya memperjuangkan kepentingan umat dan syiar Islam sedangkan pada masa sama membantu DAP melenyapkan kepentingan serta masa depan orang Melayu di Pulau Pinang, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim. (Berita Harian, 19/04/1995)Tengok. Anwar pun mengaku DAP melenyapkan kepentingan orang Melayu.
Pas khianati orang Melayu.

CENDERING, Rabu - Tindakan Pas menggunakan perantaraan Parti Melayu Semangat 46 (S46) untuk bekerjasama dengan DAP mengkhianati dan mengorbankan masa depan orang Melayu dan umat Islam di negara ini. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata kerjasama itu membuktikan seluruh pegangan Pas terpesong dan sanggup menggadai prinsip parti itu sendiri. (Berita Harian, 20/04/1995)

Pas cemar ukhuwah Islam

BACHOK, Rabu - Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan Pas menjalankan tarbiyah terhadap pemimpin dan ahlinya yang semakin ramai terpesong daripada ukhuwah atau persaudaraan Islam yang sebenar. Beliau berkata kebelakangan ini ramai pemimpin Pas mendakwa menjalankan prinsip dan perjuangan Islam, tetapi hakikatnya ia jauh menyeleweng. (Berita Harian, 20/04/1995)

Parti lawan tak ada akhlak

KUALA LANGAT: Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan tindakan Pas memburuk- burukkan pemimpin Barisan Nasional (BN) dengan gelaran menghina, sebagai tidak berakhlak dan menunjukkan kelemahan parti itu yang mendakwa memperjuangkan Islam. Timbalan Perdana Menteri berkata, BN tidak pernah mengamalkan prinsip memburuk-burukkan orang lain, terutama sesama Islam kerana amalan itu tidak ada kesudahannya. (Harian Metro, 21/04/1995).

Lihatlah perangai Anwar. Bukankah ini menunjukkan Anwar penipu terbesar Malaya? Bukankah pemimpin-pemimpin PAS dulu seangkatan dengan Anwar semasa zaman Anwar sebagai ahli politik mahasiswa? Namun bila Anwar berkuasa, rakan-rakan lamanya di PAS dihina. Semasa PAS tak diperlukan, Anwar mencaci PAS sebagai pengkhianat kepada umat Melayu. Anwar sendiri tahu apa agenda DAP, tapi demi kuasa sekarang ini dia sanggup biarkan DAP berleluasa.

Sebelum PAS nak menuduh UMNO dengan bermacam-macam tuduhan mengenai Anwar, adalah lebih baik mereka melihat kembali apa yang Anwar telah katakan mengenai PAS dan para pengikutnya!

Berikut adalah tuduhan dari PAS Kelantan terhadap UMNO : Pas sifatkan UMNO terdesak, cuba halang kebangkitan Anwar

" KOTA BHARU- Pas Kelantan menyifatkan UMNO kini berada dalam keadaan terdesak sehingga menimbulkan isu video seks Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Sri Anwar Ibrahim di saat kebangkitan pemimpin berkenaan.

Timbalan Pesuruhjaya Pas Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, ia mainan politik UMNO yang semakin terdesak apabila terpaksa berdepan kebangkitan pemimpin berkenaan dan pembangkang.

“Bagi saya ini mainan UMNO, mereka terdesak apabila berdepan Datuk Sri Anwar dan kebangkitan pembangkang, jadi mereka akan menggunakan pelbagai cara untuk memburuk- burukkan pembangkang.

“Ini kerana mereka nampak Datuk Sri Anwar menjadi lambang kepada kebangkitan orang ramai dan pembangkang,”katanya ketika ditemui media di sini semalam.

Menurutnya, sekiranya isu yang dimainkan itu mampu menjatuhkan Ketua Pembangkang berkenaan, ia boleh menutup peluang pembangkang untuk mengambil alih tempat kerajaan.

“Sejak timbulnya isu pita video ini, beberapa persolan timbul, yang pertamanya tentang masa, orang akan bercakap, sebab kenapa bubar Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, benda ini timbul, manakala individu- individu yang terlibat, seperti Datuk T , tidak ditahan, dan videonya tidak dirampas pada peringkat awalnya, sedangkan benda ini salah dari segi undang- undang, memilikinya pun sudah menjadi kesalahan, sehingga polis pergi serbu premis, tapi yang ini, jelas orang ini tidak ditahan, yang siasat itu cerita lain, memiliki video itu sudah cukup untuk mereka ditahan, di sini timbul persoalan,”katanya.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Negeri berkata, tambahan pula individu yang didakwa terlibat, iaitu Pengerusi Risda, Tan Sri Rahim Tamby Chik mempunyai masalah dengan Datuk Sri Anwar dari segi politik.

“Kejatuhan beliau di Melaka suatu ketia dahulu banyak kerana faktor Datuk Sri Anwar,”katanya.

Mohd Amar berkata, isu yang dimainkan ini juga menunjukkan sikap sebenar UMNO yang sepatutnya tidak diulangi lagi selepas isu kes liwat suatu ketika dahulu.

Katanya, rakyat sudah muak dengan cerita- cerita demikian yang jelas bertentangan denfan budaya dan kontaks rakyat Malaysia.

“Pada pandangan saya benda ini menunjukkan sikap UMNO sebenar, dan kita percaya rakyat akan akan jadi semakin muak, sebab dalam budaya kita, dalam kontaks Malaysia, budaya orang melayu, orang kita, benda- benda seperti ini sukar diterima dalam masyarakat, menyebabkan orang jadi benci, menimbulkan kebencian, dia susah dah orang nak percaya, sebab bila kes liwat yang pertama dulu pun, orang sudah ragu- ragu, orang akan fikir, benda macam ini berlaku lagi, sepatutnya, kes liwat dahulu menjadi pengajaran,”katanya.

Sedap mulut PAS menuduh UMNO dengan perkara yang bukan-bukan seolah-olah mereka sahaja yang maksum dan tak pernah buat dosa. Bagaimana pula bila ada pemimpim-pemimpin PAS yang terlibat dengan perkara-perkara yang merendahkan moral mereka sendiri seperti kes liwat Mat Sabu, bekas ketua Dewan Ulama, Perlis dan sebagainya. Malah ada diantara pemimpin mereka yang " bermain dengan bini orang " didalam gerabak keretapi, tetapi sampai sekarang mereka masih berdiam diri?

Mengata orang, tetapi mereka yang lagi lebih. Meludah kelangkit, terpercik kemuka sendiri. Fikir-fikirkanlah..!!!

Warna-warni politik
Torashah...

Khamis, 24 Mac 2011

Datuk 'T' adalah kumpulan 3 sahabat!

MISTERI siapa Datuk 'T' yang merujuk tiga sahabat yang membuat pendedahan rakaman video seks seorang lelaki didakwa pemimpin pembangkang dengan wanita dipercayai pelacur dari China pada 21 Februari lalu di sebuah hotel di Kuala Lumpur terdedah semalam.

Tokoh itu ialah ahli perniagaan yang juga sahabat karib Anwar Ibrahim, Datuk Shazryl Eskay Abdullah; bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Shuib Lazim.

Pada sidang akhbarnya di Kuala Lumpur, Shazryl Eskay dan Abdul Rahim yakin lelaki dalam rakaman video itu ialah seorang pemimpin parti pembangkang. Shuib bagaimanapun tidak hadir pada sidang akhbar itu kerana tidak sihat.

Berikut ialah sebahagian isi kandungan sidang akhbar itu.

SIAPA Datuk 'T' (Trio)?

Bukan nama individu tetapi sebaliknya kumpulan tiga sahabat yang saling mengenali sejak sekian lama. Nama Datuk 'T' sengaja digunakan untuk mengelakkan orang ramai mengenali mereka pada awal pendedahan video seks berkenaan.

Mereka ialah bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan yang juga sahabat karib Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Shuib Lazim.

Apa peranan mereka?

Shazryl Eskay Abdullah: Diarahkan oleh Anwar supaya mengambil jam tangan Omega di dalam sebuah bilik hotel di Kuala Lumpur. Bagaimanapun di bilik hotel itu selain menemui jam tangan, beliau turut menjumpai empat kamera litar tertutup (CCTV).

Beliau yang tidak dapat melihat isi kandungan rakaman video itu meminta bantuan Abdul Rahim dan Shuib bagi membuat salinan rakaman.

Beliau juga meminta Abdul Rahim untuk mencari lokasi yang boleh menjamin keselamatannya bagi mendedahkan isi kandungan video tersebut kepada wartawan pada 21 Mac lalu.

“Saya yakin 100 peratus (lelaki dalam video itu adalah seorang pemimpin parti pembangkang) sebab saya pun ada dalam rakaman video tersebut,” katanya.

Rahim Thamby Chik: Dihubungi Shazryl Eskay minggu lalu yang meminta bantuan bagi menyalin video seks itu. Juga bertanggungjawab memilih dan menempah bilik di Carcosa Seri Negara untuk tujuan pendedahan kepada wartawan.

Shuib Lazim: Membantu proses menyalin rakaman video. Beliau turut menjemput Ahli Parlimen Sungai Petani, Johari Abdul yang juga anak saudaranya supaya diberi peluang menonton rakaman video itu kerana hubungannya yang rapat dengan Anwar walaupun pada awalnya tidak dipersetujui oleh Shazryl Eskay dan Abdul Rahim.

Mengapa pendedahan dibuat?

Shazryl Eskay: “Sebenarnya (selepas) saya menunaikan umrah dan haji, saya rasa dipergunakan oleh Anwar sekian lama. Saya kenal Anwar sejak 1996.”

Rahim Tamby Chik: “Saya mengambil keputusan mendedahkan video seks ini bagi menegakkan kebenaran demi rakyat Malaysia mengenai akhlak sebenar pemimpin utama pembangkang ini.

Kami juga tampil mendedahkan identiti masing-masing kerana tidak mahu pembohongan, fitnah serta putar belit terus berleluasa menjadi asas politik di negara ini yang ditunjangi oleh pemimpin pembangkang tersebut.

Mengapa pilih Carcosa Seri Negara?

Rahim Tamby Chik: “Carcosa dipilih kerana mereka hendak tempat yang eksklusif dari segi keselamatan.”

Shazryl Eskay: “Kita tidak dapat perlindungan daripada polis, jadi saya tanya Tan Sri di mana tempat yang selamat dan Carcosa dikenal pasti. Sebenarnya kita hendak bagi lima orang wartawan sahaja yang tengok tetapi yang datang lebih 20 orang.”

Mengenai Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail?

Shazryl Eskay: “Seseorang (lelaki) menelefon saya, dia datang nak tengok video itu semalam. Saya kata okay, saya akan aturkan tempat untuk dia tengok. Tapi lelaki itu kata tidak dan nak datang sendiri untuk ambil video. Jadi, patutkah saya bagi video itu? (Dijawab ‘tidak!’ oleh wartawan). Dia kawan baik kepada Wan Azizah.”

Mengenai penglibatan Johari Abdul?

Abdul Rahim dan Shazryl Eskay mendakwa Johari mengakui lelaki dalam rakaman video berkenaan adalah pemimpin parti pembangkang berkenaan. Bagaimanapun sebaik pulang daripada menonton video itu, Johari menghubungi Shuib meminta wang pelincir. Johari juga meminta bayaran bagi tujuh ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk keluar parti. Permintaan itu ditolak.

Abdul Rahim: “Saya segera arahkan semua itu dihentikan. Ini bukan soal beri wang. Kita hendak tegakkan kebenaran. Kita bersusah payah untuk tegakkan kebenaran dan kita menghadapi rakyat Malaysia sebagai hakim yang bijaksana. Kerana itu walaupun semalam Ahli Parlimen ini (Johari) cuba membawa tujuh ahli Parlimen untuk temui kita. Kita tolak kerana kita tidak berminat sama sekali soal kewangan. Sedangkan misi sebenar untuk melihat kebenaran ini ditegakkan demi rakyat Malaysia.

Mengapa dedahkan sekarang?

Shazryl Eskay: “Ini bukan soal masa tapi yang cukup, cukuplah. Kebenaran mesti diberitahu.”

Mengapa tidak dedahkan kepada polis?

Shazryl Eskay: “Setiap kali polis dilibatkan, akan dipusing. Selalu akan dianggap konspirasi kerajaan. Saya bukan orang politik. Tapi saya pasti seseorang sudah melakukan sesuatu yang salah. Sebab itu kita biar wartawan yang putuskan. Kita bagi mereka tengok sendiri.

Siapa lagi terlibat?

Shazryl Eskay: “Tiada orang luar. Semua tiga ini, tiada sesiapa lagi. T untuk tiga atau trio.”

Warna-warni Politik
Torashah

Rabu, 23 Mac 2011

Ramai termasuk Zaid hairan Anwar cepat nafi terlibat!

Ketua Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA), Datuk Zaid Ibrahim hairan dengan tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang terlalu cepat menyifatkan video aksi seks yang dikaitkan dengan dirinya sebagai satu konspirasi untuk mengaibkan beliau dan keluarga.

Menurutnya, Anwar dan pemimpin pembangkang lain wajar melihat terlebih dahulu rakaman video tersebut sebelum membuat penafian kerana terlalu banyak persoalan yang perlu dijawab.

"Saya tidak boleh komen banyak sebab tidak tengok lagi video itu, tetapi saya hairan pemimpin PKR yang lain terus kata ia satu rekaan, hairan macam mana mereka tahu sedangkan mereka sendiri tidak tengok lagi.

"Pada sidang akhbar semalam, Anwar kata orang dalam video itu gemuk, mana Anwar tahu, dia pun belum lihat lagi. Terlalu banyak persoalan yang perlu dijawab, tetapi saya percaya tidak lama lagi semuanya akan jelas," katanya.

Beliau berkata demikian selepas memberi keterangan berhubung laporan polis yang dibuatnya Jumaat lalu terhadap Pengerusi DAP, Karpal Singh di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu di sini hari ini.

Zaid mendakwa diugut Karpal berhubung kenyataannya menasihati Anwar supaya menyerahkan sampel DNA tanpa perlu menunggu perintah mahkamah dalam perbicaraan kes liwat yang dihadapinya.

Semalam, Anwar menafikan penglibatannya dalam video aksi seks dengan seorang pelacur dipercayai dari China dengan mendakwa ia satu lagi konspirasi terbaru untuk memfitnah dan mengaibkan beliau dan keluarga.

Dalam perkembangan sama, Zaid yang juga bekas Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan berkata, rakyat telah membuang terlalu banyak masa untuk membincangkan masalah peribadi yang dihadapi oleh Anwar.

Beliau berkata, masa tersebut sewajarnya digunakan sebaik mungkin untuk membincangkan mengenai dasar dan pembangunan negara.

"Parti-parti politik tidak kira Barisan Nasional (BN) atau pembangkang sepatutnya dipimpin oleh pemimpin yang ada integriti.

"Sudah terlalu banyak tuduhan terhadap Anwar dan banyak masa negara dihabiskan untuk membincangkan masalah yang berkisar tentang peribadi Anwar, ini semua buang masa," katanya.

Tahu tak apa Zaid!

Warna-warni politik
Torashah

Isnin, 21 Mac 2011

Jangan tangguk di air keruh!

Hasrat Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud untuk berundur sebenarnya sudah dua kali dinyatakan sejak awal tahun ini, masing-masing sewaktu berucap dalam program Sejiwa Senada di Mukah dan Betong.

Kelmarin, ia sekali lagi diulangi oleh Abdul Taib dan ia dilihat sebagai satu pernyataan yang serius kerana dizahirkan pada program Sejiwa Senada Bahagian Samarahan yang turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Perdana Menteri yang berucap selepas itu, turut mengulas pengumuman Abdul Taib yang disifatkannya sebagai seorang 'Ayahanda' dengan satu ingatan yang cukup tegas iaitu jangan mana-mana pihak cuba membuat desakan berhubung pengunduran itu.

Kata Najib, soal pengunduran itu biarlah hanya dibincangkan antara beliau dan Abdul Taib sendiri dan ingatan itu sekali lagi diulangi pada sidang akhbar di Bilik VIP, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) sebelum berangkat ke ibu negara.

"Apabila sampai masa yang paling sesuai untuk berundur, Pehin Sri (Abdul Taib) akan memaklumkan kepada saya," katanya.

Justeru, ingatan Perdana Menteri itu perlu dihayati semua pihak dan tidak perlulah ada mana-mana pemimpin yang cuba menangguk di air keruh dengan harapan akan terpilih sebagai Ketua Menteri.

Memang ada beberapa nama disebut-sebut sebagai pengganti yang layak, seperti dua pemimpin kanan Parti Pesaka Bumiputera (PBB) iaitu Timbalan Presiden II, Datuk Abang Johari Tun Openg dan Naib Presiden Kanan, Datuk Awang Tengah Ali Hassan.

Ada juga pihak yang menyebut Ketua Penerangan PBB, Tan Sri Adenan Satim dan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Effendi Norwawi masih mempunyai peluang. Sebenarnya, nama-nama ini bukannya sesuatu yang baru bagi rakyat Sarawak kerana ia telah lama tersebar.

Bagi tukang gosip politik, pelbagai teori dicipta, umpamanya teori STATE yang berinspirasikan teori RAHMAN yang dikaitkan dengan siapa yang bakal menjadi Perdana Menteri bagi merasionalkan peluang Effendi.

Menurut mereka, S merujuk kepada Ketua Menteri pertama, Datuk Stephen Kalong Ningkan, T merujuk kepada Datuk Penghulu Tawi Sli (Ketua Menteri kedua), A merujuk kepada Tun Abdul Rahman Ya'kub (Ketua Menteri ketiga), T merujuk kepada Abdul Taib dan E pula merujuk kepada Effendi.

Begitulah kreativiti tukang gosip politik, pelbagai teori dicipta namun hakikatnya Sarawak hanya memerlukan seorang sahaja Ketua Menteri dan dalam politik sesiapa sahaja mempunyai peluang untuk naik ke atas.

Ia telah berlaku di peringkat kepimpinan Pusat dan negeri-negeri lain, sudah acap kali pemimpin yang tidak dijangka dilantik sebagai pemimpin nombor satu. Rezeki Allah tiada siapa yang tahu.

Kerana itu, soal kepimpinan yang bakal berubah tidak sepatutnya mengalihkan fokus Barisan Nasional (BN) Sarawak untuk berhadapan dengan 'perang besar demokrasi' yang akan diadakan tidak lama lagi. Apa yang lebih penting ialah kemenangan BN kerana ia akan menjadi indikator sokongan rakyat kepada kerajaan di peringkat nasional.

Ketua Pemuda PBB, Datuk Fadillah Yusof turut berkongsi sentimen yang sama apabila meminta kepimpinan pemuda parti itu menyelami ingatan Perdana Menteri bahawa perubahan mesti dibuat secara teratur dan berhati-hati.

"Sama ada di peringkat pusat dan negeri, peralihan kuasa mesti berlaku sebaik mungkin. Paling utama ialah kesinambungan perancangan pembangunan.

"Apabila berlaku perubahan, ia mestilah memperkukuhkan apa yang telah dibina baik dari segi politik mahupun sosio ekonomi dan pemimpin baru itu mestilah menerima penghormatan dari semua sektor, bukan sahaja politik bahkan ekonomi," tegasnya.

Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan (ADUN) Asajaya, Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, Abdul Taib perlu diberi ruang untuk membuat keputusan dan beliau sebagai ahli politik yang amat berpengalaman pastinya akan melakukan yang terbaik untuk seluruh rakyat Sarawak.

"Kita berdiri teguh di belakang Ketua Menteri dan jangan ada mana-mana pemimpin baik dalam BN mahupun dari luar membuat desakan.

"Sudah pasti satu hari nanti kita akan bertemu pemimpin yang baru, bak kata pepatah Melayu, patah tumbuh hilang berganti," katanya yang merupakan Ketua Setiausaha Politik Abdul Taib.

Mengulas mengenai antara cabaran pemimpin baru kelak, Abdul Karim berkata ia adalah berkaitan mempertahankan perpaduan rakyat berbilang bangsa di Sarawak.

"Beliau (Abdul Taib) amat hebat menyatukan rakyat baik Melayu, Cina, Dayak dan Orang Ulu sehingga tiada satu pun yang tersisih.

"Sukar untuk mencari pemimpin sebegini, sesiapa yang mengambil alih kelak perlu mencari formula untuk mengekalkan apa yang telah berjaya dilakukan Pehin Sri (Abdul Taib)," katanya.

Turut mengulas hasrat pengunduran itu ialah Ahli Parlimen Santubong, Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang menyatakan harapan supaya pemimpin baru nanti tidak mengetepikan landasan pembangunan negeri yang telah dirangka Abdul Taib.

Katanya, jika mahu melakukan perubahan sekalipun ia hanya dalam aspek pelaksanaan, bukannya misi yang digariskan.

"Kalau tidak ada kesinambungan, akan hilanglah hala tuju Sarawak yang telah dirancang dengan baik selama ini," tegasnya.

Beliau juga berharap tiada tekanan diberikan kepada Abdul Taib untuk berundur kerana sesuatu perkara yang penting tidak boleh dilakukan secara tergesa-gesa.

"Saya selalu berkata dalam persidangan antarabangsa berkaitan demokrasi, jangan paksa kita (Malaysia) untuk berbuat sesuatu.

"Negara kita ada program tersendiri, begitu juga dengan Pehin Sri, beliau ada program dan tempoh masa yang ditetapkan," katanya yang melahirkan keyakinan bahawa Sarawak tidak pernah tandus kepimpinan yang berkualiti.

Warna-warni politik
Torashah

Sabtu, 19 Mac 2011

Kerajaan PKR Selangor tamak, degil!

Dahulu pemimpin PKR berkata, mereka akan berjuang untuk hak-hak Orang Asli. Kini, skrip sudah berubah.

Isu kegiatan mengorek pasir secara besar-besaran di tanah milik Orang Asli Temuan di Mukim Tanjung 12 dekat Paya Indah Wetland yang didedahkan Utusan Malaysia hari ini menjelaskan sikap tamak dan degil kerajaan PKR.

Bukankah kegiatan rakus itu telah didedahkan media massa tahun lalu tetapi teguran bagaikan masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Masalah perlombongan pasir di Kuala Langat sepatutnya telah dapat ditangani tetapi semakin rakus pula syarikat kerajaan Selangor mengoreknya.

Pihak yang menjadi mangsa keadaan ini ialah rakyat terutama penduduk Orang Asli kawasan berkenaan. Sudahlah tanah mereka diceroboh oleh syarikat milik Kerajaan Negeri Selangor, hasil mahsul bumi itu pula langsung tidak diberi walau sedikit kepada penduduk terbabit.

Nampaknya operasi melombong pasir di tanah warisan itu satu-satunya cara mudah pentadbiran Abdul Khalid Ibrahim untuk meningkatkan hasil kerajaannya dengan berlipat kali ganda. Pasir kini menjadi sumber wang bagi suku-sakat pemimpin pembangkang Selangor.

Tindakan ini menunjukkan kerajaan PKR Selangor lebih mendahulukan orang di sekelilingnya sahaja. Mereka tidak pandai menyelesaikan masalah. Sebaliknya amat cekap kalau mahu mempolitikkan sesuatu isu.

Elok ditanya kepada Khalid, apa sumbangan besar kerajaan negeri pimpinannya kepada rakyat Selangor sehingga hari ini?

Hakikatnya Kerajaan Negeri Selangor sejak diperintah PKR bukan sahaja tidak mampu mentadbir negeri, malah menambah burukkan keadaan dengan tindakan-tindakan yang mengelirukan rakyat dan gagal pula mengurus ekonomi negeri dengan baik.

Warna-warni politik
Torashah

Rabu, 16 Mac 2011

Anwar tak layak desak rakyat hentikan demonstrasi!



















Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) menganggap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak layak untuk mendesak mahkamah mengambil tindakan terhadap rakyat yang berhimpun secara aman di seluruh negara bagi mendesaknya menyerahkan sampel asid deoksiribonukleik (DNA).

Pengerusinya, Hamidzun Khairuddin berkata, sebelum ini Anwar adalah individu yang paling lantang kononnya memperjuangkan hak kebebasan bersuara untuk rakyat di negara ini.

"Bukankah budaya demonstrasi ini diamalkan oleh Anwar sejak beliau menuntut di Universiti Malaya (UM) lagi?" katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.

Beliau mengulas tindakan peguam Anwar, Karpal Singh yang memohon kepada Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah yang mengendalikan perbicaraan liwatnya dengan bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan supaya mereka yang terlibat dalam demonstrasi berkaitan DNA dikenakan tindakan menghina mahkamah.

Anwar juga memohon supaya dua media tempatan iaitu akhbar New Straits Times (NST) dan Utusan Malaysia dikenakan tindakan mahkamah kerana menyiarkan laporan tentang demonstrasi itu.

Sementara itu, Hamidzun berkata, sikap berat sebelah yang ditunjukkan Anwar itu membuktikan yang beliau telah menyalahgunakan kuasanya sebagai Ketua Pembangkang di negara ini.

"Apabila terkena batang hidungnya sendiri, beliau dengan angkuhnya memarahi rakyat yang bangkit menentangnya," tegasnya.

Dalam perkembangan berkaitan, tambah Hamidzun, GAPS bersedia untuk menganjurkan demonstrasi berskala besar untuk terus mendesak Anwar supaya beliau tunduk kepada proses perundangan negara.

Warna-warni politik
Torashah..

Isnin, 14 Mac 2011

Memoir Dr. Mahathir amanat bangsa!

Satu hari pada tahun 1971, Tun Dr. Siti Hasmah Ali yang bertugas sebagai Pegawai Perubatan wanita pertama di Kedah terlibat dalam satu kemalangan jalan raya ketika memandu menuju hospital Arau, Perlis.

Seorang penunggang motosikal melintas di depan beliau dan ketika mengelaknya, Dr. Siti Hasmah Mohd terbabas melanggar sebatang tiang telefon sebelum keretanya terbabas masuk ke sawah padi.

Maka beliau dalam keadaan antara sedar dengan tidak sebelum berupaya melambai kepada orang kampung yang sedang lalu di situ untuk membantunya.

Sekumpulan orang kampung ketika sedang mengangkat sebuah rumah untuk dipindahkan ke tempat lain, suatu amalan biasa di kampung ketika itu.

Perkara pertama yang Dr. Siti Hasmah lakukan ialah bertanyakan sama ada penunggang motosikal itu selamat. Tetapi dia telah pun meninggalkan tempat itu.

Orang kampung berjaya mengeluarkan beliau daripada kereta yang remuk itu dan membawa ke hospital Kangar dengan menggunakan sebuah teksi.

Sesampai di situ, Dr. Siti Hasmah cuba menelefon Tun Dr. Mahathir Mohamad di kliniknya iaitu Klinik Maha di Alor Star, Kedah. Tetapi talian telefon itu didapati terputus.

Maka pemandu teksi yang membawanya ke hospital itu cukup baik hati untuk pergi ke Alor Star untuk memberitahu Dr. Mahathir yang kemudian bergegas ke Kangar.

Mengapa talian telefon itu putus? Sebabnya ialah tiang telefon yang menanggung wayar untuk talian dari Alor Star ke Kangar telah tumbang kerana dilanggar kereta yang dipandu oleh Dr. Siti Hasmah itu.

Mungkin sebahagian kalau tidak pun seluruh Perlis terputus hubungan akibat ketiadaan satu tiang telefon itu.

Perkara ini mungkin sukar untuk digambarkan oleh generasi muda hari ini yang mempunyai telefon bimbit dan boleh menghubungi sesiapa di dunia

Kisah ini adalah antara apa yang diceritakan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam memoirnya, A Doctor in the House: The Memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamad yang diterbitkan Selasa lalu.

Tahun-tahun 70-an itu jauh bezanya berbanding tahun 2000 ini. Tetapi itulah kehidupan penduduk Malaysia pada zaman itu. Negara ini, walaupun ketika itu sudah merdeka tetapi ia belum membangun lagi.

Pada masa itu Dr. Mahathir terpinggir daripada gelanggang politik. Beliau dipecat daripada UMNO pimpinan Tunku Abdul Rahman pada tahun 1969. Tahun di mana beliau kalah mempertahankan kerusi Parlimen yang dipegangnya selama sepenggal sejak 1964.

Tetapi dalam keadaan dipinggir itulah beliau telah melakukan pemikiran mendalam mengenai politik, khususnya mengenai haluan bangsa dan negara.

Daripadanyalah lahir apa yang disebutnya sebagai falsafah politiknya. Iaitu cara mana hendak memajukan orang Melayu dengan pelbagai halangan di kelilingnya.

Sebagai seorang yang terpinggir daripada politik, maka sukar Dr. Mahathir untuk menyuarakan pandangannya. Tidak ada akhbar di negara ini yang mahu menyiarkan pandangannya.

Maka cara terbaik untuk mengutarakan falsafah politiknya ialah dengan menulis sebuah buku. Maka hasilnya ialah The Malay Dilemma.

Tetapi dalam bentuk buku pun, tidak ada siapa di negara ini yang sanggup menerbitkannya. Maka akhirnya sebuah penerbit Singapura , Donald Moore menerbitkannya.

Sebaik saja diterbitkan, kerajaan pimpinan Tunku terus mengharamkannya. Namun begitu banyak orang pergi ke Singapura dan membeli serta membacanya..

Kini The Malay Dilemma yang sudah pun diterjemahkan menjadi Dilema Melayu bebas dijual dan dibaca oleh sesiapa di negara ini.

The Malay Dilemma ini adalah tulisan yang merupakan suatu pegangan politik, kalau tidak pun satu teori mengenai masalah bangsa Melayu dan negara Malaysia, serta cara bagi mengatasinya.

Kisah mengenai The Malay Dilemma ini telah dikhususkan dalam bab 18 memoir ini.

Amalan

Dari segi amalannya secara praktikal pula terkandung dalam dasar-dasar dan tindakan-tindakan politik yang dilakukan oleh Dr. Mahathir apabila beliau menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun dari 1981 hingga 2003.

Maka kalau The Malay Dilemma itu adalah teks pemikirannya, maka pentadbirannya sepanjang 22 tahun itu adalah konteks di mana beliau berusaha melaksanakannya.

Tentunya sepanjang 22 tahun itu, beliau menilai semula apa yang dihujahkan dalam The Malay Dilemma.

Sebahagian daripada apa yang dicita-citakannya tercapai, dan sebahagiannya pula gagal. Tetapi secara keseluruhan, pentadbirannya adalah suatu kejayaan yang membolehkan beliau diletakkan sebagai Perdana Menteri Malaysia paling berjaya sehingga ini.

Secara umum, apa yang di nilainya itu terkandung dalam A Doctor in the House ini.

Memoir setebal 843 muka surat yang disiapkan dalam masa lapan tahun sejak beliau bersara ini merupakan suatu karya warisan kepada generasi akan datang. Ia bukan memoir atau autobiografi yang hanya menceritakan pengalaman hidup. Tetapi lebih penting lagi ialah hasil fikirannya mengenai politik atau pesanannya kepada generasi akan datang mengenai bangsa dan negara.

Seingat penulis, setiap kali bertemu beliau selepas persaraan untuk wawancara atau berdialog, Dr. Mahathir akan ditanya bila memoirnya akan siap.

Maka setiap kali ditanya, beliau akan menunjukkan manuskrip yang berada di depannya dengan penuh tanda-tanda suntingan.

“Ini sedang buatlah,” katanya dengan senyumannya yang terkenal itu.

Bagi mereka yang hanya mencari kisah menarik yang eksklusif dan sensasi semata-mata daripada buku ini mungkin akan berasa kecewa. Ini kerana buku ini sarat dengan sejarah dan hujah politik yang menuntut kemampuan intelektual.

Namun begitu, memoir ini adalah bacaan wajib bagi semua rakyat Malaysia yang menganggap diri mereka berpendidikan.

Memoir ini mengandungi tiga bahagian pemikiran politiknya. Pertama, pembentukan fahaman politik melalui pengalamannya semasa kecil melalui zaman penjajahan, British dan Jepun hinggalah kepada beliau dipecat daripada UMNO yang kemudian melahirkan The Malay Dilemma.

Kedua, pelaksanaan fahaman dan strategi politiknya bermula dengan penerimaan masuk semulanya ke dalam UMNO hinggalah beliau meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri. Peringkat inilah terkandung tentang bagaimana beliau berusaha melaksanakan fahaman politiknya yang tertera dalam The Malay Dilemma , serta penilaian terhadap usahanya.

Tentulah bahagian ini terbahagi dua iaitu semasa beliau belum menjadi Perdana Menteri, dan ketika menyandang jawatan itu

Ketiga adalah bahagian paling pendek iaitu satu bab, terakhir. Tajuknya Legasi dan Dilema Baru. Ia mengisahkan apa yang difikir oleh Dr. Mahathir mengenai apa yang berlaku selepas menjadi Perdana Menteri, iaitu sepanjang pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi. Maka apa yang terkandung dalam bab ini boleh dikatakan sebagai amanatnya kepada generasi akan datang. Sama ada generasi akan datang mahu menerima amanat ini atau tidak, itu soal lain. Tetapi Dr. Mahathir telah memberikan pandangannya dengan segala hujah-hujahnya, walaupun tidak lengkap dan pembaca mungkin masih dahagakan lagi buah fikiran beliau.

Sememangnya memoir ini tentulah dirancang sebagai kisah hidup Dr. Mahathir daripada lahir hinggalah beliau melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri. Tetapi oleh kerana lapan tahun buku ini baru dapat diterbitkan selepas persaraannya, maka hendak tidak hendak, apa yang difikirkan mengenai peristiwa-peristiwa yang berlaku selepas persaraannya wajar juga diambil kira.

