Isnin, 11 Mac 2013

Anwar tertekan...!!! Dr. Yusuf Al-Qaradawi hargai lawatan Najib ke Gaza!



Tokoh ulama terkemuka, Prof. Dr. Yusuf Al-Qaradawi menegaskan, lawatan Datuk Seri Najib Tun Razak ke Gaza Januari lalu menyuburkan harapan jutaan rakyat Palestin yang sekian lama mengimpikan kemerdekaan di bumi mereka.

Beliau yang juga Pengerusi Majlis Pemegang Amanah Institut Antarabangsa Al-Quds (QII) berkata, lawatan Perdana Menteri itu juga memberi mesej jelas kepada masyarakat antarabangsa serta pemimpin negara-negara Islam terhadap pentingnya tindakan berani diambil dalam menamatkan sekatan tidak berperikemanusiaan rejim Zionis.

Menurutnya, sekatan itu bukan hanya di Gaza malah di Tebing Barat dan Baitulmuqaddis.

"Rakyat Palestin kini semakin menderita dengan tindakan kejam rejim Zionis yang cuba menukar identiti Arab dan Islam mereka kepada identiti Yahudi menerusi 'penjajahan' Israel itu. Sememangnya lawatan anda (Najib) telah menyuburkan harapan jutaan rakyat Palestin yang mencari kebebasan berdekad-dekad lamanya.

"Bagi mereka, Malaysia dianggap sebagai negara Islam utama yang sentiasa memberi perhatian berat terutama dalam menyokong perjuangan rakyat Palestin. Oleh itu, lawatan khas ini memperlihatkan penegasan sokongan tersebut," katanya.



Beliau berkata demikian dalam surat penghargaan kepada Najib bertarikh 15 Februari lalu atas lawatan Perdana Menteri ke Gaza, Januari lalu.

Pada 22 Januari lalu, Najib mencatat sejarah sebagai Perdana Menteri pertama Malaysia menjejak kaki ke Palestin selain pemimpin Islam pertama dari bukan kalangan negara Arab berbuat demikian.

Lawatan itu bagi melihat sendiri apa yang berlaku di Gaza dan dibuat atas faktor kemanusiaan selain merupakan simbol sokongan kuat Malaysia demi rakyat Palestin.

Al-Qaradawi berkata, Malaysia khususnya kerajaan dan rakyat negara itu menjadi faktor penting dalam menyokong perjuangan Baitulmuqaddis.

Jelasnya, perkara itu memandangkan Baitulmuqaddis adalah cukup dekat di hati setiap orang Islam.

Beliau kemudiannya mengakhiri kata-kata dalam surat itu dengan doa berikut: "Semoga Malaysia dan rakyatnya sentiasa makmur dan maju. Semoga Malaysia sentiasa mendapat rahmat dan keberkatan Allah. Dan, semoga Malaysia sentiasa menjadi tempat yang terbaik untuk orang Islam dan ketamadunan."

Terdahulu, dalam pembuka kata surat itu, Al-Qaradawi turut berdoa agar Allah mengurniakan keberkatan serta rahmat kepada Najib dalam melaksanakan tanggungjawab mencapai matlamat kemajuan, kestabilan dan keselamatan rakyat Malaysia dan global.

Warna-warni Politik
Torashah

Bertempat di Bandar Saujana Utama, Kuala Selangor

Bertempat di Bandar Saujana Utama, Kuala Selangor