Khamis, 16 September 2010

Zaid Ibrahim mengeluh lagi…juga akui Presiden PKR pun tak ada kuasa!

Selepas mendedahkan kemungkinan beliau menerima nasib seperti Tun Ghafar Baba – tewas tanpa cukup pencalonan pemilihan parti – serta ada kumpulan tertentu dalam PKR yang menentangnya, Datuk Zaid Ibrahim mendiam diri melihat satu demi satu kumpulan menyatakan sokongan kepada Azmin Ali bagi merebut jawatan Timbalan Presiden PKR.

Namun, selepas dua minggu bekas Menteri itu yang sudah umum bersaing bertanding jawatan nombor dua dalam PKR pada November ini, beliau tampil untuk menjawab tuduhan baru kononnya beliau ditaja ahli perniagaan Datuk Soh Chee Wen untuk menghancurkan parti itu.

Dalam nada menyindir, Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan itu bertanya adakah itukah cara kempen setakat ini?

“Bahawa saya ini pengkhianat dan saya orang baru? Katanya dalam posting terbaru di blognya.’

Zaid berkata, beliau tidak mahu menjawab segala tohmahan tetapi tuduhan yang tak masuk akal mesti dijawab.

“Soh Chee Wen, setahu saya, adalah rakan akrab dan setia Datuk Anwar Ibrahim dan telah membantu Keadilan. Azmin Ali, Syed Shahir dan Chua Jui Meng tahu hal ini. Saya kenal Chee Wen kerana dia dilantik oleh Anwar untuk menganggotai biro politik PKR sembilan bulan lalu,” katanya’

Baginya, amat tidak masuk akal untuk Soh Chee Wen digambarkan sebagai orang jahat dengan serta-merta bila berkawan dengan beliau, tetapi bila berkawan dengan Anwar, dia orang yang baik.

“Ini aneh sekali. Saya tidak perlu dibiayai oleh Soh Chee Wen ataupun orang lain. Lagipun jawatan Timbalan itu sebenarnya tidak ada kuasa. Nombor Dua dalam politik Malaysia ini hanya untuk glamour dan nama saja, tidak ada lah banyak kuasa sangat,” ujarnya..

Menariknya, Zaid mengakui dalam Keadilan, nombor satu pun ( Presiden PKR Datuk Seri dr Wan Azizah Ismail) tak ada kuasa seperti Ketua Umum (dipegang oleh Anwar) kerana jawatan tidak boleh ditandingi.

“Jadi, saya tidak faham riuh-rendah pasal jawatan nombor dua ini,” kata beliau..

Menurut Zaid, kerana ini pemilihan pemimpin parti ini yang pertama untuk PKR, dan juga yang sulung di Malaysia, ianya satu kesempatan membuktikan parti ini mampu melangsungkan pemilihan demokratik di dalam PKR, terutamanya apabila pemilihan ini akan diadakan di bawah pengawasan seluruh negara.

“Biarlah proses pencalonan dan pemilihan parti ini dilangsungkan secara satu ‘friendly contest’ dan yang kita sebagai satu parti mampu menunjukkan kepada rakyat bahawa PKR adalah parti yang matang dan progresif,” jelasnya.

Zaid turut menyentuh kenyataan Syed Shahir Syed Mohamud, pemimpin kanan PKR dan juga merupakan presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) yang memberi amaran bahawa PKR telah dimasuki dan dirasuki musuh.

“Siapakah dan berapakah ahli-ahli ini, dia tidak sebut. Sejak isu pemilihan parti timbul, ungkapan ‘musuh parti’ ini kerap kedengaran. Agaknya, sesiapa yang menawarkan perkhidmat semasa pemilihan ini tetapi tidak direstui adalah itu yang disebutkan ‘musuh parti’ dan musuh perjuangan,” katanya.- Agenda Daily

Warna-warni Politik
Torashah

Tiada ulasan:


Bertempat di Bandar Saujana Utama, Kuala Selangor

Bertempat di Bandar Saujana Utama, Kuala Selangor