Apabila akar umbi mula berbicara tentang...Ugama, Bangsa dan Negaranya. Melayu adalah pewaris kepada tanahair bumi tercinta ini. Siapakah yang akan mempertahankannya kalau tidak bangsa Melayu itu sendiri. Sesungguhnya UMNO adalah wadah perjuangan orang Melayu. HIDUP UMNO DULU, KINI DAN SELAMANYA.
Rabu, 29 Mei 2013
Kenapa Rafidah berdiam diri?
Pergerakan Wanita UMNO hari ini melahirkan rasa hairan dengan sikap Pengerusi Lembaga Pengarah AirAsia X, Tan Sri Rafidah Aziz yang masih berdiam diri berhubung kenyataan yang dibuat oleh Ketua Pegawai Eksekutif syarikat itu, Azran Osman-Rani baru-baru ini.
Penolong Setiausaha Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Rosni Sohar berkata, Rafidah selaku pengerusi syarikat berkenaan tidak harus bertindak demikian memandangkan sikap Azran itu umpama tidak menghormati kepimpinannya sebagai bekas pemimpin Wanita UMNO yang membela kepentingan wanita Melayu di negara ini.
"Azran sepatutnya sedar akan kedudukan beliau sendiri sebagai anak Melayu yang mendapat manfaat besar di syarikat penerbangan tersebut.
"Tindakan tegas daripada Rafidah juga didesak bagi membuktikan semangat kebangsaan yang ada dalam syarikat yang mewakili nama baik Malaysia di serata dunia masih terus kekal," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Azran menerusi akaun Facebook dan Twitternya baru-baru ini bertindak mencerca Utusan Malaysia sebagai sebuah akhbar rasis hanya kerana menyiarkan artikel berbentuk pertanyaan bertajuk Apa lagi Cina mahu? pada 7 Mei lalu.
Kenyataan biadab itu mendapat bantahan daripada pelbagai pihak termasuk Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang menuntut penjelasan Rafidah berhubung kenyataan Azran berkenaan.
Mengulas lanjut, Rosni berkata, Rafidah tidak seharusnya lantang mengkritik dan mengadu-domba pada landasan Wanita UMNO semata-mata.
Tetapi, kata beliau, apabila perkara yang membabitkan kepentingan Melayu, Rafidah mengambil keputusan untuk berdiam diri atau mungkin bekas Ketua Pergerakan Wanita UMNO itu sendiri setuju dengan kenyataan Azran tersebut.
"Apakah begini sikap seorang ahli Majlis Tertinggi UMNO?" soalnya.
Persoalannya, tambah beliau, apakah Azran membuat kenyataan tersebut setelah mempertimbangkan atau membaca akhbar-akhbar Cina yang mana lebih rasis daripada Utusan Malaysia sendiri?
"Saya bagi pihak Wanita UMNO mendesak Azran untuk membuat permohonan maaf secara terbuka kepada semua orang Melayu," tegasnya.
Warna-warni Politik
Torashah
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan