Sabtu, 25 September 2010

PESANAN BUAT ORANG MELAYU TENTANG MUNAFIKNYA PAS DAN PKR!

Pilihanraya yang bakal berlangsung nanti, besar ertinya kepada seluruh umat islam di Malaysia. Sekalipun penulis adalah seorang ahli PAS lebih dari 25 tahun, penulis masih sangsi dan kurang berkeyakinan bahawa PAS boleh mengambilalih kedudukan UMNO sebagai pelindung bangsa Melayu dan Islam.

Mengapa penulis berkata begitu? UMNO yang memerintah Malaysia selama 53 tahun telah membuktikan kemampuannya menjaga kepentingan bangsa Melayu dan Islam dengan baik. Apa yang orang Melayu warisi sekarang, kemajuan dan pembangunan, zahir dan batin adalah hasil perjuangan UMNO.

PAS sebaliknya banyak bercakap, mengkritik dan tidak memperlihatkan kewibawaannya sebagai parti politik Islam yang bertanggungjawab. Saya tidak hairan kalau majoriti orang Melayu masih tetap menolak PAS dan memilih UMNO kerana rata-rata pemimpin PAS miskin ilmu pengetahuan dan kebijaksanaan untuk meningkatkan syiar Islam. Hingga sekarang pun, tidak ada satu projek ekonomi yang besar dan berkesan dari alangan PAS untuk membuktikan bahawa ia mampu dan berjaya melaksanakan pelbagai projek ekonomi, sosial, pendidikan dan lain-lain untuk meyainkan orang ramai PAS bukanlah sebuah parti politik yang banyak bercakap.

Malah sekalipun PAS diberikan peluang mentadbir Kedah dan Kelantan, PAS langsung tidak menampakkan bukti sebenar keupayaan mereka sekalipun para pemimpin PAS cukup kaya dengan sijil, diploma, ijazah dan sarjana seperti yang dipamerkan kepada barisan pemimpin muda, namun secara amalinya, para pemimpin PAS berfikiran jumud. Sehingga kini, PAS Kedah langsung tidak berdaya maju dalam meneruskan kecemerlangan ekonomi Kedah sewaktu diperintah UMNO dan BN.

Sebagai ahli PAS, saya menentang cadanganMursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz hang hendak memberi peluang kepada bukan Melayu dan bukan Islam sebagai Perdana Menteri. Saya minta Nik Abdul Aziz jangan terlalu gopoh mengeluarkan kenyataan yang boleh dianggap oleh majoriti orang Melayu PAS tidak mempunyai maruah dan kewibawaan hingga sanggup menyerahkan jawatan PM kepada orang bukan Melayu dan bukan Islam.

Sebagai seorang ahli PAS yang menyanjung tinggi ketokohan Nik Abdul Aziz sebagai seorang ulama, maka sekarang saya rasa sungguh kecewa dengan kenyataannya yang melukakan perasaan orang Melayu dan Islam.

Mengapakah para pemimpin PAS yang bergelar ulama sanggup mengelirukan orang Melayu mengenai perjuangan Islam dan sanggup mencaci dan memaki hamun sesama muslim hanya kerana berlainan parti politik? Dulu saya hormati Dr. Haron Din dan Ismail Kamus sebagai ulama tetapi setelah mendengar ucapan-ucapan politik mereka yang dangkat dan menyesatkan, saya hanya menggeleng dan menyeru agar tidak mengundikan undi yang berharga kepada calon-calon PAS, PKR, DAP dan PSRM kerana perjuangan Pakatan Rakyat ini hanya merugikan orang Melayu dan generasi Islam akan datang.

Sekalipun PAS bercakap tentang perjuangan islam dan mahu menegakkan kerajaan Islam namun hakikatnya ia sekadar omongan kosong. Malah PAS sekali digertak oleh DAP, akan segera memberitahu bahawa cita-cita untuk menubuhkan Negara Islam sudah lama digugurkan dan Negara Islam bukanlah matlamat utama PAS lagi.

