Khamis, 30 Disember 2010

Tiada diskriminasi agihan bayaran insentif Felda!

FELDA menafikan kenyataan yang disiarkan di dalam Harakah Daily bertarikh 26 Disember 2010 yang mendakwa Felda enggan membayar bonus insentif kepada peneroka yang mengurus sendiri kebun.

Laporan yang disiarkan itu turut juga menyebut Felda tidak berlaku adil terhadap peneroka yang mengurus sendiri kebun dan mendakwa pemberian bonus ini adalah umpan kepada peneroka menjelang pilihan raya DUN Tenang.

Dakwaan ini dibuat oleh Mazlan Aliman, Ahli Jawatankuasa Pas Pusat yang mempersoalkan tindakan Felda membezakan peneroka yang mengurus sendiri kebun.

Perlu dinyatakan bahawa prinsip pemberian bonus insentif adalah berdasarkan kadar penghantaran hasil sawit atau getah melalui kilang Felda yang dikira dari Januari hingga Oktober, bukannya harga komoditi semasa. Pendapatan peneroka berdasarkan kuantiti hasil dan harga komoditi semasa, manakala bonus insentif pula berdasarkan kadar penghantaran hasil yang dihantar ke kilang Felda.

Tidak ada diskriminasi daripada segi agihan bayaran insentif kerana peneroka yang menghantar hasil yang tinggi akan memperoleh bayaran insentif yang maksimum. Bagaimanapun peneroka menanam semula bersama Felda mendapat bayaran maksimum kerana memilih bersama Felda. Ini bermakna peneroka yang mengurus sendiri kebun dan menghantar hasil melalui kilang Felda turut mendapat manfaat pemberian bonus insentif ini.

Juga tidak benar pemberian bonus insentif ini sebagai umpan kepada peneroka menjelang pilihan raya kecil DUN Tenang kerana Felda membayar bonus insentif setiap tahun. Bonus insentif ini dibayar sejak tahun 2004 dan dibiayai melalui sumber dalaman Felda. Jika tidak ada pilihan raya sekalipun, Felda akan tetap membayar bonus insentif kepada peneroka.

Perlu juga dinyatakan bahawa peneroka yang mengurus sendiri kebun dan menghantar hasil yang berterusan melalui Felda turut menikmati kemudahan yang disediakan Felda. Kemudahan seperti pinjaman pembesaran rumah, duit raya, insentif pendidikan kepada anak-anak, tabung kebajikan dan seumpamanya turut disediakan kepada peneroka yang terlibat. Malah, bantuan khairat kematian RM10,000 juga turut dibayar kepada peneroka yang menyaman Felda.

Pihak berkenaan diingatkan supaya tidak memberi persepsi yang negatif dan menghentikan sebarang bentuk tomahan terhadap Felda. Fitnah yang tidak putus-putus dilemparkan terhadap Felda adalah untuk kepentingan tertentu. Justeru, warga peneroka dinasihatkan tidak terpengaruh dengan hasutan yang dilemparkan terhadap Felda.

MOHAMAD IBRAHIM
Pengarah Pembangunan Komuniti Felda Kuala Lumpur

Warna-warni politik
Torashah

Khamis, 23 Disember 2010

'Zon perang' di Puncak Alam!

Kedamaian yang dinikmati penduduk Puncak Alam Fasa 2 di sini bagaikan diragut apabila sebuah syarikat pemaju memulakan kerja-kerja meletupkan bukit berhampiran kawasan itu.

Mereka kini seperti berada di 'zon perang' kerana terpaksa berdepan dengan bunyi letupan kuat diikuti dengan gegaran dari tapak sebuah projek yang terletak kira-kira 500 meter dari kawasan perumahan itu.

Penduduk mendakwa, mereka menyedari bukit di kawasan projek itu mula diletupkan sedikit demi sedikit pada bulan puasa lalu. Selain rasa terganggu, penduduk turut bimbangkan keselamatan mereka terancam serta kemungkinan terdedah kepada pelbagai masalah lain.

Antaranya, kemungkinan berlaku keretakan pada rumah mereka, pencemaran bunyi dan juga masalah batu berterbangan dan habuk yang boleh menjejaskan kesihatan penduduk. Sekalipun tiada sebarang masalah besar berlaku sejak kerja-kerja letupan itu dijalankan sejak lebih sebulan lalu, namun sudah ada kesan-kesan kecil daripada aktiviti tersebut.

Sehubungan itu, penduduk meminta Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) dan Jabatan Alam Sekitar meninjau lokasi terlibat. Ini bagi memastikan kerja-kerja pembangunan yang dijalankan pemaju terbabit tidak melanggar syarat-syarat yang ditetapkan.

Tinjauan Utusan Malaysia ke lokasi terlibat tepat pukul 12 tengah hari baru-baru ini iaitu waktu yang didakwa penduduk sebagai waktu puncak kerja-kerja letupan dijalankan, pada awalnya mendapati tiada sebarang letupan berlaku.

Bagaimanapun, tepat pukul 12.15 tengahari, satu letupan kuat kedengaran, diiringi gegaran. Beberapa saat kemudian kelihatan debu berterbangan di kawasan berhampiran, sekali gus mengesahkan dakwaan penduduk.

Utusan Malaysia dimaklumkan, sehingga kini penduduk tidak menerima sebarang notis menyatakan kerja-kerja letupan akan dilakukan di tapak projek berkenaan. Penduduk juga mendakwa, papan tanda yang menyatakan kerja-kerja letupan sedang dijalankan dari pukul 12 tengah hari hingga 5 petang baru sahaja dipasang.

Pengerusi Persatuan Penduduk Puncak Alam Fasa 2, Ahmad Zawawi Ismail, 63, mengakui ada menerima aduan daripada penduduk mengenai kerja-kerja letupan di tapak projek berkenaan. Menurutnya, demi keselamatan dan keselesaan penduduk, aduan tersebut akan dikemukakan kepada pihak MDKS untuk tindakan selanjutnya.

Seorang penduduk, Azizan Ahmad, 41, berkata, walaupun sudah mendapat kebenaran pihak berkuasa, pemantauan harus dilakukan bagi menjamin keselamatan semua pihak terutama penduduk. Katanya, dia hairan mengapa kerja-kerja meletup itu diluluskan MDKS sedangkan pihak itu tahu ia boleh menjejaskan kualiti hidup penduduk berhampiran.

"Apa yang diharapkan ialah pihak berkuasa dapat melihat perkara ini demi memastikan kehidupan kami di sini tidak terganggu,'' katanya yang menetap di kawasan perumahan berkenaan sejak 2003.

Normah Yusof, 40, pula berkata, kerja-kerja letupan itu sering mengganggu pelanggan di kedai makannya dan bimbang mereka tidak akan datang lagi ke situ. Dia yang menjalankan perniagaan gerai makan sejak tiga tahun itu berkata, itu adalah pertama kali kejadian seperti berlaku.

Pendapat Normah dipersetujui Habibi Abdul Razak, 52, seorang tukang masak. Dia yang menjalankan perniagaan kedai makan sejak tahun 2007 mengakui ketiadaan sebarang notis daripada pihak pemaju, menimbulkan tanda tanya.

Sepatutnya, katanya, pemaju terbabit perlu memaklumkan kepada penduduk terlebih dahulu kerana projek itu terletak dekat dengan kawasan penempatan dan ia pasti akan mengganggu orang ramai.

"Apa yang berlaku seolah-olah soal keselamatan penduduk dipandang sebelah mata. Papan tanda kerja-kerja letupan sedang dilakukan juga hanya dipasang selepas hampir sebulan kerja-kerja tersebut dijalankan,'' ujarnya.

Azmi Idris, 40, pula tidak menolak kemungkinan kejadian akuarium ikannya pecah beberapa minggu lalu berpunca daripada gegaran kawasan projek itu. Dia yang sudah hampir tujuh tahun menetap di situ berkata, pihak berkuasa perlu melakukan sesuatu dengan segera bagi mengelakkan lebih banyak lagi kerosakan harta benda terpaksa ditanggung penduduk.

"Jika harta benda mungkin boleh dicari ganti, bagaimana jika ia melibatkan nyawa penduduk,'' ujarnya.

Warna-warni politik
Torashah

Selasa, 21 Disember 2010

Janji-janji PRU 12 tidak tertunai kini jaja janji baru!

PAKATAN pembangkang yang terdiri daripada PKR. DAP dan Pas tidak peduli terhadap janji-janji mereka dalam manifesto Pilihan Raya Umum Ke-12 pada Mac 2008 - walaupun belum ditunaikan sepenuhnya, kini mahu mengemukakan janji baru untuk dijajanya kepada rakyat.

Program 100 hari reformasi pakatan pembangkang itu boleh diibarat sebagai propaganda atau manifesto menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 yang sedang sibuk diperkatakan.

Kelmarin, dengan megah pakatan pembangkang merancang melaksanakan reformasi menyeluruh dalam semua aspek pengurusan negara khususnya keselamatan dan ekonomi berdasarkan kepada prinsip yang digariskan dalam Dasar Bersama Pakatan Rakyat.

Melalui buku kecil Ubah Sekarang, Selamatkan Malaysia pada Konvensyen Pakatan Rakyat, mereka berikrar untuk melaksanakan pelan 10 program reformasi awal, dalam 100 hari mendapat mandat rakyat.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang mengulas perkara itu mengatakan ia adalah komitmen pakatan pembangkang terhadap perkara yang bakal dilakukan selepas mengambil alih kerajaan.

Kita ingin bertanya kepada semua pemimpin pakatan pembangkang, tidak malukah mereka membuat janji-janji palsu untuk akan datang. Pada pilihan raya umum yang lalu pun, janji-janji manis sedemikian juga ditaburkan hingga ramai pengundi yang terjebak dalam perangkap mereka.

Apabila pengundi menuntut janji-janji tersebut, pelbagai alasan diberikan. Tidak kurang juga cubaan mengalihkan kesalahan tidak dapat menunaikan janji-janji itu kepada Barisan Nasional.

Sebelum berjanji, pakatan pembangkang tidak pernah melihat dan mengkaji sama ada janji-janji itu boleh dilaksanakan atau tidak. Jadi, demikian juga dengan program 100 hari pakatan pembangkang ini tidak lebih daripada langkah populist dan tidak bertanggungjawab.

Jika program itu dilaksanakan, dari segi kewangan ia membazir dan tidak amanah. Ia akan menyebabkan negara menanggung beban kos yang amat besar mencecah RM100 bilion. ngatlah, kerajaan sedia ada begitu kuat bekerja untuk menampung dan mengumpul wang untuk negara.

Apabila tiba pakatan pembangkang hendak memerintah, senang-senang ia hendak 'perhabiskan' kewangan negara.

Awaslah Malaysia bukan negara kebajikan atau negara kaya. Banyak lagi perlu dibuat untuk membangunkan rakyat berbilang kaum ke arah berpendapatan tinggi.

Jika hasrat pakatan pembangkang ini mudah diterima oleh rakyat tanpa memikir agenda di sebaliknya, kita bimbang bukan sahaja rakyat akhirnya akan terpedaya malah negara boleh jatuh muflis.

