"Chin Peng tidak perlu pulang ke negara ini kerana dia bukan rakyat Malaysia. "Malah dia hanya dilahirkan di Sitiawan, Perak tetapi tidak pernah memohon sebagai rakyat Malaysia seperti mana yang perlu dilakukan selepas negara ini mencapai kemerdekaan,".
Begitu tegas seorang pesara polis, Paul Kiong, 65, yang pernah berkhidmat di Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) ketika menentang Parti Komunis Malaya (PKM) pada 1969 hingga 1989. Beliau yang bersara dengan pangkat Supritendan berkata, rakyat hari ini perlu memahami dendam para pejuang negara menentang kekejaman PKM suatu ketika dahulu.
"Dulu, kami terpaksa berada di dalam hutan untuk tempoh yang lama bagi menghapuskan kumpulan pengkhianat itu (PKM). "Malah ada di antara anggota polis dan tentera menghembuskan nafas terakhir dalam keadaan ngeri akibat kezaliman PKM," katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Jelasnya, detik kesusahan dan keperitan menentang PKM dan Chin Peng yang dilalui itu bukan begitu mudah untuk dilupakan pejuang sepertinya. Katanya, perkara itu terbukti apabila Chin Peng mengaku bertanggungjawab terhadap kekejaman yang berlaku sebelum ini menerusi akhbar The Star.
"Pengakuan Chin Peng mungkin dapat meraih simpati orang muda, tetapi kami yang pernah melalui detik tersebut masih menyimpan dendam terhadapnya. "Ramai anggota keselamatan yang terkorban malah ramai juga di antara mereka yang cacat sehingga hari ini," ujarnya.
Paul Kiong memberitahu, tindakan kerajaan tidak membenarkan Chin Peng pulang tidak boleh dilihat sebagai isu perkauman tetapi bagi menghargai jasa pejuang yang cedera dan terkorban serta keluarga mereka.
"Saya yang berketurunan Cina juga tidak akan sekali-kali memaafkan kekejaman PKM.
"Biarpun luka di tubuh badan sudah menjadi parut tetapi luka di hati dan kesedihan akibat tindakan PKM masih belum terubat sampai sekarang," jelasnya.
Paul Kiong merupakan seorang daripada 27 penerima pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa (SP) yang dikurniakan oleh Yang di-Pertuan Agong. Pingat itu dikurniakan bagi menghargai jasa beliau yang pernah menumpaskan komunis pada 1969 hingga 1989. - UM
Warna warni politik
Torashah
1 ulasan:
poyo punya mantan sb..... dalam perjuangan mesti ada yang mampos kena shoot!!! lu pandai la cakap dah dapat anugerah pingat.cp pun berjuang macam lu gak, bezanya cp berjuang untuk malaysia, tapi lu untuk malingsial.....but lu dengan cp still= sama berjuang, sama sama bunuh orang dan sama sama....... cakbak!!!
Catat Ulasan