Apabila akar umbi mula berbicara tentang...Ugama, Bangsa dan Negaranya. Melayu adalah pewaris kepada tanahair bumi tercinta ini. Siapakah yang akan mempertahankannya kalau tidak bangsa Melayu itu sendiri. Sesungguhnya UMNO adalah wadah perjuangan orang Melayu. HIDUP UMNO DULU, KINI DAN SELAMANYA.
Rabu, 26 Disember 2012
Amanat songsang : Abdul Hadi terus membisu?
Ketika pelbagai pihak termasuk beberapa orang bekas ahli Pas mendesak agar Datuk Seri Abdul Hadi Awang menarik balik amanatnya yang mengkafirkan UMNO pada tahun 1981, Presiden Pas itu masih lagi membisu.
Setelah hampir dua minggu, Abdul Hadi masih tidak memberikan sebarang reaksi tentang isu itu dan menurut sumber, ketika ini Presiden Pas itu berada di luar negara atas urusan tertentu dan tidak diketahui bila akan pulang ke tanah air.
"Tok Guru Haji Hadi kini berada di luar negara, kalau tak silap di rantau Afrika dan saya tak pasti bila beliau akan balik ke Malaysia, mungkin lama lagi baru balik," kata sumber itu ketika dihubungi di sini hari ini.
Ditanya mengenai Amanat Haji Hadi yang kewujudannya telah mencetuskan konflik serta persengketaan berpanjangan di kalangan umat Islam khususnya antara pengikut Pas dan ahli UMNO, sumber itu menyifatkannya ia 'isu lama'.
Sumber itu menyatakan demikian sebaik diminta mengulas pelbagai reaksi daripada bekas ahli Pas yang membongkar ketaksuban kepada Amanat Haji Hadi itu sehingga membawa kepada perpecahan dalam kalangan umat Islam khususnya antara ahli Pas dan UMNO.
Selain itu, pelbagai pihak turut tampil mendesak agar Presiden Pas itu menarik balik amanatnya itu demi kekuatan ummah dan perpaduan orang Melayu.
Bekas ahli Pas seumur hidup, Zainon Ismail mendedahkan mengenai puluhan ribu ahli dan pengikut Pas dikesan masih berpegang teguh kepada Amanat Haji Hadi yang sehingga kini menganggap orang UMNO kafir.
Malah, Zainon yang juga dikenali sebagai C.N. Al-Afghani menegaskan, beliau tidak akan mendiamkan diri dalam membongkar kepincangan politik Pas biarpun diugut kehilangan kawan.
Sebaliknya, beliau yang menghasilkan buku Kafirkah Aku? berikrar akan terus berjuang memastikan Abdul Hadi menarik balik Amanat Haji Hadi pada 1981 yang memberi gambaran bahawa UMNO kafir.
Zainon seterusnya berharap agar Abdul Hadi sedar mengenai kesan perpecahan akibat amanat itu cukup besar antaranya berlaku Peristiwa Memali, solat dua imam dan bercerai-berai.
Warna-warni politik
Torashah
Isnin, 24 Disember 2012
Paderi akui Allah hanya untuk orang Islam?
Isu kalimah Allah ini sebenarnya sudah lama terjawab oleh Paderi Kristian itu sendiri . Paderi Australia, Pastor Brutus Balan, menegaskan bahawa kepenggunaan kalimah Allah tanpa mengira dari mana asal bermulanya perkataan itu, adalah jelas berkaitan aspek ketuhanan Islam.
Paderi Gereja Baptist itu berkata, adalah salah untuk membuat sebarang terjemahan daripada kitab Injil bagi penggunaan kalimah Allah kerana ia akan menyebabkan kekeliruan serta kekaburan dalam membezakan antara ajaran Injil dan al-Quran.
Menurutnya, polemik penggunaan kalimah Allah tidak wajar dihujah mengikut ilmu semantik atau pengertian makna semata-mata.
"Kenapa tidak media Kristian, akhbar dan penterjemahan Injil menggunakan bahasa Hebrew bagi 'Yahweh' sebagai 'Lord' dan Elohim sebagai 'God' atau dalam bahasa Melayu atau Arab dan juga bahasa lain selain daripada kalimah Allah.
"Penggunaan kalimah Allah akan menyebabkan kekeliruan bagi penganut Islam Melayu dan Kristian sendiri dengan Tuhan mana satu yang dirujuk sebagai Allah kerana kedua-duanya merujuk aspek ketuhanan berbeza," kata beliau melalui laman sosialnya, di Facebook.
Dalam laman itu, paderi berusia 61 tahun itu turut menjawab dan menjelaskan pelbagai persoalan yang ditimbulkan orang ramai terutama penganut Kristian dan Islam bagi mendapatkan penjelasan berhubung kontroversi penggunaan kalimah Allah di negara ini.
Kontroversi itu tercetus berikutan bantahan umat Islam berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh Herald-The Catholic Weekly pada 31 Disember tahun lalu.
Balan dalam memperkukuhkan hujahnya juga bertanya, bolehkah penganut Kristian dalam kalangan bangsa India menggunakan perkataan 'Brahma' untuk God dalam kitab Injil apabila diterjemahkan dalam bahasa Tamil.
"Jadi, biarlah penganut Islam menggunakan kalimah Allah bagi merujuk sifat suci ketuhanan mereka dan orang Kristian tidak wajar melakukan provokasi terhadap sensitiviti penganut Islam atau terus mendesak.
"Penganut Kristian wajar mengenal pasti dan membezakan doktrin dan kepercayaan mereka serta tidak menggunakan istilah yang diambil daripada perkataan Arab untuk diterjemah dalam kitab Injil.
"Kita semua manusia yang mempunyai matlamat sama. Kita tidak menentukan keturunan kita, tetapi kita boleh memilih kepercayaan kita. Kita boleh membincangkannya secara bebas tanpa rasa bimbang atau terancam," katanya yang menjadi paderi di Australia sejak 32 tahun lalu.
Sehubungan itu, tambah beliau, kita tidak mempunyai pilihan lain, sebaliknya kita mestilah memilih untuk hidup dalam keadaan aman damai bersama jiran kita.
"Semua pihak perlu hidup dalam keadaan aman dan kasih sayang kerana keganasan dan tekanan tidak akan menguntungkan mana-mana pihak," tambahnya yang berasal daripada Kuala Lumpur dan kemudiannya berhijrah ke Australia pada 1972.
Untuk dikongsi bersama :
Sementara itu Hadiah KRISMAS Guan Eng Untuk UMAT ISLAM ... "Penganut Kristian Tidak Wajar Disekat Guna Kalimah Allah"?
DAP menyatakan pendirian bahawa Penganut Agama Kristian di Negara ini tidak sewajarnya disekat dari menggunakan kalimah Allah sebagai ...rujukan kitab Bible edisi Bahasa Melayu. Menurut Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, Kerajaan Pusat yang diterajui Barisan Nasional (BN) disaran mengkaji semula isu tersebut seterusnya membenarkan kalimah Allah dijadikan panduan kitab suci Agama Kristian tersebut.
“Selain membenarkan perkataan Allah seperti yang digunakan di Sabah dan Sarawak sejak 50 tahun lalu dan ribuan tahun di negara Timur Tengah, BN juga harus menghentikan taktik menakutkan pengundi Melayu dengan mendakwa negara Kristian akan tertubuh di negara ini.
“Penganut Kristian tidak pernah mahu menubuhkan sebuah negara Kristian di negara ini, malah penganut ini taat kepada Perlembagaan Negara dengan mengiktiraf Islam sebagai agama Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan bersempena Sambutan Hari Natal pada 25 Disember ini.
Warna-warni politik
Torashah
Ahad, 23 Disember 2012
Amanat Haji Hadi sedang memakan diri...?
Buku bertajuk Kafirkah Aku karya C.J Al Afghani seorang aktivis Pas menarik minat banyak pihak. Ia mengingatkan kita kembali mengenai perbuatan Haji Abdul Hadi Awang mengkafirkan UMNO dan membawa perpecahan yang parah di kalangan umat Melayu.
Ia berlaku pada tahun 1982, di Ulu Peradung, Terengganu sewaktu Revolusi Iran berada di puncaknya. Haji Hadi amat tertarik dengan kejayaan Revolusi Iran dan Pas kelihatan amat radikal pada waktu itu.
Pada tahun 1982 juga Anwar Ibrahim menyertai UMNO dan ia memberi kesan kepada Pas. Haji Hadi suatu ketika dulu pernah menjadi Yang Dipertua ABIM Trengganu di zaman Anwar menjadi Presiden ABIM, mungkin dia berasa amat kecewa dengan keputusan yang diambil oleh Anwar.
Apakah ini menjadi antara sebab Haji Hadi menjadi lebih radikal kerana sebahagian orang ABIM yang mendukung Pas menganggap keputusan Anwar menyertai UMNO tidak syarie kerana ia tidak dibincangkan dalam syura.
Keradikalan Haji Hadi dan populariti yang ada padanya menyebabkan dia tergamak mengambil pendekatan hitam-putih dalam memperjuangkan "politik Islam" sehingga mengkafirkan UMNO.
Akibatnya perpecahan yang serius berlaku di kalangan umat Melayu kerana dalam kalangan yang taksub dan tegar dengan sikap radikal ini memilih jalan takfir untuk mencapai cita-cita politik dan "Negara Islam".
Pulau-memulau, solat dua imam, enggan memakan daging sembelihan orang UMNO, nikah dua kali, perkuburan yang tidak sama dan banyak lagi yang terjadi membayangkan sikap politik orang Pas yang terlalu 'tajam' terhadap orang UMNO.
Sebagai manusia Muslim, orang UMNO seperti juga orang Pas mempunyai kelemahan di samping kekuatan. Orang UMNO beriman kepada Allah, melakukan solat seperti orang Pas juga. Apakah layak mereka dituduh kafir semata-mata berbeza faham politik?
Mengkafirkan pihak lain semata-mata berbeza faham politik adalah sesuatu yang tidak syarie. Al-Quran secara jelas memberikan batas iman dan kufur serta menuntut kebijaksanaan dalam dakwah dan tarbiyah untuk disampaikan peringatan kepada mad'u atau sasaran.
Malah hadis Rasulullah SAW mengingatkan kita supaya jangan mengkafirkan orang lain, bimbang kekafiran itu akan kembali kepada diri kita sendiri.
Ternyata Haji Hadi mengkafirkan UMNO kerana lonjakan nafsul amarah yang tinggi, dendam kesumat yang mendalam dan mencetuskan rasa kebencian yang berlarutan terhadap musuh politiknya yang beragama Islam.
Suatu kenyataan yang tidak boleh dinafikan oleh Haji Hadi, UMNO yang menjadi teras kepada kerajaan Malaysia sekian lama tidak menolak Islam.
Walaupun UMNO dan Barisan Nasional yang memerintah kerajaan ada kelemahannya tetapi kekuatan UMNO dengan agenda Islamnya dalam kerajaan tidak boleh dinafikan.
UMNO dan kerajaan tidak sekadar menjadikan Islam sebagai sumber retorik atau Islam sebagai agama rohaniah yang sempit. Kerajaan di bawah kepimpinan UMNO menghasilkan program Islam yang bercorak institusi dan lembaga yang mengembangkan pendidikan Islam hingga ke universiti, program patuh syariah dalam perbankan, takaful, suku', wakaf, industri halal dan banyak lagi.
Zaman UMNO memerintah kerajaan juga Tabung Haji dibangunkan, kebebasan melakukan dakwah dan tarbiyah terjadi, TV Hijrah dan Radio IKIM dibangunkan.
Apakah dengan agenda Islam yang banyak dilakukan oleh UMNO dan kerajaan ini layak Haji Hadi menuduh UMNO kafir sedangkan faedah daripada agenda ini dirasakan sama oleh orang Pas.
Tidak ada pula orang Pas yang menolak sistem perbankan Islam, khidmat Tabung Haji, menonton TV Hijrah dan mendengar siaran radio IKIM di samping terus menerima bantuan biasiswa untuk anak-anak mereka belajar di dalam dan luar negara.
Logiknya kalau UMNO adalah kafir, produk kerajaan dukungan UMNO yang banyak membela orang Islam sepatutnya juga dianggap produk kafir. Orang Pas juga memanfaatkan kemudahan ini.
Salah satu faktor yang menyebabkan Haji Hadi mengafirkan UMNO ialah kerana berkawan dengan orang kafir dalam pemerintahan.
Apa beza dengan Pas sekarang berkawan dengan DAP yang cauvinis. Tidak pula Haji Hadi mengatakan perbuatan itu kafir. Apakah kenyataan Haji Hadi dengan amanatnya pada tahun 1982 sedang memakan diri.
Warna-warni politik
Belantan
Rabu, 12 Disember 2012
Pengguna rayu isu air dibawa ke meja bulat?
Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri Selangor diminta duduk semeja bagi menyelesaikan masalah bekalan air di negeri itu yang semakin membimbangkan.
Langkah tersebut dilihat lebih penting berbanding menuding jari antara satu sama lain tanpa memikirkan kesan yang akan ditanggung oleh rakyat di negeri itu sendiri.
Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Datuk N. Marimuthu berkata, isu air tidak akan selesai sekiranya kedua-dua pihak tidak mahu mengalah.
Ujarnya, adalah lebih baik sekiranya kedua-dua pihak memperhalusi masalah berkenaan agar isu itu tidak menghantui rakyat, seterusnya menjadi lebih serius dan sukar untuk diselesaikan.
"Situasi sekarang tidak ubah umpama 'gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati di tengah-tengah'. Yang 'mati' itu pelanduk atau rakyat sendiri manakala yang menang akan terus berkuasa.
"Ini bukan masalah baharu malah telah berlarutan sejak sekian lama. Sebelum ia semakin parah, saya merayu kepada kedua-dua pihak untuk berunding dan bekerjasama demi untuk kepentingan bersama," katanya di sini hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Ong Tee Keat yang membidas kerajaan negeri Selangor kerana gagal menguruskan bekalan air di negeri berkenaan.
Sementara itu, Pengerusi Persatuan Penjaja dan Peniaga Negeri Selangor, Ismail Sulaiman berkata, isu air di negeri berkenaan tidak seharusnya dipolitikkan mana-mana pihak demi untuk memancing undi semata-mata.
Ujarnya, perkara yang perlu diutamakan sepatutnya adalah kepentingan rakyat.
"Jika kedua-dua pihak kerajaan dan pembangkang bersetuju berbincang dan menangani masalah ini, kami sentiasa mengalu-alukan.
"Jangan sekadar hanya pandai menabur janji untuk menyelesaikan isu air ini demi meraih kepercayaan rakyat, namun tidak mampu melaksanakan apa yang telah dijanjikan," tegasnya.
Warna-warni politik
Torashah
Sabtu, 8 Disember 2012
Pindah peniaga : Orang luar dibiar campur tangan?
Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) didakwa telah membenarkan 'orang luar' campur tangan dalam proses penempatan semula penjaja di Pasar Seri Kembangan ke tempat baru sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati.
Penyelaras MCA Parlimen Serdang, Datuk Liew Yuen Keong berkata, MPSJ telah membiarkan ahli DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk mengadakan cabutan undi pada 29 November lalu dan perkara ini dilihat tidak telus dan prosesnya berat sebelah.
"Pada majlis cabutan undi itu, segelintir penjaja meluahkan rasa tidak puas hati kerana dua parti itu turut memberi tapak baru kepada penjaja luar yang baru memohon untuk menjaja di kawasan baru.
"Sepatutnya mereka memberi keutamaan kepada lebih 200 penjaja di Pasar Seri Kembangan yang telah berniaga lebih 30 tahun di kawasan itu," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar berhubung isu pemindahan penjaja di Pasar Seri Kembangan ke Pusat Perdagangan Seri Kembangan di Taman Bukit Serdang, Seri Kembangan dekat sini semalam.
Menurut Yuen Keong, ekoran tiada pemantauan daripada pihak MPSJ telah menyebabkan pihak luar membuat keputusan mengikut kepentingan mereka.
"Malah, salah seorang anggota Biro Aduan Serdang yang memantau program cabutan undi itu turut dihalau tanpa sebab yang munasabah.
"Mengapa beliau dihalau jika tiada agenda yang tersembunyi? MPSJ perlu memastikan perkara ini tidak berlaku kerana ia melibatkan penjaja Cina di kawasan ini yang mempunyai latar belakang keluarga yang susah," ujarnya.
Selain masalah itu, Yuen Keong berkata, dia turut kesal kerana MPSJ memberi masa yang singkat kepada penjaja untuk berpindah ke tapak baru.
"Saya dimaklumkan penjaja perlu berpindah sebelum 7 Januari 2013, sedangkan Tahun Baru Cina bakal menjelang pada Februari, hal ini sudah tentu akan memberi kesan buruk kepada mereka.
"Seharusnya mereka meminta pendapat penjaja atau mengadakan sesi dialog. Sebaliknya mereka mengambil jalan mudah tanpa mengambil kira kepentingan penjaja.
"Oleh itu, saya minta MPSJ untuk kaji semula perkara ini serta mengelakkan daripada menggunakan khidmat orang luar demi kesejahteraan penjaja yang juga merupakan penduduk di kawasan ini," katanya.
Warna-warni politik
Torashah
Jumaat, 7 Disember 2012
PRU-13: Peringatan Dr. Mahathir!
Dr. Mahathir Mohamad bersalam dengan sebahagian pelajar universiti ketika hadir untuk menyampaikan ucaptama pada Seminar Ketahanan Nasional 3 - Mengekalkan Kedaulatan Negara di Ayer Keroh, Melaka, semalam.
Tun Dr. Mahathir Mohamad berpendapat, negara akan mengalami kehancuran dan kecelaruan jika pembangkang memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) akan datang.
Bekas Perdana Menteri itu berkata, hal ini kerana kerajaan yang akan dibentuk oleh pembangkang merupakan kerajaan campuran daripada tiga parti yang tidak mempunyai matlamat dan hala tuju sama.
Beliau menarik perhatian keinginan Pas untuk menjadikan Malaysia negara Islam ditentang oleh DAP manakala Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang bertindak sebagai orang tengah hanya mensasarkan kemenangan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Keadaan ini memang bahaya, kadang-kadang apabila kita berada dalam keadaan selamat, kita tidak fikir akan jadi tidak selamat, kita selamat sebab memilih pemerintah yang prihatin.
"Ini terpulang kepada rakyat, namun ada yang mengundi mengikut emosi dan taksub walaupun pemimpin jelas menyatakan sesuatu yang bertentangan dengan Islam.
"Apabila rakyat tidak menggunakan pemikiran dan mengundi semata-mata kerana perasaan, besar kemungkinan negara kita akan hancur. Sebab itu kita lihat banyak negara tidak dapat laksanakan cara-cara demokrasi kerana ketaksuban kepada pemimpin, bukan untuk membangunkan negara," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyampaikan ucaptama Pembinaan Negara Bangsa pada Seminar Ketahanan Nasional 3 - Mengekalkan Kedaulatan Negara di Puteri Resort, Ayer Keroh di sini hari ini.
Seminar tiga hari bermula semalam itu dianjurkan oleh Institut Pemikiran Tun Dr. Mahathir Mohamad, Universiti Utara Malaysia.
Turut hadir Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam.
Dalam pada itu, Dr. Mahathir berkata, rakyat kini mula sedar bahawa pada pilihan raya lalu, mereka membuat pilihan berdasarkan rasa marah kepada sesuatu.
"Faktor ini telah pun mereka ketepikan, kita patut rapatkan kembali barisan supaya dapat dirikan sebuah kerajaan yang kuat iaitu mendapat kemenangan dua pertiga," katanya.
Sementara itu dalam ucaptamanya, Dr. Mahathir berkata, Malaysia tidak perlu mengikut konsep Negara Bangsa seperti kebanyakan negara lain kerana terikat dengan masalah kaum yang tidak mahu mengetepikan identiti asal mereka.
Kata beliau, Malaysia lebih liberal dan bertimbang rasa kerana membenarkan kaum lain mengamalkan agama, budaya dan bahasa ibunda masing-masing.
Warna-warni politik
Torashah
Rabu, 21 November 2012
Antara Pas dahulu dan hari ini?
Secara tiba-tiba Majlis Syura Pas bersidang di Kota Bharu sempena muktamar parti itu dengan membuat penekanan dan perakuan bahawa Pas hari ini adalah Pas dahulu yang tidak pernah lari daripada perjuangan asalnya.
Menurut Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din, arah tuju Pas dahulu dan sekarang adalah sama. Pas masih utuh dan tetap atas perjuangan asalnya tanpa sedikit pun menyeleweng daripada apa yang tercatat dalam Perlembagaan parti itu fasal 5 (1), memperjuangkan wujudnya dalam negara ini dan pemerintahan yang terlaksana dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredaan Allah.
Namun persoalan apakah benar Pas sekarang melaksanakan perjuangan yang berlandaskan kepada nilai-nilai Islam?
Apakah nilai-nilai Islam yang dimaksudkan oleh Pas termasuk mendoakan kehancuran sekumpulan umat Islam lain semata-mata kerana perbezaan ideologi politik?
Apakah nilai-nilai Islam ala Pas itu termasuk dengan begitu mudah menuduh parti yang dianggotai oleh majoriti umat Islam lain sebagai murtad?
Apakah nilai-nilai Islam cara Pas ialah membenarkan pemimpin-pemimpinnya hanya mendiamkan diri apabila ada sekutunya melakukan tindakan atau ucapan yang bertentangan dengan kehendak Islam?
Apakah nilai-nilai Islam ala Pas hanya berani berhadapan dengan musuh politik mereka sahaja tetapi apabila ada dalam kalangan sekutu menentang hukum hudud yang diperjuangkan oleh parti itu, maka Pas mendiamkan diri?
Apakah nilai-nilai Islam Pas begitu mudah melemparkan fitnah kononnya berlaku penyelewengan dalam pilihan raya sedangkan parti itu sendiri memenangi banyak kerusi termasuk menguasai Kelantan dan Kedah?
Apakah nilai-nilai Islam Pas sentiasa melihat mereka sahaja betul sedangkan orang lain buruk belaka?
Apakah nilai-nilai Islam Pas ialah memburu kuasa politik dengan apa cara sekali pun biar pun prinsip perjuangan sendiri sanggup digadaikan?
Jelaslah terlalu banyak persoalan mengenai nilai-nilai Islam yang Pas maksudkan kerana tindak-tanduk dan sikap parti sendiri dari semasa ke semasa tidak mencerminkan nilai-nilai berkenaan.
Hakikatnya, kita akui Pas dahulu tidak ada bezanya dengan Pas sekarang iaitu begitu mudah menghukum orang lain, merasakan diri mereka sahaja pejuang Islam dan berpendapat mereka serta rakan sekutu mereka sahaja yang betul.
Pemimpin-pemimpin parti itu juga kekal dengan sikap 'Pas dahulu' yang menjadi pentas-pentas ceramah untuk memaki hamun dan menabur fitnah ke atas pemimpin-pemimpin UMNO dan Barisan Nasional (BN).
Pas juga kekal seperti 'Pas dahulu' yang sentiasa mengamalkan politik matlamat menghalalkan cara. Jika dahulu mereka menuduh UMNO kafir kerana bekerjasama dengan parti bukan Islam sekarang mereka berkawan rapat dengan DAP.
Selain itu, Pas juga setia dengan sikap 'Pas dahulu' yang merasakan ulama mereka sahaja betul, sedangkan pandangan-pandangan ulama di luar parti itu dianggap terompah dan menjadi alat kepada parti pemerintah.
Memang benar Pas hari ini tidak ada bezanya dengan Pas dahulu kerana Pas hari ini juga sehingga kini tidak mahu secebis pun berusaha untuk memperakui sumbangan UMNO dan BN memartabatkan Islam.
Pas hari ini sama dengan Pas dahulu yang berpegang kepada tuduhan liar kononnya UMNO menolak Islam dan Pas hari ini juga sama dengan Pas dahulu yang tidak terus berusaha menanam politik kebencian sesama Islam.
Oleh itu tidak perlulah Majlis Syura Ulama yang dilihat semakin hilang taring dan terpinggir dalam Pas mahu membela perjuangan politik tersebut yang jelas-jelas sudah menyimpang daripada dasar asal penubuhannya.
Adalah lebih baik jika Majlis Syura Ulama benar-benar bertindak sebagai badan penasihat untuk membentuk Pas menjadi benar-benar sebuah parti Islam.
Perkara utama yang perlu dilakukan ialah memperingatkan kepada pemimpin-pemimpin Pas supaya jangan mudah menghukum musuh politik dengan sewenang-wenangnya.
Janganlah mengkafirkan sesama Islam hanya kerana berbeza fahaman politik dan menghentikan budaya memaki-hamun yang sama sekali tidak mencerminkan peribadi seorang muslim.
Selain itu, Majlis Syura Ulama juga harus berani ke depan menentang sebarang salah laku pemimpin-pemimpin Pas dan pembangkang tanpa meletakkan kepentingan politik mengatasi segala-galanya.
Kalau benarlah Majlis Syura Ulama bukanlah terompah seperti mana Presiden Pas, Datuk Abdul Hadi Awang mengumpamakan ulama yang menyebelahi UMNO maka mereka juga bertegas yang benar itu benar, yang salah itu salah.
Tetapi kita tidak tahu sejauh manakah keberanian Majlis Syura Ulama untuk berbuat demikian kerana kalau melihat kepada kenyataan ahli-ahlinya termasuk ketika muktamar baru-baru ini mereka juga sudah diresapi dengan sindrom untuk menawan Putrajaya.
Ramai rakan penulis termasuk dalam kalangan ahli-ahli Pas sendiri yang menghadiri muktamar di Kota Bharu berasa kecewa dengan sikap Dewan Ulama yang disifatkan oleh mereka semakin hilang kewibawaannya.
Apa yang mereka harapkan sebenarnya ialah Dewan Ulama akan bertegas termasuklah dalam isu kenyataan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar dan beberapa isu lain yang dilihat sudah mencemarkan imej Pas sebagai parti Islam.
Tetapi malangnya, oleh kerana bimbang sebarang pendirian tegas boleh menggugat kerjasama dengan PKR dan DAP serta meranapkan impian Pas ke Putrajaya, maka Dewan Ulama dilihat mengambil sikap 'terus berpolitik'.
Kini sudah jelaslah, apa yang dimaksudkan oleh Majlis Syura Ulama bahawa Pas dahulu dan Pas hari ini adalah sama.
Sama ada ia profesional atau ulama, tok guru atau ustaz, selagi mereka berada dalam Pas matlamat sebahagian besar daripada mereka hanyalah memburu kuasa politik dan bukannya untuk benar-benar mahu menegakkan perjuangan Islam.
Keadaan itu memandangkan jika sesiapa juga yang memahami ajaran Islam dan kemudiannya menilai sikap Pas berpolitik sudah pasti mereka akan tahu betapa serius perlanggaran Pas terhadap nilai-nilai Islam ketika mereka mendabik dada kononnya mereka perjuang Islam!
Dan apa yang menyedihkan golongan ulama di dalam parti itu turut dilihat tenggelam punca hanya semata-mata mereka tidak mahu matlamat ke Putrajaya sekadar sebuah doa kehancuran di Stadium Sultan Mohamed Ke-IV.
Warna-warni politik
Torashah
Ahad, 18 November 2012
Promosi Pas dan tarbiah makan diri?
Pas yang sedang berusaha keras untuk memperbaiki imejnya sebagai pilihan bagi menggantikan UMNO dalam pecutan terdesaknya menjadi parti dominan pakatan pembangkang, patut berasa malu.
Di tangan kiri Pas mempromosi habis-habisan individu yang dianggap berpengaruh yang menyertai parti itu. Sebut sahaja yang terbaharu, bekas Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka, Datuk Mohd. Nahwari Hashim. Bukan kepalang, individu itu diraikan dalam himpunan muktamar Pas disaksikan ribuan ahli, Jumaat lalu.
Tetapi di tangan kanan, pemimpin yang sedia ada tidak menunjukkan perilaku sepatutnya yang menggambarkan Pas dalam imej Islamiknya yang disukai dalam kalangan rakyat. Apa yang berlaku ini umpama madu di tangan kiri, racun di tangan kanan.
Sebut sahaja tindakan Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Dr. Dzulkefly Ahmad yang tanpa pandang kanan dan kiri membela Nurul Izzah Anwar dalam isu hak kebebasan beragama. Begitu juga dengan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad yang dengan pantas mengulasnya dengan menyalahkan UMNO.
Sikap Dr. Dzulkefly dan kelompoknya itu dilihat tegar mahu membela sekutu, bukan kebenaran. Tak apalah demi kekuasaan, perkara yang salah dan mengelirukan boleh dikorbankan.
Sebagai pemimpin yang mahu dikenali sebagai seorang intelek dan penggerak Islam, tindakan Dr. Dzulkefly tidak membantu untuk meredakan kemarahan umat Islam yang dicetuskan oleh Ahli Parlimen Lembah Pantai itu, malah sebaliknya yang berlaku.
Kenyataan beliau yang mengaku cukup baik dengan Sultan Selangor dan mahu menghadap bagi menjelaskan hal sebenar mengenai Nurul Izzah kepada baginda kerana menganggap pihak berkuasa tidak memberi penjelasan secukupnya, tidak sepatutnya dilakukan.
Kenyataan itu beliau buat dalam sidang media di lobi Parlimen bagi mengulas kekesalan Sultan Selangor terhadap kenyataan Nurul Izzah yang dibuat dalam forum di sebuah gereja di Selangor.
Sikap bangga diri Dr. Dzulkefly dan seolah-olah mahu merendah-rendahkan martabat Sultan Selangor yang dikenali cukup teliti dan melakukan banyak penyelidikan sebelum menitahkan apa jua perkara, segera disanggah oleh bekas Exco agama Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali.
Beliau bertanya sejak bila Dzulkefly cukup baik dengan Sultan. Beliau sendiri tidak pernah melihat batang tubuh Dr. Dzulkefly di dalam majlis yang melibatkan Sultan Selangor khususnya dalam acara-acara mengenai Islam dan adat istiadat Melayu.
Menyanggah
Ternyata hanya selepas lapan hari, kecurigaan banyak pihak termasuk Hasan itu terjawab. Sultan Selangor bertitah yang sama sekali menyanggah apa yang dinyatakan oleh Ahli Parlimen Kuala Selangor itu.
Titah Sultan itu pula dibuat semasa sambutan Maal Hijrah, satu mesej yang begitu jelas untuk tidak difahami oleh kumpulan Dr. Dzulkefly ini. Apakah nanti mereka boleh berkata, titah itu adalah suara UMNO?
Jadi, benarkah beliau cukup baik dengan Sultan Selangor? Kalau ada muka, Dr. Dzulkefly sepatutnya berasa malu dan memohon maaf secara terbuka.
Setakat ini, apa yang dapat dilihat isu hak kebebasan beragama tidak lebih merupakan kesilapan Nurul Izzah. Memang benar beliau berkata begitu seperti ditegaskan oleh Siti Zabedah Kasim. Ahli Majlis Peguam yang bertanyakan soalan yang mencetuskan kontroversi itu sendiri hairan mengapa Nurul Izzah bertukar arah 180 darjah.
Tetapi Dr. Zulkefly dan sekumpulan rakannya dalam Pas tidak peduli dengan hakikat itu. Beliau yang sepatutnya menasihatkan Nurul untuk menjernihkan isu itu, bertindak sebaliknya dengan mencetuskan kontroversi baharu.
Mungkin akibat tarbiah Pas yang kini banyak disuguhkan dan dicemari dengan kepentingan politik kekuasaan, parti itu telah gagal memainkan peranannya. Dalam kebanyakan masa pula, wakil rakyat mereka tidak lagi bertindak secara terhormat, malah lebih suka mengelirukan rakyat.
Begitu juga dalam masa mereka mahu mempromosi hudud. Baru sedetik Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib menyatakan pakatan pembangkang bersedia untuk melaksanakan hudud, perkara itu terus dilempar begitu sahaja.
Sekali lagi, yang entah berapa kali kepimpinan Pas yang bercakap soal hudud disergah sedemikian rupa oleh Pengerusi DAP, Karpal Singh. Nada DAP ini tidak pernah berubah walaupun telah sekian lama diagungkan sebagai berada dalam satu jemaah.
Cuma Pas yang terpaksa banyak berubah nada dan terus berdalih bagi memberi laluan kepada bantahan DAP itu.
Sanggupkah mereka membuat pembelaan dan menganjurkan bantahan besar-besaran sebagaimana yang mereka lakukan ke atas Preaiden MCA, Datuk Seri. Dr. Chua Soi Lek yang mengkritik hudud ala Pas itu?
Kali ini sepatutnya lebih teruk, kerana melibatkan ulama Pas sendiri. Kenyataan itu pula dinyatakan dalam muktamar tahunan Pas, majlis penting yang mengumpulkan seluruh kepimpinan Pas.
Apatah lagi, Karpal menyifatkan kenyataan Harun itu sebagai 'menyimpang jauh daripada kebenaran dan berniat jahat'.
Jika tarbiah Pas betul, Karpal tidak akan berani mengeluarkan kenyataan sedemikian rupa.
Tetapi inilah Pas sekarang. Promosinya nampak hebat tetapi indah khabar daripada rupa. Pengasuhan para kader mahupun pemimpinnya juga begitu tertib tetapi rupanya mudah luntur dengan kekuasaan.-UMO
Warna-warni politik
Torashah
Jumaat, 16 November 2012
Melayu bebas anuti agama lain mengarut - Sultan!
SULTAN Pahang, Sultan Ahmad Shah mengurniakan anugerah Tokoh Maal Hijrah peringkat Negeri Pahang kepada Datuk Mohd. Mokhtar Shafii 70, di Dewan Jubli Perak, Kuantan, semalam. Turut sama, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob.
Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah meluahkan rasa kecewa dan dukacitanya terhadap kenyataan seorang pemimpin pembangkang mengenai isu kebebasan beragama rakyat termasuk orang Melayu baru-baru ini.
Menyifatkan kenyataan itu sebagai mengarut dan tidak masuk akal, baginda juga kesal dengan pihak terbabit yang terlalu lantang bercakap mengenai agama tanpa memperhalusi kesannya kepada masyarakat terutama umat Islam.
"Sebagai ketua agama Islam dan pemerintah negeri Pahang saya berasa sedih, dukacita (dengan kenyataan itu). Kita tidak boleh terlampau lantang sangat sebut pasal agama ini.
"Saya nasihatkan agar rakyat tidak mendengar cakap-cakap sebegitu dan perlu memikirkan perkara itu dengan sehalus-halusnya," titah baginda kepada pemberita selepas Majlis Sambutan Maal Hijrah peringkat negeri, di sini hari ini.
Baginda bertitah sebagai seorang Islam, kenyataan berkaitan agama Islam tidak boleh dibuat sesuka hati tanpa merujuk kepada pihak yang lebih arif.
Titah baginda, sebagai seorang yang beragama Islam seharusnya lebih berhati-hati terutama dalam hal membabitkan agama termasuk tidak memcampuradukkan kenyataan dengan agama lain.
"Orang mahir juga tidak semestinya tahu mengenai agama Islam sehingga menyebabkan terlampau bebas memberi keterangan.
"Kita ada majlis agama Islam di setiap negeri dan para ulama yang bijak, seharusnya rujuklah pada mereka," titah baginda.
Sultan Ahmad Shah turut menyeru agar umat Islam menyanjung agama Islam setinggi-tingginya dan jaga kemuliaannya dengan sepenuh hati.
"Beta sayang agama beta (Islam). Kita kena sanjung agama kita setinggi-tingginya dan jaga dengan sepenuh hati.
"Dalam Perlembagaan turut menyebut bahawa agama Islam adalah agama rasmi negara ini dan agama lain boleh mengamalkan agama mereka dengan aman dan harmoni," titah baginda.
Warna-warni politik
Torashah
Mufti Perak Tegur Ulama PAS Membisu Dalam Isu Nurul Izzah?
Bukan rahsia lagi kalangan ulama PAS kurang senang pada Tan Sri Harussani Zakaria. Label yang mereka dipakai pada Mufti Perak itu sebagai “ulama UMNO” acapkali menyusul khusus di laman maya oleh mereka yang tak tahan dengan komen-komen panasnya.
Namun ia tidak langsung menghalang beliau dari meneruskan perjuangan bersuara meluahkan pandangannya.
Orang-orang PAS bukannya tidak suka pada Mufti Perak kerana beliau dilihat kurang arif tentang hukum hakam atau kerana ilmu agamanya lebih rendah dari mereka tapi kerana komen-komennya sering dilihat tidak menyebelahi PAS.
Bagi Harussani, beliau berbuat demikian kerana bertanggungjawab memurnikan dan mendaulatkan lslam di negara ini. Begitu juga hal-hal berhubung kait dengan akidah umat lslam, ia sesuatu yang tidak ada komprominya.
Terbaru Mufti Perak sekali lagi terpanggil menegur PAS khusus ulama-ulamanya berhubung komen Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar “mengenai isu kebebasan beragama untuk semua termasuk orang-orang Melayu.”
