Ahad, 27 Disember 2009

Berpegang pada amanah Majlis Raja-Raja Melayu !

Kenyataan Majlis Raja-Raja Melayu sebelum ini yang mengingatkan rakyat tentang keluhuran Perlembagaan negara yang seharusnya dipertahankan demi menjaga keharmonian dan perpaduan, merupakan satu sejarah tersendiri yang luar biasa. Ini kerana hal-hal begini biasanya dibicara dan dikeluarkan oleh kuasa politik yang memerintah negara.

Majlis Raja-Raja mungkin merasakan perlu ketika menghadapi kegawatan suasana negara sekarang ini untuk mengeluarkan titah bagi rakyat memahami bahawa Raja-Raja Melayu merupakan tumang pemerintahan negara yang seharusnya dihormati oleh semua lapisan rakyat. Maka titah Majlis Raja-Raja adalah sesuatu yang seharusnya diberikan perhatian serius oleh rakyat dan Kerajaan.

Dalam tulisan ini, penulis hanya akan menyentuh satu isu sahaja daripada kenyataan itu, iaitu kedudukan Islam sebagai agama negara yang telah diperuntukkan oleh Perlembagaan negara.
Sejarah negara kita mengemukakan banyak fakta dan peristiwa yang memugkinkan pihak Raja-Raja Melayu mengingatkan rakyat kepelbagaian kaum supaya tidak bertindak melampau menafikan kedaulatan agama Islam di negara ini.

Raja Melaka, Parameswara, mengikut catatan sejarah, memeluk Islam sebagai lambang pengislaman kerajaan Melayu, dan permulaan sejarah negara di bawah naungan Raja Melayu ini tidak seharusnya dicabar dengan sewenang-wenangnya. Prinsip perundangan dan pelaksanaan Islam selaras dengan adat istiadat Melayu yang telah diterima berdekad-dekad di negara kita seharusnya diambil sebagai kepunyaan rakyat semua kaum kerana pelaksanaan Islam secara adil tidak pernah menyentuh hak dan kepentingan serta kebebasan beragama rakyat bukan Islam.

Sejarah juga membuktikan bahawa Kerajaan Melaka pernah menerbitkan teks undang-undang yang bernama "Risalah Hukum Kanun" berasaskan undang-undang Islam tentang perkahwinan, muamalat, keterangan, kehakiman dan jinayat. Risalah ini merupakan dokumen penting tentang pelaksanaan Islam di dalam masyarakat Tanah Melayu, untuk menjamin kestabilan dan keadilan pemerintahan bagi masyarakat berbilang kaum yang sedia wujud pada ketika itu.

Hal ini membuktikan kedaulatan Raja Melayu dan status agama orang Melayu yang seharusnya diakui oleh rakyat, tanpa melihatnya dari sudut yang negatif, atau menganggapnya ugutan kepada masyarakt berbilang agama dan budaya. Dari sudut inilah, dan dari sudut status Islam dan Melayu di negara ini, terdapat kecenderungan sesetengah pejuang tanah air kita yang ingin menegakkan prinsip "ketuanan Melayu" mengikut kefahaman mereka.

Iaitu ketuanan yang tidak seharusnya diterjemahkan secara literal sehingga dengan itu rakyat akan mendapat tanggapan bahawa ketuanan Melayu merupakan gagasan atau kaedah yang akan menjadikan bukan Melayu sebagai hamba dan rakyat kelas bawahan, yang seharusnya hanya tunduk kepada Melayu. Bertolak daripada kefahaman ini, ramai pula pejuang negara kita yang tidak bersetuju dengan konsep ketuanan Melayu ini, kerana istilah ini telah membawa konotasi yang boleh menimbulkan rasa gelisah dan cemas di kalangan masyarakat bukan Melayu.

Oleh itu agak adil bahawa konsep ketuanan Melayu ini dapat dilihat dari sudut yang lebih positif dan tidak menimbulkan sebarang prasangka di dalam masyarakat, iaitu ketuanan Melayu adalah bermakna status Melayu yang dihubungkan dengan agama, budaya, adat resam, bahasa dan kedudukan istimewa mereka sebagai rakyat Melayu yang dipayungi oleh Raja-Raja Melayu sendiri. Tidak ketinggalan sejarah perjuangan orang Melayu menentang penjajah yang memakan korban yang banyak di kalangan orang Melayu sendiri.

Inilah konsep keistimewaan orang Melayu di negara ini, yang sebenarnya mempunyai dan memiliki tanah air mereka ini sejak sekian lama. Sekiranya terdapat aliran yang ingin mencabar kuasa Raja-Raja Melayu, maka cabaran itu adalah merupakan cabaran kepada kedudukan Melayu sendiri di dalam negara yang asalnya bernama Tanah Melayu ini.

Sejarah juga mencatatkan terdapat beberapa negeri Melayu yang menjadikan Islam sebagai dasar perlembagaan negeri seperti di Johor pada 1895 dan Trengganu pada 1911. Tetapi sayangnya fakta ini hanya tinggal dalam catatan sejarah, tanpa dijadikan asas maklumat dan pendidikan rakyat umum, sehingga seolah-olah Tanah Melayu merupakan bumi asing dari kita, sehinggakan orang Melayu dilihat sebagai "pendatang" di negara sendiri.

Pengiktirafan

Sejarah Tanah Melayu baru, yang diberi nama "Malaya" oleh penjajah, juga memperlihatkan pengiktirafan yang sejati tentang status agama Islam, iaitu ketika Perikatan mengemukakan memorandum kepada Lord Reid, Pengerusi Suruhanjaya Draf Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu (Perlembagaan Merdeka 1957) mencadangkan supaya Islam dijadikan agama negara Malaya. Sebagai balasannya yang adil maka prinsip ini tidak menyentuh hak warga negara bukan Islam untuk menganut agama mereka. Cadangan inilah yang diterima dan dimaktubkan di dalam Perlembagaan negara.























Kesediaan dan komitmen tiga kaum terbesar Malaya ketika menuntut kemerdekaan Tanah Melayu daripada Kerajaan British, iaitu tentang kedudukan agama Islam dan kebebasan bukan Islam untuk mengamalkan agama mereka dalam aman dan harmoni, merupakan satu persefahaman asas yang menjadi prinsip pemerintahan negara ini.

Kontrak sosial tentang agama adalah persetujuan bersama di antara rakyat keseluruhannya tentang kandungan persetujuan yang telah diterima untuk diperuntukkan di dalam Perlembagaan kita. Oleh itu amatlah malang jika terdapat pihak-pihak yang cuba menafikan tentang wujudnya kontrak sosial ini ketika negara kita mencapai kemerdekaan dulu, atau berusaha untuk tidak memahaminya sebagai wadah keharmonian bangsa di dalam negara kita pada saat ini. Golongan inilah yang kelihatan sedang mencuba mencabar prinsip agama Islam di negara kita yang telah menjadi amalan dan diterima baik oleh semua kaum ketika negara mencapai kemerdekaan.

Keputusan yang dikeluarkan oleh Raja-Raja Melayu amatlah kena dan tepat pada masanya ketika masyarakat berada di ambang perpecahan, dan menghadapi keadaan yang runcing, terutamanya sehingga terheret isu-isu agama yang remeh dan tidak sepatutnya ditimbulkan di dalam masyarakat kita yang bertamadun ini.

Adalah amat diharapkan bahawa proses dan usaha mempertingkatkan pentadbiran undang-undang Islam di Malaysia, dan usaha mengemaskinikan latihan dan pengeluaran tenaga manusia yang berkemampuan dalam pentadbiran agama dapat dilipat gandakan untuk melahirkan institusi pentadbiran, kehakiman, pendidikan dan semua institusi agama yang lebih berwibawa dan cekap sesuai dengan perkembangan negara yang pesat membangun.

Pendeknya, kedudukan Islam di Malaysia merupakan teras kewujudan institusi Raja Melayu, dan hal ini amat terserlah kepada dunia kerana Yang di-Pertuan Agong sendiri ketika mengangkat sumpah jawatan, antara lainnya berikrar akan mempertahankan agama Islam. Sebagai pemerintah tertinggi negara, ikrar yang dilafazkan ini amatlah bermakna sekali bagi rakyat dan negara.

Oleh itu, apabila Raja bertitah, maka tidaklah seharusnya timbul lagi gerakan melampau yang bertujuan mempolitikkan agama mengikut kepentingan peribadi, atau kumpulan yang tertentu sehingga meletakkan Islam di persimpangan jalan yang merbahaya. Kita dalam keadaan sekarang tidak memerlukan golongan pelampau, termasuk golongan pelampau di dalam agama, iaitu kumpulan pelampau agama dari semua agama yang diamalkan di Malaysia.

Hal ini disebutkan kerana di dalam apa saja agama yang wujud di dalam dunia ini akan terdapat golongan pelampau dan fanatik melulu. Golongan inilah yang seharusnya disekat daripada berleluasa di dalam negara yang selama ini berjaya menghayati kehidupan aman dan tenteram, penuh toleransi dan harmoni.


Warna-warni politik
Torashah

Sabtu, 12 Disember 2009

Nik Aziz jangan cakap sebarangan!

ISU Biro Tata Negara (BTN) yang baru-baru ini hangat didebatkan sememangnya telah menunjukkan belang sikap pembangkang yang selama ini tidak senang dengan kemakmuran yang ada di negara ini.

Bermula dengan pemimpin DAP yang kurang ajar mempertikaikan kursus BTN ini kerana kononnya menyemai sikap perkauman di kalangan rakyat Malaysia. Saya berpendapat bahawa beliau yang bersikap perkauman kerana tidak tahu sejarah dan modul sebenar di dalam kursus BTN.

Kini pemimpin Pas, Nik Abdul Aziz Nik Mat pula mempertikaikan kursus BTN ini dengan alasan ia tidak Islamik.

Saya ingin bertanyakan kepada tok guru, kursus bagaimanakah yang dikatakan islamik. Saya rasa tok guru sendiri perlu menghadiri kursus BTN ini untuk tahu bagaimana islamiknya BTN.
Saya sendiri telah mengikuti kursus ini dan sepanjang kursus ini berjalan, tidak ada seorang pun yang terlepas daripada berjemaah setiap waktu termasuklah subuh melainkan kerana keuzuran.

Selepas sahaja solat berjemaah subuh dan maghrib, setiap peserta akan diberikan kuliah manakala yang bukan beragama Islam akan menonton video berunsurkan sejarah di dalam dewan yang disediakan.

Ramai antara rakan saya dan saya sendiri insaf serta sedar atas dosa-dosa yang telah kami lakukan dahulu di dalam kuliah yang disampaikan kepada kami setiap kali selepas solat. Kami juga tidak terlepas daripada melakukan Qiamullail bagi meningkatkan kecintaan kepada Allah SWT.

BTN secara tidak langsung telah meningkatkan rasa cinta kami kepada Allah SWT selain menyematkan rasa cinta kepada negara. Apa lagi yang tidak cukup di dalam modul BTN ini? Pada pendapat saya, ia perlu dikekalkan dan mungkin boleh ditambah modul-modul baru selari dengan keadaan semasa.

Saya berpendapat, kursus BTN ini ditakuti pembangkang kerana telah membuka pekung mereka selama ini dan bukan kerana isu perkauman yang ditimbulkan. Saya percaya, sesiapa sahaja yang pernah mengikuti kursus ini pasti akan bersetuju dengan pendapat saya. Janganlah mudah terpedaya dengan hasutan sesetengah pihak yang ingin menghancurkan ketenteraman yang selama ini dikecapi.

Dan pesanan saya kepada Nik Aziz, janganlah kerana ingin menjaga hati Pakatan, semua benda tok guru halalkan. Saya hanya insan yang kerdil dan masih kurang ilmu, tetapi tidak sanggup untuk menggadaikan agama dan bangsa hanya untuk kepentingan sendiri. Wallahuallam.

Warna warni Politik
Torashah

Jumaat, 11 Disember 2009

DIRGAHAYU Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Darul Ehsan

MERAFAK SEMBAH SETINGGI-TINGGI TAHNIAH SEMPENA
HARI KEPUTERAAN

DULI YANG MAHA MULIA SULTAN SHARAFUDDIN IDRIS SHAH ALHAJIBNI ALMARHUM SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH ALHAJD.K.,D.M.N.,D.K.(Terengganu).,D.K.(Kelantan).,D.K.(Perak).,D.K.(Perlis)., D.K.(Negeri Sembilan)., D.K.(Kedah).,S.P.M.S.,S.S.I.S.,S.P.M.J.

Sultan dan Yang Dipertuan Negeri Selangor Darul EhsanSerta Segala Daerah Takluknya.

Pada 11 hb Disember 2009 bersamaan 24 Zulhijjah 1431H.

Patik dan rakyat jelata mendoakan agar KeBawah Duli Tuanku sentiasa diberi limpah hidayah dan petunjuk dari ALLAH swt, dipanjangkan umur dan dikurniakan kesihatan yang baik untuk terus menjadi payung kepada negeri Selangor yang tercinta ini.

Patik dan rakyat jelata juga mendoakan agar Tuanku akan senantiasa memartabatkan agama Islam dan bangsa Melayu serta menjaga seluruh rakyat negeri Selangor agar senantiasa berada di dalam hidup yang aman dan sejahtera.

AMPUN TUANKU SEMBAH PATIK HARAP DIAMPUN
DAULAT TUANKU, DAULAT TUANKU, DAULAT TUANKU.

Ikhlas Dari :
Warga UMNO Bandar Puncak Alam
Selangor Darul Ehsan.

Isnin, 7 Disember 2009

Jangan agungkan Chin Peng !

Sebagai salah seorang wartawan Malaysia yang dihantar membuat liputan Majlis Perjanjian Damai antara Kerajaan Malaysia dengan Parti Komunis Malaya (PKM) pada 1 Disember 1989 di Hatyai Thailand, antara soalan yang saya masih ingat saya ajukan kepada Chin Peng ialah: "Apakah saudara masih seorang Marxist-Leninist?" Chin Peng dengan wajah yang hampir-hampir tersenyum menoleh ke arah saya dan menjawab: ''Ya."

Chin Peng menambah: ''Kami hanya meletakkan senjata bukan membubarkan PKM ataupun fahaman komunisme.''
Itulah kata-kata Chin Peng yang tidak dapat saya lupakan sepanjang karier saya sebagai seorang wartawan yang berpeluang untuk membaca kisah hidupnya dalam buku sejarah, dan kemudian ditakdirkan juga berpeluang menatap wajah dan bersua muka dengannya secara berdepan pada sidang akhbar bersejarah itu 20 tahun lalu.

Atas alasan itu jugalah mengapa Chin Peng dan anggota PKM yang lain tidak dapat memenuhi salah satu daripada empat kerangka Perjanjian Damai tersebut kerana keengganan mereka untuk kembali dan melalui proses 'pemutihan' di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) terlebih dahulu.

Sebabnya ialah seperti yang dilafazkan oleh Chin Peng, dia masih seorang berfahaman Marxist-Leninist. Chin Peng sanggup melepaskan perjuangan bersenjata ke atas Yang di-Pertuan Agong tetapi tidak bersedia untuk menggugurkan fahaman yang dianutinya sejak sekian lama itu.
Marxism-Leninism secara 'basahannya' membawa maksud Bolshevism atau ringkasnya komunisme.

Hakikatnya ialah sehingga Chin Peng membuat pengakuan terbuka bahawa dia tidak lagi mendokong fahaman tersebut, maka Kerajaan Malaysia tidak mempunyai sebab untuk menerima semula kepulangan Setiausaha Agung PKM itu ke tanah air. Malah jika sekalipun Chin Peng membuat pengisytiharan bahawa dia bukan lagi seorang komunis, Chin Peng tidak boleh terlepas daripada melalui proses ditahan di bawah ISA.

Chin Peng tidak boleh dibenarkan menjalani kehidupan bebas keluar masuk ke kedai kopi dan menghadiri forum itu dan ini serta menganjurkan majlis itu dan ini atas nama apa sekalipun.
Ini kerana kesan tindakan seperti itu akan hanya menimbulkan keresahan di kalangan rakyat terbanyak, apatah lagi kepada keluarga mangsa keganasan komunis yang bukan sahaja terdiri daripada kalangan perajurit dan masyarakat awam tetapi juga masyarakat Melayu, Cina dan India serta kaum bumiputera di Sabah dan Sarawak.

Kehadirannya semula di kalangan kita hanya akan membuka luka yang berdarah. Chin Peng sendiri harus menerima takdir yang tertulis ke atasnya kerana itulah jalan yang dia pilih. Dan betapa keengganannya menerima Perjanjian Damai di Baling pada tahun 1955 telah menjurus ke arah pertumpahan darah yang bukannya sedikit di kalangan perajurit kita dan juga masyarakat awam yang lain.

Generasi baru yang tidak melalui kesengsaraan kehilangan ahli keluarga kerana terkorban ditembak atau diserang hendap komunis, cuba menulis semula sejarah tanah air dengan mengagungkan anggota PKM dan Chin Peng sebagai pejuang kemerdekaan negara melalui blog, laman web dan juga penerbitan buku. Mereka perlu berasa malu dan menghentikan tindak-tanduk mereka itu.

Sebaliknya, seluruh rakyat Malaysia yang menolak komunisme dan ahli keluarga para perajurit kita yang terkorban mempertahankan negara ini daripada ancaman subversif wajib bangun menyuarakan penolakan mereka terhadap gagasan membenarkan kepulangan Chin Peng.
Dalam konteks ini, saya memuji kenyataan berterus terang Naib Presiden Gerakan Malaysia, Mejar (K) Huan Cheng Guan bahawa saranan Pengerusi Gerakan Pulau Pinang, Datuk Dr. Teng Hock Nan, supaya Kerajaan Malaysia membenarkan kepulangan Chin Peng mestilah ditentang atas nama para perajurit tanah air yang terkorban kerana mempertahankan keselamatan negara daripada ancaman PKM.

Saya mengenali Mejar (K) Huan secara peribadi. Hakikat bahawa bekas Ahli Parlimen Batu Kawan itu juga adalah bekas seorang anggota TUDM memperlihatkan betapa semangat patriotismenya yang menebal dan sensitivitinya sebagai seorang perajurit tulen. Rakyat dan seluruh negara patut mendengar suara bekas perajurit negara seperti Mejar Huan, Kanang anak Langkau, Onjinin Christopher Jopinol, Amid Abdul Rahman dan ramai lagi yang mengorbankan diri mereka untuk mempertahankan negara dan juga untuk kesejahteraan kita semua daripada mendengar suara minoriti yang mendesak sebaliknya.

Putra Heights USJ

Warna-warni politik
Torashah

Jumaat, 4 Disember 2009

Jangan jadi politik 'ala Labu Labi' !

Ahli Parlimen Kulim- Bandar Baharu, Zulkifli Noordin meminta kepimpinan DAP supaya tidak mengamalkan politik kebudak-budakan ala filem Labu dan Labi yang memilih cara 'memijak' untuk memuaskan hati masing-masing.

Beliau menegaskan, pimpinan DAP sepatutnya menunjukkan sikap yang waras, matang dan lebih profesional walaupun tidak bersetuju dengan tindakan tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) tersebut melompat parti.

Beliau mencadangkan kepada pimpinan DAP supaya menonton filem Labu Labi bagi melihat gelagat dua watak utama dalam filem itu.

Katanya, dua watak utama itu yang menjadikan gumpalan kertas sebagai simbolik kepala bapa masing-masing untuk dipijak lawan gara-gara berebut wanita yang sebenarnya tidak berminat pun kepada mereka.
''Saya berharap kepimpinan DAP dapat menunjukkan sikap yang lebih profesional, matang, waras dan tidak mengamalkan politik Labu-Labi,'' katanya dalam laman blog beliau http:///zul4kulim.blogspot kelmarin.

Semalam, di Parlimen, sekumpulan ahli Parlimen PKR turut mengadakan sidang akhbar membantah tindak tanduk pemimpin DAP memijak gambar tiga wakil rakyat Bebas di DUN Perak Ahad yang lalu.

Mereka yang diketuai Datuk Zahrain Mohd. Hashim (PKR-Bayan Baru) menegaskan tindakan pemimpin DAP termasuk Lim Kit Siang itu bertentangan dengan budaya tempatan dan Asia.
Sementara itu, Zulkifli turut menggesa semua pihak supaya cermin diri terlebih dahulu sama ada tindakan tiga wakil rakyat itu mungkin disebabkan sikap parti dalam pakatan pembangkang sendiri.

''Sepatutnya, kita mencerminkan diri kita. Adakah mungkin mereka bertindak demikian kerana sikap kita sendiri. Setakat yang saya tahu, Hee Yit Foong berasakan bahawa beliau telah dianaktirikan. ''Begitu juga dengan Mohd. Osman Jailu dan Jamaluddin Mohd. Radzi yang menyalahkan kongkongan DAP negeri Perak ke atas kerajaan sebelum ini sebagai sebab mereka memilih keluar daripada pakatan pembangkang. Alasan mereka mungkin benar mungkin tidak,'' katanya.

Bagaimanapun, pada pandangan beliau, perbuatan itu tidak menghalalkan mereka bertindak seperti samseng jalanan dan secara kebudak-budakan dengan memijak gambar ADUN terbabit.
Zulkifli menambah, keputusan ketiga-tiga ADUN itu bukan sahaja perlu dihormati, walaupun beliau sendiri juga tidak bersetuju dengan tindakan mereka itu.

''Namun, kita memperjuangkan hak bersuara dan hak individu untuk menyertai mana-mana pertubuhan pilihan mereka. ''Oleh itu, kita sepatutnya menjadi golongan pertama yang menghormati hak mereka, walaupun kita tidak bersetuju,'' ujarnya. Sehubungan itu, beliau menyeru semua pihak supaya bertindak secara waras dan profesional dengan berpolitik secara matang serta berhemah.

''Jangan kerana politik semuanya menjadi halal. Yang paling malang, apa saja kita buat semuanya okey dan halal, yang orang lain buat semuanya haram belaka. ''Janganlah kita jadi kuali memanggil teko hitam! Janganlah kita amalkan politik Labu-Labi!'' katanya. - UM

Warna-warni Politik
Torashah

Jumaat, 27 November 2009

Chin Peng : 'Dia bukan rakyat Malaysia'!

Paul Kiong menunjukkan Pingat Bintang Seri Pahlawan Gagah Perkasa yang dimilikinya di Kelana Jaya, semalam.




"Chin Peng tidak perlu pulang ke negara ini kerana dia bukan rakyat Malaysia. "Malah dia hanya dilahirkan di Sitiawan, Perak tetapi tidak pernah memohon sebagai rakyat Malaysia seperti mana yang perlu dilakukan selepas negara ini mencapai kemerdekaan,".

Begitu tegas seorang pesara polis, Paul Kiong, 65, yang pernah berkhidmat di Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) ketika menentang Parti Komunis Malaya (PKM) pada 1969 hingga 1989. Beliau yang bersara dengan pangkat Supritendan berkata, rakyat hari ini perlu memahami dendam para pejuang negara menentang kekejaman PKM suatu ketika dahulu.

"Dulu, kami terpaksa berada di dalam hutan untuk tempoh yang lama bagi menghapuskan kumpulan pengkhianat itu (PKM). "Malah ada di antara anggota polis dan tentera menghembuskan nafas terakhir dalam keadaan ngeri akibat kezaliman PKM," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Jelasnya, detik kesusahan dan keperitan menentang PKM dan Chin Peng yang dilalui itu bukan begitu mudah untuk dilupakan pejuang sepertinya. Katanya, perkara itu terbukti apabila Chin Peng mengaku bertanggungjawab terhadap kekejaman yang berlaku sebelum ini menerusi akhbar The Star.

"Pengakuan Chin Peng mungkin dapat meraih simpati orang muda, tetapi kami yang pernah melalui detik tersebut masih menyimpan dendam terhadapnya. "Ramai anggota keselamatan yang terkorban malah ramai juga di antara mereka yang cacat sehingga hari ini," ujarnya.
Paul Kiong memberitahu, tindakan kerajaan tidak membenarkan Chin Peng pulang tidak boleh dilihat sebagai isu perkauman tetapi bagi menghargai jasa pejuang yang cedera dan terkorban serta keluarga mereka.

"Saya yang berketurunan Cina juga tidak akan sekali-kali memaafkan kekejaman PKM.
"Biarpun luka di tubuh badan sudah menjadi parut tetapi luka di hati dan kesedihan akibat tindakan PKM masih belum terubat sampai sekarang," jelasnya.

Paul Kiong merupakan seorang daripada 27 penerima pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa (SP) yang dikurniakan oleh Yang di-Pertuan Agong. Pingat itu dikurniakan bagi menghargai jasa beliau yang pernah menumpaskan komunis pada 1969 hingga 1989. - UM

Warna warni politik
Torashah

Selasa, 17 November 2009

Nik Aziz sanggup terima tajaan!

Ketika isu kontroversi haji ditaja hangat diperkatakan, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengumumkan kesanggupannya untuk menerima tajaan mana-mana pihak bagi membolehkan beliau menunaikan ibadat haji pada tahun depan.

Beliau yang juga Mursyidul Am Pas berkata, sama ada ditaja ataupun tidak beliau mahu menunaikan ibadat haji pada musim akan datang, setelah pada tahun ini beliau membatalkan hasratnya untuk menunaikan haji.

"Tahun depan ada orang tak nak taja ambo (saya) gi Mekah. Siapa nak taja ambo ambik. Tak taja pun ambo gi," katanya semasa berucap pada majlis solat hajat dan sambutan 19 tahun pemerintahan Pas Kelantan di Pusat Tarbiyah Islam Kelantan (Putik) di sini malam tadi.

Selasa lalu, media melaporkan pengakuan Nik Abdul Aziz bahawa beliau ditaja pihak tertentu untuk menunaikan haji dengan kos RM65,000 dan mendapat layanan bertaraf 'VVIP'. Sementara itu, Pesuruhjaya Pas II Kelantan, Datuk Mohd. Amar Abdullah berkata, Menteri Besar Kelantan membatalkan hasratnya untuk menunaikan haji berikutan isu tajaan hajinya dipolitikkan. - UM

Komen :

Tidak hairanlah bila Kickdefella berpesan : Selamatkan Tok Guru!

Sekali lagi saya merayu agar pimpinan parti PAS, pegawai-pegawai tinggi Kerajaan dan juga akar umbi untuk segera selamatkan Nik Aziz. Janganlah biarkan legasinya berakhir dengan sesuatu yang tidak manis. Sungguh sedih bila Kafir Quraisy Malaysia yang menyelamatkan Nik Aziz dan bukannya Parti yang disayanginya. Baik betul budi bahasa Pok Nik dan Kickdefella apabila menuduh orang yang menegur perbuatan mereka sebagai Kafir Quraisy!!! Fikir-fikirkan lah siapa yang sebenarnya kafir. Wallahuallam.

Warna-warni Politik
Torashah

Ahad, 25 Oktober 2009

PAS : Retak Menanti Belah !

'Tiada siapa jadi dalang'

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menafikan gesaannya agar kepimpinan Pas dibersihkan daripada golongan prokerajaan perpaduan didalangi oleh pihak yang berkepentingan.

Sambil mempertahankan pendiriannya, beliau menegaskan isu yang tercetus daripada apa yang dianggapnya sebagai cadangan itu diluahkan dengan ikhlas demi masa depan parti yang telah dipupuk sekian lama.

Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, beliau sudah cukup arif untuk membuat pertimbangan sendiri dan yakin cadangan itu jika diterima tidak akan memecah-belahkan Pas. ''Saya dah tua, tak payah orang lain jadi dalang. Saya nak jaga parti saya supaya dihormati sampai bila-bila," katanya ketika diminta mengulas desas-desus ekoran kenyataannya itu.

Ramai kalangan ahli Pas tidak percaya bahawa beliau membuat pertimbangan sendiri dalam mengemukakan gesaan itu melainkan dipengaruhi oleh pihak tertentu. Menurut Nik Abdul Aziz, tidak perlu lagi baginya untuk terus menjelaskan persoalan itu dan terserah kepada parti sama ada menerima atau tidak.

''Jika ramai yang tak setuju Muktamar Agung Khas (EGM) tak apa... saya keluarkan fikiran saya, kalau setuju, Alhamdulillah," katanya kepada pemberita pada majlis perasmian Masjid Noor Aini (Cahaya Mataku), Pasir Hor dekat sini hari ini. Utusan Malaysia hari ini melaporkan Nik Abdul Aziz mahu Pas dibersihkan daripada kumpulan prokerajaan perpaduan melalui EGM walaupun ia mungkin menyebabkan parti berusia 58 tahun itu berpecah.

Nik Abdul Aziz menamakan tiga pemimpin yang perlu 'dibersihkan' iaitu Timbalan Presiden, Nasharuddin Mat Isa; Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali dan Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hassan Ali.

Laporan media itu turut merujuk kepada kenyataan melalui blognya kelmarin yang dibuat setelah meneliti tulisan seorang pensyarah dan mendengar pandangan rombongan penyokong parti dari Sabah dan Sarawak yang mencemaskannya. Ditanya apakah tiada pendekatan lain untuk menyelesaikan persoalan berbangkit, beliau berkata: ''Saya tak mahu buat benda lain, saya sebut sekali. Terima. Alhamdulillah, tak terima tak apa.. saya tidak memaksa.

''Saya nak jaga Pas saya kerana ia parti yang dihormati oleh masyarakat. Kalau ada orang (buat) itu ini, saya kena buat sesuatu. Saya ikhlas nak jaga parti yang saya bajai, airi dan pagar sekian lama." Sehubungan itu, beliau menegaskan tiada sebab baginya untuk menarik balik kenyataan yang mengejutkan itu kerana menganggap ia suatu yang benar.

Beliau juga menafikan kenyataan yang dibuatnya itu sebagai langkah terakhir untuk menyiapkan kepimpinan sebelum melepaskan jawatannya sebagai Menteri Besar. ''Selagi umur saya ada, banyak lagi yang terakhir," ujarnya. Menyentuh mengenai kemungkinan perubahan barisan kepimpinan melalui EGM tidak akan tercapai sekiranya perwakilan mahu mereka terus dikekalkan, beliau berkata: ''Saya tak perlu jawab, jawab yang ini timbul yang lain pula."

Namun beliau mengulangi bahawa sekiranya apa yang dimahukan tidak diterima oleh parti, ia tidak akan mengecewakannya kerana beliau cuma memberikan buah fikiran. ''Saya tak kecewa kalau orang tak terima... dalam dunia ini kalau nak kecewa, selama-lamanya kecewa," ujarnya.

Pas tak perlu ada EGM

Pas tidak perlu mengadakan Muktamar Agung Khas (EGM) untuk membersihkan parti daripada kumpulan prokerajaan perpaduan kerana yang wujud hanya sedikit kekeliruan dan salah faham di kalangan pemimpin parti itu. Ahli Jawatankuasa Pas Pusat yang juga Pesuruhjaya Pas Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, EGM yang dibuat oleh MCA dan UMNO berbeza, justeru beliau tidak nampak sebarang keperluan untuk Pas juga mengadakan EGM.

"UMNO buat EGM sebab pemimpinnya nak perkasakan parti ini melalui pindaan perlembagaan parti. "MCA buat EGM sebab masalah dalaman pemimpin mereka dan saya rasa Pas tidak ada masalah sehingga perlu ke tahap nak buat EGM," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Azizan yang juga Menteri Besar Kedah berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mahu mengadakan EGM kerana mahukan Pas dibersihkan daripada kumpulan prokerajaan perpaduan.

Nik Aziz mahu EGM diadakan segera bagi mendapatkan keputusan sama ada pemimpin Pas yang menyokong perpaduan dengan UMNO diterima atau ditolak daripada parti itu.
Beliau menamakan tiga pemimpin bermasalah yang perlu 'dibersihkan' iaitu Timbalan Presiden, Nasharuddin Mat Isa; Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali dan Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hassan Ali.

Menurut Azizan, apa yang berlaku dalam parti itu hanya disebabkan perbezaan pendapat dan sedikit kekaburan mengenai sesuatu perkara. "Perbezaan pendapat ini adalah satu rahmat dan ia tidak teruk seperti yang dikatakan oleh sesetengah pihak," katanya.

Hadi, Harun mahu dengar penjelasan dahulu

Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib mahu mendapatkan penjelasan daripada Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat terlebih dahulu berhubung kenyataannya ingin mengadakan Muktamar Agung Khas (EGM) bagi menukar pemimpin bermasalah.
Harun berkata, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika dihubunginya juga memaklumkan akan turut mengambil pendekatan sama dalam menangani perkara itu.

Ini kerana, katanya, mereka tidak yakin kenyataan dalam laman blog Menteri Besar Kelantan itu merupakan pendapat yang ditulisnya sendiri. "Saya kenal dengan Tok Guru (Nik Abdul Aziz) dan saya tidak fikir kenyataan itu ditulis sendiri oleh beliau... Ini kerana beliau mempunyai cara dan gaya penulisannya tersendiri iaitu turut melibatkan dalil dan ayat al-Quran.

"Namun, jika benar beliau yang membuat kenyataan tersebut, kita akan memikirkan apakah tindakan selanjutnya," katanya ketika ditemui selepas Majlis sambutan Jubli Perak Pusat Asuhan Tadika Islam (Pasti) di sini hari ini. Beliau diminta mengulas mengenai tulisan Menteri Besar Kelantan itu dalam blognya http://www.blogtokguru.com yang mencadangkan supaya EGM diadakan bagi 'membersihkan' beberapa orang pemimpin Pas yang bermasalah.

Harun berkata, beliau mempunyai saluran dan cara tersendiri untuk mendapatkan kesahihan itu. "Buat sementara waktu ini, kita tetap dengan pendekatan untuk tidak memberi apa-apa komen," katanya. Ditanya mengenai tiga pemimpin yang didakwa pro kepada kerajaan perpaduan atau yang perlu 'dibersihkan' dalam parti berkenaan, beliau berkata, ia merupakan cerita lama dan tidak perlu diulas lagi.

Tambahnya, ketika ini, Pas masih kukuh dan tiada sebarang pergolakan yang berlaku.
"Parti ini tidak ada pergolakan tapi sengaja digoyangkan, (seperti) pokok digoyang tetapi jika 'berkocok' sebab ada orang yang menggoyangkannya," jelasnya.

Mustafa Ali berdiam diri

Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali yang namanya antara disasar untuk 'dibersihkan' daripada parti itu mengambil pendekatan berdiam diri. Beliau bertegas untuk tidak membuat sebarang ulasan berhubung kenyataan Nik Abdul Aziz Nik Mat itu dan lebih senang mengambil pendekatan tunggu sahaja perkembangan seterusnya.

"Biarlah beliau (Nik Abdul Aziz) membuat apa-apa kenyataan sekalipun, saya tidak mahu komen apa-apa. Tunggu dan lihat dulu apa yang berlaku," katanya. Sambil ketawa, Mustafa berkata: ''Terpulanglah kepada awak untuk mentafsirnya.''

Permintaan Nik Aziz dibawa ke peringkat pusat

Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub hari ini mengadakan pertemuan empat mata dengan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di sini ekoran kenyataan mengejutkan oleh Mursyidul Am parti itu.
Dalam pertemuan kira-kira 30 minit di kediaman Nik Abdul Aziz, beliau mendapatkan penjelasan mengenai pendirian pemimpin itu dan akan memanjangkan persoalan berbangkit kepada pimpinan Pusat dalam masa terdekat ini.

Beliau bagaimanapun enggan menjelaskan butir-butir perbincangan mereka sebaliknya menganggap ia sebagai amanah yang hanya akan diumumkan selepas dibincangkan di peringkat Pusat. "Saya telah bertemu dengannya dan dengar dari mulut dia sendiri. Beliau telah meminta saya membawa amanah ini untuk disampaikan ke peringkat Pusat.

"Saya tidak boleh dedahkan amanah ini buat masa ini. Saya akan pulang ke Kuala Lumpur dan akan maklumkan kepada pimpinan tertinggi mungkin esok atau lusa," katanya kepada pemberita di sini hari ini. Politik dalaman Pas bergolak semula dengan tiba-tiba apabila Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan melalui blognya mencadangkan agar Muktamar Agung Khas (EGM) diadakan.

Nik Abdul Aziz menamakan tiga pemimpin prokerajaan yang bermasalah dan perlu dibersihkan melalui EGM iaitu Timbalan Presiden, Nasharuddin Mat Isa; Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali dan Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hassan Ali. Nik Abdul Aziz yang mengesahkan pendiriannya kepada pihak media semalam berkata, perubahan itu dianggap perlu kerana ia juga sebahagian daripada persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13.

Sementara itu, Salahuddin menolak tanggapan beberapa pihak bahawa wujud masalah dalaman dalam parti itu yang membawa kepada penulisan artikel berkenaan. "Saya rasa tidak wujud masalah perpecahan dan tidak wujud isu dalaman parti. Saya telah mendengar sendiri apa yang beliau katakan dan tunggulah sehingga keputusan rasmi diumumkan kepada keseluruhan parti," jelasnya. Ditanya sama ada pendirian Nik Abdul Aziz itu mempunyai asas yang kukuh, Salahuddin sekali lagi enggan mengulas mengenainya dan meminta semua pihak bersabar.

Warna-warni politik
Torashah

Ahad, 18 Oktober 2009

Melakar masa depan siasah!

KEHAMPAAN dalam politik, khususnya selepas UMNO dan Barisan Nasional (BN) mengalami prestasi terburuk dalam pilihan raya umum 2008, telah memberi kesan besar kepada Datuk Seri Najib Tun Razak, Presiden UMNO sekarang yang merupakan Perdana Menteri keenam.

Dirinya yang berhemat menjadi seorang yang terlalu halus dalam setiap gerak politiknya. Tekanan politik yang berganda-ganda pula menyebabkan beliau begitu bersemangat dan sesekali cabaran membuatkan emosinya terganggu.

Najib yang kita saksikan pada Perhimpunan Agung UMNO ke-60 yang berakhir Jumaat lalu tidak akan menjadi sedemikian jika tidak kerana kemerosotan sokongan kepada UMNO dan BN pada pilihan raya umum ke-12, yang ombak tsunaminya baru saja surut pada 11 Oktober lalu apabila BN memenangi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang di Negeri Sembilan.

Anak Allahyarham Tun Razak itu, pada usianya 56 tahun, mewarisi daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi suatu senario politik yang sangat sulit. Tidak pernah dalam sejarah UMNO, presiden parti yang paling dominan di negara ini terpaksa memimpin parti itu dalam suasana politik yang trauma dengan partinya hilang majoriti dua pertiga di Parlimen.

Komen ringkas Tun Dr. Mahathir Mohamad mengenai ucapan Najib pada Perhimpunan Agung UMNO mendedahkan cabaran Perdana Menteri itu. Kata Dr. Mahathir, daripada ucapan Najib beliau merasakan Najib memahami tentang masalah yang menanti UMNO.

Najib pula tentulah lebih maklum kerana beliau sendiri yang menyampaikan ucapan tersebut pada perhimpunan itu iaitu ucapan dasar sulungnya selaku Presiden UMNO. Begitu tersentuh Najib dengan tuntutan yang dibuatnya supaya UMNO segera berubah dan seruan supaya ahli-ahli UMNO lekas menukar keinsafan kepada kerja politik yang bersungguh-sungguh, beliau dikatakan menitiskan air mata ketika meneliti teks ucapan itu sehari sebelum Perhimpunan Agung UMNO bermula.

Di Malaysia dan di mana jua, kemenangan dan kekalahan dalam politik memberikan liku-liku yang berbeza kepada seseorang pemimpin serta mempengaruhi cara dan strateginya berpolitik.
Selepas 200 hari mengemudi UMNO dan kerajaan, Najib terpaksa mengumpulkan semula kekuatan UMNO dan BN dengan kreativiti dan keberanian yang tidak pernah dilakukan oleh para pemimpin sebelumnya, termasuk oleh Dr. Mahathir sendiri yang berkuasa selama 22 tahun.

Najib tahu bahawa tanggungjawabnya amat besar selepas pengunduran Abdullah yang bersara kerana tekanan akar umbi. Beliau memikul amanah maha hebat untuk menulis semula masa depan politik Malaysia. Najib sendiri mengakui dalam ucapan penggulungannya pada Perhimpunan Agung UMNO tentang betapa pentingnya kemenangan pada saat-saat gelora politik seperti sekarang.

Walaupun telah merasai begitu banyak pencapaian politik sejak ditubuhkan pada tahun 1946 dan menjadi parti yang memperjuangkan kemerdekaan dan memerintah Malaysia sehingga kini, UMNO selepas Mac 2008 begitu dahagakan sokongan rakyat, biarpun kecil. Beliau berterus terang dengan ahli-ahli UMNO tentang impak kemenangan Tan Sri Mohd. Isa Samad dalam pilihan raya kecil Bagan Pinang kepada mood Perhimpunan Agung UMNO yang baru berlangsung.

Kesegaran demokrasi

Jika UMNO mengadakan perhimpunan itu dengan kekalahan di Bagan Pinang, katanya, para perwakilan UMNO akan melangkah di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dalam keadaan menunduk, tidak bersemangat dan mungkin marah-marah. Proses meminda perlembagaan parti bagi menyuntik kesegaran demokrasi juga tidak akan semudah yang diperlihatkan pada perhimpunan tersebut.

Najib sebenarnya membuat perhitungan politik kerana beliau sendiri yang memilih Mohd. Isa untuk bertanding di Bagan Pinang. Ia satu keputusan yang berpandangan jauh kerana Mohd. Isa memberikan BN suatu kemenangan dengan majoriti yang lebih besar, sebanyak 5,435 undi, berbanding majoriti 4,411 undi ketika BN menang di kerusi Dewan Undangan Negeri itu pada pilihan raya umum 2004.

Perbandingan dengan prestasi pada 2004 itu mustahak diambil kira kerana keputusan sewaktu pilihan raya 2004 menjadi tanda aras mengenai paras sokongan rakyat kerana ia merupakan kemenangan terbaik UMNO dan BN dalam sejarah pilihan raya. Kemenangan Mohd. Isa di Bagan Pinang bukan sahaja menutup mulut para pemimpin pembangkang. Ia juga berpotensi ditransformasikan menjadi apa yang boleh dipanggil turning point kepada politik Malaysia.

Selepas Bagan Pinang, perubahan tiba-tiba berada di hadapan mata Najib dan barisan kepimpinan UMNO dan BN. Dan mereka perlu cepat-cepat mereguk titik peralihan itu dan mengatur langkah ke arah mengembalikan keyakinan rakyat. Masa sebenarnya tidak banyak untuk Najib dan UMNO. Pilihan raya umum ke-13 perlu diadakan sebelum tahun 2013 iaitu sekitar tiga tahun lagi.

Menukar pencapaian terburuk pada tahun 2008 kepada sesuatu yang lebih baik pada pilihan raya umum akan datang - dengan masa menjadi hambatan - memerlukan disiplin, keyakinan dan sokongan padu daripada setiap pemimpin dan ahli UMNO. Ia juga menuntut pembugaran baru parti-parti komponen BN dan anjakan paradigma dalam pemikiran politik massa.

Dengan konsep 1Malaysia yang diutarakan oleh Najib, UMNO muncul selepas Perhimpunan Agung UMNO ke-60 sebagai sebuah parti yang menjadi payung kepada semua kaum, dan sedang digerakkan secara sistematik oleh Najib untuk menjadi 'juara rakyat'. Ahli-ahli UMNO perlu berkhidmat memperjuangkan rakyat.

Para pemimpin dan ahli UMNO di bawah kepimpinan Najib diingatkan supaya berhati-hati dalam setiap tutur kata, pandangan dan tindakan. UMNO cuba diasuh oleh Najib untuk menjadi sebuah parti yang prihatin dan sensitif kepada banyak perkara termasuk dalam isu-isu kecil.
Beliau mahu keahlian UMNO mengambarkan regenerasi untuk mengembalikan sokongan orang Melayu khususnya orang muda dan wanita. Kata Najib, jangan sekat orang muda untuk masuk UMNO dan menyumbang bakti kepada parti itu.

Perlembagaan UMNO juga dipinda untuk menyuntik elemen demokratik yang lebih luas dalam parti dan membuka peluang kepada pemekaran budaya aktivis dan kesukarelawan dalam UMNO. Jaringan UMNO diperluaskan kepada segenap peringkat dan kumpulan masyarakat di Malaysia.

Ketika merasmikan Perhimpunan Agung UMNO, Najib berfalsafah mengenai mentaliti gila. Katanya: "Satu lagi jenis gila adalah berbuat sesuatu secara berulang kali dengan tatacara yang sama tetapi mengharapkan hasil yang berbeza. Dalam melaksanakan sesuatu dasar, misalnya, kita tidak boleh terlalu dogmatik sehingga yang menjadi tumpuan adalah wahana atau pendekatan digunakan berbanding keberhasilan atau outcome."

Daripada cara ekonomi dikembangkan sehinggalah kepada permainan politik, mentaliti gila seumpama itu telah berakar menjadi budaya di Malaysia. UMNO jelas tidak boleh membuat kerja gila seumpama itu dengan mengulangi cara lama untuk memenangi hati rakyat. Parti itu perlu berubah dan dilihat berubah.

Cara bekerja UMNO di segenap peringkat daripada ahli biasa sehingga pemimpin kanan yang berjawatan menteri terpaksa ditukar. Cara lama tidak cocok lagi. Tidak boleh lagi ada di kalangan UMNO menteri yang sombong atau wakil rakyat yang mengasingkan diri daripada pengundi yang diwakilinya.

Jika ahli-ahli UMNO dan BN melakukan kerja gila dengan membuat janji ingin berubah, cuba berganjak daripada kaedah lama dengan menanam tebu di bibir tetapi tidak mengotakannya, masa depan politik negara ini tidak akan sama lagi.

Pengorbanan

Najib seorang pemimpin yang ikhlas, mempunyai kebijaksanaan, keupayaan, pengalaman dan mendapat motivasi daripada pengorbanan ayahandanya untuk mengembalikan kehebatan UMNO dan BN, tetapi tanpa sokongan ahli-ahli UMNO, diburukkan pula dengan perangai mereka yang tidak mengotakan janji, beliau juga akan rebah.

Jika pihak lain naik kelak, masa depan kerajaan dan negara tidak akan sama lagi kerana mereka akan mengubah banyak perkara. Bukan setakat masa depan berganti, sejarah Malaysia dan sejarah UMNO juga akan ditulis semula. Pertaruhannya bukan sekadar hilang kuasa politik.
Perjalanan UMNO dan BN ke arah pilihan raya umum ke-13 sepatutnya sudah dapat digariskan dengan jelas selepas Perhimpunan Agung UMNO yang baru berlalu.

Kekalahan berturut-turut BN kepada Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam tujuh pilihan raya kecil yang diadakan di Semenanjung iaitu di Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang, Manek Urai, Bukit Selambau dan Permatang Pasir selain tidak bertanding di Penanti seharusnya telah membolehkan para pemikir dalam UMNO dan BN membuat analisis yang komprehensif tentang punca-punca kekalahan.

Kita boleh membahaskan sesuatu kekalahan itu sebagai berpangkal daripada kelemahan calon, strategi kempen, pengundian berdasarkan garis perkauman, prestasi ekonomi dan sebagainya. Bagaimanapun, umumnya pengundi memerlukan feel-good factor sebelum mereka dapat menyokong parti kerajaan dalam pilihan raya.

Pada pilihan raya umum 2008, feel-good factor yang diinginkan itu berganti dengan ketidakyakinan, kebencian dan kemarahan. Kemenangan BN di Bagan Pinang pada 11 Oktober lalu mengurniakan seri kepada Perhimpunan Agung UMNO yang baru berlalu tetapi sejauh mana ia benar-benar menjadi turning point kepada politik Malaysia bergantung kepada apakah bentuk UMNO yang terjelma selepas perhimpunan itu tamat.

UMNO yang kuat dapat mengukuhkan BN. Seperti yang ditunjukkan dalam pengalaman politik sebelum ini, UMNO kena membantu menyelesaikan kebuntuan kepimpinan dan percakaran dalam MCA dan MIC jika ia ingin melihat BN kukuh. UMNO tidak bertanding dalam pilihan raya menggunakan logo UMNO. Ia bersaing menentang parti-parti lawan atas nama BN. Jika UMNO kuat tetapi parti-parti komponen BN lain memalitkan lumpur, bersengketa dan mengutamakan legasi peribadi lebih daripada perjuangan nasional, persepsi negatif juga akan terbentuk terhadap UMNO.

Kemelut politik dalam MCA dan MIC, seperti yang sedang berlaku sekarang, menjadikan BN satu raksasa yang berjalan dalam keadaan tempang. UMNO yang gagah dalam BN yang capik adalah umpama hulubalang hebat Melayu yang berdiri megah di atas bahtera bocor di tengah lautan. Kalau tidak segera disedari, hulubalang Melayu itu juga akan tenggelam.

Sebagai Perdana Menteri dan Pengerusi BN, Najib bertanggungjawab untuk menyampaikan mesej bangkit berubah kepada para pemimpin dan ahli parti MCA dan MIC. Gerakan pula, jika ia benar-benar merasakan masih terdaya mencabar DAP di Pulau Pinang dan Perak, wajar berusaha mencetuskan impak politik atau parti itu akan mengakhiri hayatnya hanya sebagai kelkatu politik.

Kubu-kubu kukuh politik yang memberi jaminan kemenangan pada pilihan raya hendaklah terbina bukan sahaja dalam UMNO tetapi juga dalam BN yang kini dianggotai 13 parti komponen. Kekukuhan politik pelbagai kaum mesti tercermin, dirasai dan semangatnya menjalar ke dalam masyarakat dengan BN berada di tengah-tengahnya. Jika ada program pembugaran besar-besaran baru selepas UMNO, sasaran mestilah BN dan parti-parti komponennya.

Sinar perubahan Najib harus segera sampai ke belantara politik parti-parti komponen BN itu. Inilah yang mustahak untuk disedari dan dihambat. Membiarkan budaya politik gila berleluasa di luar UMNO tidak kurang bahayanya. Perbuatan itu sama seperti merelakan ia menular dalam parti UMNO, meranapkan sebuah kuasa dari dalam.- UM

Warna-warni politik
Torashah

Khamis, 15 Oktober 2009

Nik Aziz meminta kafir memimpin islam....

HarakahdailyTue Oct 13, 09 12:30:24 pm MYT

KOTA BHARU, 13 Okt: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sekali lagi berkata, orang Cina di negara ini perlu mengambil peluang untuk memimpin negara ini dengan mengkaji, menyertai dan seterusnya memimpin Islam.

Ini kerana, orang Cina jelas cerdik dalam berpolitik dan patut memimpin orang Melayu. Beliau merujuk kes perwakilan MCA yang menolak kedua-dua pemimpinnya yang dikira salah laku dan rasuah dengan memberikan isyarat kedua-duanya tidak layak memimpin orang-orang Cina dan MCA.

Dalam persidangan luar biasa (EGM) MCA itu, perwakilan meluluskan undi tidak percaya kepada Presidennya, Datuk Seri Ong Tee Kiat.Perwakilan juga menolak usul untuk melantik semula timbalan presidennya, Datuk Seri Chua Soi Lek yang dipecat oleh Lembaga Disiplin parti itu. Namun perwakilan menerima beliau sebagi ahli parti. Bagi Nik Aziz, keputusan ini melambangkan kebijaksanaan orang Cina berpolitik.

Sehubungan itu, beliau menawarkan sekali lagi agar mereka mengkaji, menyertai dan memimpin Islam kerana mereka adalah kaum yang cerdik dan layak memimpin Islam berbanding orang Melayu sendiri.

Nik Abdul Aziz Nik Mat, semasa memberi responnya berhubung pilihan raya kecil Bagan Pinang berkata, kalah atau menang adalah adat di dalam sebuah perjuangan, seraya mengakui bahawa PAS menghadapi tentangan kuat daripada UMNO pada PRK kali ini."Kita terima kekalahan ini. Tak apa.

PAS tidak pernah lupa pada falsafah, menang tidak bererti selama-lamanya akan terus menang. Begitu juga kalah. Kelantan pun sebelum ini pernah kalah tetapi akhirnya mampu bangkit semula," katanya.

Komen : Harap-harap Pok Nik mengucap panjanglah sebelum membuat kenyataan yang sedemikian. Memalukan umat Islam Melayu saje. Di sebabkan oleh kaum Cina yang pandai inilah yang membuatkan Pok Nik menyokong Elizebert Wong dengan skandal bogelnya. Dulu mengadai Islam untuk berkuasa, tapi sekarang nak mengadaikan bangsa pula untuk terus berkuasa. MasyaAllah..

Warna-warni politik
Torashah

Sabtu, 10 Oktober 2009

Taktik takutkan pengundi, halang demokrasi!

ESOK Ahad ( 11-10-2009 ) kira-kira 13,664 pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang akan keluar menunaikan tanggungjawab mereka sebagai pengundi. Mereka akan menentukan siapakah wakil rakyat yang akan mewakili mereka.

Wakil rakyat yang akan memperjuangkan nasib dan setiap masalah yang dihadapi. Esok juga para pengundi terbabit akan menentukan bahawa demokrasi di negara ini masih subur. Masih menjadi asas kepada kerajaan Barisan Nasional, walaupun mereka telah berdepan dengan beberapa siri kekalahan pada pilihanraya kecil.

Para pengundi berdaftar tersebut perlu diberi kebebasan untuk memilih calon yang mereka suka tanpa dipengaruhi atau diancam. Namun sejak kebelakangan ini, budaya samseng, mengugut dan mengancam seolah-olah sudah menjadi trend terutama di pihak pembangkang.
Setiap kali pilihan raya pasti akan ada yang menjadi mangsa pukul, ugutan dan sebagainya. Kita biasa mendengar bagaimana penyokong parti tertentu melakukan sekatan jalan raya pada waktu pilihan raya termasuk menghalang bas membawa pelancong dengan menuduh mereka adalah pengundi hantu.

Itu belum diambil kira khidmat pesanan ringkas (SMS) yang mengancam ketenteraman awam pada setiap pilihan raya kecil. Pilihan Raya Kecil DUN Bagan Pinang bermula lancar tanpa sebarang insiden yang boleh mengeruhkan suasana atau mencetuskan suasana tegang. Petugas-petugas parti yang bertanding iaitu BN dan Pas tidak ada masalah untuk menjalankan tugas mereka.

Kadang-kadang sebelah menyebelah mereka memasang poster dan bendera. Tidak timbul rasa marah atau sakit hati. Masing-masing menjalankan tanggungjawab untuk memenangkan calon masing-masing atas nama demokrasi. Bagaimanapun mungkin disebabkan kedudukan di Bagan Pinang yang kelihatan tidak memihak kepada kumpulan tertentu, maka pendekatan agresif mula digunakan.

Tuduhan-tuduhan liar termasuk serangan ala komando oleh ahli Pergerakan Pemuda UMNO dilemparkan. Cerita yang sejengkal mula dipanjang menjadi sedepa. Pergaduhan kecil yang sekadar membabitkan pergantungan poster dikatakan satu serangan termasuk kononnya menggunakan pedang samurai hingga menyebabkan kecederaan serius.

Tetapi dalam laporan polis yang dibuat, lain pula cerita. Nama orang yang kononnya cedera tidak pula disebut. Kalau benar cedera hingga kena mendapat rawatan, tentu ada nama. Dan tentu juga akan ada pemimpin yang pergi melawat kerana ia bahan terbaik untuk kempen.
Malah pemimpin yang mendakwa adanya serangan dan ada mangsa cedera juga tidak mengemukakan nama mangsa. Maknanya kebenaran tuduhan itu boleh dipertikai.

Mungkin ia sekadar cerekarama untuk menakut-nakutkan penduduk di Bagan Pinang yang hidup dalam aman damai. Polis pula memberitahu gambar yang disiarkan tidak sama dengan nama mangsa yang dilapor. Semua ini menimbulkan tanda tanya kenapa cerita-cerita begini disebarkan?

Ia disertai pula dengan penyebaran SMS yang mengajak semua ahli Pemuda Pas untuk turun ke Bagan Pinang bagi melancarkan fisabilillah terhadap UMNO. SMS yang disebarkan itu lebih kepada usaha untuk menakut-nakutkan pengundi supaya tidak keluar mengundi esok. Ini merupakan antara usaha terdesak kumpulan tertentu selepas menyedari sokongan yang diterima daripada penduduk tempatan tidak seperti diharapkan.

Bayangkan apabila ceramah oleh pemimpin tersohor hanya dihadiri oleh 20 orang sahaja. Malah ceramah-ceramah lain yang penuh dengan maki-hamun, carut-mencarut dan mendedahkan aibkan orang juga kurang mendapat sambutan. Sebab itu usaha terakhir dan usaha terdesak ialah menakut-nakutkan pengundi. Ia supaya pengundi takut dan tidak keluar menunaikan tanggungjawab masing-masing.

Ini merupakan helah untuk menghalang proses demokrasi di Bagan Pinang. Sepatutnya berilah kebebasan kepada rakyat untuk membuat pilihan. Kalah atau menang merupakan perkara biasa dalam pilihan raya. Perlu diingat, sistem pilihan raya di negara ini tidak memihak kepada BN. Sebab itu BN hilang empat negeri pada pilihan raya umum lalu. Malah daripada lapan pilihan raya kecil selepas Pilihan Raya Umum 2008, BN hanya menang satu kerusi. Itu membukti proses demokrasi berjalan lancar. Jangan mencemarkan proses demokrasi itu dengan budaya samseng dan mengugut hingga rakyat ketakutan untuk menunaikan tanggungjawab mereka memilih kerajaan.

Warna-warni politik
Torashah.



Selasa, 29 September 2009

PROTES PENTERNAK!

Deretan kenderaan yang membawa lembu dan kambing di pintu masuk Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor di mana terletaknya Pejabat Menteri Besar di Shah Alam, semalam.

Kira-kira 100 penternak lembu di Selangor berhimpun secara aman sambil membawa 40 ekor lembu dan kambing di hadapan Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor, semalam.

Mereka bertindak sedemikian bagi meluahkan rasa tidak puas hati terhadap kerajaan negeri yang didakwa tidak mengendahkan rintihan dua penternak yang mengalami kerugian akibat kejadian empangan pecah di kawasan Lembah Sungai Tua Ulu Yam, Selayang, 24 September lalu. "Kalau lembu pun tak boleh jaga, bagaimana nak jaga rakyat".

Sebagai tanda tidak puas hati, mereka berhimpun secara aman sambil membawa 40 ekor lembu dan kambing di hadapan Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK). Perhimpunan itu juga bertujuan menyerahkan memorandum yang mengandungi bantahan serta cadangan Persatuan Penternak Ruminan Negeri Selangor berhubung perkara itu kepada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Pengerusi persatuan itu, Samad Kassim ketika ditemui berkata, mereka kecewa kerana kerajaan negeri langsung tidak ambil tahu rintihan dua penternak berkenaan. ''Paling dikesalkan apabila tiada seorang pun wakil rakyat daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas atau wakil kerajaan negeri menjenguk kawasan tersebut apatah lagi menyalurkan bantuan selepas lima hari kejadian berlaku.

''Sebaliknya penternak dipersalahkan dengan mendakwa ladang ternakan itu dibina secara haram sedangkan ia mempunyai permit serta membayar cukai kepada Majlis Perbandaran Selayang (MPS)," dakwanya. Kejadian empangan pecah itu menyebabkan hampir 300 ekor lembu dan kambing terperangkap dan mati apabila kandang haiwan ternakan itu dinaiki air yang dipenuhi timbunan sampah.

Samad berkata, persatuan itu menuntut Menteri Besar mencari jalan membantu golongan penternak memandangkan mereka antara golongan yang menyumbang kepada sumber makanan di Selangor. Menurutnya, sejak insiden tersebut berlaku hanya pegawai daripada Jabatan Veterinar dan kontraktor datang ke ladang itu untuk melakukan kerja-kerja mengepam air.

Beliau berkata, kerajaan negeri patut memikirkan cara untuk membantu para penternak dan bukannya menuding jari menyalahkan mereka kerana ia bercanggah dengan konsep kerajaan berkebajikan yang dilaungkan mereka. ''Sekiranya kerajaan negeri enggan membantu, kita akan hantar lembu-lembu ini ke setiap rumah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor," tegasnya mengenai tujuan membawa haiwan itu ke bangunan SUK.

Setelah menunggu lama, Samad dibenarkan menyerahkan memorandum berkenaan kepada Setiausaha Politik Menteri Besar, Nik Nazmi Nik Ahmad kira-kira pukul 2.30 petang. Beliau berkata, satu memorandum juga akan diserahkan kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi tujuan yang sama.

Sementara itu, Exco Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan negeri, Yaakob Sapari yang mengadakan pertemuan dengan Samad dan beberapa orang penternak di pejabatnya di Bangunan SUK petang ini memberi jaminan akan menyelesaikan masalah di ladang ternakan terlibat.

Katanya, dua ladang yang terjejas itu akan dibersihkan dan bahan binaan akan disediakan untuk membina semula kandang haiwan berkenaan. Jelasnya, kerajaan negeri sedang mencari kawasan berkeluasan kira-kira 80 hektar bagi menempatkan semula ladang ternakan yang mengalami masalah pemilikan tanah.

Pada 28 Ogos lalu, kira-kira 200 penduduk Seksyen 23 Shah Alam mengadakan demonstrasi secara aman dan turut mengarak kepala lembu di hadapan Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah sebagai membantah cadangan pembinaan kuil.

Komen : Tak habis-habis lagi isu lembu di Selangor. Lepas protes kepala lembu, sekarang lembu-lembu sendiri yang buat protes. Selepas ini pula siapalah pula akan di tuduh oleh "Twin Khalid" yang menjadi dalang kepada protes kali ini? Adakah mereka akan menuduh UMNO dan BN yang menjadi dalang kepada protes kali ini lagi. Bantailah labu....!!!

Yang ini pula bagaimana ya? Tak terasa terhina pula apabila lembu ini diperlakukan sedemikian...? Tiada pula tangkapan sepertimana kes kepala lembu?

Warna-warni politik
Torashah.

Ahad, 27 September 2009

Desak Ibrahim letak jawatan!

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengulangi gesaan agar Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali melepaskan jawatan ekoran tindak-tanduknya yang semakin bertentangan dengan parti itu.

Nik Abdul Aziz berkata, langkah itu perlu jika mahu amal solehnya diterima Tuhan kerana rezeki yang diperoleh melalui hasil jawatan tersebut adalah ‘tidak betul.’

Katanya, rakyat Pasir Mas tidak lagi merestui Ibrahim sebagai wakil rakyat mereka yang diberi kemenangan selepas bertanding sebagai calon bebas atas tiket Pas dalam pilihanraya umum lalu.

Sehubungan itu katanya, langkah terbaik yang perlu dilakukan oleh Ibrahim adalah dengan melepaskan jawatan itu dan memberi laluan pilihan raya kecil di kawasan itu.

“Kalau orang Pasir Mas kata dia kena berundur, berundurlah. Duit yang dia makan tu tak betul, dia sembahyang Tuhan tak terima, dia buat apa pun Tuhan tidak terima. “Baik dia letak jawatan lagi senang. Perut kenyang pun tapi kalau masyarakat perlekeh buat apa?

Dulu orang Pas yang undi dia, orang UMNO ada sedikit sahaja,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini hari ini. Kenyataan Nik Abdul Aziz ini adalah susulan desakan pemimpin Pas Kelantan sebelum ini yang mahukan Ibrahim melepaskan jawatan kerana beliau dilihat sudah berpaling tadah.

Saya laksanakan amanah

Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali mempersoalkan tindakan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengulangi desakan supaya beliau mengosongkan kerusi Parlimen tersebut.

Beliau sebaliknya mendesak Nik Abdul Aziz supaya meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chempaka kerana gagal melaksanakan tugas walaupun telah diberi mandat oleh rakyat hampir 20 tahun menerajui negeri ini.

Katanya, Mursyidul Am Pas itu tidak berhak untuk mendesaknya melepaskan jawatan kerana kemenangannya pada pilihanraya umum lalu diberikan oleh penduduk Pasir Mas dan parti hanya menjadi landasan untuk berbakti.

“Kenapa saya perlu meletak jawatan, dia yang sepatutnya meletakkan jawatan, apa yang dia buat sejak memerintah Kelantan pada 1990? Tidak ada perubahan langsung. “Nik Abdul Aziz gagal untuk mentadbir dan ia jelas terbukti, jadi dia yang harus meletakkan jawatan kerana sudah lama memerintah tetapi tidak ada apa yang dibuat untuk rakyat di negeri ini.

“Saya tidak makan duit haram, semua elaun saya sebagai Ahli Parlimen saya kembalikan kepada rakyat bagi memastikan mereka tidak hidup dalam keadaan susah kerana kerajaan negeri tidak membantu,” katanya kepada pemberita pada Majlis Sambutan Aidilfitri Parlimen Pasir Mas di sini hari ini.
Komen Torashah:

Kenyataan Pok Nik ibarat ketam mengajar anaknya berjalan. Adalah lebih baik Pok Nik menasihatkan ahli-ahli PAS yang masih lagi mencari rezeki dengan kerajaan supaya berhenti sahaja berkhidmat. Langkah itu perlu jika mahu amal soleh mereka diterima Tuhan kerana rezeki yang diperoleh melalui hasil pekerjaan tersebut adalah ‘tidak betul.’ ( berniat tidak baik kepada majikan ).

Kalau orang Melayu kata mereka kena berhenti, maka berhentilah. Duit yang mereka makan tu tak betul, mereka sembahyang Tuhan tak terima, mereka buat apa pun Tuhan tidak terima. Baik dia letak jawatan lagi senang. Perut kenyang pun tapi kalau niat dihati tidak baik kepada majikan buat apa? Adalah lebih baik kepada ahli-ahli PAS yang masih lagi bekerja dengan kerajaan supaya meletakkan jawatan kerana ada rakyat lain yang tiada pekerjaan memerlukan jawatan tersebut bila ada kekosongan? Wallahuallam.

Warna-warni Politik

Torashah

Ahad, 13 September 2009

Tolonglah sedar Samy...!

Meminjam kata-kata Awang Selamat :

KEPUTUSAN pemilihan jawatan Timbalan Presiden dan Naib Presiden MIC semalam tidak mengejutkan kerana ia sudah dijangka.

Semua calon Presiden, S. Samy Vellu yang beliau awal-awal lagi mengambil sikap memihak secara keterlaluan, menang. Awang percaya jika Samy tidak campur tangan dan melakukan serangan politik, peluang untuk bekas Timbalan Presiden, S. Subramaniam menang jawatan itu, adalah cerah.

Ternyata Subramaniam masih berpengaruh kerana undi yang diterimanya cukup signifikan (547) berbanding G. Palanivel yang berjaya mempertahankan jawatan (629).
Awang mengucapkan tahniah kepada semua yang berjaya dan berharap dengan terpilihnya barisan Samy, beliau akan segera berundur selepas ini. Rasanya tidak perlu beliau berlengah lagi dengan memberi 1001 alasan.

Samy perlu pandai mencermin diri dan janganlah menafikan hakikat beliau sudah terlalu lama dan menjadi liabiliti kepada Barisan Nasional (BN). Beliau selalu menyalahkan pihak lain termasuk kerajaan BN dan negarawan seperti Tun Dr. Mahathir Mohamad. ‘‘Mereka tidak muak dengan saya tetapi dengan BN,’’ katanya semalam. ( lihat dibawah )

Itulah strategi Samy untuk mendapatkan kembali sokongan kaum India sambil lupa hakikat bahawa rakyat lebih meluat kepada beliau. Awang juga hairan dengan tuduhan beliau bahawa Mahathir tidak melakukan apa-apa dalam membantu kaum India, hanya disebabkan mantan Perdana Menteri itu menyokong Subramaniam.

Pada Awang, itu satu pembohongan Samy yang tidak tahu diuntung. Sekarang beliau akan puji Perdana Menteri, Mohd. Najib Tun Razak tetapi Najib pula kemungkinan besar dikritik sesudah bersara nanti. Ucapan Najib pada perasmian perhimpunan MIC juga sepatutnya menjadi mesej kepada Samy bahawa apa guna menjadi popular dalam parti tetapi ditolak oleh rakyat. Tolonglah sedar.

Sebelum itu : 'Pengundi India menyampah dengan BN, bukan saya'

Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu berkata masyarakat tidak mengundi BN kerana mereka menyampah dengan gabungan tersebut, dan bukan menyampah dengan beliau.

Sebaliknya, ahli politik berusia 73 tahun itu berkata beliau dijadikan kambing hitam ekoran kekalahan teruk MIC dalam pilihanraya umum lalu."Ketika masa saya (menteri dan ahli parlimen), mereka kata rakyat menyampah dengan saya (dan) itulah sebabnya masyarakat India tidak mengundi BN.

"Mereka bukan menyampah dengan saya. Mereka menyampah dengan BN," katanya yang gagal mempertahankan kubu kuatnya di parlimen Sungai Siput dalam pilihanraya Umum Mac tahun lalu. MIC kalah enam daripada sembilan kerusi Parlimen yang ditandinginya serta tewas 12 daripada 19 kerusi DUN.

Presiden UMNO, Gerakan, MCA semua sudah meletakkan jawatan dengan cara kehormat, Presiden MIC bila lagi...? Untuk pengetahuan Dato' Seri Samy Vellu...kajian rambang terhadap kaum India yang di buat oleh penulis menyatakan mereka akan kembali menyokong BN jika Dato' Samy letak jawatan... ini bukan kajian main-main, tetapi adalah kenyataan...harap-harap MIC dapat memikirkan nya secara mendalam sebelum PRU ke-13...?

Warna-warni politik
Torashah.

Selasa, 8 September 2009

Selangor Bakal Tukar Kerajaan!

Khalid Ibrahim terang-terang gagal mentadbir negeri Selangor. Itulah gara-gara meletak orang yang tak pernah masuk politik menjadi Menteri Besar . Bukan semua CEO syarikat besar boleh mentadbir negeri. Manakala Khalid Samad atau nama glamournya Khalid Gereja pula mengeluh, katanya dia redha jika pada next election pengundi Shah Alam tak memilihnya lagi sebagai ahli Parlimen.

Macam tu juga dengan Rodziah atau dikenali sebagai Rodziah 375ribu, dia serik untuk menjadi wakil rakyat lagi. Katanya bukan senang nak jadi wakil rakyat ni. Kerja ni hanya orang-orang yang berpengalaman sahaja boleh buat, macam adun-adun BN mereka semua dah ada pengalaman. Itu lah kata-kata Rodziah sewaktu sidang akhbar di rumah MB selepas perjumpaan dengan penduduk di dewan MBSA Shah Alam.

Selepas kejadian huru-hara di dewan MBSA Shah Alam yang mana keputusan untuk membina kuil tu gagal di buat, Khalid telah menerima berita yang kurang menyeronokkan dari bosnya, Anwar Ibrahim. Bosnya itu telah meminta Khalid Ibrahim pergi menghadap Tuanku Sultan Selangor meminta perkenan Tuanku untuk membubarkan DUN Selangor supaya satu pilihanraya negeri boleh di buat.

Anwar sudah cukup panik dengan tiga kejadian pada hari itu. Kejadian pertama ialah dimana Khalid Ibrahim gagal buat keputusan mengenai status pembinaan kuil di Seksyen 23, kejadian kedua ialah Hassan Ali menghadap Tuanku Sultan Selangor manakala kejadian ketiga ialah sudah ada ura-ura berberapa adun PKR akan lompat parti.

Kenapa Anwar panik bila dengar Hassan Ali menghadap Sultan Selangor? Kerana ada cerita-cerita mengatakan yang Tuanku Sultan memanggil Hassan Ali kerana Tuanku ingin bertanya pada Hassan Ali adakah beliau bersedia untuk menjadi Menteri Besar Selangor sekiranya UMNO dan PAS di Selangor bergabung.

Cerita mengenai bergabungnya PAS dan UMNO di Selangor bukan menjadi rahsia lagi. Cerita ni pernah kita dengar pada malam sewaktu keputusan Pru- ke12 hari tu. UMNO sanggup menyerahkan kerusi MB kepada PAS dengan syarat PAS meninggalkan Pakatan Haram dan bergabung dengan UMNO dan PAS dan mereka boleh memilih sesiapa sahaja yang PAS fikirkan sesuai di kalangan adun PAS untuk menjadi Menteri Besar.

Sekiranya pada malam itu PAS sanggup meninggalkan Pakatan Haram maka akan turut sertalah berberapa orang lagi adun-adun Melayu dari PKR. Mungkin ada logiknya juga Tuanku memanggil Hasan Ali untuk bertanyakan sesuatu atau mungkin juga Tuanku kasihan melihat Hassan Alai kerap sangat di perbodoh dan diperbudak-budakkan oleh kawan-kawan beliau dalam PKR dan DAP . Mungkin juga Tuanku melihat kerajaan pimpinan Khalid Ibrahim terlalu lemah dan tak mampu untuk menyelesaikan masalah rakyat.

Jadi buat apa kalau ada kerajaan yang tak mampu selesaikan masalah rakyat. Percayalah sekiranya Khalid mengikut seperti apa yang di suruh oleh bosnya, Anwar Ibrahim menghadap Tuanku untuk membubarkan DUN, berkemungkinan besar Tuanku pasti akan memperkenankannya.

Pakatan Haram sehingga sekarang ini masih lagi tidak jumpa formula untuk selesaikan masalah kuil di Seksyen 23 Shah Alam. Formula yang sedia ada adalah formula kerajaan dulu iaitu kerajaan BN/UMNO. Pakatan Haram dilihat malu-malu kambing untuk menggunakan formula tersebut. Itulah sebabnya Anwar Ibrahim mahu supaya Khalid Ibrahim segera memohon perkenan Tuanku untuk membubarkan DUN Selangor.

Ini bermakna jika DUN dibubarkan, Selangor akan ada pilihanraya negeri sekali lagi. Jika BN menang maka kes kuil Seksyen 23 itu akan di letakkan pula ke bahu BN dan Pakatan Haram terlepaslah dari segala azab seksa dan merekalah pula yang akan mengkritik segala keputusan yang di buat oleh kerajaan BN kelak.

Itulah sebenarnya point Anwar untuk membubarkan DUN Selangor dan untuk menyenangkan cerita Anwar dan Pakatan Haram sebenarnya hendak lari dari masalah. Mungkin ada yang mengatakan kes kuil dan kes Kampung Buah Pala tak banyak berbeza, namun pelakon utamanya untuk kes Kampung Buah Pala ialah Lim Guan Eng dan Kuil Seksyen 23 pula pelakon utamanya adalah Khalid Ibrahim.

Kita boleh lihat betapa COOLnya Guan Eng menipu penduduk Kg. Buah Pala. Guan Eng cuba untuk lepas tangan setelah janji nak sehidup semati dengan penduduk Kampong Buah Pala dan dia masih boleh main wayang dengan penduduk kononnya dia akan cuba sedaya upaya untuk selesaikan masalah penduduk kampung walaupun penduduk tahu yang Guan Eng sudah menipu mereka.

Cara Guan Eng ini amat di sukai oleh Anwar kerana Guan Eng ini adalah seorang PMS (Penipu Muka Selamba) tapi malangnya sifat-sifat PMS yang ada dalam diri Guan Eng ini tiada dalam diri Khalid Ibrahim. Itulah yang membuatkan Anwar marah terhadap Khalid Ibrahim. Dan sekarang ini rakyat negeri Selangor Darul Ehsan hanya menunggu hari sahaja untuk mengundi sekali lagi. DET meminjam kata-kata rbf "Jangan terkejut jika anda bangun bersahur , Kerajaan Negeri Selangor telah bertukar tangan atau DUN telah dibubarkan". Wallahuallam. -DET

Warna-warni politik
Torashah

Ahad, 6 September 2009

Dialog penduduk, MB kecoh!

Suasana tegang berlaku pada majlis dialog antara Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bersama penduduk Seksyen 23 Shah Alam di Dewan Bankuet, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) semalam ekoran bantahan penduduk beragama Islam terhadap cadangan pemindahan kuil sedia ada di Seksyen 19 Shah Alam ke tapak baru di kawasan mereka.

Majlis Dialog Bersama Penduduk Seksyen 23 berhubung cadangan pemindahan kuil dari Seksyen 19 ke kawasan perumahan mereka di Dewan Bankuet, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) semalam berlangsung dalam suasana kecoh.

Perang mulut tercetus antara penduduk yang membantah cadangan pembinaan kuil dengan para pemimpin negeri yang hadir termasuk Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sendiri.

Penduduk Seksyen 23 sebulat suara tetap membantah cadangan pembinaan kuil tersebut walau apa juga keputusan yang diambil oleh kerajaan negeri.

Kerajaan Negeri Selangor tangguhkan keputusan pemindahan kuil ke Seksyen 23, hentikan perbincangan cadangan pembinaan kuil dan akan cari jalan penyelesaian lain.

SHAH ALAM 5 Sept. – Majlis Dialog Bersama Penduduk Seksyen 23 berhubung cadangan pemindahan kuil dari Seksyen 19 ke kawasan perumahan mereka di Dewan Bankuet, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di sini pagi ini berlangsung dalam suasana kecoh.

Ini kerana hampir sepanjang sesi dialog dari pukul 10 pagi itu berlaku perang mulut antara penduduk yang membantah cadangan pembinaan kuil dengan para pemimpin yang hadir termasuk Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sendiri.

Mereka turut menghamburkan kata-kata kesat dan menjerit perkataan penipu kepada Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad dan juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Tiga, Rodziah Ismail setiap kali kedua-duanya memberi penjelasan terhadap soalan yang diajukan.

Keadaan menjadi lebih tegang dan hampir mencetuskan pergaduhan apabila seorang penduduk yang mewakili masyarakat India, R. Gunaretinam, 27, bangun dan menegaskan persetujuan 48 keluarga India di situ berhubung pembinaan kuil tersebut.

Ini kerana, katanya, kebanyakan rumah di bandar raya itu mempunyai surau dan masjid.
Dia kemudian mendakwa orang Melayu di Seksyen 23 tidak peka dengan sensitiviti masyarakat India di situ yang didakwanya bertoleransi dengan orang Islam berhubung isu azan lima kali sehari.

Dakwaan Gunaretinam itu telah mencetuskan kemarahan penduduk beragama Islam sehingga ada yang dilihat bertindak mengangkat kerusi yang akhirnya menyebabkan Abdul Khalid terpaksa bangun dan menghentikan perbincangan sambil meminta penduduk bertenang.

“Hentikan perbincangan cadangan pembinaan kuil Seksyen 23, kita akan cari jalan yang sesuai dan saya akan cuba selesaikan hari ini. “Kalau kita perlu selesaikan, kita cari penyelesaian dengan baik bukan dengan cara memecah-belahkan masyarakat.

“Kerajaan negeri akan cari jalan penyelesaian, tiada perbincangan lagi, saya akan jumpa masyarakat Hindu dan lihat bagaimana nak selesai masalah kuil dan saya juga berharap mereka dapat sabarkan diri,” ujar beliau.

Namun, sekumpulan penduduk dilihat terus mengerumuni tempat duduk komuniti India di dalam dewan tetapi keadaan berjaya dikawal anggota penguat kuasa MBSA dan tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku.

Sementara itu, Pengerusi Badan Bertindak Penduduk Seksyen 23, Ahmad Mahyuddin Manaf ketika ditemui berkata, apa juga keputusan yang diambil oleh kerajaan negeri, penduduk di situ sebulat suara tetap membantah cadangan pembinaan kuil tersebut.

“Tujuan kami adalah untuk menyuarakan pendapat serta pandangan dan pada hari ini, kita lihat macam mana penduduk menyuarakan hati mereka. “Saya tidak bercakap tadi sebab selama ini kita lakukan dengan cara yang betul, buat surat, serah memorandum dan kita tidak dapat layanan dan kenapa sejak Mei baru kini September mereka nak buat perbincangan.

“Kalau masalah ini diatasi dan dikaji lebih awal, perkara ini tidak akan berlaku dan sebelum ini pun keharmonian kami di Seksyen 23 tidak pernah tergugat,” ujarnya.

Sementara itu, seorang guru India yang tinggal di fasa kedua Seksyen 23, M. Sekar ketika ditemui selepas sesi dialog memberitahu, walaupun penduduk India di situ menyokong pembinaan kuil di kawasan itu, namun mereka akur dengan keputusan yang akan dibuat oleh kerajaan negeri.

“Kami mahu kuil itu dibina dan ia adalah hak kami untuk menyokong pembinaan kuil itu tetapi kami akur dengan keputusan kerajaan negeri,” katanya. - Utusan

Warna-warni politik
Torashah

Jumaat, 4 September 2009

Sudah Dua Kali Sultan Selangor Beri Teguran Kepada TS Khalid, Tetapi Masih Tak Sedar-Sedar Diri Lagi!

Kes terbaru :

Sultan Sharafuddin Idris Shah of Selangor has called upon Mentri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim to amicably settle the issues surrounding the relocation of the Hindu temple to Section 23, Shah Alam.

The private secretary to Sultan Sharafuddin, Datuk Mohamad Munir Bani said the Sultan wanted Khalid to resolve the problem without hurting the feelings of both Hindus and Muslims.

Mohamad Munir said the Sultan had written a letter dated Aug 24 to Khalid expressing his hope that the Mentri Besar would also consider the percentage of Muslims staying in the area and call on Section 23 residents for a discussion.

Source: The Star Online.

Kes sebelum ini :

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah pada hari ini dengan tegas menolak sebarang cadangan untuk menggunakan wang zakat bagi tujuan selain daripada membantu umat Islam dan pembangunan ummah di negeri itu.

"Beta sekali-kali tidak berkenan wang zakat ini diambil, dipinjam atau disalurkan untuk perkara-perkara lain," titah baginda ketika merasmikan Konvensyen Integriti Pengurusan Zakat Selangor di sini pada Rabu.

Pada persidangan Dewan Negeri Selangor baru-baru ini, Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mencadangkan supaya wang Baitulmal yang diperoleh daripada sumbangan zakat digunakan bagi tujuan pembangunan negeri."Beta tidak berkenan mereka yang luar dari pentadbiran Lembaga Zakat Selangor ini campur tangan dalam pengurusan zakat negeri ini," titah baginda.

Baginda juga mahu supaya dijelaskan kepada rakyat mengenai perbelanjanan kutipan zakat pada setiap tahun."Pengurusan zakat hendaklah dilakukan dengan betul dan janganlah adanya berlaku penyelewengan dalam pengurusan, kutipan dan pembahagiannya. Mereka yang melakukan penyelewengan maka akan menerima pembalasan dari Allah Subhanahu Wata'ala," titah Baginda.

Sumber: Bernama.

Apa sudah jadi dengan Menteri Besar Selangor yang seorang ini. Adakah beliau juga hendak jadi seperti Mantan Menteri Besar Perak, Nizar "The Puppet" yang selalu ditegur oleh Sultan? Masuk teguran Tuanku kali ini, sudah dua kali beliau ditegur. Kali pertama ketika Baginda mengingatkan Kerajaan Selangor agar jangan menggunakan wang zakat untuk perbelanjaan negeri .

Kali ini sekali lagi beliau ditegur kerana tidak sensitif dengan perasaan kaum Melayu. Baginda Sultan Selangor juga mengingatkan agar Menteri Besar Selangor mengambilkira jumlah peratusan kaum Melayu Islam di Sesyen 23 di dalam perencanaan beliau untuk membina kuil berkenaan. Tak tahulah kalau memang jenis manusia derhaka kepada Sultannya seperti Nizar "The Puppet". Tak dapek den nak menolong!

Daulat Tuanku. Daulat Tuanku. Daulat Tuanku.

Cucu Tok Selampit
Warna-warni politik
Torashah

Isnin, 31 Ogos 2009

Merdeka! Di mana Jalur Gemilang?

HARI ini 31 Ogos 2009, bermakna genap 52 tahun kita mengecapi kemerdekaan. Selamat menyambut ulang tahun kemerdekaan negara yang ke-52. Hari ini juga genap 10 Ramadan, bermakna, hari kesepuluh umat Islam menjalani ibadah puasa. Semoga kemerdekaan kita dan ibadat kita pada bulan yang mulia ini diberkati.

Disebabkan sambutan Hari Kebangsaan kali ini jatuh pada bulan puasa dan ketika negara malahan dunia sedang bergelut melawan wabak selesema babi influenza A (H1N1), maka sambutan kali ini terpaksa berlangsung dalam suasana sederhana.

Lebih banyak acara keagamaan diadakan. Bermula dengan cadangan sambutan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, ia terpaksa dipindahkan ke pekarangan Parlimen. Masa sambutan pada hari ini juga cuma 40 minit. Tetapi semangat sambutan tetap sama. Cuma yang agak mengecewakan ialah keghairahan masyarakat kita mengibarkan Jalur Gemilang. Mungkin sedikit keghairahan boleh dilihat di ibu negara. Itu pun disebabkan program kerajaan MenjalurGemilangkan Kuala Lumpur.

Kerajaan juga dengan sokongan pihak swasta mengagihkan bendera secara percuma. Tetapi bagaimana pula di negeri-negeri lain. Entah kenapa pada tahun ini, tidak nampak keghairahan mengibarkan Jalur Gemilang seperti yang pernah dialami dalam sambutan yang sama beberapa tahun lampau. Dulu, disebabkan ada satu peraduan yang menawarkan hadiah, maka berlumba-lumba pemilik kenderaan mengibarkan Jalur Gemilang. Tetapi kali ini jumlah kenderaan yang mengibarkan Jalur Gemilang boleh dihitung dengan jari.

Tidak percaya? Cuba anda duduk di mana-mana plaza tol dan bilang berapa banyak kenderaan yang melintasi plaza tol itu yang mengibarkan Jalur Gemilang. Kemeriahan di bangunan juga agak kurang. Kibaran Jalur Gemilang di rumah kediaman - banglo, teres, apartmen dan sebagainya juga tidak menggalakkan.

Adakah kerana pemilik kenderaan tidak mendapat bekalan percuma? Adakah pemilik bangunan dan kediaman tidak mempunyai bajet untuk menghiasi bangunan mereka dengan Jalur Gemilang? Tidak dinafikan ramai juga yang menantikan Jalur Gemilang percuma. Kalau dapat... pasang, tak dapat... tidak apa. Itulah sikap orang kita. Samalah seperti nasihat supaya memakai penutup hidung dan mulut dalam usaha mencegah selesema babi. Dah terbalik... mengubat lebih baik daripada mencegah.

Harga RM0.80 bagi setiap helai penutup hidung dan mulut itu dianggap mahal (jika dibandingkan harga sebelum wabak) bagi menjaga kesihatan. Membeli dua helai penutup hidung dan mulut, seseorang itu mampu membeli satu kilogram gula pasir yang lebih memudaratkan.
Bagaimanapun tidak dinafikan, penutup hidung dan mulut yang perlu 'pakai buang' dalam sehari itu mahal sedangkan harga asalnya tidaklah sehingga mencecah RM0.80 sen.

Di Jalan Tuanku Abdul Rahman, sebelum harga kawalan dikenakan, untuk dua helai penutup hidung dan mulut boleh diperoleh dengan harga RM1.50 sen. Maknanya boleh dapat harga lebih murah. Begitu juga dengan perokok yang sanggup membeli sekotak rokok pada harga RM6.80 tetapi tidak mampu mendapatkan sehelai bendera kecil yang harganya tidak lebih daripada RM3 sedangkan pada harga sekotak rokok, seseorang itu mampu mendapat sehelai bendera besar.

Itulah bezanya, antara Jalur Gemilang, penutup hidung dan mulut. Satu untuk menunjukkan rasa bangga terhadap kemerdekaan sementara yang satu lagi berkait rapat dengan penjagaan kesihatan. Kedua-duanya mahu mengharapkan yang percuma sedangkan tidak harus ada tolak ansur dalam penjagaan kesihatan.

Bagi kebanyakan orang, dua perkara ini - pasang bendera dan memakai penutup hidung dan mulut bukanlah satu kemestian. Namun bak kata Nabil Raja Lawak: "Lu pikir la sendiri".
Lagi pun ramai yang akan berkata, setakat memasang atau mengibarkan bendera bukan melambangkan kecintaan sebenar seseorang terhadap erti kemerdekaan. Apa yang penting, niat kita. Tetapi dengan kibaran Jalur Gemilang, sekurang-kurangnya kita dapat mengingati akan kemerdekaan serta menunjukkan semangat patriotik.

Sampai bila kita akan bergantung kepada kerajaan untuk menyambut ulang tahun kemerdekaan? Kerajaan boleh beri bendera percuma malahan tahun ini, pihak swasta menyediakan 3.1 juta helai bendera. Tetapi sekali sekala bolehlah, takkan saban tahun. Ada juga manusia yang selepas mendapat bendera, dia pasang dan kemudian biar reput di tengah panas dan hujan. Ada pula yang simpan bendera tetapi apabila tiba 31 Ogos, malas nak pasang. Maka reputlah bendera itu dalam simpanan.

Apa pun, sempena ulang tahun kemerdekaan ini, sama-samalah kita mengingati semula liku-liku perjuangan pemimpin yang berjuang menuntut kemerdekaan negara. Fahamilah erti kemerdekaan yang sebenarnya. Seperti perutusan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak malam tadi, apa yang penting, rakyat perlu terus mengurus kejayaan dan membina di atas apa yang ada dengan membajai dan menyuburkan kerukunan yang terpupuk selama ini.

"Beringatlah, apa yang ada tidak semestinya akan bertambah baik malahan akan musnah jika rakyat tidak berwaspada. Buktinya, lipatan sejarah dunia yang sarat dengan catatan bahawa kejayaan yang tidak diurus dengan baik akan berakhir dengan kegagalan," kata Najib.
Memang benar untuk membina sebuah bangunan pencakar langit akan mengambil masa yang terlalu lama, memerlukan ribuan pekerja. Begitu juga untuk membina suasana kerukunan yang ada pada hari ini bukanlah satu kerja mudah.

Banyak yang terpaksa dikorbankan untuk mencapai sebuah negara yang bermula dengan Malaya, kemudiannya Persekutuan Tanah Melayu dan akhirnya Malaysia. Tetapi untuk memusnahkan sesuatu cukup mudah. Sebuah bangunan boleh runtuh dan ranap hanya sekelip mata sama ada dengan kuasa Tuhan melalui gempa bumi atau ciptaan manusia seperti letupan bom atau dilanggar menggunakan pesawat.

Begitu juga bagi memusnahkan suasana kerukunan hari ini terlalu mudah. Hanya sekadar meniup api perkauman, sentimen kaum, maka akan tercetuslah mala petaka yang ditakuti. Justeru, jagalah kerukunan yang ada supaya ia tidak hancur lebur kerana perkara titik bangkit.
Salam 1Malaysia. Selamat Hari Kebangsaan Malaysia!

Warna-warni Politik
Torashah

Khamis, 27 Ogos 2009

Nik Abdul Aziz Nik Mat antara tiga terbunuh dalam nahas jalan raya!

KUANTAN 26 Ogos — Seorang pekerja kilang bernama Nik Abdul Aziz Nik Mat serta kakak dan anak saudaranya terbunuh selepas kereta yang mereka naiki terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori penghantaran cepat di Kilometer 15, Jalan Bentong-Raub, dekat Lurah Bilut, hari ini.

Nik Abdul Aziz, 27, dari Bandar Baru Bangi, Selangor; kakaknya, Nik Hasmah, 29, dan anak Nik Hasmah, Mohd. Adib Daniel Amizan, lima tahun, meninggal dunia di tempat kejadian dalam nahas pada 2.20 pagi tadi.

Yang cedera parah ialah seorang lagi kakak Nik Abdul Aziz, Nik Nab Nik Mat, 45, dan anaknya, Adibah Mohd. Fikri, 12, murid Sekolah Rendah Jalan Cochrane, Kuala Lumpur yang dikejarkan ke Hospital Bentong untuk rawatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Bentong, Supt Rosli Abdul Rahman berkata, kesemua mereka sedang dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur selepas pulang bercuti di Kampung Tempinis, Besut, Terengganu sempena cuti persekolahan sekarang.

“Setibanya di lokasi kejadian, sebuah lori penghantaran ekspres yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kota Baharu terbabas ke laluan bertentangan dipercayai akibat permukaan jalan licin kerana hujan lebat sebelum bertembung dengan kereta mangsa,” katanya.

Ketiga-tiga mangsa yang terbunuh itu mengalami kecederaan parah di kepala dan badan.
Kelindan lori terbabit berumur 60 tahun turut mengalami kecederaan parah manakala pemandunya hanya mengalami cedera ringan, kata Rosli.

Katanya, pemandu lori terbabit kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong untuk siasatan lanjut. Saksi kemalangan itu diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Cif Insp Nor Bulian Zakaria di talian 09-2222222, bagi membantu siasatan. - Bernama

Bertempat di Bandar Saujana Utama, Kuala Selangor

Bertempat di Bandar Saujana Utama, Kuala Selangor