Sabtu, 8 November 2008

Ada yang mahu bawa semangat pemilihan Obama ke Malaysia…

Kemenangan calon Demokrat Barrack Obama sebagai Presiden ke-44 Amerika Syarikat bukan hanya disambut di negara ‘Uncle Sam’ kerana mencatat sejarah tersendiri tetapi turut menjadi bahan politik di negara ini. Obama, Presiden pertama kulit hitam di Amerika Syarikat menjadi inspirasi untuk orang-orang politik mengemukakan hujah mereka dengan menjadikan beliau sebagai kayu pengukur.

Hari Khamis, Obama menjadi contoh kepada Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Kiat dan Ahli Parlimen DAP Ipoh Timur, Lim Kit Siang bagaimana senario politik negara ini seharusnya sudah mengalami perubahan. Tee Kiat mengaitkan Obama dengan soal perlantikan seorang wanita Cina sebagai Pemangku Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS). "Sudah sampai masanya bagi kita membebaskan diri melakukan sesuatu perkara secara ortodoks.

Di Amerika Syarikat, ia mengambil masa lebih 200 tahun bagi seorang lelaki kulit hitam untuk dipilih sebagai presiden di sebuah negara yang dikuasai orang kulit putih. "Ironiknya, rakyat di Malaysia, yang bersorak untuk Obama tidak berfikir bahawa seorang wanita Cina itu layak menerajui PKNS,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari Khamis. Presiden Transparensi Antarabangsa Tan Sri Ramon Navaratnam berkata pemilihan Obama boleh menjadi contoh dan pengajaran penting untuk rakyat Malaysia.

Beliau berkata bahawa adalah menjadi satu keistimewaan bagi seorang berketurunan Afrika dan Amerika mampu memenangi pemilihan presiden Amerika Syarikat (AS). "AS telah menunjukkan kepada dunia bahawa kaum minoriti mempunyai peluang bersaing dengan kumpulan majoriti dan malah untuk mengatasi halangan besar dan bagi memenangi jawatan tertinggi negara.

"Kita hendaklah membuang pandangan keagungan tanpa mengira bangsa dan berusaha mempromosikan kepimpinan terbaik, bagi mempromosikan pemimpin paling baik sebagai rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang mereka," katanya dalam satu kenyataan kepada Bernama.Nada yang hampir sama disuarakan oleh Kit Siang tetapi contoh yang diambil bukan Pemangku Pengurus Besar PKNS tetapi mendakwa UMNO menafikan peruntukan Perlembagaan yang membenarkan sesiapa sahaja warganegara Malasyia untuk menjadi Perdana Menteri.

Katanya, kejayaan Obama seorang kulit hitam sebagai Presiden Amerika Syarikat, seharusnya mengubah sikap kalangan pemimpin UMNO agar menerima hakikat Perlembagaan membenarkan orang bukan Melayu menjadi Perdana Menteri negara ini. Beliau menghujahkan perkara itu semasa membahasakan rang Undang-Undang Perbekalan 2009 di peringkat Jawatankuasa di Dewan Rakyat Khamis.

Menjawab isu yang dibangkitkan oleh Kit Siang itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Tan Sri Abdul Aziz menafikan UMNO tidak menghormati Perlembagaan Persekutuan. “Amerika Syartikat tunggu lebih 200 tahun baru boleh dapat seorang Presdien kulit hitam. Di Malaysia sejak merdeka (1957), Ketua Menteri Pulau Pinang terdiri daripada orang Cina walaupun pernah UMNO menjadi parti majoriti di Dewan Undangan Pulau Pinang.

“Jadi mana bukti UMNO menafikan hak kaum lain. Saya nak tanya di Perak, DAP adalah majoriti tetapi kenapa Menteri Besar Perak tidak dilantik di kalangan orang DAP. Adakah rakan-rakan DAP iaitu PAS dan PKR tidak setuju wakil DAP jadi Menteri Besar negeri itu,” katanya. Tidak puashati dengan sindiran dan penjelasan Nazri itu, Kit Siang terus membangkitkan isu tersebut dan berulang kali mengaitkan undang-undang tubuh negeri sebagai halangan.

Nazri dengan tenang bangun dan menjawab : Apakah Ipoh Timur (Kit Siang) mencadangkan bahawa Sultan Perak tidak setuju dengan perlantikan bukan Melayu sebagai Menteri Besar negeri itu”. Mendengar jawapan itu, Kit Siang terus menafikannnya.

Siapa Sebenarnya Obama?

Barrack Obama membawa kalungan bunga dalam Hall of Remembrance, Yad Vashem Holocaust Memorial di Jerusalem, pada hari Rabu, 23 Julai 2008. Obama dipengaruhi oleh Israel? Adakah Islam liberal yang cuma diajarkan kepada umat Islam? Adakah Obama dipengaruhi oleh Israel? Pertama, Obama memakai Yarmulke, lebai orang Yahudi. Yang kedua, hanya orang Yahudi sahaja dibenarkan mendampingi Master Jew.

Mengapa Obama mendapat keistimewaan sebegitu? Yang ketiga, Obama sedang melakukan ritual Yahudi pada dinding Monument Jew. Perbuatan ini dilakukan oleh orang Yahudi untuk menyampaikan mesej rahsia sesama orang Yahudi sahaja. Mengapa Obama melakukan perkara yang dibuat oleh Yahudi ini?

Barrack nama pertama Obama adalah nama Yahudi yang berasal dari ayat "baruch". Kebanyakan ahli ibadat Yahudi menggunakan nama "baruch"sebagai nama pertama mereka. Bekas perdana menteri Israel iaitu Ehud Barak juga mengambil nama sempena nama "baruch". Nama kedua Obama juga hampir sama dengan "Ahabah".

Bent Ahabah adalah nama untuk synagogue (satu upacara multilation untuk bayi-bayi Yahudi).Ketika berusia 10 tahun, Obama pernah ke sekolah sosialis Yahudi atau disebut "kibbutz". Obama menyatakan bahawa dia hanya menggunakan tandas sekolah itu sahaja pada waktu itu. Namun ada saksi lain menyatakan bahawa Obama telah menghadiri kelas selama tiga jam di sekolah tersebut. Adakah Obama dirancang dan dilatih untuk menjadi Presiden Amerika ketika berusia 10 tahun lagi?

Tidak menghairankan bila selesai sahaja pengundian, Obama mendapat sejumlah 77% undi dari pengundi Yahudi. Berbanding John Kerry yang hanya mendapat 74% undi daripada pengundi Yahudi pada 2004. Pada tahun 2000, Al Gore paling banyak mendapat undi daripada pengundi Yahudi iaitu sejumlah 79%. Obama mendapat banyak undi dari pengundi Yahudi di Connecticut dan Massachusetts. Di Connecticut, 61% Yahudi menyokong Obama.

Yahudi mulai suka pada Obama kerana banyak kenyataan Obama secara terbuka menyokong rejim Israel."My view is that the United States' special relationship with Israel obligates us to be helpful to them in the search for credible partners with whom they can make peace, while also supporting Israel in defending itself against enemies sworn to its destruction” kata Obama dalam kenyataan medianya pada Haaretz pada 15 Februari 2007.

Ramai yang berseronok melihat Barrack Obama menang Presiden Amerika Syarikat. Seolah Barrack Obama adalah Presiden Dunia yang baru. Ramai yang tidak sedar bahawa rekod peperangan yang dibuat oleh Demokrat adalah lebih banyak dari Republikan. Namun ada juga yang sebut bahawa tidak ada bezanya antara Bush dan Obama. Cuma mungkin yang baru ini adalah "Bush Kulit Hitam". Benarkah begitu?

Pada November 2008, Rahm Emanuel (seorang Yahudi, anak seorang Israel) baru sahaja ditawarkan jawatan oleh Obama menjadi White House Chief Of Staff. Dan lebih memeranjatkan lagi bila mentor Obama sendiri iaitu Abner Mikva menyatakan "Obama will be the first Jewish President Of USA" dalam Jerusalem Post pada 5 November 2008.

"Our job is to rebuild the road to real peace and lasting security throughout the region. Our job is to do more than lay out another road map. That effort begins with a clear and strong commitment to the security of Israel: Our strongest ally in the region and its only established democracy. That will always be my starting point." ucapan Obama ketika bercakap kepada kumpulan American Israel Public Affairs Committee (AIPAC) di Chicago pada 2 Mac 2007.

Nampaknya jika dasar Bush dianggap sebagai kejam dan keras terhadap dunia Islam, apa kurangnya dengan Obama? Dasar Obama mungkin halus dan “makan dalam”. Musuh yang “silent killer” lebih bahaya dari musuh yang nampak secara nyata. Presiden Amerika tetap Presiden Amerika, mereka datang dari pelobi yang sama. Berhati-hatilah kita.

Angin Perubahan

4 ulasan:

torashah berkata...

Pengundi Islam marah Obama dikecam

CHICAGO 7 Nov. – Khabar angin yang menyatakan Barack Obama seorang Islam serta bersekongkol dengan ekstremis Islam telah menimbulkan kemarahan penduduk Islam yang memberikan sokongan padu kepada beliau pada pilihan raya Presiden Amerika Syarikat (AS) kali ini.

Berdasarkan data pilihan raya, Obama telah meraih antara 67 hingga 90 peratus undi pengundi Islam.

“Proses penjernihan semula imej penduduk Islam hanya berlaku pada pertengahan Oktober lepas apabila bekas Setiausaha Negara, Collin Powell yang menyatakan sokongan kepada Obama, menyelar usaha pihak tertentu yang menyatakan Obama sebagai seorang Islam.

“Adakah sesuatu yang salah dengan menjadi seorang penganut Islam di negara ini.

“Jawapannya adalah tidak dan ini bukanlah sesuatu yang biasa berlaku di negara ini,” kata Powell dalam satu temuramah dengan program televisyen NBC, Meet The Press.

Menurut seorang penganalisis Islam dari Gallup Center for Muslim Studies, Ahmed Younis, kenyataan Powell itu telah meredakan kemarahan penduduk Islam.

Obama yang mempunyai nama Islam di tengah-tengah namanya iaitu Hussein telah dituduh sebagai seorang yang beragama islam dan mengamalkan ajaran Islam memandangkan bapanya adalah seorang Islam dan pernah tinggal dan bersekolah di Indonesia.

Obama, bagaimanapun menafikan sekeras-kerasnya tuduhan itu dan menyatakan beliau adalah penganut Kristian sejati.

torashah berkata...

Pemilihan Ketua Staf White House cetus kontroversi.

WASHINGTON 7 Nov. - Langkah Barack Obama melantik anggota Dewan Perwakilan dari Illinois, Rahm Emanuel sebagai Ketua Staf White House mendapat kritikan daripada Parti Republikan.

Parti Republikan menyifatkan Emanuel sebagai orang dalam Washington dan anggota Parti Demokrat yang amat berat sebelah.

Beberapa anggota Parti Republikan mengkritik pelantikan Emanuel kerana Obama pernah berjanji untuk memperbaiki hubungan antara kedua-dua parti.

"Keputusan pertama Obama sebagai bakal Presiden melanggar janji beliau untuk 'memulihkan jurang'.

"Emanuel adalah orang dalam yang berat sebelah dan memainkan peranan penting dalam memusnahkan Washingon," kata jurucakap Jawatankuasa Republikan Kebangsaan, Alex Conant.

Obama mengumumkan pelantikan Emanuel itu semalam dan menegaskan bahawa ketua staf membayangkan kemampuan Presiden dan pentadbiran untuk mencapai agendanya.

"Bagi saya, tiada orang lain yang dapat membuat kerja dengan baik seperti Rahm Emanuel," kata Obama yang terpilih sebagai Presiden AS yang baru pada Selasa lalu, selepas berbulan-bulan berkempen menjanjikan perubahan dalam politik Washington.

Jawatan Ketua Staf adalah pelantikan tertinggi dan menjadi penasihat paling rapat kepada Presiden yang akan memutuskan siapa yang perlu mendapat akses kepada Presiden serta bertanggungjawab membangunkan polisi pentadbiran.

Emanuel yang mempunyai reputasi sebagai pengatur strategi yang baik, namun berat sebelah dalam politik Washington, memutuskan untuk melepaskan jawatan sebagai pemimpin Demokrat di Capitoll Hill untuk membawa perubahan kepada AS.

Sementara itu, media Israel semalam menyambut baik pelantikan Emanuel yang berdarah Yahudi dengan salah satu akhbarnya menyifatkannya sebagai "orang kita di White House."

Stesen radio dan akhbar Israel melaporkan bahawa bapa Emanuel adalah kelahiran Baitulmaqdis dan pernah menjadi anggota kumpulan ultranasionalis bawah tanah, Irgun, yang menentang askar Britain sebelum tertubuhnya negara Israel pada 1948.

Emanuel sendiri pernah menawarkan diri untuk berkhidmat dalam tentera Israel dan pernah menjalani latihan selama dua bulan di pangkalan tentera di utara negara Yahudi itu semasa Perang Teluk 1991.

"Jelas, dia akan memberi pengaruh kepada Presiden AS supaya menjadi pro-Israel," kata bapa Emanuel yang berpindah ke AS pada 1960-an, kepada akhbar Maariv.

torashah berkata...

Jangan berunding dengan Iran - Israel.

BAITUL MAQDIS 7 Nov. - Menteri Luar Israel, Tzipi Livni meminta bakal Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama supaya tidak mengadakan sebarang rundingan dengan Iran.

Menteri rejim zionis itu dilihat sebagai isyarat jelas tidak sehaluan Israel secara terbuka terhadap pentadbiran baru AS itu.

Livni, bagaimanapun mengakui mengenai pandangan Obama sebelum ini yang tidak dapat menerima program nuklear Iran.

Namun dalam temuramah beliau dengan Radio Israel semalam, Livni berkata, dialog yang hendak diadakan dengan Iran pada masa ini lebih menampakkan kelemahan.

AS berharap melalui sekatan ekonomi akan memberi tekanan kepada Iran bagi menghentikan program nuklear mereka.

Obama sebelum ini telah menyatakan kesediaan beliau untuk mengadakan perbincangan dengan Iran.

Beliau memberikan alasan tindakan diplomasi secara berdepan dengan pemimpin Iran akan memberikan kredibiliti kepada AS untuk memberi tekanan yang lebih kuat kepada sekatan antarabangsa.

Obama juga berkata, beliau akan meningkatkan tekanan diplomatik terhadap Iran sebelum Israel merasa sudah bersedia untuk melancarkan serangan tentera terhadap kemudahan nuklear Iran.

torashah berkata...

'Jangan kecewakan kami'

Warga Arab mengharap Obama ubah hubungan AS, Asia Barat

KAHERAH: Walaupun kebanyakan orang Arab sedar Amerika Syarikat akan terus menyebelahi Israel, ramai masih menaruh harapan bahawa bakal Presiden, Barack Obama akan membawa perubahan lebih baik ke Asia Barat, rantau yang paling banyak menyaksikan perasaan benci terhadap Amerika.

Perubahan pentadbiran di Amerika dan tempoh George W Bush sebagai presiden yang hampir tamat menyumbang kepada pandangan lebih optimis ini.

Di sebuah salun di Kaherah, pengurusnya, Mahmoud Hassan berkata beliau lega dengan kemenangan Obama.

"Saya lihat diri saya dalam diri beliau - yang berwajah seperti kita, seseorang dari Afrika dan kini memerintah dunia.

"Jika saya terjumpa Obama, saya akan memberitahunya, tolong jangan kecewakan kami. Jangan biarkan harapan ini terus pudar dan biarlah kami rasa selamat dengan kamu," katanya.

Untuk sekian lama, pertumpahan darah di Iraq, kebimbangan bahawa Amerika akan berperang dengan Iran, penyalahgunaan kuasa di penjara Abu Ghraib dan Guantanamo mengukuhkan pandangan ramai bahawa Amerika adalah anti Arab dan pembuli Muslim.

Perasaan kecewa dan putus harapan semakin meluas dan tidak ramai yang percaya dasar Amerika akan berubah sampai bila-bila.

Sebelum kemenangan Obama, warga Arab mengingatkan diri supaya bersikap lebih realistik. Amerika, kata mereka, akan terus menunjukkan kuasanya dan sentiasa menyokong Israel.

Walaupun Obama ingin mengambil pendekatan baru di Iraq, Palestin dan peperangan terhadap keganasan, beliau mungkin tidak dapat melakukannya dan pada peringkat awal, beliau begitu sibuk menguruskan krisis ekonomi Amerika.

Cuma, bagi kebanyakan mereka, Obama nampak berbeza, mungkin kerana warna kulit, kaitan keluarga kerana bapanya dari Kenya adalah Muslim atau kewibawaanya.

Ramai juga percaya beliau akan bersikap lebih bersimpati terhadap Palestin atau mengadakan dialog mengenai isu berkenaan dengan tujuan untuk mencari penyelesaian. Ada yang menyaksikan pilihan raya dramatik itu di Amerika berharap perubahan demokratik sama boleh berlaku di negara Arab meskipun ditadbir pemimpin autokratik yang terus mengekalkan kuasa menerusi penipuan undi.

"Apabila Obama menang, saya rasa ia adalah impian rakyat Amerika. Saya menitiskan air mata kerana ia memberi saya harapan bahawa orang yang baik akan menang, dalam dunia ini di mana orang baik jarang menang," kata Iman Bibars, aktivis wanita dan penulis dari Mesir yang sering mengkritik Amerika dalam penulisannya.

Turut menjadi persoalan adalah tentangan Amerika terhadap Iran kerana program nuklearnya dan pengaruh Teheran yang semakin meningkat di Asia Barat. – AP


Bertempat di Bandar Saujana Utama, Kuala Selangor

Bertempat di Bandar Saujana Utama, Kuala Selangor