Rabu, 8 Mei 2013

Analisis: Pengundi Cina teruja mantera 'ubah'?




Pembangkang berjaya mainkan sentimen perkauman perkauman

Barisan Nasional (BN) sekali lagi diberi mandat membentuk kerajaan, kali ini dengan majoriti mudah 133 kerusi Parlimen. Harapan pembangkang untuk menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum Ke-13 gagal, sekali gus membenamkan hasrat Anwar Ibrahim untuk menjadi perdana menteri. Namun, dengan 89 kerusi Parlimen yang dimenangi menjadikan mereka kekal sebagai barisan pembangkang yang agak besar di Parlimen. Anwar dijangka terus kekal menjadi Ketua Pembangkang.

BN kuasai semula Kedah

Majoriti Cina teruja dengan mantera ‘ubah’ Anwar dengan harapan sekiranya pembangkang menang cita-cita DAP merealisasikan ‘Malaysian Malaysia’ menjadi kenyataan. Seperti kata Perdana Menteri, pengundi Cina teruja dengan sentimen perkauman.

Kedah berjaya dikuasai semula BN, Perak kekal di bawah BN dengan majoriti mudah, manakala Pulau Pinang, Kelantan dan Selangor kekal di bawah pakatan pembangkang. Kedah dikatakan kembali ke tangan BN kerana kegagalan PAS memerintah.

Hujah itu ada kebenarannya tetapi bagaimana pula dengan Kelantan? Tidakkah Kelantan juga gagal ditadbir PAS? Apakah kekuatan PAS di Kelantan bergantung sepenuhnya kepada Datuk Nik Aziz Nik Mat? Orang Kelantan ada ukurannya sendiri dalam mengekalkan PAS. Perkara ini harus dikaji oleh UMNO Kelantan.

Menariknya, di Selangor, PAS dan DAP mendapat kerusi yang sama banyak iaitu masing-masing 15 kerusi, manakala PKR mendapat 14 kerusi. Mungkin Menteri Besar Selangor kali ini dipilih daripada PAS atau mereka bersetuju untuk mengekalkan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai menteri besar. Mungkin kerana pengaruh DAP, Khalid Ibrahim akan kekal menerajui negeri yang gagal dirampas BN itu.

PRU-13 menunjukkan wujud tiga pola kecenderungan pengundi berasaskan kaum. Orang Melayu cenderung untuk memberikan mandat kepada BN, manakala masyarakat Cina lebih cenderung untuk memberikan kemenangan kepada pakatan pembangkang, khususnya DAP.
Bagaimanapun, pengundi Melayu di Kelantan tetap mempertahankan pemerintahan PAS manakala di Terengganu sokongan orang Melayu kepada pembangkang meningkat ketara. BN hanya menang 17 kerusi, manakala pakatan mendapat 15 kerusi.

Begitu juga di Perak dan Selangor, pengundi Melayu masih teruja menyokong pembangkang. Di Perak, BN menang majoriti mudah bagi kerusi DUN, manakala kerusi Parlimen seimbang dengan masing-masing 12 kerusi bagi BN dan pakatan.

Majoriti kaum Cina jelas menunjukkan sokongan terhadap pembangkang di beberapa ibu negeri seperti Georgetown, Ipoh, Kuala Lumpur, Seremban, Melaka dan Kuching serta beberapa bandar besar lain. Pengundi Melayu turut menurunkan jumlah undi BN dalam PRU kali ini. BN hanya meraih 275 daripada 505 kerusi DUN yang dipertandingkan.

Perubahan undi Melayu di Johor

Johor yang selama ini menjadi kubu kuat UMNO-BN turut menampakkan perubahan. Di negeri tempat kelahiran UMNO, BN kalah di beberapa tempat termasuk di Gelang Patah di mana Datuk Seri Abdul Ghani Othman tewas kepada Penasihat DAP, Lim Kit Siang. Johor turut menyaksikan perubahan undi Melayu.

Umumnya, Melayu lebih terkesan dengan dasar transformasi dan Gagasan 1Malaysia yang dilaksanakan Datuk Seri Najib Razak. Perlu difahami majoriti daripada 40 peratus golongan bawahan adalah masyarakat Melayu. Selama ini, BN memberikan pelbagai inisiatif, termasuk bantuan kewangan bagi meringankan beban sara hidup. Justeru, Melayu ini bersedia untuk memberikan undi kepada BN.

Majoriti Cina teruja dengan mantera ‘ubah’ Anwar dengan harapan sekiranya pembangkang menang cita-cita DAP merealisasikan ‘Malaysian Malaysia’ menjadi kenyataan. Seperti kata Perdana Menteri, pengundi Cina teruja dengan sentimen perkauman.

Satu lagi pola pengundian ialah golongan rakyat berbilang kaum di bandar dan pekan yang cenderung menyokong pembangkang. Golongan elit dan profesional di bandar lebih mengutamakan soal ketelusan, integriti dan kebebasan, bukan pembangunan. Hanya Melayu miskin di bandar menolak BN walaupun turut menerima pelbagai insentif termasuk rumah kos rendah. Mereka memilih pembangkang kerana percaya janji penurunan harga minyak dan kereta.

Kesimpulan, PRU-13 menyaksikan pengundi Cina dan Melayu di bandar memilih pembangkang, manakala pengundi di kampung yang majoritinya Melayu kekal memilih UMNO-BN.

Warna-warni Politik
Torashah

Tiada ulasan:


Bertempat di Bandar Saujana Utama, Kuala Selangor

Bertempat di Bandar Saujana Utama, Kuala Selangor