
Laporan yang disiarkan itu turut juga menyebut Felda tidak berlaku adil terhadap peneroka yang mengurus sendiri kebun dan mendakwa pemberian bonus ini adalah umpan kepada peneroka menjelang pilihan raya DUN Tenang.
Dakwaan ini dibuat oleh Mazlan Aliman, Ahli Jawatankuasa Pas Pusat yang mempersoalkan tindakan Felda membezakan peneroka yang mengurus sendiri kebun.
Perlu dinyatakan bahawa prinsip pemberian bonus insentif adalah berdasarkan kadar penghantaran hasil sawit atau getah melalui kilang Felda yang dikira dari Januari hingga Oktober, bukannya harga komoditi semasa. Pendapatan peneroka berdasarkan kuantiti hasil dan harga komoditi semasa, manakala bonus insentif pula berdasarkan kadar penghantaran hasil yang dihantar ke kilang Felda.
Juga tidak benar pemberian bonus insentif ini sebagai umpan kepada peneroka menjelang pilihan raya kecil DUN Tenang kerana Felda membayar bonus insentif setiap tahun. Bonus insentif ini dibayar sejak tahun 2004 dan dibiayai melalui sumber dalaman Felda. Jika tidak ada pilihan raya sekalipun, Felda akan tetap membayar bonus insentif kepada peneroka.
Perlu juga dinyatakan bahawa peneroka yang mengurus sendiri kebun dan menghantar hasil yang berterusan melalui Felda turut menikmati kemudahan yang disediakan Felda. Kemudahan seperti pinjaman pembesaran rumah, duit raya, insentif pendidikan kepada anak-anak, tabung kebajikan dan seumpamanya turut disediakan kepada peneroka yang terlibat. Malah, bantuan khairat kematian RM10,000 juga turut dibayar kepada peneroka yang menyaman Felda.
Pihak berkenaan diingatkan supaya tidak memberi persepsi yang negatif dan menghentikan sebarang bentuk tomahan terhadap Felda. Fitnah yang tidak putus-putus dilemparkan terhadap Felda adalah untuk kepentingan tertentu. Justeru, warga peneroka dinasihatkan tidak terpengaruh dengan hasutan yang dilemparkan terhadap Felda.
MOHAMAD IBRAHIM
Pengarah Pembangunan Komuniti Felda Kuala Lumpur
Warna-warni politik
Torashah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan