Isnin, 28 Januari 2013

Kesedaran baharu rakyat Selangor untuk kembali sokong BN!



Kesedaran baharu telah wujud dalam kalangan rakyat negeri ini untuk memberikan sokongan kepada Barisan Nasional (BN) setelah melihat banyak masalah berlaku di bawah pentadbiran kerajaan pakatan pembangkang.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, berdasarkan laporan yang diterima daripada setiap peringkat dan pertemuan dengan pemimpin-pemimpin tempatan, pihaknya mendapati sokongan rakyat kepada BN semakin baik

''Ini adalah lawatan kerja yang biasa saya buat dan saya akan teruskan untuk meninjau keadaan yang ada di Selangor dan berjumpa dengan ramai rakyat dan warga Selangor.

''Pada keseluruhannya, daripada laporan yang saya terima, nampaknya sokongan rakyat kepada BN adalah baik, kita sudah tahu laporan di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan selama kira-kira satu jam bersama para pemimpin UMNO Bahagian Sungai Besar dan UMNO Bahagian Sabak Bernam di sini.

Pertemuan tersebut diadakan dalam rangka kunjungan mesra Timbalan Perdana Menteri bersama rakyat daerah ini hari ini.

Muhyiddin ketika melahirkan keyakinan BN dapat menebus kembali kekalahan BN pada pilihan raya umum 2008 di negeri ini, bagaimanapun berkata, beliau tidak mahu terlebih jangka tentang sokongan rakyat terhadap parti itu.

Beliau berkata, usaha untuk mengembalikan sokongan rakyat merupakan suatu perkara yang mencabar.

''Kita tahu mereka (rakyat) berhadapan dengan masalah, banyak perkara yang tidak dapat disempurnakan di peringkat negeri.

''Terdapat isu-isu tertentu yang tidak mahu ditangani oleh kerajaan negeri, jadi saya percaya dalam tempoh dua tahun lepas, rakyat Selangor lebih faham dan lebih sedar," katanya.

Tambah beliau, kesedaran itu bukan disebabkan kerana BN mempolitikkan isu tetapi banyak perkara yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri tidak mengambil kira perkara yang patut dilaksanakan.

''Saya yakin rakyat mulai sedar tentang siapa kerajaan pembangkang yang ada pada hari ini di negeri Selangor

''Di Selangor masalah air menjadi isu utama apabila Projek Loji Rawatan Air Langat 2 tidak dapat dilaksanakan.

''Kita sudah menyatakan isu air menjadi isu utama di Selangor, perkara yang tidak boleh diabaikan. Pendirian Kerajaan Pusat adalah jelas sejak dulu dan sehingga kini, kita telah melakukan segala usaha untuk membina loji rawatan tersebut," katanya.

Kepada soalan mengenai isu kenyataan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali meminta Bible versi bahasa Melayu yang mengandungi kalimah Allah dibakar, Muhyiddin berkata, pihaknya fikir Ibrahim telah memberikan penjelasan mengenai perkara itu.

''Pihak polis sudah tahu apa yang patut dibuat, yang penting jangan diperbesarkan. Yang penting sesiapa sahaja yang hendak membuat kenyataan mesti mengambil kira sensitiviti agama dan kaum, tidak kira Ibrahim Ali atau sesiapa sahaja," katanya.

Warna-warni politik
Torashah

Sabtu, 26 Januari 2013

Regim MB Khalid tidak serius tangani masalah air?



Tindakan membekukan perbelanjaan modal (Capex) terhadap Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) menunjukkan Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor tidak serius untuk menyelesaikan masalah air yang membelenggu rakyat.

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata, kerajaan negeri sepatutnya memandang serius masalah bekalan air dan bukan menjadikannya sebagai satu mainan politik bagi membolehkan mereka memanipulasikan keadaan pada masa akan datang.

"Sebelum ini kerajaan negeri menafikan membekukan Capex, namun semalam mereka mengaku berbuat demikian atas alasan Syabas gagal memenuhi tanggungjawab dalam perjanjian konsesi.

"Semua itu tidak masuk akal, cuba kita bayangkan bagaimana Syabas mahu memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pengguna sekiranya Capex dibekukan. Mereka juga memerlukan bantuan demi menjamin perkhidmatan yang bermutu," katanya.

Beliau yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Parlimen Tanjong Karang 1434 Hijrah di sini hari ini.


Yang turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang, Sulaiman Razak dan ADUN Sungai Burong, Datuk Mohd. Shamsudin Lias.

Semalam dalam sidang akhbar selepas mesyuarat Exco negeri, Abdul Khalid mengakui kerajaan negeri membekukan Capex kepada Syabas atas alasan syarikat itu gagal memenuhi tanggungjawab dalam perjanjian konsesi.

Noh yang juga Ahli Parlimen Tanjong Karang berkata, kerajaan negeri perlu bertanggungjawab sepenuhnya terhadap masalah gangguan bekalan air yang berlaku di 90 kawasan di ibu negara dan Selangor sehingga menjejaskan hampir setengah juta penduduk.

"Sewaktu BN memerintah Selangor, kita telah merancang pelbagai inisiatif demi memastikan keperluan asas rakyat terjamin, malah kita juga tidak menghalang sebarang peruntukan kepada Syabas.

"Langkah itu menjadi bukti perbezaan pentadbiran kerajaan PKR Selangor sekarang dengan BN. Mereka tidak melakukan sebarang perancangan serta tidak berfikiran jauh dalam membuat sesuatu keputusan," katanya.

Sehubungan itu, beliau mahu penilaian dibuat terhadap kedudukan kerajaan negeri sekarang yang mahu mempolitikkan kesemua isu termasuk keperluan rakyat sedangkan perkara seumpama itu tidak akan berlaku sekiranya BN kembali memerintah negeri Selangor.

Noh turut mencabar Abdul Khalid supaya mendedahkan jumlah sebenar peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan kepada Selangor untuk membantu penyediaan air bersih kepada rakyat.

"Saya tahu jumlah peruntukan tersebut berapa, tetapi saya mahu Menteri Besar nyatakan sendiri jumlahnya dan ke mana wang itu disalurkan," katanya.

Warna-warni politik
Torashah

Rabu, 23 Januari 2013

Budak hilang - Ganjaran RM20,000!



Ganjaran berjumlah RM20,000 akan diberi kepada mana-mana individu yang menyalurkan maklumat mencari sehingga menemui seorang kanak-kanak, William Yau Zhen Zhong, 6, yang dilaporkan hilang di Putra Heights, Subang Jaya di sini sejak Rabu lalu.

Tawaran tersebut dibuat oleh ibu bapa kanak-kanak itu dan Biro Pengaduan Awam MCA yang masing-masing menawarkan wang berjumlah RM5,000 dan selebihnya daripada Kelab Kehormat Ikatan Relawan Rakyat Wilayah Persekutuan.

Ketua Biro Pengaduan Awam MCA, Datuk Seri Michael Chong berkata, maklumat daripada orang ramai amat penting dalam usaha menjejaki kanak-kanak tersebut.

"Saya berharap orang ramai jangan menyalahkan ibu bapa kanak-kanak ini kerana apa yang penting sekarang ialah keselamatan William.

"Maka sesiapa yang mempunyai maklumat berkaitan boleh menghubungi kita dan ganjaran sebanyak RM20,000 akan diberi sekiranya maklumat terbabit benar hingga membawa kepada penemuan kanak-kanak itu," katanya dalam sidang akbar bersama ibu bapa kanak-kanak itu di pejabat Biro Pengaduan Awam MCA di sini hari ini.

Warna-warni Politik
Torashah

Ahad, 20 Januari 2013

Karpal Mahu Hadi Akur Keputusan PR Ketepikan Pendirian Majlis Syura?



Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh akan memujuk Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang supaya mengkaji semula pendirian Majlis Syura Ulama Pas yang memutuskan kalimah ALLAH tidak boleh digunakan oleh orang bukan Islam termasuk Bible versi Bahasa Melayu.

Beliau berharap Abdul Hadi akan menentukan semula pendirian Pas agar tidak bercanggah dengan keputusan yang dicapai Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat (PR) pada 8 Januari lalu.

"Adalah penting untuk Majlis Syura Ulama Pas mengambil satu pendirian yang sama dengan PR dan saya harap Abdul Hadi dapat menentukan pendirian Majlis Syura.

"Saya merayu kepada Abdul Hadi agar dapat menentukan semula pendirian Majlis Syura ini," kata beliau pada sidang media di sini, hari ini.

Ahad lalu, Majlis Syura Ulama Pas yang dianggotai 15 anggota memutuskan kalimah ALLAH tidak boleh digunakan dalam Bible versi Bahasa Melayu selepas isu berkenaan dibantah pelbagai pihak.

Mesyuarat yang dipengerusikan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyatakan bahawa menterjemah perkataan 'God' atau 'Lord' dari mana-mana kitab agama bukan Islam adalah salah dari segi makna, tidak menepati kehendak sebenar dan perlu dicegah kerana membawa kekeliruan yang nyata.

Isu penggunaan kalimah ALLAH timbul selepas Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam perutusan sambutan Krismas lalu meminta kerajaan membenarkan kalimah ALLAH digunakan dalam Bible Bahasa Melayu.

Semalam, Nik Aziz secara tegasnya mahu semua pihak termasuk pemimpin PR menerima keputusan Majlis Syura Ulama iaitu kalimah ALLAH tidak boleh digunakan bukan Islam.

Nik Aziz berkata, perkara itu tidak perlu ditimbulkan semula setelah Majlis Syura Ulama menetapkan larangan penggunaan kalimah yang eksklusif bagi orang Islam itu diterjemahkan mana-mana kitab agama bukan Islam kerana salah dari segi maknanya.

Biarpun ada yang beranggapan wujudnya percanggahan pendapat selepas keputusan ditetapkan Majlis Syura Ulama, Nik Aziz berkata, itu terpulang kepada mereka untuk membuat dakwaan.

Khamis lalu, Timbalan Presiden PKR, Azmi Ali berkata, pihaknya berpegang kepada pendirian dibuat oleh Abdul Hadi pada mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan pada 8 Januari lalu.

Abdul Hadi dipetik berkata, Pas berpendirian bahawa kalimah ALLAH boleh digunakan oleh bukan Islam dengan syarat tidak disalahgunakan.

Diminta mengulas tindakan Guan Eng yang enggan mengulas mengenai isu itu, Karpal berkata:

"Bukan Guan Eng tidak mahu mengulas... dia tidak tukar pendirian dia. Itu maksudnya apabila dia tidak mahu mengulas."

Di Sabah dan Sarawak, katanya, ia diamalkan sejak sekian lama dan tidak pula timbul sebarang masalah atau tentangan.

"Jadi saya rasa ia juga boleh dilaksanakan di Semenanjung kerana tidak akan menjejaskan mana-mana kuasa dan pihak," katanya.

Hancur PAS di bawah telunjuk DAP!

Selasa, 15 Januari 2013

KUIS bukti kelemahan kerajaan pakatan?

Tindakan 200 orang ahli akademik dan kakitangan KUIS menghantar memorandum kepada Rektor nya merupakan kemuncak kepada kegagalan demi kegagalan pentadbiran regim pakatan Dap, Pkr dan Pas di Selangor.

Setelah Yayasan Selangor merobohkan asrama pelajar miskin di Kg Pandan, UITM Selangor tidak diluluskan pembinaannya, UNISEL mengalami kerugian puluhan jutaan ringgit, kini KUIS pula menerima bahana kelemahan pentadbiran Khalid Ibrahim.

Kakitangan mana yang tidak marah bila sudah 2 tahun gaji tak naik, elaun sudah 6 bulan tidak dibayar dan kebajikan kakitangan diabaikan - ini lah antara bunyinya memorandum yang diserahkan oleh ahli akademik dan kakitangan KUIS.

GAPS mendesak empat perkara wajar dilakukan untuk menyelesaikan kemelut di KUIS.

1. DYMM Sultan Selangor wajar campur tangan kemelut yang semakin serius ini kerana KUIS dibiayai sepenuhnya oleh MAIS.

2. Sebuah Jawatankuasa bebas harus dibentuk untuk menyiasat segala perkara yang dimajukan oleh memorandum yang diserahkan.

3. Rektor KUIS harus bersikap lebih mesra rakyat dengan menggunakan pendekatan dialog dan berhemah dalam menangani setiap masalah dan polemik yang timbul.

4. Sebarang proceeding disiplin yang sedang dibuat sekarang terhadap mereka yang menandatangani memorandum itu harus ditarik balik dan dihentikan sama sekali.

Khalid Ibrahim sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah KUIS hanya mengoyangkan kaki. Tatkala MAIS sentiasa memberikan bantuan kewangan kepada KUIS yang sudah mencecah hampir ratusan juta ringgit, malang sekali kerajaan negeri Selangor langsung tidak memberikan sebarang peruntukan kewangan kepada KUIS dalam masa empat tahun ini.

Kenapa? Mungkinkah disebabkan KUIS mempunyai objektif mahu memartabatkan tamaddun Islam? Sudah terang lagi bersuluh, adakah kerajaan Pakatan Dap, Pkr dan Pas anti tamaddun Islam?

KUIS satu lagi episod sedih rakyat yang trajis dengan kelemahan pentadbiran kerajaan negeri pimpinan pakatan Pkr, Dap dan Pas. Boleh dirumuskan kerajaan pakatan selangor ini gagal dalam semua bidang yang diuruskan di selangor termasuk pendidikan. Jom Tolak Pakatan.

Hamidzun Khairuddin
Presiden
Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS)

Khamis, 3 Januari 2013

Rafizi kantoi menipu lagi - Fitnah terbaru terhadap isteri PM di patahkan!


Fitnah yang mereka lemparkan terhadap Isteri PM di sini.


Tidak sampai 24 jam......Di sini.



Nampaknya taktik PKR memetik nama dan mengemukakan bukti palsu bagi menarik perhatian rakyat dalam memburukkan kerajaan BN terbongkar...tindakan mereka hanya untuk mencetuskan ketidakpuasan , perasaan sangsi dan geram tidak lebih dari itu. Kebenaran yang mereka laungkan hanya hiasan sahaja. Pendedahan perkara ini dibeberapa laman blog Pro UMNO menelanjangkan lagi permainan kotor mereka?

Warna-warni politik
Torshah

Bertempat di Bandar Saujana Utama, Kuala Selangor

Bertempat di Bandar Saujana Utama, Kuala Selangor