Selasa, 28 Mei 2013

Bagaimana Penasihat Perdana Menteri Boleh Benarkan PM Buat Perjanjian Dengan Anwar Ibrahim?


Dalam keadaan Anwar Ibrahim yang asyik menipu rakyat dengan pelbagai perkataan termasuk memaki hamun Perdana Menteri agar sedap didengar, kita dikejutkan dengan kenyataan bekas Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla dimana beliau mendakwa Anwar Ibrahim telah mengingkari sebuah perjanjian damai bagi menghormati keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Agak musykil juga bagaimana penasihat Perdana Menteri boleh membiarkan Perdana Menteri Dato Sri Mohd Najib mempercayai seseorang yang paling kuat menipu.

Semua rakyat tahu Anwar Ibrahim tidak pernah bercakap benar malah menurut setiausaha sulitnya jika Anwar tersengih, ini bermakna idea untuk 'mengenakan' orang lain sudah datang.

Kita dikejutkan dengan perjanjian damai yang melibatkan Ketua Pembangkang itu dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak digerakkan Jusuf Kalla pada April lalu.

Jusuf Kalla jugalah yang memainkan peranan bagi pertemuan Anwar Ibrahim dengan Raja Kiram III juga di Indonesia.

The Wall Street Journal (WSJ) melaporkan Jusuf berkata, beliau telah menghubungi Anwar sehari selepas PRU-13 dan meminta Ketua Pembangkang itu supaya menghormati komitmen dan ‘melihat realiti’.

“Kami mempunyai komitmen, tetapi Anwar berkata, tidak, tidak, tidak, tidak,’’ jelas Jusuf Kalla.

Akhbar tersebut yang mendakwa menghubungi ketiga-tiga pihak turut melaporkan, Anwar mengaku pernah membuat perjanjian berkenaan tetapi memberitahu kononnya ‘penentang-penentangnya’ pula yang mengingkari perjanjian itu melalui ‘cara mereka berkempen’.

“WSJ melaporkan bahawa Anwar telah mendekati Jusuf berhubung perjanjian tersebut akibat tidak tahan dengan pendedahan demi pendedahan yang dibuat oleh para cyber trooper tentang salahlaku dirinya dan pengikutnya dua bulan lalu kononnya dalam usaha Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu memperolehi komitmen daripada lawannya untuk menjamin keamanan negara selepas pilihan raya umum.

Perjanjian tersebut iaitu kedua- dua pihak mengelak daripada menyerang antara satu sama lain secara peribadi semasa berkempen dan menerima sebarang keputusan pilihan raya dibuat kemudiannya pada April lalu.

Laporan WSJ itu menjelaskan, kedua-dua pihak telah mengingkari satu fasal dalam persetujuan tersebut iaitu dalam menawarkan pihak yang kalah peranan dalam sebuah ‘kerajaan pendamaian’.


Seorang penasihat kepada Najib dilaporkan akhbar itu telah mengesahkan perjanjian berkenaan dan memberitahu WSJ bahawa Anwar telah mencari bantuan Jusuf untuk mendapatkan sebuah persetujuan bersama dalam menerima keputusan pilihan raya secara aman, tanpa menghiraukan siapa memenanginya atau berlaku satu majoriti tipis.

“Perdana Menteri mengulangi secara sulit kepada Jusuf Kalla dan di khalayak ramai sebelum pilihan raya yang BN akan menghormati kehendak orang ramai dan menerima keputusan pilihan raya, sekalipun pembangkang menang," kata penasihat PM.

Walau bagaimanapun, perjanjian damai versi Anwar kelihatan seperti berbeza.

Memetik Anwar, WSJ melaporkan bahawa Jusuf yang menghulur dan menawarkan bantuannya dalam memastikan sebuah pilihan raya yang aman.

“Terdapat ramai rakan sekitar rantau ini yang risau berhubung peralihan kuasa sama ada ia akan aman atau sebaliknya," kata Anwar.

Menurut WSJ, Jusuf terkenal dengan peranannya dalam perjanjian damai semasa menjadi Naib Presiden dari 2004 hingga 2009 di Thailand dan Sri Lanka serta membantu menyelesaikan konflik merentasi kepulauan Indonesia.Semasa kempen Anwar dalam usahanya untuk menggulingkan kerajaan Anwar menyatakan kepada penyokongnya bahawa beliau berjanji tidak akan menyerah kalah sehingga pembangkang diletakkan di Putrajaya walau apa cara sekali pun.

Anwar mendapat idea untuk membangkitkan dan menyemarakkan kebangkitan rakyat untuk menggulingkan kerajaan iaitu undi popular, yang menyaksikan Barisan Nasional (BN) mendapat hanya di bawah 48 peratus daripada jumlah undi.

Agihan tidak sekata undian di banyak kawasan, yang dilabel pembangkang sebagai amalan penggarisan semula kawasan pilihan raya oleh BN, telah menyebabkan mereka hanya memenangi 89 kerusi manakala BN 133 daripada 222 kerusi di Parlimen.

Selain daripada ‘Perhimpunan Haram Black 505’ yang telah menarik kehadiran rakyat yang ramai di sekitar, pembangkang juga memfailkan petisyen rasmi terhadap keputusan di 27 kawasan undi.

Jika kita perasan sebulan sebelum PRU13 semua blogger tidak dibenarkan mendedahkan aib Anwar brahim, Mustaffa Ali dan lain-lain lagi terutamanya berkenaan video seks mereka.

Bukan itu sahaja perkataan fitnah sengaja disebarkan sehingga menjadikan perbuatan terkutuk mereka 'halal'. bagaimana jika perbuatan terkutuk itu dilakukan oleh pemimpin BN? sudah tentu satu dunia mereka pusing untuk menyatakan perkara sedemikian.

Perlukah kita menyalahkan Anwar Ibrahim kerana melanggar perjanjian sedangkan kita semua tahu manusia jenis Anwar Ibrahim memang tergolong dalam manusia yang munafik.....berjanji sering dimungkiri...mengata, memfitnah dan berbohong sudah menjadi makanan harian beliau?

Perdana Menteri perlu menilai semula penasihat-penasihat yang terbaik untuk dirinya dan seluruh rakyat Malaysia supaya setiapa perbuatan yang dilakukan demi untuk kesejahteraan rakyat.

Sebagai rakyat Malaysia/blogger yang sentiasa menyokong BN...ini hanyalah cadangan dan teguran untuk Perdana Menteri yang kami sayangi agar dapat buat keputusan yang terbaik untuk rakyat Malaysia.

Warna-warni politik
Torashah

Tiada ulasan:


Bertempat di Bandar Saujana Utama, Kuala Selangor

Bertempat di Bandar Saujana Utama, Kuala Selangor