Semenjak UMNO ditubuhkan pada 11 Mei 1946, parti itu sememangnya prihatin terhadap isu-isu sosio-budaya. Tahun demi tahun usaha meningkatkan taraf hidup dan keselesaan masyarakat mendapat perhatian pemimpin UMNO terutamanya sesudah Negara mencapai kemerdekaan.
Taraf kemiskinan rakyat dapat dikurangkan ke paras minima, pendapatan per kapita meningkat dan penyediaan presarana dan kemudahan utiliti berlaku dengan pesat. Semua ini menjadikan Malaysia sebuah Negara contoh dan Presiden UMNO merangkap Perdana Menteri menjadi insane yang disegani lagi disanjung tinggi bukan sahaja di Malaysia tapi juga di seluruh dunia.
Kebajikan semua lapisan masyarakat dari warga tua hingga belia mendapat perhatian penuh daripada pemimpin UMNO.
Konsep masyarakat penyayang dan Rakan Muda diperkenal dan diamalkan. Dalam bidang sastera dan budaya, perkembangan berlaku dengan pesat termasuk pengiktirafan di tahap paling tinggi seperti Anugerah Sasterawan Negara, Anugerah Seniman Negara dan Anugerah Seni.
Kesempatan menerbit karya-karya ilmiah dan popular terbuka dan luas dengan adanya badan-badan seperti Dewan Bahasa dan Pustaka (DAP). Dalam bidang-bidang seni seperti seni tampak, seni lakon, seni suara, para seniman dan seniwati Malaysia berupaya menempah nama di arena antarabangsa dan menerima penghormatan tinggi.
Dalam bidang rekreasi pula, rakyat berpeluang mengambil bahagian dalam pelbagai jenis sukan.
Ahli sukan Malaysia berkesempatan menyertai pertandingan di peringkat antarabangsa dan berjaya membuktikan keunggulan masing-masing dengan menjadi jaguh dunia apabila memenangi anugerah dan piala seperti dalam sukan badminton.
Wakil-wakil Negara yang menyertai pelbagai persidangan, seminar dan symposium antarabangsa telah berjaya mengharumkan lagi nama Malaysia dengan penyampaian idea yang bernas. Dalam bidang sains dan teknologi, penyelidikan asli yang dilakukan oleh para saintis Malaysia dalam pelbagai ilmu di bidang pertanian dan perladangan seperti industri getah, kelapa sawit, kayu-kayan tropika, penyakit tropika telah mendapat pengiktirafan saintis dunia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan