Rabu, 28 Julai 2010

Lagi kes rembat pasir di Kg. Kambing Susu berdekatan Berjuntai Bestari!

Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo, hari ini, mendedahkan berlaku penyelewengan yang serius dalam Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) dalam pembayaran royalti perlombongan pasir di Kambing Susu berdekatan Berjuntai Bestari.

Menurut Dr. Mohamad Khir, KSSB hanya membayar sebanyak RM 12, 000.00 (DUA BELAS RIBU) kepada Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Hulu Selangor antara Mei - Disember 2009 bagi permit melombong pasir sungai sepanjang 10 KM Sungai Selangor di mukim Sungai Tinggi - Serendah. Menurut kiraan kasar jumlah sebenar yang sepatutnya diterima oleh PTG Hulu Selangor ialah lebih RM 700 ribu.

Pada Mei 2009, KSSB membayar sebanyak RM 5, 400.00 bagi kebenaran mengeluarkan hasil pasir berjumlah 1800 meter padu di kawasan 10 KM bagi bulan Jun - Ogos 2009. Pada Ogos 2009, KSSB membayar lagi RM 3, 000.00 bagi kawasan yang sama bagi menyambung permit mengeluarkan pasir untuk 1 ribu meter padu pasir. Pada Oktober 2009 KSSB membayar sebanyak 3, 600 lagi untuk mengeluarkan 1200 meter padu pasir sehingga Disember 2009.

Namun berdasarkan rekod yang dikemukakan oleh Dr. Khir, salah sebuah syarikat yang mendapat permit di situ Jendela Teguh Sdn Bhd telah membayar KSSB sebanyak RM 171, 400.00. Berdasarkan pembahagian royalti sebanyak RM 4 kepada KSSB dan RM 3 kepada PTG bagi setiap meter padu yang dikeluarkan (171, 400.00/7 x 3), PTG sepatutnya menerima tidak kurang daripada RM 73, 457.00 bagi permit pengeluaran pasir kawasan tersebut dari Jun - Disember 2009.

Yang lebih mengejutkan ialah jumlah ini merupakan untuk kawasan sepanjang 1KM yang diberikan kepada Jendela Teguh ini. Dalam masa yang sama terdapat atau 6 lagi kontraktor yang mendapat kawasan antara 1 - 2KM setiap satu bagi permit yang sama.

Jika dibuat kiraan kasar 1KM boleh menghasilkan RM 73 ribu, maka 10 KM boleh menghasilkan sekitar RM 730 ribu kepada Pejabat Tanah dan Hulu Selangor. MALANGNYA hanya RM 12, 000 yang dibayar kepada PTG Hulu Selangor.

Menurut sumber lagi, pada tahun 2010 Jendela Teguh telah membayar sebanyak RM 910, 000 kepada KSSB. Namun jumlah yang dibayar kepada PTG hanyalah RM 213, 000.00. Berdasarkan nisbah pembahagian, PTG sepatutnya menerima RM 390, 000.00.

Jumlah bayaran KKSB kepada PTG sebanyak RM 213, 000.00 merupakan jumlah keseluruhan perlombongan pasir di Kambing Susu ini. Namun jumlay yang dibayar oleh Jendela Teguh hanyalah untuk 1KM kawasan pengeluaran pasir yang peruntukkan kepadanya. Bayangkan apa yang terjadi kepada kawasan seluas 9 KM lagi. Satu sen pun tidak masuk kepada PTG. Siapa yang membahamkannya?

Penyelewengan di Kambing Susu ini sahaja sudah membabitkan jutaan ringgit. Tinjauan media massa di kawasan tersebut juga mendapati KSSB telah menutup aliran sungai dan melencongkan ke dalam lombong pasir miliknya. Ini menyebabkan semua hasil pasir sungai masuk ke dalam lombongnya. Sungai terputus dua dikerjakan KSSB.

Dalam masa yang sama tempat timbang lori hanya dilaksanakan oleh pekerja KSSB tanpa membabitkan pegawai PTG. Terdapat lori yang tidak melalui kawasan timbang kerana wujud dua jalan yang seiring, satu dengan penimbang, satu tanpa penimbang.

Ini merakyat ekonomi selangor atau merompak ekonomi selangor?

Sumber : myKMU

Warna-warni politik
Torashah

Selasa, 27 Julai 2010

MB Khalid terdesak : Umum Guna RM15 juta sebar propaganda!

Mengapa tiba-tiba MB Khalid G mengumumkan peruntukan sebanyak RM15 juta sebagai dana sebar propaganda bagi menangkis " serangan " media-media BN! Program ceramah Roadshow Selamatkan Selangor Darul Ehsan ( SSDE )baru masuk fasa pertama di 6 kawasan Parlimen Selangor, tapi MB Khalid sudah mengelabah tak tentu pasal! Kalau tak lakukan kesalahan, mengapa gelisah!

Mengapa begitu besar peruntukan digunakan untuk menangkis serangan media-media dan blogger-blogger yang Pro-BN. Alangkah baiknya wang ini digunakan untuk membantu rakyat yang tak berkemampuan yang masih lagi memerlukan perhatian dari kerajaan negeri Selangor.

Kerajaan negeri hari ini memutuskan untuk menggunakan RM15 juta wang rakyat bagi melaksanakan aktiviti penyebaran propaganda serta mengukuhkan kedudukan politik pakatan pembangkang di negeri ini.

Menteri Besar, Abdul Khalid Ibrahim berkata, keputusan itu dibuat dengan mengambil kira penggunaan wang tersebut akan membolehkan program serta keputusan pentadbiran pakatan pembangkang di negeri ini dapat disebarkan secara menyeluruh kepada rakyat.

Katanya, peruntukan berkenaan yang akan dimasukkan dalam bajet negeri pada tahun depan turut memberi penumpuan kepada penyebaran maklumat melalui penerbitan akhbar serta portal berita Selangor Kini mengenai aktiviti kerajaan negeri.

Selain itu tambah beliau, peruntukan itu untuk penyiaran televisyen Internet dikenali sebagai TV Selangor bagi melaporkan program serta aktiviti kerajaan negeri termasuk rancangan mewujudkan stesen radio di setiap pentadbiran pihak berkuasa tempatan (PBT).

"Kita jangkakan pendapatan Selangor pada 2011 akan mencecah RM1.5 bilion. Daripada jumlah itu, kita akan memperuntukkan RM15 juta dalam Bajet Selangor 2011 untuk memberi maklumat dan mesej kepada orang ramai.

"Ini bermakna, jumlah RM15 juta dan dikira mengikut bilangan penduduk di Selangor kira-kira 5.2 juta orang maka kerajaan negeri membelanjakan RM3 untuk setiap penduduk bagi tempoh setahun.

"RM3 bukanlah jumlah yang besar, bayar TV (siaran televisyen berbayar) pun lebih daripada itu. Kita akan gunakan duit (peruntukan) ini untuk disediakan kepada Selangor Kini, TV Selangor dan kalau boleh stesen radio di PBT," katanya.

Beliau menjelaskan demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Dialog Bajet 2011 di sini hari ini.

Menurut Abdul Khalid, pihaknya juga akan melantik pegawai-pegawai penerangan bagi menjelaskan sebarang keputusan serta tindakan yang dilakukan oleh kerajaan negeri kepada umum. Pendekatan itu ujarnya, bagi menggantikan para pegawai penerangan daripada Kerajaan Persekutuan sedia ada yang didakwanya tidak menjalankan tugas serta tidak membantu kerajaan negeri ketika ini.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuang, Abdul Shukor Idrus ketika dihubungi menyifatkan kerajaan negeri sekali lagi cuba menyalahgunakan wang rakyat untuk disalurkan bagi propaganda kerajaan negeri.

Katanya, tindakan itu tidak masuk akal kerana jumlah sebanyak RM15 juta itu adalah besar dan sepatutnya disalurkan untuk tujuan kebajikan selaras dengan slogan kerajaan negeri, 'Merakyatkan Ekonomi Selangor'.

Tegas Abdul Shukor, jika kerajaan negeri hari ini melaksanakan janji untuk kebajikan rakyat, mereka sebenarnya tidak perlu menggunakan wang rakyat bagi tujuan berkenaan kerana sudah pastinya rakyat Selangor telah merasai nikmat hasil pentadbiran pakatan pembangkang pada hari ini.

"Namun, rakyat tidak merasakan sedemikian, sebaliknya mereka tertekan dengan pentadbiran negeri. Malah, apa gunanya kerajaan negeri mempunyai pegawai-pegawai kerajaan, ketua kampung, ahli majlis dan sebagainya untuk menyebarkan apa yang dilakukan oleh kerajaan negeri, apa peranan mereka sebenarnya.

"Saya tidak nampak apa rasionalnya menggunakan peruntukan kerajaan negeri untuk tujuan ini. Apakah mungkin kerajaan negeri mahu menjaga kepentingan pihak tertentu?" soalnya.

Abdul Shukor tidak menolak kemungkinan keputusan kerajaan negeri mengenai perkara itu adalah untuk menutup kelemahan dalam pentadbiran mereka lebih-lebih lagi melibatkan skandal perlombongan pasir yang melanda Selangor sekarang.

Warna-warni politik
Torashah

Ahad, 25 Julai 2010

Apabila " Raja Pasir Selangor " menuduh orang lain curi pasir!















Dikatakan pula pegawai kerajaan negeri didakwa bersubahat .

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Muda, Shuhaimi Shafiei mendakwa pegawai kerajaan negeri Selangor turut bersubahat dengan pencuri pasir berikutan kegagalan kerajaan pakatan pembangkang menangani masalah kecurian pasir yang berleluasa di negeri itu.

Beliau tidak menolak kemungkinan bahagian penguatkuasaan yang berkenaan juga terbabit dan tidak amanah dalam menjalankan tugas mereka sehingga menyukarkan usaha membanteras kecurian serta perlombongan pasir secara haram di beberapa kawasan di negeri itu.

"Saya tidak mengatakan semua pegawai kerajaan negeri begitu, tetapi ada satu dua tempat kita telah kenal pasti dan tindakan akan diambil dengan mengubah beberapa posisi mereka supaya penguatkuasaan dilakukan lebih lancar.

"Malah dalam sesetengah kes, apabila kita terima laporan kecurian pasir dan pergi ke kawasan berkenaan untuk mengambil tindakan, didapati semua aktiviti perlombongan telah dihentikan. Ini bermakna ada maklumat bocor," katanya.

Shuhaimi yang mewakili Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkata demikian kepada pemberita selepas sesi taklimat media mengenai operasi perlombongan pasir di Selangor yang disampaikan oleh Pengarah Eksekutif Kumpulan Semesta Sdn. Bhd. (KSSB), Ir. Ramli Abd. Majed dan Pengerusi KSSB, Abdul Shukor Nagor di sini hari ini.

Terdahulu, Shuhaimi bersama-sama Ramli dan Abdul Shukor membawa media meninjau kawasan dan operasi perlombongan pasir di sebuah lombong milik KSSB di kawasan mukim Tanjung 12, Kuala Langat yang didakwa terdapat kegiatan melombong secara tidak terkawal.

Ramli pada taklimat media itu menafikan kedudukan lombong tersebut akan menjejaskan ekosistem atau mencemarkan kawasan air taman berkenaan kerana pihaknya telah menyediakan zon penampan di kawasan lombong itu sejauh 110 meter.

Sebelum itu : “Dialah Raja Pasir Selangor” – Dr Khir Toyo

Tak perlu nak melaga-lagakan UMNO Selangor, baik jaga dan nilai diri sendiri dan parti sendiri. Begitulah ulasan Bekas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor Dato’ Seri Dr Khir Toyo, berhubung dakwaan ADUN Sri Muda, Shuhaimi Shafiei dalam sebuah laman web alternatif, konon wujudnya persaingan untuk menjadi juara ‘Isu Pasir Selangor’.

