Khamis, 30 Jun 2011

Latar jana ekonomi Kuala Selangor!

LATAR yang tidak mengenakan bayaran tol selma dua bulan sehingga 31 Ogos depan, dijangka membantu menjana ekonomi di kawasan pantai barat Selangor.

Pembukaan Lebuh raya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (Latar) baru-baru ini akan menjadi pemangkin kepada pertumbuhan lebih pesat di koridor antara ibu negara dan Kuala Selangor sehingga ke Sabak Bernam.

Lebuh raya itu juga dijangka menjadi pintu masuk ke beberapa lokasi pelancongan menarik di kawasan pantai barat Selangor yang kini kurang menjadi pilihan orang ramai kerana 'sukar' untuk dikunjungi.

Ketua Pegawai Eksekutif Latar, Amran Amir berkata, lebuh raya sepanjang 33 kilometer yang dimulakan pembinaannya pada Oktober 2008 dengan kos sebanyak RM958 juta itu akan melalui beberapa kawasan yang sedang membangun.

Antara kawasan yang pasti mendapat manfaat, katanya, adalah seperti Kuala Selangor, Assam Jawa, Ijok, Bestari Jaya, Kota Puteri, Puncak Alam, Bukit Jelutong dan Sungai Buloh.

Menurutnya, dengan adanya Latar, pembangunan di situ akan bertambah rancak kerana kesemua kawasan itu kini mempunyai akses lebih mudah, selesa dan cepat ke ibu negara serta bandar utama lain seperti Petaling Jaya dan Shah Alam.

"Penduduk di sekitarnya adalah yang paling banyak menerima manfaat terutama di empat persimpangan utama iaitu di Ijok, Puncak Alam, Kuang dan Taman Templer yang sebelum ini mengambil masa yang panjang untuk tiba," katanya di sini, baru-baru ini.

Amran berkata, lebuh raya yang mempunyai tiga buah plaza tol dan dua hentian rehat dan rawat itu menawarkan perjalanan yang lebih pantas dan selamat kepada pengguna dengan mengambil masa hanya 18 minit dari hujung ke hujung.

"Sebelum ini, perjalanan menggunakan jalan utama Sungai Buloh-Kuala Selangor akan mengambil masa lebih daripada 60 minit pada hari yang lancar.

"Lebuh raya ini juga akan memberi akses kepada Guthrie Expressway, Lebuh raya Utara-Selatan (PLUS) dan akan datang, Lebuh raya Pantai Barat, sekali gus menjadi penjana kepada pertumbuhan koridor Pantai Barat Selangor," ujarnya.

Dari segi pelancongan, beliau berkata, pihaknya memasang papan tanda khas bagi memastikan pelancong serta pelawat tidak akan terlepas destinasi yang hendak dituju.

Katanya, antara lokasi menarik yang terdapat berhampiran Latar termasuk habitat kelip-kelip, ladang buah-buahan, sawah padi, destinasi memancing, Taman Rimba Komanwel dan beberapa padang golf.

Jelasnya, Latar merupakan sebahagian daripada perancangan untuk mewujudkan Jalan Lingkaran Luar Kuala Lumpur (KLORR) bagi menyuraikan kesesakan lalu lintas sepanjang Lebuh Raya Baru Lembah Klang (NKVE) dan Jalan Lingkaran Tengah 2 (JLT2) tanpa melalui pusat bandar raya Kuala Lumpur.

Beliau berkata, lebuh raya yang dilengkapi dengan Sistem Pengangkutan Pintar (ITS) dengan pusat kawalan trafik 24 jam itu mempunyai 17 kemudahan kamera litar tertutup (CCTV).

Warna-warni politik
Torashah

Rabu, 29 Jun 2011

MB Khalid dah kecut 'teloq' - Tak berani hadir ke BERSIH 2.0!

MB Selangor tidak bertanggungjawab

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dianggap sebagai pemimpin yang tidak bertanggungjawab apabila membayangkan tidak akan menghadiri perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada 9 Julai depan sedangkan pada masa yang sama beliau menyeru rakyat negeri ini agar menyertai perhimpunan itu.

Khalid sebenarnya kecut teloq dan takut ditangkap pihak berkuasa jika menyertainya kerana sedar perhimpunan haram itu menyalahi undang-undang negara.

Dilihat beliau sanggup memperjudikan nasib rakyat negeri ini apabila mendakwa ia bukanlah satu perhimpunan haram dan tidak ada sesiapa akan ditangkap pihak berkuasa bagi merayu kehadiran rakyat pada perhimpunan itu. Berkemungkinan rakyat biasa akan ditangkap oleh pihak berkuasa jika mereka menyertai perhimpunan haram itu sedangkan Abdul Khalid terus berkuasa sebagai Menteri Besar!

Apakah maksud yang tersirat disebalik kenyataan Khalid membayangkan yang beliau tidak akan hadir menyertai perhimpunan yang diketuai oleh bekas Presiden Majlis Peguam Malaysia, Datuk S. Ambiga itu. Beliau berkata, adalah tidak adil sekiranya beliau perlu mengetepikan tugasan sebagai pemimpin negeri hanya untuk menyertai perhimpunan tersebut.

Beliau juga turut menyatakan paling tidak (jika tidak sertai perhimpunan itu), saya akan menulis (surat) secara peribadi kepada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin untuk menjelaskan kepada Seri Paduka mengenai pendirian saya," katanya.

MB Khalid mungkin sudah terlupa semasa beliau mengetuai 'Demo Air' untuk menyerahkan memorandum kepada Yang DiPertuan Agong tidak lama dahulu sehingga membuatkan baginda Sultan Selangor terkilan dengan sikap tak bertanggungjawap Khalid Ibrahim.

Kalau dah tahu boleh menulis surat secara peribadi kepada Yang diPertuan Agong, mengapa Khalid tidak lakukannya sewaktu Demo Air dahulu. Memang cakap tak serupa bikin MB Selangor yang bebal ini!

Jelas kenyataan Khalid itu bercanggah dengan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali yang merupakan 'individu di sebalik tabir' bagi menjayakan perhimpunan itu. Khalid sedar bahawa Azmin bersungguh-sungguh mahu semua pihak termasuk pemimpin pembangkang terlibat dalam perhimpunan itu dan sebab itulah beliau (Abdul Khalid) tidak mahu hadir.

Ini adalah kerana, Khalid sememangnya sudah lama bimbang Azmin akan menggugat kedudukannya sebagai Menteri Besar memandangkan hubungan rapat Azmin dengan Anwar Ibrahim (Penasihat PKR)!

Dan terbaru kejutan dari daripada Pengerusi BERSIH 2.0, Ambiga Sreenevasan akhirnya mengakui BERSIH pimpinannya menerima ‘sejumlah kecil sumbangan’ daripada dua organisasi Amerika Syarikat iaitu National Democratic Institute (NDI) dan Open Society Institute (OSI) tetapi untuk bagi projek-projek lain, dan bukannya untuk perhimpunan bulan depan. “Perhimpunan bulan depan akan disponsor oleh kerajaan negeri Selangor”, kata Ambiga!

Apa yang hendak disembunyikan lagi oleh MB Khalid. Adakah ini dipanggil 'merakyatkan ekonomi Selangor' bilamana wang rakyat sendiri disalahgunakan oleh pemimpinnya yang tak bertanggungjawap?

Agak malang bagi negeri Selangor mempunyai seorang Menteri Besar yang bebal dan sengal seperti Khalid Ibrahim. Kalau dahulu semasa mula memerintah negeri Selangor, wang zakat pun nak dirembatnya untuk kegunaan kerajaan negeri sehingga baginda Sultan terpaksa campur tangan!

Yang penting sekarang adalah menyeru agar pihak berkuasa mengambil tindakan tegas kepada mana-mana pihak yang menganjurkan perhimpunan haram kerana ia adalah satu budaya negatif yang mengganggu ketenteraman awam.

Tidak kira siapa pun penganjurnya, pihak berkuasa perlu mengambil tindakan tegas kepada mereka yang cuba menggerakkan budaya perhimpunan haram di negara ini.

Warna-warni politik
Torashah

Isnin, 27 Jun 2011

BERSIH 2.0, Agenda Politik Anwar!

Perhimpunan haram yang dirancang pada 9 Julai depan di Kuala Lumpur mendapat tentangan daripada pelbagai pihak. Walaupun penganjur perhimpunan haram itu mendakwa untuk mendesak pilihan raya diadakan secara telus dan adil, tetapi agenda tersembunyi ialah untuk tujuan politik pembangkang. Mereka memperalatkan penyokong sekaligus menjejaskan keselamatan orang ramai.

Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Senator Mohamad Ezam Mohd Nor yakin tujuan perhimpunan haram itu mempunyai agenda untuk kepentingan politik individu tertentu kalangan pembangkang.

Mohamad Ezam yang pernah merancang dan mengetuai perhimpunan haram selepas Anwar Ibrahim dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri mendedahkan, semua itu diwujudkan untuk kepentingan Anwar. Beliau yakin perhimpunan haram itu untuk menimbulkan kekacauan sekaligus menggulingkan kerajaan kerana pembangkang tidak akan menang menerusi pilihan raya.

Beliau juga mendedahkan pernah mengetuai perhimpunan haram kononnya Anwar diracun ketika ditahan di penjara dan beliau ketika itu yakin Anwar dizalimi dan berjuang demi Anwar.

“Motif perhimpunan kali ini bukan untuk mencari keadilan tetapi untuk menimbulkan kacau bilau supaya mereka dapat mengambil kesempatan,” demikian tegas Mohamad Ezam ketika diwawancara oleh wartawan Mingguan Malaysia baru-baru ini.

MINGGUAN: Bagaimana saudara melihat isu Perhimpunan Bersih kali ini?

MOHAMAD EZAM: Bagi saya walau apa pun alasan mereka, matlamat akhir mereka adalah untuk menggulingkan kerajaan. Ketika demonstrasi jalanan 1998, matlamat kami ketika itu adalah untuk menggulingkan kerajaan. Saya masih ingat lagi kata-kata Anwar, ketika beliau memarahi saya atas penggunaan ayat “menggulingkan kerajaan”. Beliau menyatakan jangan sebut menggulingkan kerajaan kerana ia adalah agenda tersirat.

Beliau nak saya nyatakan isu lain seperti pilihan raya lebih adil, memperjuangkan keadilan dan sebagainya. Namun sebenarnya yang tersirat adalah untuk menggulingkan kerajaan. Oleh itu bagi saya tujuan Bersih bukan membersihkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tetapi mempunyai agenda tersirat mahu menggulingkan kerajaan.

Cuba kita lihat kenapa mereka memilih melakukan perhimpunan Bersih di jalan raya. Ini kerana mereka tahu tidak boleh menang dalam pilihan raya akan datang. Padahal mereka ada saluran lain seperti berarak di stadium dan sebagainya. Apakah kalau mereka ini menang pilihan raya mereka akan berarak di jalanan.

Mereka menjangkakan pilihan raya akan berlangsung pada bila-bila masa dan sebelum ia berlangsung seperti mana yang berlaku pada 2007, mereka mahu buat sesuatu untuk memburuk-burukkan kerajaan. Cumanya pada pilihan raya 2008 mereka menang di beberapa negeri dan keadaan ini agak mengejutkan mereka kerana tidak menyangka boleh menang walaupun bukan mengambil alih kerajaan.

Pilihan raya lepas mereka berjaya menawan beberapa negeri tetapi kenapa masih menggunakan isu SPR tidak telus?

Warna-warni politik
Torashah

Sabtu, 25 Jun 2011

Sedutan prosiding pendakwaan trio Datuk T!

JURUBAHASA (J): Bahawa kamu pada 21 Mac 2011, antara pukul 10 pagi dan 12 tengah hari bertempat di Bilik Seri Makmur, Hotel Carcosa Seri Negara, Taman Tasik Perdana, Persiaran Mahameru, Daerah Dang Wangi, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bagi mencapai niat bersama kamu telah didapati menayangkan secara terbuka benda yang lucah iaitu adegan seks di antara seorang lelaki dengan seorang perempuan; oleh yang demikian kamu telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 292(a) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 292 Kanun yang sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan. Datuk Shazryl Eskay Abdullah, faham pertuduhan?

SHAZRYL ESKAY (SE): Faham (sambil mengangguk)

J: Mengaku bersalah atau tidak?

SE: Pohon tangguh sebentar kerana perlu berbincang dengan peguam dahulu kerana ada perubahan pada pertuduhan.

J: Datuk Shuaib Lazim, faham pertuduhan?

SHUAIB LAZIM (SL): Faham (sambil mengangguk)

J: Mengaku bersalah atau tidak?

SL: Pohon tangguh sebentar.

ZAMANI IBRAHIM (ZI): Tuan Majistret, pohon tangguh sebentar kerana terdapat sedikit perbezaan di dalam pertuduhan berbanding yang dinyatakan pada kami sebelum ini. Kami perlu berbincang dengan anak guam terlebih dahulu.

Kamaludin kemudian memohon agar pertuduhan ke atas Abdul Rahim dibacakan.

MUHAMMAD SHAFEE (MS): Tuan Majistret, saya pohon agar kes ditangguhkan sebentar, tak perlu baca dulu pertuduhan.

MAJISTRET (M): Kita baca dulu.

J: Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik. Bahawa kamu pada 21 Mac 2011, antara pukul 10 pagi dan 12 tengah hari bertempat di Bilik Seri Makmur, Hotel Carcosa Seri Negara, Taman Tasik Perdana, Persiaran Mahameru, Daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur telah bersubahat dengan Shazryl Eskay Abdullah dan Shuaib Lazim untuk menayangkan secara terbuka benda yang lucah iaitu adegan seks di antara seorang lelaki dengan seorang perempuan; oleh yang demikian kamu telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 292(a) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 292 Kanun yang sama dan dibaca bersama Seksyen 109 Kanun Keseksaan. Faham?

ABDUL RAHIM (AR): Saya faham.

Majistret kemudian menangguhkan prosiding kira-kira 20 minit bagi memberi peluang kepada kesemua tertuduh berbincang dengan peguam masing-masing. Selepas mahkamah kembali bersidang, ketiga-tiga trio terbabit mengaku bersalah. Jurubahasa, Farahzainie Mohammed Redzuan kemudian menjelaskan sebab dan akibat pengakuan bersalah setiap tertuduh. Trio Datuk T mengekalkan pengakuan bersalah masing-masing.

KAMALUDIN (K): Oleh kerana semua tertuduh mengaku salah, saya pohon agar fakta kes dibacakan.

M: Fakta kes adalah bagi kesemua tertuduh?

K: Ya, kerana tertuduh Tan Sri Abdul Rahim didakwa bersubahat dengan dua lagi.

Jurubahasa mengambil masa kira-kira 10 minit untuk membacakan tiga muka surat fakta kes kepada semua tertuduh.

J: Datuk Shazryl Eskay, faham fakta kes? Akui?

SE: Saya faham, kecuali para (perenggan) yang terakhir bukan menyerupai tapi adalah Anwar Ibrahim. Saya setuju.

Shuaib dan Abdul Rahim turut mengakui fakta kes berkenaan.

MS: Tuan Majistret, kalau mengikut nas undang-undang terdahulu sebelum ini, banyak kes dibuang di peringkat rayuan atas alasan gambar atau klip tidak pernah dilihat oleh mahkamah bagi ditentukan sama ada ia benar lucah. Pohon ia dimainkan bagi disahkan kandungannya.

M: Berapa minit video tersebut?

K: Dalam 20 minit.

Pihak pendakwaan dan lain-lain peguam bela tidak mengemukakan sebarang bantahan. Klip tersebut ditayangkan menerusi dua buah televisyen. Satu daripada televisyen tersebut menghadap majistret manakala satu lagi menghadap kesemua pihak terlibat dalam prosiding dan orang ramai di galeri awam.

Sewaktu klip video dimainkan, terdapat beberapa peguam pelatih dan wartawan wanita yang menutup muka masing-masing atau menundukkan kepala mereka daripada melihat klip video tersebut.

Apabila pelaku seks wanita tersebut mula dilihat melakukan seks oral ke atas pelaku seks lelaki yang menyerupai Anwar, majistret mengarahkan agar paparan video tersebut dilajukan sehingga habis keseluruhan video.

Selepas selesai video klip tersebut ditayangkan, Muhammad Shafee memulakan hujah bagi mengurangkan rayuan dengan bahagian pertama menjurus kepada kesemua tertuduh sebelum memfokuskan kepada anak guamnya.

MS: Dalam kes ini, apa yang relevan ialah paparan video secara terbuka, benda yang lucah iaitu imej seorang lelaki dan wanita melakukan hubungan seks.

Ketiga-tiga tertuduh mengaku mengambil bahagian secara langsung atau tidak langsung dalam mendedahkan video tersebut kepada sekumpulan wartawan tempatan yang terpilih antaranya daripada The Star, New Straits Times, Bernama, Berita Harian, Harakah, China Press, Malaysiakini, Malaysian Insider, Utusan Malaysia dan beberapa lagi.

Anggota media mewakili sebahagian besar masyarakat. Isi kandungan video pula menunjukkan satu pasangan dalam satu aksi seks yang lengkap dan jijik (gross) bermula daripada seks oral kepada pelbagai posisi seks.

Pembuat video terbabit masih belum diketahui malah motif rakaman itu dibuat juga tidak diketahui sehingga hari ini. Kita tidak tahu apa niat pembuat video terbabit. Tetapi kita tahu apa niat ketiga-tiga tertuduh kerana mereka telah memberikan keterangan yang jelas dan terperinci kepada pihak polis sewaktu kes sedang disiasat.

Tuan Majistret, walaupun ketiga-tiga tertuduh berhadapan dengan video lucah, motif bersama mereka adalah bukan untuk menjatuhkan atau merendahkan akhlak masyarakat. Motif mereka merupakan satu tindakan yang terhormat iaitu bagi mendedahkan keruntuhan akhlak seorang tokok politik bernama Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ia juga bertujuan mendedahkan sikap hipokrit yang menjadi identiti ahli politik terbabit merangkap Ketua Pembangkang yang pada satu ketika dangerously close untuk menjadi seorang Perdana Menteri.

Saya menggunakan perkataan dangerously close bukan untuk menunjukkan rasa berat sebelah tetapi memetik alasan yang digunakan oleh Lord Denning ketika menangani isu keselamatan negara berhubung John Profumo (bekas Menteri Peperangan England).

Seorang tokoh masyarakat yang mendakwa menjadi pemimpin Kebangsaan Islam (National Islamic leader) yang menjalani dua kehidupan seperti Jekyl and Hyde akan memperjudikan apa sahaja dengan sesiapa bagi memastikan perbuatan salahnya tidak didedah atau dibongkar oleh pihak ketiga. Ini merupakan intipati keselamatan negara.

Trio ini, bukan sahaja ingin mendedahkan keruntuhan moral oleh seorang tokoh pemimpin tetapi mereka juga risau mengenai keselamatan negara sekiranya individu terbabit mendapat kuasa.

Kita sebagai orang awam sepatutnya berterima kasih di atas keberanian mereka mendedahkan perkara ini. Malangnya, mereka telah didakwa.

Pendedahan ini, sekiranya dibuat di negara-negara Komanwel yang lain seperti United Kingdom akan memberikan manfaat kerana terdapat ‘Pembelaan terhadap Kebaikan Awam (Defence of Public Good).

Ini hanyalah kesalahan teknikal. Mereka melakukan kesalahan kecil dalam usaha untuk mendedahkan kesalahan yang lebih besar.

Trio terbabit tidak mendapat sebarang faedah sama ada dari segi wang ringgit atau lain-lain, tidak mendedahkannya kepada kanak-kanak dan telah bekerjasama dengan pihak berkuasa malah menyerahkan segala bahan bukti kepada polis selepas pendedahan dibuat.

Anak guam saya, yang sudah berkahwin dan mempunyai empat orang anak, penyertaannya hanyalah sebagai individu yang menempah bilik di Hotel Carcosa Seri Negara bagi tujuan pendedahan itu.

Dia tidak pernah didakwa di mahkamah walaupun terdapat banyak khabar angin mengenai dirinya.

Kesemua mereka (tertuduh) di sini telah melakukan satu perkara baik kepada masyarakat. Harap diberikan satu hukuman yang ringan atau dilepaskan dengan syarat atau tidak bersyarat sebagaimana Seksyen 173A Kanun Tatacara Jenayah.

ZI: Datuk Shazryl Eskay dilantik oleh Raja Thailand dan Perdana Menteri Thailand sebagai Konsulat Kehormat Raja Thailand dari tahun 2004 hingga 2010. Dia telah berkahwin dan mempunyai empat orang anak.

Dia berkawan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak 1996. Dia melakukan pendedahan tersebut atas dasar kepentingan awam. Dia juga telah membuat sumpah laknat pada 29 Mac lalu di Masjid Amru Al-As dan sumpah itu masih belum dijawab oleh Anwar.

Apa yang dilakukan ialah untuk mendedahkan penyelewengan yang dilakukan oleh Anwar. Dia hanyalah seorang messenger (penyampai), dia tidak wajar dihukum dengan keras.

SUHAIMI SALLEH (SS): Tertuduh telah mengaku bersalah dan ini secara tidak langsung telah menjimatkan perbelanjaan negara dan masa mahkamah daripada terpaksa menjalankan perbicaraan yang lama dan memanggil saksi yang ramai.

Beliau pernah dipilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan pernah menjadi Senator dalam Dewan Negara. Tapi sekarang masih terus menyumbang sebagai AJK di Murabak (Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia) dan Perkasa.

Beliau merupakan seorang yang baik dan merupakan seorang bekas pendidik. Beliau pernah dipilih sebagai Ketua Bahagian di sebuah organisasi politik selama 15 tahun berturut-turut di Sungai Petani.

Apa yang dilakukannya adalah untuk memaklumkan negara mengenai sikap hipokrasi yang diamalkan oleh pemimpin terbabit yang bukan sahaja terkenal di Malaysia tapi di luar negara. Di atas faktor kepentingan negara dan awam, tertuduh perlu diberikan hukuman yang ringan.

Lagi pula tertuduh berusia 72 tahun dan menghidap penyakit kencing manis dan sakit jantung. Tertuduh telah berkahwin dan mempunyai lima orang anak dan dua daripadanya masih belajar di universiti.

