Ahad, 24 Februari 2013

Jangan menghina rakyat - Najib!




KUALA TERENGGANU - Datuk Seri Najib Tun Razak mempersoalkan mengapa terdapat pemimpin Pas tergamak memperlekeh ke tahap menghina rakyat yang menerima segala bentuk bantuan oleh kerajaan ketika parti itu tidak pula berbuat apa-apa bagi membela nasib dan meningkatkan kesejahteraan rakyat.

Perdana Menteri berkata, apa yang dilakukan oleh kerajaan selama ini bukan sekadar tanda keprihatinan untuk menolong rakyat tetapi apa yang lebih besar daripada itu ialah bagi memenuhi amanah dan tanggungjawab sebagaimana yang dituntut oleh Islam.

''Kalau tak buat apa-apa janganlah hina rakyat. Ini nak kata orang yang dapat Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) macam ayam makan dedak," ujarnya.

Katanya, tidak menjadi persoalan sekiranya parti pembangkang itu untuk tidak membantu dan membela rakyat tetapi janganlah kalangan yang mahu menerima dan mengharapkan bantuan yang besar ertinya bagi mereka itu dihina sedemikian rupa.

Najib menyatakan demikian ketika berucap merasmikan program Janji Ditepati peringkat negeri Terengganu di Dataran Shahbandar di sini hari ini.

Lebih 20,000 orang menghadiri majlis itu. Yang turut hadir isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said serta Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Mursyidul Am Pas yang juga Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebelum ini menyamakan pemberian pelbagai bentuk bantuan kewangan oleh kerajaan kepada rakyat termasuk BR1M sebagai memberi hampas kelapa, padi dan jerami kepada haiwan ayam dan lembu.

Najib menarik perhatian bahawa segala bentuk kemudahan dan bantuan yang direncanakan melalui 230 produk 1Malaysia yang telah dilaksanakan sebagai satu terjemahan bagi memenuhi hasrat dan naluri rakyat.

''Dalam al-Quran menyebut: 'Tahukah kamu orang yang berdusta kepada kamu? Orang yang herdik anak yatim dan orang yang tak bagi makan kepada orang miskin'. Ini firman Allah.

''Maknanya kalau tak tolong orang miskin dosa besar. Nabi sendiri bersabda, kalau bantu orang miskin seperti kita perjuangkan fisabilillah, maknanya tolong orang miskin itu termasuklah seperti BR1M," ujarnya.


Warna-warni politik
Torashah

Jumaat, 15 Februari 2013

Tidak ada penipuan oleh UMNO - Dr. Mahathir?




Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, tiada penipuan yang dilakukan oleh UMNO berhubung dakwaan bahawa Pas telah ditipu oleh UMNO semasa parti itu berada dalam Barisan Nasional (BN).

Bekas perdana menteri itu berkata Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dilaporkan telah menjelaskan kenapa Pas tidak boleh bersama UMNO dalam usaha untuk menyatupadukan orang Melayu.

"Katanya Pas telah ditipu oleh UMNO semasa Pas berada dalam BN. Bagaimana UMNO menipu Pas tidak dijelaskan dengan terang," katanya dalam entri terbaharu dalam blog beliau di www.chedet.cc hari ini.

Katanya perpecahan dalam Pas bukan kerana UMNO dan kekalahan parti itu pada pilihan raya negeri Kelantan pada Mac 1978 menyebabkan ia keluar daripada BN.

"Perpecahan dalam Pas bukan kerana UMNO tetapi kerana Datuk Mohd Nasir (Menteri Besar Kelantan ketika itu) mencabar kepimpinan Datuk Asri Muda (Presiden Pas ketika itu). Kekalahan Pas menyebabkan Pas keluar dari BN. Tidak ada penipuan oleh UMNO," katanya.

Dr Mahathir memberitahu bahawa beliau adalah menteri dalam kabinet Tun Hussein Onn ketika Pas keluar dari BN, begitu juga berada dalam kabinet Tun Abdul Razak Hussein bersama Datuk Asri Muda dan Hassan Adli (Timbalan Yang Dipertua Agung Pas ketika itu) semasa Pas menyertai BN.

"Datuk Asri diberi jawatan Menteri Tanah dan Galian. Ini bermakna beliau bertanggungjawab terhadap Felda.

"Selepas beberapa bulan Pas menyertai BN, anggota UMNO Johor mengadu kepada Tun Razak bahawa Datuk Asri giat mempromosikan Pas di kalangan peserta Felda.

Saya berada di sisi Tun pada ketika itu," katanya.



Katanya secara kebetulan hampir semua peserta Felda terdiri daripada penyokong kuat UMNO dan selepas Asri bertanggungjawab ke atas Felda, hampir semua peserta Felda menjadi penyokong kuat Pas dan menolak UMNO.

"Pada waktu itu timbul sengketa antara Asri sebagai ketua Pas dengan Mohd Nasir yang sebagai Menteri Besar untuk menggantikan Asri. Mohd Nasir mendakwa beliau telah mengesan banyak penyelewengan yang dilakukan oleh Asri semasa menjadi Menteri Besar Kelantan," katanya.

Dr Mahathir berkata Asri cuba menyingkirkan Mohd Nasir melalui undi tidak percaya dan Mohd Nasir enggan meletak jawatan walaupun kalah.

Katanya ramai anggota Pas memihak kepada Mohd Nasir dan mereka mengadakan tunjuk perasaan secara besar-besaran menentang Asri.

"Kerana Pas berpecah, kerajaan BN Kelantan tidak dapat berfungsi. Darurat terpaksa diisytihar dan seorang pegawai kanan dilantik untuk memangku jawatan Ketua Pentadbir Kelantan.

"Pada Mac 1978 pilihan raya peringkat negeri diadakan di Kelantan. Mohd Nasir menubuhkan parti Berjasa yang bertanding melawan Pas. Sokongan kepada Berjasa begitu kuat sehingga ia memenangi 11 kerusi. Pas memenangi hanya dua kerusi," katanya.

Katanya walau apapun yang terjadi dahulu, umat Islam disuruh oleh agama supaya menyambut seruan kedamaian daripada musuh jika seruan dibuat supaya berdamai.

Katanya umat Islam disuruh bersatu padu dan menganggap semua umat Islam sebagai saudara.

"Penolakan perpaduan sesama orang Islam tidak menepati ajaran Islam. Janganlah orang Islam menolak usaha menyatu padu untuk memperkuatkan orang Islam dengan membuat tuduhan yang tidak berasas," katanya.

Mengapa PAS disingkirkan, baca di sini.
Punca PAS disingkirkan, baca di sini.

Warna-warni Politik
Torashah

Isnin, 11 Februari 2013

Blog dedah ulama Pas tolak Anwar?



Desas-desus berhubung penolakan golongan ulama di dalam Pas terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada memegang jawatan Perdana Menteri jika pakatan pembangkang menang dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 turut didedahkan beberapa blog politik tempatan.

Desas-desus itu turut diperkukuhkan dengan pendedahan mengenai pertemuan antara Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din dengan Anwar di rumah tokoh ulama berkenaan di Bangi, Selangor pada 4 Februari lalu.

Menurut blog http://gerakan-anti-pkr.blogspot.com, pertemuan itu bertujuan meminta Haron memujuk Dewan Syura Ulama Pas berhubung penetapan Anwar tidak layak menjadi Perdana Menteri pembangkang seperti diputuskan dalam mesyuarat 3 Februari lalu.

"Keputusan dewan ulama itu telah bocor ke telinga Anwar. Sebab itulah selang sehari, Anwar segera memalukan diri untuk memujuk Haron Din mendesak dewan berkenaan menarik balik keputusan mengenai status Perdana Menteri," demikian menurut blog berkenaan dalam entri bertajuk 'Apa Sebenarnya Berlaku Pada 4 Februari' semalam.

Mingguan Malaysia hari ini menimbulkan persoalan mengenai siapa yang bakal menjadi Perdana Menteri jika pakatan pembangkang menang pilihan raya umum akan datang ekoran tercetusnya ura-ura Majlis Syura Ulama Pas menolak Anwar menduduki jawatan berkenaan.

Menurut sumber, walaupun kesahihan pendirian Majlis Syura Ulama Pas itu masih belum dipastikan namun keputusan tersebut didakwa dibuat dalam satu perbincangan tertutup melibatkan beberapa ahli majlis berkenaan.

Sebahagian besar para ulama di dalam Pas merupakan ahli majlis syura ulama berkenaan serta anggota dewan ulama parti itu.


Sementara itu, blog http://medan-info-kita.blogspot.com menjelaskan, kedatangan Anwar ke rumah Haron dibuat sejurus selepas mendapat tahu keputusan mesyuarat Majlis Syura Ulama Pas yang tidak mencalonkannya sebagai Perdana Menteri sekiranya pembangkang berjaya menawan Putrajaya.

"Pertemuan pada malam 4 Februari (berlaku) di rumah Dr. Haron Din di Bangi. Anwar bergegas ke sana untuk minta nyawa dengan Timbalan Mursyidul Am itu.

"Mesyuarat majlis syura telah menetapkan bahawa mereka tidak akan terima Anwar sebagai calon Perdana Menteri sekiranya pakatan berjaya menawan Putrajaya. Majlis syura berpendirian calon yang lebih layak adalah Presiden Pas sendiri iaitu Datuk Seri Abdul Hadi Awang," menurut blog tersebut.

Dalam perkembangan berkaitan, blog http://www.anwaraidc.com/ pula mendedahkan berhubung putar belit seorang individu melalui blognya yang menyebut Haron yang mengadakan pertemuan dengan Anwar.

Sedangkan menurut blog itu, berdasarkan sumber dalaman mereka, Anwar yang bertemu dengan Haron dan bukan sebaliknya.

"Individu terbabit, orang Anwar, dia terbalikkan cerita kata Haron jumpa Anwar, walhal Anwar yang pergi jumpa Haron Din.

"Dia sengaja spin (putar belit) cerita, dia nak tunjuk Anwar masih relevan hinggakan Haron terpaksa datang melutut kepada Anwar," kata sumber blog tersebut.

Ketika ditanya keperluan Anwar bertemu Haron, sumber blog itu menjawab: "Anwar minta nyawa daripada Pas."

Khamis lalu, Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim mendakwa, rakan-rakannya di dalam Pas mendedahkan penolakan Majlis Syura Ulama Pas terhadap Anwar ketika ini semakin kuat.

Zahrain berkata, keadaan itu berlaku ekoran percanggahan pendirian kepimpinan pembangkang dengan majlis itu dalam isu penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam.

Sebelum ini, ketika Muktamar Tahunan Pas Ke-58 di Kota Bharu, wakil Dewan Ulama, Hairul Nizam mahu Abdul Hadi menjadi Perdana Menteri dan bukannya pemimpin pembangkang lain.

Kenyataan beliau disokong beberapa lagi pemimpin Pas yang turut berada dalam majlis syura tersebut.

Warna-warni Politik
Torashah

Jumaat, 8 Februari 2013

Cikgu Non kesal kafirkan arwah ayah nya sendiri!




Penyesalan yang akan dibawa ke akhir hayat oleh Cikgu Non yang tak sempat memohon ampun dari arwah bapa nya yang telah dikafirkan oleh beliau sendiri setelah terpengaruh dengan Amanat Haji Hadi. Ikuti pendedahan oleh Zul Noordin...!!!

Sumber : Minaq Jinggo

Warna-warni politik
Torashah

Bertempat di Bandar Saujana Utama, Kuala Selangor

Bertempat di Bandar Saujana Utama, Kuala Selangor