Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang secara terbuka mengakui pakatan pembangkang sukar untuk bersatu dan kelemahan itu dapat dilihat ketika berdepan sesuatu permasalahan.
Menurutnya, ada antara pemimpin mereka hilang tumpuan apabila diserang dari segenap penjuru oleh Barisan Nasional (BN).
Malah, katanya, kadangkala berlaku perbezaan pandangan dan pendekatan dalam menyelesaikan masalah dan ia merupakan kelemahan utama pakatan pembangkang selama ini.
"Kita juga dibelenggu dengan kelemahan diri sendiri apabila ada antara kita yang mula hilang tumpuan setelah kita mula diserang dari segenap penjuru oleh kerajaan pimpinan BN.
"Kadangkala kita berhadapan dengan perbezaan pandangan dan pendekatan untuk menyelesaikan masalah dan di sinilah cabaran terbesar kita yang perlu dirungkaikan," katanya.
Beliau berucap pada pembukaan Konvensyen Pakatan Rakyat Kedua di sini hari ini.
Turut hadir Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim; Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.
Abdul Hadi menambah, pakatan pembangkang perlu bermuhasabah diri dengan pencapaian selama ini ketika memerintah beberapa negeri, selain menilai kelemahan dasar dan pelaksanaan masing-masing.
Justeru, jelasnya, mereka harus bangkit kembali dengan melaksanakan penambahbaikan dalam pemerintahan.
"Dalam melaksanakan dasar dalam negeri yang diperintah, perlunya pakatan pembangkang berhati-hati dengan memahami betapa pentingnya untuk mengurus sensitiviti masyarakat tanpa perlu menongkah batas agama dan budaya semua kaum.
"Janganlah kita 'untung secupak tetapi rugi segantang' dalam pertimbangan kerana ia akan membuka ruang kepada UMNO dan BN menyebarkan dakyah mereka melalui media massa yang dikuasai mereka," katanya.
Sementara itu Wan Azizah dalam ucapannya berkata, UMNO dan BN tidak akan berhenti untuk cuba memecahbelahkan pakatan pembangkang sebagaimana ombak tidak akan jemu menghakis pantai.
Justeru, jelasnya, komitmen kepada kesepakatan bersama harus diperkukuhkan dari semasa ke semasa dan selepas itu setiap pengumuman dan pembelaan rakyat perlu membariskan semua kepimpinan ketiga-tiga parti.
"Inilah lambang kesepakatan dan satu nada kita dalam pakatan pembangkang agar tidak terus dibuai propaganda kerajaan pemerintah kini," katanya.
Piiirah mabuk Kak Wan!!!
Warna-warni politik
Torashah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan