Isnin, 27 September 2010

'Sengketa' Wan Azizah-Azmin hanya permainan!

Situasi dalaman Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang memperlihatkan seolah-olah wujud persengketaan di antara Presiden, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Ismail dengan Naib Presiden, Azmin Ali sebenarnya tidak berlaku sebaliknya merupakan perancangan politik Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Presiden Parti Bersatu India Malaysia (MIUP), Datuk S. Nallakaruppan berkata, gambaran itu sengaja diwujudkan oleh Anwar bagi memastikan Wan Azizah kekal sebagai Presiden, Azmin memenangi kerusi Timbalan Presiden dan anaknya iaitu Nurul Izzah muncul sebagai Naib Presiden.

"Hanya orang bodoh yang akan percaya terdapat kem berbeza dalam PKR iaitu di antara Wan Azizah dan Nurul Izzah yang menentang Azmin.

"Oleh itu, saya ingin mengajak rakyat Malaysia untuk memberikan Anugerah Penulis Skrip Putar Alam Terbaik Malaysia kepada Anwar yang berjaya mewujudkan situasi persengketaan ini," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas perkembangan terbaru menjelang pemilihan PKR November ini yang turut menyaksikan Nurul Izzah bakal bertanding jawatan Naib Presiden parti.

Sebelum itu, Nurul Izzah pernah menyatakan sokongan terhadap seorang lagi calon Timbalan Presiden, Datuk Zaid Ibrahim bagi menentang Azmin yang dikatakan memang menjadi pilihan Anwar berikutan hubungan istimewa kedua-dua mereka.

Sokongan terbuka kepada Zaid itu turut menguatkan desas-desus dalaman PKR yang mengatakan tindakan Nurul Izzah itu adalah bagi menyatakan protes terhadap sokongan Anwar terhadap Azmin.

Nallakaruppan yang juga bekas rakan karib Anwar menambah, tindakan pemimpin PKR itu yang mengumumkan untuk tidak bertanding sebarang jawatan parti baru-baru ini merupakan strategi bagi memastikan kesemua individu rapat dengannya akan terus menguasai PKR.

"Dalam hal ini, Azmin, Wan Azizah serta Nurul Izzah akan kekal di tampuk pemerintahan tertinggi PKR dan jika situasi ini bukan menggambarkan amalan kronisme dan nepotisme politik, saya tidak tahu apakah ia.

"Kasihan Zaid yang ingin bertanding Timbalan Presiden, sebagai pendatang baru dalam PKR, Zaid sama ada perlu memecahkan monopoli kronisme dan nepotisme itu atau menyertai mereka untuk mendekati Anwar," jelasnya.

Nallakaruppan mendakwa, beliau juga merupakan mangsa permainan politik Anwar sebelum ini, ketika mahu bertanding jawatan Naib Presiden PKR pada pemilihan 2007.

Namun, kata beliau, hasratnya itu terbantut apabila Anwar menelefonnya dan meminta beliau menarik diri bagi memberi laluan kepada Azmin menduduki jawatan tersebut.

"Pada perbualan telefon itu, Anwar janji untuk menjadikan saya Naib Presiden melalui lantikan tetapi dengan syarat tarik diri bertanding. Tapi atas dasar prinsip, saya bukan setakat tarik diri malahan terus keluar daripada PKR," tegasnya.-UM

Warna-warni politik
Torashah

Tiada ulasan:


Bertempat di Bandar Saujana Utama, Kuala Selangor

Bertempat di Bandar Saujana Utama, Kuala Selangor