Rabu, 15 Mei 2013

Masih Ada Lagikah Sisa Maruah Pada Anwar Ibrahim?


Baru-baru ini Anwar buat perangai budak-budak lagi apabila bertindak mengumpul puluhan ribu penyokongnya yang terpengaruh dengan putar alamnya di Stadium Kelana Jaya meskipun tidak mendapat kebenaran pihak berkuasa.

Dia memberitahu pengikutnya bahawa tujuan perhimpunan haram itu diadakan untuk menunjukkan protes, kononnya bagi membantah keputusan PRU ke-13 tempohari. Katanya, sepatutnya Pakatan Haram yang menang dan BN telah “merompak” kemenangan tersebut.

Begitulah lebih kurang bunyi autanya kali ini. Dan sekali lagi, autanya itu mendapat tepukan gemuruh dari mereka-mereka yang malas berfikir secara waras dan bertindak mengikut akal yang diletak di kepala lutut!

Kita sedia maklum, Presiden PAS, Abdul Hadi Awang awal-awal lagi sudah memberitahu media bahawa partinya akur dengan keputusan PRU ke-13 yang memihak kepada BN itu. PAS sedia terima kekalahan tanpa menyalahkan BN, UMNO atau mana-mana pihak.

Begitu juga dengan DAP, yang berpuas hati dengan keputusan PRU ke-13 kali ini. “Tokong Veteran” DAP, Lim Kit Siang dan Pengerusinya, Karpal sendiri mengiktiraf kemenangan BN tersebut tanpa sebarang dakwa-dakwi lagi.

Terbaru, “raja bowtie”, Tan Sri Kadir Syiekh Fadzir yang menyertai PAS membidas Anwar secara sinis bahawa kemenangan BN kali ini perlu diterima secara terbuka.

Jadi, apa lagi yang Anwar tak puas hati?


Kita sedia maklum bahawa Himpunan Bershit yang banyak menyusahkan rakyat dan pihak berkuasa telah berkali-kali mereka anjurkan. Malah Anwar sendiri pernah mengepalai kekecohan yang menyaksikan keganasan melampau puak-puaknya.

SPR sendiri pun terpaksa melaksanakan sistem dakwat kekal yang didesak pihak mereka walaupun prosedur tersebut sebenarnya tidak perlu dilaksanakan sama sekali. Malah pihak pembangkang seperti biasa bebas melantik “polling agent” dan “counting agent” yang mereka mahu.

Tapi, bila tiba hari mengundi, puak-puak Pakatan Haram buat hal juga!

Misalnya, “black ops” yang dipercayai didalangi oleh puak Pakatan Haram sendiri begitu jijik dan dijangka bertujuan untuk menjejaskan kreadibiliti SPR dan Jabatan Pendaftaran Negara.

Bayangkan, mereka sanggup upah bangla untuk hadir di pusat pembuangan undi dan berlakon untuk ditangkap mereka sendiri di khalayak ramai? Taktik busuk jenis apakah ini? Kononnya nak salahkan SPR dan JPN “mengimport” Bangla untuk jadi pengundi hantu?

Silap besarlah! Mujurlah taktik tersebut berjaya dihidu oleh pihak berkuasa dan mereka-mereka yang dipercayai mengatur gerakan jahat itu berjaya diberkas untuk siasatan lanjut. Kita tunggu saja nasib mereka selepas ini.

Itu belum lagi diceritakan tentang video parody “blackout” yang tidak masuk akal dan dakwaan kononnya “dakwat kekal” itu tidak kekal!

Video parody itu dimuat naik ke Youtube beberapa jam selepas keputusan PRU diumumkan. Cepat benar puak Pakatan Haram buat video tersebut! Mana mereka tahu ada “blackout” di pusat kiraan undi? Sebenarnya tak ada pun kejadian “blackout” itu!

Mana ada dakwat kekal dalam dunia ini. Kekal bermaksud tidak akan hilang buat selama-lamanya. Jangan bermain dengan bahasa secara literasi. Dakwat yang dimaksudkan kekal itu adalah sangat payah untuk ditanggalkan dengan cara biasa. Kalau betul pun hilang, dicelah kuku tetap ada, kan?

Pada saya, Anwar sebenarnya buat kacau bilau hanya kerana dia malu pada pengikutnya disebabkan gagal menjadi Perdana Menteri. Dari awal lagi dia canangkan diri akan menjadi PM. Belum selesai kira undi pun sudah umum dia menang dan akan bentuk kabinet.

Anwar fikir rakyat percaya dan terpengaruh dengan propaganda kejinya itu? Memang Pakatan Haram tak pernah mendahului pun kiraan undi dari awal. Pakatan Haram memang kalah sepanjang kiraan undi sehinggalah Datuk Seri Najib mengumumkan kemenangan BN!

Pada saya, Anwar sudah tidak relevan. Dia sudah “mati”. Yang berjalan dan bercakap itu bukan Anwar, itu hanyalah “bangkai” semata-mata. Anwar lebih layak dianggap sebagai “zombie” jahat yang tidak punya lagi maruah diri. Ada sesiapa lagikah yang tolol untuk menyokongnya?

Warna-warni Politik
Torashah

Tiada ulasan:


Bertempat di Bandar Saujana Utama, Kuala Selangor

Bertempat di Bandar Saujana Utama, Kuala Selangor