Jumaat, 10 Disember 2010

Ucapan MB Selangor dicemuh dalam majlis bersama TPM!

Ucapan menteri besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim pada satu majlis bersama timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini disambut dengan cemuhan dan pekikan 'boo' oleh sebilangan para hadirin.

Ucapan berkenaan disampaikan exco pertanian Yaakob Sapari di majlis persidangan agung perwakilan Kesatuan Penghulu/Penggawa Semenanjung Malaysia di Shah Alam pagi ini.

Sebilangan daripada lebih 1,000 orang pemimpin setempat itu bertindak demikian apabila ucapan Khalid mula menyentuh mengenai isu pembahagian peruntukan yang sama rata kepada wakil rakyat di negeri yang dikuasai Pakatan.

Ucapan tersebut juga menyentuh mengenai pembentukan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) di negeri itu dan juga negeri-negeri yang dikuasai Pakatan.

Beberapa orang berkenaan diperhatikan memekik "sudahlah" dan "ini bukan mesyuarat Pakatan Rakyat" apabila isu berkenaan dibangkitkan.

Muhyiddin dalam ucapannya selepas itu berkata, negeri Selangor tidak lagi perlu dibantu kerana sudah menjadi negeri maju.

"Selangor dah maju, tak payah tolong pun tak apa.

"Kalau hendak serahkan (peruntukan) kepada menteri besar tak tahu bagaimana caranya.

"Yang penting faedahnya bukan kepada MB tetapi kepada anak-anak buah," kata Muhyiddin lagi, disambut tepukan.

Muhyiddin juga berkata permintaan daripada yang dipertua kesatuan penghulu itu Mohd Zahidi Husain supaya elaun luar penghulu dinaikkan akan dipertimbangkan.

" Saya tengok permintaan itu ada asasnya. Kalau tak cukup naik RM50 sebelum ini mungkin kita boleh tambah sikit lagi,” katanya.

Sebelum penutup majlis berkenaan, Mohd Zahidi kemudiannya memberikan ucapan spontan dengan mengumumkan bahawa Muhyiddin telah bersetuju untuk memberikan peruntukan sebanyak RM200,000 kepada kesatuan itu

Dalam pada itu, Yaakob dalam satu kenyataan petang ini menyuarakan rasa kesalnya dengan tindakan Umno Selangor yang didakwa membawa "jurusorak" bagi mengganggu ucapan tersebut.

"Tindakan ahli-ahli Umno dan JKKKP yang bersorak sambil mengganggu ucapan tersebut dilihat sebagai tidak beradab dan bermaruah.

"Hal ini begitu kontradiksi dengan semangat Ketuanan Melayu yang dilaungkan oleh UMNO yang dilihat sebagai satu slogan retorik.

Exco pemodenan pertanian, pengurusan sumber alam dan pembangunan usahawan Selangor itu juga berkata, individu yang terlibat itu patut memohon maaf "atas kelakuan buruk mereka."

Warna-warni politik
Torashah

1 ulasan:

Tenno perang berkata...

kah..kah.kah..sejak bila pulak xda maruah bila ganggu orang bercakap...yang dok demo susahkan org...kesesakan lalu lintas baru2 nih mesti org x bertamadun gak ker yaakup sapari...

Bertempat di Bandar Saujana Utama, Kuala Selangor

Bertempat di Bandar Saujana Utama, Kuala Selangor