Apabila akar umbi mula berbicara tentang...Ugama, Bangsa dan Negaranya. Melayu adalah pewaris kepada tanahair bumi tercinta ini. Siapakah yang akan mempertahankannya kalau tidak bangsa Melayu itu sendiri. Sesungguhnya UMNO adalah wadah perjuangan orang Melayu. HIDUP UMNO DULU, KINI DAN SELAMANYA.
Jumaat, 31 Mei 2013
Habis PRU tutuplah kempen politik?
Dalam mana-mana sistem pengundian sama ada main kutu haram atau undi pasukan tujuh sebelah futsal sudah pasti kita mahu undi menyebelahi diri kita. Kalau main kutu pasti kita mahu giliran yang pertama dan jika kita bermain bola sepak tujuh sebelah kita semestinya mahu menentang pasukan ulam atau lauk sahaja.
Dalam konteks Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) ada parti yang merasakan diri mereka popular sehingga sejak keputusan diumumkan hingga detik ini tidak habis-habis lagu tidak puas hati berdendang sumbang.
Hormatilah sempadan politik yang telah dirintis sejak PRU pertama pada tahun 1955. Adakah popular kita adalah terbaik. Tidakkah kita sayangkan negara bernama Malaysia ini?
Kuasa demokrasi dan kuasa demografi mahupun kuasa geografi tidak dapat melawan kuasa ilahi. Bekas Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman dan bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ali Rustam menerima qada dan qadar Allah SWT dengan kekalahan di tangan lawan masing-masing.
Abdul Ghani kalah pada veteran DAP, Lim Kit Siang dan Ali Rustam kalah kepada anak muda yang berjiwa kental, Shamsul Iskandar Mohd.Akin @ Yusre dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang juga Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK). Cuma kekesalan sahaja yang disuarakan oleh kedua-dua bekas ketua negeri di selatan tanah air. Itu pun kepada pihak yang mereka telah menabur jasa selama ini.
PRU-13 memang bukan sebarang pilihan raya kerana pihak Barisan Nasional (BN) telah berusaha sedaya upaya membentangkan aku janji terbaik untuk rakyat. Ia bukan janji populis seperti yang dibuat oleh pembangkang yang mahu menurunkan harga minyak dan memberi pendidikan tinggi percuma.
Malahan janji untuk menutup semua tol merupakan satu janji yang bersifat populis dan memerlukan minda rasional rakyat negara ini untuk menerimanya.
Malahan kerajaan DAP sehingga kini tidak menyatakan pendirian sama ada terowong bawah tanah menghubungkan tanah besar dengan pulau akan dikenakan tol atau sebaliknya. Kalau berpolitik semua janji boleh ditabur tetapi untuk memenuhinya ibarat menangguk ikan di musim kemarau.
Kalau tol semuanya ditutup apa akan jadi kepada 30,000 pekerja tol. Jika seorang pekerja merupakan ketua keluarga dan ada tiga anak paling kurang. Maknanya hampir 90,000 rakyat Malaysia akan terkesan.
BN sebagai sebuah parti politik yang realistik sejak 56 tahun lampau membantu dengan sepatutnya tanpa perlu menjadikan negara ini seperti Greece yang menjadi kerajaan yang muflis akibat salah percaturan ekonomi.
Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) diagihkan dengan saksama kepada penerima dengan pendapatan isi rumah RM3,000 ke bawah. Orang kaya seorang pun tidak dapat, ini menunjukkan BN memang komited membantu orang yang susah dan mengagihkan kekayaan dengan secara holistik.
Sejak empat tahun lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak telah melakukan segalanya untuk semua kaum dan etnik di negara ini atas konsep 1Malaysia.
Entah apakah hujah yang dibawa oleh pemimpin Cina hingga tergamak parti-parti komponen BN ditolak mentah-mentah atas moto "Ini Kalilah" oleh para pengundi bangsa kedua terbesar di negara ini.
Pembangkang perlu bermuhasabah diri terhadap kempen yang mereka lakukan selama ini. Untuk kestabilan negara atau kestabilan diri dan bangsa sendiri hingga kekecewaan jelas terpancar kepada wajah Najib yang penat untuk meyakinkan rakyat yang dianggap sebagai saudara 1Malaysia.
Di Selangor BN tewas dengan teruk tetapi tidak pula Najib sebagai Pengerusi BN negeri menghimpunkan semua ahli BN semata-mata hendak mengatakan rakyat tidak adil kerana tidak memilih calon BN di baki 44 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).
Justeru, kepada rakan-rakan dalam parti pakatan pembangkang, terimalah kekalahan dan kemenangan dengan hati yang lapang. Berusahalah menjadi terbaik bukan setakat popular di laman sosial dan pada kempen-kempen syok sendiri semata-mata.
Pas masih berkuasa di Kelantan, DAP masih mantap di Pulau Pinang, dan di Selangor, Pas pula menjadi parti terbanyak kerusinya.
Jika ada penipuan seperti didakwa oleh pembangkang, mengapa tidak diambil negeri Selangor yang banyak lubuk ekonominya. Begitu juga di Pulau Pinang yang hebat pelabuhannya, mengapa negeri bertuah tersebut tidak dirampas sekali dengan cara tidak bermaruah.
Hormatilah sempadan berpolitik, habis PRU maka tutuplah buku log tahun 2013.
Rakyat Malaysia sudah penat dengan politik sejak lima tahun lalu. Kini masa untuk menuju wawasan 2020 di bawah BN dan kepada pakatan pembangkang jadilah pembangkang yang baik.
Tidak guna menimbulkan huru-hara kerana takut yang kalah jadi arang yang menang jadi abu. Peliharalah sempadan berpolitik, dua minggu kempen bukannya dua tahun.
Warna-warni politik
Torashah
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan