Sabtu, 12 Disember 2009

Nik Aziz jangan cakap sebarangan!

ISU Biro Tata Negara (BTN) yang baru-baru ini hangat didebatkan sememangnya telah menunjukkan belang sikap pembangkang yang selama ini tidak senang dengan kemakmuran yang ada di negara ini.

Bermula dengan pemimpin DAP yang kurang ajar mempertikaikan kursus BTN ini kerana kononnya menyemai sikap perkauman di kalangan rakyat Malaysia. Saya berpendapat bahawa beliau yang bersikap perkauman kerana tidak tahu sejarah dan modul sebenar di dalam kursus BTN.

Kini pemimpin Pas, Nik Abdul Aziz Nik Mat pula mempertikaikan kursus BTN ini dengan alasan ia tidak Islamik.

Saya ingin bertanyakan kepada tok guru, kursus bagaimanakah yang dikatakan islamik. Saya rasa tok guru sendiri perlu menghadiri kursus BTN ini untuk tahu bagaimana islamiknya BTN.
Saya sendiri telah mengikuti kursus ini dan sepanjang kursus ini berjalan, tidak ada seorang pun yang terlepas daripada berjemaah setiap waktu termasuklah subuh melainkan kerana keuzuran.

Selepas sahaja solat berjemaah subuh dan maghrib, setiap peserta akan diberikan kuliah manakala yang bukan beragama Islam akan menonton video berunsurkan sejarah di dalam dewan yang disediakan.

Ramai antara rakan saya dan saya sendiri insaf serta sedar atas dosa-dosa yang telah kami lakukan dahulu di dalam kuliah yang disampaikan kepada kami setiap kali selepas solat. Kami juga tidak terlepas daripada melakukan Qiamullail bagi meningkatkan kecintaan kepada Allah SWT.

BTN secara tidak langsung telah meningkatkan rasa cinta kami kepada Allah SWT selain menyematkan rasa cinta kepada negara. Apa lagi yang tidak cukup di dalam modul BTN ini? Pada pendapat saya, ia perlu dikekalkan dan mungkin boleh ditambah modul-modul baru selari dengan keadaan semasa.

Saya berpendapat, kursus BTN ini ditakuti pembangkang kerana telah membuka pekung mereka selama ini dan bukan kerana isu perkauman yang ditimbulkan. Saya percaya, sesiapa sahaja yang pernah mengikuti kursus ini pasti akan bersetuju dengan pendapat saya. Janganlah mudah terpedaya dengan hasutan sesetengah pihak yang ingin menghancurkan ketenteraman yang selama ini dikecapi.

Dan pesanan saya kepada Nik Aziz, janganlah kerana ingin menjaga hati Pakatan, semua benda tok guru halalkan. Saya hanya insan yang kerdil dan masih kurang ilmu, tetapi tidak sanggup untuk menggadaikan agama dan bangsa hanya untuk kepentingan sendiri. Wallahuallam.

Warna warni Politik
Torashah

3 ulasan:

oyabun berkata...

Pemuda berkongsi pengalaman di kem BTN : KEMELUT Biro Tata Negara (BTN) masih hangat diperdebatkan dan tidak kurang juga yang berasa goyah dengan serangan pihak-pihak tertentu membuatkan saya ingin menceritakan pengalaman saya mengikuti kursus BTN.

Saya amat tidak bersetuju sebarang usaha mengubah atau menghentikan program BTN kerana ia amat penting untuk mengekalkan sifat jati diri, cintakan tanah air, mengenal asal usul dan sebagai ‘antibiotik’ melawan gerak saraf negatif oleh musuh-musuh negara termasuk komunis.

Saya telah mengikuti sebanyak dua kali program anjuran Biro Tata Negara, iaitu yang pertama di Kem BTN Kaki Bukit, Perlis semasa menjadi mahasiswa dan yang kedua di Kem BTN Balik Pulau, Pulau Pinang semasa mula menjadi kakitangan awam.

Menyingkap semula kisah lalu, semasa bergelar mahasiswa, minda saya telah ‘dibasuh’ oleh golongan senior dan pihak tertentu dalam kampus bahawa pergi ke BTN ialah untuk ‘basuh minda/seksa otak’ supaya setia kepada UMNO atau Barisan Nasional (BN) selain menyemai aktiviti hubungan bebas lelaki wanita.

Saya telah termakan dengan gerak saraf yang telah diaturkan oleh pihak tertentu dalam kampus sehingga hampir-hampir ‘melarikan diri’ tidak mahu pergi ke kursus tersebut. Tetapi setelah dinasihati oleh kedua-dua ibu ayah saya, akhirnya saya melangkah pergi dengan penuh prasangka terhadap kursus ini.

Alhamdulillah, kali pertama saya jejak masuk mendaftarkan diri, aktiviti pertama ialah solat berjemaah bersama rakan-rakan peserta lelaki dan wanita serta fasilitator yang terlibat sehingga hari akhir kursus, manakala bagi yang bukan Muslim dengan aktiviti tersendiri.

Seterusnya, para peserta wanita Islam yang tidak bertudung dinasihati oleh ketua jurulatih untuk mendapatkan tudung dan menutup aurat sepanjang kursus ini. Akhirnya semua peserta mahasiswi Islam dalam bilangan yang ramai tersebut telah bertudung dan saya mula rasakan tidak benar apa yang telah ‘disarafkan’ sebelum ini.

Mereka juga telah menakutkan saya bahawa pergi ke BTN ialah untuk menapis siapa yang antikerajaan dan akan dipantau selepas itu oleh polis Cawangan Khas sejurus selepas kembali ke kampus.

bersambung...

oyabun berkata...

sambungan...

Seterusnya setelah dibahagikan kumpulan, sifat antikerajaan saya masih lagi menebal tanpa sebab, akibat hasutan pihak-pihak tertentu dalam kampus sebelum ini sehingga satu modul khas yang dibentangkan bagi pihak kumpulan, saya tanpa segan silu dan takut terus mengutuk kerajaan pemerintah dan mengagungkan parti pembangkang yang kononnya islamik?

Tetapi yang menghairankan tidak pula saya dihukum, dipulaukan selepas itu, sama ada dipanggil untuk kaunseling, dinasihatkan atau jauh sekali ditahan polis Cawangan Khas seperti yang ‘disarafkan’ oleh senior semasa di kampus.

Setelah beberapa hari mengikutinya, saya mula mendapati kursus ini cukup hebat dan lengkap dengan pelbagai modul menarik seperti ceramah-ceramah kupasan sejarah, kenegaraan, Perlembagaan Negara, luahan pendapat, latihan dalam kumpulan, nyanyian lagu-lagu patriotik, tazkirah setiap kali selepas solat malam, Qiamullail (untuk Muslim), sukan pagi petang, aktiviti lasak ke hutan, ujian minda dengan dipimpin oleh fasilitator yang mesra tetapi tegas dan penuh disiplin! Peserta juga disajikan dengan makanan yang mewah.

Akhirnya saya cukup insaf dan terasa amat tertipu dengan golongan yang menghasut pelajar dengan pelbagai retorik tanpa asas kukuh dalam kampus kerana tidak ada satupun elemen modul yang mengutuk pembangkang seperti yang pembangkang lakukan terhadap kerajaan. Insaf bukan kerana minda telah dibasuh tetapi disebabkan mengenal mana yang baik atau buruk, mudahnya tertipu oleh gerak saraf tanpa bukti daripada sumber yang benar sehingga menyemarakkan kebencian antara kaum dan politik beremosi.

Kursus BTN juga telah mengeratkan hubungan kami semua sebangsa dan antara kaum sehingga menjadi mesra, tidak berprasangka dan pada akhir kursus peserta boleh menitiskan air mata bila mengenangkan salah tanggapan dan kehebatan pengisian kursus ini dalam membina jati diri terhadap agama dan tanah air.

Seterusnya apabila saya menghadiri kursus ini untuk syarat perjawatan, saya lagi sekali amat terharu dan modul yang lebih tinggi bersesuaian dengan kategori penjawat awam, lebih banyak elemen ilmiah serta berfikir diterapkan selaras dengan jawatan yang bakal dipukul kelak selain aktiviti fizikal yang menguji stamina dan kesihatan.

Sekali lagi ramai yang menitiskan air mata semasa majlis perpisahan kerana keberkesanan fasilitator, layanan, disiplin dan mengenangkan tanggungjawab berat terhadap tanah air terpikul kepada semua rakyat tetapi di luar sana begitu mudah digoncang olah ‘tangan-tangan jahat’.

mohammad azren fooldog PH yg bahalol berkata...

Orang tua yang dah kekurangan idea ni akhirnya hanya mampu jadi LEMBU kepada pemimpin Pulau Pinag dan Selangor sahaja. Selepas 19 tahun memerintah Kelantan, baru mendapat 'ilham' untuk menyatakan BTN tak Islamik. Contoh pengisian yang tidak islamik langsung tak diberikan, hanya menuruti kata2 orang lain sahaja.

Tetapi bagus juga, kerajaan2 negeri yang sombong dan bongkak (Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan, Kedah pun akan menuruti???) tidak mahu kakitangan kerajaan negeri atau pelajar kelolaan negeri tidak turut serta dalam kursus anjuran BTN tersebut. Sekurang2nya menjimatkan perbelanjaan BTN dan biar orang lain yang berminat menyertainya.

Jika mereka mahukan kursus ala BTN yang kononya 'lebih Islamik', biar mereka sendiri yang tanggung perbelanjaan tersebut. Mahu lihat juga apa pengisian modul yang boleh mereka fikirkan untuk menaikkan semangat kecintaan pada negara. Atau mungkin hanya akan melebihkan semangat kecintaan pada KENEGERIAN sahaja???


Bertempat di Bandar Saujana Utama, Kuala Selangor

Bertempat di Bandar Saujana Utama, Kuala Selangor