Dokumentari

Kisah hidup beliau secara umumnya sudah banyak diketahui. Baik melalui media cetak, buku-buku yang ditulis orang atau filem-filem dokumentari. Begitu juga dengan pemikirannya, sama ada diulas oleh penyokongnya atau pengkritiknya sememangnya banyak telah tersebar.

Tetapi apa yang membuatkan keunggulan memoir ini adalah pemikirannya yang disuarakannya sendiri secara hampir keseluruhannya. Memoir ini bukan kisah peristiwa semata-semata tetapi ia menghujahkan suatu pemikiran. Ia adalah buku serius, bukan buku cerita.

Bagi mereka yang hidup bersama waktu dengan Dr. Mahathir, sama ada sebagai pegawai dan kakitangan yang bekerja untuknya, atau ahli-ahli parti yang mendokongnya, atau wartawan yang sentiasa mencatat mengenai beliau, kisah politik beliau hinggalah ke hari ini adalah cerita hidup bersama.

Malah kalau hendak dikira pun, seluruh rakyat Malaysia dewasa yang hidup di bawah pentadbirannya dari tahun 1981 hingga 2003 akan melihat memoir ini sebagai sebahagian daripada pengalaman mereka juga.

Tetapi bagi generasi kemudian, umpamanya yang berusia 40 tahun ke bawah, lebih-lebih lagi 30 tahun ke bawah, zaman pentadbiran Dr. Mahathir semakin menjauh dan mereka lama-lama akan kurang faham mengenai perjuangan beliau serta para penyokongnya.

Maka di sinilah memoir ini penting untuk ditatap oleh generasi akan datang. Ini kerana cabaran-cabaran terhadap bangsa dan negara pada masa akan datang memerlukan pemahaman terhadap mengapa pemimpin-pemimpin lalu membuat sesuatu keputusan atau dasar. Lebih-lebih lagi soal mengapa Dr. Mahathir melakukan sesuatu perkara.

Di akhir memoir ini sedikit sebanyak Dr. Mahathir ada menghuraikan mengenai mengapa beliau tidak setuju dengan penggantinya, Abdullah terhadap beberapa isu. Maka hujah dan penjelasan ini penting bagi generasi-generasi akan datang dalam mewarisi negara ini.

Tetapi bagi kedua-dua generasi, sama ada generasi muda atau yang sudah semakin berusia dan pernah hidup dalam pentadbiran Dr. Mahathir, bahagian pertama buku ini, iaitu kisah ketika beliau masa kecil hinggalah memasuki politik adalah paling penting. Lebih penting daripada bahagian-bahagian seterusnya.

Ini kerana pengalaman beliau semasa penjajahan British, Jepun dan Siam mencorak pemikiran politiknya yang kemudian terungkap dalam The Malay Dilemma dan cuba dilaksanakan semasa pemerintahannya, dengan akhirnya memoir ini menjadi penilaian terhadap dirinya sendiri. Justeru ia menjadi amanat, kalau tidak pun wasiat untuk masa depan.

Apakah yang boleh dipelajari daripada pengalaman semasa kecilnya?

Pertamanya wajar diakui bahawa beliau adalah seorang Melayu yang berjaya. daripada seorang biasa, bukan bangsawan, menjadi profesional. Berjaya dalam kerjaya dan keluarga.

Lebih penting lagi, beliau mempunyai prinsip dan menetapkan perjuangannya melalui kemampuan pemikirannya. Kemudian berjuang dalam politik hingga berjaya menjadi pemimpin utama negara. Berjaya pula memimpin negara hingga berlaku perubahan daripada hanya sebuah negara merdeka kepada negara hampir maju.

Masa kecilnya membentuk dirinya. Jika banyak lagi orang Melayu mencontohi cara hidup beliau, terutamanya generasi muda, besar kemungkinan bangsa Melayu turut berubah. Apabila bangsa Melayu berjaya maka negara Malaysia juga akan cemerlang.

Dalam hidupnya, kepentingan kejayaan dalam pendidikan adalah jelas. Formal dan tidak formal.

Tentunya tidak semua orang Melayu mampu menjadi seperti beliau. Tetapi kalau sebahagian besar orang Melayu boleh menjadi sepertinya, atau sebahagian daripada pencapaiannya, tentulah perubahan lebih baik pasti berlaku.

Zamannya tentu jauh berbeza dari hari ini. Tetapi banyak pengajaran dapat diperoleh daripada insan yang bertuah ini.

Oleh : Zin Mahmud

Warna-warni politik
Torashah

Khamis, 10 Mac 2011

Siapa tipu siapa! - Benarkah Karpal Sudah Faham Hudud!



Kenyataan Karpal Singh pada 10 Januari 2008, menyangkal kembali kenyataan Haji Hadi. "Kenyataan oleh Abdul Hadi berhubung perlaksanaan hukum hudud, kononnya DAP sudah jelas dan faham dengan apa yang sedang bermain difikiran Pas, sebenarnya tersimpang jauh daripada kebenaran.Pas tidak pernah menjelaskan isu berhubung perlaksanaan hukum hudud kepada DAP.

DAP sudah tentu ada masalah berhubung perlaksanaan hukum hudud dalam negara," kata Karpal Singh. Nampak benar PAS sebenarnya telah menipu DAP dan rakyat dengan menyatakan bahawa penjelasan hudud sudah diberikan kepada DAP. Mengapa PAS buat begitu? Lebih baik rasanya Karpal saman Haji Hadi kerana kenyataan tersebut.

Sehari sebelum itu, iaitu pada 9 Januari 2008, Haji Hadi Awang (Presiden PAS) memberikan kenyataan bahawa "Kita dah pernah buat seminar dan berbincang pasal benda ini (hudud dan qisas) kepada semua pemimpin Pakatan Rakyat. Saya rasa tak perlu lagi saya nak jelaskan kepada DAP kerana saya rasa Karpal Singh (Pengerusi DAP) dah faham," . Haji Hadi menyatakan bahawa saya "rasa" Karpal sudah faham. Rasa sahaja?

Jika kita teliti, dua dua kenyataan ini, nampak benar Tuan Guru Haji Hadi telah berbohong kepada rakyat. Sewajarnya Haji Hadi dan pimpinan PAS perlu panggil Karpal Singh turun ke Kuala Terengganu dan meminta Karpal membuat pengakuan mahu terima negara Islam dan hudud di hadapan pemimpin-pemimpin PAS. Sanggupkah PAS buat begitu? Kalau tidak mengapa masih mahu lagi bersekongkol dengan DAP dalam Pakatan Rakyat?

Masih belum terlambat untuk orang PAS dengar pengakuan Karpal. Tidak perlu lagi Haji Hadi berbohong dan berdolak dalih lagi kepada rakyat tentang hudud. Dulu Haji Hadi sendiri akui bahawa hudud hanyalah 0.0001 peratus, tetapi mengapa sekarang PAS berjanji hendak buat kembali? Tidakkah ini hanya umpan untuk Kuala Terengganu semata-mata? Karpal sudah berani lawan Anwar dan Haji Hadi. Tertanya-tanya juga kita, siapakah sebenarnya Ketua Pakatan Rakyat? Anwar atau Karpal Singh? Anwar pun tidak berani tegur dan nasihatkan Karpal, oleh itu siapa yang lebih berkuasa?

Oleh : Angin Perubahan

Warna-warni politik
Torashah

Selasa, 8 Mac 2011

Tuanku Mizan pandang berat kecenderungan bangkit isu sensitif!


Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin hari ini bertitah Seri Paduka Baginda memandang berat kecenderungan pihak-pihak tertentu membangkitkan isu sensitif dan berbaur perkauman serta mempolitikkan perkara yang tidak sepatutnya.

Menurut Seri Paduka Baginda, soal kedaulatan Raja-Raja Melayu, kedudukan Islam sebagai agama bagi Persekutuan, kedudukan istimewa orang Melayu serta anak negeri Sabah dan Sarawak serta kepentingan sah kaum-kaum lain meliputi hak kewarganegaraan dan hak asasi sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, tidak harus dipersoalkan bagi mengelak perpecahan.

"Beta menyeru semua pihak supaya menjunjung kedaulatan undang-undang dan keluhuran Perlembagaan,” titah baginda semasa merasmikan mesyuarat pertama penggal keempat Parlimen hari ini.

Tuanku Mizan bertitah walaupun Islam adalah agama bagi Persekutuan, namun kesederhaan diamalkan dengan subur di negara ini yang membolehkan agama-agama lain diamalkan dengan aman damai serta hari-hari perayaan agama lain turut diiktiraf dengan dijadikan hari cuti umum.

Bagi menjamin keamanan di negara ini, Seri Paduka Baginda berharap badan-badan bukan kerajaan (NGO) dalam melaksanakan program dan aktiviti masing-masing, hendaklah mengelak daripada menyentuh sensitiviti dan isu yang boleh menjejaskan keharmonian rakyat dan menggugat imej negara.

Warna-warni politik
Torashah..

Ahad, 6 Mac 2011

Selamat mengundi buat rakyat di DUN Merlimau dan DUN Kerdau!


Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada semua pengundi-pengundi di DUN Merlimau dan juga DUN Kerdau yang bakal keluar mengundi hari ini. Diharap semua dapat keluar mengundi disebelah pagi kerana diramalkan hujan lebat disebelah petang dikedua-dua DUN!

Terjemahkan sokongan anda dengan mengundi Barisan Nasional (BN) hari ini.

Terima kasih. InsyaAllah.

Warna-warni politik
Torashah

Biadap! - Kenyataan MB Selangor undang kritikan!

Kenyataan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang menyifatkan tindakan kerajaan negeri mendahului bidang kuasa Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung pengumuman pelantikan Canselor Universiti Selangor (Unisel) sebagai perkara biasa, terus mengundang kritikan pelbagai pihak.

Antara yang berbuat demikian ialah Presiden Persatuan Usahawan Wanita Bumiputera Malaysia (Usahanita), Faridah A. Jabbar yang menganggap tindakan biadab itu sebagai sebahagian daripada budaya politik pembangkang untuk menafikan kewujudan institusi beraja di negara ini.

"Salah atau betul, biadab atau tidak, bukan satu dosa bagi mereka. Ia jelas bercanggah dengan kenyataan pihak pembangkang sebelum ini kononnya mereka tetap menghormati dan akan terus mempertahankan institusi beraja," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sultan Sharafuddin Idris Shah pada 1 Mac lalu menitahkan semua pihak agar mematuhi peruntukan Perlembagaan Unisel yang menetapkan pemilihan dan pelantikan Canselor universiti itu di bawah bidang kuasa baginda.

Titah baginda, Perlembagaan Unisel dengan nyata menjelaskan bahawa Canselor universiti itu ialah Sultan Selangor atau wakil yang dilantik oleh baginda.

Abdul Khalid dalam sidang akhbar sehari selepas itu bagaimanapun mendakwa, tindakan mengumumkan pelantikan Tan Sri Raja Arshad Raja Tun Uda sebagai Canselor Unisel sebelum majlis penyerahan watikah pelantikan disempurnakan oleh Sultan Selangor merupakan perkara biasa dan satu bentuk ketelusan yang diamalkan kerajaan negeri.

Sementara itu, Setiausaha Agung Majlis Perundingan Melayu (MPM), Dr. Hassan Mad tidak menganggap perkara itu sebagai sesuatu yang luar biasa kerana bukan kali pertama pembangkang bertindak membelakangkan institusi beraja negara.

"Isu pelantikan Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Selangor serta keberangkatan Permaisuri Agong yang tidak dipedulikan pada Festival Lagu-Lagu Islamik Antarabangsa pada 4 Julai tahun lalu menunjukkan seolah-olah tindakan seperti ini sudah menjadi perkara biasa.

"Sebagai ahli politik, Abdul Khalid sanggup memutarbelitkan apa sahaja bagi menampakkan tindakannya tetap betul dari segi undang-undang. Mungkin hanya tindakan tegas diambil pihak istana mampu menghentikan mereka daripada berbuat demikian," ujarnya.

Bagi Presiden Majlis Usahawan Malaysia (MUM), Datuk Suhaimi Yacob, tidak kira siapa pun yang diberi mandat mentadbir negeri, setiap keputusan yang dibuat haruslah dirujuk kepada sultan bagi mendapatkan perkenan kerana perkara itu memang sudah diamalkan sejak sekian lama.

"Sesuatu yang amat mendukacitakan apabila perkara seperti ini terjadi. Kerajaan Selangor tampaknya sering menimbulkan rasa tidak senang di kalangan rakyat apabila membelakangkan sultan yang menjadi tonggak pemerintahan negeri,'' katanya.

Warna-warni politik
Torashah

Selasa, 1 Mac 2011

Keluarga Teoh tak hormati Agong!

Keluarga Teoh Beng Hock jelas tidak menghormati Yang di-Pertuan Agong kerana memulaukan suruhanjaya yang menyiasat kematian beliau, kata seorang bekas Hakim Mahkamah Rayuan.

Datuk Shaik Daud Ismail hari ini berkata, semua pihak yang terlibat dengan Suruhanjaya Siasatan itu harus mengiktiraf dan menghormatinya kerana ia ditubuhkan dengan titah perintah Seri Paduka Baginda.

"Semua pihak ini harus memberi kepercayaan dan menunjukkan rasa hormat yang sewajarnya. Kita perlu ingat bahawa ia ditubuhkan oleh Yang di-Pertuan Agong, ia bukannya ditubuhkan oleh Perdana Menteri.

"Memanglah, Perdana Menteri boleh mencadangkan si polan dan si polan dilantik tetapi Yang di-Pertuan Agong boleh menolaknya jika Seri Paduka Baginda mahukan orang lain," katanya kepada Bernama berhubung isu mengenai tindakan keluarga Beng Hock menarik diri daripada siasatan oleh suruhanjaya itu.

Adik perempuan dan abang Beng Hock serta ibu bapa mereka bersama dua peguam keluarga itu bertindak keluar daripada prosiding suruhanjaya itu pada 16 Februari lepas kerana dua permohonan mereka supaya ia ditangguhkan telah ditolak.

Beng Hock , 30, pembantu khas kepada seorang anggota Exco kerajaan negeri, ditemui mati di Plaza Masalam di Shah Alam pada 16 Julai 2009 selepas disoal siasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) cawangan Selangor yang berpejabat di bangunan itu.

Shaik Daud, yang bersara pada 2001, ketika ditanya sama ada mereka yang tidak menghormati suruhanjaya itu, juga tidak menghormati raja, berkata: "Ya, kita harus menghormati suruhanjaya ini kerana ia dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong. Biarlah ia jalankan tugasnya." Katanya beliau tidak faham kenapa keluarga Beng Hock mengambil tindakan memboikot itu sedangkan merekalah yang bersungguh-sungguh meminta dan mendesak supaya suruhanjaya itu ditubuhkan tetapi mereka menarik diri padahal suruhanjaya itu belum pun lagi memulakan tugasnya.

Kepada soalan sama ada mereka dan peguam mereka cuba mempolitikkan isu itu, Shaik Daud berkata: "Ketepikan dahulu politik kerana semua orang ingin tahu apa yang terjadi kepada Beng Hock.

"Bukan saja keluarganya, saya yakin seluruh negara ingin tahu apa yang terjadi kepada beliau. Maka, menjadi tanggungjawab mereka untuk membantu suruhanjaya itu membuat keputusan."

Shaik Daud juga menyentuh mengenai cubaan Karpal Singh dan anaknya Gobind Singh Deo, kedua-duanya peguam kepada keluarga itu, memohon supaya pengerusi suruhanjaya berkenaan, Hakim Tan Sri James Foong Cheng Yuen, menarik diri dengan alasan beliau masih anggota badan kehakiman. James Foong adalah seorang Hakim Mahkamah Persekutuan.

Katanya, tugas suruhanjaya itu tidak akan terjejas jika seorang hakim yang sedang berkhidmat dilantik sebagai pengerusinya.

"Beliau (James Foong) adalah seorang hakim kanan dan seorang yang tegas, jadi sama ada seorang hakim itu sedang berkhidmat atau tidak, tidak ada bezanya.

"Dengan melantik orang seperti Tan Sri James Foong, saya tidak nampak apa bezanya. Tambahan pula, jika ada dua anggota panel itu terdiri bekas hakim, kita akan dapat menentukan akan ada ciri-ciri mengawasi dan menegur," kata Shaik Daud.

Anggota panel itu terdiri bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Abdul Kadir Sulaiman; bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk T. Selventhiranathan; perunding kanan pakar patologi forensik, Datuk Dr. Bhupinder Singh dan pakar perunding psikiatri Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya, Prof Dr. Mohamed Hatta Shaharom.

Shaik Daud berkata adalah terlalu awal bagi keluarga Beng Hock dan peguam mereka untuk menganggap pengerusi suruhanjaya itu bersifat berat sebelah memandangkan prosiding belumpun bermula semasa mereka memboikotnya.

"Biar mereka jalankan tugas dahulu. Jika kita dapati pengerusi berat sebelah, barulah bersuara. Tapi, ini belum lagi bermula, bagaimana kita tahu dia berat sebelah?" katanya.

Mengenai tindakan Karpal Singh, seorang peguam paling kanan di Malaysia untuk menarik diri kerana James Foong adalah seorang hakim yang masih berkhidmat, Shaik Daud melahirkan rasa hairan.

Katanya semasa beliau masih berkhidmat, hakim menghormati Karpal dan tidak pernah menganggap beliau sebagai anggota pembangkang apabila beliau hadir sebagai peguam bela.

"Saya kenal dia sejak 1964 ketika beliau berkhidmat sebagai peguam di Alor Setar dan saya menjadi Presiden Mahkamah Sesyen. Saya dapati beliau seorang yang serius, bijak dan bekerja keras serta tidak membuang masa mahkamah," kata Shaik Daud.

Katanya, beliau bersetuju dengan pendapat bahawa dengan memboikot siasatan itu, yang akan rugi adalah keluarga Beng Hock .

"Mereka mungkin mahu mengemukakan keterangan tetapi sekarang sudah tidak boleh kerana mereka tidak mahu bersama siasatan. Adalah lebih baik jika mereka hadir dan memberitahu hakim selaku pengerusi suruhanjaya itu bahawa mereka ingin memanggil si polan dan si polan untuk mendengar keterangan mereka," katanya.

Shaik Daud berkata bahawa dalam siasatan oleh sesebuah suruhanjaya, sesiapa saja yang mempunyai maklumat mengenai siasatan itu, boleh menawarkan diri menjadi saksi.

Mengenai bantahan keluarga Beng Hock berhubung pelantikan pegawai dari Pejabat Peguam Negara sebagai pegawai pengendali siasatan, beliau berkata pegawai-pegawai ini bukannya dilantik oleh Peguam Negara tetapi oleh Yang di-Pertuan Agong, dan mereka harus patuh titah perintah Seri Paduka Baginda dan bukannya mengikut arahan Peguam Negara dalam kes ini.

Katanya, jika semasa prosiding, anggota keluarga dapat mengesan bahawa pegawai-pegawai ini cuba bertindak berat sebelah, mereka boleh memberitahu suruhanjaya itu, namun akibat daripada tindakan memboikot itu, mereka tidak lagi berpeluang berbuat demikian.

Beliau juga mengingat kembali tugas cemerlang yang dijalankan oleh Suruhanjaya Diraja yang menyiasat mengenai kes bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dipukul semasa dalam tahanan polis pada 1998.

Shaik Daud berkata bahawa hanya selepas suruhanjaya itu ditubuhkan, barulah timbul keterangan baru sehingga terbukti bahawa Ketua Polis Negara ketika itu, Tan Sri Rahim Noor adalah orang yang memukul Anwar.

Ia memerlukan sebuah suruhanjaya untuk membongkar apa yang sebenarnya berlaku kerana sebelum itu semua pegawai dan kakitangan bawahan Rahim ketika itu takut untuk memberi keterangan, katanya.

"Inilah satu contoh terbaik yang saya dapat berikan mengenai keberkesanan sebuah suruhanjaya siasatan diraja," kata Shaik Daud sambil menjelaskan bahawa rayuan Rahim terhadap hukuman penjara dua bulan dan denda RM2,000 kerana memukul adalah kes terakhir yang beliau dengar sebelum bersara.-UM

Warna-warni politik
Torashah

Bertempat di Bandar Saujana Utama, Kuala Selangor

Bertempat di Bandar Saujana Utama, Kuala Selangor