Khamis, 27 November 2008

Khalid tolak cadangan Pas haram jual arak !

Usaha Pas Selangor untuk memperkenalkan peraturan membataskan jualan minuman beralkohol berkuat kuasa Januari depan tidak kesampaian apabila cadangan tersebut ditolak oleh kerajaan negeri. Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, keputusan tersebut dibuat atas alasan penduduk di negeri itu terdiri daripada berbilang kaum dan agama.
Jelas beliau, meskipun terdapat golongan tertentu menyuarakan kebimbangan terhadap kesan negatif akibat mengambil minuman beralkohol, kerajaan negeri berpendapat tidak perlu diambil tindakan drastik sedemikian kerana ia boleh mencetuskan rasa tidak puas hati di pihak lain.
"Walaupun prihatin terhadap kebimbangan sesetengah pihak mengenai kesan negatif pengambilan minuman beralkohol tetapi kerajaan negeri tidak akan mengambil langkah drastik seperti mengharamkan penjualan minuman beralkohol secara total. "Ini kerana Selangor terdiri daripada penduduk pelbagai kaum dan agama," katanya pada sidang akhbar selepas mesyuarat mingguan Exco di sini hari ini.

Malaysiakini hari ini melaporkan bahawa akhbar-akhbar berbahasa Cina menyebut Pas melalui anggota-anggotanya yang menyertai ahli-ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) sedang memperkenalkan peraturan membataskan jualan alkohol di restoran, kedai runcit dan kedai serbanika 24 jam di Selangor. Menerusi laporan dalam laman web tersebut, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) disebut sebagai PBT pertama di Selangor yang meluluskan usul berkenaan yang bakal berkuat kuasa Januari depan.

Bagaimanapun, usaha murni itu dikecam DAP apabila ketua publisitinya, Tony Pua menyifatkan Pas sebagai bongkak dan sukar bekerjasama kerana tidak merujuk terlebih dahulu dengan parti-parti lain dalam pakatan pembangkang. Menurut Pua, tindakan Pas itu dilihat cuba membelakangkan sentimen sokongan pengundi bukan Islam dan melemahkan kerajaan campuran Selangor.

Abdul Khalid memberitahu, isu tersebut telah dibincangkan sebelum ini dan hasilnya kerajaan negeri memutuskan untuk meningkatkan penguatkuasaan dengan melarang penjualan minuman beralkohol kepada orang Islam dan belia di bawah umur 18 tahun. Katanya, satu perbincangan akan diadakan tidak lama lagi di antara kerajaan negeri dengan para peniaga, PBT dan agensi-agensi kerajaan berkaitan bagi mengenal pasti cara terbaik untuk melaksanakannya.

Suara Politik

Rabu, 26 November 2008

DIGUGUR AKIBAT TIDAK TAHAN DITEGUR

Bagi kebanyakan penyokong pembangkang jika berita ini keluar dari media massa mereka akan katakan ini sebagai dakyah kerajaan. Tetapi jika menunggu media mereka mengeluarkan artikel yang tidak baik pasti umpama pungguk rindukan bulan yang tidak akan kunjung tiba. Kini menjadi trend media pembangkang untuk menyatakan hanya yang betul tentang mereka... walaupun mereka menuduh media massa dalam masa yang sama. Mereka kini hanya menyebarkan berita-berita baik sahaja tetapi mengenai masalah dalaman mereka pasti tidak akan ditimbulkan.

Terbaru ialah berita pengguguran dua pemimpin kanan parti itu yang dilaporkan oleh Malaysiakini. Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hassan Mohd Ali didakwa menggugurkan dua pemimpin kanan parti itu kerana "kepanasan" dengan kritikan yang diterimanya berhubung isu agama dan kaum dalam pentadbiran negeri.

Ahli parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad dilucutkan jawatan sebagai timbalah pesuruhjaya II PAS negeri itu digantikan ahli parlimen Hulu Langat Dr Che Rosli Che Mat, Jumaat lepas.Sementara ketua penerangan diserahkan kepada setiausaha akhbar presiden PAS, Roslan Shahir Mohd Sharir bagi menggantikan wakil rakyat Hulu Kelang, Saari Sungib.Keputusan mendadak itu diputuskan dalam mesyuarat Dewan Harian parti itu yang diumumkan dan diluluskan dalam mesyuarat badan perhubungan PAS negeri itu pada hari yang sama.

Sumber-sumber dalaman PAS Selangor memberitahu Malaysiakini, pengguguran itu dicadangkan sendiri oleh Dr Hassan menggunakan kuasanya sebagai pemimpin nombor satu dengan mendominasi kedua-dua mesyuarat itu.Menurut sumber lagi, keputusan pengguguran Khalid dan Saari itu tidak dipersetujui di kalangan ahli mesyuarat yang terdiri daripada yang dipertua PAS kawasan.Ramai di antara mereka dikatakan berdiam diri kerana tidak berpeluang mengeluarkan pandangan.

"Tidak ada kebebasan bersuara dalam mesyuarat. (Agenda) tidak bincang isu betul-betul dan selalu disapu di bawah permaidani," kata sumber.Kedua-dua tokoh gerakan Islam itu dikatakan sering bersuara lantang menyebabkan Dr Hassan jadi sensitif, terutamanya dalam isu pelantikan Low Siew Moi sebagai pemangku pengurus besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan peruntukan RM10 juta kepada rumah ibadat bukan Islam di negeri itu.

Nampaknya apa yang berlaku dalam parti ini menampakkan kelemahan dan perpecahan serta tidak mahu mendengar suara dan pendapat akar umbi.Malaysiakini difahamkan kedua-dua tokoh yang digugurkan itu berpandangan, isu-isu berunsur perkauman melibatkan penyertaan golongan bukan Melayu dalam kerajaan Selangor tidak harus menjadi keutamaan PAS di negeri itu.

"Isu-isu Melayu ini kita sudah tidak mahu layan," kata sumber... Persoalannya ini bukan isu Melayu sahaja bahkan isu agama Islam yang sepatutnya menjadi perjuangan PAS... Apakah Pas telah meninggalkan perjuangan Islam!?Bagaimanapun, pandangan Khalid dan Saari ini dikatakan bertentangan dengan pendekatan Dr Hassan yang didakwa tidak mengendahkan teguran-teguran yang dibuat terhadapnya.Dr Hassan sebelum ini dilaporkan menolak pelantikan Low atas alasan beliau bukan Melayu dan beliau mahu segera menggantikan pemimpin korporat itu dengan seorang calon Melayu. Tindakan Dr Hassan itu mengundang kontroversi dan reaksi pelbagai pihak.

Isu-isu sebegitu, kata sumber, tidak selari dengan slogan "PAS Untuk Semua" yang dilaungkan parti itu.Penyingkiran kedua-dua tokoh itu juga dikatakan kesan daripada tindakan mereka yang mahukan PAS "kembali kepada asal" dengan memfokuskan kepada usaha mengukuhkan Pakatan.Dihubungi selepas sidang parlimen hari ini, Khalid (foto atas, kiri) mengakui rombakan PAS negeri terpaksa dibuat kerana perbezaan pendapat, kaedah dan cara beliau menyebabkan Dr Hassan tidak dapat melaksanakan tugas dengan berkesan.

Nampaknya Dr Hassan terpaksa mengorbankan ahli yang tidak bersependapat dengan beliau yang terpaksa mengikut 'buntut' DAP dan PKR. Sungguh malang bagi orang yang mempunyai idea dan pandangan akar umbi ditolak oleh kepimpinan PAS Selangor. Namun itu hakikatnya demi kepentingan politik, kepentingan kaum Melayu dan agama Islam dipinggirkan walau terpaksa mengorbankan suata akar umbi. Pas kini tidak boleh lagi melaungkan slogan membangun bersama Islam kerana kini tidak relevan untuk selamanya.


Aspirasi Bangsa



Selasa, 25 November 2008

Kenyataan Dangkal Seorang Profesor Bernama P. Ramasamy!

Baru-baru ini semasa persidangan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang kita dikejutkan dengan kenyataan Timbalan Ketua Menteri II, Prof. P. Ramasamy yang menyalahkan rejim pemerintahan lama dan dasar UMNO sebagai punca wujudnya ketidakseimbangan kaum dalam sektor awam di negeri itu. Beliau menuduh UMNO yang menjadi penyebab berlakunya ketidakseimbangan dalam pengambilan kakitangan.

P. Ramasamy berkata, kerajaan campuran negeri mahu memastikan pelantikan kakitangan awam di negeri tersebut seimbang bagi setiap kaum dan bukan didominasi oleh kaum tertentu sahaja. Tuduhan liar yang dibuat oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perai itu secara terang-terangan merupakan pandangan yang membuta- tuli dan berbaur politik. Kenyataan Ramasamy itu memang bertujuan untuk memecahbelahkan kaum dengan mengaitkan isu tersebut serta menuduh UMNO sebagai puncanya.

Bagi penulis ini adalah satu perbuatan dan tujuan yang sangat keji seolah-olah ianya satu mainan politik yang mahu memporak perandakan masyarakat majmuk di negara ini. Kenyataan P.Ramasamy ini seakan-akan senada dengan tindakan Hindraf yang menyalahkan kerajaan BN yang ditunjangi oleh UMNO apabila masalah kaum India tidak dapat diselesaikan oleh mereka sendiri.

Sebagai seorang Profesor, sepatutnya P.Ramasamy membuat kaji selidik dahulu sebelum mengeluarkan kenyataan yang telah menyakitkan hati orang Melayu kenapa pembabitan kaum India dan Cina sangat kurang didalam sektor awam di Pulau Pinang dan juga seluruh negara. Tidak cukupkah dengan tindakan Hindraf yang telah melukakan perasaan orang Melayu dengan tuduhan-tuduhan yang tidak masuk akal?

Apakah P.Ramasamy telah lupa akan Kontrak Sosial tentang pengorbanan orang Melayu yang menerima kaum India dan Cina sebagai warga negara Persekutuan Tanah Melayu selepas merdeka? Apakah P.Ramasamy telah lupa akan kata-kata Tun V.T. Sambanthan Merangkap Menteri Kerjaraya, Pos Dan Telekom, semasa berucap di Dewan Rakyat Pada 1 Jun 1965.

P.Ramasamy perlu ingat sebelum “ revolusi industri ” berlaku dinegara ini iaitu zaman semasa Tun Mahathir mula-mula memerintah pada awal tahun 80-an peluang pekerjaan amatlah kurang sekali terutamanya di sektor swasta. Berapa ramaikah kaum India yang bekerja disektor awam pada ketika itu seperti JKR, JPT, LLN, Talikom dan majlis-majlis daerah dan perbandaran. Tentu ramaikan!

Berapa ramaikah diantara mereka yang menikmati faedah-faedah yang diterima sebagai kakitangan kerajaan semasa didalam perkhidmatan dan juga selepas pencen. Berapa ramai dikalangan anak-anak mereka yang berjaya didalam pelajaran dan kehidupan mereka. Adakah P.Ramasamy hendak menutup mata dengan menafikannya. Semasa revolusi industri bermula, pelabur-pelabur dari luar negara telah mula memindahkan operasi pengeluaran mereka ke Malaysia.

Semenjak dari itu hinggalah sekarang kaum India sudah mula menjauhkan diri dari sektor awam kerana hendak bekerja di sektor swasta yang memberi pulangan yang tinggi berbanding dengan sektor awam. Ini adalah fakta. Sebab itu P.Ramasamy janganlah sewenang-wenangnya hendak salahkan kerajaan jika peluang pekerjaan disektor awam sekarang dipandang dingin oleh masyarakat kaum India.

Berapa ramai yang datang memohon apabila peluang pekerjaan dibuka kepada umum. Amat menyedihkan. Mereka lebih berminat di sektor swasta kerana pulangan yang tinggi. Penulis rasa P.Ramasamy sendiri tahukan jawapannya. Jadi tak perlulah cuba mencari isu yang boleh menyakitkan hati orang lain. Beliau perlu tahu yang proses pemilihan kakitangan sektor awam diuruskan di bawah pentadbiran awam dan bukannya mana-mana parti politik.

Jangan lupa ada juga ramai kakitangan pentadbiran awam yang menyokong pembangkang semasa PRU ke-12 yang lalu. Tengok sahaja keputusan pilihanraya di PutraJaya. Berapa banyak undi yang diperolehi oleh pembangkang? P.Ramasamy perlu ingat yang kenyataan dangkal seperti ini perlu dielakkan bagi mengelakkan sesuatu yang buruk akan berlaku dalam hubungan kaum dinegara ini.

Nasihat kepada P.Ramasamy supaya jangan lupa sejarah pembentukan Tanah Melayu. Ingat, kaum Melayu sudah banyak berkorban sejak sebelum merdeka supaya kaum-kaum lain dapat hidup dengan amam dan damai dinegara ini. Hormatilah sedikit perasaan orang Melayu.

Taminsari
Shah Alam

Apabila Kaum Lain Cuba Mencampuri Urusan Agama Islam

Hindu Sangam urges Fatwa Council to “ be more sensitive”

Sekarang ini, boleh dilihat sebagai sesuatu yang merbahaya bila satu golongan ugama lain mula mencampuri urusan ugama lain! Sepatut nya, pihak lain tidak layak untuk mencampuri urusan agama lain, apatah lagi jika perkara itu melibat kan agama Islam yang juga ugama rasmi negara!! Kita harap pihak berkenaan dapat bertindak sesuatu agar tidak timbul perkara-perkara yang tidak di ingini berlaku!!

PETALING JAYA : The National Fatwa Council must respect the sensitivities and feelings of other religions in Malaysia while giving guidance to Muslims on the religion’s practices and tenets. “Many Hindus have been deeply disturbed by the Fatwa Council’s announcement,” Malaysia Hindu Sangam president Datuk A. Vaithilingam said in a statement Sunday.

He said it was regrettable that the Council had not consulted with the Malaysia Hindu Sangam first so that the religious and non-religious aspects of yoga could have been explained. The Fatwa Council on Saturday issued an edict banning Muslims from practising yoga on grounds that it involved chants and acts of worship in order to be one with the god of another religion.

“To call this ancient practice ‘haram’ and saying that it can ‘corrupt’ a person is very hurtful and demeaning,” said Vaithilingam. He added that as many Hindus and non-Hindus practised yoga together in a non-religious manner, the fatwa could drive a wedge between those of different religions.

National Fatwa Council chairman Datuk Dr Abdul Shukor Husin on Saturday said yoga had been practised by the Hindu community for thousands of years and incorporated physical movements, religious elements together with chants and worshipping, with the aim of “being one with God”. “Because of this, we believe that it is inappropriate for Muslims to do yoga. The council is declaring that practising yoga, when it comes together with the three elements, is haram,” he told a press conference. - IsuHot

Isnin, 24 November 2008

Adakah Ladang Babi Sistematik Akan Selesaikan Masalah Rakyat!

Dewan Pemuda Pas menganggap cadangan mewujudkan ladang babi sistematik di Selangor dan Kedah adalah untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi rakyat dalam isu penternakan haiwan itu. Ketuanya, Salahuddin Ayub berkata, masalah yang berpunca daripada penternakan babi yang tidak terurus telah lama wujud di negara ini iaitu sejak 51 tahun lalu dan kerana itu, ia perlu dimodenkan.

"Soal penternakan babi tidak perlu diungkit, kita nak selesaikan masalah rakyat dan itulah isu yang kita bincangkan sama ada mampu atau tidak untuk kita sediakan kawasan penternakan yang sistematik mengikut piawaian antarabangsa," katanya sewaktu dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Tun Dr. Mahathir Mohamad yang mengatakan Pas kini tidak mampu bersuara malah banyak tindak-tanduknya hanya untuk memuaskan parti lain termasuk membenarkan penternakan babi di kawasan kampung orang Melayu. Bekas Perdana Menteri itu berkata, orang Melayu sudah tidak boleh mengharapkan Pas mempertahankan hak mereka, malah parti itu juga tidak lagi berani bercakap mengenai penubuhan negara Islam.

Mengulas lanjut, Salahuddin berkata, pihak yang mendakwa Pas tidak mempertahankan keistimewaan Melayu perlu merujuk kepada dokumen penubuhan pakatan pembangkang yang ditandatangani Pas, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP. Katanya, dokumen itu mengandungi pendirian Pas untuk mempertahankan kontrak sosial dan hak istimewa orang Melayu yang terkandung dalam Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan.

Komen :

Tak tahulah berapa banyak lagi kandang babi yang hendak dibina di negara yang agama rasminya Islam. Bagi penulis cara terbaik untuk menyelesaikan perkara ini adalah dengan “ mentiadakan “ lagi apa bentuk ladang babi. Ladang-ladang babi yang ada hendaklah dikurangkan atau dimusnahkan sama sekali. Pas kena fikirkan bagaimana hendak melenyapkan babi-babi ini dari bumi Malaysia. Import babi dari luar seperti mana yang dilakukan oleh Singapura.

Singapura kata mereka tak layak membela babi kerana babi ini kotor dan pengotor. Tapi mereka nak makan juga. Maka terpaksalah di impot dari negara luar seperti Malaysia, Thailand dan lain-lain negara. Terang-terang dah tahu babi ini kotor dan pengotor, ada segelintir rakyat Malaysia masih lagi hendak menternak babi. Tak serik-serik lagi dengan serangan JE di Bukit Pelanduk, Negeri Sembilan tidak lama dulu. Malah ianya disokong pula oleh parti yang memperjuangkan Islam. Mengapa Salahuddin kata perkara kerkenaan babi ini jangan diungkit? Kalau babi-babi ini kena penyakit siapa yang akan menghapuskannya sehingga ada diantara mereka terkena jankitan.

Tidakah Salahuddin terlupa yang pekerja-pekerja itu adalah terdiri dari orang-orang Melayu? Adakah Salahuddin hendak perkara ini berulang lagi. Semoden-moden mana ladang babi itu, kalau sudah diserang virus, tiada siapa yang dapat menghalang. Yang taukeh babi cuma tahu akan kerugian mereka sahaja. Yang nak menyempurnakan upacara “ pengkebumian babi “ adalah orang Melayu itu sendiri.

Takkan Salahuddin terlupa apabila semasa kempen pilihanraya tahun 2004 yang lalu. Apakah yang dijanjikan oleh Pas yang diketuai oleh Presidennya, Ustaz Abdul Hadi Awang pada masa itu. Pas sedia memansuhkan hak keistimewaan orang Melayu dalam perlembagaan jika mereka berjaya memerintah dan membentuk sebuah negara Islam ala parti pembangkang jika menang di dalam pilihanraya umum 2004. Menurutnya, ia bagi memastikan keadilan kepada semua pihak tanpa mengira keturunan, kaum dan jantina, sebaliknya mengutamakan amalan meritokrasi.

Ia ( hak istimewa orang Melayu ) masih boleh dipakai tetapi apabila tiba masanya apabila orang Melayu boleh berdikari, maka pada masa itu tidak perlu lagi. Ianya merupakan usaha berterusan parti Pas untuk mendapatkan sokongan rakyat terutama bukan Islam pada pilihan raya umum pada masa itu. Ia memberi tumpuan khusus kepada kedudukan bukan Islam dalam konteks pelaksanaan negara Islam.

Mengapa pada kali ini nadanya berbeza. Kalau hendak berpegang kukuh pada kontrak sosial, mengapa hendak memansuhkan hak keistimewaan orang Melayu. Mursyidul Am Pas, Tok Guru Nik Aziz Nik Mat pula ada mengatakan yang di dalam Islam tidak ada "hak istimewa sesuatu kaum". Itu bagi Pas dan bagaimana pula dengan rakan sepejuangan dalam Pakatan Rakyat.

Di manakah cita-cita Pas hendak menubuhkan Negara Islam ala-Pas seperti mana yang terkandung didalam manifesto pilihanraya umum 2004. Jadi kepada Salahuddin Ayob, sebelum hendak memberi alasan sila rujuk atau bertanya dahulu kepada Ustaz Hadi dan Tok Guru Nik Aziz supaya nanti tidak bercanggah dengan apa yang telah dikatakan oleh kedua-dua pemimpin utama Pas itu. Tak tahu jalan, jangan malu bertanya?

Taminsari
Shah Alam

Jumaat, 21 November 2008

UMNO Masih Pilihan Terbaik Semua Kaum

Kalau rakyat memilih UMNO/Barisan Nasional (BN) untuk menubuhkan Kerajaan baru dalam pilihanraya akan datang bermakna majoriti rakyat yakin seribu kali yakin dengan kepimpinan UMNO yang menjadi tulang belakang dalam keperkasaan BN. Ia juga memberi petunjuk bahawa rakyat Malaysia dari berbagai suku kaum menghormati dan menyanjung tinggi kepimpinan UMNO yang terus menerus menjaga kepentingan rakyat dan mempertahankan kemerdekaaan negara.

Sejak merdeka hingga sekarang majoriti orang Melayu tidak pernah menderhaka terhadap UMNO oleh kerana mereka menganggap UMNO itulah Melayu dan Melayu itulah UMNO.Justeru itu Melayu tidak ada pilihan lain untuk memperjuangkan nasib mereka kecuali UMNO. Parti-parti pembangkang tidak boleh mendabik dada bahawa mereka adalah payung perlindungan orang Melayu oleh kerana mereka tidak pernah menerajui kepimpinan kerajaan di peringkat Pusat.

Sekiranya Melayu mengharapkan pembangkang memperjuangkan kepentingan mereka bermakna mereka merelakan diri mereka, orang Melayu, sebagai bangsa pinggiran yang lemah dan tidak mempunyai kekuatan politik untuk memimpin Kerajaan. Memilih UMNO bererti hak dan kepentingan Melayu terjamin dan dengan sendirinya menjadikan Melayu sebagai pemimpin Kerajaan yang akan menentukan destinasi negara, agama dan bangsa.Rakyat Malaysia bertuah dan patut bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana berbagai bangsa dan suku kaum yang menjadi warganegara sanggup menerima kepimpinan Melayu menerajui Kerajaan pusat sejak merdeka hingga sekarang.

Sejak 51 tahun yang lalu orang Melayu memimpin Kerajaan dan membawa perubahan yang besar dalam kehidupan seluruh rakyat. Banyak negara berbilang kaum di dunia sukar menjamin kestabilan politik, perdamaian dan kesejahteraan untuk semua.Tapi para pemimpin Melayu dalam UMNO telah membuktikan kepada seluruh dunia bahawa mereka berjaya mengekalkan keharmonian di kalangan rakyat berbilang kaum dan kepimpinan Melayu tidak pernah dipertikaikan oleh bukan Melayu.

Peristiwa hitam 13 Mei 1969 menjadi pengajaran kepada semua bangsa dan suku kaum bahawa tanahair kita yang tercinta ini perlu dipupuk dan disirami perasaan muhibbah dan hormat menghormati antara satu dengan lain demi mempertahankan kedaulatan dan kemerdekaan negara serta kedamaian untuk semua.Oleh itu orang Melayu seharusnya sedar bahawa sekiranya mereka berpecah belah dan menyokong pembangkang bermakna mereka sendiri mengkhianati bangsa sendiri sekiranya orang Melayu hilang kuasa politik selepas pilihanraya diadakan.

Orang Melayu harus sedar bahawa tidak ada parti politik Melayu yang lain yang dapat menguasai kepimpinan negara tanpa kerjasama dengan orang bukan Melayu.Orang bukan Melayu memberi sokongan padu kepada BN kerana mereka yakin dengan kepimpinan UMNO yang mengutamakan perpaduan kaum dan bersifat adil kepada mereka.Hari ini bukan Melayu tidak mempertikaikan kepimpinan BN sebagai Kerajaan tetapi mereka bimbang perbalahan di kalangan masyarakat Melayu boleh menyebabkan UMNO kehilangan sebahagian dari kerusi yang ia sandang sekarang.

Kalau ini berlaku bermakna wakil rakyat UMNO dalam Parlimen akan berkurangan dan menjejaskan kekuasaan dan kewibawaan orang Melayu sebagai pemimpin kerajaan. Mereka bimbang kestabilan politik akan tergugat sekiranya UMNO lemah. Sekiranya kuasa politik orang Melayu menjadi lemah akibat UMNO kehilangan sebahagian dari kerusi Parlimen yang dipegangnya sekarang bermakna maruah dan penghormatan Melayu juga tercemar.Parti-parti pembangkang Melayu tidak boleh berbangga kerana UMNO hilang beberapa kerusi Parlimen yang dipegangnya sekarang bermakna maruah dan penghormatan Melayu juga tercemar.

Parti-parti pembangkang Melayu tidak boleh berbangga kerana UMNO hilang beberapa buah kerusi yang berpindah kepada mereka. Sekiranya pembangkang Melayu memenangi beberapa buah kerusi dari UMNO mereka masih lagi kekal sebagai pembangkang dan selaku pembangkang mereka tidak boleh melaksanakan dasar untuk memperjuangkan nasib orang Melayu.

Akibatnya Melayu menjadi lemah oleh kerana perpecahan di kalangan Melayu menyebabkan kekuatan Melayu dalam kepimpinanan kerajaan lemah dan tidak berdaya mengimbangi kekuatan dan pengaruh bukan Melayu. Perlulah diingat kejatuhan kerajaan-kerajaan Melayu di zaman silam dan penjelmaan kuasa-kuasa asing dalam kancah politik orang Melayu adalah disebabkan oleh perpecahan dan kerakusan raja-raja Melayu di zaman silam.

Sejarah tragedi ini akan berulang sekiranya masyarakat Melayu berpecah-belah dan meruntuhkan kekuasaan Melayu yang wujud dewasa ini. Memanglah rakyat boleh mengubah selera politik mereka sekali dalam lima tahun melalui pilihanraya. Ini jaminan demokrasi yang kita amalkan.Tetapi sejak 51 tahun yang lalu rakyat telah memberi sokongan dan kepercayaan yang tulus ikhlas kepada UMNO untuk membela nasib mereka, dan kita dapat saksikan reformasi dalam berbagai bidang hidup rakyat yang dilaksanakan oleh kepimpinan UMNO.

Tentulah tidak masuk akal orang Melayu menolak UMNO yang banyak jasanya kepada mereka untuk menyokong PAS atau Parti Keadilan Nasional yang tidak punya rekod kepimpinan negara langsung.Juga tidak masuk akal sekiranya orang Melayu terlalu taksub terhadap seorang pemimpin yang tercemar hingga sanggup menyingkirkan UMNO yang banyak berjasa dan berkorban untuk mereka. Fikirlah dengan mata hati yang terbuka.

Janganlah bangsa kita dianggap sebagai bangsa yang tidak tahu membalas jasa orang lain, yang tidak tahu menilai antara intan dengan batu jalanan. Janganlah sekali-kali bangsa kita hanya menang sorak tetapi kampung halaman dan negara tergadai.Sepuluh tahun yang lalu pihak pembangkang membuat fitnah kononnya mereka membenci Tun Dr. Mahathir dan bukan UMNO. Bukankah Tun Dr. Mahathir pada masa itu adalah Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia?

Membenci Mahathir bermakna membenci kerajaan yang dipimpin Mahathir.Ini bermakna pembangkang hendak mengelirukan fikiran rakyat supaya rakyat menolak UMNO/BN dan memilih pembangkang. Kita percaya orang Melayu tidak sebodoh itu.Kita yakin orang Melayu inginkan perubahan nasib, kemajuan dan pemimpin yang dinamik memimpin kerajaan . Justeru itu mereka mesti memberi sokongan penuh kepada parti politik yang banyak berjasa dan banyak membawa reformasi dalam kehidupan mereka.

Jasa Tun Dr. Mahathir besar. Usah kita nafikan itu hanya kerana diruntun oleh kemarahan dan emosi yang tidak terkawal. Jangan marahkan pijat kelambu dibakar. Jangan kita menjadi Lebai Malang menang sorak kampung halaman tergadai. Bangsa yang berjiwa besar adalah bangsa yang tahu menghargai jasa-jasa pemimpin, mempunyai maruah negara, bangsa dan agama.Kita bukan orang asing di tanahair kita tercinta, Malaysia. Inilah bumi subur yang memberi rezeki kepada kita dan langit biru yang kita junjung.

Selama 51 tahun negara kita mencapai kemerdekaan rakyat tetap setia kepada UMNO/ BN.Sekiranya pucuk pimpinan UMNO dianggap kurang memuaskan dan tidak mencerminkan perjuangan sebagai pembela rakyat sudah pasti UMNO sudah lama terkubur tanpa nisan dan tidak akan sampai 51 tahun memimpin kerajaan. Tetapi rakyat sedar dan tahu bahawa mereka tidak dapat mempercayai parti pembangkang yang ada untuk memimpin negara.Ya, memang mereka mahu pembangkang menegur kerajaan tetapi mereka tidak mahu mana-mana parti pembangkang memimpin kerajaan.

Mereka sedar pembangkang lebih banyak menabur angan-angan tentang jenis kerajaan yang mereka khayalkan dalam fikiran mereka.Kerajaan yang ada dan banyak berbakti tetap UMNO/BN. Memanglah orang ramai amat gemar mendengar pembangkang mengecam dan memaki-hamun kerajaan kerana ia merupakan keseronokan dan hiburan dalam politik. Tapi bila memberi undi dan memimpin kerajaan majoriti rakyat tetap memilih UMNO/BN.

Ini kenyataannya.Orang Melayu tidak ada pilihan lain kecuali UMNO untuk mewakili kepentingan mereka. Kalau mengharapkan PAS mereka terlepas. Hanya sibuk berkuntau dengan serban leso mereka sahaja. Harapkan Keadilan mereka akan mati beragan sebab ia hanya ingin memulihkan Anwar ( Abang Anwar sebagai bakal Perdana Menteri ). Ini yang dijaja oleh isteri Anwar, Wan Azizah.Nampaknya PAS dan Keadilan lebih percaya kepada DAP untuk memperjuangkan kepentingan Melayu dari UMNO hingga mereka sanggup menggugat kepimpinan UMNO yang banyak berjasa.

Tapi majoriti orang Melayu tahu kilat dalam kilau mainan politik DAP dan mereka akan menghanyutkan PAS dan Keadilan seperti mana majoriti orang Melayu menghanyutkan DAP dalam beberapa pilihanraya yang lalu.Yang lebih penting ialah sikap ahli-ahli dan para penyokong UMNO lebih dari 2 juta orang itu. Mereka mesti memberi sokongan padu kepada semua calon UMNO dan BN untuk mencapai kemenangan yang gemilang. Jangan sekali-kali menjadi gunting dalam lipatan atau talam bermuka dua.

Jangan sekali-kali ada ahli UMNO sanggup menjadi pengkhianat bangsa dan parti setelah menikmati rahmat Allah S.W.T dari perjuangan UMNO.Sekiranya seluruh ahli UMNO memainkan peranan mereka memenangkan semua calon parti, besar kemungkinan parti-parti pembangkang tidak berjaya menumbangkan BN dan menubuhkan kerajaan baru di bumi bertuah ini. Pendayung sudah ada di tangan, perahu sudah di air dan marilah kita bersama-sama dengan penuh semangat, sebagai patriot bangsa dan negara, menjamin kemenangan yang besar kepada UMNO/BN. Hanya Allah S.W.T yang menentukan segala tetapi ikhtiar dan usaha mestilah di pihak kita.

Taminsari
Shah Alam

Khamis, 20 November 2008

Di Sebalik Kelakuan MB Selangor ....



Apakah selama ini semua tindakan dan kelakuan yang mencetuskan kemarahan kaum Melayu dinegeri Selangor kita melihatkan sebagai langkah sumbang dan juga kesilapan Menteri Besarnya bernama Abdul Khalid Bin Ibrahim? Begitulah juga persoalannya apabila kita terikut-ikut dengan alunan irama Kopi Dangdut seorang Jeneral upahan Anwar Ibrahim, apakah kita dikira bijak merumuskan bahawa semua yang telah berlaku adalah dengan niat mahu menguji tahap kesabaran orang melayu khususnya dinegeri Selangor..?

Natijahnya nanti apabila orang Melayu Selangor marahkan semua keputusan dan kelakuan Khalid Ibrahim yang boleh dikatakan menghalalkan cara ini, maka dikuatiri berlakulah pelbagai bentuk bantahan yang akan menyemarakkan lagi keadaan. Mari kita senaraikan disini satu per satu diantara keputusan dan tindak tanduk Khalid yang telah menjadi isu kontrovesi dan mainan media disamping mendapat reaksi negatif rakyat melayu Selangor :-

  1. Mengumumkan projek ternakan babi secara besar besaran

  2. Tidak melantik Timbalan MB walaupun pihak istana telah maklumkan bahawa calon mestilah dikalangan wakil rakyat melayu supaya mampu menjadi wakil kepada Sultan atau pun MB dalam sebarang acara hal ehwal agama islam, ada yang melihat keputusan MB sebagai menjaga hati DAP dan sanggup melihat Dr Hassan Ali berputih mata.

  3. Disebaliknya, melantik Theresa Kok sebagai Exco paling kanan dan tempat duduk Yb Kinrara itu dalam Dewan Undangan Negeri pula bersebelahan dengan MB, apakah bermakna Khalid mengiktiraf Theresa sebagai Timbalan MB?

  4. Memberikan portfolio portfolio yang penting kepada Exco Exco kerajaan Selangor bukan melayu sebagai contoh – Perlaburan, Perindustrian & Perdagangan [Theresa Kok], Kerajaan Tempatan [Ronnie Liu], Pelancongan [Elizabeth Wong], Pembangunan Kampung Baru [Ean Yong Hian Wah].

  5. Membiarkan salah seorang Exco, Dr Xavier membuat kenyataan bahawa rumah ibadat semua agama dibenarkan pembinaannya seluas 10,000 kaki per segi dalam kawasan perumahan di Selangor.

  6. Mencadangkan kuota sebanyak 10% untuk bukan bumiputera memasuki UiTM.

  7. Membiarkan beberapa Exco bukan melayu yang diketuai oleh Ronnie Liu mengambil keputusan untuk mengantung Timbalan YDP MPAJ, Abdul Hamid Hussain daripada tugas setelah beliau melaksanakan tanggungjawabnya merobohkan kuil Sri Maha Kaliamman di Ampang dimana tindakan untuk menggantung Abdul Hamid ini telah dipertikaikan sendiri oleh salah seorang Exco, Iskandar Abdul Samad yang menyatakan bahawa tidak ada sebarang mesyuarat Exco diadakan bagi mencapai keputusan tersebut [menjadi tanda tanya apakah ada kuasa Exco mencampuri soal pentadbiran PBT ataupun mereka telah melanggar bidang Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor?]

  8. Khalid Ibrahim dengan angkuh dan sombongnya membuat kenyataan bahawa pemimpin tidak perlu membuang masa menziarah rakyat yang ditimpa kecelakaan dalam tragedi ribut melanda sebuah penempatan perumahan di Klang yang didiami oleh majoriti kaum melayu, tindakannya itu telah mendapat bantahan keras daripada seorang Ahli Parlimen PKR sendiri yang mendesak Khalid memohon maaf diatas kenyataan tersebut.
  9. Mencipta sejarah dengan melantik seorang bukan melayu, Low Siew Moi sebagai pemangku Pengurus Besar PKNS yang belum pernah terjadi dalam pentadbiran anak syarikat kerajaan negeri Selangor sebelum ini.

Itulah adalah diantara kontrovesi beberapa isu panas yang dicipta oleh Khalid Ibrahim semenjak bergelar Menteri Besar Selangor. Sedar atau tidak bahawa apa yang telah dilaksanakannya itu juga boleh merupakan suatu percaturan politik, besar kemungkinan mendapat tunjuk ajar daripada Anwar Ibrahim.

Kalau dikupas daripada perkiraan sifir politik Anwar Ibrahim, parti tunggangannya itu bersama Pakatan Rakyat sudah tidak boleh lagi mengubah selera daripada kaum melayu yang tidak mempercayai perjuangan serta kekuatan gabungan Pakatan Rakyat. Dikalangan pemimpin yang mahu menjadi gurkha gurkha Anwar yakin bahawa hanya dokongan berterusan daripada kaum bukan melayu sahaja boleh menjamin mereka kekal mendapat sokongan tambahan seterusnya memungkinkan mereka merampas kerajaan pusat dalam pilihanraya akan datang.

Adalah lebih munasabah jika dikatakan tafsiran Tsunami Pilihanraya baru baru ini hanya boleh kita berikan kepada peralihan undi kaum bukan melayu. Ini terbukti dengan tersungkurnya ramai pemimpin pemimpin ternama BN seperti Koh Tsu Koon, Samy Vellu, Kaveyas dan ramai lagi Yb Yb daripada MCA dan MIC hilang gelaran tersebut pada Pilihanraya ke 12.

Kalau dikira daripada prestasi parti komponen BN, masih ramai lagi wakil rakyat daripada UMNO kekal samada di DUN atau Parlimen dan ini jelas membuktikan bahawa undi kaum melayu masih tidak beralih arah kepada Pakatan Rakyat. Oleh yang demikian, semua tindak tanduk Khalid Ibrahim selama ini adakah mungkin sekadar mahu menguji kesabaran melayu di Selangor supaya berterusan memprotes dan dalam waktu yang sama senario ini akan menjadikan kaum bukan melayu terutamanya yang masih bersama MCA dan MIC akan melabelkan Melayu dan UMNO hanya mahu memperjuangkan nasib satu kaum sahaja.

Ini amatlah berbeza dengan PKR yang pada awal mukadimah oleh Anwar Ibrahim sendiri sudah memberikan jaminan akan menghapuskan Dasar Ekonomi Baru sekiranya menduduki tampuk pimpinan kerajaan pusat. Sebagai contoh dalam isu PKNS, lihat sahajalah komen daripada beberapa pimpinan MCA yang berada dalam komponen BN….Adakah perlu sebuah parti yang bertunjangkan melayu, UMNO khususnya untuk melatah dan mempamerkan kemarahan kepada semua tindakan Khalid Ibrahim…?

Apakah disebalik sebarang reaksi negatif pimpinan UMNO dan NGO NGO melayu ini kesudahannya nanti akan terperangkap dengan muslihat politik Anwar, bermakna Pakatan Rakyat terus mendapat sokongan daripada kaum bukan melayu untuk memberikan kemenangan lebih besar kepada mereka pada Pilihanraya akan datang. Lihatlah kesannya apa yang terjadi keatas undi kaum cina pada pilihanraya kecil Permatang Pauh setelah Anwar dan Khalid berjaya mainkan isu cadangan 10% - 20% kemasukan kaum bukan melayu kedalam UiTM.

Agak mustahil untuk diterima akal bahawa Khalid Ibrahim sanggup berterusan membuat keputusan demi keputusan yang mengundang kontrovesi serta api kemarahan kaum melayu di Selangor. Semoga UMNO akan lebih berhati hati dengan sifir politik Anwar Ibrahim….., sebarang tindakan daripada Khalid Ibrahim selepas ini haruslah diperhalusi sebaik mungkin!

Medan Info Kita

Rabu, 19 November 2008

Kepimpinan Selangor semakin dicabar



NAMPAKNYA kepimpinan kerajaan campuran negeri Selangor semakin tercabar dari hari ke hari. Mungkin ada yang tidak sedar, hakikatnya itulah yang berlaku di negeri itu hari ini.
Apa tidaknya, bertapa murahnya 'rezeki' kerajaan negeri ini sehingga dilimpahi dengan pelbagai isu yang tidak disukai ramai seperti projek ternakan babi, peruntukan 30 peratus Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk bukan Islam, pelantikan bukan Melayu dalam Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan sebagainya.

Paling terbaru, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Gerakan Reformasi Rakyat Malaysia (Reformis) mengancam untuk mengadakan demonstrasi berbogel di hadapan Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) sebagai tanda protes mereka terhadap kenaikan kadar sewa penduduk Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di seluruh negeri itu. Kalau difikirkan, tindakan NGO itu mengugut untuk bertindak sedemikian mungkin tidak masuk akal dan lucu oleh sesetengah pihak.

Ini kerana, berbogel di khalayak ramai adalah satu perkara yang memalukan di kalangan masyarakat bertamadun dan waras lebih-lebih lagi jika seseorang itu memiliki susuk paras yang kurang enak dipandang. Malah, tindakan sedemikian juga dilarang dan ditegah dalam ajaran Islam selain menunjukkan bertapa rendahnya moral seseorang manusia itu. Namun, jika diteliti ugutan sedemikian realitinya ia tidak akan mungkin dilakukan oleh ahli Reformis berkenaan kerana pastinya mereka ini sudah tentu mempunyai 'air muka' masing-masing.

Tetapi, mungkin itu jugalah cara mereka menyatakan rasa tidak puas hati yang teramat sangat terhadap kerajaan negeri pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas yang dikatakan menekan rakyat negeri itu. Pendirian yang sama turut diutarakan oleh Presiden Reformis, Ramlan Abu Bakar melalui satu kenyataan menjelaskan bahawa ugutan untuk berbogel itu adalah satu simbol bahawa rakyat negeri itu dalam keadaan terlalu tertekan ekoran ketidakprihatinan kerajaan negeri serta kepimpinan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam soal kebajikan di negeri itu.

Katanya, banyak tindakan dan keputusan kerajaan negeri tidak memihak kepada rakyat walaupun telah berjanji untuk menjadikan Selangor sebuah negeri berkebajikan pada pilihan raya umum, Mac lalu. Malah katanya, sehingga tempoh lebih 300 hari memerintah negeri itu, tiada sebarang usaha untuk mencapai sasaran sedemikian rupa lebih-lebih lagi ketika rakyat berhadapan dengan kenaikan kos sara hidup.

"Ini satu cara kami boleh lakukan sebagai satu simbol mewakili golongan pendapatan rendah yang tertekan dalam meneruskan hidup di Selangor yang merupakan sebuah negeri maju," katanya. Menurutnya lagi, di Selangor masih ada rakyat tidak mempunyai kediaman yang sempurna. Malah, ada di antara kediaman mereka tidak kurang seperti pondok kebun durian termasuklah kediaman yang masih dibina di bawah pencawang elektrik serta di tebing-tebing sungai di negeri itu.

Apa yang dikatakan oleh Ramlan itu ada juga benarnya memandangkan Selangor masih lagi mencatatkan bilangan setinggan paling tinggi membabitkan 1,195 keluarga di 10 penempatan seluruh negeri itu setakat Mei lalu. Bagaimanapun, jumlah berkenaan tidak termasuk kawasan setinggan yang tidak dilaporkan melibatkan sembilan kawasan pentadbiran pihak berkuasa tempatan (PBT) di seluruh Selangor.

Sungguhpun begitu, rungutan rasa tidak puas hati oleh NGO berkenaan adalah satu daripada banyak masalah lain yang dikemukakan oleh pihak luar terhadap kerajaan negeri pakatan pembangkang. Banyak pihak turut meluahkan nada yang sama mengkritik dasar pentadbiran baru kerajaan negeri dalam pelbagai perkara seperti mengenepikan soal hak orang Melayu dan bumiputera seperti mana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Hal ini dapat dijelaskan melalui tindakan kakitangan PKNS yang mengemukakan memorandum bantahan kepada kerajaan negeri pada September lalu berhubung pelantikan Low Siew Moi sebagai Pemangku Pengurus Besar anak syarikat kerajaan negeri itu yang didakwa lari daripada matlamat asal penubuhannya untuk meningkatkan taraf ekonomi kaum tersebut di negeri itu.
Kerajaan negeri seharusnya faham bahawa keadaan sedemikian berlaku sebagai 'tanda-tanda awal' penolakan rakyat terhadap pendirian serta pentadbiran kerajaan negeri yang seolah-olah 'cakap tidak serupa bikin'.

Mungkin kerajaan negeri boleh memberi alasan bahawa bantahan dan rasa tidak puas hati yang dikemukakan terhadapnya adalah bermotifkan politik daripada pihak tertentu. Namun, mereka perlu fikir adakah alasan itu benar bermotifkan politik. Bagaimana kalau ia benar-benar datang daripada rakyat negeri itu sendiri.

Jika benar, jelaslah kerajaan negeri hari ini dilihat lebih suka menyalahkan pihak lain apabila berlaku penentangan terhadap mereka. Namun, kerajaan negeri sendiri tidak mahu berusaha mengambil jalan terbaik untuk menyelesaikan rungutan daripada rakyat. Mungkin keadaan sedemikian berlaku kerana kerajaan negeri pimpinan pakatan pembangkang masih lagi khayal dengan kuasa yang diperolehinya selepas pilihan raya umum lalu sedangkan rakyat negeri itu sedikit demi sedikit telah mencabar pentadbiran mereka. - UM

Selasa, 18 November 2008

KERAJAAN SELANGOR TIPU PENDUDUK MISKIN : SEWA PPR NAIK 100%!!!



SHAH ALAM 7 Nov. - Lebih 3,000 penduduk Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kota Damansara dan Lembah Subang di sini, kecewa dengan tindakan Kerajaan Negeri Selangor menaikkan kadar sewa kediaman mereka daripada RM124 kepada RM250 sebulan. Berikutan itu lebih 100 orang mewakili penduduk berkenaan mengadakan demonstrasi di hadapan Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini hari ini, bagi membantah tindakan tidak munasabah itu yang berkuat kuasa sejak Ogos lepas.

Mereka juga menyifatkan kenaikan berkenaan sebagai menambah beban kewangan dan tidak selari dengan konsep negeri berkebajikan yang diuar-uarkan oleh pimpinan pembangkang. Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Bantahan Kenaikan Sewa PPR Kota Damansara dan Lembah Subang, Johari Nander berkata, tindakan kerajaan negeri itu tidak wajar kerana majoriti penduduk di dua kawasan berkenaan berpendapatan kurang daripada RM600 sebulan. Jumlah pendapatan itu, katanya, di bawah garis kemiskinan seperti yang ditetapkan oleh kerajaan negeri iaitu RM1,500.

"Kami bantah kenaikan kadar sewa ini kerana penduduk di kedua-dua PPR ini terdiri daripada golongan miskin, ibu tunggal, warga emas dan sebagainya. "Malah, di antara kami menerima bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Lembaga Zakat Selangor untuk meneruskan kehidupan. "Namun, tindakan kerajaan negeri ini (naikkan kadar sewa) dilihat sebagai tidak prihatin dan tidak mengambil kira bebanan yang ditanggung oleh rakyat terutamanya ketika berhadapan dengan kenaikan kos hidup ketika ini," katanya. Beliau ditemui pemberita di hadapan pintu masuk utama pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di sini, tempat demonstrasi itu diadakan.

Selain mengadakan demonstrasi, Johari turut menyerahkan memorandum bantahan kepada kerajaan negeri yang diterima oleh Ketua Setiausaha Sulit Menteri Besar, Norzatun Aini Mohd. Kassim pada pukul 10.30 pagi ini. "Kita mahu kerajaan negeri memikirkan masalah yang kami hadapi dan kekalkan kadar sewa seperti sebelum ini,'' tegas beliau. Sementara itu, Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan negeri, Iskandar Abdul Samad ketika dihubungi berkata, lebih 2,000 keluarga berpendapatan kurang RM1,000 sebulan yang tinggal di PPR Selangor mungkin akan dikecualikan daripada kenaikan kadar sewa rumah berkenaan.

Beliau menambah, selain keluarga miskin, orang kurang upaya (OKU) dan warga emas juga mungkin dikecualikan daripada membayar kadar baru sewa rumah itu. "Adalah tidak adil untuk kita mengenakan kenaikan ini kepada semua keluarga yang mendiami PPR kerana ada yang tidak mampu dan benar-benar memerlukan bantuan kerajaan negeri. "Saya telah mengarahkan pihak berkuasa tempatan (PBT) mendapatkan maklumat terperinci mengenai PPR ini untuk menentukan status ekonomi mereka sebelum membuat keputusan,'' katanya. - UM

Sabtu, 15 November 2008

Majlis Gotong-royong Kompleks UMNO Bahagian Kuala Selangor

Sabtu : 15-11-2008
Satu Majlis gotong-royong telah diadakan di kawasan Kompleks UMNO Bahagian Kuala Selangor, Kuala Selangor. Majlis ini telah disertai bersama oleh wakil-wakil dari Cawangan UMNO Bahagian Kuala Selangor dan juga ahli-ahli UMNO dari Bahagian Kuala Selangor sendiri. Disamping melakukan kerja-kerja gotong royong, ianya diharap dapat mengeratkan lagi hubungan mesra antara ahli-ahli cawangan dan juga bahagian. Sesungguhnya dengan adanya majlis seperti , ahli-ahli dapat mengenali antara satu sama lain.

Majlis ini turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran YB Datuk Amiruddin selaku Ketua Bahagian UMNO Kuala Selangor dan juga AJK UMNO Bahagian yang lain. Majlis bermula dari jam 8.00 pagi sehinggalah ketengahari. Jamuan sarapan dan makan tengahari juga disediakan oleh ahli-ahli Wanita dan Puteri UMNO.

Gambar 1 : Kompleks UMNO Bahagian Kuala Selangor. Kuala Selangor
Selangor, Darul Ehsan.

Gambar 2 : YB Datuk Amiruddin sedang ditemuramah oleh seorang wakil akhbar.


Gambar 3 : Ahli-ahli Puteri sedang melakukan kerja-kerja mengecat pintu pagar.


Gambar 4 : Kawasan tiang bendera kelihatan bersih selepas kerja-kerja gotong royong.


Gambar 5 : Ahli-ahli sibuk menyediakan minuman Air Kelapa Muda.


Gambar 6 : Kerja-kerja mengutip sampah sedang dilakukan.


Gambar 7 : Ahli-ahli sedang bersarapan sebelum kerja-kerja gotong-royong dilakukan.


Gambar 8 : YB Datuk Amiruddin sedang memerhatikan kerja-kerja yang dijalankan.


Gambar 9 : YB Datuk Amiruddin sedang berbincang untuk pengagihan kerja kepada ahli.


