Apabila akar umbi mula berbicara tentang...Ugama, Bangsa dan Negaranya. Melayu adalah pewaris kepada tanahair bumi tercinta ini. Siapakah yang akan mempertahankannya kalau tidak bangsa Melayu itu sendiri. Sesungguhnya UMNO adalah wadah perjuangan orang Melayu. HIDUP UMNO DULU, KINI DAN SELAMANYA.
Ahad, 5 Mei 2013
#PRU13 : Mulut celupar bekas Jeneral Lapok, kali ketiga penjawat awam dihina, diperlekeh?
Tiba-tiba saja nama Jeneral (B) Tan Sri Md. Hashim Hussein naik dalam kalangan penjawat awam sejak beberapa hari ini. Bukan sebab beliau menyokong pembangkang dan masuk Parti Keadilan Rakyat (PKR). Jauh sekali sebab beliau menjadi calon parti itu dan bertanding di Kerusi Parlimen Johor Bahru (JB).
Meskipun beliau ialah bekas pegawai tinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM), latar belakang berkenaan tidak menarik minat banyak pihak untuk mengikuti kempen-kempennya di sekitar bandar raya itu. Senang cakap, orang JB tidak ambil pusing sangat pasal calon PKR ini.
Yang membuat namanya naik dan golongan penjawat awam naik bengang, bila bekas jeneral yang berdepan dengan lawannya Barisan Nasional (BN), Tan Sri Shahrir Abdul Samad itu mengumpamakan kumpulan yang bekerja dengan kerajaan seperti kera dalam sesi ceramahnya menemui pengundi.
Ia dimuat naik dalam Youtube dengan tajuk Semua Penjawat Awam Memang Kera oleh pemilik akaun bernama mykmujohor yang dilayari oleh ribuan orang.
Saya dulu pun dalam kerajaan juga. Bila saya dalam kerajaan, orang beri saya makan macam keralah. Diberi makan pisang, beri susu, beri kacang, bagi kelapa. Jadi bila kera ini dilepaskan mula mengamuk, mula bermusuh sebab tiada orang jaga lagi."
Tentunya kenyataan sebegini memberi kesan kepada kira-kira 1.4 juta penjawat awam di negara ini. Sebabnya, soal tempat mencari rezeki, soal periuk nasi adalah perkara sensitif. Jangan sesekali dihina dan diperlekeh. Sesiapa pun pasti terusik hatinya bila diumpamakan seperti kera walaupun jika niatnya sekadar memberi perumpamaan.
Dan golongan penjawat awam di negara ini pula, bukan sedikit sumbangannya kepada negara ini, walaupun ada perkara-perkara yang perlu ditingkatkan mutu perkhidmatannya di sana sini. Penjawat awam, bukan sahaja melibatkan pihak yang bekerja di pejabat dan di kaunter-kaunter perkhidmatan, ia turut membabitkan pasukan keselamatan, angkatan tentera, polis, guru, kastam, imigresen, pensyarah dan ramai lagi.
Kalau kononnya dengan niat hendak beri motivasi pun kepada penjawat awam, jagalah sensitiviti, tidak perlulah guna haiwan sebagai contoh untuk disamakan pula dengan manusia. Kerajaan sebelum ini pun selalu menegur penjawat awam, tetapi tidak pernah pun kita dengar nama haiwan keluar daripada mulut pemimpin-pemimpinnya.
Janganlah hanya kerana mahu menarik perhatian pengundi, jeneral bersara yang baru hendak berjinak-jinak dengan pentas politik ini, jadi gelabah tidak tentu pasal dan bercakap tanpa berfikir ketika berceramah. Kenyataan seperti ini tidak sama sekali bijak, apatah lagi lawak atau gurauan.
Tidak terfikirkah oleh beliau, apabila dia menyamakan penjawat awam dengan kera, ia secara langsung juga melibatkan dirinya juga sebagai bekas kakitangan awam dan jutaan pesara kerajaan lain.
Berapa ramai pesara kerajaan dalam negara ini? Apabila mereka tidak bekerja dalam kerajaan lagi dan mereka mendapat pencen, adakah mereka ini mula mengamuk dan bermusuh seperti tuan bekas jeneral? Atau adakah ini sekadar luahan rasa kecewa, yang bersifat peribadi tetapi mahu kaitkan dengan semua orang?
Memang ada pesara kerajaan atau kakitangan awam yang menyokong pembangkang, mereka menyuarakannya di peti undi. Tidak perlulah menghina tempat mencari rezeki dan mengata si pemberi pisang, kacang, susu dan kelapa itu macam-macam pula.
Adalah lebih baik, Md. Hashim berceramah tentang apa yang akan dilakukan untuk rakyat JB. Cerita pasal manifesto. Apa yang besar sangat yang boleh dibawa untuk memajukan bandar raya berhampiran Singapura itu daripada menyentuh perkara-perkara yang tidak pasal-pasal boleh mendatangkan kemarahan orang ramai.
Rakyat sekarang ini bukan hendak mendengar ceramah politik yang menghentam, mengutuk, dan memfitnah sana sini. Mereka hendak tahu apa yang boleh parti politik ini lakukan untuk menambah baik kehidupan mereka dan cara bagaimana sesuatu janji itu boleh dilaksanakan.
Dulu, Setiausaha Penerangan DAP, Tony Pua mahu mengurangkan bilangan kakitangan awam jika pakatan rakyat mengambil alih Putrajaya dan juga mahu mempercepatkan umur persaraan. Nurul Izzah Anwar pula hendak membekukan pengambilan baru polis dan sekarang Md. Hashim melabel penjawat awam kera.
Kita dah boleh agak dah, apa yang akan jadi pada golongan penjawat awam jika puak-puak ini memerintah.
Warna-warni politik
Torashah
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan