Khamis, 2 September 2010

KEWARGANEGARAAN BUKAN HAK TETAPI ANUGERAH !

Pemberian taraf kewarganegaraan Malaysia merupakan satu anugerah tertinggi kepada warga asing. Dengan kata lain ia bukan merupakan satu hak yang boleh dituntut oleh mana-mana individu.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Lee Chee Leong berkata kementeriannya memandang serius dan sentiasa berhati-hati dalam mempertimbangkan setiap permohonan kewarganegaraan seseorang itu.

"Ini adalah penting bagi memastikan hanya mereka yang betul-betul memahami dan mendalami budaya masyarakat Malaysia serta berkelakuan baik sahaja yang dianugerahkan taraf kewarganegaraan,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Jelas lagi nyata. Ini membuktikan bahawa setiap mereka yang menjadi warganegara di Malaysia ini mendapat anugerah tertinggi yang tidak ternilai harga, apa lagi di kalangan warga asing.

Kenyataan Chee Leong yang disiarkan Bernama itu dikeluarkan susulan kepada kenyataan Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek berkaitan kira-kira 25,751 pemegang kad pengenalan merah yang masih belum menerima status warganegara.

Kenyataan Chee Leong ini jika dilihat dalam struktur MCA, ia adalah jawapan kepada bosnya, kerana Chee Leong ialah AJK Pusat MCA. Apakah Chee Leong akan berada dalam keadaan tersepit dalam isu dan tugasan oleh MCA mengenai perkara ini?

Kelmarin, MCA mengatakan akan mengutarakan cadangan kepada Kementerian Dalam Negeri untuk mengiktiraf taraf kewarganegaraan kepada mereka yang berumur 60 tahun ke atas dan anak-anak mereka yang juga warga Malaysia.

Menurut Dr Chua MCA melantik Chee Leong, untuk mempengerusikan satu pasukan petugas khas, bagi membantu pemohon mendapat kewarganegaraan Malaysia.

"Didapati 25,751 orang Cina di negara ini masih memegang kad pengenalan Merah," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden parti itu di Wisma MCA. Dr Chua berkata, MCA memberi tempoh enam bulan bagi Chee Leong memperhalusi semua permohonan dan mengemukakan laporan kepada Majlis Presiden kelak.

Jumlah permohonan taraf kewarganegaraan yang tertunggak yang diterima KDN dari tahun 1997 hingga 2006 bagi semua perkara di bawah Perlembagaan Persekutuan adalah 32,927 dan semua permohonan telah selesai diproses dan dikeluarkan keputusannya pada tahun 2009, kata Chee Leong.

Pada masa kini, katanya, kementerian sedang memproses permohonan kewarganegaraan bagi tahun 2007, 2008 dan 2009 yang berjumlah 29,677. Daripada jumlah itu, sebanyak 16,302 keputusan telah dikeluarkan dan bakinya telah diproses adalah sebanyak 13,375, di mana keputusannya akan dikeluarkan selewat-lewatnya pada 31 Disember tahun ini, katanya.

Pada 30 November tahun lalu, Dewan Rakyat diberitahu bilangan mereka yang memegang kad pengenalan merah di negara ini sehingga September 2009 adalah seramai 374,500 orang. Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wira Abu Seman Yusop berkata daripada jumlah itu, seramai 64,731 orang adalah mereka yang dilahirkan di negara ini yang turut memegang kad pengenalan merah.

Abu Seman berkata, rakyat Malaysia yang memegang kad pengenalan merah mengikut negeri adalah seperti berikut; Sabah (12,000 orang), Selangor (11,307), Perak (6,589), Johor (5,509), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (4,906), Kedah (2,822), Pulau Pinang (2,209) dan Pahang (1,981).

Negeri Sembilan (1,947), Kelantan (1,295), Melaka (789), Sarawak (771), Wilayah Persekutan Labuan (653), Perlis (326), Terengganu (307), Wilayah Persekutuan Putrajaya (17) dan lain-lain (11,303).

"Kad pengenalan merah diberi kepada seseorang yang bukan warganegara Malaysia tetapi bermastautin secara tetap di Malaysia,” katanya.- Bernama

Warna-warni politik
Torashah

1 ulasan:

sesejuk mata memandang berkata...

Wahai Pak NAjib berikan lah sebanyak mana taraf warganegara kepad orang Cina yang ada kad pengenalan merah cuma tambah satu syarat: tak boleh mengundi!!! apa depa mahu?


Bertempat di Bandar Saujana Utama, Kuala Selangor

Bertempat di Bandar Saujana Utama, Kuala Selangor