“Dialah Raja Pasir Selangor sebenarnya bersama Yaakob Sapari. Tak payahlah nak laga-lagakan saya dengan Noh Omar, kerana kami sentiasa bekerjasama antara satu sama lain untuk memastikan hak rakyat Selangor tidak mudah diperkotak-katikkan oleh pentadbiran kerajaan negeri sekarang. Klik di sini.

“Kita pun tahu, Shuhaimi dan Yaakob sedang disiasat SPRM, oleh itu hadapilah siasatan dan jangan cuba untuk mengalih pandangan masyarakat dengan melaga-laga kami pula,” ujarnya ketika dihubungi UMNO-online.

Tambahnya, beliau dan Noh tidak ada sebarang masalah malah akan terus bekerjasama untuk memastikan isu pasir ini serta apa sahaja isu berkaitan penyelewengan dan kegagalan kerajaan Selangor didedahkan kepada rakyat Selangor.

Warna-warni politik
Torashah

Khamis, 22 Julai 2010

Sindiket curi pasir tumpas!

Zainal Abidin Aala mengulas operasi menangkap kegiatan yang dipercayai mencuri pasir dan kesemua pemandu dan lori yang ditahan telah dibawa untuk disoal siasat di Pejabat Daerah Hulu Langat, Selangor, semalam.

Satu lagi sindiket curi pasir ditumpaskan di negeri ini dengan penangkapan lapan lelaki bersama lapan buah lori dan 160 tan pasir bernilai hampir RM1 juta dalam satu serbuan di Batu 24, Jalan Sungai Lalang di sini, awal pagi ini.

Suspek berusia antara 29 hingga 50 tahun dicekup oleh pegawai penguatkuasa Daerah Hulu Langat pada pukul 5 pagi semasa dalam perjalanan menghantar pasir terbabit ke beberapa tapak binaan di sekitar Selangor. Sindiket memilih mengangkut pasir terbabit pada awal pagi iaitu sekitar pukul 3 hingga 5 pagi bagi mengelak kegiatan haram mereka dikesan pihak berkuasa.

Pegawai Daerah Hulu Langat, Zainal Abidin Aala berkata, kesemua suspek ditahan merupakan pemandu lori. Mereka membawa pasir curi terbabit untuk dijual kepada syarikat pembinaan dan orang persendirian di sekitar Selangor termasuk Kajang, USJ Subang Jaya dan kontraktor terlibat dalam projek Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) di Sepang.

"Penolong Pegawai Daerah (Penguatkuasa) Hulu Langat, Khairul Fahmi Mahmud dan Setiausaha Keselamatan Daerah, Dasrafeesal Abdul Shukur bersama seorang pegawai dan tujuh anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang berjaya mengesan lori terbabit semasa membuat operasi mengesan pencuri pasir di Jalan Sungai Lalang menghala ke Semenyih pada pukul 3 pagi," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di Pejabat Daerah Hulu Langat di sini.

Menurut Zainal Abidin, lokasi melombong pasir terbabit merupakan tanah lapang dipercayai milik persendirian yang dikelilingi hutan dan boleh dimasuki melalui jalan berpasir kira-kira dua kilometer dari jalan besar.

"Siasatan mendapati kegiatan mengambil pasir di tanah terbabit memang dijalankan tanpa permit. "Sindiket sengaja menjalankan kegiatan mengorek dan memunggah pasir pada sekitar pukul 3 hingga 5 pagi kerana waktu itu tiada orang melihat kegiatan mereka," katanya.

Jelas beliau, Pejabat Daerah Hulu Langat setakat ini hanya mengeluarkan permit mengambil pasir di enam lokasi di daerah berkenaan iaitu Sungai Langat, Batu 10 Cheras hingga Batu 12, Kampung Sungai Serai.

Kawasan lain ialah Sungai Langat di Seksyen 7, Bandar Baru Bangi hingga ke Kampung Teras Jernang; Sungai Semenyih dari Kampung Bangi hingga Sungai Bangi Lama; Sungai Sekamat, Batu 10 hingga Batu 14, Mukim Cheras; Sungai Langat, Batu 15 hingga Batu 20, Jalan Cheras dan Lot 2256, Sungai Kembung, Mukim Beranang.

Beliau berkata, hanya enam kawasan terbabit dibenar menjalankan kegiatan mengambil pasir namun kerja-kerja mengorek dan memunggah hanya boleh dilakukan mulai pukul 8 pagi hingga 5 petang pada hari bekerja.

"Selain lapan lori yang dirampas hari ini, pada minggu lalu, kita juga berjaya merampas lima lori membawa muatan pasir curi dalam dua serbuan berasingan," katanya sambil memberitahu rampasan hari ini adalah terbesar dicatatkan di daerah Hulu Langat.

Menurutnya, nilai keseluruhan pasir yang dirampas ialah RM2,880 manakala lapan lori pula dianggarkan bernilai RM800,000.

Katanya, semua suspek yang ditahan disiasat di bawah Seksyen 426 Kanun Acara Jenayah yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara lima tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Warna-warni politik
Torashah

Selasa, 20 Julai 2010

Malaysia bukan negara sekular!

Tokoh cendekiawan Islam, Dr. Muhammad Uthman El-Muhammady menegaskan bahawa Malaysia bukan sebuah negara sekular. Malah beliau sanggup bersumpah atas nama Allah dan Rasulullah bahawa sekularisme dalam erti Barat tidak wujud sama sekali di Malaysia.

Sehubungan itu, beliau menegaskan sebarang dakwaan yang menyatakan sekular mula wujud di negara ini sejak kedatangan penjajah adalah tidak benar sama sekali. ‘‘Pemisahan agama, adat dan raja pada waktu itu adalah pengasingan pentadbiran dan bukannya pengasingan agama secara total di dalam pentadbiran.

‘‘Pokok pangkal sekular adalah pengecualian agama daripada semua ruang awam. Agama dipisahkan dalam pendidikan, pentadbiran, sektor keselamatan, bank dan lain-lain. ‘‘Sedangkan kita lihat di dalam pentadbiran negara hari ini, agama tidak dipisahkan sama sekali. Malah dalam apa jua aspek, agama ditekankan. Cuma mungkin secara tidak menyeluruh tetapi ia sedang mengalami perubahan,’’ katanya.

Kenyataannya itu dipetik daripada temu bual eksklusifnya dengan UMNO Online, kelmarin.

Muhammad Uthman berkata, sudah tiba masanya umat Islam di negara ini menghentikan pertikaian berhubung persoalan sekularisme dan nasionalisme sebaliknya kembali kepada fahaman konsep sayang kepada bangsa dan agama mengikut Islam.

‘‘Islam mengajar kita menyayangi agama dan bangsa. Ini yang diajar oleh Islam dan sehubungan itu jangan sesekali kita melanggar kerangka asal berkenaan. ‘‘Sewajarnya ia dipatuhi dan dalam masa sama diperkemaskan lagi supaya ia boleh menjadi contoh kepada kaum minoriti yang lain,’’ katanya.

Dalam pada itu Muhammad Uthman berkata, mereka yang melanggar kerangka asal tersebut boleh dipanggil sebagai ‘orang gasar’ atau tidak bertamadun. ‘‘Ini merupakan sesuatu yang tidak boleh dimaafkan dan tidak boleh dibiarkan atas dasar kebebasan mengeluarkan pendapat,’’ katanya.

Sementara itu, beliau berkata, tuduhan kafir kepada pihak tertentu adalah satu budaya yang amat ditegah oleh Islam. Klik di sini

Adakah kenyataan ini bakal di sanggah oleh PAS! Sama-samalah kita tunggu dan lihat. Wallahuallam.

Nota : Dr.Muhammad Uthman El-Muhammady ialah seorang Ilmuan Dan Cendikiawan Islam. Anak Kelahiran Kelantan Kelulusan MA (UM) Dalam Pengajian Islam. Doktor Persuratan USM Dan PHD UUM. Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan 2005. Tokoh Perdana Media Islam 2007. Tokoh Cendikiawan Muslim Kelantan 2007.

Warna-warni Politik
Torashah

Ahad, 18 Julai 2010

Wujud penyelewengan pembelian pasir oleh KSSB - Noh Omar!

Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar hari ini mendakwa mempunyai bukti wujud penyelewengan dan amalan pilih kasih oleh anak syarikat kerajaan negeri, Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) dalam menawarkan pembelian pasir kepada syarikat kontraktor.

Beliau mendakwa, daripada maklumat yang diperolehnya, sebuah syarikat diberikan diskaun sebanyak 22 peratus atau RM4.00 bagi pembelian satu tan pasir yang berharga RM17.50 sementara syarikat-syarikat lain hanya diberi potongan 50 sen sahaja bagi setiap tan pasir yang dibeli."Atas keistimewaan ini, saya difahamkan syarikat itu telah mengambil kesempatan dengan menjadi broker penjualan pasir kepada syarikat-syarikat lain dan membuat keuntungan besar.

"Adakah syarikat itu menjadi proksi mana-mana parti politik. Apa muslihat kerajaan negeri sehingga beri cukup keistimewaan kepada syarikat itu,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani mendakwa KSSB turut memberi kemudahan kredit kepada sebuah syarikat dan lima kontraktor untuk mengorek pasir pasir tanpa perlu membayar deposit.

"Syarikat-syarikat terbabit menyalahgunakan keistimewaan itu dengan tidak membayar kepada KSSB selepas mengorek pasir. Sikap pilih kasih ini juga menyebabkan KSSB hanya jadi alat dan kuda tunggangan kepada syarikat-syarikat tertentu,” katanya.Noh mendakwa KSSB juga membenarkan pihak kontraktor memproses dan menjual pasir halus di kawasan melombong tetapi mengeluarkan resit yang menyatakan bagi pengeluaran pasir kasar.

Terdapat juga kemungkinan Pejabat Tanah di tipu oleh KSSB dalam soal pembayaran doket. KSSB membayar doket sebanyak RM3.00/tm. Mengambil contoh Lot 19439 di Rawang pada tahun 2009. KSSB membayar sebanyak RM 30k untuk pengeluaran 10,000 tm pasir dengan kadar bayaran RM3.00 bagi setiap 1 tm. KSSB pula mengenakan bayaran doket kepada sebuah syarikat kontraktor sebanyak RM8.00 bagi setiap 1 tm.

Bukti yang didapati adalah syarikat berkenaan telah membayar KSSB sejumlah RM116,400 bagi pengeluaran 14,550 tm pasir 4550 tm daripada apa yang diistiharkan oleh pihak KSSB kepada Pejabat Daerah Gombak. Ini bermakna pihak KSSB telah menipu Pejabat Tanah Gombak!

Warna-warni politik
Torashah

Sabtu, 10 Julai 2010

Pejuang Gay Malaysia : Anwar Seeks Privacy Provision in Malaysia Gay Laws!

Malaysia's laws on homosexuality need to be amended, says the former deputy prime minister Anwar Ibrahim, whose conviction and nine-year jail sentence for sodomy were recently overturned on appeal.

Anwar, who spent six years in prison on a separate charge of abusing his position to cover up homosexual offenses, spoke out on what he called a 'sensitive' issue in an interview.Anwar, a popular politician who was widely expected to be Malaysia's prime minister by now, maintained, as he has done since his arrest in 1998, that the charges against him were trumped up to destroy his political career.

But while insisting on his innocence and acknowledging that most people in mainly Muslim Malaysia objected to homosexuality, he said people's privacy needed to be protected. "In the general view, among Muslims and many non-Muslims that I know, homosexuality is not accepted", he said. "Fair enough.

But here the question is, how do you use the law and intrude on people's privacy and their own private choices?" "This is the borderline. I think public display may be objectionable, but I think the laws need to be amended" ."The issue is the invasion of privacy, and we therefore have to design and make sure the law does not involve the overzealous groups trying to push their views or values outside the scope of the law". "So I think while I endorse the general law against homosexuality.

I think it is against Islamic tenets and also the cultural practice here by most Malaysians. I think we have to bear in mind that invasion of privacy is something that we need to look at." Anwar's wife, Wan Azizah Wan Ismail, is a member of Parliament for the opposition National Justice Party set up to press Anwar's cause after he was fired as deputy by Mahathir bin Mohamad when Mahathir was prime minister.

She is the only party member to win a seat in March elections in which opposition parties were defeated by the man who took Anwar's place as Mahathir's successor, Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi. Anwar has said he bears no grudge against Mahathir. "I think why Mahathir may have had these charges trumped up against me is because there is a general sentiment and he is right in the sense of a very general sentiment against homosexual practices," Anwar said.

Anwar spoke vigorously about domestic and international developments since his imprisonment. He criticized President George W. Bush and his conduct of war but was again cautious when asked about the role played by gay rights issues in the recent U.S. election.

Some commentators have attributed Bush's re-election in part to his opposition to marriage between homosexuals. "Gay marriages are going a bit too far," Anwar said. "I'm a liberal in many ways but I think that is going a bit too far."...????

Memang sahlah si Dajjal ni adalah pejuang GAY di Malaysia..MOKHTAR oh MOKHTAR !!!!

Warna-warni politik
Torashah

Khamis, 1 Julai 2010

Anwar pergi ' melutut ' kepada tokoh Yahudi!

Anwar Ibrahim yang dikatakan mempunyai hubungan rapat dengan beberapa tokoh Yahudi disahkan mengunjungi Amerika Syarikat (AS) pada 23 hingga 26 Jun lalu bagi 'menjernihkan' hubungan dengan kelompok tersebut selepas dikatakan membuat kenyataan yang dilihat beliau anti-Yahudi dalam isu APCO Worldwide, baru-baru ini.

Kunjungan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) ke Washington itu didedahkan oleh kolumnis terkenal berbangsa Yahudi, Jackson Diehl dalam tulisannya di akhbar The Washington Post, kelmarin.

Diehl dalam tulisannya bertajuk Flirting with zealotry in Malaysia (Bermain dengan kefanatikan di Malaysia) menyatakan bahawa Anwar meluangkan banyak masa untuk menawarkan penjelasan kepada rakan-rakan lama beliau termasuk Pengerusi Jawatankuasa Luar Negeri, Howard Berman dan beberapa pemimpin Yahudi.

Anwar dalam tulisan itu juga dikatakan menyesal menggunakan istilah seperti "pencerobohan Zionis," yang biasanya digunakan oleh Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad.

"Kenapa saya perlu menggunakannya jika hal itu menyebabkan begitu banyak salah faham? Saya harus lebih berhati-hati." kata Anwar seperti dipetik oleh Diehl yang merupakan timbalan pengarang untuk halaman pengarang The Washington Post.

Kenyataan Anwar itu turut didedahkan oleh blog AnwarIbrahimDot Com selain berpuluh-puluh blog lain di negara ini.

Pada 4 Mei lalu, laman web berhaluan kanan AS, melalui tulisannya dalam 'The New Ledger', sebuah penerbitan Internet Amerika yang menyiarkan pendapat golongan penyokong sistem kapitalis dan konservatif, Rachel Motte berkata, Anwar telah membuang kawan lamanya di Washington dan menjadikan kontrak APCO Worldwide sebagai asas untuk mereka cipta teori konspirasi mengenai penguasaan Yahudi, rancangan Zionis dan kegiatan subversif di Malaysia.

Dalam tulisan bertajuk 'The Reversal of Anwar Ibrahim', Motte mendakwa Anwar, yang dianggapnya sebagai ahli politik berbisa dan berkarisma menjadi punca munculnya semangat anti-Yahudi di Malaysia.

Katanya, ini bukan kali pertama "beliau mengambil jalan ini" dan Anwar "mempunyai sejarah menggigit Yahudi (sikap prejudis atau bermusuh dengan Yahudi) apabila keadaan memerlukannya berbuat demikian.

Dalam lawatan ke AS itu juga, Anwar dilaporkan menemui beberapa tokoh politik Parti Demokrat yang diharap dapat membetulkan salah faham tentang isu 'antisemitik' yang telah dilemparkan kepadanya berkaitan kritikan beliau terhadap syarikat perunding perhubungan awam APCO di Dewan Rakyat baru- baru ini.

Antara tokoh Parti Demokrat yang ditemui beliau ialah bekas Setiausaha Pertahanan, Sir William Cohen, Ahli Kongres AS, Keith Maurice Ellison dan Timbalan Setiausaha Untuk Negara Asia Timur dan Pasifik, Kurt Campbell.

Pada Mac lalu, Anwar dilaporkan pernah meminta pertolongan Campbell supaya kerajaan AS campur tangan dalam kes liwatnya.

Namun dalam pertemuan terbaru dengan Campbell, Anwar turut menyatakan kekecewaan dengan kerajaan Presiden Barack Obama yang tidak bersungguh-sungguh membantunya.

"Kami kecewa. Kami menjangkakan kerajaan Presiden Obama melakukan lebih baik daripada Presiden George W. Bush dalam memberi sokongan kepada kumpulan yang mempecayai kebebasan, hak asasi manusia dan kedaulatan undang-undang (sekular)", kata Anwar kepada agensi berita antarabangsa AFP.

Selain bertemu dengan tokoh Yahudi di Washington, Anwar turut diberi peluang berucap di Woodrow Wilson International Center anjuran Woodrow Wilson International Center for Scholars yang dipengerusikan oleh Lee Herbert Hamilton, salah seorang kenalan Anwar dalam International Crisis Group (ICG).

Woodrow Wilson International Center merupakan pusat antarabangsa yang diambil dari nama bekas Presiden Demokrat AS ke-28, Thomas Woodrow Wilson.

Wilson dianggap simbol 'keagungan Yahudi' kerana semasa pemerintahannya, beliau mengesahkan Deklarasi Balfour yang membenarkan Israel menubuhkan 'negara' di Palestin serta mencerca kumpulan yang dilabel anti-Yahudi.

Dalam ucapan bertajuk 'Islam and Democracy in Southeast Asia' (Islam dan Demokrasi di Asia Tenggara), Anwar dengan tegas menyokong penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam dan mengkritik kerajaan Malaysia yang tidak bertoleransi terhadap penggunaan kalimah Allah.

''Tindakan melarang orang bukan Islam memanggil tuhan mereka dengan apa nama sekali pun adalah gila dan mengarut. Keputusan ini hanya dibuat oleh sebuah kerajaan yang tidak berpandangan jauh, bersifat perkauman, tiada bertolak ansur dan tidak demokratik," katanya.

Anwar turut mengulangi kecamannya itu ketika diwawancara oleh agensi berita AFP.

Malahan Anwar juga secara lantang mengkritik dasar Islam sederhana yang diamalkan oleh Malaysia dengan berkata;

''Apa yang anda maksudkan dengan negara Islam sederhana? Adakah ia bermaksud anda boleh ditahan tanpa dibicarakan, menafikan kebebasan asas, anda boleh memberi layanan buruk dan mendiskriminasi penganut agama minoriti?''

Maka dengan ini sudah tidak boleh dinafikan lagi bahawa Anwar ini sebenarnya adalah ' talibarut ' Yahudi! Wallahuallam. - UM

Warna-warni politik
Torashah

Bertempat di Bandar Saujana Utama, Kuala Selangor

Bertempat di Bandar Saujana Utama, Kuala Selangor