Selasa, 27 Disember 2011

Jom beramai-ramai kita ke Karnival Sayangi Selangor!


Barisan Nasional (BN) Selangor akan menganjurkan karnival empat hari bertujuan menyemai semangat 1Malaysia dalam kalangan masyarakat di i-City dekat sini mulai Rabu ini (28 Dis).

BN negeri telah menyusun pelbagai aktiviti berasaskan kekeluargaan terutamanya bagi belia di karnival bertemakan 'Karnival Sayangi Selangor. Karnival ini adalah penutup kepada semua program yang diwujudkan dan dilaksanakan oleh Barisan Nasional Selangor tahun ini demi manfaat penduduk di negeri ini.



Matlamat majlis ini adalah untuk mewujudkan kesedaran dan persefahaman dalam kalangan masyarakat umum mengenai pelbagai program pembangunan yang dilaksanakan oleh kerajaan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijadual menghadiri majlis itu dan potret gergasi Perdana Menteri (Najib) yang dibentuk daripada gambar pelbagai wajah penduduk Selangor akan turut diserahkan kepada Datuk Seri Najib pada majlis berkenaan.

Seluruh rakyat Malaysia dijemput hadir untuk sama-sama meriahkannya!

Warna-warni politik
Torashah

Isnin, 19 Disember 2011

Siapa sebenarnya yang kufur?

Lagi sekali Nik Aziz membuat kenyataan yang melukai hati umat Islam. Dalam menangani isu 'Ustaz Budak' yang menyamakan dia dengan nabi, Nik Aziz mengambil kesempatan untuk menyerang pihak yang tidak menerima Islam sebagai kufur, katanya.

Semua orang tahu dia menghina UMNO dan menganggap UMNO tidak 'Islamik' menurut tafsiran ilmu politik yang bersemayam dalam serbannya.

Tanya kepada Nik Aziz sejak 21 tahun jadi Menteri Besar Kelantan, apakah sumbangannya yang maha besar untuk memakmurkan Islam? Apakah dengan gelaran 'Serambi Mekah' maka dia sudah menjelmakan ciri-ciri 'Islamik' dalam pentadbirannya?

Apakah dia tidak tahu bahawa Malaysia memperkenalkan perbankan Islam hingga menjadi sumber ilham kepada negara-negara Arab untuk menubuhkan bank Islam? Tahukah Nik Aziz bahawa pakar-pakar perbankan Islam dari Malaysia menjadi pakar runding kepada beberapa bank terkemuka di negara-negara Timur Tengah?

Kini banyak bank-bank asing sudah memperkenalkan perbankan Islam sesuai dengan kehendak zaman. Siapakah yang merintis jalan? Bukan Pas tentunya. Tabung Haji siapa yang mengasaskannya? Pas atau kerajaan UMNO/BN?

Tahukah Nik Aziz pelbagai negara Islam dalam OIC menjadikan Tabung Haji sebagai contoh mereka untuk menguruskan jemaah haji? Bukankah ini suatu usaha yang baik bagi umat Islam untuk menunaikan rukun kelima?

Rancangan Felda yang dilaksanakan oleh Tun Razak bagi memperkukuhkan kedudukan ekonomi orang Melayu/Bumiputera itu tidak 'Islamik'?

Bukankah ini suatu projek ekonomi gergasi yang mana para penyokong Pas juga mendapat faedahnya sekarang? Bukankah ini kebajikan yang diberikan UMNO untuk membahagiakan orang Melayu? Tanya pada Nik Aziz mengapakah Kohilal, tajaan Pas, gagal?

Permodalan Nasional Berhad (PNB) kini merupakan sebuah institusi gergasi yang diwujudkan kerajaan UMNO/BN untuk mengumpul dana dari orang Melayu/Bumiputera. Bukankah ini usaha suci kerajaan sekarang untuk memakmurkan rakyat, khasnya orang Melayu?

Parti politik manakah yang memperjuangkan Islam sebagai agama rasmi negara Malaysia seperti mana yang dikeramatkan dalam perlembagaan? Bukan Pas tentunya. Bukan Nik Aziz tentunya.

Siapakah yang banyak mendirikan sekolah-sekolah agama di seluruh negara yang mana anak-anak orang Pas juga turut mendapat faedahnya? Apakah Pas yang mendirikan Universiti Islam Antarabangsa? Tanya pada Nik Aziz.

Ayat pertama diturunkan Allah ialah IQRA' (Bacalah...) yang bermakna sumber kekuatan manusia ialah ILMU untuk mendapat keredaan Allah di dunia dan akhirat. Inilah yang diperjuangkan kerajaan UMNO/BN dengan perbelanjaan berbilion ringgit setiap tahun untuk memberi peluang pendidikan yang terbaik kepada rakyat.

Apakah anak-anak orang Pas dianaktirikan untuk mendapat peluang pendidikan oleh kerajaan UMNO/BN? Tanya pada Nik Aziz sembahyang hajat, doa dan tazkirah semata-mata tidak dapat membantu ummah kalau nawaitunya songsang.

Jangan membohongi sejarah dan jangan celupar mulut mengkufurkan orang lain yang tidak sehaluan dengan pegangan politik dan fahaman agama yang songsang.

Nik Aziz boleh hidup dalam dunia mimpinya bahawa Pas lebih 'Islamik' dari UMNO. Dia boleh menipu sejarah dan menipu dirinya sendiri tetapi rakyat yang celik politik tahu siapa yang lebih 'Islamik' dalam melaksanakan perintah Allah.

Kalau air bersih dan tenaga eletrik pun dia tidak mampu memberi kemudahan kepada rakyat Kelantan, janganlah berselindung di sebalik agama Islam dan mendakwa pentadbirannya lebih 'Islamik' dari kerajaan UMNO/BN.

Warna-warni politik
Torashah..

Selasa, 13 Disember 2011

DAULAT TUANKU



Majlis Raja-Raja dalam mesyuarat khasnya bersetuju mengisytihar Sultan Kedah Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke 14 yang baru berkuatkuasa pada 13 Disember untuk tempoh lima tahun.

Sultan Abdul Halim ( Sultan kedah ) akan turut mencatat sejarah baru iaitu menjadi di-Pertuan Agong buat kali yang kedua dalam sejarah pemerintahan baginda. Kali pertama baginda menaiki takhta ialah pada tahun 1970 sehingga ke tahun 1975 iaitu sebagai Yang di-Pertuan Agong yang kelima.

Belum pernah dalam sejarah pelantikan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sejak kewujudannya pada tahun 1957, mana-mana Raja atau Sultan menaiki singgahsana takhta negara untuk kali yang kedua.

Sultan Abdul Halim, diputerakan pada 28 Nov 1927 di Istana Anak Bukit, Alor Setar, Kedah.Baginda menaiki takhta pada 14 Julai, 1958 selepas kemangkatan ayahanda baginda Sultan Badlishah.

Lulusan Wadham College Oxford United Kingdom dengan ijazah Sains Sosial dan Pentadbiran Awam, baginda pernah menyertai Perkhidmatan Awam Negeri Kedah dalam tahun 1950an.

Kedah lambang;

1. Istana Bukit Meriam 1256 ialah Kerajaan Beraja Melayu Islam pertama dari Kedah Tua.

2. YDP Kor Rejimen Askar Melayu Di Raja.

3. Negeri Jelapang Padi, pemakmur kepada kesantunan makanan Negara.

4. Lahirnya YAB Perdana Menteri Pertama dan Ke-Empat.

5. Pakaian Istana Negara Bermuscat ialah hasil ilmu istana Kerajaan Beraja Kedah.

Daulat Tuanku

Warna-warni politik
Torashah

Isnin, 12 Disember 2011

Daulat Tuanku

SEMOGA ALLAH LANJUTKAN USIA TUANKU




DULI YANG MAHA MULIA SULTAN SHARAFUDDIN IDRIS SHAH ALHAJ
IBNI ALMARHUM SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH ALHAJ
D.K.,D.M.N., D.K.( Terengganu ), D.K. Kelantan ), D.K.( Perak ), D.K.( Perlis ), D.K.( Negeri Sembilan ), D.K.( Kedah ), D.K.( Johor ), S.P.M.S., S.S.I.S., S.P.M.J.

SULTAN DAN YANG DIPERTUAN NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN
SERTA SEGALA DAERAH TAKLUKNYA

Sembah Tahniah Dan Ucap Selamat

SEMPENA ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN YANG KE 66
DULI YANG MAHA MULIA SULTAN SELANGOR
PADA 11 DISEMBER 2011 BERSAMAAN 15 MUHARRAM 1433

SEMBAH TAKZIM DARIPADA

Seluruh Warga UMNO Cawangan Bandar Puncak Alam
UMNO Bahagian Kuala Selangor
Selangor Darul Ehsan

Khamis, 8 Disember 2011

MB Khalid janji selesai 4 hari - Rakyat tersiksa rumah tak siap, rumah sementara dilanda banjir!



Imbas kembali - Kira-kira 50 pembeli Rumah Kos Rendah (RKR) Peter Brickworks E PJS 1 berkumpul di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) untuk bertemu dengan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim bagi menyelesaikan masalah rumah mereka yang masih belum dibina pihak pemaju.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembeli Blok E PJS 1, S.Sugumaran, pihaknya telah bertemu dengan Menteri Besar pada 16 Jun lalu semasa Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) dan beliau berjanji akan menyelesaikan masalah tersebut dalam empat hari.

"Selepas lima bulan masa berlalu namun tiada sebarang tindakan konkrit telah diambil oleh mana-mana pihak bagi menyelesaikan masalah kami. Kita telah empat kali menghantar surat kepada Menteri Besar iaitu pada 13 Jun, 19 Ogos, 26 September dan terbaru 8 November namun masih tiada jawapan bagi surat-surat tersebut," ujarnya selepas mengadakan demonstrasi secara aman di sini hari ini.

Tambahnya, pihaknya hairan mengapa Menteri Besar mengambil masa yang lama bagi menyelesaikan masalah mereka tetapi dalam masa 30 hari boleh menarik balik arahan menghentikan kerja (stop work order) bagi pembinaan projek kondominium mewah.

Jelasnya lagi, mereka telah bertemu dengan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) bagi menyelesaikan masalah Rumah Panjang PJS 1 yang kini menjadi rumah sementara mereka sebelum dapat menghuni Blok E yang masih terbengkalai.

"Dalam lima bulan ini sudah tiga kali banjir berlaku di rumah kami akibat penutupan longkang besar oleh pihak pemaju dan air yang bertakung selepas banjir reda menimbulkan banyak masalah kesihatan kepada penduduk setempat," katanya.

Beliau menambah, pihaknya telah bertemu dengan MBPJ bagi menyelesaikan masalah banjir namun sehingga kini masalah tersebut gagal ditangani dengan sempurna oleh mereka.

Sementara itu, kumpulan tersebut yang mahu menemui Menteri Besar menolak dari membincangkan masalah tersebut dengan Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan, Iskandar Samad yang hadir bertemu kumpulan tersebut di hadapan pintu pagar SUK.

Setelah didesak, Iskandar bersetuju hanya 12 orang dari kumpulan tersebut dibenarkan bertemu Menteri Besar selepas sessi Dewan Undangan Negeri (DUN) berhenti untuk makan tengahari kira-kira 2.00 petang.

Sugumaran yang ditemui selepas pertemuan tersebut memberitahu, Menteri Besar meminta tempoh seminggu lagi untuk perkara tersebut diselesaikan selepas mereka berbincang.

* Terima kasih Media UMNO dan UMNO-Online

Warna-warni politik
Torashah

Khamis, 1 Disember 2011

Tragiss... Gerai orang Melayu di Shah Alam kena roboh!!!


Inilah yang dikatakan kerajaan berkebajikan yang penuh sifat toleransi dan adil kepada semua rakyat tanpa mengira kaum di Selangor. Ternyata ia hanyalah retorik semata-mata. 25 tahun gerai Melayu hidup di situ tanpa diganggu gugat oleh sesiapa , tetapi hari ini kerajaan yang didokong oleh PKR dan PAS dengan rakusnya meruntuhkan gerai tersebut....

Sebelum ini surau diruntuhkan sesuka hati. Dahulu Sammy Vellu dan Khir Toyo merobohkan surau dan kuil mengikut perintah mahkamah, kerajaan BN dicerca dan dihina sehingga rakyat sanggup menukar kerajaan negeri.

Kini, Khalimah Allah dipermainkan,, gereja pun berani memberi bible solar secara percuma. Kilang arak diperbesarkan, premis arak semakin banyak, rumah maksiat semakin garang dan berani. Ini lah bala yang dibawa oleh DAP yang mendapat sokongan PAS dan PKR.

Bagaimana pula dengan banyak premis-premis tapak semaian yang juga didirikan diatas tanah TOL di sepanjang jalan Sungai Buloh berhampiran dengan Institut Penyelidikan Getah Negara ! Mengapa MBSA tidak diambil tindakan yang sama?

Warna-warni politik
Torshah

Bertempat di Bandar Saujana Utama, Kuala Selangor

Bertempat di Bandar Saujana Utama, Kuala Selangor