PAS gagal menubuhkan kerajaan Islam sebenar di Kelantan meskipun diberi peluang mentadbir negeri itu selama 20 tahun sekalipun tidak ditekan oleh mana-mana pihak. PAS tidak akan selama-lamanya menubuhkan kerajaan Islam sekalipun melabelkan negeri itu sebagai Negeri Serambi Mekah. Sebabnya ialah para pemimpin PAS Kelantan sekadar pandai memberikan label tetapi tidak pandai langsung bekerja. Lebih daripada itu, tindak-tanduk para pemimpin PAS tidak berjiwa Islam dan tidak serius untuk menubuhkan kerajaan islam.

Kini PAS sudah diperangkap oleh DAP dan nampaknya PAS juga telah menerima konsep politik DAP iaitu Malaysian Malaysia yang bermakna tidak ada lagi hak keistimewaan orang Melayu di Malaysia sekiranya Pakatan Rakyat memenangi Putrajaya. PAS dan PKR tidak berani menentang kemahuan DAP kerana kepimpinan Melayu dalam PAS dan PKR sangat lemah dan terpaksa menurut rentak DAP yang sememangnya tidak mahu mengekalkan hak istimewa orang Melayu itu dalam perjuangan politik mereka.

Oleh itu, orang Melayu jangan terlalu taksub dengan PAS atau PKR. Kedua-dua parti itu tidak dapat menjamin masa hadapan yang cerah bagi orang Melayu dan Islam. PKR misalnya hanya berjuang untuk membebaskan Anwar daripada perbicaraan kes liwatnya. Segala-galanya berpusat dan berkisar tentang Anwar Ibrahim yang bercita-cita besar untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Sebagai orang Islam, saya tidak mahu bersubahat dengan PKR dan juga PAS yang menyokong Anwar Ibrahim. Anwar dipecat kerana mengamalkan homoseksual sebagai cara hidupnya dan sehingga sekarang, dia tidak berani bersumpah secara Islam di khalayak ramai untuk membersihkan dirinya daripada tuduhan tersebut.

Saya ngeri mengingatkan kemusnahan dan penghapusan kaum Luth seperti yang diterangkan di dalam Al Quran. Saya tidak mahu bersubahat dengan pemimpin homoseksual kerana takutkan kemurkaan Allah.

Sekalipun saya ahli PAS namun saya tidak yakin PAS boleh menjadi pemimpin dan pelindung bangsa Melayu dan Islam seperti UMNO. Apatah lagi dengan kerenah dan tingkah laku beberapa orang pemimpin kanan PAS seperti Mahfuz Omar, Khalid Samad, Zulkefly Ahmad dan Lo'Lo' Ghazali (sekadar beberapa nama), membuatkan keyakinan Negara Islam yang dilaung-laungkan, sekadar tinggal laungan sebelum dijerkah oleh DAP.

Pandangan saya ini mungkin tidak sukai oleh PAS dan mungkin saya dipecat dari parti itu. Saya sanggup dipecat tetapi tidak sanggup membohongi dan menipu bangsa saya dan umat Islam seperti yang diperjuangkan oleh para pemimpin PAS sekarang. Biarlah saya dianggap sebagai ahli PAS 'murtad' kerana saya tidak mahu menjadi taksub terhadap perjuangan yang boleh menghancurkan masa hadapan orang Islam dan Melayu.

Saya tidak rela menjadi pengkhianat bangsa Melayu dan Islam dan oleh itu saya menyeru sekali lagi kepada saudara-saudara seIslam dan sebangsa saya agar tidak sekali-kali memilih PAS dan PKR untuk menerajui kerajaan kelak.

Nota: Penulis adalah Haji Kamsan Haji Buyong. Artikelnya tersiar di risalah KAHWIN MUTA'AH PEMBANGKANG: Siapa Alatkan Siapa? dari muka surat 61-64. Risalah berkenaan dikendalikan oleh Yahya Ismail. ISBN 983-40238-4-7 dan dicetak oleh Hain Nak Grafic Printing. Penambahan dan penyuntingan dilakukan untuk disesuaikan dengan blog ini.

Sumber : theflyingkick

Warna-warni politik
Torashah

Tiada ulasan:


Bertempat di Bandar Saujana Utama, Kuala Selangor

Bertempat di Bandar Saujana Utama, Kuala Selangor