Sikap mereka yang mendiam diri dari mengeluarkan komen menyebabkan Mufti Perfak rasa keciwa “kerana ia seolah-olah memberi interpretasi bahawa mereka bersetuju dengan anak mantan Timbalan Perdana Menteri itu.”
Bagi setengah pihak sikap PAS ini difahami kerana komen negatif terhadap Nurul Izzah boleh memberi implikasi buruk kepada kerjasama antara PAS dan PKR. Tambahan pula menjelang PRU ke13, komen mereka boleh memberi “political mileage” kepada UMNO.
Sehingga berita ini ditulis, ulama PAS masih berteka teki dan enggan memberikan komen yang berbentuk “mendakwahkan” anak Anwar. Mereka bersikap membisu melainkan satu dua orang sahaja.
Justeru tafsiran orang ramai lebih cenderung kepada kepercayaan PAS takut kehilangan Anwar jika mereka mengkritik Nurul secara terbuka. Apakah isu ini akan menjadi topik perbahasan di Muktamar PAS yang sedang berlangsung sekarang tidak dapat dipastikan.
Harussani yang ditemui wartawan Rabu meluahkan rasa keciwa kerana “mereka masih membisu.”
Beliau tampil dengan satu lagi permintaan—meminta mereka segera membuat kenyataan menolak pendapat Nurul Izzah. Selain meminta para ulama memandang serius isu ini,, kenyataan Mufti Perak itu turut ditujukan kepada Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat yang juga Murshidul Am PAS.
Kata Harussani orang-orang Islam wajib menasihati Nurul Izzah. Mereka tambahnya patut meminta orang seperti itu supaya bertaubat kepada Allah.
``Kalau mereka tidak berbuat demikian ertinya mereka juga menyetujui dengan ucapannya, maka setidak-tidaknya ia boleh difahami sebagai bersekongkol dengan pendapat dia (Nurul Izzah).
“Ini adalah salah dan ini akan menimbulkan perpecahan dikalangan umat manusia,’’ ujarnya.
Menurut Mufti Perak lagi, memandangkan kenyataan Nurul Izzah itu amat jelas sekali bertentangan dengan akidah Islam maka Naib Presiden PKR itu harus segera bertaubat.
Katanya sebagai golongan ulama PAS yang bersekongkol dengan parti PKR, ulama mereka ataupun Nik Aziz juga perlu segera menyatakan pendirian mengenai kenyataan Nurul Izzah.
Harussani berkata Nik Aziz dan golongan ulama didalam PAS perlu segera menasihati Nurul Izzah jika tidak ia akan menimbulkan fitnah.
``Saya berharap sama-samalah kita menjaga agama kita dan janganlah kita menyayangi kerusi lebih daripada agama kita,’’ katanya.- Agendadaily
Warna-warni politik
Taminsari
Selasa, 13 November 2012
Sebar ideologi pluralisme?
Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar telah membentuk satu fenomena baharu dalam pola pemikiran manusia di Malaysia amnya, bahawa atas kedudukan hak seseorang manusia, maka ia berhak menentukan agamanya.
Adakah segala cetusan idea baru itu baik untuk umat Islam? Walaupun ia bukan satu promosi kepada murtad tetapi kenyataan ini boleh dilihat sebagai satu aliran pemahaman yang memberikan keluasan hak manusia terutamanya orang Melayu untuk memilih agama lain selain Islam.
Dengan tidak secara langsung ia adalah sebuah persepsi bahawa orang Melayu juga harus diberikan hak untuk memilih agama lain selain Islam. Jika hak ini dilaksanakan maka ada kebarangkalian orang Melayu yang lahir sebagai beragama Islam secara automatik mungkin sudah tidak lagi lahir sebagai beragama Islam kerana undang-undang ini akan ditukar oleh mereka untuk memberikan laluan kepada Melayu yang dilahirkan ini memilih agamanya.
Ingin saya menarik perhatian bahawa Nurul Izzah menyebut bahawa "Tiada desakan dalam beragama… mana boleh kita kata 'maaf ini (kebebasan beragama) hanya untuk bukan Islam sahaja', ia seharusnya dilaksanakan sama rata."
Sememangnya betul bahawa Islam tidak mendesak sesiapa yang di luar Islam memeluk agamanya tetapi ungkapan atau firman Allah dalam surah Al Baqarah ayat 256 ini hanya berlaku kepada orang kafir yang belum beriman kepada Allah.
Allah SWT berfirman ertinya : "Barang siapa kafir kepada Allah sesudah ia beriman (dia mendapat kemurkaan Allah), kecuali orang-orang yang dipaksa kafir padahal hatinya tetap tenang dalam beriman (dia tidak berdosa), akan tetapi orang yang melapangkan dadanya untuk kekafiran, maka kemurkaan Allah menimpanya dan baginya azab yang besar".....(16:106).
Allah juga menyatakan: "Bagaimana Allah akan menunjuk suatu kaum yang kafir sesudah mereka beriman, serta mereka telah mengakui bahawa Rasul itu (Muhammad) benar-benar rasul dan keterangan-keterangan pun telah datang kepada mereka? Allah tidak menunjuk orang-orang yang zalim."....(Ali Imran:86).
Persoalannya, di mana yang dikatakan orang Melayu yang sudah beragama Islam sejak lahir itu diberikan kebebasan memilih agamanya sendiri? Allah SWT dan Rasulullah SAW telah begitu jelas memberikan pertunjuk dan jalan penyelesaiannya. Kenapa manusia di bumi memandai-mandai menentang firman Allah dan perintah Rasulullah?
Nurul Izzah juga berkata: seharusnya tidak wujud sebarang perbezaan antara agama Islam dan agama lain di negara ini. Apakah maksud Naib Presiden PKR itu? Adakah agama Islam itu sama dengan agama Hindu, Buddha, dan Kristian?
"Seharusnya tidak wujud sebarang perbezaan ini" yang dikatakan oleh Nurul Izzah ini apa? Apa dalil dan asas kenyataan ini? Kenyataan ini jelas berideologikan pluralisme.
Nurul Izzah berkata, jika iman seseorang itu kukuh, ia tidak mudah goyah dengan pendakwahan agama lain. Tetapi, adalah lebih baik jika kita mengelakkan perkara-perkara luar seperti pendakwahan agama lain ini berlaku daripada kita cuba menguji sejauh mana iman seseorang.
