Sabtu, 27 Disember 2008

HUDUD Senjata Politik Pas!

Bagi orang-orang Melayu amat sukar untuk membezakan antara UMNO dan PAS, kalau PAS mendakwa ahli-ahlinya terdiri daripada orang-orang Melayu Islam, UMNO juga boleh mendakwa ahli-ahlinya terdiri daripada orang-orang Melayu Islam, demikian juga kalau PAS mendakwa ianya memperjuangkan Islam, UMNO juga mendakwa ianya memperjuangkan Islam, bahkan dalam Perlembagaan UMNO sendiri tertulis dengan jelas matlamat Islam dalam perjuangannya.

Oleh itu untuk menunjukkan yang PAS itu lebih Islam dari UMNO, maka PAS telah membangkitkan hukum hudud yang belum lagi dibangkitkan oleh UMNO dan menggunakan hukum itu sebagai isu politik, supaya dengan demikian penonjolan Islam yang ada pada PAS itu dapat menenggelamkan Islam yang ada pada UMNO.

Isu-isu lain seperti mengkafirkan UMNO, UMNO parti asabiah, UMNO mengasingkan agama daripada politik dan sebagainya dianggap sudah lapok sukar untuk dijadikan sebagai umpan untuk memancing undi. Justeru itu semasa kempen Pilihanraya Umum 1990, PAS telah membesar-besarkan isu hudud dan berjanji kepada rakyat, khasnya di Kelantan sekiranya parti itu berkuasa mereka akan melaksanakan hukum tersebut.

Setelah PAS berjaya memerintah Negeri Kelantan, maka janji yang dibuat oleh PAS untuk melaksanakan hukum hudud itu hanya tinggal janji, kerana sebelum itu tidak ada apa-apa persediaan yang dibuat bagi melaksanakan hukum tersebut. Tetapi apabila Pilihanraya Umum yang baru heboh diperkatakan yang ianya akan diadakan tidak lama lagi, maka mahu tak mahu janji itu harus diselesaikan walau dengan apa cara sekalipun. Kalau tidak ianya akan mengancam kedudukan parti yang membuat janji itu.

Justeru itu dalam tempoh yang singkat, secara tiba-tiba pada 24 dan 25hb November 1993, maka bergemalah suara-suara yang lantang dan bersemangat di Dewan Undangan Negeri Kelantan, menandakan lahirnya hukum Hudud untuk dilaksanakan di negeri itu.Oleh kerana hudud itu sudah dan diluluskan berdasarkan kepentingan politik dan bukan berdasarkan kebenaran serta perancangan yang rapi dan menyeluruh, maka banyaklah kelemahan dan kelonggaran yang tidak mencerminkan Hudud Islam tetapi lebih mencerminkan Hudud PAS.

Antara kelemahan-kelemahan dan kelonggaran yang terdapat dalam Hudud PAS itu menurut mantan Perdana Menteri, YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad, di mana hukum tersebut tidak dibuat melalui proses mengikut kehendak dan amalan dalam Islam, iaitu berdasarkan akidah feqah yang syaamil. Kajiannya amat terhad tidak boleh ditafsirkan sebagai selari dengan kaedah feqah untuk mencapai muslihat ummah. Undang-undang itu juga hanya dikenakan kepada orang-orang Islam sahaja, sementara orang bukan Islam dikenakan mengikut Undang-undang Jenayah Biasa, perbezaan antara kedua-duanya amat ketara, tidak mencerminkan keadilan dalam apa jua sistem nilai dan agama.

Justeru itu maka Hukum Hudud yang ditaja oleh PAS itu terpaksa ditolak dan dikaji semula.Walaupun hukum itu ditolak, tetapi bagi pemimpin dan ahli-ahli PAS bukanlah merupakan masalah pokok yang perlu dikesali, yang penting mereka dapat melepaskan diri daripada ikatan janjinya terhadap rakyat Kelantan, kalau tidak janji itu akan mengancam kedudukan mereka dalam pilihanraya yang akan datang, sekarang mereka telah terselamat dari ancaman itu bahkan mereka juga telah mendapat modal baru untuk memancing undi dan modal itu sekarang telahpun kedengaran di sana-sini terkeluar dari lidah-lidah PAS yang panas dan membakar, kononnya UMNO menentang Hukum Hudud, UMNO membuat tipu helah untuk melaksanakan hukum hudud, UMNO menggunakan ulamak ala Amerika untuk menolak Hukum Hudud dan bermacam-macam tuduhan lagi dibuat.

Walau apa pun diperkatakan, UMNO tetap berpegang kepada aqidah dan kepercayaan bahawa Hukum Hudud itu adalah Hukum Allah yang jelas termaktub dalam Al-Quran dan Sunnah, ianya tidak boleh ditolak dan diingkari kebenaran dan kesempurnaannya, sesiapa yang menolak dan mengingkarinya boleh membawa kepada kekufuran dan kepada sesiapa yang menuduh orang lain menolak dan mengingkari Hukum Hudud itu seperti juga ia menuduh orang lain kafir, sekiranya tuduhan itu tidak benar maka tuduhan itu kembali kepada orang yang menuduh itu sendiri.

Ini berdasarkan Hadis Sahih yang diriwayatkan oleh Abu Zar dalam Kitab Sahih Imam Bukhari dan Sahih Imam Muslim yang bermaksud;

"Barangsiapa yang menuduh fasik dan kafir, terhadap seseorang yang lain, maka ia sendiri akan menjadi fasik atau kafir, jika tuduhan itu tidak benar".

Tidak melaksanakan Hukum Hudud itu bukanlah beerti menolak atau tidak mempercayai hukum tersebut, kerana soal perlaksanaan adalah berbeza dengan soal kewajipan mempercayainya. Mempercayainya tidak ada syarat, tetapi melaksanakan hukum itu perlu kepada banyak syarat.

UMNO tetap berpegang kepada prinsip perjuangannya dalam menegak dan mengembangkan Islam sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaannya. Dan undang-undang Hudud itu sebahagian kecil dari undang-undang Jenayah Islam yang sangat luas. Seperti apa yang telah dikatakan oleh Ustaz Abdul Hadi, “ Hukum Hudud itu adalah satu aspek daripada 0.0001 daripada hukum Islam”.

UMNO juga tidak akan mencemarkan Hukum Hudud yang lebih sempurna dan agung itu di mata orang-orang bukan Islam lantaran kepentingan politik, sedangkan kekuatan dan kemampuan untuk melaksanakannya belum lagi mengizinkan.

Taminsari
Shah Alam

Kafirkan UMNO Angkara Militan Pas – Nik Aziz!

Jika kenyataan Nik Aziz itu boleh diterima mewakili keseluruhan pandangan kepemimpinan Pas, ia jelas membuktikan selama ini parti itu tidak mengkafirkan UMNO. Ia juga bermakna UMNO, parti yang didokong oleh orang Islam, tidak pernah bercanggah dengan kehendak Islam.

Soalnya mengapa perkara ini tidak pernah diperjelaskan sebelum ini? Mengapa perkara ini dibiarkan berlarutan hingga menimbulkan perpecahan di kalangan umat Islam, berlaku perceraian suami, isteri dan perbalahan anak-beranak yang berbeza parti hinggakan berlaku sembahyang dua imam. Apa yang diketahui umum, pemimpin Pas turut mengkafirkan UMNO.

Ia bukan sekadar inti ucapan di majlis ceramah, malah jelas membuktikan daripada pandangan orang Pas, UMNO adalah kafir.Mengapa hanya selepas Pas bercadang membuka keanggotaan parti itu kepada bukan Islam, pandangan Pas terhadap UMNO berubah. Umum mengetahui salah satu sebab UMNO dicap kafir ialah kerana ia bekerjasama dengan parti lain yang bukan Islam dalam Barisan Nasional (BN).

Sebaliknya apabila Pas cuba rapat dengan parti pembangkang lain yang bukan Islam, mereka menganggap ia dibenarkan oleh Islam kerana tujuannnya ialah untuk menegakkan keadilan.Apakah UMNO selama ini tidak pernah memperjuangkan keadilan terhadap rakyat? Apakah UMNO tidak pernah memperjuangkan nasib umat Islam?

Isu mengkafir UMNO berlarutan agak panjang. Sepatutnya, jika menyedari bahawa isu mengkafirkan UMNO dilakukan oleh pelampau dalam Pas, pemimpin parti itu segera memperbetulkan keadaan itu. Bukankah disebabkan ketika itu Pas melihat isu kafir-mengkafir itu memberi kelebihan politik, maka mereka mengizinkan UMNO dibelasah dengan tohmahan yang tidak sewajarnya dilakukan sesama Islam.

Mengapa ketika itu mereka sendiri tidak mengecam ahli-ahli yang dianggap pelampau dalam parti itu? Dengan membenarkan mereka membuat tuduhan seperti itu bermakna kepemimpinan parti itu juga turut bersubahat.Setidak-tidaknya, dengan kenyataan Nik Aziz itu jelas menunjukkan dalam Pas sendiri memang wujud kalangan ahli parti itu bersikap melampau. Islam tidak pernah merestui umat yang bersikap demikian.

Apakah dengan menjadikan pelampau dalam Pas sebagai sasaran, kepemimpinan Pas cuba mencuci tangan? Rentetan peristiwa yang berlaku sebelum ini jelas menunjukkan ketika debat UMNO-Pas diheboh-hebohkan apakah isu sebenar yang hendak dibincangkan? Bukankah ia mengenai isu kafir-mengkafir? Siapakah pemimpin Pas yang dinamakan untuk mengambil bahagian bahagian dalam debat? Bukankah mereka adalah pemimpin kanan Pas? Bukankah ketika itu Pas mendakwa sembelihan orang UMNO tidak sah dimakan, tidak sah berkahwin dengan orang UMNO dan berlaku peristiwa pengkebumian di tanah perkuburan berasingan?

Bolehkah Pas menutup kes sembahyang dua imam kerana menganggap tidak sah sembahyang berimamkan orang UMNO. Apakah Pas boleh menafikan hakikat ini?Sekiranya Pas benar-benar ikhlas, mereka sepaturnya mengeluarkan pendirian yang mengatakan UMNO adalah parti yang berjuang mengikut lunas Islam. Tidak perlu lagi parti itu berdolak dalik kerana apa saja isu yang dikemukakan oleh parti itu, adalah semata-mata untuk tujuan politik.

Kemungkinan besar kenyataan Nik Aziz yang juga Mursyidul Am Pas itu boleh menimbulkan kemarahan pemimpin Pas yang lain. Bagaimanapun mereka mungkin sukar untuk menyangkal kenyataan Nik Aziz itu kerana berbuat demikian hanya akan meletakkan diri mereka sebagai pelampau dalam Pas. Disebabkan Nik Aziz menyatakan isu itu dibangkitkan oleh pelampau dalam Pas, sesiapa sahaja yang cuba mempertahankan tuduhan itu, adalah tergolong dalam kumpulan pelampau dalam parti itu.

Adalah diharapkan dengan penjelasan Nik Aziz itu, isu UMNO kafir tidak sepatutnya lagi ditimbulkan. Sekiranya ada pandangan baru mengenainya bermakna mereka yang berbuat demikian menolak Nik Aziz. Jika kepemimpinan Pas berfikiran panjang, mereka seharusnya melihat diri sendiri dan bertanding dalam pilihanraya dengan isu yang lebih munasabah.
Bolehkah Amanat Hadi dimansuhkan. Hanya pemimpin-pemimpin Pas sahaja yang boleh menjawapnya?

Taminsari
Shah Alam.

Selasa, 23 Disember 2008

Pas ditipu Anwar ditipu DAP !

Patutkah penyokong Melayu-Islam UMNO bersimpati kepada penyokong-penyokong Melayu-Islam PAS? Kerana mereka terang-terang ditipu oleh pemimpin-pemimpin mereka dan si Penipu nombor wahid negara si Anwar Ibrahim. Mereka juga Melayu, mereka juga Islam sama seperti Melayu-UMNO.

Dilihat penyokong-penyokong PAS kini membabi-buta menyokong Anwar Ibrahim hingga sampai ke tahap yang boleh kita kata sebagai taksub. Segala-gala perkara yang dibuat Anwar Ibrahim benar, dan bagi mereka tak mungkin dia berbohong.TAHUKAH, DAHULU ANWARLAH YANG LANTANG MENGHINA PAS. Sama ada melalui media atau di dalam Parlimen, banyak kata-kata yang Anwar tujukan yang terang-terang menghina PAS.
  • "Pas gagal hormati prinsip Islam."
    "Penyokong-penyokong Pas telah di brainwashed dan fanatik."
    "Pas gagal majukan umat Islam."
    "Pas suka gunakan slogan-slogan kosong."
    "Dakwah Pas bukan cara Islam."
    "Hujah Pas timbulkan fitnah."
    "Pas hanya tonjol imej Islam palsu."
    "Pas rela korbankan umat Islam."
    "Pas telah ketepikan prinsip dakwah."
    "Pas khianati orang Melayu".
    "Pas tak ada akhlak" .

Adakah para ahli dan penyokong PAS marah apabila dengar kata-kata sebegitu? Jika ya, maka ahli-ahli dan penyokong PAS patut marah kepada si penipu Anwar Ibrahim, KERANA ANWARLAH YANG MENGATA SEGALA PERKARA DI ATAS TERHADAP PAS.
Berikut adalah petikan-petikan daripada akhbar, semasa Anwar dalam kerajaan.

Pas gagal hormati prinsip Islam

KUALA LUMPUR, Jumaat - Pas tidak menghormati peraturan dan prinsip moral Islam kerana berdiam diri apabila kerajaan Iraq yang disokongnya, melakukan keganasan terhadap rakyat sendiri, khususnya kaum Kurdis. Naib Presiden Umno, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata Pas hanya mendewa-dewakan kepemimpinan Iraq tetapi menutup perkara sebenar mengenai keganasan dalam negeri yang dilakukan oleh kerajaan negara itu. (Berita Harian, 04/05/1991)

Anwar: Supporters of Pas brainwashed

KUALA TERENGGANU, Thurs. - Pas has succeeded in poisoning the minds of its supporters by not allowing them to question the credibility of statements made by party leaders in Harakah, its in-house newspaper, Finance Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim said today. He said Pas had used Harakah to criticise the Government's Islamisation effort to cover its own weaknesses. This was also why some of its supporters had become fanatics. (New Straits Times, 17/04/1992)

Pas gagal majukan umat Islam.

RAUB, Selasa - Naib Presiden Umno, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Pas masih gagal melaksanakan program memaju dan membangunkan umat Islam sekalipun sudah menguasai satu negeri di negara ini. "Tiada gunanya asyik bercakap mengenai Islam sedangkan rancangan untuk mengangkat martabat umat Islam ke tahap tinggi tidak ada," katanya. (Berita Harian, 25/08/1993)Kepada penyokong PAS, jangan percaya kepada pemimpin PAS, kerana Anwar kata mereka menipu rakyat.

Anwar bidas taktik kotor Pas

DUNGUN, Isnin - Datuk Seri Anwar Ibrahim, membidas taktik kotor pemimpin Pas yang sanggup berbohong dan menipu rakyat menggunakan ayat al-Quran semata-mata untuk memenangi kerusi dalam pilihan raya. Timbalan Perdana Menteri, berkata antara contoh penipuan ke atas rakyat berhubung cadangan kerajaan mahu membuang perkataan Islam daripada Pas, tetapi pemimpinnya membohongi rakyat dengan menyatakan kerajaan mahu membuang Islam. (Berita Harian, 24/01/1995)

Pas hanya tonjol imej Islam palsu

PASIR PUTEH, Isnin - Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, Pas hanya menyubur dan menonjolkan imej Islam palsu kerana di kalangan kepimpinannya penuh perbuatan menyeleweng, jahil atau menyembunyikan fakta sejarah dan kebenaran. Timbalan Perdana Menteri berkata, pemimpin Pas juga mempersendakan ayat al-Quran dan hukum, suka memaki hamun tetapi tidak pernah mengemukakan cadangan bernas, tidak pernah serius memperjuangkan nasib rakyat, malah sebaliknya menindas serta memesongkan akidah mereka. (Berita Harian, 21/03/1995)

Pas rela korbankan umat Islam: Anwar

KUALA TERENGGANU, Ahad - Pas rela menggadaikan masa depan umat Islam di negara ini apabila parti itu sanggup bekerjasama dengan DAP dan Parti Bersatu Sabah (PBS), kata Datuk Seri Anwar Ibrahim. Menurut Timbalan Perdana Menteri, tindakan Pas meletakkan calonnya di kawasan majoriti bukan Islam di Pulau Pinang dan Sabah dalam pilihan raya sebelum ini sama dengan mengkhianati agama, maruah dan masa depan umat Islam di negara ini. (Berita Harian, 03/04/1995)Yang hairannya, Anwar sekongkol dengan DAP sekarang boleh pulak? Nampaknya demi kuasa, Anwar heran apa maruah dan masa depan orang Melayu....

Anwar seru rakyat tolak Pas

HULU TERENGGANU, Selasa - Rakyat diminta menolak Pas kerana bersandiwara kononnya memperjuangkan kepentingan umat dan syiar Islam sedangkan pada masa sama membantu DAP melenyapkan kepentingan serta masa depan orang Melayu di Pulau Pinang, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim. (Berita Harian, 19/04/1995)Tengok. Anwar pun mengaku DAP melenyapkan kepentingan orang Melayu.

Pas khianati orang Melayu.

CENDERING, Rabu - Tindakan Pas menggunakan perantaraan Parti Melayu Semangat 46 (S46) untuk bekerjasama dengan DAP mengkhianati dan mengorbankan masa depan orang Melayu dan umat Islam di negara ini. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata kerjasama itu membuktikan seluruh pegangan Pas terpesong dan sanggup menggadai prinsip parti itu sendiri. (Berita Harian, 20/04/1995)

Pas cemar ukhuwah Islam

BACHOK, Rabu - Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan Pas menjalankan tarbiyah terhadap pemimpin dan ahlinya yang semakin ramai terpesong daripada ukhuwah atau persaudaraan Islam yang sebenar. Beliau berkata kebelakangan ini ramai pemimpin Pas mendakwa menjalankan prinsip dan perjuangan Islam, tetapi hakikatnya ia jauh menyeleweng. (Berita Harian, 20/04/1995)

Parti lawan tak ada akhlak

KUALA LANGAT: Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan tindakan Pas memburuk- burukkan pemimpin Barisan Nasional (BN) dengan gelaran menghina, sebagai tidak berakhlak dan menunjukkan kelemahan parti itu yang mendakwa memperjuangkan Islam. Timbalan Perdana Menteri berkata, BN tidak pernah mengamalkan prinsip memburuk-burukkan orang lain, terutama sesama Islam kerana amalan itu tidak ada kesudahannya. (Harian Metro, 21/04/1995).

Lihatlah perangai Anwar. Bukankah ini menunjukkan Anwar penipu terbesar Malaya? Bukankah pemimpin-pemimpin PAS dulu seangkatan dengan Anwar semasa zaman Anwar sebagai ahli politik mahasiswa? Namun bila Anwar berkuasa, rakan-rakan lamanya di PAS dihina. Semasa PAS tak diperlukan, Anwar mencaci PAS sebagai pengkhianat kepada umat Melayu. Anwar sendiri tahu apa agenda DAP, tapi demi kuasa sekarang ini dia sanggup biarkan DAP berleluasa.

PULAU PINANG MARKAZ PELIWAT (GAY)

Homoseksual di sebalik pusat kecergasan. Begitulah rahsia dua buah pusat kecergasan di Pulau Tikus dan sebuah lagi di Prai yang dibongkar oleh polis kelmarin. Dalam tiga serbuan berasingan bermula pukul 5 petang hingga 8.30 malam itu, lebih 70 lelaki termasuk dua rakyat warga asing dipercayai kalangan homoseksual ditahan. Semasa diserbu ketiga-tiga buah pusat kecergasan yang menyedia khidmat sauna dan spa itu kelam-kabut kerana sebahagian daripada pengunjungnya sedang beraksi tidak senonoh dengan pasangan masing-masing di dalam bilik. Malah ada di kalangan mereka hanya bertuala semasa serbuan.

Polis yang memeriksa ketiga-tiga pusat kecergasan tersebut juga menemui kondom-kondom baru dan kondom lama serta losyen. Dua buah pusat kecergasan yang diserbu di Pulau Tikus terletak dalam jarak kira-kira dua kilometer antara satu sama lain.Bagaimanapun dipercayai ketiga-tiga buah pusat kecergasan tersebut dimiliki orang berlainan. Hanya servis 'ekstra' yang ditawarkan sama. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Senior Asisten Komisioner II, Wan Abdullah Tunku Said berkata, kesemua lelaki yang ditahan berusia 20 hingga 50-an. Menurut beliau, kesemua mereka ditahan dalam satu operasi sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah negeri bermula pukul 5 petang hingga pukul 8.30 malam. (KOSMO ONLINE)

ULASAN

Mungkin penyokong PKR tidak terkejut dengan pendedahan ini kerana kemungkinan besar kumpulan GAY ini mula berani berkampung kerana BIG BOSS mereka ada di Pulau Pinang. Sewaktu Pilihanraya Permatang Pauh, ada diberitakan bahawa ramai dikalangan kumpulan GAY datang ke Permatang Pauh untuk memberi sokongan kepada Anwar. Mengapa? Mungkin ramai seakan tidak percaya. Tetapi sekarang, jelas terbukti bahawa Pulau Pinang dibawah Pakatan Rakyat yang dikuasai DAP melindungi aktiviti kaum Nabi Luth.

Ini adalah kerana laungan Demokrasi dan Kebebasan menjadi wadah manifesto DAP yang menyatakan "Lindungi hak kebebasan beragama, penyelenggaraan rumah-rumah ibadat, masyarakat madani dan identiti kepelbagaian budaya kita". Apakah maksud "identiti kepelbagaian budaya kita" membawa maksud menghalalkan perbuatan kepelbagaian agama-agama mereka?

DAP LINDUNGI PUSAT HIBURAN MILIK BANGSA MEREKA

DAP Malaysia sedang berusaha membawa maksiat ke Pulau Pinang.

Di Miami pun ada Democratic Party, lebih kurang sama jugalah kedua-duanya pro-maksiat dan mungkar. Masalah pusat hiburan di Pulau Pinang pernah didedahkan oleh Pemangku Ketua Polis Negeri, Dato' Salleh Mat Rashid bahawa kebanyakan permis hiburan melanggari syarat dan melaksanakan berbagai kesalahan sosial seperti penyalahgunaan dadah dan pelacuran secara luas.Sebanyak 102 buah pusat hiburan tertumpu pada tiga lokasi iaitu di Daerah Timur Laut, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan (kita semua sedia maklum bahawa pemilik pusat hiburan ini ialah orang bukan bumiputra dan mereka sungguh berlagak kerana negeri ini ditadbir oleh DAP).

DAP membawa Pulau Pinang merenung ke arah Taiwan dan Hong Kong. Pulau Pinang akan berubah ke arah sebuah Negeri seakan-akan Las Vegas tidak lama lagi sekiranya masalah hiburan haram ini tidak di atasi.Kenyataan Ketua Polis Negeri, Dato' Ayub Yaacob juga harus diberi perhatian kerana terdapat permis hiburan mempermainkan tindakan penguatkuasa apabila tidak menghiraukan tindakan sepertimana yang berlaku di Jin Bei Hotel dan Pub No 151, Jalan Burmah, Georgetown yang telah diserbu sebanyak tujuh kali tetapi terus beroperasi. (bagaimana mereka nak takut...mereka sendiri dilindungi oleh beberapa oang kuat parti pemerintah negeri Pulau Pinang sekarang).

MPPP yang menjadi nadi dalam hal ini harus menyemak semula lesen pusat hiburan kerana banyak yang beroperasi secara haram dan melanggari syarat yang diberikan mengikut Warta Kerajaan dalam Enakmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan 1998, Peraturan Hiburan Pulau Pinang 2001," ujarnya.Dulunya PAS memperkatakan perlu ditutup kilang-kilang arak, judi dan maksiat dan kini apabila Selangor yang dikuasai PKR yang bertopengkan DAP tidak pula kedengaran suara-suara Nik Aziz, Hadi Awang dan penyokong-penyokong PAS membantah kepada Anwar. Begitu juga di Perak yang kini sedang bercambah pusat-pusat hiburan dan terdapat juga rumah-rumah ibadat yang sedang dalam proses pembesaran. Berbagai tohmahan kepada UMNO dulu kini berbalik kepada PAS.

TIAN CHUA AKUI PKR SEKULAR

PAS berselongkol dengan parti SEKULAR pemusnah ISLAMKesilapan besar Nik Aziz adalah kerana terlalu mempercayai kumpulan Erdogan di dalam PAS. Husam, Kamaruddin, Mahruz adalah pembawa Sekular Moden ala Mustafa Kamal Artatuk di dalam PAS. Nik Aziz sanggup menangis semasa doanya dihadapan ribuan penyokong di stadium pada Pilihanraya, tetapi tidak pula menangis apabila umat Islam dan Melayu diganggu-gugat oleh orang kafir DAP dan Melayu-Islam PKR yang menjadi pengkhianat agama, bangsa dan negara.

PAS sedang berarak ke arah Sekular dan juga PAS sedang menyanjung PKR, bapa Sekular Moden dan pengikut setia YAHUDI AMERIKA yang diketuai oleh Anwar. Tangisan Nik Aziz yang hanya memberi makna kepada politik sahaja dan bukannya iklas untuk perkembangan Islam. Niz Aziz menyatakan UMNO Nasionalis, tetapi PKR sendiri mengakui secara terang-terangan mereka Sekular. Kini PAS berselongkol dengan Sekular, maka PAS sedang menuju kecelakaan besar.

PKR telahpun menyerlahkan sikapnya dan sikap kebanyakkan ahli PKR yang anti perjuangan Islam yang di suarakan oleh ahlinya apabila Zulkifli Nordin di katakan mempertahankan Islam yang tidak sesuai dengan perjuangan yang di bawa oleh PKR, sikap PKR ini telah di serlahkan oleh TIAN CHUA dalam The Star pada 26 Oktober 08, antara lain Tian Chua mengatakan bahawa Zulkifli Nordin tidak boleh bersuara seolah-olah sama dengan suara parti PAS sedangkan dia adalah parti PKR yang sekular dan berbentuk pribadi Anwar Ibrahim dan Tian Chua tidak gemar Zulkifli berpolitik cara PAS.

Yang lebih hebatnya ialah kebanyakkan orang cina tidak suka cara PAS berpolitik dan lebih-lebih lagi jika orang PKR berpolitik cara PAS, di katakan juga ramai di kalangan orang melayu yang ada di dalam PKR tidak suka kepada perjuangan cara PAS. PAS sepatutnya memikirkan satu pendekatan bersatu dengan UMNO untuk memastikan sikafir-kafir merbahaya ini tidak membaham Islam.Mufti Perak sendiri melihat bahawa gabungan PAS dan UMNO di Perak adalah jalan pembuka kepada penyatuan Melayu seterusnya melahirkan kekuatan dalam Islam. Islam kuat kerana penganutnya.

Islam akan lemah sekiranya penganut Islam di dalam UMNO dan PAS bertelagah. Walaupun ramai soldadu PKR di dalam PAS, ini tidak bermakna PAS tidak boleh bersatu dengan UMNO. PAS akan terus dibaham dengan pendekatan sekular PKR sedikit demi sedikit apabila tidak mahu mengadakan perbincang sesama Islam di dalam UMNO yang pada masa kini menjadi ketua pemerintah Malaysia yang beragama Islam.Bayangkan Tian hua seorang Ketua Penerangan PKR pusat mengakui bahawa PKR ialah sekular. Jelaslah sekarang PAS adalah generasi awal Mustafa Kamal Artatuk.

DAP sedang menjadikan Anwar sebagai jambatan merentasi PAS sebagai laluan menjadikan Malaysia dibawah jajahan kuasa mereka iaitu untuk menrealisasikan agenda PAP. Kini PAS dilihat berada dibawah jambatan diantara DAP dan PKR tanpa PAS dan penyokong-penyokong taksub mereka sedari taktik "command and conquer" DAP yang kini lebih terserlah untuk menghakis hak-hak Melayu dan mempertikaikan agama Islam.
Ini berlaku kerana Anwar telah mengatakan akan menjadi PM pada 16 Sept 2008 lepas walaupun semua tahu ia hanyalah pembohongan besar walaupun terpaksa menetapkan tarikh baru atau pada bila-bila masa.

Dengan syarat PAS atau pun Pakatan Rakyat iaitu mestilah seorang Islam yang layak menjadi PM, DAP telah menggunakan Anwar sebagai jabatan memberi sokongan maximum kepada Anwar sebagai bakal PM dan bukannya dari golongan PAS disebabkan ideologi yang berbeza dan DAP lebih menerima ideologi PKR dari PAS.Jika ianya berlaku, maka corak pemerintahan DAP akan menggunakan cara pemerintah "back door" yang sama seperti apa yang terjadi kepada Selangor dan Perak kini.

Ramai berpendapat yang dulunya memangkah PKR (bagi yang sedar percaturan politik DAP) pada pilihanraya ke12 kononya untuk perubahan mula menyesal kerana DAP yang merubahkan segalanya menggunakan platform PKR dan PAS. Yang dikejar tak kesampaian, yang dikendong keciciran. Adakah penyokong PKR dan PAS dapat menyangah perkara yang sedang dilakukan DAP ini? Jadi, apa kata penyokong PAS? Masih nak sokong, diperguna, diper'donkey, ditunggang, ditipu, dipermacai oleh Anwar yang sedang dipergunakan oleh DAP untuk menghancurkan Melayu-Islam?

Suara Politik
Taminsari

Selasa, 16 Disember 2008

Kaum India mesti bersatu angkat taraf hidup!


Seperti yang disiarkan di ruangan rencana Utusan Malaysia pada hari ini Selasa 16-12-2008.

AGAK pelik juga apabila Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu mendakwa hak kaum India telah diabaikan termasuk sukar menyertai sektor awam, gagal memasuki universiti awam, tidak diagihkan rumah murah dan tersisih daripada tender kerajaan.

Apakah tujuan sebenar Samy Vellu hendak memburukkan kerajaan Barisan Nasional dan di mana semangat setiakawan yang dijunjung sebelum ini. Jika semasa menjadi menteri, beliau menyatakan telah melakukan yang terbaik untuk kaum India di Malaysia, tetapi mengapa sekarang lain pula nada nadanya.

Sepatutnya Samy Vellu, MIC dan parti-parti yang mewakili masyarakat India berkerja keras untuk memperbaiki taraf hidup kaum India serta membendung penyakit sosial di kalangan mereka supaya tidak menjadi wabak. Samy Vellu pun tahu beberapa tempat di Lembah Klang, penduduk setempat hidup dalam ketakutan akibat gangguan daripada kumpulan-kumpulan haram.

Hindraf sendiri dalam salah satu tuntutannya mendakwa pihak polis tidak mengambil inisiatif untuk mengatasi masalah sosial kaum India. Mereka menyalahkan pihak polis kerana tidak melakukan apa-apa. Dan apabila pihak polis bertindak agak keras dan tegas, mereka menuduh pihak polis cuba menghapuskan kaum India. Dengan sebab itu timbullah satu laman web yang diberi nama police watch oleh Hindraf sendiri dengan matlamat untuk mengawasi pergerakan polis. Inilah Hindraf yang dikatakan memperjuangkan hak asasi kaum India di Malaysia di mana Samy Vellu sendiri sudah mula terikut-ikut rentaknya.

Sebenarnya masalah masyarakat India hendaklah diselesaikan sendiri oleh orang- orang India seperti ketua-ketua masyarakatnya. Samy Vellu mungkin telah cuba sedaya upaya semasa beliau berada di dalam Kabinet. Malangnya, masalah terbesar di kalangan pemimpin-pemimpin India adalah kerana mereka tidak boleh bersatu. MIC dengan Samy Vellu-nya, IPF dengan ketua barunya, PPP dengan Kayveas-nya manakala MIUP dengan Nalakarupan-nya.

Walaupun mewakili penduduk minoriti iaitu lebih kurang 2 juta dari penduduk Malaysia, namun pemimpin-pemimpin mereka tidak boleh duduk semeja untuk berbincang. Masyarakat keturunan India Malaysia sebenarnya masih kuat berpegang dengan 'sistem kasta' seperti yang diamalkan di negara India itu sendiri.

Perkara itu memang tidak boleh dinafikan. Kita boleh lihat sendiri cara-cara golongan bertaraf sederhana dan tinggi (kasta atasan) berinteraksi dengan golongan bertaraf rendah. Golongan bertaraf tinggi pada kebiasaan akan memandang rendah golongan bertaraf rendah. Agak sukar untuk dipercayai apabila ada kalangan masyarakat India yang masih berpegang kepada amalan ini. Sebab itu kita boleh lihat orang kaya dari golongan bertaraf tinggi akan bertambah kaya, manakala yang miskin dari golongan bertaraf rendah akan menjadi bertambah miskin.

Yang kaya agak sukar untuk membantu golongan miskin. Mereka tiada kata sepakat dalam mencari jalan untuk membantu kaum mereka sendiri. Mungkin di atas sebab-sebab inilah mendiang Tan Sri Pandithan keluar dari MIC dan menubuhkan parti IPF kerana kecewa dengan tindak tanduk MIC tidak mahu membantu golongan miskin di kalangan penduduk keturunan India. Contohnya penduduk-penduduk India di estet-estet di seluruh negara.

Selagi ikatan 'kasta' tidak terlerai, selagi itulah masyarakat India akan berdepan dengan masalah kemiskinan tegar dan masalah-masalah lain kerana di kalangan mereka sendiri tiada kata sepakat. 'Sistem kasta' inilah yang sebenarnya menjadi batu halangan kepada masyarakat India di Malaysia untuk bersatu dalam memajukan bangsa mereka sendiri.

Dan apabila mereka gagal, mereka akan menyalahkan orang lain terutamanya UMNO seperti yang didakwa oleh Hindraf kononnya kerajaan BN yang ditunjangi oleh UMNO gagal membantu mengatasi masalah kaum India di Malaysia. Hakikatnya orang India sendiri yang gagal membantu kaum mereka sendiri. Akhir sekali satu soalan kepada Datuk Seri Samy Vellu. Mengapa hendak mendapatkan bantuan dari luar setelah anda sendiri berasa gagal memimpin kaum India di Malaysia?


TAMINSARI
Shah Alam

Sabtu, 13 Disember 2008

Melayu jangan cepat melenting!

Isu ketuanan Melayu yang dijaja oleh pemimpin-pemimpin politik Melayu atau dijolok oleh pemimpin bukan Melayu tidak kira di kalangan pemimpin UMNO, kerabat pimpinan parti komponen Barisan Nasional (BN) mahupun oleh pemimpin-pemimpin parti pembangkang telah mencetuskan perasaan muak dan menyampah yang amat sangat terhadap politik dan orang politik.

Rakyat yang rasional dan tidak pernah teruja mahupun tergugat oleh soal ketuanan Melayu semakin bertambah jelik dengan retorik politik perkauman yang cuba menjebak mereka dengan prejudis dan persengketaan di antara satu sama lain.

Fitrah dan tabii kemanusiaan selalunya cenderung untuk memberikan penghormatan kepada sesiapa sahaja yang cemerlang. Bangsa yang berilmu, maju, kuat dan menguasai ekonomi akan dihormati dan ditakuti.

Bangsa yang inovatif dan gigih mencipta, melahir dan membina tamadun akan menjadi bangsa rujukan dan dipandang tinggi manakala bangsa yang beradab, berdisiplin, bersih, rajin dan amanah akan sentiasa dimuliakan berbanding dengan bangsa yang dikaitkan dengan kemiskinan, kemunduran, kedaifan dan sifat-sifat pemalas.

Kerana itu, pemimpin Melayu yang hanya berbangga dan taksub dengan ketuanan Melayu tetapi enggan berusaha untuk menjadikan Melayu sebagai tuan dalam erti kata yang sebenar yakni yang menguasai, berjaya dan berada di hadapan dalam setiap aspek kehidupan berbanding dengan bangsa yang bukan tuan sesungguhnya adalah musuh terbesar kepada ketuanan Melayu yang hendak dipertahankan itu.

Dalam konteks perbincangan ini, adalah malang untuk pemimpin Melayu yang berbangga menjadi tuan dengan hanya bersandarkan sejarah dan Perlembagaan Persekutuan itu akhirnya terpaksa berhempas-pulas dan terpekik-terlolong meminta supaya mereka tetap dipanggil tuan tanpa mampu berbuat apa-apa untuk menterjemahkan makna ketuanan selain daripada membuat bantahan ataupun membuat kenyataan berapi-api di dalam akhbar.

Diasak oleh pelbagai cabaran dan tuntutan zaman yang berubah, bangsa Melayu sesungguhnya tidak boleh mengharapkan Datuk Seri Hishamuddin Hussein untuk menghunuskan keris bagi mempertahankan ketuanan Melayu.

Orang Melayu juga tidak boleh terus mengharapkan pemimpin dan intelektual Melayu sekali lagi bersidang atau berkongres dan seterusnya menghasilkan puluhan resolusi untuk menegakkan ketuanan Melayu.

Sebaliknya orang Melayu harus berusaha sepenuh tenaga untuk menjadi tuan yang menguasai ekonomi dengan menerajui bank dan institusi-institusi kewangan; memimpin dan menguasai industri besar, kecil dan sederhana; mendominasi kegiatan peruncitan, perdagangan dan pemborongan; ke hadapan di bidang ilmu, sains dan teknologi di samping menjadi amat produktif di bidang pertanian, ternakan serta lain-lain bidang perekonomian.

Akhirnya tanpa perlu berperang atau terpaksa membuka kitab sejarah mahupun merujuk kepada Perlembagaan Persekutuan, orang Melayu akan dihormati sebagai tuan yang tidak lagi bergantung kepada belas ihsan dan subsidi daripada bangsa yang lain.

Orang Melayu sebenarnya tidak lagi boleh kekal seperti tebuan yang hanya garang apabila diganggu tetapi kembali leka mengulit sarangnya yang rapuh di zon selesa apabila keadaan kembali tenang.

Untuk berlaku adil, UMNO sebagai parti teras Perikatan dan BN yang tidak pernah luntur dengan iltizam ketuanan Melayu telah mendapat peluang sejak awal kemerdekaan sehingga sekarang untuk membela dan membina Melayu sebagai tuan yang berjaya dan dihormati di tanah air ini.

Berapa banyak peruntukan kewangan, tenaga dan usaha dicurahkan melalui pelbagai dasar dan projek yang dipertanggungjawabkan pelaksanaannya kepada pelbagai kementerian, jabatan dan agensi kerajaan yang diterajui oleh mereka yang berbangsa tuan tetapi masih gagal menjadikan orang Melayu sebagai kaum yang terunggul dan termaju di negara ini.

Hakikat inilah yang sepatutnya diterima dengan penuh insaf untuk mengolah perjuangan kita pada masa hadapan.

Pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) sebenarnya telah banyak menyumbang kepada pembelaan nasib orang Melayu dan bumiputera. Melalui DEB kita telah melahirkan begitu ramai Melayu dan bumiputera yang terpelajar dan kemudiannya muncul sebagai pentadbir, pengurus, teknokrat dan profesional yang cukup berjaya.

Pada masa yang sama DEB juga telah menyingkap pemikiran dan pandangan hidup orang Melayu serta bumiputera untuk mempertingkatkan keupayaan mereka di bidang ekonomi. Muncullah golongan Melayu Baru yang berjaya di sektor korporat dan lain-lain bidang keusahawanan biarpun peratusannya masih kecil berbanding dengan bukan bumiputera.
Dinilai daripada kejayaan pelaksanaan DEB, tentulah tidak ada sebab untuk bangsa Melayu menjadi terlalu pasrah dan emosional dengan provokasi orang lain terhadap ketuanan Melayu.

Retorik

Daripada kita membuang masa dengan retorik politik, adalah lebih wajar untuk kita mengutip segala kekuatan dan menyusun semula agenda pemerkasaan ekonomi Melayu dan bumiputera.
Tumpuan seharusnya diberikan untuk memperbaiki terlalu banyak kelemahan serta pembaziran wang dan tenaga yang dicurahkan untuk memajukan sektor pertanian yang merupakan sektor di mana majoriti bangsa tuan yakni bangsa Melayu dan bumiputera terlibat.

Harus diakui kita mungkin telah berjaya membangunkan infrastruktur pertanian tetapi masih gagal menjadikan sektor ini sebagai sektor yang produktif dan menguntungkan. Padi yang dihasilkan oleh pesawah 'bangsa tuan' masih rendah berbanding dengan hasil yang diperoleh oleh pesawah bukan bangsa tuan walaupun begitu banyak input pertanian seperti baja, benih dan lain-lain bantuan disediakan oleh kerajaan.

Biarpun negara terpaksa berbelanja besar mengimport hasil-hasil pertanian dan barangan makanan, kita juga masih gagal menyusun semula industri asas tani di negara ini bagi membolehkan bil import yang amat besar ini diolah menjadi peluang besar kepada petani-petani untuk mengeluarkan hasil pertanian sekali gus meningkatkan pendapatan mereka berkali ganda.

Kenapa kita masih gagal melakukannya adalah suatu persoalan yang sebenarnya lebih mendesak untuk difikirkan oleh cendekiawan Melayu daripada mereka membuang masa menghasilkan puluhan resolusi tentang ketuanan Melayu yang sebahagiannya tidak lebih daripada pengulangan hujah-hujah yang tidak membawa kita ke mana-mana.

Di bidang keusahawanan, kita juga telah memiliki sebuah kementerian yang diberikan tanggungjawab khusus untuk melahir dan membina usahawan yakni Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi. Begitu banyak program, latihan, kursus, skim dan dana pembangunan usahawan disediakan melalui Tekun selain daripada dana francais melalui Perbadanan Nasional atau PNS.

Di bidang peruncitan kita juga mempunyai Tabung Prosper untuk membantu usahawan peruncitan di bawah kelolaan Perbadanan Usahawan Nasional Bhd.
Di bidang latihan kemahiran, kita juga mempunyai Giat Mara, Institut Kemahiran Mara di samping Institut Latihan Perindustrian dan ADTEC di bawah Kementerian Sumber Manusia serta Institut Kemahiran Belia Negara di bawah Kementerian Belia dan Sukan.

Selain itu, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah melalui pelbagai jabatan dan agensi juga telah mengetengah dan menawarkan pelbagai program, projek, skim dan insentif untuk meningkatkan taraf hidup rakyat luar bandar yang juga rata-ratanya adalah daripada kalangan bangsa tuan.

Namun begitu kita masih terus dihadapkan dengan persoalan-persoalan lama. Kenapakah anak-anak bangsa tuan masih tercungap-tercungap di bidang keusahawanan? Kenapakah bangsa tuan masih tidak mampu memecahkan tembok dunia peruncitan dan pemborongan yang masih dimonopoli oleh bangsa bukan tuan?

Mengapakah anak-anak bangsa tuan yang dilatih di pelbagai institusi latihan kemahiran akhirnya hanya berminat bekerja di bengkel milik bangsa bukan tuan dan bukannya membuka sendiri bengkel memperbaiki kereta motor, hawa dingin, ekzos, tayar dan sebagainya?
Kenapakah juga dalam keadaan begitu banyak Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan Syarikat Milik Kerajaan (GOC) yang kuat dan berpengaruh dan diterajui oleh anak-anak bangsa tuan, tidak ramai usahawan bangsa tuan yang dapat berteduh di bawah kumpulan Petronas, PNB, TNB, Telekom dan Khazanah Holdings berbanding dengan usahawan-usahawan bukan bangsa tuan?

Percayalah, isu ketuanan Melayu yang cuba dijuarai oleh sebilangan pemimpin Melayu adalah isu bermusim yang akan berakhir tanpa menghasilkan apa-apa.
Provokasi oleh pemimpin bukan Melayu juga sebenarnya tidak menjejaskan apa-apa kerana matlamatnya juga jelas iaitu untuk meningkatkan harga pasaran politik individu berkenaan pada kaca mata kaumnya.

Sesungguhnya di hadapan kita masih berdiri cabaran tentang bagaimana perlu kita memperbaiki kelemahan kita sendiri untuk membela nasib Melayu dan bumiputera.
Kita mempunyai segala kekuatan dan peluang yang gagal dimanfaatkan selama ini kerana kita lebih cenderung untuk melenting, mengamuk dan memberikan reaksi berlebih-lebihan apabila munculnya apa yang dianggap ancaman daripada orang lain.

Dalam keadaan doktrin politik yang mempercayai bahawa orang Melayu akan terus menyokong UMNO dan BN selagi mereka bergantung kepada kerajaan telah pun dirobohkan dalam PRU ke-12, pemimpin dan bangsa Melayu perlu menghadapi cabaran bukan dengan emosi dan retorik.
Sebaliknya, kita perlu merevolusikan pemikiran dan tindakan kita supaya dalam tempoh 11 tahun menjelang 2020, bangsa Melayu benar-benar dapat menjadi bangsa yang berjaya menyelesaikan dilema dan penyakit yang selama ini memundurkan kita.

Sama ada kita akan dapat terus menjadi tuan ataupun tidak, jawapannya akan berbalik kepada pemimpin dan orang Melayu sendiri. Polemik ketuanan Melayu dan kelantangan suara untuk mempertahankan ketuanan Melayu tidak akan bererti apa-apa sekiranya kita masih dengan sikap, pendekatan dan cara tindakan yang lama.

Sebaliknya, jika Melayu itu bangsa yang benar-benar jantan dan berani, ayuh mari kita letakkan cabaran untuk keluar dari bayang-bayang perlindungan sejarah dan hak-hak keistimewaan Melayu supaya selepas tahun 2020 ketuanan Melayu nanti adalah ketuanan yang bertunjangkan kecemerlangan, kehebatan dan kekuatan bangsa kita yang hakiki.-UM


Rabu, 10 Disember 2008

Politik Tuntut-Menuntut

Isu ketuanan Melayu bukanlah satu isu baru yang telah dibangkitkan oleh parti-parti politik Cina seperti MCA, Gerakan dan DAP. Ia adalah isu lama yang kerap kali digunakan sebagai senjata untuk mencari publisiti murahan dan pengaruh.

Seperti yang telah penulis tulis sebelum ini, parti-parti politik Cina tidak pernah serik, malah semakin berani dan lantang serta sengaja membangkitkan isu-isu perkauman yang berkaitan sensitiviti orang Melayu.Ia sengaja dibangkitkan untuk menguji reaksi orang Melayu. Apatah lagi kedudukan orang Melayu berada dalam keadaan yang lemah selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU 12) Mac 2008. Apa yang dapat penulis katakan, orang Cina tetap tidak rugi apa-apa sama ada berada dalam kerajaan Pakatan Rakyat mahupun Barisan Nasional. Mereka tetap menang sama ada berada dalam Kerajaan Pusat (BN) mahupun kerajaan negeri (Pakatan Rakyat).

Pada hemat penulis, inilah bentuk perubahan dikehendaki oleh Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek. Pada persepsi Soi Lek, PRU 12 adalah petanda rakyat mahukan perubahan daripada perjuangan perkauman kepada perjuangan untuk semua bangsa Malaysia.Inilah intipati ucapan beliau yang penulis layari dalam laman blognya. Pada Soi Lek, ucapannya telah dipolitikkan. Setelah membaca sepenuhnya teks ucapan beliau bertajuk Change the Game, penulis tidak nampak, ucapan beliau dipolitikkan oleh media, khususnya Utusan Malaysia.

Perubahan

Seperti kata-kata pemimpin-pemimpin Cina sebelum ini, Soi Lek mahukan rakyat Malaysia berubah seperti mana rakyat Amerika Syarikat yang memilih Barack H. Obama, merentasi batasan bangsa dan warna kulit. Perubahan yang dimaksudkan beliau termasuklah ungkapan ketuanan Melayu.

Katanya: "The slogan/phrase of 'Ketuanan Melayu', of Master and Servant relationship becomes unacceptable… the younger generation of various races will not accept it. We accept Malay Leadership, but not Malay Supremacy. "We must change the concept of power sharing. We accept Malay Leadership, but not Malay Supremacy."Semua sedia maklum bahawa setiap negara yang dijadikan oleh Allah SWT ada tuan punya asal sesuatu bangsa. Dengan sebab itu, kita dapati bangsa-bangsa yang dijadikan Tuhan akan menjadi tuan di tempatnya. Misalnya, Ketuanan Melayu membentuk negara Melayu, Ketuanan Cina membentuk negara China, Ketuanan India membentuk negara India, Ketuanan Siam membentuk negara Siam (Thailand) dan lain-lain negara yang boleh dijadikan contoh.

Sepanjang tinjauan penulis, belum ada sesebuah negara menjadi majmuk secara semula jadi. Setiap negara bermula dengan satu bangsa. Dalam hal ini, sudah tentu kita menerima Orang Asli adalah penduduk asal dalam setiap negara di dunia ini. Kemajmukkan berlaku melalui proses migrasi.

Perlu diingatkan, penggunaan istilah ketuanan Melayu bukan perkara baru. Ia adalah bagi menggambarkan bahawa orang Melayu adalah etnik asal dan seharusnya mendapat hak-hak istimewa berbanding kaum lain seperti mana yang telah dimaktubkan dalam Perlembagaan Persekutuan.
Dipolitikkan

Penulis fikir orang Cina faham makna sebenar ketuanan Melayu tetapi sengaja dipolitikkan untuk mendapatkan political mileage terutama kalangan pemimpin mereka. Persepsi yang mengatakan jika orang Melayu adalah tuan, maka hambanya orang Cina sengaja diada-adakan. Begitu juga dengan ungkapan "Hidup Melayu". Jika Melayu hidup, siapa pula yang mati?Apa yang nyata, orang Cina sengaja memperbesar-besarkan isu ini, walaupun mereka tahu tujuan sebenar penggunaan istilah ini. Lebih ekstrem lagi, mereka menggunakan isu ini sebagai faktor kehilangan banyak kerusi BN dalam PRU 12.

Justeru, penulis ingatkan pemimpin-pemimpin Melayu supaya melayari laman web parti-parti politik dan badan-badan bukan kerajaan (NGO) Cina ini serta buletin mereka untuk menyelami betapa kiasunya mereka. Isu-isu yang menjadi sensitiviti kaum bukan hanya diperdebatkan, malah dihina dan dikeji. Saya tidak menafikan juga laman-laman pemimpin Melayu yang lain.

Mewakili MCA, Ong Tee Keat ketika itu menjadi Naib Presiden, dengan nada keras meluahkan perasaan orang Cina terhadap istilah tersebut (The Star, 9 Mei 2008).Kenyataan Tee Keat bertepatan dengan dengan temu bual yang telah dilakukan oleh penulis sebelum ini (Temubual, 7 September 2007). Tee Keat menolak sama sekali istilah ketuanan Melayu, dengan anggapan orang Melayu adalah tuan, manakala orang Cina adalah hamba.

Ini bermakna, kenyataan Soi Lek bukanlah isu baru tetapi telah dibangkitkan sebelum ini, terutama ketika Ketua Pemuda UMNO Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menghunus keris dalam Perhimpunan Agung UMNO 2006 yang ada kaitannya dengan ketuanan Melayu.

Dalam Perhimpunan Agung UMNO 2007, Hishammuddin telah memberikan penjelasan berhubung isu ini. Beliau memberi amaran kepada pihak-pihak tertentu (orang Cina) tidak membangkitkan isu keris kerana ia merupakan sebahagian adat budaya Melayu dan bukan isu perkauman.
Orang Cina diingatkan supaya "jangan mencipta musuh yang tiada dan jangan takut dengan bayang-bayang". UMNO tidak akan melayan lagi polemik melulu mengenai keris yang masih belum reda sejak tahun lalu. Keris dianggap sebagai lambang perpaduan. Beliau turut menyindir orang Cina yang masih tidak memahami budaya Melayu setelah 50 tahun merdeka.

Apa juga alasan UMNO berhubung isu keris dan ketuanan Melayu, pemimpin Cina sengaja memutar-belitkan isu ini. Sejarah membuktikan bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang berakarkan bangsa Melayu (Comber, 2007).

Walaupun ada yang beranggapan bahawa Orang Asli yang menjadi penduduk asal, namun sejarah menunjukkan bahawa Malaysia yang berasal dari nama Tanah Melayu berakar umbikan bangsa Melayu. Sebab itu, dalam banyak perkara, bangsa Melayu mendapat lebih keistimewaan dan keutamaan berbanding yang lain. Ini dinyatakan secara jelas dalam Perlembagaan Persekutuan sejak awal-awal lagi (Haas, 1967).

Maka tidak hairanlah istilah 'Ketuanan Melayu' dan 'Hidup Melayu' selalu digunakan. Istilah ini telah menjadi sinonim dengan UMNO. Begitu juga dengan lambang keris yang menjadi simbol bendera UMNO.Secara mudah, ketuanan Melayu merujuk kepada suatu keadaan yang mana orang Melayu dan warisan mereka diberikan kedudukan yang wajar selaras dengan status sebagai bangsa atau penduduk asal negara ini. Ia sering dikaitkan dengan kedudukan orang Melayu dalam politik dan pemerintahan; sebagai pengendali utama negara.

Unsur-unsur penting lain yang dapat dilihat seperti yang termaktub dalam Perlembagaan adalah kedudukan dan peranan Raja-raja, peranan Islam, kedudukan bahasa Melayu (Perkara 152) dan hak-hak istimewa orang-orang Melayu (Perkara 153).

Ini termasuk juga adat istiadat dan seumpamanya, sehinggalah membawa kepada isu Tanah Rizab atau Simpanan Melayu. Semua perkara ini telah wujud sebelum Perlembagaan yang ada sekarang mula beroperasi pada tahun 1957 (Abdul Aziz Bari, 2006).

Penulis fikir orang Cina menyedari makna ketuanan Melayu yang merujuk kepada perkara-perkara di atas, tetapi mereka sengaja mencari publisiti murahan ketika pengaruh MCA dan Gerakan mula merosot di kalangan kaum Cina yang telah beralih kepada DAP.

Kata-kata Soi Lek yang mahukan perubahan adalah satu pembohongan. Soi Lek mahukan rakyat Malaysia menerima perubahan. Perubahan yang meletakkan kepentingan semua, bukan hanya satu-satu kaum sahaja. Katanya lagi, isu sekolah Cina bukan isu bangsa Cina tetapi isu nasional.
Dalam mengulas isu ini, Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir, menyarankan supaya sekolah vernakular ditutup. Sistem satu sekolah iaitu sekolah kebangsaan mesti diperkasakan. Ini bukanlah isu baru dan bukan mudah untuk menghapuskan sekolah vernakular yang telah menjadi agenda politik tuntut-menuntut dan ugut-mengugut.
Orang Cina akan menggunakan isu ini untuk mendapatkan political mileage dalam BN dan Pakatan Rakyat. BN dan Pakatan Rakyat terpaksa tunduk kepada ugutan ini demi survival politik.Penulis tidaklah menyokong sangat saranan Mukhriz ini, tetapi pengalaman penulis memimpin PIBG di sekolah yang majoritinya pelajar Cina di Sekolah Jenis Kebangsan Cina (SJKC), menyebabkan penulis terpaksa bersependapat dengan Mukhriz .

Berkomunikasi

Kebanyakan pelajar vernakular tidak boleh berkomunikasi dalam bahasa Melayu, apatah lagi bahasa Inggeris. Akhirnya, mereka tidak bergaul dengan pelajar-pelajar Melayu dan seterusnya ketinggalan dalam pelajaran apabila sampai ke peringkat menengah.

Penulis cukup teruja apabila Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali begitu mempertahankan sekolah vernakular agar setanding dengan sekolah kebangsaan, dalam perbahasan Parlimen baru-baru ini.Persoalannya, pernahkah Azmin membuat kajian kemampuan berbahasa Melayu dan tahap integrasi di kalangan pelajar di sekolah-sekolah vernakular? Sekadar mendengar aduan dan pergi membuat lawatan ke sekolah vernakular selaku Yang Berhormat adalah tidak mencukupi.

Cubalah menyelidiki dan berkomunikasi dengan pelajar-pelajarnya. Penulis berani beri jaminan bahawa sebahagian besar pelajar SJKC/T tidak dapat menguasai bahasa Melayu dengan baik. Ramai yang langsung tidak boleh berkomunikasi dalam bahasa kebangsaan.Inilah akibatnya apabila sistem pendidikan diasing-asingkan dan dipolitikkan. Matlamat perpaduan nasional masih terlalu jauh untuk dicapai, apatah lagi untuk menanamkan semangat patriotik yang tinggi.

Justeru, sudah sampai masanya kita jangan terlalu berpolitik sesama sendiri sehingga melupakan kepentingan masa depan negara yang lebih besar.


Suara Politik

Jumaat, 5 Disember 2008

Kantoi, Anwar menunggang Chua Soi Lek










Minggu lepas Timbalan Presiden MCA yang baru Dato Seri Chua Soi Lek atau bekas pelakon DVD telah mengeluarkan kenyataan menghina ketuanan Melayu. Kata bekas pelakon lucah dvd ini ketuanan Melayu sudah tidak lagi relevan dalam senario politik sekarang.. baginya segala yang ada perkataan Melayu itu kotor dan jijik belaka. Chua Soi Lek kini menjadi Kit Siang ke 2.

Ramai merasa hairan mengapa seorang Timbalan Presiden sebuah parti BN mampu mengeluarkan satu kenyataan yang cukup senada dengan konsep pembangkang. Kalau Anwar, Kit Siang, Karpal, Erdogan dan Pakatan Rakyat sering mengatakan bahawa ketuanan Melayu sudah tidak relevan maka itu tidaklah menggusarkan tetapi bagi seorang yang dalam hirarkinya boleh mendapat balik jawatan dalam kabinet seperti Soi Lek ini amatlah memeranjatkan sekali.

DISEBALIK PENGHINAAN Chua Soi Lek.

Rupa-rupanya mengikut sumber, Chua Soi Lek telah mengadakan PERTEMUAN SULIT dengan Anwar di salah sebuah cafe terkemuka di Mount Kiara di Sri Hartamas. Pertemuan yang diadakan 2 minggu lepas hanya dihadiri oleh mereka berdua dan ditemani oleh beberapa pengawal Anwar. Perjumpaan empat mata itu berlaku sekitar jam 10 malam dan ianya adalah atas inisiatif kedua-dua belah pihak.

AGENDA Anwar DALAM PERTEMUAN SULIT DENGAN Soi Lek

Di pihak Anwar beliau kini mendapati dirinya sudah makin terhimpit dengan permainan politiknya sendiri. Penghapusan ketuanan Melayu yang selama ini diteriakkan di seluruh negara mengikut kabaran pasukan risikan PKR telah memakan diri sendiri. Damage Control yang dilakukan tidak boleh disembuhkan dalam masa yang singkat.

Maka strategi 'pusingkan isu' dilakukan. Apa maksud 'pusing isu' itu tak lain Anwar perlu kembali menjadi hero Melayu hero Islam. Kenyataan di perhimpunan Stadium Melawati UNTUK MENGEMBALIKAN IMUNITI RAJA-RAja Melayu telah dimainkan semula. Wan Azizah menjadi 'joyah' atau tukang mulut becok dari pihak wanita menceritakan keinginan PKR mahu mengembalikan imuniti raja-raja Melayu.

Lebih teruk lagi apabila peguam Anwar Sivarasa khabarnya 'DIPAKSA' untuk membacakan ikrar taat setia PKR untuk menjaga Islam dan ketuanan Melayu! Sumber lagi menambah, muka Sivarasa berubah menjadi putih apabila di arahkan oleh Anwar. Mana kan tidak berubah wajahnya si Sivarasa bila diarah untuk taat kepada Islam dan Melayu padahal moto hidupnya adalah agenda perjuangan liberalis dan hak sama rata !

INILAH GAMBARAN SEBENAR BETAPA KACAU NYA JIWA ANWAR MENDEPANI ISU, BERSERABUT, OTAK SEMAK DAN TERUS SEMAK DEK PERMAINAN 'POLITICAL ANIMALNYA' SENDIRI kata sumber. Habis semua di arah buat u turn. Nasiblah tidak dipaksanya Sivarasa membaca doa pembuka majlis!!!!!

AGENDA Chua Soi Lek DALAM PERTEMUAN SULIT DENGAN Anwar

Bekas pelakon dvd ini mempunyai masalah besar dengan presidennya Ong Tee Keat. Chua Soi Lek mengetahui beliau bukanlah sparing partner Tee Keat dan kombinasi mereka berdua ini dijangka tidak berpanjangan. Nasib Lee Lam Thye dan Kerk Kim Hock dalam DAP mula menjadi igauan. Namun di hati Soi Lek beliau amat mengetahui bahawa Tee Keat amat sukar 'cuba-Cuba' mengikut nada Kit Siang dengan menghina Melayu.

Malah Soi Lek berpendapat hanya dengan sokongan akar umbi MCA sahajalah yang mampu mengimbangi kuasa penuh ong tee keat dalam parti MCA.

Namun apa cara untuk menjadi hero perlu difikirkan.. ahh kenapa aku lupa sejarah parti sendiri bisik Soi Lek. Sedangkan Lim Ah Lek yang dibenci oleh diktator MCA Liong Sik pun berupaya ditumbangkan. Peristiwa pembelian Nanyang dan Sinchew menjadi senjata utama Lim Ah Lek ketika itu. Lim Ah Lek berjaya mengajak satu kumpulan besar ahli MCA seluruh negara membantah pengambil alihan 2 akhbar tersebut. Maknanya dengan bermain isu sensitif sahajalah jalan penyelesaian mengatasi kemelut beliau dengan Ong Tee Keat.

Apa isu perlu aku main bisik hati kecil Soi Lek. Lampu sudah bernyala di kepalanya..apa lagi kalau bukan ketuanan Melayu!, inilah menu politik paling popular di malaysia ! Paling popular dimata Cina mata India dan mata Anwar Ibrahim. Inilah isu yang boleh menjadikan aku hero sama seperti Theresa dan Kit Siang!

Ya mari aku kacau Melayu, mari aku gugat rasa sensisif mereka. Ya dengan cara ini tercapai la impian aku menjadi menteri dalam rombakan kabinet nanti, dan di mata ahli MCA aku pejuang demokrasi. yang pasti Tee Keat pasti menggigit jari! maka Soi Lek dan Anwar menjadi kombinasi.

SATU PANGGILAN TELEFON MEMADAI.. SIAPA Dato Soh Chee Wen?

Soi Lek : hallo fren..kasi saya satu appoinment dengan Anwar boley ka?Dato Soh : aiya kawan.. Anwar pun mau jumpa sama lu la!

Dato Soh Chee Wen pernah menggegarkan dunia bursa saham tidak lama dulu. Skandal kerugian berjuta-juta saham masih di dalam kes mahkamah. Namun selepas Anwar bebas Dato Soh Chee Wen merupakan orang cina ke 2 selepas Tian Chua yang menganggotai kelab tukang kipas di rumah no 1 jalan setiamurni 1. Tak kira masa siang dan malam Dato Sh sentiasa berada di sisi Anwar. Hanya pada waktu solat jumaat sahaja beliau tidak dibenarkan masuk masjid kalau tidak tugas katib pun diambil alihnya demi menunjukkan kesetiaan kepada Anwar.

Dato Soh Chee Wen merupakan pakar strategi politik kepada bekas presiden MCA Ling Liong Sik. Beliau juga merupakan rakan niaga yang aktif bersama anak presiden MCA iaitu Ling Hing Liong. Dato Soh Chee Wen melihat Anwar sebagai future prime minister, Anwar perlukan wang maka aku beri dia wang.

Kini Dato Soh menjadi orang penting Anwar. Beliau merupakan back up financial Anwar, back up financial PKR, backup financial pejabat PKR negeri, backup financial dengan memberi gaji bulanan pemimpin PKR dan AMK pusat! Bagaimana kenyangnya kepala erdogan Husam Musa dibiayai oleh towkay cina Andrew Leong begitu jualah Anwar mendapat dana daripada dato Soh! Tidak lupa juga betapa kayanya Dato Soh membiayai portal malaysiakini! Satu web yang terang-terang memperjuangkan artikel 11!

Dato Soh Chee Wen melihat peluang menemukan Anwar dan Soi Lek merupakan satu political mileage terbesar dalam hidupnya. Peluang kembali aktif bisnes makin bersinar. Akhirnya pertemuan dua ahli politik terdesak ini di lakukan. "Aku Anwar jadi hero Melayu" dan "kau Soi Lek kasi hantam Melayu", nanti depan mata Cina kau lah hero. "WIN WIN SITUATION". kita saling mempergunakan sama sendiri.

Dua ahli politik terdesak ini gelak ketawa di cafe mount kiara. Gelaknya bagai orang kaya yang baru dapat harta! Anwar menepuk-menepuk bahu Soi Lek. Ok Dato, kita jalankan tugas kita kata-kata terakhir Soi Lek kepada Anwar.

PERJANJIAN SULIT DIPERSETUJUI

Perjanjian dimetrai di Cafe Mount Kiara. Samalah perjanjiannya diantara Anwar dan Yong Teck Lee. Lokasinya sama dan agendanya turut sama bantai Melayu! Maka berlakukan penghinaan untuk kesekian kali kepada bangsa Melayu. Satu demi satu pihak-pihak berkepentingan cuba menggugat hak bangsa.

Kini Chua Soi Lek sudah menjadi budak suruhan Anwar. Meneruskan tradisi kurang ajar kepada Melayu. Anwar yang gila akidah politiknya sudah boleh berbangga kerana kaedah political animalnya semakin berjaya. Walaupun dihatinya sudah lama mengatahui hati Melayu sudah lama terluka! Arrgg.. peduli apa bisik hatinya.

WAHAI MELAYU
MASA DENFENSIF SUDAH TAMAT
HENTIKAN SEGALA PENGHINAAN TERHADAP HAK AGAMA HAK BANGSA
MARI BANGKIT KITA AJAR PETUALANG BANGSA

SIAPA YANG AJAR HINDRAF BIADAP DI PAGI RAYA? ANWAR LAH JAWAPANNYA
SIAPA YANG AJAR THERESA KOK MENGHINA ISLAM? ANWAR LAH JAWAPANNYA
SIAPA YANG AJAR KARPAL BIADAP PADA RAJA ? ANWAR LAH JAWAPANNYA
SIAPA YANG AJAR KIT SIANG BIADAP TERHADAP RAJA MUDA ? ANWAR LAH JAWAPANNYA
SIAPA YANG AJAR DR XAVIER HINA DASAR PENDIDIKAN ISLAM ? ANWAR LAH JAWAPANNYA
SIAPA YANG AJAR CARBURATOR DUNG BUKAK SELUAR MASA KONSERT PROTES ? ANWAR LAH JAWAPANNYA
SIAPA DIA, DIALAH ANWAR DAN KONCO-KONCONYA...

Suara Politik

Rabu, 3 Disember 2008

Kontrak SoSIAL Pakatan Rakyat

Apakah itu Pakatan Rakyat? Ianya adalah jalinan kerjasama politik antara DAP, PKR dan PAS. Mereka memiliki 82 kerusi di Parlimen. 40 kerusi adalah bukan Islam. Saya ulang 40 kerusi adalah bukan Islam. Manakala hanya 40 kerusi sahaja Ahli Parlimennya Islam. 2 lagi ialah Zulkifli Nordin dan Ibrahim Ali yang terang-terang sudah menjadi Bebas.

Pakatan Rakyat tidak mempunyai Ketua. Tiada ketuaan di dalam Pakatan Rakyat. Ini jelas menyalahi prinsip keamiran di dalam Islam. Bayangkan tiada Imam di dalam Solat Berjemaah. Wujudkah Jama'ah di dalam Solah TANPA Imam.

Apakah sebenarnya pendirian PAS di dalam Pakatan Rakyat. PAS sebenarnya sedang BINGUNG. Manakala PKR adalah parti yang paling kecewa sekiranya Gagasan Pakatan Rakyat ini punah.

UMNO mesti jadi wira kepada semua bangsa. Bukan hanya khusus kepada bangsa Melayu. Cuma kelihatan kini UMNO sedang diperangkap oleh DAP dan PKR yang memainkan isu Ketuanan Melayu dan DEB. Meskipun demikian UMNO tiada boleh tak hiraukan isu tersebut. Ini adalah kerana ramai orang Melayu tidak memahami lagi maksud kontrak sosial.

Sebenarnya isu atau terma kontrak sosial ini mula dimainkan oleh sekumpulan bekas tahan ISA yang menubuhkan Suaram. Antara pelopornya ialah Tian Chua dan Dr. Kua. Mereka highlightkan persoalan Kontrak Sosial. Kata mereka Kontrak Sosial iaitu pertukaran Hak Kewarganegaraan kepada Bukan Melayu dan Hak Keisitimewaan Melayu itu adalah satu penipuan politik oleh UMNO kepada kaum Cina dan India. Itulah isu yang mereka mainkan.
Zaman Reformasi mereka sekali lagi berjaya mengetengahkan isu ini dengan harapan ianya menjadi isu prima. Namun mata lebam Anwar meneggelamkan kembali isu ini. Cuma setelah 10 tahun berlalu, kini mereka berjaya akhirnya meletakkan isu ini di depan mata rakyat. Akhirnya setelah penjelasan bertubi kini, orang Melayu semakin hilang keliru. Kontrak Sosial ialah asas kepada Perkongsian Kuasa telah difahami semua rakyat. Hak Keistimewaan Melayu akhirnya dihormati dan hak kewarganegaraan untuk India dan Cina diakui.

Bayangkan nasib anak Cina dan India tanpa kontrak sosial. 90% Bukan Melayu masih belum Warganegara sebelum Hari Merdeka. Sekiranya mereka terus hidup sebagai Bukan Warganegara selepas Hari Merdeka. Pastilah mereka akan dihantar pulang bersama anak-anak mereka ke Negeri Asal mereka datang.
Tetapi mereka berada di Tanah Melayu yang dipimpin oleh orang Melayu. Apakah yang pemimpin UMNO lakukan pada masa itu. Pemimpin UMNO kata, kita terima mereka sebagai WargaNegara, sebagai Sahabat dan Rakan Kita. Kita akan berkerja sama dengan semuanya.
Begitulah pemimpin UMNO yang menjuarai nasib semua kaum. Tidak hanya kepada orang Melayu. DAP hanya muncul selepas PAP diterjang keluar daripada Malaysia. Apa jasa DAP kepada negara?

PKR langsung hampas. Hanya tahu menjerit melolong. Tapi yang mereka buat hanyalah ambil rasuah. Di Selangor, PKR jadi macam capcai. PKR yang di pelopori oleh Anwar adalah untuk memecahbelahkan Melayu dan untuk melemahkan dominasi Melayu di dalam UMNO untuk tujuan membalas dendam bagi menrealisasi hasrat untuk menjadi Perdana Menteri.

DAP hanya berselindung disebalik parti-parti PAS dan PKR yang ketuanya terdiri daripada orang Melayu, dan menanti bilakah Melayu akan lemah selemahnya. Mereka menunggu dengan penuh harapan dan keyakinan bahawa Melayu akan lumpuh dalam masa jangkaan 10 -20 tahun atau lebih. Rakan politik DAP yang perlu dijaga adalah PKR kerana telah membuktikan kejayaan memecahan Melayu walaupun merupakan parti baru jika dibandingkan dengan PAS telah memecahkan Melayu-Islam.
Cabaran Melayu kini telah kian mencabar apabila PAS memecahkan fahaman agama Islam, diikuti dengan PKR yang memecahkan bangsa Melayu dan DAP mempertikaikan bahasa dan akhirnya Pakatan yang dinamakan "Pakatan Rakyat" ini mempertikaikan Ketuanan Melayu. Seperti satu pakej yang akhirnya akan merugikan semua orang Melayu di Malaysia yang dirancang oleh DAP secara senyap.
PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN telah menyatakan dengan jelas bahasa Melayu adalah bahasa Kebangsaan. Hanya bahasa Melayu sahaja boleh digunakan dalam urusan Rasmi seperti nama papan tanda. Namun, KM Penang sedikitpun tidak tersentuh akan hal ini, maka sebenarnya itulah yang sedang diusahakannya sekarang iaitu menghapuskan satu demi satu identiti Melayu.

Targetnya sudah tentu ialah 10 dan 20 tahun akan datang, di mana ketika itu Penang sudah mampu menyisihkan bahasa Melayu, bangsa Melayu, identiti Islam orang-orang Melayu. PAP hanya memerlukan tidak sampai 10 tahun untuk melakukan semua itu di Singapura.
DAP hanya memerlukan 300 Hari sahaja untuk mengubah bahasa Melayu menjadi bahasa Murahan di Penang.

DAP hanya memerlukan tidak sampai sebulan untuk mengumumkan menghapuskan DEB dan membuka tender terbuka secara samarata. DAP tidak pandang pun adat istiadat orang Melayu ketika masuk ke Dewan Undangan Negeri Johor, Selangor, dan Perak pada hari Raja-Raja Melayu hadir ke dalam Dewan. Nampaknya orang Melayu mula sedar apabila sudah banyak NGO bangkit dari tidur. Walaupun lewat, namun suara mereka akan menyelamatkan Tanah Melayu ini daripada diDAPkan atau diSingapurakan.

Kepada Pejuang-pejuang Melayu, PEWARIS, Graduan Melayu Muda, Profesional Melayu, GAPENA, Kongres Masa Depan Melayu, Barisan Bertindak Melayu, bangunlah dan sedarkan orang-orang Melayu akan padahnya agenda DAP. Carilah penterjemah orang Melayu yang fasih berbahasa Mandarin, dan bacalah akhbar-akhbar dan media DAP, nescaya kamu tahu siapa DAP!

Suara Politik





























Isnin, 1 Disember 2008

Apa Lagi Yang Bukan Melayu Mahu Dari Orang Melayu!

Sejak dari selesai PRU ke-12 yang lepas dan sepertimana yang kita ketahui akan keputusannya dimana lima negeri telah jatuh ketangan pembangkang, kian dilihat setiap hari bagaimana kaum bukan Melayu semakin berani mempertikaikan akan Ketuanan Melayu. Tidak kira kaum bukan Melayu dari parti pembangkang, begitu juga dengan rakan-rakan UMNO didalam Barisan Nasional. Ibarat menikam kawan dari belakang, inilah yang berlaku didalam senario politik negara.

Penulis tertanya-tanya apabila UMNO diasak bertubi-tubi oleh pihak pembangkang, dimanakah rakan-rakan utama UMNO dalam BN? Sepatutnya rakan-rakan utama BN inilah yang akan berdiri teguh dibelakang UMNO untuk menangkis segala serangan dari pihak pembangkang. Ini tidak, bukan sokongan seperti yang diharap-harapkan malah UMNO sendiri menerima tekanan dari dalam BN. Seolah-olah UMNO dibelasah dari luar dan dalam. Malah ada rakan-rakan utama UMNO mula bertindak dengan berani mengugut untuk meninggalkan Barisan Nasional jika tuntutan mereka tidak dipenuhi.

Dimanakah semangat setiakawan dan persefahaman yang telah sekian lama dipupuk selama ini sejak dari merdeka lagi diantara semua parti-parti komponen Barisan Nasional. Apa lagi yang kaum bukan Melayu mahukan dari orang Melayu? Tidak cukupkah apa yang mereka telah perolehi dan kecapi setelah keturunan datuk moyang mereka diterima sebagai warganegara tanah air tercinta ini. Tidak cukupkah lagi dengan penguasaan ekonomi yang mereka dominasi sehingga mampu mengurangkan tahap kemiskinan kaum-kaum mereka jika hendak dibandingkan dengan orang Melayu?

Ingatlah kaum bukan Melayu,orang Melayu juga berhak menikmati hidup yang sempurna di tanah air mereka sendiri. Orang Melayu tidak mahu hidup merempat ditanah air mereka. Orang Melayu tidak meminta apa-apa dari bukan Melayu. BN yang ditunjangi oleh UMNO telah berusaha merangka berbagai polisi untuk menaikan taraf hidup orang Melayu sejak merdeka disamping tidak mengabaikan hak-hak kaum lain. Adakah orang Melayu meminta kaum bukan Melayu supaya mengabaikan atau memansuhkan bahasa, adat resam dan sekolah-sekolah bukan Melayu? Malah kebanyakan sekolah-sekolah mereka telah turut dibantu oleh kerajaan.

Ingatlah kaum bukan Melayu, tidak ada didalam dunia ini manusia yang begitu baik bernama “ Melayu “ yang sanggup menerima kaum-kaum pendatang ini sebagai warganegara setelah negara mencapai kemerdekaan. Tanah Melayu tidak meletakkan apa-apa syarat kepada kaum bukan Melayu untuk menerima mereka sebagai warganegara Tanah Melayu. Malah mereka bebas mengamalkan adat resam mereka selepas merdeka.