Kes ini merupakan kes yang pelik dan unik kerana tertuduh didakwa setelah cuba melakukan perkara yang baik kepada masyarakat.

K : Mohon satu hukuman setimpal dan munasabah bagi mencerminkan keseriusan pertuduhan yang dikenakan terhadap mereka. Oleh kerana hukuman terletak di bawah bidang kuasa majistret, pendakwaan mohon hukuman setimpal.

Prosiding kemudian ditangguh sementara selama 15 minit. Selepas mahkamah bersidang semula, Aizatul Akmal menjatuhkan hukuman:

M: Dalam menjatuhkan satu hukuman yang sesuai, antara faktor yang dilihat ialah faktor kepentingan awam, fakta kes, eksibit termasuk peranan yang dimainkan oleh setiap tertuduh. Walaupun dalam menjatuhkan hukuman, faktor kepentingan awam hendaklah diseimbangkan dengan faktor kepentingan tertuduh.

Saya telah memberi pertimbangan sewajarnya terhadap hujah peguam, timbalan pendakwa raya dan faktor pengakuan bersalah seawal-awal prosiding, pesalah pertama dan latar belakang tertuduh.

Bagi kes melibatkan tertuduh pertama, Shazryl Eskay, kamu disabitkan dengan kesalahan dan didenda RM3,000, gagal bayar penjara tiga bulan berkuat kuasa mulai hari ini.

Tertuduh kedua (Shuaib), kamu disabitkan dan didenda RM1,500, gagal bayar penjara dua bulan, bermula hari ini.

Bagi kes terhadap tertuduh ketiga, kamu disabitkan dan didenda RM1,000, gagal bayar penjara satu bulan mulai hari ini.

Barang-barang kes diserahkan kepada pihak pendakwaan untuk tindakan selanjutnya.

Warna-warni politik
Torashah

Khamis, 23 Jun 2011

Bicara Dr Khir: Peguambela Lakukan Slum Dunk Hari Terakhir semalam!

Pendakwa Raya hari ini menutup kes perbicaraan ke atas bekas Menteri Besar Selangor Dr. Mohamad Khir Toyo setelah selesai memanggil saksi terakhir iaitu saksi ke 25, Pegawai Penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Mahkamah agak hambar sejak petang semalam apabila kebanyakan saksi yang dipanggil ialah bagi mengesahkan dokumen-dokumen berkaitan pinjaman, minit mesyuarat dan perkara-perkara teknikal. Peguambela juga tidak banyak menyoal balas kerana ia hanya membabitkan perkara-perkara berkaitan pengesahan dokumen yang sememangnya merupakan bukti sah.

Bagaimanapun pada hari terakhir dua saksi yang dipanggil oleh Pendakwaraya telah mengundang padah kepada pihak pendakwa sendiri.

Saksi pertama sebelah pagi tadi Setiausaha Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) Mohd Nizam Yaakob yang menjawab soalan-soalan pendakwaraya menunjukkan seolah-olah Dr. Mohamad Khir yang meluluskan projek kepada Bidara Lumayan Sdn Bhd.

Namun pendakwaraya terkejut apabila Peguambela kemudiannya mengemukakan dokumen Permodalan Negeri Selangor Berhad, “Cadangan Pembangunan Secara Usahasama Di antara PNSB dengan Pemaju Di atas Tanah seluas 6.559 hektar di Sungai Long, Mukim Cheras Daerah Hulu Langat Selangor.”

Dalam dokumen tersebut jelas pengurusan PNSB yang mencadangkan kepada Lembaga Pengarah agar menerima permohonan syarikat Bidara Lumayan kerana syarikat terbabit tawarkan lebih rumah kos rendah dan penyelesaian setinggan.

Pendakwaraya kelihatan tidak bersedia apabila sekali lagi terkejut tindakan peguambela mengemukakan Minit Mesyuarat PNSB Bil 2/2005, 17 Oktober 2005. Menurut Mohd Nizam, minit mesyuarat tersebut menyatakan Lembaga Pengarah PNSB yang dipengerusi oleh Dr. Mohamad Khir Toyo menolak permohonan empat syarikat termasuk Bidara Lumayan Sdn Bhd kepunyaan Dato Shamsuddin untuk pengurangan pembayaran kepada PNSB. Bagaimanapun dua buah lagi syarikat yang memohon untuk membayar minimum RM 20 juta diterima dalam mesyuarat yang sama.

Pendakwaraya kelihatan agak terkejut dengan pendedahan minit mesyuarat tersebut sehinggakan mereka meminta rehat sebentar dari hakim untuk meneliti minit mesyuarat tersebut. Minit mesyuarat tersebut ada dalam senarai dokumen yang dikumpul oleh SPRM tetapi tidak dimasukkan sebagai dokumen bukti oleh Pendakwaraya. Pendakwaraya hanya merujuk kepada keputusan-keputusan PNSB yang lain.

Justeru apabila peguambela mengemukakan dokumen tersebut untuk dibaca dan disahkan oleh Mohd Nizam, pendakwaraya kelihatan terkejut dan terperangkap. Peguambela juga mengemukakan minit mesyuarat yang menyatakan semua

Saksi terakhir pendakwaraya ialah Pegawai Penyiasat SPRM, Pemangku Penguasa Kanan SPRM Chang Chin bagi mengesahkan kronologi siasatan dan mengesahkan semua dokumen-dokumen yang dikemukakan oleh Pendakwaraya sebelum ini. Sesi pemeriksaan utama oleh pendakwaraya ke atas Chang agak membosankan sehinggalah peguam bela bangun membuat pemeriksaan balas. Ketika ramai yang beranggapan peguam bela akan mempertikaikan etika kerja SPRM, kaedah soal siasat dan pengambilan bukti, pasukan peguam bela Dr Khir membuat kejutan degan tidak mencabar sebarang dokumen SPRM.

Sebaliknya Ketua Peguam Bela, M. Athimulan bertanya beberapa soalan yang jelas akan menguntungkan pembelaan Dr. Mohamad Khir semasa penggulungan nanti. Antaranya, Pegawai Penyiasat mengakui bahawa terdapat 13 rakaman percakap Dato Shamsuddin diambil SPRM. Lapan daripadanya diambil sebelum dituduh bersama Dr. Mohamad Khir pada Disember 2010. Kenyataan terakhir Dato Shamsuddin ialah selepas tuduhan ke atas beliau digugurkan.

Ini bermakna terdapat empat kenyataan yang dirakam antara tuduhan dibaca di Mahkamah pada Disember 2010 sehingga tuduhan digugurkan pada Jun 2011. memberi tidak kurang lapan kenyataan kepada SPRM sebelum pertuduhan dibuat ke atasnya. Tentulah mahkamah akan tertanya mengapa begitu banyak kenyataan dirakamkan yang sudah pasti bercanggah antara satu sama lain dan menimbulkan kecacatan kredebiliti ke atas saksi.

Selain itu M. Athimulan berjaya memasukkan dokumen penilaian daripada Irhamy and Co dan Rahim and Co melalui saksi pendakwa ke 25 ini. Saksi mengesahkan beliau mendapat nilaian hartanah dan rumah siap bagi Lot PT 62 dan 65 yang dibuat oleh Irhamy and Co sebanyak RM 4.5 juta melalui Maybank Berhad. Saksi mengakui beliau mengambil keterangan Irhamy and Co dan Irhamy mengesahkan nilaian tersebut dilakukan oleh mereka.

Saksi juga mengakui beliau mendapat nilaian Rahim and Co ketika Dr Khir mahu membeli rumah pada 2007 daripada HSBC. Chang juga ketika menjawab soalan M. Athimulan mengakui bahawa beliau ada mengambil keterangan daripada pihak Rahim and Co dan mendapat pengesahan firma terbabit bahawa dokumen nilaian yang mereka lakukan pada 2007 adalah tulen dan benar.

Peguam bela kemudiannya memohon kedua-dua dokumen ini dijadakan bahan bukti pembela. Sungguhpun kedua-dua dokumen ini sebelumnya disebut di dalam perbicaraan, namun tindakan pendakwaraya tidak memanggil kedua-dua firma ini menyebabkan laporan mereka sekadar hearsay dn tidak kukuh sebagai bukti.

Namun pengesahan yang diperolehi oleh Athimulan menerusi saksi SPRM tadi menjadikan nilaian Irhamy and Co dan Rahim and Co sebagai bukti yang kuat menafikan Dr. Khir membeli rumah dengan harga di bawah nilai pasaran daripada pihak yang mempunyai hubungan rasmi dengan beliau.

Jika sebelum ini keengganan pihak pendakwaraya memanggil Irhamy and Co dan Rahim and Co dilihat strategi terbaik mereka sekurang-kurangnya memerlukan Mahkamah memanggil Dr Khir membela diri, namun dengan kemasukan dokumen ini sebagai bahan bukti yang diakui tulen dan sah oleh pegawai penyiasat memberi peluang kepada Dr. Mohamad Khir untuk dibebaskan tanpa dipanggil membela diri.

Mahkamah akan mendengar penggulungan hujah pada 13 Julai 2011. - MyKMU.

Warna-warni politik
Torashah..

Rabu, 22 Jun 2011

Khir pinjam RM3 juta!

Seorang pegawai bank memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa pinjaman sebanyak RM3 juta diluluskan untuk bekas Menteri Besar Selangor, Dr. Mohamad Khir Toyo membeli dua lot tanah dan sebuah banglo di Seksyen 7 di sini pada Mei 2007.

Bekas Pengurus Pusat Pelanggan Premier Bank HSBC Cawangan Petaling Jaya, Chuah Yew Tan berkata, jumlah itu diluluskan selepas hartanah tersebut ditaksirkan bernilai RM3.5 juta oleh seorang penilai hartanah daripada Rahim & Co.

“Selepas mendapat nilai hartanah tersebut, saya memproses permohonan pinjaman Mohamad Khir. Pinjaman sebanyak RM3 juta diluluskan pada bulan Mei 2007,’’ katanya semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohd. Dusuki Mokhtar.

Menurut saksi pendakwaan ke-14 itu, beliau menghubungi Mohamad Khir selepas Pengurus Kanan HSBC cawangan tersebut, Hamdan Ali memaklumkan bahawa bekas Menteri Besar Selangor yang merupakan pelanggan premier ingin membuat pinjaman bagi membeli hartanah bernilai antara RM3 juta dan RM3.5 juta.

Beliau kemudiannya menghubungi penilai hartanah, Choy Yue Kwong daripada Rahim & Co bagi menilai hartanah tersebut kerana pinjaman hanya akan diberikan sebanyak 90 peratus daripada nilai atau harga belian.

“Saya pergi melihat hartanah tersebut bersama seorang pegawai bank, Andriane Tan Hock Aun, penilai dan pemilik hartanah, Datuk Shamsuddin Hayroni. Saya nampak bangunan yang sedang diubah suai.

“Selepas mendapat surat taksiran nilai hartanah daripada Rahim & Co, saya hantar melalui faksimile surat itu kepada Mohamad Khir sebagaimana yang diminta oleh beliau,’’ jelasnya.

Pada prosiding hari ini, saksi turut menjelaskan bahawa pelanggan premier ialah mereka yang mempunyai simpanan tetap sebanyak RM200,000 di bank tersebut.

Sementara itu, bekas Setiausaha Kerja Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Alias Abu Bakar pula mengesahkan bahawa Mohamad Khir mempengerusikan beberapa mesyuarat Ahli Jawatankuasa Penswastaan sepanjang tahun 2007 dan 2008.

Beliau yang menghadiri mesyuarat-mesyuarat tersebut turut bertanggungjawab mencatat serta menyediakan minit mesyuarat yang kesemuanya dikemukakan kepada mahkamah sebagai bahan bukti hari ini.

Terdahulu, Hakim Datuk Wira Mohtarudin Baki menasihatkan para petugas media agar lebih berhati-hati pada masa hadapan dengan memastikan laporan yang dibuat adalah benar dan tepat.

Beliau berkata demikian selepas Timbalan Pendakwa Raya, Abdul Wahab Mohamed memaklumkan terdapat laporan yang silap di sebuah laman web berhubung prosiding semalam.

Katanya, berita itu melaporkan Bekas Pengurus Besar PKNS, Datuk Harun Salim mengaku bahawa tindakan memberi pengecualian kepada syarikat milik Shamsuddin, Roniaga Sdn. Bhd. daripada bon pelaksanaan adalah sesuatu yang jarang dilakukan selepas ditanya oleh Hakim Mohtarudin.

Sedangkan soalan tersebut tidak ditanya dan jawapan tersebut tidak diberikan oleh saksi itu.

Mohamad Khir, 45, dibicarakan atas tuduhan mendapatkan untuk dirinya dan isteri, Zaharah Kechik, 45, suatu barangan berharga iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah daripada Ditamas melalui Shamsuddin, 53.

Hartanah yang terletak di No. 8 & 10, Jalan Suasa 7/1L, Seksyen 7 di sini diperoleh dengan harga RM3.5 juta sedangkan ia dibeli oleh Ditamas pada 23 Disember 2004 dengan harga RM6.5 juta.

Perbuatan itu didakwa dilakukan dalam keadaan Mohamad Khir mengetahui bahawa Shamsuddin mempunyai hubungan dengan tugas rasminya sebagai Menteri Besar Selangor pada ketika itu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang itu didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7 di sini pada 29 Mei 2007.

Dakwaan terhadapnya mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Perbicaraan yang masuk hari kelapan hari ini bersambung esok.

Warna-warni politik
Torashah..

Selasa, 21 Jun 2011

PAS dan Pakatan Rakyat " buta info" akibat boikot media arus perdana!

Kerajaan tidak pernah memperuntukkan subsidi kepada pengeluar tenaga bebas (IPP) sebaliknya 'Subsidi Gas' yang dimaksudkan sebelum ini merupakan jumlah hasil yang dilepaskan oleh pihak Petronas.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui berkata, hasil tersebut adalah selaras dengan keputusan kerajaan menetapkan harga gas kepada sektor penjanaan elektrik bagi mengekalkan kadar tarif elektrik yang rendah.

Beliau menjelaskan, sekiranya tenaga elektrik dihasilkan berdasarkan harga gas pasaran pastinya kos penjanaan elektrik akan meningkat dan seterusnya berlaku kenaikan kadar tarif elektrik.

''Oleh kerana kos bahan api adalah komponen yang melalui terus kepada pengguna, penetapan harga gas yang dibuat oleh kerajaan adalah bertujuan mengekalkan kadar tarif pengguna yang rendah.

''Sukacita saya tegaskan bahawa keputusan kerajaan dalam penetapan harga gas kepada sektor elektrik tidak menghasilkan sebarang pendapatan tambahan kepada pihak IPP," katanya pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan Salahuddin Ayub (Pas-Kubang Kerian) yang meminta kerajaan menyatakan jumlah pengurangan subsidi bahan bakar kepada IPP dan ke mana serta bagaimana wang itu dapat dijimatkan daripada pemotongan subsidi tersebut.

Fah Kui menjelaskan, jumlah pendapatan yang dilepaskan oleh Petronas berdasarkan perbezaan harga gas di pasaran serta harga jualan gas kepada sektor penjanaan elektrik bagi tempoh 2005 hingga 2010 adalah berjumlah RM68.609 bilion.

Beliau menjelaskan, pecahan jumlah hasil yang dilepaskan bagi setiap tahun ialah seperti rajah diatas. Beliau memberitahu, pada tahun 2008 kerajaan telah memutuskan untuk menyemak semula harga gas bagi sektor elektrik di Semenanjung sehingga ia mencapai harga pasaran.

Katanya, langkah itu berikutan berlakunya kenaikan harga minyak secara mendadak di pasaran antarabangsa.

''Dalam usaha memastikan tidak berlaku ketirisan dalam penetapan harga gas di pasaran, kita telah melakukan semakan setiap enam bulan iaitu bermula pada Jun 2011 yang mana ia selaras dengan usaha kerajaan untuk merasionalisasikan subsidi secara berperingkat.

''Kenaikan secara berperingkat itu akan memberi kepastian kepada sektor swasta dalam merangka perbelanjaan operasi syarikat dan menggalakkan penggunaan sumber tenaga secara lebih cekap," jelas beliau.

Beliau berkata, dengan mengambil langkah menyemak semula itu, sumbangan Petronas kepada kerajaan dalam bentuk cukai dan dividen akan ditingkatkan bagi membiayai lebih banyak projek pembangunan infrastruktur.

Nasihat kepada Pakatan Rakyat, sebelum nak menghentam sesiapa siasat dahulu cerita yang sebanar. Sampai bila nak memfitnah sahaja!!!

Warna-warni politik
Torashah

Isnin, 20 Jun 2011

Ambiga kata NO WAY : Perhimpunan Diteruskan Walau Anwar Nak Batal!

Perhimpunan Bersih 2.0 yang dijadualkan pada 9 Julai ini akan tetap diteruskan meskipun Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim meminta jawatankuasa perhimpunan tersebut membatalkan rancangan mereka itu.

Pengerusi Bersih 2.0, Ambiga Sreevenasan berkata, Anwar tidak berhak meminta NGO itu membatalkan hasrat mereka untuk berhimpun memandangkan beliau bukan sebahagian dari jawatankuasa perhimpunan tersebut.

“Anwar tidak berhak untuk membuat sebarang keputusan untuk membatalkan perhimpunan Bersih 2.0.

“Bersih 2.0 akan tetap diteruskan setelah mengambil kira mengenai ketidaktelusan pilihan raya DUN Sarawak yang lalu, dan jawatankuasa ini memutuskan untuk tetap mengadakan perhimpunan untuk memperjuangkan lapan tuntutan kami,” katanya pada majlis pelancaran Perhimpunan Bersih 2.0, di sini malam tadi.

Anwar dalam kenyataannya kepada media semalam, bersedia meminta Ambiga membatalkan Perhimpunan Bersih 2.0 sekiranya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, memberi jaminan perjalanan pilihan raya umum (PRU) ke-13 yang adil dan bebas.

Menurut Ambiga, Perhimpunan Bersih 2.0 adalah bebas dari sebarang campur tangan politik dari mana-mana pihak dan ia diadakan semata-mata demi memperjuangkan hak rakyat.

Majlis pelancaran itu turut dihadiri oleh beberapa tokoh politik Pakatan Rakyat seperti Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, Ahli Parlimen Seputih, Teresa Kok, ADUN Batu Burok, Syed Azman Syed Nawawi, wakil SAPP, David Lau, dan wakil Parti Rakyat Malaysia (PRM), Rohana Ariffin.

Majlis yang dihadiri oleh sekitar 700 penyokong Bersih 2.0 yang mewakili pelbagai NGO dari seluruh negara menyatakan komitmen mereka untuk sama-sama turun padang berdemonstrasi di jalanan menuju ke Istana Negara bagi menyerahkan memorandum Bersih 2.0 kepada DYMM Yang DiPertuan Agong, Sultan Mizan Zainal Abidin.

Warna-warni Politik
Torashah

Jumaat, 17 Jun 2011

Utusan tidak hina hukum Islam!

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) menegaskan, karikatur bertajuk Kekeliruan Kes Rogol tidak menghina Islam sebaliknya, mahu menyindir pihak yang terlalu obses serta takut untuk menghukum pemimpin politik yang melakukan zina.

Setiausaha Agungnya, Syed Hassan Syed Ali berkata, sindiran tersebut wajar dibuat kerana terdapat golongan yang mendakwa diri mereka sebagai ulama, sanggup membela dan menutup sebelah mata mengenai kesalahan zina, meskipun segala bukti jelas mendedahkan aksi jijik tersebut.

“Perkasa bukan mahu membela Utusan Malaysia sebaliknya, kami menyokong tindakan tersebut kerana ia bertujuan menyedarkan rakyat. Kenapa karikatur ini yang dipersoalkan, kenapa tidak bertindak terhadap pemimpin pembangkang yang melakukan seks,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Beliau mengulas tindakan pihak pembangkang terutamanya Pemuda Pas yang menuduh karikatur tersebut yang disiarkan Utusan, sebagai menghina hukum Islam.

Syed Hassan berkata, Pas tidak sepatutnya menyalahkan Utusan kerana karikatur itu cuma medium untuk menyatakan kepada pihak pembangkang, bahawa rakyat Malaysia tidak bersetuju dengan ‘pengampunan’ begitu sahaja oleh pemimpin parti itu terhadap pelaku zina dan liwat.

Sementara itu, blog, http://ruangbicarafaisal.blogspot.com juga mempertahankan karikatur itu sebagai tidak menghina hukum Islam kerana ia hanya bertujuan menjelaskan kekeliruan berhubung kejadian rogol dan zina antara penghulu dengan polis.

Sementara itu : Bantah karikatur tindakan pihak tak faham Islam

Pihak yang membantah karikatur bertajuk Kekeliruan Kes Rogol disiarkan dalam Utusan Malaysia semalam tidak memahami undang-undang Islam serta menafikan kewujudan sains dan teknologi dalam Islam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, pihak yang mengecam Utusan Malaysia kerana menyiarkan karikatur itu adalah mereka yang berfikiran sempit mengenai Islam.

“Persatuan Ulama Malaysia (PUM) sepatutnya berfikiran lebih luas dan jangan cuba menghina Islam dengan menafikan penggunaan video sebagai bahan bukti dalam undang-undang Islam.

“Karikatur itu bukan menghina Islam sebaliknya cuba menyampaikan bahawa video boleh digunakan sebagai bukti dalam undang-undang Islam,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas kenyataan PUM mengecam karikatur yang disiarkan dalam Utusan Malaysia sambil menyifatkan ia menghina agama Islam.

Yang Dipertuanya, Datuk Sheikh Abdul Halim Abd. Kadir berkata, penyiaran karikatur itu yang menggambarkan mangsa rogol membuat laporan kepada pihak dalam dua situasi berbeza secara jelas menghina golongan ulama dan Islam.

Jamil Khir berkata, pihak yang membantah karikatur itu adalah perbuatan mereka yang tidak memahami undang-undang Islam.

Warna-warni politik
Torashah

Isnin, 6 Jun 2011

Abdul Hadi tersepit, terikut pemimpin bukan ulama!

Keputusan Pas untuk kekal dalam pakatan pembangkang adalah disebabkan mereka tiada pilihan lain kerana terperangkap dengan perpecahan yang berlaku dalam parti. Keputusan tersebut diambil kerana Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilihat tidak berwibawa, malah terikut-ikut dengan rentak sebahagian pemimpin bukan ulama.

Jika diamati pandangan serta tindak-tanduk beliau, Pas sudah jauh daripada perjuangan asal, sebaliknya parti yang dikatakan memperjuangkan Islam itu kini lebih mementingkan soal politik, ghairah dan kemaruk mendapatkan kuasa! Mungkin disebabkan oleh itu Abdul Hadi yang menolak kerjasama dengan UMNO dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

Jika kita masih mengingati semasa zaman bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, UMNO pernah meminta Pas supaya bersama-sama mempertahankan beberapa perkara dalam Perlembagaan negara, tapi parti itu tidak mahu berbuat demikian.

Jadi dapat dibuat kesimpulan bahawa Pas lebih pentingkan soal politik dan ghairah untuk menjadi pemimpin mengatasi segalanya dan tidak menghairankan jika Abdul Hadi bertindak demikian.

Ditambah pula dengan kemenangan Mat Sabu sebagai Timbalan Presiden Pas dengan 420 undi, dijangkakan wujud pergolakan yang cukup kuat dalam Pas kerana mereka yang berkelulusan agama tidak menjawat jawatan penting dalam parti kecuali Abdul Hadi .

Golongan yang berkelulusan agama tentu berasa kedudukan mereka tidak penting dalam parti. Jika ditakdirkan berlaku sesuatu terhadap Presiden Pas, maka tradisinya Pemangku Presiden Pas akan disandang oleh Mohamad dan kumpulan erdogan didalam Pas akan tersenyum panjang! Wallahuallam.

Warna-warni politik
Torashah..

Khamis, 2 Jun 2011

Berlindung di sebalik Qazaf!

Sudah lebih satu dekad, iaitu sejak tahun 1998, Anwar Ibrahim, dengan pelbagai episod kontroversial yang melibatkan dirinya, telah menjadi tokoh yang paling mempengaruhi situasi politik tanah air.

Oleh kerana pada ketika bermulanya Saga Anwar, dengan pemecatannya pada September 1998, beliau merupakan seorang tokoh besar dalam negara maka pelbagai episod yang melibatkan beliau begitu menarik minat dan menangkap imaginasi masyarakat.

Boleh dikatakan beliau adalah tokoh yang paling disanjungi oleh sebahagian daripada kita dan paling dibenci pula oleh sebahagian yang lain. Malah, sanjungan atau kebencian terhadap pelbagai tokoh, pertubuhan dan institusi yang lain dalam negara ini turut banyak dipengaruhi oleh persepsi kita terhadap peranan mereka dalam Saga Anwar ini.

Akhirnya Saga yang cukup panjang dan dramatik ini nampaknya makin menghampiri babak penutupnya. Terutamanya dengan kemunculan dua episod terakhir yang sangat besar kesannya iaitu, episod kes tuduhan liwat Mohd. Saiful Bukhari Azlan serta episod video seks yang didedahkan Datuk Shazryl Eskay Abdullah.

Jikalau terbukti Anwar benar-benar bersalah dalam kedua-dua episod ini atau salah satu daripadanya maka sudah pasti Anwar sudah tiada kredibiliti lagi untuk memimpin, hatta keluarganya sendiri sekalipun.

Kita katakan ini kerana, jika Anwar terbukti bersalah dalam dua episod terbaru ini, maka berkemungkinan besar bahawa semua atau sekurang-kurangnya sebahagian besar dakwaan-dakwaan terhadap Anwar selama ini, sama ada isu moral mahupun bukan moral, juga adalah benar.

Jika dihimbau kembali segala dakwaan dan ‘dalil’ yang timbul sebelum-sebelum ini, hakikatnya ia menampilkan Anwar sebagai individu yang cukup bermasalah dan berpenyakit. Tidak patut lagi mana-mana pihak mempunyai prinsip menyokong Anwar kecuali mereka yang terdesak dan atau mempunyai agenda sampingan lalu mahu mempergunakan beliau untuk mencapai matlamat lain.

Sebaliknya, jika terbukti bahawa Anwar bersih dan tidak bersalah, maka memang wajarlah beliau mendapat simpati kita semua dan memang sangat zalimlah mereka yang mereka-reka tuduhan palsu terhadap beliau. Kredibiliti moral mereka ini juga akan runtuh daripada melayakkan untuk diangkat atau kekal sebagai pemimpin.

Jadi hakikat sebenar dalam dua episod terakhir Anwar Ibrahim ini sangat kritikal dan besar implikasinya. Soalnya, siapakah dan neraca manakah yang paling tepat untuk membuktikan dan menentukan apa yang sebenarnya berlaku.

Sebagai seorang Muslim yang beriman dengan kemampuan Islam untuk merungkaikan segala persoalan dan sebagai seorang yang punya sedikit latar belakang agama, saya yakin ajaran Islamlah satu-satunya formula penentu yang paling adil kepada kemelut ini.

Cuma dalam Saga Anwar, soal formula Islam dan neraca syariat sering turut menjadi kelabu dan keliru. Ini adalah kerana kes ini melibatkan Anwar. Tokoh yang menampilkan imej agama dan mempunyai latar belakang gerakan Islam.

Faktor ini menjadi punca kegagalan sebahagian masyarakat Islam termasuklah sebahagian ahli-ahli agama untuk bersikap objektif dan neutral apabila menanggapi kes. Apatah lagi bila faktor-faktor lain seperti kepentingan politik atau kebencian melampau terhadap UMNO/BN turut kuat mewarnai sikap mereka.

Akhirnya hujah agama, terutamanya hukum Qazaf, sering dijadikan asas untuk cuba mengelakkan Anwar daripada dibicarakan dan diadili dalam kedua-dua kes ini.

Dalam episod Anwar lawan Saiful Bukhari, hukum Qazaf sering cuba digunakan untuk membenteng Anwar daripada mempertahankan diri dan menjawab dakwaan Saiful. Sedangkan, adalah sangat jelas bahawa fakta kes menunjukkan bahawa ini bukanlah kes tuduhan zina atau liwat biasa tetapi lebih menyerupai kes rogol atau yang lebih tepat sumbang mahram atau gangguan seksual antara majikan dan pekerja.

Perbezaan utama antara kedua-dua kategori ini adalah wujudnya unsur paksaan sama ada secara fizikal atau secara tidak langsung di sebalik perlakuan yang terbabit. Saiful membuat aduan kerana mendakwa tidak rela dan tidak mahu lagi diperlakukan sebegitu.

Beliau juga mendakwa kejadian yang telah berlaku sebelumnya bukanlah dengan sepenuh kerelaan beliau walaupun akhirnya pendakwa memilih untuk mendakwa Anwar di bawah seksyen yang tidak melibatkan paksaan, mungkin untuk memudahkan pendakwaan dan pensabitan kesalahan.

Dalam situasi sebegini, hukum syarak menuntut agar kes Saiful didengari dan diadili dan bukannya ditolak mentah-mentah kerana kegagalan beliau mendatangkan empat orang saksi yang melihat sendiri kejadian tersebut. Memang dalam kes rogol, sumbang mahram ataupun gangguan seks tempat kerja, hampir mustahil untuk si mangsa mendatangkan empat saksi lelaki yang adil.

Oleh itu, syarak menetapkan bahawa beban bukti dalam kes rogol atau sumbang mahram adalah berbeza. Segala bentuk bukti yang boleh diterima oleh syarak selain daripada saksi mata boleh diterima pakai dalam kes ini termasuklah DNA, rakaman CCTV dan seumpamanya.

Hakikatnya kesalahan yang hendak dibuktikan dalam kes Saiful lawan Anwar adalah bukannya hudud zina atau liwat tetapi liwat yang berbentuk rogol, sumbang mahram ataupun gangguan seksual tempat kerja.

Saya yakin mana-mana tokoh ulama sekalipun, termasuklah Syeikh Yusuf al-Qaradhawi atau Syeikh Wahbah al-Zuhaili, akan memberi pandangan yang sama jika fakta kes yang sebenar dijelaskan dengan tepat kepada mereka.

Selain daripada unsur paksaan, Qazaf juga melibatkan tuduhan daripada pihak ketiga. Kes Saiful adalah melibatkan pihak yang mendakwa menjadi mangsa dan bukannya pihak ketiga. Jelas sekali perbezaan fakta kes berbanding dengan kes Qazaf iaitu tuduhan zina daripada pihak ketiga tanpa asas dan bukti seperti dalam kes asalnya melibatkan Sayyidatina ‘Aishah ra. Maka tidak salahlah jika dikatakan bahawa sikap berkeras membenteng Anwar atas nama Qazaf adalah suatu kedegilan dalam kekeliruan terhadap hukum syarak.

Dalam episod terbaru melibatkan video seks yang dikatakan melibatkan Anwar, adalah tidak benar jika pihak yang mendedahkan perkara tersebut hendak dipersalahkan dari segi hukum syarak. Kalau nak dikatakan sebagai salah kerana mendedahkan aib sesama Islam, kita semua maklum bahawa larangan membuka aib dalam Islam ada beberapa pengecualiannya.

Kita dibolehkan mendedahkan aib demi memberi amaran tentang kejahatan yang boleh menimpa orang lain dan dalam kes menilai kesesuaian peribadi seseorang untuk diangkat sebagai pemimpin.

Jika hendak dikatakan Qazaf pula, adakah Eskay Shazril seorang penuduh yang datang dengan tangan kosong? Jelasnya beliau datang sebagai pihak yang mendakwa sebagai pihak yang turut terlibat, malah turut ada dalam rakaman video tersebut. Beliau juga datang dengan membawa rakaman video tersebut serta bukti-bukti sokongan yang lain seperti jam Omega yang kuat diperkatakan itu.

Bolehkah kita terus menghukumnya sebagai pelaku Qazaf? Bukankah Qazaf juga sebahagian dari kesalahan Hudud? Kita maklum bahawa Nabi Muhammad SAW dalam satu hadis mengarahkan kita untuk mengelakkan pensabitan Hudud jika terdapat apa-apa syubhah atau kesamaran?

Tidak cukupkah apa yang dibawa oleh Eskay untuk menimbulkan syubhah atas dakwaan bahawa beliau membuat tuduhan zina yang palsu atau tanpa asas terhadap Anwar? Kita juga sangat faham bahawa bukti video tidak mencukupi untuk mensabit kesalahan Hudud Zina, tetapi ia tetap boleh diterima oleh syarak untuk membuktikan kesalahan takzir atau membuktikan kesahihan sesuatu fakta.

Dalam kes Anwar, kita bukannya hendak menghukum beliau dengan Hudud Zina tetapi yang terpenting adalah hendak memastikan adakah beliau orang yang terakam dalam video tersebut, yang akan menentukan tahap keperibadian beliau.

Jika diteliti perspektif di atas dengan insaf, maka jelaslah bahawa Anwar tidak boleh terus-terusan mempergunakan Islam dan hukum Qazaf untuk mengelakkan daripada menghadapi proses kehakiman dalam kedua-dua episod ini.

Beliau dan penyokongnya perlu akur kepada prinsip hukum Islam bahawa beliau perlu membersihkan dirinya daripada dakwaan bahawa beliau telah meliwat Saiful Bukhari serta dakwaan bahawa beliau adalah pelaku dalam video seks terbabit.

Sementara proses ini berlangsung dan belum selesai, kaedah yang terbaik dan amalan yang lebih terhormat ialah dengan meminta Anwar bercuti daripada semua tugas rasminya sehinggalah namanya dibersihkan (jika beliau benar-benar bersih). Bukannya dengan beliau ataupun para penyokongnya yang taksub terus-menerus cuba berselindung di sebalik hukum Qazaf atau atas nama agama.

Oleh : Zulkifli Noordin

Warna-warni politik
Torashah..

Rabu, 1 Jun 2011

Bekas Pengerusi DAP Cawangan Melayu Pertama Keluar Parti, Sertai UMNO!

“Kalau bukan kita yang nak tolong bangsa kita sendiri, siapa yang akan datang menghulur bantuan. Kami juga ibarat `melukut di tepi gantang’ bila bersama-sama DAP walaupun pada awal penubuhan DAP Cawangan Lembah Kinrara, Puchong dua tahun yang lepas, kami ini diibaratkan sebagai `anak emas’, apa sahaja yang permintaan kami, kononnya akan ditunaikan oleh DAP khususnya ADUN Kinrara yang kini merupakan Pengerusi DAP Selangor, Teresa Kok,” ujar bekas Pengerusi DAP Lembah Kinrara, Harun Abdul Wahab, 58.

Sehubungan itu, Harun bersama kumpulan pertama terdiri daripada 64 orang bekas ahli DAP Lembah Kinrara, Cawangan DAP Melayu di Selangor menyerahkan borang permohonan menyertai UMNO kepada Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan petang tadi.

“Kesedaran yang timbul dalam diri kamilah yang menyebabkan kami rasa bertanggungjawab untuk kembali bersama perjuangan UMNO, kerana kami juga satu ketika dulu merupakan ahli UMNO, namun kerana kesilapan yang kecil ketika itu, kami membawa perpecahan kepada UMNO di kawasan kami.

Kami sedar, dan kami bersepakat untuk keluar DAP. UMNO tu bukan tak elok, yang tak elok itu adalah diri kita sendiri. Kita yang tak sokong dengan elok, yang akhirnya orang pandang serong dan buruk pada UMNO atas kesilapan yang kita sebagai ahli sendiri yang buat,” ujarnya selepas menyerahkan 64 borang permohonan kepada Datuk Ahmad Maslan, petang tadi.

PKR memang wujud di kawasan Lembah Kinrara, namun keputusan meninggalkan UMNO dan menubuhkan cawangan DAP Melayu yang pertama dibuat pada tahun 2009 kerana beliau tidak yakin dan percaya kepada perjuangan PKR di kawasan tersebut, manakala PAS memang tidak ada di kawasan tersebut.

”Ketika itu, kita memang tengok DAP pada zahir sahajalah. Cara mereka memikat kita ketika itu memang eloklah. Kalau ada apa-apa yang kita cakap pun ketika itu, dia dengar. Tapi sekarang ini, kalau kita nak minta bantuan pun, lepas tapis, tapis.

Sekarang ini bila mereka dah menang lama, dah semakin kuat, kita pun dia dah tak pandang lagi. Sehubungan dengan itu, buat umat Melayu yang masih bersama DAP ini, agar berfikirlah kembali asas perjuangan kita, agar kita tidak mengkhianati anak bangsa kita di masa depan atas kesilapan yang kita lakukan pada hari ini,” ujarnya. – MediaUMNO

Warna-warni politik
Torashah..

Bertempat di Bandar Saujana Utama, Kuala Selangor

Bertempat di Bandar Saujana Utama, Kuala Selangor