Ahad, 5 September 2010

Ada sebab mengapa Baginda Sultan Selangor murka dengan apa yang berlaku sekarang!

Mungkin ramai tidak tahu pada 14 Oktober 1989, Ratu Elizabeth dan suami, Putera Philip melawat Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dengan diiringi oleh Raja Muda Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang kini Sultan Selangor.

Menariknya, walaupun Ratu Elizabeth nama yang cukup tersohor, baginda tetap mematuhi peraturan ketika melawat masjid negeri itu. Baginda memakai jubah khas menutup aurat dan hanya menyaksikan kubah masjid dari pintu utama ruang solat.

Itu seorang yang bergelar Ratu tetapi bagai kata Exco Agama Selangor, Datuk Dr Hasan Mohd Ali, “masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguek”. Maksudnya, seseorang itu kena patuh kepada peraturan di sesuatu tempat beliau berada.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen DAP Serdang, Teo Nie Ching sengaja mencetuskan kontroversi dengan masuk ke ruang solat Surau Al-Huda Kajang Sentral pada 22 Ogos lalu. Beliau hanya berbaju kebaya, bukannya memakai jubah menutup aurat bahkan tidak memakai tudung kepala.

Tidak hairanlah tindakan itu mencetuskan kemurkaan Sultan Selangor sebagai Ketua Agama negeri namun Nie Ching sengaja buat hal lagi dengan muncul di sebuah surau di Bukit Mahkota Ahad lalu. Cuma yang berbeza, beliau tidak lagi berada di ruang solat sebaliknya di khemah luar surau. Beliau juga memakai baju kebaya dan bertudung kepala.

Namun, selepas ini jika ada sesiapa bukan Islam ingin masuk ke ruang solat atau mengadakan apa-apa acara mahupun majlis di ruang itu sama ada di surau-surau serta masjid di Selangor, lupakan saja. Ekoran kontroversi tindakan Nie Ching Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) akan mengeluarkan peraturan menegah bukan Islam memasuki ruang solat, dalam masa terdekat ini.

Pengerusi MAIS, Datuk Setia Mohamad Adzib Mohd Isa memberitahu Agendadaily, peraturan itu bagi menjelaskan larangan kepada bukan Islam masuk ke ruang solat atau melakukan apa-apa aktiviti di ruang berkenaan.

Menurutnya, memang sudah ada peraturan kepada bukan Islam untuk masuk ke masjid tetapi ekoran tindakan Nie Ching serta kekeliruan sesetengah pihak berhubung peraturan itu, MAIS akan menjelaskan peraturan baru dalam beberapa hari ini.
Beliau berharap penjelasan peraturan baru itu akan difahami semua pihak dan dipatuhi.

Sementara itu ditanya mengenai cadangan Dr Hasan yang juga Pesuruhjaya PAS Selangor yang mahu mencadangkan beberapa peraturan baru memasuki masjid dan surau, Mohamad Adzib berkata, Exco itu boleh mengemukakan cadangan kepada MAIS.
“Kita tiada masalah,” katanya.- Agendadaily

Daulat Tuanku!

Warna-warni Politik
Torashah

1 ulasan:

Panglima Perang Cyber berkata...

salam tuan blog.

mohon linkkan ke artikel ini dan mohon pinjam gambar.

tq


Bertempat di Bandar Saujana Utama, Kuala Selangor

Bertempat di Bandar Saujana Utama, Kuala Selangor