Isnin, 27 September 2010

'Sengketa' Wan Azizah-Azmin hanya permainan!

Situasi dalaman Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang memperlihatkan seolah-olah wujud persengketaan di antara Presiden, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Ismail dengan Naib Presiden, Azmin Ali sebenarnya tidak berlaku sebaliknya merupakan perancangan politik Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Presiden Parti Bersatu India Malaysia (MIUP), Datuk S. Nallakaruppan berkata, gambaran itu sengaja diwujudkan oleh Anwar bagi memastikan Wan Azizah kekal sebagai Presiden, Azmin memenangi kerusi Timbalan Presiden dan anaknya iaitu Nurul Izzah muncul sebagai Naib Presiden.

"Hanya orang bodoh yang akan percaya terdapat kem berbeza dalam PKR iaitu di antara Wan Azizah dan Nurul Izzah yang menentang Azmin.

"Oleh itu, saya ingin mengajak rakyat Malaysia untuk memberikan Anugerah Penulis Skrip Putar Alam Terbaik Malaysia kepada Anwar yang berjaya mewujudkan situasi persengketaan ini," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas perkembangan terbaru menjelang pemilihan PKR November ini yang turut menyaksikan Nurul Izzah bakal bertanding jawatan Naib Presiden parti.

Sebelum itu, Nurul Izzah pernah menyatakan sokongan terhadap seorang lagi calon Timbalan Presiden, Datuk Zaid Ibrahim bagi menentang Azmin yang dikatakan memang menjadi pilihan Anwar berikutan hubungan istimewa kedua-dua mereka.

Sokongan terbuka kepada Zaid itu turut menguatkan desas-desus dalaman PKR yang mengatakan tindakan Nurul Izzah itu adalah bagi menyatakan protes terhadap sokongan Anwar terhadap Azmin.

Nallakaruppan yang juga bekas rakan karib Anwar menambah, tindakan pemimpin PKR itu yang mengumumkan untuk tidak bertanding sebarang jawatan parti baru-baru ini merupakan strategi bagi memastikan kesemua individu rapat dengannya akan terus menguasai PKR.

"Dalam hal ini, Azmin, Wan Azizah serta Nurul Izzah akan kekal di tampuk pemerintahan tertinggi PKR dan jika situasi ini bukan menggambarkan amalan kronisme dan nepotisme politik, saya tidak tahu apakah ia.

"Kasihan Zaid yang ingin bertanding Timbalan Presiden, sebagai pendatang baru dalam PKR, Zaid sama ada perlu memecahkan monopoli kronisme dan nepotisme itu atau menyertai mereka untuk mendekati Anwar," jelasnya.

Nallakaruppan mendakwa, beliau juga merupakan mangsa permainan politik Anwar sebelum ini, ketika mahu bertanding jawatan Naib Presiden PKR pada pemilihan 2007.

Namun, kata beliau, hasratnya itu terbantut apabila Anwar menelefonnya dan meminta beliau menarik diri bagi memberi laluan kepada Azmin menduduki jawatan tersebut.

"Pada perbualan telefon itu, Anwar janji untuk menjadikan saya Naib Presiden melalui lantikan tetapi dengan syarat tarik diri bertanding. Tapi atas dasar prinsip, saya bukan setakat tarik diri malahan terus keluar daripada PKR," tegasnya.-UM

Warna-warni politik
Torashah

Sabtu, 25 September 2010

PESANAN BUAT ORANG MELAYU TENTANG MUNAFIKNYA PAS DAN PKR!

Pilihanraya yang bakal berlangsung nanti, besar ertinya kepada seluruh umat islam di Malaysia. Sekalipun penulis adalah seorang ahli PAS lebih dari 25 tahun, penulis masih sangsi dan kurang berkeyakinan bahawa PAS boleh mengambilalih kedudukan UMNO sebagai pelindung bangsa Melayu dan Islam.

Mengapa penulis berkata begitu? UMNO yang memerintah Malaysia selama 53 tahun telah membuktikan kemampuannya menjaga kepentingan bangsa Melayu dan Islam dengan baik. Apa yang orang Melayu warisi sekarang, kemajuan dan pembangunan, zahir dan batin adalah hasil perjuangan UMNO.

PAS sebaliknya banyak bercakap, mengkritik dan tidak memperlihatkan kewibawaannya sebagai parti politik Islam yang bertanggungjawab. Saya tidak hairan kalau majoriti orang Melayu masih tetap menolak PAS dan memilih UMNO kerana rata-rata pemimpin PAS miskin ilmu pengetahuan dan kebijaksanaan untuk meningkatkan syiar Islam. Hingga sekarang pun, tidak ada satu projek ekonomi yang besar dan berkesan dari alangan PAS untuk membuktikan bahawa ia mampu dan berjaya melaksanakan pelbagai projek ekonomi, sosial, pendidikan dan lain-lain untuk meyainkan orang ramai PAS bukanlah sebuah parti politik yang banyak bercakap.

Malah sekalipun PAS diberikan peluang mentadbir Kedah dan Kelantan, PAS langsung tidak menampakkan bukti sebenar keupayaan mereka sekalipun para pemimpin PAS cukup kaya dengan sijil, diploma, ijazah dan sarjana seperti yang dipamerkan kepada barisan pemimpin muda, namun secara amalinya, para pemimpin PAS berfikiran jumud. Sehingga kini, PAS Kedah langsung tidak berdaya maju dalam meneruskan kecemerlangan ekonomi Kedah sewaktu diperintah UMNO dan BN.

Sebagai ahli PAS, saya menentang cadanganMursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz hang hendak memberi peluang kepada bukan Melayu dan bukan Islam sebagai Perdana Menteri. Saya minta Nik Abdul Aziz jangan terlalu gopoh mengeluarkan kenyataan yang boleh dianggap oleh majoriti orang Melayu PAS tidak mempunyai maruah dan kewibawaan hingga sanggup menyerahkan jawatan PM kepada orang bukan Melayu dan bukan Islam.

Sebagai seorang ahli PAS yang menyanjung tinggi ketokohan Nik Abdul Aziz sebagai seorang ulama, maka sekarang saya rasa sungguh kecewa dengan kenyataannya yang melukakan perasaan orang Melayu dan Islam.

Mengapakah para pemimpin PAS yang bergelar ulama sanggup mengelirukan orang Melayu mengenai perjuangan Islam dan sanggup mencaci dan memaki hamun sesama muslim hanya kerana berlainan parti politik? Dulu saya hormati Dr. Haron Din dan Ismail Kamus sebagai ulama tetapi setelah mendengar ucapan-ucapan politik mereka yang dangkat dan menyesatkan, saya hanya menggeleng dan menyeru agar tidak mengundikan undi yang berharga kepada calon-calon PAS, PKR, DAP dan PSRM kerana perjuangan Pakatan Rakyat ini hanya merugikan orang Melayu dan generasi Islam akan datang.

Sekalipun PAS bercakap tentang perjuangan islam dan mahu menegakkan kerajaan Islam namun hakikatnya ia sekadar omongan kosong. Malah PAS sekali digertak oleh DAP, akan segera memberitahu bahawa cita-cita untuk menubuhkan Negara Islam sudah lama digugurkan dan Negara Islam bukanlah matlamat utama PAS lagi.

PAS gagal menubuhkan kerajaan Islam sebenar di Kelantan meskipun diberi peluang mentadbir negeri itu selama 20 tahun sekalipun tidak ditekan oleh mana-mana pihak. PAS tidak akan selama-lamanya menubuhkan kerajaan Islam sekalipun melabelkan negeri itu sebagai Negeri Serambi Mekah. Sebabnya ialah para pemimpin PAS Kelantan sekadar pandai memberikan label tetapi tidak pandai langsung bekerja. Lebih daripada itu, tindak-tanduk para pemimpin PAS tidak berjiwa Islam dan tidak serius untuk menubuhkan kerajaan islam.

Kini PAS sudah diperangkap oleh DAP dan nampaknya PAS juga telah menerima konsep politik DAP iaitu Malaysian Malaysia yang bermakna tidak ada lagi hak keistimewaan orang Melayu di Malaysia sekiranya Pakatan Rakyat memenangi Putrajaya. PAS dan PKR tidak berani menentang kemahuan DAP kerana kepimpinan Melayu dalam PAS dan PKR sangat lemah dan terpaksa menurut rentak DAP yang sememangnya tidak mahu mengekalkan hak istimewa orang Melayu itu dalam perjuangan politik mereka.

Oleh itu, orang Melayu jangan terlalu taksub dengan PAS atau PKR. Kedua-dua parti itu tidak dapat menjamin masa hadapan yang cerah bagi orang Melayu dan Islam. PKR misalnya hanya berjuang untuk membebaskan Anwar daripada perbicaraan kes liwatnya. Segala-galanya berpusat dan berkisar tentang Anwar Ibrahim yang bercita-cita besar untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Sebagai orang Islam, saya tidak mahu bersubahat dengan PKR dan juga PAS yang menyokong Anwar Ibrahim. Anwar dipecat kerana mengamalkan homoseksual sebagai cara hidupnya dan sehingga sekarang, dia tidak berani bersumpah secara Islam di khalayak ramai untuk membersihkan dirinya daripada tuduhan tersebut.

Saya ngeri mengingatkan kemusnahan dan penghapusan kaum Luth seperti yang diterangkan di dalam Al Quran. Saya tidak mahu bersubahat dengan pemimpin homoseksual kerana takutkan kemurkaan Allah.

Sekalipun saya ahli PAS namun saya tidak yakin PAS boleh menjadi pemimpin dan pelindung bangsa Melayu dan Islam seperti UMNO. Apatah lagi dengan kerenah dan tingkah laku beberapa orang pemimpin kanan PAS seperti Mahfuz Omar, Khalid Samad, Zulkefly Ahmad dan Lo'Lo' Ghazali (sekadar beberapa nama), membuatkan keyakinan Negara Islam yang dilaung-laungkan, sekadar tinggal laungan sebelum dijerkah oleh DAP.

Pandangan saya ini mungkin tidak sukai oleh PAS dan mungkin saya dipecat dari parti itu. Saya sanggup dipecat tetapi tidak sanggup membohongi dan menipu bangsa saya dan umat Islam seperti yang diperjuangkan oleh para pemimpin PAS sekarang. Biarlah saya dianggap sebagai ahli PAS 'murtad' kerana saya tidak mahu menjadi taksub terhadap perjuangan yang boleh menghancurkan masa hadapan orang Islam dan Melayu.

Saya tidak rela menjadi pengkhianat bangsa Melayu dan Islam dan oleh itu saya menyeru sekali lagi kepada saudara-saudara seIslam dan sebangsa saya agar tidak sekali-kali memilih PAS dan PKR untuk menerajui kerajaan kelak.

Nota: Penulis adalah Haji Kamsan Haji Buyong. Artikelnya tersiar di risalah KAHWIN MUTA'AH PEMBANGKANG: Siapa Alatkan Siapa? dari muka surat 61-64. Risalah berkenaan dikendalikan oleh Yahya Ismail. ISBN 983-40238-4-7 dan dicetak oleh Hain Nak Grafic Printing. Penambahan dan penyuntingan dilakukan untuk disesuaikan dengan blog ini.

Sumber : theflyingkick

Warna-warni politik
Torashah

Rabu, 22 September 2010

Motif pemberian RM4 billion jadi tanda tanya!

Sumbangan peribadi RM4 bilion daripada seorang ahli perniagaan, Abdul Rahim Abdul Wahab kepada Pas negeri menimbulkan tanda tanya pelbagai pihak mengenai tujuan utama pemberiannya.

Ini kerana, wang tersebut diberikan selepas Abdul Rahim yang juga Pengerusi Eksekutif I'DA World Group Sdn. Bhd. (I'DA World) mendakwa syarikatnya telah diberikan kelulusan Projek Super Mega Seri Tujuh (S7) bernilai RM1 trilion yang akan dimulakan di Tumpat pada 15 November ini.

Sehubungan itu, Pengerusi Orang Muda Anti Korupsi Kelantan (Ombak), Anuar Safian mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) agar tampil menyiasat mengenai wang tersebut.

"Dakwaan seperti ini tidak boleh dipandang ringan kerana sejak akhir-akhir ini memang wujud banyak penyelewengan kerajaan negeri yang sedang dipantau oleh kita.

"Oleh itu, SPRM perlu menyegerakan siasatan ke atas kes tersebut yang sampai sekarang masih lagi di awang-awangan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Pada majlis pelancaran projek tersebut di sebuah hotel terkemuka di sini malam kelmarin, Abdul Rahim membuat kejutan apabila mengumumkan sumbangan peribadi bernilai RM4 bilion kepada kerajaan negeri.

Bagaimanapun, tiada Exco Kelantan kelihatan bagi mewakili Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ke majlis berkenaan sebaliknya replika cek terbabit hanya disampaikan kepada seorang individu dikenali sebagai Nik Din yang mendakwa dirinya adik kepada Nik Abdul Aziz.

Selain menerima replika cek berkenaan, Nik Din turut mewakili kerajaan negeri menandatangani papan simbolik pelancaran projek berkenaan yang tertera nama Nik Abdul Aziz.

Abdul Rahim yang didakwa sebagai lelaki bumiputera terkaya dunia di kalangan orang yang hadir ke majlis tersebut turut menyumbangkan 'zakat' sebanyak RM1 trilion untuk projek S7 termasuk pembinaan lebuh raya 10 lorong menghubungkan Kelantan, Perak, Kedah, Perlis sehingga ke Sang Lang, Thailand.

Dakwa Abdul Rahim, kelulusan tersebut telah diberikan oleh Nik Abdul Aziz kepadanya melalui sepucuk surat rasmi pada petang sebelum pelancarannya.

Sementara itu, Anuar berkata, SPRM juga perlu mendedahkan status terkini semua kertas siasatan berhubung dakwaan rasuah dan penyelewengan melibatkan kerajaan negeri.

"Rakyat Kelantan tertanya-tanya tentang kedudukan kes tersebut yang sampai sekarang masih lagi kabur," tegasnya.

Dalam pada itu, laman web I'DA World iaitu idaworldgroup.com.my telah memaparkan kepala surat Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) bertarikh 19 September yang memberikan persetujuan terhadap projek S7.

Surat tersebut ditandatangani Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ir. Mustafa Salleh.

Sementara itu : Pas perlu jelaskan kepada rakyat

Pihak berkuasa digesa menyiasat dengan segera 'sumbangan' RM4 bilion oleh syarikat I'DA World Group Sdn. Bhd. (I'DA World) kepada Pas Kelantan.

Ahli Majlis Tertinggi Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Mohd. Zahid Md. Arip berkata, adalah sesuatu yang mengejut dan meragukan apabila sebuah syarikat sanggup 'mendermakan' sebegitu besar wang tunai.

Sambil menyifatkan 'kemurahan hati' syarikat tersebut sebagai pertama kali dalam sejarah Malaysia, beliau turut mempersoalkan adakah sumbangan berkenaan sebagai satu rasuah yang diamalkan oleh Pas.

"Pihak berkuasa seperti polis, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu menyiasat syarikat ini dan kerajaan Pas Kelantan kerana jumlah sumbangan itu menimbulkan pelbagai persoalan.

"Pas Kelantan perlu menjelaskan kepada rakyat kenapa sebuah syarikat begitu bermurah hati mahu mendermakan RM4 bilion kepada mereka," katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.

Beliau mengulas laporan sebuah akhbar berbahasa Inggeris hari ini yang memetik I'da World sebagai berkata, sumbangan RM4 bilion itu bertujuan membangun dan menambah baik infrastruktur di sempadan Rantau Panjang, Kelantan.

Bagaimanapun, Pengerusi Eksekutif I'DA World, Abdul Rahim Abdul Wahab menafikan sumbangan itu mempunyai kaitan dengan projek mega Seri Tujuh di Tumpat, Kelantan yang bernilai RM313.71 bilion yang dimenangi oleh syarikat tersebut.

Menurut Mohd. Zahid, SPRM perlu menyiasat sama ada wujud unsur rasuah atau tidak dalam pemberian 'sumbangan' berkenaan kerana sumbangan dibuat atas nama Pas Kelantan dan bukannya kerajaan negeri.

Tambahnya, jika benar 'sumbangan' itu bertujuan membangunkan kawasan persempadanan Rantau Panjang dan tiada kaitan dengan penganugerahan projek Seri Tujuh, derma itu sepatutnya dibuat atas nama kerajaan negeri.

Pada masa yang sama, beliau mahu LHDN menyiasat sama ada syarikat terbabit menjelaskan cukai pendapatan seperti sepatutnya memandangkan, I'DA World berkemampuan untuk menderma sebanyak RM4 bilion.

"Jika I'DA World mampu menderma sehingga RM4 bilion, sudah pasti cukai pendapatan yang sepatutnya dijelaskan juga tinggi, tetapi persoalannya adakah syarikat ini melaksanakan tanggungjawab berkenaan," soalnya.

Mengenai penafian Exco kerajaan negeri, Datuk Nik Amar Abdullah yang mendakwa kononnya projek Seri Tujuh tidak pernah dibincangkan secara rasmi oleh kerajaan Pas Kelantan, Mohd. Zahid berkata, Exco tersebut cuba memperbodohkan rakyat Kelantan.

Jelasnya, adalah mustahil Nik Amar selaku Exco kerajaan negeri tidak mengetahui tentang penganugerahan projek berkenaan kerana ia membabitkan kos RM313.71 bilion.

Warna-warni politik
Torashah..

Isnin, 20 September 2010

Protes desak Ronnie Liu letak jawatan!

Kira-kira 30 penduduk Pandamaran berhimpun di pejabat ADUN Pandamaran yang juga exco kerajaan Selangor, Ronnie Liu, untuk mendesak beliau meletak jawatan.

Mereka turut membawa kain rentang dan sepanduk bagi menyuarakan ketidakpuasan mereka, dan berhimpun di situ selama kira-kira sejam. Mereka tidak tidak puas hati kerana mendakwa Ronnie kurang menyediakan perkhidmatan kepada pengundi di situ.

Seorang penduduk yang menyertai protes tersebut, Tew Leong Yew memberitahu bahawa Ronnie tidak pernah melawat kawasan untuk menyelesaikan masalah mereka, dan sebaliknya menuduhnya hanya sibuk menguatkan kedudukan politiknya.

"Bahkan prestasi (bekas ADUN MCA) Teh Kim Poo lebih baik. Kami menyesal mengundi Ronnie," tegas Tew.

Penduduk juga merasakan bahawa DAP secara tidak adil telah memecat Tee Boon Hock, yang didakwa mereka orang yang benar-benar bekerja di kawasan tersebut.

"Tee berkhidmat untuk kita, tapi dia dipecat oleh parti."

Tew berkata penduduk Pandamaran menghadapi banyak masalah antaranya masalah saluran longkang dan lampu jalan. Beliau mencerita bagaimana bekas ADUN di situ akan menjadualkan tugas pekerja untuk membersihkan saluran longkang besar di kawasan itu bagi mengelak banjir.

"Tapi, selepas Ronnie menang, dia tidak pernah menghantar orang untuk membersihkan saluran longkang dalam masa dua tahun ini. Banjir berlaku setiap kali hujan," katanya.

Ketika kumpulan itu mengadakan protes, Ronnie kebetulan berada dekat situ menghadiri satu majlis mengagihkan beras kepada penduduk tempatan.

Kumpulan tersebut bagaimanapun tidak pergi menemui Ronnie tetapi terus berkumpul di pejabatnya. Tew berkata, protes itu dirancang minggu lalu dan oleh itu mereka tidak tahu yang Ronnie akan menghadiri satu majlis di situ.

Warna-warni politik
Torashah

Khamis, 16 September 2010

Shamsul kencing seluar : ' Berniat jahat, ganggu siasatan polis '!

Polis digesa supaya menahan dan menyoal siasat Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Iskandar Mohd. Akin, berhubung tuduhannya yang mengaitkan pasukan keselamatan itu dengan pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya.

Bekas Naib Ketua Angkatan Muda PKR, Mohd. Zahid Md. Arip berkata, tuduhan tidak berasas tersebut bukan sahaja berniat jahat dan biadab tetapi turut bertujuan mengganggu siasatan polis semata-mata demi mengejar kepentingan politik peribadi.

Sambil menyifatkan tuduhan itu sebagai menghina kecekapan polis menyelesaikan kes pembunuhan Sosilawati, beliau berkata, siasatan terhadap Shamsul Iskandar mungkin dapat membantu pihak berkuasa mendapat petunjuk baru berhubung kematian mangsa dan tiga rakannya.

"Sedang kita memuji kecekapan polis menyelesaikan kes berprofil tinggi ini dalam masa yang singkat, Shamsul Iskandar sebaliknya tampil dengan tuduhan liar yang biadab tanpa mempedulikan perasaan keluarga semua mangsa yang dibunuh dengan kejam.

"Saya percaya sebagai pengamal undang-undang, Shamsul Iskandar mungkin mengenali suspek utama yang juga seorang peguam. Mungkin mereka pernah bekerjasama dan semua kebarangkalian tersebut perlu disiasat," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Beliau mengulas tuduhan liar Ketua Angkatan Muda Keadilan itu yang mengaitkan kepimpinan tertinggi pasukan polis sebagai terbabit dalam pembunuhan kejam Sosilawati dan tiga rakannya ketika ditemuramah oleh portal berita propembangkang, TV Selangor, Isnin lalu.

Selain itu, Shamsul Iskandar turut mempersoal sama ada wujud pertalian antara bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dengan suspek memandangkan tiada sebarang tindakan diambil terhadap peguam yang bergelar 'Datuk' itu walaupun mempunyai empat rekod berkait pembunuhan serupa.

Mengulas lanjut, Mohd. Zahid mahu Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengambil tindakan tegas dengan segera terhadap mana-mana pihak yang mengadu-domba kes pembunuhan itu bagi mengelakkan ia menjadi modal politik murahan.

"Saya yakin jika tidak dibendung, pembangkang tanpa mempedulikan perasaan ahli keluarga mangsa akan menjaja isu ini sebagai modal politik mereka," katanya.

Mengenai tuduhan terhadap Musa pula, beliau mahu bekas Ketua Polis Negara itu tampil mengambil tindakan undang-undang terhadap Shamsul Iskandar kerana tohmahan yang dilemparkan bukan sahaja memburukkan institusi kepolisan tetapi bukti pembangkang berdendam dengan ketegasan Musa.

Dalam pada itu, Mohd. Zahid mempersoalkan kenapa DAP langsung tidak bersuara bagi mengutuk pembunuhan kejam tersebut, sedangkan sebelum ini parti berkenaan gah mendakwa organisasi mereka sebagai sebuah parti yang memperjuangkan hak semua pihak.

"Apakah tindakan membisu ini mempunyai kaitan dengan dakwaan yang mengatakan bahawa suspek utama adalah ahli seumur hidup parti tersebut. Jika benar (dakwaan itu), ternyata DAP sebuah parti hipokrit yang hanya memperjuangkan kepentingan kaum tertentu sahaja," katanya.

Sementara itu : Polis akan panggil Shamsul Iskandar

Polis akan memanggil Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Iskandar Mohd. Akin bagi merakamkan percakapannya berhubung tuduhan yang mengaitkan pasukan keselamatan itu dengan pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, Shamsul Iskandar perlu bertanggungjawab sepenuhnya terhadap semua tuduhan yang dilemparkan dan jika gagal mengemukakan bukti, beliau bakal dikenakan tindakan undang-undang.

"Jika tidak tahu fakta sebenar jangan bercakap ikut sedap mulut. Inilah kenyataan paling merepek yang pernah saya dengar dan kita akan memanggil beliau untuk dirakam percakapan bagi membolehkan siasatan dilakukan terhadap dakwaan yang dilemparkan.

"Beliau perlu bertanggungjawab sepenuhnya dengan kenyataan yang telah dibuat dan jika gagal mengemukakan sebarang bukti, kita akan mendakwa beliau di mahkamah selepas semua siasatan dilengkapkan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Kepada soalan sama ada sudah ada laporan polis dibuat berhubung tuduhan itu, Khalid berkata sehingga kini tiada laporan diterima pihaknya.

Dalam pada itu, Khalid memberi ingatan kepada semua pemimpin politik agar tidak mempolitikkan pembunuhan Sosilawati serta kes-kes jenayah lain semata-mata untuk kepentingan agenda sempit mereka atau bakal berdepan dengan tindakan tegas oleh pihak berkuasa.

"Jangan jadi ahli politik yang tiada kerja sehingga asyik hendak mempolitikkan isu-isu seperti ini. Pergilah buat kerja yang lebih baik untuk rakyat," tegasnya.-UM

Warna-warni politik
Torashah

Zaid Ibrahim mengeluh lagi…juga akui Presiden PKR pun tak ada kuasa!

Selepas mendedahkan kemungkinan beliau menerima nasib seperti Tun Ghafar Baba – tewas tanpa cukup pencalonan pemilihan parti – serta ada kumpulan tertentu dalam PKR yang menentangnya, Datuk Zaid Ibrahim mendiam diri melihat satu demi satu kumpulan menyatakan sokongan kepada Azmin Ali bagi merebut jawatan Timbalan Presiden PKR.

Namun, selepas dua minggu bekas Menteri itu yang sudah umum bersaing bertanding jawatan nombor dua dalam PKR pada November ini, beliau tampil untuk menjawab tuduhan baru kononnya beliau ditaja ahli perniagaan Datuk Soh Chee Wen untuk menghancurkan parti itu.

Dalam nada menyindir, Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan itu bertanya adakah itukah cara kempen setakat ini?

“Bahawa saya ini pengkhianat dan saya orang baru? Katanya dalam posting terbaru di blognya.’

Zaid berkata, beliau tidak mahu menjawab segala tohmahan tetapi tuduhan yang tak masuk akal mesti dijawab.

“Soh Chee Wen, setahu saya, adalah rakan akrab dan setia Datuk Anwar Ibrahim dan telah membantu Keadilan. Azmin Ali, Syed Shahir dan Chua Jui Meng tahu hal ini. Saya kenal Chee Wen kerana dia dilantik oleh Anwar untuk menganggotai biro politik PKR sembilan bulan lalu,” katanya’

Baginya, amat tidak masuk akal untuk Soh Chee Wen digambarkan sebagai orang jahat dengan serta-merta bila berkawan dengan beliau, tetapi bila berkawan dengan Anwar, dia orang yang baik.

“Ini aneh sekali. Saya tidak perlu dibiayai oleh Soh Chee Wen ataupun orang lain. Lagipun jawatan Timbalan itu sebenarnya tidak ada kuasa. Nombor Dua dalam politik Malaysia ini hanya untuk glamour dan nama saja, tidak ada lah banyak kuasa sangat,” ujarnya..

Menariknya, Zaid mengakui dalam Keadilan, nombor satu pun ( Presiden PKR Datuk Seri dr Wan Azizah Ismail) tak ada kuasa seperti Ketua Umum (dipegang oleh Anwar) kerana jawatan tidak boleh ditandingi.

“Jadi, saya tidak faham riuh-rendah pasal jawatan nombor dua ini,” kata beliau..

Menurut Zaid, kerana ini pemilihan pemimpin parti ini yang pertama untuk PKR, dan juga yang sulung di Malaysia, ianya satu kesempatan membuktikan parti ini mampu melangsungkan pemilihan demokratik di dalam PKR, terutamanya apabila pemilihan ini akan diadakan di bawah pengawasan seluruh negara.

“Biarlah proses pencalonan dan pemilihan parti ini dilangsungkan secara satu ‘friendly contest’ dan yang kita sebagai satu parti mampu menunjukkan kepada rakyat bahawa PKR adalah parti yang matang dan progresif,” jelasnya.

Zaid turut menyentuh kenyataan Syed Shahir Syed Mohamud, pemimpin kanan PKR dan juga merupakan presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) yang memberi amaran bahawa PKR telah dimasuki dan dirasuki musuh.

“Siapakah dan berapakah ahli-ahli ini, dia tidak sebut. Sejak isu pemilihan parti timbul, ungkapan ‘musuh parti’ ini kerap kedengaran. Agaknya, sesiapa yang menawarkan perkhidmat semasa pemilihan ini tetapi tidak direstui adalah itu yang disebutkan ‘musuh parti’ dan musuh perjuangan,” katanya.- Agenda Daily

Warna-warni Politik
Torashah

Rabu, 8 September 2010

Mana RM600,000?

Penduduk kecewa negeri gagal selesai masalah di Pangsapuri Permai Indah

Kegagalan pentadbiran pakatan pembangkang menunaikan segala janji yang dibuat sebelum ini, mula mendapat rungutan pelbagai pihak termasuk yang terbaru daripada penduduk Pangsapuri Permai Indah, Pandamaran Jaya, Klang dekat sini. Mereka terlalu kecewa dengan kepimpinan kerajaan negeri yang didakwa hanya tahu berjanji tetapi gagal melaksanakannya.

Janji yang dibuat kerajaan negeri untuk memberi bantuan RM600,000 bagi menyelesaikan pelbagai masalah yang berlaku di kawasan perumahan terbabit yang sudah berlarutan sejak tiga tahun lalu belum diterima penduduk.

Seorang penduduk, A Athy, 33, berkata mereka berhadapan pelbagai masalah seperti lif rosak, sampah sarap dan yang terbaru ialah bekalan air dipotong Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) kerana penduduk gagal melunaskan tunggakan masing-masing.

“Keadaan prasarana di sini juga sudah uzur terutama sistem pencegahan kebakaran yang boleh membahayakan keselamatan penduduk dan harta benda mereka,” katanya kepada Sentral.

Rahmah Mat Piah, 60, berkata masalah dihadapi itu sudah berlarutan sejak tiga tahun lalu, tetapi sehingga sekarang masih belum ada penyelesaian dilakukan kerajaan negeri. "Mula-mula masalah lif rosak yang sehingga kini belum ditangani. Selepas itu masalah sampah yang tidak dipungut dan kini masalah terbaru ialah bekalan air penduduk dipotong,” katanya.

Beliau berkata, selepas bekalan air dipotong, penduduk terpaksa mengangkat air dari tingkat bawah menggunakan tangga kerana lif rosak. “Saya sendiri terpaksa berbuat demikian, tetapi bernasib baik kerana rumah saya di tingkat satu,” katanya.

Mengenai lif rosak, Rahmah berkata, beliau pernah terperangkap dalam lif berkenaan hampir dua jam sebelum diselamatkan penduduk. "Saya terlalu takut dan hanya mampu menangis kerana terlalu lama terperangkap dalam lif itu. Saya bernasib baik selepas ada orang yang lalu depan lif dan terdengar suara saya menangis,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi MCA Klang, Datuk Teh Kim Poo, berkata kerajaan Selangor seharusnya mengotakan janjinya kepada penduduk di pangsapuri itu kerana masalah berkenaan bukan saja sudah berlarutan sejak tiga tahun lalu, malah boleh membahayakan keselamatan penduduk terutama kanak-kanak.

"Dulu kerajaan negeri janji akan beri bantuan RM600,000 bagi menyelesaikan masalah ini, tetapi sehingga kini janji hanya tinggal janji,” katanya.

Beliau berkata, slogan 'Merakyatkan Ekonomi Selangor' oleh kerajaan negeri hanya retorik kerana pentadbiran sekarang hanya menumpukan perhatian kepada kawasan perumahan mewah dan mengabaikan kebajikan golongan berpendapatan rendah seperti yang tinggal di pangsapuri ini.

"Cuba lihat bagaimana kerajaan negeri melalui Majlis Perbandaran Klang (MPK) memasang kamera litar tertutup (CCTV) di beberapa kawasan perumahan mewah seperti di Taman Palm Groove, Taman Selatan dan Taman Chi Liung di sini.

“Sepatutnya perbelanjaan untuk membeli CCTV itu didahulukan kepada rakyat yang lebih memerlukan, termasuk di Pangsapuri Permai Indah," katanya.

Warna-warni politik
Torashah

Isnin, 6 September 2010

Zaid diugut bakal alami nasib Ghafar jika tanding timbalan presiden!
















Datuk Zaid Ibrahim, yang minggu lalu mengubah fikiran untuk bertanding pada pemilihan kali ini, mendedahkan beliau kemungkinan akan berhadapan dengan nasib Allahyarham Tun Ghafar Baba yang tidak mendapat pencalonan minimum untuk mempertahankan jawatan nombor dua dalam Umno.

Anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP) itu berkata beliau diberi amaran akan berhadapan dengan situasi ‘diaibkan’ dialami Ghafar pada pemilihan 1993 ketika menyandang jawatan timbalan perdana menteri dan timbalan presiden Umno.

“Ada yang memberi amaran bahawa saya akan dikuburkan seperti Ghafar Baba,” kata Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan ini yang dijangka akan bertanding jawatan timbalan presiden PKR kali ini.

“Saya teringat lagi peristiwa 1993 di mana Tun Ghafar dibelasah oleh Umno sehinggakan pencalonannya tidak mencukupi dan terpaksa menarik diri.

“Jasa seorang ketua yang berkhidmat setia untuk Umno dilupakan begitu saja. Sedikit penghormatan dengan memberi pencalonan kepada dia pun Umno tidak sanggup semata-mata kerana ada wira baru yang handal masa itu iaitu Anwar Ibrahim (kini Penasihat PKR),” kata beliau dalam tulisan terbaru blognya di bawah tajuk “Saya akan menerima nasib seperti Pak Ghafar Baba?” hari ini.

Oleh itu bekas menteri Kabinet ini yang menyertai PKR tahun lalu memberitahu, beliau rela berhadapan dengan nasib yang pernah dialami oleh Ghafar.

Zaid mengeluarkan pandangan ini ketika sekumpulan ahli Parlimen PKR dijadual mengadakan sidang media pagi ini untuk menyatakan pendirian mereka berhubung pemilihan kali ini.

“Dalam perjuangan politik saya, sifirnya mudah. Kalau benar saya sokong, kalau palsu saya bantah,” katanya.

Pada Rabu lalu, Zaid menulis dalam blognya bahawa beliau akan bertanding mana-mana jawatan parti jika Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim memutuskan untuk tidak turun gelanggang.

Bagaimanapun Zaid tidak menamakan jawatan yang hendak ditanding tetapi difahamkan jawatan nombor dua.

Kata Zaid beliau membuat keputusan itu selepas terus diasak oleh sesetengah pihak dalam PKR.

“Sejak saya umumkan hasrat nak bertanding jawatan dalam PKR minggu lepas, sibuk sekali mereka yang tidak selesa dengan keputusan ini.

“Ada yang cuba memberi upah kapada seorang blogger Melayu yang popular untuk memburukkan nama saya. Blogger itu diminta menulis yang saya akan membayar RM20,000 kepada cabang yang mencalonkan saya, dan menulis bahawa saya kononnya orang suruhan Tun Daim Zainuddin untuk menghancurkan Parti Keadilan Rakyat,” kata beliau lagi.

Kata Zaid, kesetiaan beliau juga dipersoalkan oleh sesetengah ahli-ahli Parlimen PKR, tapi kesetiaan terhadap siapa itu tidak dijelaskan.

“Mungkin saya ini tidak setia kepada perjuangan parti, atau kepada pemimpin tertinggi parti. Entahlah.

“Mungkin ahli-ahli Parlimen ini akan menjelaskan mengapa saya tidak boleh disokong hari Isnin ini (hari ini) dalam sidang akhbar mereka untuk mengumumkan sokongan mereka kepada gandingan hebat Anwar Ibrahim-Azmin Ali,” kata Zaid lagi.

Zaid juga mendakwa beliau ada mendengar bahawa Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail juga akan diminta berundur daripada jawatan Presiden PKR.

“Pelik sungguh tabiat dan tindakan mereka ini. Semasa saya diterima masuk setahun dahulu saya digelar wira, seorang orang yang berani dan berprinsip, pejuang politik yang tidak mementingkan jawatan dan kedudukan.

“Dua belas bulan kemudian saya sudah menjadi orang yang tidak setia, pengacau dan akan menjual parti kepada Umno,” kata Zaid sambil menambah tuduhan terhadap peribadinya juga ditingkatkan.

“Teringat saya semasa di Hulu Selangor dulu, cuma masa itu Umno yang membelasah saya.

“Jawapan saya begini: Saya masuk Keadilan kerana saya mahukan parti ini berganding dengan Pakatan untuk mengubah budaya dan kuasa politik di negara ini supaya rakyat Malaysia mempunyai Kerajaan yang berlaku lebih adil dan saksama kepada rakyat jelata.

“Dalam perjuangan ini, kesetiaan saya tidak berganjak seinci pun. Malah semangat saya lebih kuat,” katanya.

Tegas beliau, itu sebab beliau ingin menawarkan diri untuk bertanding dan kemungkinan ahli-ahli PKR “terpanggil untuk melihat perubahan dalam parti ini dan menyokong gandingan Anwar Ibrahim-Zaid Ibrahim.”

Zaid berhujah bahawa rakyat tidak boleh mengubah budaya politik dan meningkatkan tahap pentadbiran negara kalau parti sendiri tidak mempraktikkan prinsip-prinsip yang dilaungkan ini.

“Saya akan huraikan semasa berkempen nanti,” katanya lagi.

Lantak lah labu..!!!

Warna-warni politik
Torashah

Ahad, 5 September 2010

Ada sebab mengapa Baginda Sultan Selangor murka dengan apa yang berlaku sekarang!

Mungkin ramai tidak tahu pada 14 Oktober 1989, Ratu Elizabeth dan suami, Putera Philip melawat Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dengan diiringi oleh Raja Muda Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang kini Sultan Selangor.

Menariknya, walaupun Ratu Elizabeth nama yang cukup tersohor, baginda tetap mematuhi peraturan ketika melawat masjid negeri itu. Baginda memakai jubah khas menutup aurat dan hanya menyaksikan kubah masjid dari pintu utama ruang solat.

Itu seorang yang bergelar Ratu tetapi bagai kata Exco Agama Selangor, Datuk Dr Hasan Mohd Ali, “masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguek”. Maksudnya, seseorang itu kena patuh kepada peraturan di sesuatu tempat beliau berada.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen DAP Serdang, Teo Nie Ching sengaja mencetuskan kontroversi dengan masuk ke ruang solat Surau Al-Huda Kajang Sentral pada 22 Ogos lalu. Beliau hanya berbaju kebaya, bukannya memakai jubah menutup aurat bahkan tidak memakai tudung kepala.

Tidak hairanlah tindakan itu mencetuskan kemurkaan Sultan Selangor sebagai Ketua Agama negeri namun Nie Ching sengaja buat hal lagi dengan muncul di sebuah surau di Bukit Mahkota Ahad lalu. Cuma yang berbeza, beliau tidak lagi berada di ruang solat sebaliknya di khemah luar surau. Beliau juga memakai baju kebaya dan bertudung kepala.

Namun, selepas ini jika ada sesiapa bukan Islam ingin masuk ke ruang solat atau mengadakan apa-apa acara mahupun majlis di ruang itu sama ada di surau-surau serta masjid di Selangor, lupakan saja. Ekoran kontroversi tindakan Nie Ching Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) akan mengeluarkan peraturan menegah bukan Islam memasuki ruang solat, dalam masa terdekat ini.

Pengerusi MAIS, Datuk Setia Mohamad Adzib Mohd Isa memberitahu Agendadaily, peraturan itu bagi menjelaskan larangan kepada bukan Islam masuk ke ruang solat atau melakukan apa-apa aktiviti di ruang berkenaan.

Menurutnya, memang sudah ada peraturan kepada bukan Islam untuk masuk ke masjid tetapi ekoran tindakan Nie Ching serta kekeliruan sesetengah pihak berhubung peraturan itu, MAIS akan menjelaskan peraturan baru dalam beberapa hari ini.
Beliau berharap penjelasan peraturan baru itu akan difahami semua pihak dan dipatuhi.

Sementara itu ditanya mengenai cadangan Dr Hasan yang juga Pesuruhjaya PAS Selangor yang mahu mencadangkan beberapa peraturan baru memasuki masjid dan surau, Mohamad Adzib berkata, Exco itu boleh mengemukakan cadangan kepada MAIS.
“Kita tiada masalah,” katanya.- Agendadaily

Daulat Tuanku!

Warna-warni Politik
Torashah

Khamis, 2 September 2010

KEWARGANEGARAAN BUKAN HAK TETAPI ANUGERAH !

Pemberian taraf kewarganegaraan Malaysia merupakan satu anugerah tertinggi kepada warga asing. Dengan kata lain ia bukan merupakan satu hak yang boleh dituntut oleh mana-mana individu.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Lee Chee Leong berkata kementeriannya memandang serius dan sentiasa berhati-hati dalam mempertimbangkan setiap permohonan kewarganegaraan seseorang itu.

"Ini adalah penting bagi memastikan hanya mereka yang betul-betul memahami dan mendalami budaya masyarakat Malaysia serta berkelakuan baik sahaja yang dianugerahkan taraf kewarganegaraan,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Jelas lagi nyata. Ini membuktikan bahawa setiap mereka yang menjadi warganegara di Malaysia ini mendapat anugerah tertinggi yang tidak ternilai harga, apa lagi di kalangan warga asing.

Kenyataan Chee Leong yang disiarkan Bernama itu dikeluarkan susulan kepada kenyataan Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek berkaitan kira-kira 25,751 pemegang kad pengenalan merah yang masih belum menerima status warganegara.

Kenyataan Chee Leong ini jika dilihat dalam struktur MCA, ia adalah jawapan kepada bosnya, kerana Chee Leong ialah AJK Pusat MCA. Apakah Chee Leong akan berada dalam keadaan tersepit dalam isu dan tugasan oleh MCA mengenai perkara ini?

Kelmarin, MCA mengatakan akan mengutarakan cadangan kepada Kementerian Dalam Negeri untuk mengiktiraf taraf kewarganegaraan kepada mereka yang berumur 60 tahun ke atas dan anak-anak mereka yang juga warga Malaysia.

Menurut Dr Chua MCA melantik Chee Leong, untuk mempengerusikan satu pasukan petugas khas, bagi membantu pemohon mendapat kewarganegaraan Malaysia.

"Didapati 25,751 orang Cina di negara ini masih memegang kad pengenalan Merah," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden parti itu di Wisma MCA. Dr Chua berkata, MCA memberi tempoh enam bulan bagi Chee Leong memperhalusi semua permohonan dan mengemukakan laporan kepada Majlis Presiden kelak.

Jumlah permohonan taraf kewarganegaraan yang tertunggak yang diterima KDN dari tahun 1997 hingga 2006 bagi semua perkara di bawah Perlembagaan Persekutuan adalah 32,927 dan semua permohonan telah selesai diproses dan dikeluarkan keputusannya pada tahun 2009, kata Chee Leong.

Pada masa kini, katanya, kementerian sedang memproses permohonan kewarganegaraan bagi tahun 2007, 2008 dan 2009 yang berjumlah 29,677. Daripada jumlah itu, sebanyak 16,302 keputusan telah dikeluarkan dan bakinya telah diproses adalah sebanyak 13,375, di mana keputusannya akan dikeluarkan selewat-lewatnya pada 31 Disember tahun ini, katanya.

Pada 30 November tahun lalu, Dewan Rakyat diberitahu bilangan mereka yang memegang kad pengenalan merah di negara ini sehingga September 2009 adalah seramai 374,500 orang. Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wira Abu Seman Yusop berkata daripada jumlah itu, seramai 64,731 orang adalah mereka yang dilahirkan di negara ini yang turut memegang kad pengenalan merah.

Abu Seman berkata, rakyat Malaysia yang memegang kad pengenalan merah mengikut negeri adalah seperti berikut; Sabah (12,000 orang), Selangor (11,307), Perak (6,589), Johor (5,509), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (4,906), Kedah (2,822), Pulau Pinang (2,209) dan Pahang (1,981).

Negeri Sembilan (1,947), Kelantan (1,295), Melaka (789), Sarawak (771), Wilayah Persekutan Labuan (653), Perlis (326), Terengganu (307), Wilayah Persekutuan Putrajaya (17) dan lain-lain (11,303).

"Kad pengenalan merah diberi kepada seseorang yang bukan warganegara Malaysia tetapi bermastautin secara tetap di Malaysia,” katanya.- Bernama

Warna-warni politik
Torashah

Gelaran ‘Datuk’ kepada Tun Dr. Ling Liong Sik digantung!

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah telah menitahkan supaya Darjah Kebesaran Negeri yang membawa gelaran ‘Datuk’ yang dikurniakan kepada bekas Menteri Pengangkutan Tun Dr. Ling Liong Sik digantung.

Beliau yang juga bekas Presiden MCA menerima anugerah tersebut yang membawa gelaran Datuk itu pada 1992.

Turut digantung anugerah kebesaran ialah bekas Pengurus Besar Lembaga Pelabuhan Klang, Phang Oi Chooi @Phang Ai Tu yang sebelum ini telah dikurniakan ahli Darjah Kebesaran Datuk Sultan Salahudidin Abdul Aziz Shah (D.S.S.A) yang membawa gelaran Datin Paduka pada 2001.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ramli Mahmud dalam satu kenyataan di sini hari ini memberitahu, keputusan itu dibuat hasil perundingan dengan Dewan di-Raja Selangor yang bersidang kali ke-127 pada 19 Ogos lalu.

Beliau berkata, baginda berkenan membuat kedua-dua keputusan tersebut setelah mempertimbangkan bahawa kesalahan-kesalahan yang dipertuduhkan ke atas mereka adalah kesalahan serius yang melibatkan kepentingan rakyat dan negara.

Liong Sik kini didakwa mengikut Seksyen 418 dan 417 Kanun Keseksaan di Mahkamah Sesyen Putrajaya pada 29 Julai lalu atas tuduhan menipu kerajaan dalam skandal PKFZ.

Oi Chooi pula didakwa di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan kerana dipercayai melakukan pecah amanah dan menipu dengan membuat tuntutan palsu, juga ada kaitan dengan projek tersebut di Mahkamah Sesyen Klang pada akhir tahun lalu.

Warna-warni Politik
Torashah

Rabu, 1 September 2010

PAS Adalah Dalang Pencemaran Masjid dan Surau Oleh DAP!
















Satu demi satu pencemaran kesucian masjid dan surau yang dilakukan pemimpin kafir dari DAP kebelakangan ini terutama di Selangor membuktikan bahawa ada dalang yang membenarkan tindakan sedemikian, tidak dapat tidak jari tidak boleh menunjuk kepada yang lain melainkan PAS. Kita yakin PAS adalah pihak yang membiarkan dan membenarkan pemimpin-pemimpin DAP yang hanya guna tisu untuk beristinjak ini masuk ke dalam masjid/surau dan memberikan ‘tazkirah’ dan sebagainya.

Sudah tentu kita belum lupa semasa kempen pilihanraya Sibu yang lepas, nama PAS disebut oleh Teressa Kok di dalam ceramahnya sebagai pihak yang mewakili Islam dalam hal menerima penggunaan nama Allah di gereja dan penerbitannya. PAS juga gagal bertindak bila minuman keras yang di rampas oleh Majlis Bandaraya Shah Alam, dipulangkan semula kepada pemiliknya atas arahan DAP dengan alasan beer bukan minuman keras kerana kandungan alkohol yang tidak tinggi. Semua ini menjadikan pemimpin kafir DAP berani berbuat apa sahaja yang bertentangan dengan sensitiviti orang Islam kerana mereka yakin PAS akan mempertahankannya dalam apa cara sekalipun.

Menguatkan lagi, bila Nik Aziz dalam kenyataannya terbarunya di sini mempertahankan tindakan Ahli Parlimen Serdang masuk ke dalam Surau Al-Huda di Kajang dan menyifatkan siapa yang mempertikaikan tindakan itu sebagai pihak yang tidak faham Islam. Seperti biasa Nik Aziz akan memberikan alasan perkara yang berlaku di zaman Nabi saw sebagai justifikasi untuk membenarkan hujahnya kerana di zaman Nabi Muhammad saw ramai kafir Qurasy masuk ke dalam Masjid berjumpa Nabi saw. Fikiran sehala dan pendek Nik Aziz hanya menambah kepada kekeliruan orang Islam apatah lagi yang bukan Islam, zaman dimana Islam bermula dan berkembang sudah tentu berbeza dengan keadaan sekarang.

Aspek inilah yang gagal dilihat Nik Aziz jauh lagi nak menafsir agenda politik DAP dengan memasuki masjid/surau. Apatah lagi pemimpin DAP bukan masuk masjid untuk mendalami Islam sebaliknya ingin mendapat publisiti politik murahan dalam kempennya menunjuk kepada orang melayu bahawa DAP tidak anti Islam. Dalam hal ini juga, berbeza dengan zaman Nabi Muhammad saw seperti yang dicontohkan Nik Aziz dimana orang kafir masuk masjid berjumpa dengan Nabi, yang berlaku di Serdang dan tempat-tempat lain ini ialah orang Islam masuk masjid berjumpa pemimpin kafir DAP untuk mendapatkan moreh dan bantuan hari raya.

Kesediaan PAS menerima dan merelakan apa saja perbuataan mencemarkan Islam yang dilakukan pemimpin DAP menyebabkan keberanian itu bertambah dengan melangkah masuk ke dalam kawasan masjid pula. Jika orang Islam sendiri terikat dengan adab-adab tertentu dalam memasuki masjid seperti bersuci dan tidak boleh bercakap hal-hal dunia, pemimpin DAP bebas keluar masuk masjid/surau dengan tidak mengendahkan adab-adab yang disebutkan tadi sementara kepimpinan PAS yang menjadi sebahagian daripada pentadbiran kerajaan Selangor, tidak mampu berbuat apa-apa.

Jadi dimana benarnya cerita-cerita popular dikalangan pengikut PAS bahawa penggabungan PAS dengan DAP adalah bagi membolehkan PAS mentarbiah DAP mengenai perlaksanaan hukum hudud dan penubuhan negara Islam. Yang kita nampak, PAS pula yang ditarbiah oleh DAP dalam banyak hal termasuk undang-undang baru mengenai halal dan haram minuman keras serta mencemarkan kesucian masjid dan surau.

Kita cabar PAS, kita cabar Nik Aziz, jika benar kemasukkan pemimpin kafir DAP ke dalam surau dan masjid ini adalah tidak bertentangan dengan Islam seperti mana yang banyak diperkatakan nik aziz dan di kalangan pengikutnya hari ini, kenapa tidak PAS kelantan membenarkan mana-mana pemimpin DAP di negeri masing-masing berbuat perkara yang sama juga, jika tidak ada, boleh jemput pemimpin DAP seperti LGE datang ke kelantan dan berbuat demikian.

Hanya kerana DAP membenarkan pemimpin PAS memegang jawatan-jawatan tertentu dalam pentadbiran negeri Selangor, PAS menjadi buta mata dengan pencemaran demi pencemaran yang dilakukan pemimpin DAP ke atas institusi masjid dan surau di seluruh Selangor. Kegagalan pemimpin PAS negeri Selangor mengulas mengenai perkara ini adalah tanda bahawa mereka adalah pihak yang sebenarnya bersengkokol dengan perbuatan yang bukan saja mencemarkan institusi Masjid malah melanggar perintah DYMM Sultan Selangor supaya menjaga kesucian masjd dan surau.

Walaupun DAP diketahui sebagai anti Islam dan anti raja, mereka juga dalam masa yang sama mengamalkan pendirian tidak mahu dilihat secara langsung sebagai anti Islam dan raja kerana ia mampu meragut peluang mereka untuk menjadikan Malaysia sama seperti Singapura. Oleh itu kita yakin DAP telah terlebih dahulu mendapatkan pandangan pemimpin PAS di dalam negeri Selangor sebelum membuat perkara-perkara yang dibuatnya sekarang.

Bukan satu kelaziman untuk pemimpin kafir masuk ke dalam masjid, apatah lagi memberikan ucapan, ia tidak berlaku sebelum ini malah berpuluh tahun sebelumnya, ia hanya berlaku sekarang iaitu sejak PAS hanya menjadi pak turut kepada pimpinan pembangkang dalam Pakatan Rakyat. Benarlah kata ramai orang sebelum ini, tuhan PAS ialah wang dan kuasa, kerana itu apa sahaja pun boleh dilakukan walaupun terpaksa mencemar kesucian agama sendiri.

Pihak-pihak berkuasa agama seperti Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan contohnya perlulah bertindak segera dan tidak boleh mengharapkan golongan oppurtunis politik seperti DAP yang didalangi PAS terus menerus mencemarkan kesucian masjid dan surau. Hal ini tidak boleh dilihat sebagai sebahagian daripada sepak terajang dalam politik kerana pencemaran itu telah jelas berlaku dan menghakis kepercayaan orang Islam terhadap pihak berkuasa agama yang disebutkan tadi.

Pihak berkuasa agama di Selangor tidak lagi boleh diharapkan kerana mereka sendiri terikat kepada kerajaan negeri yang dikuasai DAP, jika tidak mengapa mereka perlu menunggu sehingga tuanku Sultan Selangor murka baru hendak mengambil tindakan?

Semua ini membuatkan kita merasa yakin bahawa perjuangan menentang PAS adalah sebenarnya perjuangan menegakkan Islam di Malaysia ini.

Sumber : MyKMU

Warna-warni Politik
Torashah

Bertempat di Bandar Saujana Utama, Kuala Selangor

Bertempat di Bandar Saujana Utama, Kuala Selangor