Gambar 10 : Ahli-ahli sedang menjamu selera.


Gambar 11 : Keakraban ahli-ahli terserlah dengan majlis-majlis seperti ini.


Gambar 12 : Pemandangan dari luar Kompleks UMNO Bahagian Kuala Selangor.
Di harap majlis-majlis seperti ini akan menjadi acara tetap setiap tahun didalam kalendar UMNO Bahagian Kuala Selangor. Disamping semangat gotong-royong, ianya dapat mengeratkan lagi hubungan mesra diantara ahli-ahli UMNO. YB Datuk Amiruddin telah menunjukkan satu contoh yang baik kerana sanggup turun kepadang bersama-sama akar umbi melakukan kerja-kerja gotong-royong. Sesungguhnya inilah yang ahli-ahli harapkan dimana wakil rakyat yang berjiwa rakyat senang didekati dan didampingi. Semuga ianya menjadi contoh kepada wakil-wakil rakyat BN Selangor yang lain.
Ketua Penerangan
UMNO Cawangan Bandar Puncak Alam.


















Khamis, 13 November 2008

Obama II Sepet, apa kata Anwar?

Rupa-rupanya kemenangan calon Demokrat Barack Obama sebagai Presiden Amerika Syarikat yang ke 44 bukan sahaja mengujakan kaum kulit hitam di Amerika, tetapi turut mengujakan kaum kulit putih di Malaysia.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang menganggap kejayaan Obama seorang kulit hitam sebagai Presiden Amerika Syarikat seharusnya dijadikan teladan politik di Malaysia. Mereka ini berpendapat Amerika Syarikat telah menunjukkan kepada dunia bahawa kaum minoriti mempunyai peluang bersaing dengan kumpulan majoriti malah telah mengatasi halangan besar bagi memenangi jawatan tertinggi negara itu.

Apakah ini bermakna, secara diam-diam selama ini, Lim Kit Siang bercita-cita untuk menjadi PM ? Sebelum ini tidak diluahkan secara terang, tetapi setelah kemenangan Obama, wakil kaum kulit putih di Malaysia pun secara terbuka mengumumkannya. Sebelum ini yang kencang menawarkan diri bukan Lim Kit Siang tetapi Anwar Ibrahim dengan segala perancangan yang kononnya rapi, target 16 September, tetapi tidak menjadi kenyataan.

Apa pula perasaan Anwar apabila seorang lagi rakan pakatannya menawarkan diri menjadi PM? Sudah tidak percaya dengan kewibawaan Anwar kah, hingga terpaksa calon alternatif berkulit putih pula menawarkan diri ?

Begitulah resam Pakatan Rakyat, sentiasa mencari peluang untuk kepentingan diri. Walau nampak manis di depan, tetapi di belakang belum tahu. Walaupun pada permukaan bersetuju melantik Anwar sebagai bakal PM, tetapi di dalam hati, di belakang belum tentu. Siapa tidak mahu jadi PM, semua orang politik tergila-gila jadi PM, walaupun tidak layak. Anwar Ibrahim sendiri, sudah menawarkan diri jadi PM sejak tahun 1998. Ketika itu, satu tangga lagi, nak sampai ke takhta PM, tetapi jatuh tergolek terpaksa menjadi "PM" di Sungai Buloh.

10 tahun berlalu, tetapi cita-cita Anwar mahu jadi PM tidak pernah luput. Beritahu semua penyokong bahawa akan jadi PM pada 16 September. Beritahu seluruh dunia, 16 September yang lepas sepatutnya telah jadi PM, tetapi masih seperti dahulu, cita-cita hanya tinggal cita-cita, masih tidak kesampaian. Ada orang berkata Anwar tidak boleh jadi PM, kerana terlalu angkuh, kerana mengambil kuasa Tuhan boleh menentukan tarikh bilakah akan jadi PM. Kata orang lagi, jika Anwar tidak angkuh dan mampu bersabar serta berserah kepada Tuhan, mungkin 10 tahun lepas, dia telah menjadi PM.

Ketika Anwar laungkan mahu jadi PM, 16 September, orang yang tidak menyokongnya ialah Ibrahim Ali. Sepatutnya Ibrahim Ali menyokong Anwar jadi PM, 16 September kerana mereka berdua pernah berkawan baik dan sama-sama dipenjarakan di Kemunting. Sepatutnya orang yang pernah sama-sama berdemonstrasi, sama-sama menginap di Kemunting akan lebih kenal mengenal dan saling bantu membantu kerana dulu perjuangannya sama. Sama berdemo, sama dipenjara, sama masuk UMNO, sama dipecat UMNO, sama pandai berpidato, tetapi tidak sama tentukan siapa bakal PM.

Jadi kalau kawan baik sendiri seperti Ibrahim Ali, tidak sokong Anwar jadi PM, bermakna ada sesuatu yang tidak kena dalam fikiran kawan baiknya itu, tetapi tidak diluahkan, demi menjaga air muka. Secara lantang, Ibrahim Ali melaungkan dia akan sokong Haji Hadi jadi PM, walaupun dia tahu, Anwar dan para penyokongnya menobatkan pemimpin defacto PKR itu jadi PM.
Haji Hadi lebih bijak, walaupun disokong Ibrahim Ali jadi PM, tetapi Hadi membalas dengan tersenyum, "Saya tak mahu menjadi PM Mat Jenin".

Apa-apa pun Anwar akan terus diam jika melibatkan soal orang melayu kerana menjaga hati penyumbang undi terbesar. Anwar akan terus diam dan diam tentang pencabulan hak orang melayu dan Islam demi mengejar takhta. Tapi akan terus melalak memaki hamun kerajaan selagi impiannya tak sampai.Gayanya seperti orang membaling batu sembunyi tangan.
Membenarkan maruah Islam dan Melayu diinjak-injak tetapi menafikannya dan berdiam diri, Ini bukan pemimpin sejati, ini pemimpin untuk tekak sendiri.

Tiada Obama minoriti di Singapura

Singapura ini dulu Temasik namanya. Sang Nila Utama adalah Raja Melayu yang pernah memegang tampuk kuasa di sana beratus tahun dahulu. Baginda berasal dari Sumatera dan bertanggungjawab dalam membuka negara pulau ini, Bagindalah menukar namanya dari Temasik ke Singapura. Memerintahnya selama 48 tahun dan mangkat serta dimakamkan di Bukit Larangan di pulau tersebut.

Dari Sang Nila Utama pulau ini bertukar tangan, melalui berbagai perubahan, dijajah, bergolak dan kini berdiri atas nama Republik Singapura. Tiada lagi Raja Melayu yang bersemayam di sini malah kuasa politik Melayu pun sudah semakin mengecil. Dari bumi Melayu, Singapura melalui evolusinya sendiri, menjadi masyarakat berbilang kaum dan kini didominasi oleh kaum Cina yang memegang tunggak kuasa lantaran besarnya bilangan mereka di sana hari ini. Itulah realiti politik Singapura hari ini.

Artikel ini ditulis tanpa mahu melelehkan sebarang sentimen perkauman takut nanti dicap "racist", kerana kini jika mempertikaikan kaum selain Melayu, akan dicop sebagai "racist" tetapi apabila Non-Malays mencaci, menghina, mempertikai agama dan bangsa Melayu tidak pula dicop sebagai "racist", "Demokrasi" kata Non-Malays begitu juga ada Melayu yang menyokongnya. Jadi sekadar mahu menunjukkan berbezanya sungguh suasana antara kita dan negara jiran kita itu.

Sabtu lepas PM Singapura Lee Hsien Loong telah hadir dalam satu majlis bersama pemimpin-pemimpin akar umbi Melayu di sana, berkebutlan kehadiran beliau dalam suasana Amerika Syarikat baru menyaksikan seorang kulit hitam (yang merupakan penduduk minoriti di Amerika) menang menjadi Presiden negara yang didominasi sebelum ini oleh warga kulit putih.
Lalu dalam majlis tersebut beliau ditanya apakah Singapure bersedia untuk menerima seorang dari kaum minoriti menjadi PM. Kata Lee boleh tetapi tidak dalam waktu yang terdekat. Alasannya masyarakat Singapura masih terdorong dengan isu perkauman walaupun ia sudah semakin berubah.

Suatu ketika dahulu semasa Lee seorang Jeneral dalam Tentera Singapura, ada dilontarkan pertanyaan apakah Tentera Udara Singapura bersedia mengambil anak Melayu Singapura menjadi juruterbang jet penggempurnya (fighter pilot), kata Lee ketika itu, Singapura belum bersedia kerana bimbang akan ketaatan juruterbang itu kiranya Singapura bertegang dengan negara jirannya!

Di simpulkan selagi PM ini menjadi PM Singapura, memang tiadalah tempat buat golongan minoriti di sana, khasnya orang Melayu. Ini berbeza dengan sejarah Obama kerana orang kulit hitam tidak pernah menjadi kaum majoriti di Amerika sedangkan Sang Nila Utama pernah menjadi Raja!

Obama menawarkan diri jadi Presiden Amerika buat pertama kali dan terus berjaya, tetapi Anwar mengambil masa 10 tahun dengan beberapa kali percubaan tetapi masih gagal. Setelah Anwar masih gagal, muncul pula Obama II Sepet berkulit putih, Lim Kit Siang pula menawarkan diri.
Bolehkah Anwar memberi laluan kepada Obama II Sepet berkulit putih dari Malaysia itu menjadi PM, sedangkan Anwar siang malam bermimpikan istana Putrajaya dan sedang berusaha siang malam menangkis untuk tidak bertahta kembali di singgahsana istana Penjara Malaysia (PM) yang bakal menanti beliau jika gagal mempertahankan kes liwasssnya? -Suara Politik

Rabu, 12 November 2008

Pas ditipu Anwar ditipu DAP

Patutkah penyokong Melayu-Islam UMNO bersimpati kepada penyokong-penyokong Melayu-Islam PAS? Kerana mereka terang-terang ditipu oleh pemimpin-pemimpin mereka dan si Penipu nombor wahid negara si Anwar Ibrahim. Mereka juga Melayu, mereka juga Islam sama seperti Melayu-UMNO.


Dilihat penyokong-penyokong PAS kini membabi-buta menyokong Anwar Ibrahim hingga sampai ke tahap yang boleh kita kata sebagai taksub. Segala-gala perkara yang dibuat Anwar Ibrahim benar, dan bagi mereka tak mungkin dia berbohong.

TAHUKAH, DAHULU ANWARLAH YANG LANTANG MENGHINA PAS. Sama ada melalui media atau di dalam Parlimen, banyak kata-kata yang Anwar tujukan yang terang-terang menghina PAS.
  • "Pas gagal hormati prinsip Islam."
  • "Penyokong-penyokong Pas telah di brainwashed dan fanatik."
  • "Pas gagal majukan umat Islam."
  • "Pas suka gunakan slogan-slogan kosong."
  • "Dakwah Pas bukan cara Islam."
  • "Hujah Pas timbulkan fitnah"
  • "Pas hanya tonjol imej Islam palsu"
  • "Pas rela korbankan umat Islam"
  • "Pas telah ketepikan prinsip dakwah"
  • "Pas khianati orang Melayu"
  • "Pas tak ada akhlak"
Adakah para ahli dan penyokong PAS marah apabila dengar kata-kata sebegitu? Jika ya, maka ahli-ahli dan penyokong PAS patut marah kepada si penipu Anwar Ibrahim, KERANA ANWARLAH YANG MENGATA SEGALA PERKARA DI ATAS TERHADAP PAS.

Berikut adalah petikan-petikan daripada akhbar, semasa Anwar dalam kerajaan.

Pas gagal hormati prinsip Islam

KUALA LUMPUR, Jumaat - Pas tidak menghormati peraturan dan prinsip moral Islam kerana berdiam diri apabila kerajaan Iraq yang disokongnya, melakukan keganasan terhadap rakyat sendiri, khususnya kaum Kurdis. Naib Presiden Umno, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata Pas hanya mendewa-dewakan kepemimpinan Iraq tetapi menutup perkara sebenar mengenai keganasan dalam negeri yang dilakukan oleh kerajaan negara itu. (Berita Harian, 04/05/1991)

Anwar: Supporters of Pas brainwashed

KUALA TERENGGANU, Thurs. - Pas has succeeded in poisoning the minds of its supporters by not allowing them to question the credibility of statements made by party leaders in Harakah, its in-house newspaper, Finance Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim said today. He said Pas had used Harakah to criticise the Government's Islamisation effort to cover its own weaknesses. This was also why some of its supporters had become fanatics. (New Straits Times, 17/04/1992)

Pas gagal majukan umat Islam

RAUB, Selasa - Naib Presiden Umno, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Pas masih gagal melaksanakan program memaju dan membangunkan umat Islam sekalipun sudah menguasai satu negeri di negara ini. "Tiada gunanya asyik bercakap mengenai Islam sedangkan rancangan untuk mengangkat martabat umat Islam ke tahap tinggi tidak ada," katanya. (Berita Harian, 25/08/1993)

Kepada penyokong PAS, jangan percaya kepada pemimpin PAS, kerana Anwar kata mereka menipu rakyat.

Anwar bidas taktik kotor Pas

DUNGUN, Isnin - Datuk Seri Anwar Ibrahim, membidas taktik kotor pemimpin Pas yang sanggup berbohong dan menipu rakyat menggunakan ayat al-Quran semata-mata untuk memenangi kerusi dalam pilihan raya. Timbalan Perdana Menteri, berkata antara contoh penipuan ke atas rakyat berhubung cadangan kerajaan mahu membuang perkataan Islam daripada Pas, tetapi pemimpinnya membohongi rakyat dengan menyatakan kerajaan mahu membuang Islam. (Berita Harian, 24/01/1995)

Pas hanya tonjol imej Islam palsu

PASIR PUTEH, Isnin - Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, Pas hanya menyubur dan menonjolkan imej Islam palsu kerana di kalangan kepimpinannya penuh perbuatan menyeleweng, jahil atau menyembunyikan fakta sejarah dan kebenaran. Timbalan Perdana Menteri berkata, pemimpin Pas juga mempersendakan ayat al-Quran dan hukum, suka memaki hamun tetapi tidak pernah mengemukakan cadangan bernas, tidak pernah serius memperjuangkan nasib rakyat, malah sebaliknya menindas serta memesongkan akidah mereka. (Berita Harian, 21/03/1995)

Pas rela korbankan umat Islam: Anwar

KUALA TERENGGANU, Ahad - Pas rela menggadaikan masa depan umat Islam di negara ini apabila parti itu sanggup bekerjasama dengan DAP dan Parti Bersatu Sabah (PBS), kata Datuk Seri Anwar Ibrahim. Menurut Timbalan Perdana Menteri, tindakan Pas meletakkan calonnya di kawasan majoriti bukan Islam di Pulau Pinang dan Sabah dalam pilihan raya sebelum ini sama dengan mengkhianati agama, maruah dan masa depan umat Islam di negara ini. (Berita Harian, 03/04/1995)

Yang hairannya, Anwar sekongkol dengan DAP sekarang boleh pulak? Nampaknya demi kuasa, Anwar heran apa maruah dan masa depan orang Melayu....

Anwar seru rakyat tolak Pas

HULU TERENGGANU, Selasa - Rakyat diminta menolak Pas kerana bersandiwara kononnya memperjuangkan kepentingan umat dan syiar Islam sedangkan pada masa sama membantu DAP melenyapkan kepentingan serta masa depan orang Melayu di Pulau Pinang, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim. (Berita Harian, 19/04/1995)

Tengok. Anwar pun mengaku DAP melenyapkan kepentingan orang Melayu.

Pas khianati orang Melayu

CENDERING, Rabu - Tindakan Pas menggunakan perantaraan Parti Melayu Semangat 46 (S46) untuk bekerjasama dengan DAP mengkhianati dan mengorbankan masa depan orang Melayu dan umat Islam di negara ini. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata kerjasama itu membuktikan seluruh pegangan Pas terpesong dan sanggup menggadai prinsip parti itu sendiri. (Berita Harian, 20/04/1995)

Pas cemar ukhuwah Islam

BACHOK, Rabu - Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan Pas menjalankan tarbiyah terhadap pemimpin dan ahlinya yang semakin ramai terpesong daripada ukhuwah atau persaudaraan Islam yang sebenar. Beliau berkata kebelakangan ini ramai pemimpin Pas mendakwa menjalankan prinsip dan perjuangan Islam, tetapi hakikatnya ia jauh menyeleweng. (Berita Harian, 20/04/1995)

Parti lawan tak ada akhlak

KUALA LANGAT: Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan tindakan Pas memburuk- burukkan pemimpin Barisan Nasional (BN) dengan gelaran menghina, sebagai tidak berakhlak dan menunjukkan kelemahan parti itu yang mendakwa memperjuangkan Islam. Timbalan Perdana Menteri berkata, BN tidak pernah mengamalkan prinsip memburuk-burukkan orang lain, terutama sesama Islam kerana amalan itu tidak ada kesudahannya. (Harian Metro, 21/04/1995)

Lihatlah perangai Anwar. Bukankah ini menunjukkan Anwar penipu terbesar Malaya? Bukankah pemimpin-pemimpin PAS dulu seangkatan dengan Anwar semasa zaman Anwar sebagai ahli politik mahasiswa? Namun bila Anwar berkuasa, rakan-rakan lamanya di PAS dihina. Semasa PAS tak diperlukan, Anwar mencaci PAS sebagai pengkhianat kepada umat Melayu. Anwar sendiri tahu apa agenda DAP, tapi demi kuasa sekarang ini dia sanggup biarkan DAP berleluasa.

PULAU PINANG MARKAZ PELIWAT (GAY)

Homoseksual di sebalik pusat kecergasan.

Begitulah rahsia dua buah pusat kecergasan di Pulau Tikus dan sebuah lagi di Prai yang dibongkar oleh polis kelmarin. Dalam tiga serbuan berasingan bermula pukul 5 petang hingga 8.30 malam itu, lebih 70 lelaki termasuk dua rakyat warga asing dipercayai kalangan homoseksual ditahan. Semasa diserbu ketiga-tiga buah pusat kecergasan yang menyedia khidmat sauna dan spa itu kelam-kabut kerana sebahagian daripada pengunjungnya sedang beraksi tidak senonoh dengan pasangan masing-masing di dalam bilik. Malah ada di kalangan mereka hanya bertuala semasa serbuan.Polis yang memeriksa ketiga-tiga pusat kecergasan tersebut juga menemui kondom-kondom baru dan kondom lama serta losyen. Dua buah pusat kecergasan yang diserbu di Pulau Tikus terletak dalam jarak kira-kira dua kilometer antara satu sama lain.

Bagaimanapun dipercayai ketiga-tiga buah pusat kecergasan tersebut dimiliki orang berlainan. Hanya servis 'ekstra' yang ditawarkan sama. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Senior Asisten Komisioner II, Wan Abdullah Tunku Said berkata, kesemua lelaki yang ditahan berusia 20 hingga 50-an. Menurut beliau, kesemua mereka ditahan dalam satu operasi sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah negeri bermula pukul 5 petang hingga pukul 8.30 malam. (KOSMO ONLINE)

ULASAN:

Mungkin penyokong PKR tidak terkejut dengan pendedahan ini kerana kemungkinan besar kumpulan GAY ini mula berani berkampung kerana BIG BOSS mereka ada di Pulau Pinang. Sewaktu Pilihanraya Permatang Pauh, ada diberitakan bahawa ramai dikalangan kumpulan GAY datang ke Permatang Pauh untuk memberi sokongan kepada Anwar. Mengapa? Mungkin ramai seakan tidak percaya. Tetapi sekarang, jelas terbukti bahawa Pulau Pinang dibawah Pakatan Rakyat yang dikuasai DAP melindungi aktiviti kaum Nabi Luth.

Ini adalah kerana laungan Demokrasi dan Kebebasan menjadi wadah manifesto DAP yang menyatakan "Lindungi hak kebebasan beragama, penyelenggaraan rumah-rumah ibadat, masyarakat madani dan identiti kepelbagaian budaya kita". Apakah maksud "identiti kepelbagaian budaya kita" membawa maksud menghalalkan perbuatan kepelbagaian agama-agama mereka?

DAP LINDUNGI PUSAT HIBURAN MILIK BANGSA MEREKA

DAP Malaysia sedang berusaha membawa maksiat ke Pulau Pinang

Di Miami pun ada Democratic Party, lebih kurang sama jugalah kedua-duanya pro-maksiat dan mungkar. Masalah pusat hiburan di Pulau Pinang pernah didedahkan oleh Pemangku Ketua Polis Negeri, Dato' Salleh Mat Rashid bahawa kebanyakan permis hiburan melanggari syarat dan melaksanakan berbagai kesalahan sosial seperti penyalahgunaan dadah dan pelacuran secara luas.

Sebanyak 102 buah pusat hiburan tertumpu pada tiga lokasi iaitu di Daerah Timur Laut, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan (kita semua sedia maklum bahawa pemilik pusat hiburan ini ialah orang bukan bumiputra dan mereka sungguh berlagak kerana negeri ini ditadbir oleh DAP). DAP membawa Pulau Pinang merenung ke arah Taiwan dan Hong Kong. Pulau Pinang akan berubah ke arah sebuah Negeri seakan-akan Las Vegas tidak lama lagi sekiranya masalah hiburan haram ini tidak di atasi.

Kenyataan Ketua Polis Negeri, Dato' Ayub Yaacob juga harus diberi perhatian kerana terdapat permis hiburan mempermainkan tindakan penguatkuasa apabila tidak menghiraukan tindakan sepertimana yang berlaku di Jin Bei Hotel dan Pub No 151, Jalan Burmah, Georgetown yang telah diserbu sebanyak tujuh kali tetapi terus beroperasi. (bagaimana mereka nak takut...mereka sendiri dilindungi oleh beberapa oang kuat parti pemerintah negeri Pulau Pinang sekarang).

MPPP yang menjadi nadi dalam hal ini harus menyemak semula lesen pusat hiburan kerana banyak yang beroperasi secara haram dan melanggari syarat yang diberikan mengikut Warta Kerajaan dalam Enakmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan 1998, Peraturan Hiburan Pulau Pinang 2001," ujarnya.

Dulunya PAS memperkatakan perlu ditutup kilang-kilang arak, judi dan maksiat dan kini apabila Selangor yang dikuasai PKR yang bertopengkan DAP tidak pula kedengaran suara-suara Nik Aziz, Hadi Awang dan penyokong-penyokong PAS membantah kepada Anwar. Begitu juga di Perak yang kini sedang bercambah pusat-pusat hiburan dan terdapat juga rumah-rumah ibadat yang sedang dalam proses pembesaran. Berbagai tohmahan kepada UMNO dulu kini berbalik kepada PAS.

TIAN CHUA AKUI PKR SEKULAR.

PAS berselongkol dengan parti SEKULAR pemusnah ISLAM

Kesilapan besar Nik Aziz adalah kerana terlalu mempercayai kumpulan Erdogan di dalam PAS. Husam, Kamaruddin, Mahruz adalah pembawa Sekular Moden ala Mustafa Kamal Artatuk di dalam PAS. Nik Aziz sanggup menangis semasa doanya dihadapan ribuan penyokong di stadium pada Pilihanraya, tetapi tidak pula menangis apabila umat Islam dan Melayu diganggu-gugat oleh orang kafir DAP dan Melayu-Islam PKR yang menjadi pengkhianat agama, bangsa dan negara.

PAS sedang berarak ke arah Sekular dan juga PAS sedang menyanjung PKR, bapa Sekular Moden dan pengikut setia YAHUDI AMERIKA yang diketuai oleh Anwar. Tangisan Nik Aziz yang hanya memberi makna kepada politik sahaja dan bukannya iklas untuk perkembangan Islam. Niz Aziz menyatakan UMNO Nasionalis, tetapi PKR sendiri mengakui secara terang-terangan mereka Sekular. Kini PAS berselongkol dengan Sekular, maka PAS sedang menuju kecelakaan besar.

PKR telahpun menyerlahkan sikapnya dan sikap kebanyakkan ahli PKR yang anti perjuangan Islam yang di suarakan oleh ahlinya apabila Zulkifli Nordin di katakan mempertahankan Islam yang tidak sesuai dengan perjuangan yang di bawa oleh PKR, sikap PKR ini telah di serlahkan oleh TIAN CHUA dalam The Star pada 26 Oktober 08, antara lain Tian Chua mengatakan bahawa Zulkifli Nordin tidak boleh bersuara seolah-olah sama dengan suara parti PAS sedangkan dia adalah parti PKR yang sekular dan berbentuk pribadi Anwar Ibrahim dan Tian Chua tidak gemar Zulkifli berpolitik cara PAS.

Yang lebih hebatnya ialah kebanyakkan orang cina tidak suka cara PAS berpolitik dan lebih-lebih lagi jika orang PKR berpolitik cara PAS, di katakan juga ramai di kalangan orang melayu yang ada di dalam PKR tidak suka kepada perjuangan cara PAS. PAS sepatutnya memikirkan satu pendekatan bersatu dengan UMNO untuk memastikan sikafir-kafir merbahaya ini tidak membaham Islam.

Mufti Perak sendiri melihat bahawa gabungan PAS dan UMNO di Perak adalah jalan pembuka kepada penyatuan Melayu seterusnya melahirkan kekuatan dalam Islam. Islam kuat kerana penganutnya. Islam akan lemah sekiranya penganut Islam di dalam UMNO dan PAS bertelagah. Walaupun ramai soldadu PKR di dalam PAS, ini tidak bermakna PAS tidak boleh bersatu dengan UMNO. PAS akan terus dibaham dengan pendekatan sekular PKR sedikit demi sedikit apabila tidak mahu mengadakan perbincang sesama Islam di dalam UMNO yang pada masa kini menjadi ketua pemerintah Malaysia yang beragama Islam.

Bayangkan Tian hua seorang Ketua Penerangan PKR pusat mengakui bahawa PKR ialah sekular. Jelaslah sekarang PAS adalah generasi awal Mustafa Kamal Artatuk. DAP sedang menjadikan Anwar sebagai jambatan merentasi PAS sebagai laluan menjadikan Malaysia dibawah jajahan kuasa mereka iaitu untuk menrealisasikan agenda PAP. Kini PAS dilihat berada dibawah jambatan diantara DAP dan PKR tanpa PAS dan penyokong-penyokong taksub mereka sedari taktik "command and conquer" DAP yang kini lebih terserlah untuk menghakis hak-hak Melayu dan mempertikaikan agama Islam.

Ini berlaku kerana Anwar telah mengatakan akan menjadi PM pada 16 Sept 2008 lepas walaupun semua tahu ia hanyalah pembohongan besar walaupun terpaksa menetapkan tarikh baru atau pada bila-bila masa. Dengan syarat PAS atau pun Pakatan Rakyat iaitu mestilah seorang Islam yang layak menjadi PM, DAP telah menggunakan Anwar sebagai jabatan memberi sokongan maximum kepada Anwar sebagai bakal PM dan bukannya dari golongan PAS disebabkan ideologi yang berbeza dan DAP lebih menerima ideologi PKR dari PAS.

Jika ianya berlaku, maka corak pemerintahan DAP akan menggunakan cara pemerintah "back door" yang sama seperti apa yang terjadi kepada Selangor dan Perak kini. Ramai berpendapat yang dulunya memangkah PKR (bagi yang sedar percaturan politik DAP) pada pilihanraya ke12 kononya untuk perubahan mula menyesal kerana DAP yang merubahkan segalanya menggunakan platform PKR dan PAS. Yang dikejar tak kesampaian, yang dikendong keciciran.

Adakah penyokong PKR dan PAS dapat menyangah perkara yang sedang dilakukan DAP ini? Jadi, apa kata penyokong PAS? Masih nak sokong, diperguna, diper'donkey, ditunggang, ditipu, dipermacai oleh Anwar yang sedang dipergunakan oleh DAP untuk menghancurkan Melayu-Islam?

Suara Politik

Selasa, 11 November 2008

Demokrasi Tulen Anwar?

Dua Negara Muslim yang diiktiraf Anwar Ibrahim sebagai Negara Terbaik Demokrasi adalah Turki dan Indonesia. Anwar bersama Perdana Menteri Turki Recep Teyyip Erdogan dan Abdullah Gul meraikan kemenangan bersejarah Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP) pada Julai 2007. Anwar selalu mengecam pemerintahan Suharto yang dianggap diktator.

Amin Rais kawan rapat Anwar meniupkan gelombang reformasi yang menjatuhkan Suharto. Kemudian Amin Rais melobi kenaikan Gus Dur menjadi Presiden Indonesia dari tahun 1999 - 2001. Sejak itu menurut Anwar demokrasi mula tersemai di Indonesia. Berikut adalah kenyataan Anwar mengenai demokrasi tulen di dunia Muslim.

Menyemai benih demokrasi tulen di dunia Muslim

Oleh Anwar Ibrahim

Semenjak 9/11, Amerika Syarikat telah menjalankan apa yang dinamakan oleh White House (Rumah Putih) satu "strategi hadapan untuk kebebasan" berdasarkan kepercayaan bahawa matinya demokrasi di negara Muslim telah membawa kepada penyebaran beban maut ekstremisme Islam. Satu percubaan yang berani walaupun kemenangan ideologi yang amat sukar terhadap Eropah Timur semasa Perang Dingin, Amerika (AS) sekali lagi telah mencuba untuk membangkitkan demokrasi di luar negara bagi memastikan keselamatan di negara sendiri.

Namun, sebagai yang pertama kembali dalam usaha pendemokrasian di negara Muslim, terdapat kebimbangan yang semakin meningkat terhadap AS tentang ciri-ciri hasil akhir yang mulai tumbuh iaitu kerajaan yang dipilih dengan bebas. Sesetengahnya telah mula mempersoal sama ada negara-negara tersebut mempunyai kebolehan semula jadi untuk mempertahankan demokrasi.

Walaupun tidak dapat dinafikan bahawa usaha AS untuk perubahan telah memberikan sumbangan penting dalam pembangunan di Timur Tengah, kebimbangan semakin meningkat di mana golongan radikal mungkin akan merampas demokrasi. Kejayaan pilihan raya golongan Islamik baru-baru ini di Iran, Mesir dan Wilayah Palestin telah menimbulkan pertanyaan tentang keupayaan kuasa liberal untuk mengatasi kumpulan fundamentalisme (kumpulan penyokong asas agama).

Untuk Amerika Syarikat, kebimbangan tersebut sememangnya benar, walaupun mungkin dihebahkan dengan slogan Islamophobia (ketakutan terhadap ajaran Islam) : Bagaimana teruknya satu ironi akan berlaku sekiranya usaha yang hebat ini dalam menyebarkan kebebasan di luar negara menimbulkan kesan negara AS sebagai anti-Islam terhadap Syariah, atau undang-undang Islam, kepada orang-orang mereka.

Contoh kemenangan Hamas di Gaza dan Tebing Barat menggambarkan kesukaran yang jelas. Tetapi ia akan menjadi tafsiran yang salah untuk menganggap bahawa demokrasilah yang telah memilih ekstrimisme Islam. Lebih tepat, ianya disebabkan oleh rasuah dan salah guna kuasa selama bertahun-tahun dalam pentadbiran yang dipimpin oleh Fatah menyebabkan Hamas diundi untuk berkuasa.

Sekiranya amalan demokrasi adalah untuk meluahkan rasa tidak puas hati dan kemarahan orang ramai terhadap kuasa yang ada, maka hasilnya merupakan penyelesaian yang sudah pasti. Biarkan ia seperti yang dikehendaki, sesetengah yang mengatakan bahawa "kestabilan" bukan kebebasan adalah apa yang perlu dipromosikan oleh AS di seluruh dunia Islam.

Pada pandangan mereka, memenangi pilihan raya demokrasi tidak bermakna mereka secara terus memenuhi kehendak AS di luar negara, khususnya dalam perang ke atas keganasan, dan bahawa hati dan minda pengganas dan pengebom berani mati tidak dapat diubah dengan kebaikan demokrasi.

Mereka mengatakan perang menentang keganasan mesti dilancarkan dengan tangan besi, bukan sarung tangan kanak-kanak yang ditenun daripada fabrik kebebasan berperlembagaan.
Kesemua pandangan terhadap demokrasi dan kestabilan dalam dunia Muslim bukan sahaja salah tetapi membawa kepada kematian.

Dalam satu jalan, strategi Washington mungkin dilihat sebagai menebus dosa-dosa yang lalu, ketika AS merupakan batu penghalang kepada demokrasi di Timur Tengah. Iran berada dalam demokrasi pada 1953 apabila rampasan kuasa yang didalangi CIA yang telah menukarkannya kepada monarki mutlak.

AS juga telah menyokong kezaliman di wilayah-wilayah, termasuk, Saddam Hussein. Kesemua ini di atas nama kestabilan dan keselamatan dalam konfrontasi selama berdekad-dekad dengan blok komunis.

Adakah Washington benar-benar terperangkap di antara Scylla (raksasa laut) yang menyokong diktator dan Charybdis (juga raksasa laut) yang menggalakkan demokrasi yang boleh membawa radikal Islam ke tampuk kuasa?

JAWAPAN TERBAIK kepada soalan sama ada Amerika perlu menilai kembali strateginya di Indonesia dan Turki, contoh yang memberangsangkan dalam memperlihatkan kemampuan mereka untuk demokrasi Muslim.

Tujuh tahun yang lepas, Indonesia terlibat ke dalam demokrasi selepas kepimpinan diktator kuku besi lebih daripada 30 tahun . Sebagai sebuah negara Muslim terbesar di dunia, ia mungkin berdiri sebagai fenomena politik yang paling penting dalam sejarah demokrasi kebelakangan ini.
Rakyat Indonesia telah membuang undi sebanyak 2 kali sejak itu, dan mereka dengan berjaya menolak radikal Islam, yang cuba untuk menaikkan agenda mereka melalui jalan lain. Sekali lagi, perkara tersebut telah berhadapan dengan laungan "tidak" oleh rakyat Indonesia, termasuk pertubuhan Islam yang utama.

Media Indonesia bebas, dan pilihan raya adalah adil. Asas kebebasan yang termaktub dalam perlembagaan dan dihormati dan diiktiraf sepenuhnya oleh yang memegang kuasa. Sebagai contoh, tidak seperti negara jiran Malaysia, rakyat Indonesia boleh berkumpul untuk memprotes keputusan kerajaan atau dasar tanpa bimbang terhadap tindakan balas. Penahanan secara rambang dan penahanan politik tidak pernah didengar.

Dengan demokrasi yang belum matang, Indonesia dan Turki masih mempunyai perjalanan yang jauh. Di Indonesia, ia dalam keadaan memenuhi objektif sosioekonomi demokrasi yang hanya akan berlaku. Di Turki, sekatan kewujudan ketenteraan yang tidak terbatas telah membantu dalam menaikkan negara tersebut dalam European Union (Kesatuan Eropah). Walau bagaimanapun, sekarang mereka berdiri sebagai penunjuk, untuk kedua-dua negara Muslim dan untuk mereka yang cuba untuk membantu mereka.

Untuk berjaya dalam usahanya menyebarkan kebebasan, AS mesti ingat bahawa demokrasi berperlembagaan tidak dapat berakar umbi dalam sebuah masyarakat, sama ada sekular atau Islamik, tanpa komitmen yang kuat daripada mereka yang memegang kuasa secara politik untuk melindungi hak asas- asas untuk kebebasan, persamaan dan kebebasan untuk semua.

Penyemaian demokrasi yang sebenar memerlukan lebih daripada pengenalan pilihan raya semata-mata. Ia juga memerlukan kewujudan proses demokratik dan padang permainan politik yang sama rata. Ia memerlukan jaminan pengagihan kuasa dan kebebasan sistem kehakiman daripada cengkaman pemimpin kuku besi dan zalim. Yang amat penting, ia memerlukan perlindungan terhadap kebebasan asas dan media yang bebas.

Ianya merupakan prasyarat demokrasi yang mana AS dan dunia Muslim perlu berikan, dengan lebih usaha-usaha yang penting, untuk menjadi punca kepada kebebasan yang sebenar-benarnya.

-Anwar Ibrahim

Soalan UPSR (2) rakyat:

Setelah membaca lontaran fikiran Anwar Ibrahim yang ditulis pada 25 Mac 2006 di Angeles Times bertajuk "Cultivating the seeds of democracy" ada beberapa persoalan yang bermain di minda rakyat:

1. Adakah Anwar Ibrahim menyokong atau menentang Projek White House melancarkan satu "strategi hadapan untuk kebebasan" terhadap dunia Islam berasaskan kepercayaan Amerika bahawa matinya demokrasi di negara Muslim telah membawa kepada penyebaran beban maut ekstremisme Islam ?

2. Benarkah Dunia Islam telah mati demokrasi (kecuali Turki dan Indonesia yang Anwar iktiraf) sehingga memunculkan kumpulan ekstrimis Islam?

3. Apa kelayakan Anwar menuduh hanya Turki dan Indonesia yang mengamalkan demokrasi, sedangkan semua negara Islam lain telah mati demokrasinya?

4. Apakah piawaian takrif "demokrasi" menurut kaca mata Anwar ? Adakah piawaian berdasarkan kaca mata Amerika atau Al Quran dan Sunnah?

5. Benarkah dakwaan Anwar kumpulan ekstimis Islam benar-benar wujud? Kalau wujud apakah ciri-cirinya?

6. Kenapakah Anwar bersekongkol dengan Amerika mengatakan kumpulan fundamentalis dan kumpulan radikal Islam atau ektrimis Islam adalah negatif?

