Tanpa ilmu dan pengetahuan, kehidupan seseorang insane adalah gersang. Menimba ilmu dari mana sahaja, melengkapkan diri dengan seberapa banyak pengetahuan sudah menjadi sebati dengan perjuangan UMNO dari awal lagi. Di Kongres Melayu Semalaya yang pertama pada 4 Mac 1946, salah satu resolusi yang persetujuan salain daripada penubuhan UMNO ialah mengadakan “satu derma Pelajaran Kebangsaan Melayu Semenanjung” di bawah kelolaan pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu. Demikian prihatinan orang-orang Melayu terhadap ilmu dan pelajaran.
Menyedari betapa jauh ketinggalan anak-anak Melayu dalam bidang pendidikan, maka langkah yang diambil oleh pemimpin UMNO setelah menang pilihan raya umum 1955 ialah menubuhkan satu jawatankuasa di bawah pimpinan Tun Abdul Razak, Timbalan Yang DiPertua UMNO, untuk mengkaji system pendidikan dan membuat syor berkenaannya.
Penyata Razak berkenaan Pendidikan telah dibentang pada 1956 disusuli dengan Ordinan Pelajaran.
Undang-undang telah disemak beberapa kali untuk memantapkan lagi system pendidikan tanah air. UMNO mahukan semua kanak-kanak Malaysia diberi pendidikan yang cukup dari peringkat-peringkat tadika hinggalah universiti oleh yang demikian, usaha membanyakkan lagi sekolah dan guru terlatih bagi menampung keperluan murid-murid yang kian bertambah dilakukan secara serius. Begitu juga usaha untuk meluaskan pendidikan tinggi berjalan dengan lancer, dan buktinya dapat dilihat dari peruntukan yang besar dalam Belanjawan Negara setiap tahun.
Malaysia juga menghantar penuntut yang agak ramai ke institusi-institusi pengajian tinggi di luar Negara untuk menimba ilmu dalam pelbagai disiplin. Bagi UMNO pendidikan adalah satu pelaburan yang cukup mustahak bagi membina Negara dan bangsa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan