Jumaat, 31 Mei 2013

Anwar bermain dengan api - Tunku Aziz?


Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Anwar Ibrahim bermain dengan api apabila terus melakukan provokasi mengajak rakyat turun berdemonstrasi di jalanan.

Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim berkata, Anwar pasti sedar bahawa penduduk negara ini terdiri daripada rakyat pelbagai kaum dan sudah tentu keadaan sukar dikawal jika berlaku huru hara.

Beliau berkata, Anwar juga perlu sedar apa yang cuba dilakukannya itu boleh memberi kesan negatif kepada kehidupan jutaan rakyat Malaysia.

"Bagi saya Anwar sebenarnya melakukan penghinaan kepada majoriti suara rakyat Malaysia. Nampaknya beliau tetap mahu melakukan demonstrasi sehingga tujuan jahatnya itu tercapai.

"Bagaimanapun, saya tetap mendesak Anwar menghentikan segera tindakan yang menimbulkan kacau bilau di negara ini," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau mengulas rancangan Anwar untuk meneruskan siri perhimpunan Blackout 505 meskipun mendapat tentangan pelbagai pihak yang cintakan keamanan.


Menyentuh isu sama, Tunku Abdul Aziz berkata, Anwar sedang memainkan peranan untuk melakukan pemberontakan politik melalui demonstrasi jalanan.

"Anwar sebenarnya sedang bermain dengan api. Sebab itu saya juga ingin ucapkan tahniah kepada Pas dan DAP yang mengambil keputusan berani dengan tidak menyokong politik jalanan Anwar.

"Kepada majoriti rakyat kita harus menghormati keputusan yang telah dibuat dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 dengan tidak menyertai sebarang perhimpunan yang dianjurkan oleh Anwar. Kepada Anwar, saya minta jika beliau tidak mahu menghormati diri sendiri, sila hormati suara majoriti rakyat," katanya.

Dalam pada itu, Tunku Abdul Aziz mahu ancaman Red Bean Army disekat segera kerana tugas mereka siang dan malam hanya menabur fitnah.

Sehubungan itu, beliau menggesa kerajaan mengambil tindakan segera terhadap kumpulan itu sebelum menjadi semakin parah!

Warna-warni politik
Torashah

Tiada ulasan:


Bertempat di Bandar Saujana Utama, Kuala Selangor

Bertempat di Bandar Saujana Utama, Kuala Selangor