Kerajaan BN sejak merdeka lagi sudah dan diyakini akan terus mengamalkan perbelanjaan berhemat, bukan boros.

Nampaknya pakatan pembangkang begitu agresif untuk memancing undi rakyat. Tetapi kita berharap jika sayangkan masa depan anak dan cucu kita, janganlah termakan umpan jaminan pakatan dalam masa 100 hari jika menang pada PRU Ke-13.

Ini kerana sudah lebih dua tahun pakatan pembangkang memerintah Kerajaan Negeri Kedah, Pulau Pinang dan Selangor serta 20 tahun di Kelantan, apa janji-janji manis yang sudah ditunaikan selepas PRU 12?...Habuk pun tarak!!!

Warna-warni politik
Torashah..

Isnin, 20 Disember 2010

Sememangnya Pakatan pembangkang sukar bersatu!

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang secara terbuka mengakui pakatan pembangkang sukar untuk bersatu dan kelemahan itu dapat dilihat ketika berdepan sesuatu permasalahan.

Menurutnya, ada antara pemimpin mereka hilang tumpuan apabila diserang dari segenap penjuru oleh Barisan Nasional (BN).

Malah, katanya, kadangkala berlaku perbezaan pandangan dan pendekatan dalam menyelesaikan masalah dan ia merupakan kelemahan utama pakatan pembangkang selama ini.

"Kita juga dibelenggu dengan kelemahan diri sendiri apabila ada antara kita yang mula hilang tumpuan setelah kita mula diserang dari segenap penjuru oleh kerajaan pimpinan BN.

"Kadangkala kita berhadapan dengan perbezaan pandangan dan pendekatan untuk menyelesaikan masalah dan di sinilah cabaran terbesar kita yang perlu dirungkaikan," katanya.

Beliau berucap pada pembukaan Konvensyen Pakatan Rakyat Kedua di sini hari ini.

Turut hadir Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim; Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Abdul Hadi menambah, pakatan pembangkang perlu bermuhasabah diri dengan pencapaian selama ini ketika memerintah beberapa negeri, selain menilai kelemahan dasar dan pelaksanaan masing-masing.

Justeru, jelasnya, mereka harus bangkit kembali dengan melaksanakan penambahbaikan dalam pemerintahan.

"Dalam melaksanakan dasar dalam negeri yang diperintah, perlunya pakatan pembangkang berhati-hati dengan memahami betapa pentingnya untuk mengurus sensitiviti masyarakat tanpa perlu menongkah batas agama dan budaya semua kaum.

"Janganlah kita 'untung secupak tetapi rugi segantang' dalam pertimbangan kerana ia akan membuka ruang kepada UMNO dan BN menyebarkan dakyah mereka melalui media massa yang dikuasai mereka," katanya.

Sementara itu Wan Azizah dalam ucapannya berkata, UMNO dan BN tidak akan berhenti untuk cuba memecahbelahkan pakatan pembangkang sebagaimana ombak tidak akan jemu menghakis pantai.

Justeru, jelasnya, komitmen kepada kesepakatan bersama harus diperkukuhkan dari semasa ke semasa dan selepas itu setiap pengumuman dan pembelaan rakyat perlu membariskan semua kepimpinan ketiga-tiga parti.

"Inilah lambang kesepakatan dan satu nada kita dalam pakatan pembangkang agar tidak terus dibuai propaganda kerajaan pemerintah kini," katanya.

Piiirah mabuk Kak Wan!!!

Warna-warni politik
Torashah

Sabtu, 11 Disember 2010

DIRGAHAYU Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Darul Ehsan.


Patik memanjatkan rasa syukur kehadrat Allah Subhanahu Wata’ala pada hari ini 11hb Disember 2010 bersamaan 5 Muharam 1432 H, berkesempatan sekali lagi rakyat negeri Selangor Darul Ehsan menyambut hari keputeraan yang ke 65 baginda DULI YANG MAHA MULIA SULTAN SHARAFUDDIN IDRIS SHAH AL HAJ IBNI ALMARHUM SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH AL HAJ.

Patik merafak sembah dan menjunjung kasih memohon doa semoga kebawah Duli Tuanku dipanjangkan umur, beroleh kesejahteraan, dan dikurniakan kesihatan yang baik, agar dapat terus berada diatas tahta singgahsana memimpin rakyat, amiin..

Patik turut mendoakan negeri yang dicintai ini akan senantiasa aman damai, sejahtera, dijauhi dari sebarang musibah, bencana dan juga gangguan daripada golongan manusia yang tidak bertanggungjawab serta tidak sayangkan keamanan dan keharmonian.

DAULAT TUANKU
Sembah Patik Harap Diampun.

Ikhlas : Dari seluruh ahli UMNO Cawangan Bandar Puncak Alam.

Jumaat, 10 Disember 2010

Ucapan MB Selangor dicemuh dalam majlis bersama TPM!

Ucapan menteri besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim pada satu majlis bersama timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini disambut dengan cemuhan dan pekikan 'boo' oleh sebilangan para hadirin.

Ucapan berkenaan disampaikan exco pertanian Yaakob Sapari di majlis persidangan agung perwakilan Kesatuan Penghulu/Penggawa Semenanjung Malaysia di Shah Alam pagi ini.

Sebilangan daripada lebih 1,000 orang pemimpin setempat itu bertindak demikian apabila ucapan Khalid mula menyentuh mengenai isu pembahagian peruntukan yang sama rata kepada wakil rakyat di negeri yang dikuasai Pakatan.

Ucapan tersebut juga menyentuh mengenai pembentukan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) di negeri itu dan juga negeri-negeri yang dikuasai Pakatan.

Beberapa orang berkenaan diperhatikan memekik "sudahlah" dan "ini bukan mesyuarat Pakatan Rakyat" apabila isu berkenaan dibangkitkan.

Muhyiddin dalam ucapannya selepas itu berkata, negeri Selangor tidak lagi perlu dibantu kerana sudah menjadi negeri maju.

"Selangor dah maju, tak payah tolong pun tak apa.

"Kalau hendak serahkan (peruntukan) kepada menteri besar tak tahu bagaimana caranya.

"Yang penting faedahnya bukan kepada MB tetapi kepada anak-anak buah," kata Muhyiddin lagi, disambut tepukan.

Muhyiddin juga berkata permintaan daripada yang dipertua kesatuan penghulu itu Mohd Zahidi Husain supaya elaun luar penghulu dinaikkan akan dipertimbangkan.

" Saya tengok permintaan itu ada asasnya. Kalau tak cukup naik RM50 sebelum ini mungkin kita boleh tambah sikit lagi,” katanya.

Sebelum penutup majlis berkenaan, Mohd Zahidi kemudiannya memberikan ucapan spontan dengan mengumumkan bahawa Muhyiddin telah bersetuju untuk memberikan peruntukan sebanyak RM200,000 kepada kesatuan itu

Dalam pada itu, Yaakob dalam satu kenyataan petang ini menyuarakan rasa kesalnya dengan tindakan Umno Selangor yang didakwa membawa "jurusorak" bagi mengganggu ucapan tersebut.

"Tindakan ahli-ahli Umno dan JKKKP yang bersorak sambil mengganggu ucapan tersebut dilihat sebagai tidak beradab dan bermaruah.

"Hal ini begitu kontradiksi dengan semangat Ketuanan Melayu yang dilaungkan oleh UMNO yang dilihat sebagai satu slogan retorik.

Exco pemodenan pertanian, pengurusan sumber alam dan pembangunan usahawan Selangor itu juga berkata, individu yang terlibat itu patut memohon maaf "atas kelakuan buruk mereka."

Warna-warni politik
Torashah

Rabu, 8 Disember 2010

30 FAKTA PENYELEWENGAN PAKATAN SELANGOR!


1. Kerajaan Negeri membazir wang rakyat apabila membeli hutang syarikat korporat Talam Corp. bernilai RM392 juta menggunakan wang rakyat.

2. Kerajaan Negeri telah gagal untuk mengeluarkan kertas putih mengenai kedudukan hutang Talam Corp seperti yang dijanjikan oleh Menteri Besar dalam sidang DUN

3. Kerajaan Negeri membatalkan pebinaan UITM Selangor di Serendah , Hulu Selangor

4. Kerajaan Negeri merampas tanah rakyat yang diamanahkan kepada YBK di Hulu Selangor

5. Kerajaan Negeri menutup institusi latihan kemahiran untuk bumiputera Institut kemahiran Yayasan Selangor (IKYS)

6. Kerajaan negeri menyita , mendenda dan menyewa tanah tanah untuk projek terusan dan kolam takungan padi di Tanjung Karang

7. Kerajaan Negeri gagal mentadbir Universiti Selangordengan baik sehinggan ia mengalami kerugian yang besar dan pengurangan kemasukan pelajar baru amat ketara.

8. Kerajaan Negeri membazir wang rakyat dengfan membelanjakan RM 800 000 dalam program sambutan hari jadi Yayasan selangor

9. Kerajaan Negeri gagal mengurus perlombongan yang mengakibatkan kecurian pasir dan kerosakan alam sekitar

10. kerajaan negeri menipu DYMM Tuanku sultan Selangor dan rakyat apabila gagal mengutip RM 150 juta hasil pasir di engeri selangor

11. Kerajaan Negeri gagal mengurus kewangan Kumpulan Semesta Sdn Bhd dengan cermat dengan memberi bonus yang tidak munasabah kepada kakitangan syarikat tersebut

12. kerajaan negeri gagal mengurusa Institusi Pejabat menteri besar dengan baik senhingga ada intipan kamera litar dalam bilik Menteri Besar

13. Kerajaan negeri gagagl mengurus kontrak bekalan kerajaan tempatabn dengan baik sehingga berlaku Surat Sokongan oleh Ahli Majlis dan pengerusi JKKK Kampung Baru untuk
mendapatkan kerja kontark

14. Kerajaan Negeri menyeleweng bila mana Exco dari pandamaran di biar lepas bebas walaupun dia menggunakan kepadala surat dan Cop beliau untujk melobi kerja kontrak

15. Kerajaan Negeri gagal mentadbir PKNS dengan Baik Sehingga ia telah mengadaikan semua hartanah PKNS kepada REIT, yang mengakibatkan PKNS sekarang tidak punya premis sendiri dan terpaksa menyewa bangunan untuk beroperasi

16. PKNS telah membelanjakan dengan boros jumlah perbelanjaan perpindahan ke pejabat baru yang tidak munasabah

17. PKNS telah membazirkan wang rakyat dengan membiayai sebanyak RM520000 majlis perkahwinan angkasawan negara seperti yang disebut dalam sidang DUN

18. PKNS telah membazir wang rakyat dengan membayar RM731000 kepada sebuah syarikat yang melaksanakan perkhidmatan tele marketing

19. PKNS telah membazir wang rakyat sebanyak RM935000 kepada konsultan untuk berkhidmat selama 6 bulan

20. kerajaan negeri gagal mengurus air diselangordengan baik sehingga menyekat pembinaan projek saliran air sungai dari pahang yang boleh menyebabkan Selangor akan mengalami krisis
air menjelang 2014

21. Kerajaan Negeri juga gagal memberikan air percuma seperti yang disebut dalam manifesto mereka dalam pilihanraya2008. Mereka sebaliknya menipu rakyat dengan memutarbelitkan dan mempolitikan isu air yang akhirnya rakyat akan jadik mangsa apabila berlaku krisis air pada tahun 2014

22. Kerajaan Negeri menipu rakyat apabila membentangkan pakej rangsangan ekonomi bernilai RM50 billlion pada tahun lalu namun sehingga sekarang ia belum dilaksanakan

23. Kerajaan Negeri selangor melalui Exconya dari DUN Pandamaran telah menghalang penguatkuasaaan sekatan jualan arak MBSA di Shah Alam

24. Kerajaan negeri selangor talh mebiarkan institusi masjid menjadi gelanggan gpolitik

25. Kerajaan Negeri mengurus Sumber kewanghan dengan bain pada tahun 2008 deefisit belanjawan menjadi RM 49 juta, kemudiaa 2009 defisit menjaqdi RM66 juta dan meningkat lagi 2010 menjadi lebih RM144 juta ni berbanding dengan pemerintahan BN pada tahun 2006-RM72.5 juta dan 2007-surplus belanjawan RM131.8 juta

26. Kerajaan Negeri tidak cekap dalam merancang dan mengurus kewangan negeri apabila telah memohon 3 kali perbelanjaan tambahan bagi tahun 2010 iaitu pada mac 2010 sebanyak RM69 juta, Julai RM117 juta dan november 2010 sebanayak 8 juta

27. Kerajaan Negeri membazir wang rakyat dengan membayar sebanyak RM330367.96 kos rawatan YB Dr Cheah Wing Yin di pusat Perubatan Sunway akibat kemalangan . kenapakah perlu beliau meneria rawatan di pusat perubatan swasta yang sudah diketahui perbelanjaannya berbanding dengan pusat perubatan kerajaan. ini merupakan dasar bermewah-mewahan yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri

28. kerajaan negeri lebih pro mengutip hasil cikai pusat hiburan yang kini terdapat lebih dari 4000 premis hiburan,spa, pusat urut dan judi di negeri selangor

29. Kerajaan negeri menyalahgunakan kepada surat pejabat menteri besar untuk mengutip dana parti sewaktu 1000 hari pentadbiran kerajaan negeri

30. Kerajaan Negeri telah engkar kepada pelbagai titah DYMM Sulatan Selangor yang amat dukacita dengan pelbagai kelemahan pentadbiran di Negeri Selangor

sumber : GAP @ GAPS-Gabungan Anti Penyelewengan Selangor

Warna-warni politik
Torashah

Ahad, 5 Disember 2010

NGO serah memo kepada Sultan!

Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu hari ini menyerahkan memorandum kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, meminta campur tangan baginda berhubung cubaan menggadai dan menghapuskan perkataan Melayu oleh pihak tertentu.

Memorandum itu diserahkan Pengerusi Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Hamizun Khairuddin kepada Pegawai Pengiring Sultan Selangor, Komander Ahmad Ramli Kardi kira-kira pukul 3.30 petang di Istana Kayangan di sini hari ini.

Turut mengiringi Hamizun kira-kira 1000 ahli NGO antaranya daripada Majlis Belia Selangor (MBS) dan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa).

Memorandum lima muka surat itu turut mengandungi bantahan terhadap 30 penyelewengan kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor.

Hamizun ketika ditemui pemberita berkata, pihaknya turut memohon pihak istana menasihati kerajaan negeri supaya memecat Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada jawatan Penasihat Ekonomi negeri.

Ini kerana kata beliau, Anwar dilihat menjadi 'batu api' dan punca timbulnya ketidakpuasan hati dalam masyarakat pelbagai kaum di negeri ini.

"Anwar terbukti banyak memecahbelahkan orang Melayu dan perpaduan rakyat negeri Selangor selain menjadi dalang hingga wujudnya kebencian dan cemburu sesetengah pihak terhadap kemajuan dan perpaduan orang Melayu.

"Ketuanan Melayu langsung tidak ada kena-mengena dengan isu kaum, malah ketuanan Melayu adalah melindungi hak raja-raja Melayu yang terbukti berjaya memelihara keharmonian kaum di negara ini sejak sekian lama," katanya.

Ujar Hamizun, 30 penyelewengan yang didakwa dilakukan kerajaan PKR Selangor termasuk isu pembaziran wang rakyat membeli hutang Talam Corporation, merampas tanah Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK), salah guna wang Yayasan Selangor dan kegagalan menguruskan bekalan air di negeri ini.

Sementara itu, Ketua Wira Perkasa, Arman Azha Abu Hanifah pula menyifatkan Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan timbalannya, Mohamed Azmin Ali tidak memikirkan tentang keselamatan negara kerana mahu menghapuskan ketuanan Melayu.

"Lupakah mereka teras negara ini adalah Melayu dan kenyataan seperti itu hanya membangkitkan rasa marah orang Melayu itu sendiri. Orang Melayu sangat menghormati bangsa lain dan kita berharap bangsa lain pun turut menghormati kita," katanya.

Pada perhimpunan tersebut, kumpulan yang berarak mengangkat sepanduk yang antara lain tertera ayat 'Jangan Cabar Ketuanan Melayu', 'Wan Azizah Jangan Jejak Bumi Selangor', 'Selamatkan Selangor Selamatkan Putrajaya' dan 'Ketuanan Melayu atau Ketuanan Anwar'.

Perhimpunan secara aman tersebut berakhir pada pukul 3.40 petang tanpa insiden yang tidak diingini dengan kawalan kira-kira 50 anggota polis.

Warna-warni politik
Torashah..

Khamis, 2 Disember 2010

Hj Hadi terkilan : Nik Aziz kata tiada masalah Kit Siang jadi TPM!
























Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan beliau tiada masalah jika Penasihat DAP, Lim Kit Siang dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri sekiranya pakatan pembangkang berjaya membentuk kerajaan selepas pilihan raya umum akan datang.

Kata Menteri Besar Kelantan itu, beliau bersedia menerima cadangan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim tersebut selagi ia tidak bercanggah dengan dasar Islam dan negara.

"Hendak lantik Lim Kit Siang kah, nak lantik MCA kah selagi tidak bercanggah dengan dasar Islam dan dasar negara, tidak apa.

"Bagi saya DAP, MCA dan MIC serupa saja sama-sama tidak Islam, cuma dibeza-bezakan oleh parti sekular Melayu. DAP serupa sahaja dengan MCA, kalau MCA boleh jadi timbalan menteri, jadi menteri, jadi apa pun, pelik apa kalau jawatan itu diberi kepada DAP, serupa sahaja," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco kerajaan negeri di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas janji Anwar dalam wawancara akhbar Sin Chew Daily Jumaat lalu untuk memberikan jawatan Timbalan Perdana Menteri kepada Kit Siang jika pakatan pembangkang memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

Jelas Nik Abdul Aziz, sebagai sebuah negara demokrasi, soal bangsa seorang pemimpin bukanlah perkara utama yang harus diambil kira, sebaliknya perlu memandang kepada dasar parti yang didukung.

Beliau mendakwa, berbanding dengan UMNO yang menerajui kerajaan Barisan Nasional (BN), pakatan pembangkang mempunyai kelebihan sekiranya memerintah kerana Pas mampu berfungsi untuk menegur perkara yang bercanggah dengan Islam.

"Pakatan pembangkang ada Pas yang menegakkan Islam, apa sahaja perkara yang bercanggah dengan Islam, Pas akan beri pandangan, dalam UMNO suara Islam tidak boleh campur tangan, maknanya tiada suara Islam, ini kelemahan UMNO.

"Pas boleh tegur dan selama ini DAP tidak pernah canggah teguran Pas, kerana Pas ini bukan kepunyaan Pas, tapi kepunyaan Allah,'' katanya.

Ditanya mengenai pandangan Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib yang dilaporkan tidak bersetuju dengan cadangan Anwar, Nik Abdul Aziz berkata, itu hanyalah pandangan peribadinya.

Sementara itu semalam : Presiden PAS terkilan!

Pakatan Rakyat dan ketua PR cakap belit-belit macam ular. Hj Hadi kata PR tak pernah bincang nak lantik Kit Siang jadi Timbalan PM dan itu hanya kehendak peribadi Anwar. Apa dah jadi ni!! Ketua cakap lain, parti cakap lain. Nik Aziz tak tahu apa-apa pun setuju aja..!!!

Warna-warni politik
Torashah

Selasa, 30 November 2010

Anugerah Tuhan atau dimakan sumpah?

SALAH satu faktor yang membawa kejayaan kepada pertubuhan Al-Arqam sebelum ia diharamkan ialah penerapan doktrin bahawa pemimpin mereka, Asaari Mohamad adalah 'pilihan Tuhan' bagi memimpin negara ini.

Dengan memutar-belitkan pelbagai potongan hadis dan ayat suci al-Quran, Allahyarham Asaari digambarkan sebagai bakal Perdana Menteri kerana beliau didakwa pemimpin Bani Tamim yang akan menyelamatkan umat manusia daripada kehancuran.

Berikutan itu, maka wujud perasaan taksub kepada Asaari sehinggakan beliau yang meninggal dunia pada 13 Mei lalu dikatakan mampu berdialog secara langsung dengan Rasullullah SAW. Insan yang bertanggungjawab menanam perasaan taksub berkenaan kepada pengikut Arqam ialah isteri Asaari, Hatijah Aam atau nama panggilannya Ummu Jah.

Selain memainkan peranan sebagai penulis dan pemikir kepada ajaran Asaari, Ummu Jah juga bertanggungjawab menyebarkan propaganda bahawa Asaari dipilih Allah SWT untuk menjadi pemimpin dunia di akhir zaman.

Berikutan itu, apa sahaja yang berlaku ke atas Asaari dan Al-Arqam cuba diputar belitkan oleh Ummu Jah sebagai dugaan Tuhan kerana pengikut pertubuhan itu perlu yakin bahawa Asaari adalah anugerah Tuhan kepada umat manusia.

Semua itu dilakukan kerana dari semasa ke semasa kepincangan dan penyelewengan Al-Arqam semakin terdedah.

Namun kebenaran mengatasi kebatilan, Al-Arqam diharamkan, Asaari meninggal dunia pada 13 Mei lalu manakala pengikut-pengikut pertubuhan itu entah ke mana.

Oleh itu, apabila Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr.Wan Azizah Wan Ismail menyatakan suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah anugerah Tuhan bagi memimpin rakyat negara ini, adakah ia bermaksud beliau berhasrat mewujudkan ketaksuban kepada Anwar dalam usaha menutup segala kepincangan yang berlaku dalam PKR?

Hakikatnya, Wan Azizah tidaklah sehebat Ummu Jah kerana kalau Ummu Jah menjadi pemikir kepada Asaari, Wan Azizah pula hanyalah pengikut kepada suaminya.

Justeru apabila beliau menghamburkan segala puji-pujian untuk Anwar, ia sebenarnya bertujuan mengelakkan PKR terus ditinggalkan oleh pemimpin dan ahli parti tersebut yang rata-rata mulai sedar hakikat sebenar perjuangan Anwar.

Menggunakan istilah 'anugerah Tuhan' boleh dianggap 'peluru terakhir' Wan Azizah yang amat memahami bahawa PKR kini semakin terumbang-ambing.

Harapan Wan Azizah ialah dengan mengeluarkan kenyataan sedemikian, ia akan menyakinkan penyokong-penyokong PKR bahawa apa yang berlaku bukan kerana kelemahan Anwar tetapi dugaan kepada suaminya.

Sebab itulah, Wan Azizah menggambarkan Anwar sebagai insan luar biasa yang mampu menempuh pelbagai cabaran.

Sebenarnya, Wan Azizah mungkin hanya mampu membohongi mereka yang masih setia dengan PKR tetapi tidak kepada rakyat secara keseluruhan terutamanya umat Islam yang amat memahami apa itu istilah 'anugerah Tuhan'.

Kita juga boleh bertanya, kalau begitulah kedudukan Anwar yang digambarkan oleh Wan Azizah sebagai 'anugerah Tuhan', bagaimana pula ulama-ulama Pas yang menjadi pemimpin utama parti itu, apakah mereka bukan 'anugerah Tuhan'? Tidakkah dari segi moral, pemimpin-pemimpin utama Pas dianggap jauh lebih baik berbanding Anwar?

Oleh itu, tidak perlulah Wan Azizah mengangkat martabat suaminya terlalu tinggi hanya semata-mata mahu mengabui mata rakyat terhadap segala kemelut yang berlaku di dalam PKR. Wan Azizah perlu berpijak di bumi nyata dan menerima hakikat bahawa PKR kini sudah kronik dan segalanya berpunca daripada impian suaminya mahu menjadi Perdana Menteri.

Bagaimana pula jika ada orang berkata, memang benar Anwar anugerah Tuhan tetapi bukan untuk memimpin, sebaliknya menguji hamba-hamba-Nya di bumi Malaysia untuk berhadapan dengan seorang insan yang sanggup melakukan apa sahaja dan menggadaikan segalanya demi meraih kuasa? Atau ada insan yang berfikir apakah Anwar sudah dimakan sumpah memandangkan satu demi satu bahana menimpanya.

Wan Azizah perlu ingat bahawa tiada hijab antara orang yang dianiaya dengan Allah SWT. Ertinya, doa orang teraniaya mudah dimakbulkan. Oleh itu, kalaulah Anwar dikategorikan dalam golongan tersebut berikutan apa yang dilaluinya, kenapakah sampai sekarang beliau terus ditimpa pelbagai masalah. Berikutan situasi inilah, bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Senator Ezam Mohd.Noor meminta Wan Azizah menilai sama ada Anwar adalah anugerah atau ujian kepadanya serta ahli PKR untuk memilih Allah atau pemimpin yang melampaui batas.

''Tun Dr.Mahathir Mohamad ambil masa sebelum bertegas pecat beliau (Anwar). Saya juga sudah beberapa lama, baru melepasi ujian Allah dan akhirnya saya bersyukur dapat memilih Allah berbanding bos sendiri,'' katanya.

Wan Azizah tidak perlu bermain dengan kata-kata, biarpun beliau mungkin membaca teks ucapan yang dibuat oleh orang lain. Sejarah politik dan segala tindakan Anwar tidak boleh dianggap satu anugerah kepada rakyat negara ini.

Sebaliknya kerana kerakusan politik suaminya, maka arena politik negara tidak pernah aman sejak tahun 1998. Anwar bertanggungjawab menghasut sebahagian penyokongnya melakukan demonstrasi ganas. Ia satu perbuatan yang cukup asing bagi rakyat negara ini. Apakah ini sikap pemimpin yang dikatakan 'anugerah Tuhan' tetapi enggan reda dengan ketentuan Ilahi terhadapnya?

Wan Azizah belajarlah untuk faham bahawa pemimpin 'anugerah Tuhan' adalah seseorang yang membawa rahmat kepada umat manusia, bukannya melakukan perbuatan yang boleh memudaratkan mereka. Pemimpin 'anugerah Tuhan' tidak akan membuat fitnah atau memperdayakan orang dengan silat lidahnya, apatah lagi menjadi 'sesumpah' seperti mana dilakukan oleh suaminya itu bagi meraih kuasa politik.

Justeru, janganlah kerakusan berpolitik dan kegelojohan untuk berkuasa menyebabkan Wan Azizah cuba menerapkan pula ketaksuban kepada pengikutnya.

Belajarlah daripada apa yang berlaku kepada Al-Arqam. Pertubuhan itu hancur kerana mereka terlupa bahawa mereka mungkin hanya boleh memperdayakan manusia tetapi bukan Allah SWT. Sesungguhnya apabila tiba masanya, Dia pasti akan memunculkan kebenaran bagi melenyapkan kebatilan. Ketika itu, kita boleh menilai apakah Anwar benar-benar satu anugerah Tuhan atau dimakan sumpah!

Oleh : Zulkifli Bakar

Warna-warni politik
Torashah

Isnin, 29 November 2010

Ketuanan Melayu: Kita bukan hendak jadi tuan - Noh Omar!

Isu Ketuanan Melayu yang dibangkitkan oleh beberapa pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) adalah tidak tepat kerana memberikan gambaran yang salah iaitu seolah-olah menunjukkan seperti orang Melayu ingin menjadi ”tuan”.

Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata, gambaran yang dibuat oleh pemimpin PKR mengenai Ketuanan Melayu salah sama sekali dan hanya dengan niat untuk menjaga kepentingan politik mereka melalui pakatan yang telah dibuat dengan parti pembangkang lain.

"Ketuanan Melayu bukan bermakna kita hendak jadi ”tuan” ia salah sama sekali. Ketuanan Melayu bermaksud segala perkara dan hal yang telah termaktub dalam perlembagaan mengenai hak orang Melayu dipertahankan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata contohnya seperti ketua negara adalah Raja-Raja Melayu jadi ia perlu dipertahankan dan dihormati bukannya dihapuskan sesuka hati kerana ia telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Beliau mendakwa pemimpin PKR sendiri tidak faham mengenai Ketuanan Melayu dan gagal mempertahankannya seperti isu beberapa exco kerajaan Selangor yang tidak menggunakan bahasa kebangsaan pada kepala surat rasmi mereka dan ruangan masjid yang dimasuki oleh bukan Islam sehingga menuntut campur tangan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

"Dalam konteks ini Ketuanan Melayu yang kita mahu pertahankan ialah kesucian agama Islam sebagai agama rasmi dan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan yang termaktub dalam perlembagaan.

"Itulah maksud Ketuanan Melayu yang perlu dipertahankan tetapi ia gagal dilakukan oleh PKR,” kata Noh.

Warna-warni politik
Torashah

Sabtu, 27 November 2010

Gempar! : Pokok besar PKR tumbang di Hulu Selangor, cabang dan ranting habis patah - 1300 lari selamatkan diri!!!


Parti Keadilan Rakyat (PKR) menerima satu tamparan pada hari pertama berlangsungnya Kongres Nasional parti itu apabila lebih 1,300 orang ahli di Cabang Hulu Selangor mengumumkan keluar parti berkuat kuasa serta merta.

Tindak...an berkenaan berpunca daripada rasa tidak puas hati mereka dengan cara kepimpinan parti menangani kemelut pemilihan peringkat cabang itu yang didakwa dicemari dengan pelbagai unsur penipuan dan salah guna kuasa.

Bekas calon Ketua Cabang Hulu Selangor, Zahar Rusli yang mengetuai tindakan keluar parti itu berkata, pihaknya amat kesal kerana suara mereka langsung tidak didengari sekali gus memberi gambaran PKR tidak memberi keadilan kepada ahli parti sendiri.

"Kami dibodoh-bodohkan, dianggap macam tak tahu apa-apa dan tak tahu undang-undang, jangan anggap kita tiada suara dan hanya mempunyai seorang dua pengikut sahaja.

"Ramai ahli PKR Cabang Hulu Selangor sebenarnya sudah muak, mesyuarat cabang hanya mencatatkan kehadiran kira-kira 1,500 orang sahaja walaupun mempunyai 7,000 ahli manakala jumlah pemilih pada peringkat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) pula jauh lebih rendah," katanya pada sidang akhbar di sini malam ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Zahar menganggap PKR adalah sebuah parti yang kalut dan sudah tidak relevan kerana ia mula dikuasai dinasti keluarga Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila isterinya, Wan Azizah Ismail menjadi Presiden manakala anak sulungnya, Nurul Izzah menjadi Naib Presiden paling kanan.

Katanya, pengaruh Anwar sendiri semakin menyusut kerana kegagalannya menyelesaikan pelbagai masalah berbangkit di peringkat cabang."Begitu juga dengan kerajaan negeri PKR di Selangor, hanya nampak elok pada tiga ke empat bulan pertama sahaja, kemudiannya mula menjadi kacau-bilau," katanya.

Mengenai perancangan beliau dan pengikutnya selepas ini, Zahar berkata, mereka akan menubuhkan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) awal tahun depan untuk meneruskan agenda membantu rakyat Hulu Selangor.

Beliau tidak menolak kemungkinan NGO berkenaan akan menyertai Barisan Nasional (BN) sebagai ahli bersekutu jika itu mendatangkan kebaikan yang lebih besar kepada masyarakat setempat.

Apabila anai-anai sudah memakan akar! Siapakah anai-anai tersebut!!!

Warna-warni politik
Torashah

Isnin, 22 November 2010

Noh Omar ajak MB Khalid "serba tak tahu" berdebat : Khalid ada berani ka!

Adalah tidak adil pada hari Selasa, 9 November lalu, Sidang Dewan Undangan Negeri Selangor membangkitkan isu harga dan kualiti padi yang rendah, dan dijawab oleh Exco Pertanian Negeri Selangor yang tidak tahu menahu mengenai perkara berkenaan dan membidasnya, ujar Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar.

Sehubungan dengan itu, beliau bersedia bertemu dan berdailog secara terbuka dengan semua Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor bagi memperjelaskan isu berkenaan termasuklah insiden ADUN Sekincan dipukul.

“Saya telah menulis surat kepada Y.A.B Menteri Besar untuk menentukan tarikh dan tempat dengan notis dua minggu untuk perjumpaan tersebut. Sebagai Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, saya bertanggungjawab terhadap isu tersebut dan bersedia untuk bersemuka dengan ADUN Selangor semua. Berikan saya peluang itu daripada membidas saya secara melulu,” ujarnya yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor.

Dalam isu kualiti padi angin, beliau hairan mengapa 80 peratus pesawah dapat capai hasil 8 tan sehektar dengan potongan di bawah 20 peratus sahaja kerana daripada rekod kementerian cuma seorang sahaja yang dikenakan potongan 30 peratus dan seorang 36 peratus.

“Jangan hanya kerana dua tiga orang, hasil padi di Barat Laut dikira tidak berkualiti. Semak fakta jangan main hentam. Ingin saya jelaskan bahawa padi angin bukan kerana masalah benih padi tetapi cara pengurusan sawah yang tidak betul.

Masalah harga padi yang tidak menentu bukan soal kementerian.Kementerian cuma meletakkan syarat harga minima. Apa yang berlaku adalah berdasarkan kehendak pasaran namun saya sedia memberi lesen kepada mana-mana syarikat yang sanggup beli padi dengan harga RM2,000 satu tan,” tambahnya yang menunggu kesediaan ADUN Selangor untuk berdialog dengannya.

MB Khalid ada berani ka?

Warna-warni politik
Torashah

Jumlah orang miskin di Selangor membimbangkan!

SHAHRIZAT Abdul Jalil menyampaikan daging korban kepada Pengerusi Surau at-Taufigiah, Ramli Mohd. Lana di Taman Medan Cahaya di Petaling Jaya, semalam.
Kerajaan pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor sekali lagi digesa meningkatkan bantuan kepada rakyat miskin dan golongan kurang bernasib baik di negeri itu.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil (gambar) bimbang golongan itu tidak mendapat pembelaan serta bantuan sewajarnya berdasarkan jumlah peruntukan yang dikeluarkan kerajaan negeri.

Menurutnya, setakat ini Kerajaan PKR Selangor hanya membelanjakan RM14.6 juta untuk membantu 8,007 penduduk miskin berbanding RM98.7 juta yang dibelanjakan oleh Kerajaan Persekutuan untuk membantu 35,342 keluarga miskin termasuk orang kurang upaya (OKU), warga emas dan kanak-kanak di negeri itu.

"Kalau kementerian dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) tidak menampung kebajikan golongan miskin di Selangor, mereka akan berada pada tahap berbahaya kerana tidak mendapat pembelaan.

"Jumlah orang miskin di Selangor amat membimbangkan tetapi pembelaan daripada kerajaan negeri terlalu kecil. Justeru saya minta supaya jumlah bantuan itu ditingkatkan.

"Sewaktu parti pembangkang mengambil alih Selangor, banyak duit ditinggalkan oleh kerajaan BN di bawah bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Khir Toyo tetapi anehnya mengapa ia tidak diguna untuk menjaga kebajikan rakyatnya?" katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Program Sambutan Hari Raya Aidiladha dan Majlis Ibadah Qurban di Surau At-Taufiqiah, Taman Medan Cahaya, di sini hari ini.

Turut hadir pada majlis itu Pengerusi Mayang Selangor, Datuk Raja Hanifudin Raja Nong Chik; Penolong Setiausaha Agung Kehormat Perkim, Datuk Hasbullah L. Isa, ahli-ahli Perkim, Majlis Pertubuhan Ibu Tunggal Malaysia, anak-anak yatim serta penduduk sekitar taman tersebut.

Pada majlis itu, Shahrizat menyerahkan sumbangan antaranya daging korban dan kuih kepada 100 orang terdiri daripada saudara baru, ibu tunggal dan anak yatim.

Majlis itu dianjurkan bersama Sekretariat Pembelaan dan Pemerkasaan Wanita Islam (Senada) Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Perkim dan Majlis Pertubuhan Ibu Tunggal Malaysia.

Ditanya mengenai masalah suri rumah sekitar kawasan kediaman kerajaan (kuarters) di Putrajaya untuk mewujudkan pusat jagaan harian kanak-kanak, Shahrizat berkata, pihaknya akan membawa perkara itu kepada Perbadanan Putrajaya.

Beliau berharap Perbadanan Putrajaya dapat melihat kembali bagaimana untuk membantu suri rumah di kawasan tersebut mewujudkan taman asuhan kanak-kanak (taska) mengikut kaedah di bawah Akta Pusat Jagaan Kanak-kanak.

Mengenai masih ramai golongan OKU di negara ini yang tidak berdaftar, Shahrizat berkata, JKM sentiasa terbuka untuk urusan pendaftaran mereka.

Warna-warni politik
Torashah

Sabtu, 20 November 2010

Syed Husin memendam rasa : Siapa nak keluar PKR, keluarlah!

Timbalan Presiden PKR Dr Syed Husin Ali tidak risau dengan sekiranya terdapat anggota parti itu bercadang untuk keluar parti dan menyertai parti baru yang dicadangkan oleh Datuk Zaid Ibrahim. Tokoh PKR itu menyifatkan tindakan tersebut sebagai satu pembersihan dalam parti itu yang ditubuhkan sejak 10 tahun yang lalu.

"Bagi saya mudah sahaja. Siapa yang nak keluar... keluarlah. Ini bagi saya (satu) proses pembersihan dalam parti.

"Saya selalu katakan, bila sampah sarap berlalu, sungai akan menjadi jernih... Saya tidak risau dan ramai pemimpin tidak risau," katanya dalam temubual dengan disini semalam. Menurutnya, situasi tersebut bukan dialami oleh PKR sahaja, malah sebelum ini PAS dan DAP turut mengalami situasi yang sama suatu ketika dahulu.

"Ini bukan pengalaman PKR (sahaja). Parti yang tua, yang kelihatan lebih kuat, sudah mengalami (perkara ini). (Dalam) PAS sendiri apabila presidennya sendiri (Datuk) Asri (Muda tinggalkan parti)," katanya senator itu.

Hak Zaid

Syed Husin mengulas mengenai kenyataan Zaid yang juga pengerusi PKR Wilayah Persekutuan dalam sidang media pagi semalam yang tidak menolak kemungkinan ramai anggota PKR akan menyertainya keluar parti.

Dalam sidang media di kediamannya, Zaid memilih 16 Disember depan sebagai tarikh beliau meninggalkan parti itu setelah menghantar surat peletakkan jawatannya semalam.

Beliau juga memutuskan untuk menubuhkan parti baru dan bertanding dalam pilihan raya umum akan datang. Mengulas mengenai keputusan Zaid tersebut, Dr Syed Husin yang juga bekas tahanan ISA berkata, ia merupakan hak Zaid untuk berbuat demikian.

"Rakyat yang akan menentukan sama ada parti itu mempunyai masa depan (atau tidak). Tapi dia konsisten bahawa dia mahu bertanding dan masuk ke dalam parlimen. Terserah (kepada) rakyat (untuk menetukannnya)," katanya.

Ditanya sama ada PKR dan Pakatan Rakyat mahu berkejasama dengan parti baru itu, Dr Syed Husin berkata parti itu akan melihat perkembangannya terlebih dahulu.

Sekejap nak, sekejap tak nak

"Dalam masa sekarang bukan kita (PKR) akan putuskan," katanya. Dr Syed Husin yang turut mempersoalkan sikap Zaid "yang tidak tetap pendirian" dan "sekejap berubah-ubah".

"Perkara kecil sahaja, (contohnya) sekejap nak ada sidang akhbar, sekejap tak nak. Sekejap nak adakan balik.

"Sekejap nak bertanding presiden, sekejap nak bertanding timbalan. Sekejap kata nak berundur sekira seorang itu mengambil bahagian. Bila orang itu mengambil bahagian, dia tak mahu berundur.

"Jadi perkara seperti ini menimbulkan banyak tanda tanya. Kebenaran apa?" katanya ketika mengulas kenyataan Zaid yang mahu menubuhkan parti baru "berteraskan kebenaran".

Soalan cepumas buat Syed Husin! Anda pula bila nak keluar dari PKR!!!

Warna-warni politik
Torashah

Khamis, 18 November 2010

Selangor Bangkit : Apa kejayaan Anwar membangunkan ekonomi Selangor?

Penasihat Ekonomi Selangor, Anwar Ibrahim diakui bukan sahaja gagal melaksanakan tugasnya memajukan ekonomi negeri itu malah turut berperanan dalam 'menjahanamkan' ekonomi negara.

Bekas Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan, Mohd. Zahid Md. Arip berkata, ini kerana, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu dilihat sibuk berpolitik menghentam negara di pentas antarabangsa sehingga menimbulkan rasa curiga pelabur asing terhadap ekonomi Malaysia.

''Beliau (Anwar) bukanlah pakar ekonomi. Sebagai Penasihat Ekonomi Selangor, beliau pergi ke luar negara bukan hendak tarik pelabur tetapi memburuk-burukkan Malaysia.

''Inilah kerja Anwar. Bagaimana mungkin pelabur asing hendak datang melabur ke negara ini kerana telah diburuk-burukkan oleh Anwar,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Mohamed Satim Diman yang mendakwa, Anwar perlu dipersalahkan dalam pelbagai konflik melibatkan pengurusan kewangan Selangor termasuk isu penyelewengan dan salah guna kuasa Perbadanan Kemajuan Ekonomi Selangor (PKNS).

Mohamed Satim berkata, sebagai Penasihat Ekonomi negeri, Anwar sepatutnya berusaha mencari jalan terbaik bagi menguruskan kewangan dan membangunkan ekonomi Selangor.

Katanya, aktiviti Anwar yang sering keluar masuk negara dan berjumpa dengan pelbagai pihak sepatutnya mampu menarik lebih ramai pelabur asing ke Selangor sekali gus merancakkan ekonomi negeri itu.

Mengulas lanjut, Mohd. Zahid berkata, kerajaan negeri dibawah pimpinan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sememangnya telah melakukan kesilapan apabila melantik Anwar selaku Penasihat Ekonomi negeri.

''Cuba kita lihat contoh cadangan pembinaan kampus cawangan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) di Hulu Selangor yang tidak dapat dilaksanakan berikutan tidak mendapat kelulusan kerajaan Selangor.

''Tidakkah mereka 'buka mata' betapa ia akan membuka banyak peluang pekerjaan, perniagaan dan mampu merancakkan ekonomi Hulu Selangor?,'' ujarnya.

Sementara itu, kenyataan Mohd. Zahid turut disokong oleh bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari yang melihat Anwar tidak memberi apa-apa sumbangan terhadap kemajuan ekonomi Selangor.

''Saya juga setuju dengan kenyataan Mohamed Satim. Apa yang Anwar sudah lakukan sebelum ini sejak memegang jawatan Penasihat Ekonomi Selangor?. Mana dia pelabur dan juga program menjana urus tadbir yang baik yang diuar-uarkan sebelum ini?,'' soal beliau.

Anuar turut melontarkan persoalan mengapa Anwar kerap berada di luar negara dan apakah beliau memperoleh segala kemudahan selaku Penasihat Ekonomi Selangor sepanjang berada di luar.

''Anwar sebenarnya tidak berperanan sangat sebagai Penasihat Ekonomi negeri itu. Kalau dilihat, beliau lebih banyak tumpu kepada politik semata-mata,'' katanya.

''Saya sendiri tidak nampak apakah kejayaan yang telah dilakukan oleh Anwar terhadap ekonomi Selangor. Kalau ada, sudah tentu mereka ini akan kecohkan kejayaan itu,'' tambahnya.

Warna-warni politik
Torashah

Mimpi siang hari Pas!

Apabila Pas menyatakan kesediaan parti itu untuk mengetuai pakatan pembangkang, ramai yang melihatnya sebagai hasrat yang terlalu besar dan bercita-cita tinggi. Jika dilihat daripada kedudukan parti itu di Parlimen misalnya, Pas hanya memiliki 23 kerusi berbanding DAP (29 kerusi) dan PKR (24 kerusi).

Jumlah kerusi yang paling sedikit itu sudah cukup untuk menyedarkan Pas bahawa parti tersebut sememangnya tidak mempunyai harapan untuk mengetuai pakatan pembangkang.

Lebih daripada itu, jumlah kerusi Pas yang kecil itu juga menyebabkan parti tersebut tidak banyak mempengaruhi dasar-dasar dalam pakatan pembangkang. Maka di sini timbul persoalan sejauh mana perjuangan Pas dapat diterjemahkan sedangkan parti itu sendiri masih tercari-cari kedudukan dalam pakatan pembangkang.

Kerana itu cita-cita Pas untuk menerajui kepimpinan pakatan pembangkang sebenarnya tidak ubah seperti bermimpi di siang hari. Bukan mahu menafikan kemampuan Pas dalam impian itu kerana parti berkenaan sememangnya mempunyai barisan kepimpinan yang hebat dan berpengalaman.

Meskipun ada kepincangan di negeri-negeri yang diperintah oleh Pas ketika ini seperti di Kelantan dan Kedah, namun negeri itu lebih baik berbanding negeri yang diperintah oleh parti pembangkang lain. Malah jika penyokong parti pembangkang diasingkan, Pas sebenarnya mempunyai sokongan di peringkat akar umbi yang lebih besar dan teguh berbanding DAP dan PKR.

Lihat sahaja pada pilihan raya umum dan pilihan raya kecil yang berlangsung sebelum ini. Jentera kempen Pas yang paling ke hadapan berbanding jentera parti pembangkang lain. Mereka dilihat lebih bersungguh-sungguh dan bijak dalam menggerakkan strategi memancing undi.

Dari segi kepimpinan dalam pakatan pembangkang pula, tiada wakil rakyat Pas yang keluar atau melompat parti selepas pilihan raya umum 2008 kecuali Datuk Ibrahim Ali yang bertanding atas tiket Pas.

Ini menunjukkan Pas merupakan parti yang mempunyai pengalaman dan kepimpinan yang mantap sebagai sebuah organisasi politik. Malangnya, hakikat itu tidak kelihatan dalam pakatan pembangkang.

Pas seolah-olah tenggelam, dipinggirkan dan seperti tidak mempunyai peranan serta kepentingan langsung. Pas juga tidak boleh menafikan mengenai isu pakatan rahsia yang didakwa wujud antara PKR dan DAP sebelum ini.

Biar bagaimana sekali pun pakatan rahsia itu cuba dijernihkan, ia sudah cukup menjelaskan di mana kedudukan sebenar Pas dalam hal tersebut. Seharusnya perkara ini difikirkan secara mendalam oleh ahli Pas dan masih belum terlambat untuk mereka menilai semula keberadaan mereka dalam pakatan pembangkang.

Pas mungkin boleh melatah jika perkara ini dinilai oleh orang luar yang mungkin tidak arif dengan perjalanan parti itu. Tetapi apabila Datuk Nakhaei Ahmad sendiri menyebut parti itu hanya menjadi 'pak turut' kepada DAP dan PKR, ia adalah satu hakikat yang sukar untuk dinafikan.

Nakhaie bukanlah calang-calang pemimpin ketika berada di dalam Pas dahulu. Beliau merupakan bekas Naib Presiden Pas iaitu antara individu paling kanan dalam hierarki parti. Dengan kedudukan itu, beliau pastinya cukup arif dengan apa yang berlaku di dalam Pas termasuk sejauh mana parti itu mampu mempengaruhi PKR dan DAP.

Pas dalam cita-cita untuk menerajui pakatan pembangkang juga tidak mungkin akan mendapat laluan yang mudah daripada DAP. Kedua-dua parti itu memang boleh berada di dalam pakatan yang sama. Tetapi prinsip asas dan ideologi yang diperjuangkan kedua-dua parti itu terlalu jauh berbeza.

Perkara ini turut ditegaskan oleh pemerhati politik tempatan, iaitu pensyarah Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Dungun, Terengganu, Che Hamdan Che Mohd. Razali. Menurut beliau, DAP akan cepat melatah sekiranya sebarang idea berkaitan dengan cita-cita mendaulatkan agama Islam dilontarkan.

Lebih-lebih lagi mereka juga bersaing dengan Gerakan dan MCA untuk menentang sebarang proses Islamisasi di negara ini bagi meraih sokongan bukan Islam. Sedangkan prinsip utama perjuangan Pas pula ialah ke arah sebuah negara Islam.

Pas pastinya masih ingat bagaimana lantangnya DAP menentang agenda negara Islam parti itu dan mendesak supaya ia digugurkan. Malah, DAP juga melihat adalah sesuatu yang janggal bagi Pas meneruskan agenda negara Islamnya dan dalam masa yang sama tetap bekerjasama dengan pakatan pembangkang.

Seharusnya, mesej-mesej penolakan yang disampaikan oleh DAP itu sudah cukup untuk membuatkan Pas menilai semula keberadaan mereka dalam pakatan pembangkang.

''Perlu difahami juga, titik persefahaman yang dimiliki Pas dan DAP ialah peranan yang dimainkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. Oleh itu, berani saya mengandaikan bahawa jangka hayat hubungan ini juga banyak bergantung kepada umur politik Anwar," kata Che Hamdan.

Dalam keadaan politik pakatan pembangkang yang tidak menentu ketika ini, Pas tidak seharusnya menggadai maruah parti itu untuk menjadi ketua pembangkang. Tindakan itu ibarat sengaja menempah nama buruk atau memikul biawak hidup.

Pas tentu sedar bagaimana kroniknya kepincangan yang berlaku dalam PKR serta isu-isu yang menunjukkan kelemahan DAP terutamanya di Pulau Pinang ketika ini. Pas tidak boleh menolak daripada dipersoalkan mengenai perkara ini sekiranya memilih untuk mengetuai pakatan pembangkang.

Dalam masa yang sama, nama baik dan maruah Pas juga akan terjejas dengan isu-isu yang berlaku di dalam DAP dan PKR. Apa yang seharusnya menjadi keutamaan Pas ketika ini ialah memberi penekanan dari aspek tarbiyah kepada ahli-ahlinya.

Ini meliputi proses pemikiran semula perjuangan parti tersebut. Sebagai parti politik yang membela agama Islam, perkara paling penting perlu diberi penekanan ialah setakat mana mereka bakal memberi sumbangan dalam mendaulatkan agama Islam dengan berada di dalam PR atau sebaliknya.

Che Hamdan menjelaskan, untuk Pas menyertai Barisan Nasional buat masa sekarang agak tipis kerana komitmen parti itu dalam pakatan pembangkang sangat kuat. Namun, ahli-ahli dan penyokong Pas perlu lebih berani dalam memberi tekanan kepada PKR dan DAP agar kedua-dua parti itu sentiasa menjaga sensitiviti umat Islam di negara ini.

''Mereka juga perlu sentiasa mengingatkan pemimpin Pas agar tidak hanyut dalam penawaran kuasa politik dalam pakatan pembangkang," tegas Che Hamdan.

Warna-warni politik
Torashah

Rabu, 17 November 2010

Salam Aidil Adha..


" Labbaika Allahumma labbaika. Labbaika la syarika laka labbaika. Innal hamda wanni’mata laka wal mulka. laa syarika laka ".

" Ya Allah, aku datang karena panggilanMu. Tiada sekutu bagiMu. Segala ni’mat dan puji adalah kepunyanMu dan kekuasaanMu. Tiada sekutu bagiMu ".

Selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha dari UMNO Bandar Puncak Alam buat semua muslimin dan muslimat dan juga para pembaca yang budiman. Selamat melakukan ibadah Qurban dan sambutlah ianya dengan penuh keinsafan dan keredhaan. Semoga Allah swt sentiasa memberkati kita semua..InsyaAllah..AMIN.

Ikhlas Dari : UMNO Bandar Puncak Alam

Selasa, 16 November 2010

PKR Rebah : Dedahkan 'wajah' sebenar Anwar!

Pas dicabar supaya menerima pelawaan Datuk S. Nallakaruppan yang menyatakan kesediaan untuk bertemu dengan pemimpin parti itu bagi mendedahkan 'wajah' sebenar Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bekas Setiausaha Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor, Mohd. Nazmi Rosli berkata, sebagai sebuah parti Islam, Pas perlu bersikap adil dengan mendengar daripada semua pihak mengenai sikap Anwar dan tidak lena dibuai 'lagu' yang dinyanyikan Ketua Pembangkang itu sahaja.

"Penipuan Anwar telah banyak didedahkan oleh bekas ahli PKR seperti Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim dan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin, namun pimpinan Pas hanya memekakkan telinga dan membutakan mata.

"Inilah peluang untuk pimpinan Pas yang selama ini menjulang Anwar sebagai 'bos besar' mereka untuk mendengar penjelasan Nallakaruppan yang merupakan bekas rakan karib Anwar selama 30 tahun," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Nallakaruppan semalam yang beliau malu apabila melihat pucuk pimpinan Pas masih taksub kepada Anwar walaupun pelbagai tembelang Ketua Pembangkang itu telah terdedah.

Sehubungan itu, bekas rakan karib Anwar itu bersedia untuk bertemu pemimpin Pas jika mereka berminat untuk mengetahui 'wajah' sebenar Ketua Pembangkang tersebut.

Mohd. Nazmi berkata, pimpinan Pas seharusnya menghormati pelawaan itu berikutan Nallakaruppan menyebut bahawa pertemuan tersebut adalah sebagai dasar hormat kepada Pas yang dianggotai oleh orang alim.

"Secara peribadi saya berpendapat maruah Pas tercabar apabila Nallakaruppan melahirkan rasa malu beliau kerana pimpinan parti itu yang dipimpin oleh alim ulama boleh taksub dengan Anwar sedangkan mereka (Pas) tidak pernah tahu kelakuan Anwar yang sebenar.

"Pimpinan Pas harus memberi peluang kepada diri mereka untuk mendengar kisah benar yang banyak disimpan oleh Nallakaruppan seterusnya tidak lagi taksub kepada Ketua Pembangkang itu," katanya.

Warna-warni politik
Torashah

Sabtu, 13 November 2010

Kemelut PKR dedahkan politik palsu Anwar!

Bermula dengan nama Parti Keadilan Rakyat (PKR), singkatan parti tersebut kini diberi pelbagai gelaran berikutan satu demi satu kemelut yang melandanya.

Apabila ramai wakil rakyat PKR keluar parti ia dipanggil ‘Parti Kian Rapuh.’ Apabila ahli-ahli bergaduh dalam mesyuarat ia dianggap ‘Parti Kian Rosak.’ Kini, apabila berlaku konflik melibatkan soal pemilihan, ia ditafsirkan sebagai ‘Parti Kian Reput.’

Tidak kisahlah apa pun panggilan kepada PKR, apa yang berlaku membongkar dan mendedahkan segala perjuangan politik kepalsuan yang dicetuskan oleh Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Satu demi satu pendedahan yang dibuat oleh bekas Pengerusi Perhubungan PKR Wilayah Persekutuan Datuk Zaid Ibrahim dan disambut oleh ramai pemimpin parti itu sudah membuktikan bahawa PKR adalah parti penuh masalah.

Jika sebelum ini teori penguasaan 3A yang melibatkan Anwar, Azmin Ali dan Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dalam PKR cuba ditutupi namun kini semuanya sudah terdedah.

Kerakusan Anwar dalam berpolitik dengan mengamalkan apa juga pendekatan termasuk mengatur pemilihan parti agar menyebelahi orang-orang kesayangannya semakin terserlah.

Hubungan akrab Anwar-Azmin dengan direstui oleh Wan Azizah yang tidak mampu berbuat apa-apa, biarpun beliau seorang Presiden telah merosakkan segala struktur perjalanan politik PKR.

Kita tidak perlu bercakap soal impian Anwar ke Putrajaya kerana sejak awal lagi orang tahu PKR tidak ada keupayaan itu.

Sebaliknya Anwar hanya mahu membuka laluan kepada DAP untuk menguasai Putrajaya asalkan beliau menjadi Perdana Menteri.

Anwar tidak peduli apa pun protes pemimpin-pemimpin PKR lain terhadap tindakannya dalam soal pemilihan parti itu terutama bagi jawatan Timbalan Presiden.

Ramai yang percaya kalaulah mangsa tersebut bukan Zaid tetapi Azmin, sudah pasti Anwar akan menggunakan segala kuasa yang ada padanya bagi membolehkan pemilihan diadakan semula.

Malah ada andaian, kalau pun anaknya, Nurul Izzah sekalipun menjadi mangsa belum tentu Anwar akan bertindak tetapi jangan sesiapa pun menyentuh Azmin.

PKR menjadi parti kian rosak akibat percaturan politik Anwar yang sememangnya ketika dalam UMNO dulu pun memang suka mengamalkan politik nepotisme dan kronisme.

Tetapi orang seperti Anwar tidak peduli kepada parti. Bagi beliau, parti serta mereka yang berada di dalamnya hanyalah kuda tunggangan untuk beliau mencapai cita-cita politiknya.

Namun Anwar terlupa bahawa kepalsuan, pembohongan dan sandiwara tidak boleh bertahan selama-lamanya. Melalui tindakan Zaid yang lantang mahu Anwar dan Azmin berundur, bekas Ahli Parlimen Kota Bharu itu hakikatnya membangkitkan semangat pemimpin dan ahli PKR yang lain.

Selama ini, mereka sememangnya tidak berpuas hati dengan Anwar-Azmin tetapi tidak mampu melakukan apa-apa sehinggalah muncul Zaid bagi memperbetulkan keadaan. Apa yang menariknya, Zaid tidak keseorangan malahan beberapa pemimpin kanan PKR yang sebelum ini dikatakan begitu setia dengan Anwar turut menyokong beliau.

Keadaan tersebut sudah pasti merimaskan Anwar tetapi sebagai seorang yang sememangnya licik dalam manuver politik, Anwar berpura-pura menunjukkan ketenangan. Bagaimanapun ‘pertarungan’ kali ini mungkin akan mewujudkan senario yang berbeza kerana kalaupun Anwar berjaya mempertahankan Azmin tetapi beliau tidak akan mampu menahan arus penolakan terhadap mereka berdua secara keseluruhannya.

Ia kerana rakyat, malahan pemimpin dan ahli PKR sendiri sudah dapat menilai siapa Anwar sebenarnya. Parti itu hanya boleh diselamatkan jika Anwar dan Azmin, seperti mana kata Zaid – Berundur.

Gelombang penentangan terhadapnya secara terang-terangan perlu dijadikan isyarat bahawa beliau sudah tidak lagi digeruni sebagai pemimpin yang bakal membawa kegemilangan terhadap PKR. Sebaliknya PKR akan menjadi sebuah parti koyak rabak akibat kedegilan Anwar menerima hakikat tersebut. Anwar dan Azmin sudah tidak lagi berhak bercakap soal demokrasi apatah lagi hendak memperjuangkan nasib rakyat.

Segala kekalutan yang berlaku dalam PKR sudah menjadi bukti bahawa mereka tidaklah sehebat mana, oleh itu tidak payahlah Anwar dan Azmin bermimpi untuk menawan Putrajaya kerana PKR sendiri ibarat sebuah kapal yang hampir karam.

Terimalah hakikat bahawa sebuah parti yang ditubuhkan atas dasar kebencian dan semata-mata demi memperjuangkan nasib seorang individu tidak akan ke mana. Apatah lagi apabila ia disulami dengan pendekatan politik matlamat menghalalkan cara seperti mana dilakukan oleh Anwar.

Zulkifly Bakar

Warna-warni politik..

Rabu, 10 November 2010

Yayasan Selangor : MB Khalid didesak beri penjelasan!

Ketua Pembangkang negeri, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo mendesak kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor memberi penjelasan berhubung dakwaan penyalahgunaan kuasa oleh pengurusan tertinggi Yayasan Selangor.

Beliau berkata, ia ekoran tindakan kerajaan negeri menerusi Menteri Besar, Tan Sri Abdul khalid Ibrahim yang didakwa memberi bonus kepada semua Ahli Lembaga Pemegang Amanahnya sebanyak RM5,000.

Menurutnya, jika benar ia adalah satu tindakan yang bertentangan dengan perlembagaan pertubuhan yayasan itu yang diwujudkan sejak 40 tahun lalu.

Katanya, tindakan memberi bonus kepada Ahli Lembaga Pemegang Amanah tidak seharusnya dilakukan kerana Yayasan Selangor ditubuhkan sebagai sebuah organisasi untuk menjaga kebajikan pendidikan anak-anak negeri itu dan bukannya organisasi yang bermotifkan keuntungan.

"Jika benar dakwaan ini, ia jelas satu bentuk penyalahgunaan kuasa yang cuba diterapkan di dalam yayasan kebajikan negeri ini. Kita mahu kerajaan negeri hari ini berikan penjelasan mengenai dakwaan ini.

"Pemberian bonus kepada Ahli Lembaga Pemegang Amanah ini memang tidak boleh dilakukan kerana perlembagaan yayasan tidak membenarkan Ahli Lembaga Pemegang Amanahnya menerima atau memindahkan apa juga bentuk bayaran sama ada melibatkan dividen, bonus atau sebagainya secara terus atau sebaliknya.

"Maka, apa kewajaran kerajaan negeri membuat pembayaran bonus kepada Ahli Lembaga Pemegang Amanah yayasan ini? Ia bukan organisasi yang bermotifkan keuntungan," soalnya ketika dihubungi oleh Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas satu laporan menerusi blog www.mykmu.net yang mendakwa wujud elemen penyalahgunaan kuasa dalam pengurusan Yayasan Selangor apabila Ahli Lembaga Pengarahnya diberikan bonus dua bulan iaitu sebanyak RM5,000 termasuk Pengurus Besarnya, Ilham Marzuki yang menerima RM5,990.86.

Menurut laporan di dalam blog itu, pembayaran bonus berkenaan dibuat menerusi Resolusi No. 129/2010 yang menyatakan Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Selangor bersetuju memberi bonus dua bulan gaji kepada kakitangan yang telah berkhidmat lebih setahun di yayasan itu.

Ketika ini, selain Abdul Khalid, enam lagi individu dilantik sebagai Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Selangor antaranya ialah Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan negeri, Dr. Halimah Ali; Pegawai Kewangan negeri, Datuk Mohd. Arif Ab. Rahman dan Ilham.

Dalam pada itu, Mohamad Khir memberitahu, ketika pentadbiran Barisan Nasional (BN) sebelum ini, kerajaan negeri tidak pernah membayar apa-apa bonus kepada Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Selangor selaras perlembagaan yayasan itu.

Sebaliknya, beliau berkata, bayaran bonus hanya diberikan kepada kakitangan Yayasan Selangor selaras dengan pembayaran bonus kepada semua kakitangan awam negeri sebelum ini.

Dalam masa sama, Mohamad Khir yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang, turut mempersoalkan perbelanjaan bayaran elaun mesyuarat Pengerusi dan Ahli Lembaga Pengarah Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) yang disifatkannya tidak munasabah.

Katanya, berdasarkan Laporan Ketua Audit Negara 2009, PNSB membayar elaun sekali mesyuarat kepada Abdul Khalid selaku Pengerusi PNSB sebanyak RM5,000 manakala Ahli Lembaga Pengarah sebanyak RM2,000.

Jelasnya, bayaran elaun mesyuarat itu jauh lebih tinggi berbanding sebelum tahun 2008 yang menetapkan elaun mesyuarat kepada Pengerusi PNSB sebanyak RM1,000 dan RM500 kepada Ahli Lembaga Pengarah anak syarikat kerajaan negeri itu.

"Berdasarkan Laporan Ketua Audit Negara 2009, pada tahun lalu, Lembaga Pengarah PNSB mengadakan tujuh kali mesyuarat dan Pengerusi PNSB menerima elaun mesyuarat keseluruhan sebanyak RM25,000 manakala Ahli Lembaga Pengarah menerima RM22,000.

"Bayaran itu tidak lagi termasuk manfaat pakej percutian RM60,000 bagi Pengerusi dan RM40,000 bagi Ahli Lembaga Pengarah. Jumlah ini terlalu besar dan mungkin mengundang salah tadbir urus," ujarnya.

Warna-warni politik
Torashah..

Isnin, 8 November 2010

Pas wajib kaji balik 'tahaluf siyasi' - Nakhaie!

Masih belum terlambat bagi Pas untuk mengkaji semula 'tahaluf siyasi' atau kerjasama politik dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP kerana ia lebih banyak membawa keburukan berbanding kebaikan kepada parti itu.

Bekas Naib Presiden Pas, Datuk Nakhaie Ahmad berkata, pada masa ini Pas walaupun mempunyai organisasi kukuh, jentera mantap, ahli teramai dan pengaruh peringkat umbi kuat berbanding parti pembangkang lain tetapi ia hanya sekadar menjadi 'pak turut'.

Menurut beliau, sepatutnya berdasarkan kepada kelebihan Pas itu, ia wajib menjadi dominan dalam pakatan pembangkang, sekali gus sebagai wadah alternatif Melayu Islam selain daripada UMNO.

"Masalahnya keadaan itu tidak terjadi, sebaliknya dalam 'tahaluf siyasi' itu Pas tidak mendapat peranan jelas yang sepatutnya, seolah- olah menyerahkan lehernya untuk disembelih oleh rakan lain yang memperkudakan mereka.

"Saya yakin majoriti ahli dan pengundi atas pagar meneliti dengan mendalam perkara ini terutama sikap Pas sendiri yang sanggup menggadaikan maruah dan dasar seperti penubuhan negara Islam, hanya kerana matlamat untuk menumbangkan UMNO," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau yang juga bekas ahli Majlis Syura Pas dan Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) mengulas mengenai rakaman video 'pertemuan panas' yang tersebar luas antara Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan bekas pensyarah Akademi Islam Universiti Malaya, Mohd. Nor Deris.

Rakaman video pertikaman lidah hampir empat minit itu berkisar mengenai rasa tidak puas hati Mohd. Nor terhadap tindakan Pas bekerjasama dengan DAP dan mengkafirkan UMNO.

Tambah Nakhaie, beliau yakin sentimen kemarahan Mohd. Nor itu turut dikongsi bersama kebanyakan ahli Pas yang semakin 'terasa' sikap pimpinan parti pembangkang lain yang berterusan memperlekehkan pemimpin Pas.

Dakwa beliau, walaupun perasaan 'menggelegak' itu bijak disembunyikan tetapi ia telah menjadi seperti rahsia yang diketahui umum, memang berlaku perpecahan dalaman kronik di kalangan ahli dan pimpinan Pas ekoran keputusan kurang bijak mengadakan kerjasama itu.

"Sebenarnya keadaan ini amat berbahaya kerana semuanya nampak seperti baik di luar tetapi apabila Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti dikhuatiri akan berlaku undi protes.

"Pas kena cepat bertindak, jika tidak mereka akan menyesal. Perasaan marah ahli kini sedang membuak- buak dan hanya menunggu masa sahaja untuk meletup," katanya.

Jelas Nakhaie, pimpinan Pas perlu berlapang dada apabila menerima teguran dan jangan bersikap dangkal terus menyalahkan pihak lain atas kekalahan yang diterima seperti di Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Galas, Khamis lalu.

"Cukuplah dengan alasan retorik, apabila kalah kata Pas melawan sebuah kerajaan (Malaysia) dan wujudnya pengundi hantu tetapi semasa menang, terus dengan bangganya mengatakan Pas mendapat bantuan malaikat dari langit," katanya.

Warna-warni politik
Torashah

Sabtu, 6 November 2010

Rumah sudah siap, tapi pahat masih berbunyi : Pok Nik ragui kemenangan BN!

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kecewa dengan keputusan Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas semalam yang menyaksikan kemenangan besar Barisan Nasional (BN).

Beliau meragui keputusan tersebut menunjukkan kehendak sebenar pengundi di DUN Galas kerana mendakwa ada unsur ugutan dan sogokan terhadap pengundi.

Menurutnya, BN menanggung dosa jika rakyat memilih parti itu kerana tekanan dan bukan membuat pilihan secara bebas.

"Kita kecewa. Kalau rakyat terima sungguh (BN) sebagaimana kehendak dia tolak Pas itu tidak mengapa. Tapi kalau tolak Pas ambil BN kerana perkara 'tertentu', kerana ugutan, kerana sogokan, kerana apa-apa, maka dosa dia (BN) tanggung sampai ke akhirat.

"Ini kerana dia tidak beri peluang kepada rakyat memilih. Kita sebut pilihan raya, tahu-tahunya jadi 'tekanan raya', itu berdosa," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah pagi Jumaat di pekarangan Pejabat Perhubungan Pas negeri di sini, hari ini.

Nik Abdul Aziz berkata, beliau hairan bagaimana pada malam sebelum hari pembuangan undi, seorang menteri Kabinet boleh mengeluarkan kenyataan bahawa BN akan menang besar.

"Saya ragu kerana keesokan hari nak mengundi, malam itu saya tengok siaran di televisyen, seorang menteri mengatakan bahawa BN akan menang banyak.

"Mana dia tahu BN akan menang banyak sedangkan esok baru nak mengundi, makna ada benda dia (BN) buat," katanya.

Beliau memberi amaran, 'dosa' yang akan ditanggung BN kerana setiap kegiatan manusia termasuk urusan politik tidak akan terlepas daripada agama dan undang-undang Allah.

Pilihan raya kecil semalam menyaksikan BN menang dengan majoriti 1,190 undi apabila calonnya Abdul Aziz Yusoff memperoleh 5,324 undi berbanding calon Pas, Dr. Zulkifli Mohamed dengan hanya 4,134 undi.

Pada Pilihan Raya Umum 2008, Pas menang dengan majoriti kecil 646 undi dengan Allahyarham Chek Hashim Sulaima (Pas) mendapat 4,399 undi dan Saufi Deraman (BN) 3,743 undi.

Dalam pilihan raya kecil ini, Pas yang dilihat ghairah berkempen kepada kaum Tionghua kehilangan sebahagian besar sokongan kaum itu contohnya di Kampung Baru yang merupakan kawasan majoriti kaum Tionghua apabila kalah dengan 41 undi berbanding kemenangan lebih 200 undi di situ pada 2008.

Apa kata kalau PAS yang menang. Adakah pahat akan berbunyi walaupun rumah sudah siap! Semestinya tidakkan! Walaupun banyak perkara-perkara yang tidak sepatutnya dilakukan oleh parti yang melaung-laungkan Islam semasa PRK, namun kerana kuasa semuanya menjadi halal kepada mereka. Politik menghalalkan cara. Wallahuallam.

Warna-warni politik
Torashah

Jumaat, 29 Oktober 2010

Kak Wan pening kepala : Calon PKR sudah 2 kali terjatuh kedalam air !

Calon PKR untuk Pilihanraya Kecil Parlimen P.185 Batu Sapi Sabah, Dr Ansari Abdullah sekali lagi hari ini telah jatuh ke dalam laut apabila salah satu papan jeti yang menghubungkan rumah-rumah perkampungan air di Kampung Gas berhampiran Sandakan telah roboh ketika beliau melawat kawasan itu dengan para pekerja kempennya.

Sebelum itu di sebuah kampung air di Api-api, Dr Ansari juga telah jatuh disebabkan kayu yang reput dua hari yang lalu bersama-sama pengurus kempennya dan wartawan NTV7. Didalam kejadian tersebut, Dr Ansari telah mendapati kamera dan telefon bimbit beliau telah rosak semasa jatuh ke dalam air laut.

Kejadian kedua yang berlaku hari ini semasa beliau dan rombongan melawat kawasan Bumiputera Sabah yang kebanyakkannya bekerja sebagai nelayan. Beliau turut terjatuh sebaik saja hampir memijak salah satu jeti papan sebuah rumah air di kawasan tersebut.

Pada masa yang sama, Menteri Besar Selangor TS Khalid Ibrahim sudahpun melepasi memasuki rumah berkenaan dan Dr Ansari yang berada di belakangnya jatuh ke dalam laut cetek sehingga menyebabkan baju Melayu serta kain pelikat yang dipakai beliau basah.

TS Khalid ketika itu cuba menarik tangan Dr Ansari apabila beliau berjaya memegang landasan kayu jeti tersebut sambil ditolak dari bawah oleh pekerja jentera pilihanraya PKR yang turut jatuh bersama-sama dengan Dr Ansari.

Kasihan Kak Wan bila di semenanjung anak buah beliau dok bergaduh sambil banyak kerusi-kerusi yang berterbangan, di Batu Sapi pula pening kepala apabila mengenangkan nasib yang menimpa calon PKR. Sudah jatuh di timpa tangga!

Bak kata Cucu Tok Selampit di blog beliau : 2 Kali Jatuh Dalam Air, Orang Cina Kata Manyak Suwei Ooo! Klik di sini

Warna-warni politik
Torashah

Khamis, 28 Oktober 2010

PRK P185 Batu Sapi : Lagak PAS cuba jadi "jagoan" di DUN Batu Sapi!

PAS berlagak cuba jadi juara rakyat di Batu Sapi, Sabah?

Nak tergelak pun ada dan muak pun ada. Sejak bila pula parti PAS ini prihatin terhadap rakyat Sabah? Apakah sumbangan parti PAS sebelum ini sehingga tergamak hendak berlagak hero di DUN Batu Sapi?

Malah, tindakan parti PAS yang mula menabur fitnah di Batu Sapi jelas menunjukkan sikap parti itu yang hanya pandai menyelit dan mengambil kesempatan tanpa rasa malu. Parti PAS memang tidak pernah menyumbangkan sebarang kesejahteraan yang siginifikan selama ini kepada rakyat Sabah.

Rujuk laporan berita di bawah :-

Batu Sapi/Sandakan - Parti Islam SeMalaysia (PAS) sudah mula menabur fitnah disekitar Batu Sapi dengan pengedaran risalah yang mendakwa kononya wujud penyelewangan dalam isu-isu tanah di Sabah.

Apabila parti tersebut mendakwa Pas Sabah ditubuh bagi melengkapkan barisan serta organisasi perjuangan bertaraf nasional, timbul pula persoalan mengapa hanya ditubuhkan pada 1985?

Tak ubah macam ketam mahu mengajar anak berjalan lurus, begitulah wajar diberikan kepada PAS Sabah.

Pengedaran risalah yang menghimpunkan pelbagai isu tanah rakyat Sabah di seluruh pelosok Batu Sapi sesuatu yang begitu lemah dan nipis kredibiliti. Ia sekadar sisa bahan yang dikikis daripada tong modal pembangkang yang sudah muflis idea.

Selain cuba menagih simpati rakyat tindakan tersebut juga bertujuan cuba memecah undi Bumiputera Islam yang teguh menyokong Barisan Nasional (BN).

Dalam risalah yang diedarkan turut diselit dakwaan penyelewangan BN. Lebih mengelirukan dakwaan kononnya segala isu tersebut boleh diselesaikan jika gabungan DAP, PKR dan Pas memerintah Sabah.

Cuba fikirkan kalau DAP Pulai Pinang sendiri tidak mengiktiraf kewujudan Pas dalam Kerajaan Negeri Pulai Pinang masakan pula jika mereka memerinta Sabah? Hanya Pas Kedah mengiktiraf DAP tetapi setakat DAP Kedah.

Kepayahan Pas Sabah cuba mewujudkan isu-isu yang di putar belitkan hanya seperti mengetuk tong kosong bagi menarik perhatian. Jika tidak parti itu hanya dianggap seperti nyamuk di telinga rakyat Sabah dan khususnya penduduk di kawasan Batu Sapi yang akan mengundi 4 November ini.

BN Sabah mudah menangkis serangan Pas ini walaupun Pas mengembleng seluruh jentera media baru, termasuk portal online 'malaysiakini.com' untuk menyebar fitnah.

Pemilihan Datin Linda Tsen Thau Lin, sebagai calon BN P185 Batu Sapi melalui kata sepakat jelas menunjukan kematangan BN dalam urus tadbir gabungan parti-parti komponen.

Namum di jangka akan wujud pihak akan cuba mencetuskan bibik-bibik perkauman semasa kempen PRK P185 Batu Sapi itu nanti.

Dalam risalah yang diedarkan turut terselit dakwaan penyelewangan BN. Lebih mengelirukan dakwaan kononnya segala isu tersebut boleh diselesaikan jika gabungan DAP, PKR dan Pas memerintah Sabah - malaysiaaktif

Harapan penulis agar lebih baik jentera pilihanraya PAS balik sahaja ke semenanjung dan perbetulkan diri sendiri dahulu. Buat malu ahli-ahli dan penyokong PAS sahaja.
Wallahuallam.

Sumber : MIM ( Minda Intelek Melayu )

Warna-warni Politik
Torashah

Bertempat di Bandar Saujana Utama, Kuala Selangor

Bertempat di Bandar Saujana Utama, Kuala Selangor