7. Benarkah dakwaan Anwar masalah di dunia Islam hanya akan selesai dengan "dailog antara Islam dan Barat" atau yang Anwar sering sebut sebagai "constructive engagement"?

8. Benarkah dakwaan Anwar bahawa 'muslim' yang paling layak dalam menjalankan misi "dailog antara Islam dan Barat" atau "constructive engagement" adalah tidak lain tidak bukan hanya Anwar Ibrahim dari Malaysia?

9. Benarkah hanya beliau sahaja yang paling berkelayakan dan semua tokoh-tokoh Islam dari negara-negara lain tidak berkelayakan kerana kekurangan ilmu seperti Dr Zakir Naik dari Pakistan?

10. Benarkah dakwaan sesetengah pihak penggunaan istilah "dailog antara Islam dan Barat" atau "constructive engagement" adalah bahasa lunak yang tidak membinasakan Anwar sebagai tokoh politik di negara Islam, sedangkan hakikatnya, Anwar bukan berunding sebaliknya mengaut keuntungan peribadi dan menjadi alat bersekongkol dengan kuasa Barat memerangi pihak Islam?

11. Walaupun nada penulisan Anwar Ibrahim nampak seperti bersimpang siur, tetapi nampak jelas, bahawa beliau menyokong Projek White House itu serta memberi beberapa cadangan balas untuk memastikan kejayaan dan keberkesanan program Amerika itu.

12. Adakah dengan kesimpulan di atas, membawa maksud Anwar menawarkan diri sebagai seorang Muslim untuk bersekongkol dengan Amerika memerangi Islam yang dilabel fundamentalis?

13. Sejak Anwar menjadi "orang perantaraan", antara dunia Islam dan Barat dalam menjalankan misi "constructive engagement" sejauh manakah prestasi kejayaannya?

14. Apakah misi Anwar sebagai "constructive engagement" menguntungkan dunia Islam atau dunia Barat?

15. Sejak Anwar berunding dengan Amerika dan Yahudi, apakah sudah berubah sikap mereka kepada dunia Islam?

16. Adakah Amerika yang didalangi Yahudi sekarang menjadi makhluk yang baik, sedangkan Al Quran dengan tegas menyatakan Yahudi dan Nasrani tetap selama-lamanya memusuhi Islam dan mencari tipu muslihat untuk merosakkan Islam?

17. Membaca kembali tulisan di atas, Adakah Anwar turut berkongsi perasaan kecewa dengan Amerika apabila kejayaan golongan Islamik di Iran, Mesir dan Wilayah Palestin dalam pilihanraya baru-baru ini sehingga Anwar mengungapkan kata-kata kuasa liberal ditewaskan oleh kuasa fundamentalis?

18. Anwar menyokong kumpulan mana di Palestin : Kumpulan HAMAS (anti Israel) atau Kumpulan FATAH (Pro-Israel)? Kumpulan manakah yang dilabel oleh Anwar sebagai eksrimis Islam (HAMAS atau Fatah?) apabila Anwar menulis begini, "Contoh kemenangan Hamas di Gaza dan Tebing Barat menggambarkan kesukaran yang jelas. Tetapi ia akan menjadi tafsiran yang salah untuk menganggap bahawa demokrasilah yang telah memilih ekstremisme Islam".

19. Apa maksud Anwar apabila beliau menulis, "perang menentang keganasan mesti dilancarkan dengan tangan besi, bukan sarung tangan kanak-kanak yang ditenun daripada fabrik kebebasan berperlembagaan"? Apatah lagi Anwar memberi contoh kes Iraq dengan tulisan begini, "AS juga telah menyokong kezaliman di wilayah-wilayah, termasuk, Saddam Hussein. Kesemua ini di atas nama kestabilan dan keselamatan dalam konfrontasi selama berdekad-dekad dengan blok komunis".

20. Apakah ini bermaksud, Anwar menyalahkah Amerika kerana bersekongkol dengan Sadam Hussein sebelum ini atas nama kestabilan dan keselamatan ? Apakah Anwar memberikan hujah bahawa serangan ke atas Iraq dan pembunuhan Sadam Hussein adalah langkah paling tepat untuk menyemai benih demokrasi di Iraq?

21. Apakah maksud sebenar Anwar apabila menulis, "Adakah Washington benar-benar terperangkap di antara Scylla yang menyokong diktator dan Charybdis yang menggalakkan demokrasi sehingga boleh membawa radikal Islam ke tampuk kuasa?" Adakah bermaksud Anwar menyeru Amerika agar tidak bermain politik, sewajarnya memerangi 'Scylla' yang diktator dan menyokong sepenuhnya 'Charybdis' yang pro demokrasi?

22. Adakah ini bermaksud Anwar telah memberi teguran kepada Amerika, jika Amerika tidak menetapkan pendirian, bukan sahaja diktator terus berkuasa malah mungkin pro demokrasi kehilangan kuasa kerana ditumpaskan oleh radikal Islam?

23. Apakah ukuran "diktator, demokrasi, radikal Islam", Anwar sama seperti ukuran Amerika ? Kalau sama, apakah ciri-ciri yang membezakan terma di atas ? Apakah terma 'diktator, demokrasi dan radikal Islam" berlaku di seluruh dunia Islam ? Kalau berlaku, Anwar berada di pihak mana?

24. Kenapa Anwar hanya memberi memberi contoh demokrasi terbaik di dunia Islam hanya berlaku di Turki dan Indonesia? Adakah ini bermaksud demokrasi tidak baik di Iran, Palestin, Sudan, Mesir, Malaysia dan negara Islam lain?

25. Apa maksud demokrasi terbaik di Turki dan Indonesia ? Adakah kerana sikap kerajaan itu yang sanggup sujud kepada Amerika dan pro Israel?

26. Apakah maksud sebenar Anwar apabila menulis, "rakyat Indonesia telah membuang undi sebanyak 2 kali, dan mereka dengan berjaya menolak radikal Islam, yang cuba untuk menaikkan agenda mereka melalui jalan lain? Sekali lagi, perkara tersebut telah berhadapan dengan laungan "tidak" terhadap pertubuhan Islam yang utama"

27. Apa maksud Anwar apabila menukilkan, "demokrasi berperlembagaan tidak dapat berakar umbi dalam sebuah masyarakat, sama ada sekular atau Islamik, tanpa komitmen yang kuat daripada mereka yang memegang kuasa secara politik untuk melindungi hak asas- asas untuk kebebasan, persamaan dan kebebasan untuk semua"?

28. Adakah tulisan di atas mengambarkan Anwar tidak mahu konsep "demokrasi berperlembagaan" (seperti di Malaysia?) dan beliau hanya peruangkan "demokrasi tulin" yang memberi kebebasan dari semua aspek termasuk agama?

29. Apabila membaca keseluruhan tulisan Anwar, apakah yang boleh penyokong PKR simpulkan tetang Anwar? Adakah beliau pembela Islam di Amerika yang sentiasa menepis salah anggap Amerika kepada dunia Islam seperti yang dimainkan peranan oleh Dr Zakir Naik dari Pakistan? Atau Anwar sebagai seorang tokoh politik murahan yang sanggup menggadai prinsip, menyeronokkan dunia Barat dengan kata-kata pujian, serta mengecam semula kelemahan dunia Islam lantaran kerakusannya untuk mendapat nama, kuasa dan naungan politik daripada Amerika?

Suara Politik

Bersatulah Umat Melayu

Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada Ulil-Amri (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya- jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat.

Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya" (Surah An-Nissa’-Ayat 59) . Demi Melayu dan demi Islam, tanganilah segera perpecahan yang sedang melanda umat Melayu hari ini. Memang segala yang telah berlaku ke atas orang Melayu ini mempunyai sebab-musababnya. Tetapi, perlu diingat bahawa memang sudah menjadi hukum alam ini bahawa sebab-sebab itu sebenarnya telah diatur oleh Allah Ázza Wa Jalla.

Begitulah hakikatnya di sisi Islam. Kalau Islam menuntut setiap umatnya supaya hanya Allah sahajalah yang kita sembah, Islam juga menuntut supaya kepada Allah sahajalah kita memohon pertolongan. Oleh itu, usahakanlah perdamaian antara Melayu dan Islam di negara ini. Ikhtiarkanlah. Segala daya usaha itu dijalankan seiringan dengan restu dan hidayat yang dipohonkan dari Allah yang maha besar lagi maha sempurna.

Waspadalah, dalam sesuatu pertelingkahan, setiap pihak yang terbabit akan mengatakan bahawa dia berada di pihak yang benar, sedangkan kebenaran itu hanya satu. Bukannya dua atau tiga. Dan kebenaran itu pula datangnya dari Allah SWT jua. Beginilah seharusnya perlawanan Melayu sesama Melayu hari ini berakhir. Kembalilah ke pangkal jalan. Berdamailah pemimpin Melayu dan selesaikanlah masalah perpaduan Melayu dan ketuanan Melayu ini dengan penuh bijaksana.

Berwaspadalah, kalau menarik rambut dalam tepung, rambut jangan putus, tepung jangan bersepah. Berhati-hatilah, kalau membunuh ular, kayu pemukul janganlah sampai patah, ular dipukul biarlah mati, tanah terpukul usahlah pula sampai lekuk. Melayu harus berpadu. Melayu mesti bersatu. Melayu harus bersatu dan berpadu dalam politik dan seluruh aspek kehidupan yang sewajarnya. Perlu diingat bahawa hanya UMNO dan BN sahaja yang menjamin kesejahteraan masa depan.


Torashah

Isnin, 10 November 2008

Ibarat meludah bangsa sendiri

Anak bangsa yang lupa sejarah adalah golongan yang tidak bersyukur selepas mengecapi segala nikmat, keselesaan hidup dan kemewahan. Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, tindak-tanduk golongan itu yang membiarkan diri mereka dimanipulasi oleh pihak tertentu dengan mengutuk usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan mentadbir negara, ibarat meludah kepada bangsa sendiri.

" Anak bangsa yang telah kita bebaskan daripada penjajah, kita telah berikan mereka pendidikan dan kita telah kayakan mereka, malangnya mereka telah ' meludah ' kepada bangsa sendiri dan tidak tahu adab dan sejarah ketamadunan bangsa Melayu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan secara serentak persidangan perwakilan Pemuda dan Wanita UMNO Bahagian Rembau di Dewan Merdeka, di sini hari ini.

Mohamad yang juga Ketua UMNO Bahagian Rembau menjelaskan, tiada guna jika anak bangsa yang begitu ramai hari ini, hanya hebat dalam sains dan teknologi tetapi tidak dipasakkan dengan fakta sejarah sehingga mereka lupa asas ketamadunan Melayu. " Hari ini terlalu ramai yang bercakap soal ketuanan Melayu, tetapi tidak ramai yang tahu maksudnya. Kalau kita belajar antropologi, aspek ketuanan itu bermaksud, negara Tanah Melayu itu mempunyai tuannya dan tuan tanahnya adalah orang Melayu.

" Ini kerana orang Melayu telah membina tamadun sejak Empayar Kesultanan Melayu Melaka sebelum 1511 lagi. Sebab itulah asas ketuanan Melayu itu, bukan bermakna orang Melayu jadi tuan seperti yang disalah tafsir hari ini," katanya. " Sebaliknya orang Melayu adalah pribumi kerana mereka yang membangunkan tamadun bangsa. Jangan persoalkan ketuanan Melayu. Ini bukan soal siapa berjaya atau siapa gagal. Ini soal pemilik kepada Tanah Melayu itu adalah orang Melayu," tegas beliau.

Beliau yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri menjelaskan, jika isu ketuanan Melayu ini terus dimainkan dan dipolemikkan, adalah dibimbangkan akan ada pihak yang terasa hati. Justeru beliau meminta, parti komponen yang cuba membangkitkan isu hak orang Melayu atau ketuanan Melayu supaya menghentikannya.

" Jagalah rumah masing-masing. Kalau rumah kita ' rosak ' kita sendiri perbaiki. Saya jaga UMNO sebab itu ' rumah ' saya," kata beliau. Pada persidangan itu, Mohamad mahu ahli UMNO dan orang Melayu bangkit daripada tidur dan segera bertindak membetulkan fakta sejarah yang dipesongkan pelbagai pihak. " UMNO kini telah berusia lebih 62 tahun dan menjadi harapan saya untuk melihat kembali parti ini benar-benar menjadi wadah perjuangan orang Melayu," ujar beliau.

Suara Politik

Bertempat di Bandar Saujana Utama, Kuala Selangor

Bertempat di Bandar Saujana Utama, Kuala Selangor