Jangan cepat lupa sejarah pembentukan Malaysia. Untuk apa kita merayai hari ulang tahun kemerdekaan pada saban tahun jika semua rakyat Malaysia tidak mahu menghayatilah sejarah pembentukan Tanah Melayu. Inilah gunanya hari kemerdekaan disambut supaya rakyat dapat menghayati apa ertinya kemerdekaan dan bagaimana untuk terus mempertahankannya. Bagaimana pejuang-pejuang kemerdekaan dahulu yang rata-ratanya orang Melayu berjuang menuntut kemerdekaan dari pihak penjajah.

Pejuang-pejuang Melayu terdahulu sanggup bermandikan darah mempertahan bumi tercinta ini dari terus dijajah untuk menjadikan Malaysia sepertimana yang ada pada masa ini. Adakah kaum bukan Melayu pernah berterima kasih pada orang Melayu diatas pengorbanan pejuang-pejuang Melayu terdahulu dalam mempertahankan kedaulatan negara? Adakah kaum bukan Melayu tahu akan kehadiran Pahlawan Mat Kilau, Datuk Bahaman, Datuk Maharajalela dan lain-lain pejuang Melayu. Adakah kita pernah mendengar Kapitan Yap Ah Loy atau ceti-ceti sanggup mengangkat senjata berjuang bersama-sama dengan orang Melayu melawan penjajah? Tidak pernah.

Mengapa pejuang-pejuang Melayu sanggup bermandikan darah berjuang melawan penjajah? Kerana apa, kerana niat mereka cuma satu. Tanah air ini adalah tanah Melayu. Bermakna Melayu adalah tuan kepada tanah air bumi tercinta ini. Siapakah akan mempertahankannya kalau bukan orang Melayu itu sendiri. Sama juga dengan Singapura. Siapakah tuan tanah kepada negara Singapura sekarang walaupun ia sebenarnya pernah menjadi sebahagian dari tanah Melayu. Bolehkah orang Melayu Singapura mengatakan mereka adalah tuan kepada tanah Singapura. Tentu tidak boleh kerana sudah bertukar “ tuan “.

Maka tidak perlulah bukan Melayu terus mempersoalkan akan Ketuanan Melayu kerana semuanya sudah termaktub didalam perlembagaan. Boleh dikira dengan jari berapa ramai perajurit yang berpangkat rendah dari kalangan bukan Melayu kecuali bumiputra dari Sabah dan Sarawak yang berkhidmat didalam pasukan angkatan tentera Malaysia. Kalau mereka benar-benar sayangkan negara mengapa mereka tidak mahu menyertai angkatan tentera Malaysia bermula dari pangkat paling bawah. Kalau adapun yang mahu menyertai ,mengapa mereka cuma memilih untuk pangkat-pangkat atasan sahaja. Apakah jijik sangat pangkat bawahan itu?

Mengapa orang Melayu sahaja yang sanggup menggalas tangungjawab ini meninggalkan anak dan isteri serta keluarga berada didalam hutan atau disempadan untuk menjaga keselamatan negara sedangkan kaum bukan Melayu yang mendabik dada mengatakan yang mereka juga adalah “ tuan” kepada tanah air ini duduk bersenang lenang dengan rumah besar, kereta mewah dan segala kemewahan yang lain. Sanggupkah mereka yang bongkak dan lupa daratan ini berada bersama-sama perajurit Melayu didalam hutan demi menjaga keselamatan negara? Dimanakah bukan Melayu bila setiap tahun Tabung Rayuan hari Pahlawan dilancarkan? Berapa ramai yang sanggup menderma bagi membantu ahli-ahli keluarga perajurit yang daif ataupun yang terkorban semasa menjalankan tugas?

Begitu juga dengan tugas-tugas menjaga keamanan dan ketenteraman awam. Berapa ramaikah bukan Melayu yang mahu menjadi konstabel Polis? Mengapa jika ada cuma memilih pangkat atasan sahaja. Adakah pangkat bawahan ini untuk orang Melayu sahaja? Bukankah soal keamanan adalah tanggungjawab bersama. Malah ada ahli Parlimen pembangkang mempersoalkan kredibiliti anggota polis dalam menjaga keamanan negara. Sepatutnya sebagai rakyat dan pembangkang, beliau menyeru kepada bukan Melayu untuk menganggotai pasukan polis bagi sama-sama menjaga keamanan. Ini tidak, malah mempersalahkan pasukan polis dengan kadar jenayah yang tinggi sekarang.

Bagi penulis tanggungjawab pasukan Polis adalah seperti berat mata memandang, tetapi lebih berat bahu yang memikul . Cuma yang faham sahaja yang akan menghormati kerja-kerja yang ditanggung oleh pasukan Polis. Adakah tugas-tugas menjaga keselamatan dan keamanan terletak dibahu orang Melayu sahaja sedangkan kaum bukan Melayu sibuk menghimpun harta kekayaan. Adakah bukan Melayu pernah bersyukur dengan kenikmatan dan hidup senang lenang mereka sekarang adalah hasil dari susah payah orang Melayu yang menjadi pewaris kepada bumi tercinta ini.

Jika bukan Melayu masih lagi mempersoalkan tentang Ketuanan Melayu, adalah lebih baik mereka cermin dulu diri masing-masing tentang asal-usul mereka. Hayati apa itu kontrak sosial, apa itu rukun negara dan apa yang termaktub dan terkandung didalam perlembagaan. Ingatlah yang orang Melayu sudah banyak berkorban untuk bukan Melayu. Orang Melayu tidak meminta banyak kepada bukan Melayu, cuma diharap bukan Melayu menghormati hak-hak istimewa orang Melayu dan Raja-raja Melayu seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan.

Seperti titah Raja Muda Perak, Raja Dr,Nazrin tidak lama dahulu:

Masyarakat imigran yang datang daripada pelbagai budaya dan adat perlu berpegang kepada pepatah ‘ Dimana bumi berpijak, di situ langit dijunjung ‘.

Sama-samalah kita renungkan.

Taminsari
Shah Alam.

Khamis, 27 November 2008

Khalid tolak cadangan Pas haram jual arak !

Usaha Pas Selangor untuk memperkenalkan peraturan membataskan jualan minuman beralkohol berkuat kuasa Januari depan tidak kesampaian apabila cadangan tersebut ditolak oleh kerajaan negeri. Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, keputusan tersebut dibuat atas alasan penduduk di negeri itu terdiri daripada berbilang kaum dan agama.
Jelas beliau, meskipun terdapat golongan tertentu menyuarakan kebimbangan terhadap kesan negatif akibat mengambil minuman beralkohol, kerajaan negeri berpendapat tidak perlu diambil tindakan drastik sedemikian kerana ia boleh mencetuskan rasa tidak puas hati di pihak lain.
"Walaupun prihatin terhadap kebimbangan sesetengah pihak mengenai kesan negatif pengambilan minuman beralkohol tetapi kerajaan negeri tidak akan mengambil langkah drastik seperti mengharamkan penjualan minuman beralkohol secara total. "Ini kerana Selangor terdiri daripada penduduk pelbagai kaum dan agama," katanya pada sidang akhbar selepas mesyuarat mingguan Exco di sini hari ini.

Malaysiakini hari ini melaporkan bahawa akhbar-akhbar berbahasa Cina menyebut Pas melalui anggota-anggotanya yang menyertai ahli-ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) sedang memperkenalkan peraturan membataskan jualan alkohol di restoran, kedai runcit dan kedai serbanika 24 jam di Selangor. Menerusi laporan dalam laman web tersebut, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) disebut sebagai PBT pertama di Selangor yang meluluskan usul berkenaan yang bakal berkuat kuasa Januari depan.

Bagaimanapun, usaha murni itu dikecam DAP apabila ketua publisitinya, Tony Pua menyifatkan Pas sebagai bongkak dan sukar bekerjasama kerana tidak merujuk terlebih dahulu dengan parti-parti lain dalam pakatan pembangkang. Menurut Pua, tindakan Pas itu dilihat cuba membelakangkan sentimen sokongan pengundi bukan Islam dan melemahkan kerajaan campuran Selangor.

Abdul Khalid memberitahu, isu tersebut telah dibincangkan sebelum ini dan hasilnya kerajaan negeri memutuskan untuk meningkatkan penguatkuasaan dengan melarang penjualan minuman beralkohol kepada orang Islam dan belia di bawah umur 18 tahun. Katanya, satu perbincangan akan diadakan tidak lama lagi di antara kerajaan negeri dengan para peniaga, PBT dan agensi-agensi kerajaan berkaitan bagi mengenal pasti cara terbaik untuk melaksanakannya.

Suara Politik

Rabu, 26 November 2008

DIGUGUR AKIBAT TIDAK TAHAN DITEGUR

Bagi kebanyakan penyokong pembangkang jika berita ini keluar dari media massa mereka akan katakan ini sebagai dakyah kerajaan. Tetapi jika menunggu media mereka mengeluarkan artikel yang tidak baik pasti umpama pungguk rindukan bulan yang tidak akan kunjung tiba. Kini menjadi trend media pembangkang untuk menyatakan hanya yang betul tentang mereka... walaupun mereka menuduh media massa dalam masa yang sama. Mereka kini hanya menyebarkan berita-berita baik sahaja tetapi mengenai masalah dalaman mereka pasti tidak akan ditimbulkan.

Terbaru ialah berita pengguguran dua pemimpin kanan parti itu yang dilaporkan oleh Malaysiakini. Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hassan Mohd Ali didakwa menggugurkan dua pemimpin kanan parti itu kerana "kepanasan" dengan kritikan yang diterimanya berhubung isu agama dan kaum dalam pentadbiran negeri.

Ahli parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad dilucutkan jawatan sebagai timbalah pesuruhjaya II PAS negeri itu digantikan ahli parlimen Hulu Langat Dr Che Rosli Che Mat, Jumaat lepas.Sementara ketua penerangan diserahkan kepada setiausaha akhbar presiden PAS, Roslan Shahir Mohd Sharir bagi menggantikan wakil rakyat Hulu Kelang, Saari Sungib.Keputusan mendadak itu diputuskan dalam mesyuarat Dewan Harian parti itu yang diumumkan dan diluluskan dalam mesyuarat badan perhubungan PAS negeri itu pada hari yang sama.

Sumber-sumber dalaman PAS Selangor memberitahu Malaysiakini, pengguguran itu dicadangkan sendiri oleh Dr Hassan menggunakan kuasanya sebagai pemimpin nombor satu dengan mendominasi kedua-dua mesyuarat itu.Menurut sumber lagi, keputusan pengguguran Khalid dan Saari itu tidak dipersetujui di kalangan ahli mesyuarat yang terdiri daripada yang dipertua PAS kawasan.Ramai di antara mereka dikatakan berdiam diri kerana tidak berpeluang mengeluarkan pandangan.

"Tidak ada kebebasan bersuara dalam mesyuarat. (Agenda) tidak bincang isu betul-betul dan selalu disapu di bawah permaidani," kata sumber.Kedua-dua tokoh gerakan Islam itu dikatakan sering bersuara lantang menyebabkan Dr Hassan jadi sensitif, terutamanya dalam isu pelantikan Low Siew Moi sebagai pemangku pengurus besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan peruntukan RM10 juta kepada rumah ibadat bukan Islam di negeri itu.

Nampaknya apa yang berlaku dalam parti ini menampakkan kelemahan dan perpecahan serta tidak mahu mendengar suara dan pendapat akar umbi.Malaysiakini difahamkan kedua-dua tokoh yang digugurkan itu berpandangan, isu-isu berunsur perkauman melibatkan penyertaan golongan bukan Melayu dalam kerajaan Selangor tidak harus menjadi keutamaan PAS di negeri itu.

"Isu-isu Melayu ini kita sudah tidak mahu layan," kata sumber... Persoalannya ini bukan isu Melayu sahaja bahkan isu agama Islam yang sepatutnya menjadi perjuangan PAS... Apakah Pas telah meninggalkan perjuangan Islam!?Bagaimanapun, pandangan Khalid dan Saari ini dikatakan bertentangan dengan pendekatan Dr Hassan yang didakwa tidak mengendahkan teguran-teguran yang dibuat terhadapnya.Dr Hassan sebelum ini dilaporkan menolak pelantikan Low atas alasan beliau bukan Melayu dan beliau mahu segera menggantikan pemimpin korporat itu dengan seorang calon Melayu. Tindakan Dr Hassan itu mengundang kontroversi dan reaksi pelbagai pihak.

Isu-isu sebegitu, kata sumber, tidak selari dengan slogan "PAS Untuk Semua" yang dilaungkan parti itu.Penyingkiran kedua-dua tokoh itu juga dikatakan kesan daripada tindakan mereka yang mahukan PAS "kembali kepada asal" dengan memfokuskan kepada usaha mengukuhkan Pakatan.Dihubungi selepas sidang parlimen hari ini, Khalid (foto atas, kiri) mengakui rombakan PAS negeri terpaksa dibuat kerana perbezaan pendapat, kaedah dan cara beliau menyebabkan Dr Hassan tidak dapat melaksanakan tugas dengan berkesan.

Nampaknya Dr Hassan terpaksa mengorbankan ahli yang tidak bersependapat dengan beliau yang terpaksa mengikut 'buntut' DAP dan PKR. Sungguh malang bagi orang yang mempunyai idea dan pandangan akar umbi ditolak oleh kepimpinan PAS Selangor. Namun itu hakikatnya demi kepentingan politik, kepentingan kaum Melayu dan agama Islam dipinggirkan walau terpaksa mengorbankan suata akar umbi. Pas kini tidak boleh lagi melaungkan slogan membangun bersama Islam kerana kini tidak relevan untuk selamanya.


Aspirasi Bangsa



Selasa, 25 November 2008

Kenyataan Dangkal Seorang Profesor Bernama P. Ramasamy!

Baru-baru ini semasa persidangan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang kita dikejutkan dengan kenyataan Timbalan Ketua Menteri II, Prof. P. Ramasamy yang menyalahkan rejim pemerintahan lama dan dasar UMNO sebagai punca wujudnya ketidakseimbangan kaum dalam sektor awam di negeri itu. Beliau menuduh UMNO yang menjadi penyebab berlakunya ketidakseimbangan dalam pengambilan kakitangan.

P. Ramasamy berkata, kerajaan campuran negeri mahu memastikan pelantikan kakitangan awam di negeri tersebut seimbang bagi setiap kaum dan bukan didominasi oleh kaum tertentu sahaja. Tuduhan liar yang dibuat oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perai itu secara terang-terangan merupakan pandangan yang membuta- tuli dan berbaur politik. Kenyataan Ramasamy itu memang bertujuan untuk memecahbelahkan kaum dengan mengaitkan isu tersebut serta menuduh UMNO sebagai puncanya.

Bagi penulis ini adalah satu perbuatan dan tujuan yang sangat keji seolah-olah ianya satu mainan politik yang mahu memporak perandakan masyarakat majmuk di negara ini. Kenyataan P.Ramasamy ini seakan-akan senada dengan tindakan Hindraf yang menyalahkan kerajaan BN yang ditunjangi oleh UMNO apabila masalah kaum India tidak dapat diselesaikan oleh mereka sendiri.

Sebagai seorang Profesor, sepatutnya P.Ramasamy membuat kaji selidik dahulu sebelum mengeluarkan kenyataan yang telah menyakitkan hati orang Melayu kenapa pembabitan kaum India dan Cina sangat kurang didalam sektor awam di Pulau Pinang dan juga seluruh negara. Tidak cukupkah dengan tindakan Hindraf yang telah melukakan perasaan orang Melayu dengan tuduhan-tuduhan yang tidak masuk akal?

Apakah P.Ramasamy telah lupa akan Kontrak Sosial tentang pengorbanan orang Melayu yang menerima kaum India dan Cina sebagai warga negara Persekutuan Tanah Melayu selepas merdeka? Apakah P.Ramasamy telah lupa akan kata-kata Tun V.T. Sambanthan Merangkap Menteri Kerjaraya, Pos Dan Telekom, semasa berucap di Dewan Rakyat Pada 1 Jun 1965.

P.Ramasamy perlu ingat sebelum “ revolusi industri ” berlaku dinegara ini iaitu zaman semasa Tun Mahathir mula-mula memerintah pada awal tahun 80-an peluang pekerjaan amatlah kurang sekali terutamanya di sektor swasta. Berapa ramaikah kaum India yang bekerja disektor awam pada ketika itu seperti JKR, JPT, LLN, Talikom dan majlis-majlis daerah dan perbandaran. Tentu ramaikan!

Berapa ramaikah diantara mereka yang menikmati faedah-faedah yang diterima sebagai kakitangan kerajaan semasa didalam perkhidmatan dan juga selepas pencen. Berapa ramai dikalangan anak-anak mereka yang berjaya didalam pelajaran dan kehidupan mereka. Adakah P.Ramasamy hendak menutup mata dengan menafikannya. Semasa revolusi industri bermula, pelabur-pelabur dari luar negara telah mula memindahkan operasi pengeluaran mereka ke Malaysia.

Semenjak dari itu hinggalah sekarang kaum India sudah mula menjauhkan diri dari sektor awam kerana hendak bekerja di sektor swasta yang memberi pulangan yang tinggi berbanding dengan sektor awam. Ini adalah fakta. Sebab itu P.Ramasamy janganlah sewenang-wenangnya hendak salahkan kerajaan jika peluang pekerjaan disektor awam sekarang dipandang dingin oleh masyarakat kaum India.

Berapa ramai yang datang memohon apabila peluang pekerjaan dibuka kepada umum. Amat menyedihkan. Mereka lebih berminat di sektor swasta kerana pulangan yang tinggi. Penulis rasa P.Ramasamy sendiri tahukan jawapannya. Jadi tak perlulah cuba mencari isu yang boleh menyakitkan hati orang lain. Beliau perlu tahu yang proses pemilihan kakitangan sektor awam diuruskan di bawah pentadbiran awam dan bukannya mana-mana parti politik.

Jangan lupa ada juga ramai kakitangan pentadbiran awam yang menyokong pembangkang semasa PRU ke-12 yang lalu. Tengok sahaja keputusan pilihanraya di PutraJaya. Berapa banyak undi yang diperolehi oleh pembangkang? P.Ramasamy perlu ingat yang kenyataan dangkal seperti ini perlu dielakkan bagi mengelakkan sesuatu yang buruk akan berlaku dalam hubungan kaum dinegara ini.

Nasihat kepada P.Ramasamy supaya jangan lupa sejarah pembentukan Tanah Melayu. Ingat, kaum Melayu sudah banyak berkorban sejak sebelum merdeka supaya kaum-kaum lain dapat hidup dengan amam dan damai dinegara ini. Hormatilah sedikit perasaan orang Melayu.

Taminsari
Shah Alam

Apabila Kaum Lain Cuba Mencampuri Urusan Agama Islam

Hindu Sangam urges Fatwa Council to “ be more sensitive”

Sekarang ini, boleh dilihat sebagai sesuatu yang merbahaya bila satu golongan ugama lain mula mencampuri urusan ugama lain! Sepatut nya, pihak lain tidak layak untuk mencampuri urusan agama lain, apatah lagi jika perkara itu melibat kan agama Islam yang juga ugama rasmi negara!! Kita harap pihak berkenaan dapat bertindak sesuatu agar tidak timbul perkara-perkara yang tidak di ingini berlaku!!

PETALING JAYA : The National Fatwa Council must respect the sensitivities and feelings of other religions in Malaysia while giving guidance to Muslims on the religion’s practices and tenets. “Many Hindus have been deeply disturbed by the Fatwa Council’s announcement,” Malaysia Hindu Sangam president Datuk A. Vaithilingam said in a statement Sunday.

He said it was regrettable that the Council had not consulted with the Malaysia Hindu Sangam first so that the religious and non-religious aspects of yoga could have been explained. The Fatwa Council on Saturday issued an edict banning Muslims from practising yoga on grounds that it involved chants and acts of worship in order to be one with the god of another religion.

“To call this ancient practice ‘haram’ and saying that it can ‘corrupt’ a person is very hurtful and demeaning,” said Vaithilingam. He added that as many Hindus and non-Hindus practised yoga together in a non-religious manner, the fatwa could drive a wedge between those of different religions.

National Fatwa Council chairman Datuk Dr Abdul Shukor Husin on Saturday said yoga had been practised by the Hindu community for thousands of years and incorporated physical movements, religious elements together with chants and worshipping, with the aim of “being one with God”. “Because of this, we believe that it is inappropriate for Muslims to do yoga. The council is declaring that practising yoga, when it comes together with the three elements, is haram,” he told a press conference. - IsuHot

Isnin, 24 November 2008

Adakah Ladang Babi Sistematik Akan Selesaikan Masalah Rakyat!

Dewan Pemuda Pas menganggap cadangan mewujudkan ladang babi sistematik di Selangor dan Kedah adalah untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi rakyat dalam isu penternakan haiwan itu. Ketuanya, Salahuddin Ayub berkata, masalah yang berpunca daripada penternakan babi yang tidak terurus telah lama wujud di negara ini iaitu sejak 51 tahun lalu dan kerana itu, ia perlu dimodenkan.

"Soal penternakan babi tidak perlu diungkit, kita nak selesaikan masalah rakyat dan itulah isu yang kita bincangkan sama ada mampu atau tidak untuk kita sediakan kawasan penternakan yang sistematik mengikut piawaian antarabangsa," katanya sewaktu dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Tun Dr. Mahathir Mohamad yang mengatakan Pas kini tidak mampu bersuara malah banyak tindak-tanduknya hanya untuk memuaskan parti lain termasuk membenarkan penternakan babi di kawasan kampung orang Melayu. Bekas Perdana Menteri itu berkata, orang Melayu sudah tidak boleh mengharapkan Pas mempertahankan hak mereka, malah parti itu juga tidak lagi berani bercakap mengenai penubuhan negara Islam.

Mengulas lanjut, Salahuddin berkata, pihak yang mendakwa Pas tidak mempertahankan keistimewaan Melayu perlu merujuk kepada dokumen penubuhan pakatan pembangkang yang ditandatangani Pas, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP. Katanya, dokumen itu mengandungi pendirian Pas untuk mempertahankan kontrak sosial dan hak istimewa orang Melayu yang terkandung dalam Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan.

Komen :

Tak tahulah berapa banyak lagi kandang babi yang hendak dibina di negara yang agama rasminya Islam. Bagi penulis cara terbaik untuk menyelesaikan perkara ini adalah dengan “ mentiadakan “ lagi apa bentuk ladang babi. Ladang-ladang babi yang ada hendaklah dikurangkan atau dimusnahkan sama sekali. Pas kena fikirkan bagaimana hendak melenyapkan babi-babi ini dari bumi Malaysia. Import babi dari luar seperti mana yang dilakukan oleh Singapura.

Singapura kata mereka tak layak membela babi kerana babi ini kotor dan pengotor. Tapi mereka nak makan juga. Maka terpaksalah di impot dari negara luar seperti Malaysia, Thailand dan lain-lain negara. Terang-terang dah tahu babi ini kotor dan pengotor, ada segelintir rakyat Malaysia masih lagi hendak menternak babi. Tak serik-serik lagi dengan serangan JE di Bukit Pelanduk, Negeri Sembilan tidak lama dulu. Malah ianya disokong pula oleh parti yang memperjuangkan Islam. Mengapa Salahuddin kata perkara kerkenaan babi ini jangan diungkit? Kalau babi-babi ini kena penyakit siapa yang akan menghapuskannya sehingga ada diantara mereka terkena jankitan.

Tidakah Salahuddin terlupa yang pekerja-pekerja itu adalah terdiri dari orang-orang Melayu? Adakah Salahuddin hendak perkara ini berulang lagi. Semoden-moden mana ladang babi itu, kalau sudah diserang virus, tiada siapa yang dapat menghalang. Yang taukeh babi cuma tahu akan kerugian mereka sahaja. Yang nak menyempurnakan upacara “ pengkebumian babi “ adalah orang Melayu itu sendiri.

Takkan Salahuddin terlupa apabila semasa kempen pilihanraya tahun 2004 yang lalu. Apakah yang dijanjikan oleh Pas yang diketuai oleh Presidennya, Ustaz Abdul Hadi Awang pada masa itu. Pas sedia memansuhkan hak keistimewaan orang Melayu dalam perlembagaan jika mereka berjaya memerintah dan membentuk sebuah negara Islam ala parti pembangkang jika menang di dalam pilihanraya umum 2004. Menurutnya, ia bagi memastikan keadilan kepada semua pihak tanpa mengira keturunan, kaum dan jantina, sebaliknya mengutamakan amalan meritokrasi.

Ia ( hak istimewa orang Melayu ) masih boleh dipakai tetapi apabila tiba masanya apabila orang Melayu boleh berdikari, maka pada masa itu tidak perlu lagi. Ianya merupakan usaha berterusan parti Pas untuk mendapatkan sokongan rakyat terutama bukan Islam pada pilihan raya umum pada masa itu. Ia memberi tumpuan khusus kepada kedudukan bukan Islam dalam konteks pelaksanaan negara Islam.

Mengapa pada kali ini nadanya berbeza. Kalau hendak berpegang kukuh pada kontrak sosial, mengapa hendak memansuhkan hak keistimewaan orang Melayu. Mursyidul Am Pas, Tok Guru Nik Aziz Nik Mat pula ada mengatakan yang di dalam Islam tidak ada "hak istimewa sesuatu kaum". Itu bagi Pas dan bagaimana pula dengan rakan sepejuangan dalam Pakatan Rakyat.

Di manakah cita-cita Pas hendak menubuhkan Negara Islam ala-Pas seperti mana yang terkandung didalam manifesto pilihanraya umum 2004. Jadi kepada Salahuddin Ayob, sebelum hendak memberi alasan sila rujuk atau bertanya dahulu kepada Ustaz Hadi dan Tok Guru Nik Aziz supaya nanti tidak bercanggah dengan apa yang telah dikatakan oleh kedua-dua pemimpin utama Pas itu. Tak tahu jalan, jangan malu bertanya?

Taminsari
Shah Alam

Bertempat di Bandar Saujana Utama, Kuala Selangor

Bertempat di Bandar Saujana Utama, Kuala Selangor