Apakah Nurul Izzah yakin bahawa umat Melayu di negara ini sudah cukup kuat imannya? Dan apa taraf Nurul Izzah untuk menentukan seseorang itu sudah kuat imannya atau tidak? Jika pandangan Nurul Izzah itu mahu diterjemahkan, maka Artikel 160 (2) Perlembagaan Persekutuan wajib dipinda dengan menghapuskan ciri "Melayu itu wajib Islam".
Apakah sudah ada gerakan anti Perlembagaan Malaysia sekarang ini? Memandangkan pandangan ini dibuat oleh anak ketua pembangkang, adakah ia mewakili pandangan semua parti komponen pembangkang termasuk Pas?
Selain persoalan memberikan hak kepada orang Melayu untuk memilih agamanya, Nurul Izzah juga mengatakan bahawa golongan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transeksual (LGBT) ini hendaklah dihormati privasinya. Dia juga turut mempertikaikan undang-undang di negara ini berkaitan dengan halangan terhadap LGBT. Menurutnya, selain daripada tempat awam, pihak berkuasa tidak wajar untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang terlibat dengan gejala tersebut di tempat peribadi.
Kalau begitu, jika ada orang yang melakukan zina, maka pihak jabatan agama Islam negeri tidak boleh menyerbu masuk ketika perkara zina berlaku atas dasar menghormati privasi mereka dan hak mereka melakukan zina di tempat peribadi.
Adakah ini yang dimaksudkan oleh Nurul Izzah? Inikah yang diperjuangkan oleh Naib Presiden PKR itu dan Pas? Adakah ini bermakna melakukan zina atau apa jua aktiviti LGBT secara peribadi lebih mulia kedudukannya daripada mencegahnya menurut al-Quran?
Nurul Izzah berkata lagi, jika undang-undang itu dilaksanakan juga di tempat peribadi ia tidak menghormati hak privasi seseorang. Beliau berkata "Dalam Islam terdapat sekatan berhubung isu LGBT ini. Tapi apa yang penting ialah kita tidak menjadikan golongan ini sebagai mangsa. Kita harus terima mereka ini."
Jika kita perhatikan kenyataan tersebut, maka kita boleh bertanya kepada Melayu Liberalis ini apakah Allah telah menjadikan kaum Nabi Luth ini 'mangsa'? Apakah Allah akan menerima mereka ini? Jika mereka bertaubat, ya benar Allah akan menerima mereka semula. Tetapi jika mereka ingkar, apakah Allah akan menerima mereka?
Yang penting di sini bukan kepentingan mereka tetapi kepentingan Islam dan masyarakat Islam itu sendiri. Yang penting, sebagai orang Islam kita wajib mempertahankan Islam bukan mempertahankan Hak Asasi Manusia yang bergerak di luar batasan Islam.
Kata Naib Presiden PKR itu lagi: "Pelaksanaan (undang-undang ketika ini) tidak menghormati (pelaku) dan tidak membawa sebarang makna dari segi Islam dan juga mana-mana agama. Kita (Muslim) ada sekatan-sekatan tertentu, tetapi ia tidak seharusnya menceroboh ruang privasi."
Tegas beliau: "Sebagai seorang Muslim, saya boleh terima LGBT. Pada saya, sesiapa yang melakukan orientasi seks mereka di tempat peribadi, kita tidak boleh mengambil tindakan (terhadapnya). Sebagai seorang Muslim, saya tidak boleh menerima ini".
Naib Presiden PKR Nurul izzah mengatakan dirinya sebagai Muslim - yakni orang beragama Islam boleh menerima LGBT? Bukankah kenyataan dan pandangan ini bertentangan dengan ajaran Islam dan tuntutan Allah SWT.
Sebagaimana yang kita maklum, Allah melaknati manusia LGBT ini. Adakah ini diredai juga oleh ahli Pas? Apakah Naib Presiden PKR itu sudah lupa kepada kisah Nabi Luth a.s? Adakah ahli Pas juga sudah lupa dengan kisah Kaum Nabi Luth a.s?
Kesimpulannya, tujuan utama Nurul Izzah memberikan pandangan sebegini adalah kerana ia mahu meraih undi golongan 'urban' yang rata-rata mempunyai pemikiran liberalis.
Naib Presiden PKR itu pada satu sudut apabila berada dalam kelompok Melayu liberalis, dia akan menceritakan dan memberi pandangan serta mendendangkan perkara dan isu yang sedap didengar dan mahu didengar oleh golongan ini.
Apabila berhadapan dengan Melayu yang tinggal di kawasan luar bandar yang rata-rata fundamentalis Muslim, maka ia akan berteriak dan beria-ria menegakkan daulah Islamiah dengan konsep dan manhaj al adlu wa ihsan.
Nurul Izzah telah meletakkan dan mempromosikan dirinya sebagai Melayu Liberalis dan Melayu oportunis kelas pertama. Kenyataan dia jelas sekali, satu kenyataan politik yang mahukan undi golongan 'urban' bagi mendapatkan faedah politik PKR. Ini menampakkan kesanggupannya untuk berbuat apa saja demi meraih undi untuk ke Putrajaya sehingga maruah dan integriti Islam diperdagangkan dan digadaikan.
Adakah ahli Pas merestui 'lelongan' agama yang sebegini rupa dan adakah masyarakat Melayu Islam di Malaysia telah bersedia menerima politik hipokrasi seperti ini? Dengan mengambil sikap berdiam diri, adakah ini juga pendirian dan perjuangan Mursyidul Am dan Presiden Pas?
Oleh : PROF DR. MOHD ZAINUL FITHRI OTHMAN,
Pengarah Institut Kepimpinan dan Keusahawanan Management & Science University (MSU).
Warna-warni politik
Torashah
Sabtu, 3 November 2012
Isu Selangor : Laporan audit negara menunjukkan Khalid Ibrahim 'Menteri besar yang hebat'?
Laporan Ketua Audit Negara yang dikeluarkan baru-baru ini memperlihatkan banyak kelemahan-kelemahan dalam pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor pimpinan Khalid Ibrahim.
Kelemahan ini telah dilaporkan secara telus oleh pihak Ketua Audit Negara namun Menteri Besar dengan angkuh cuba menafikan kredibiliti laporan tersebut dengan mempertikaikannya. Inikah sikap pemimpin yang berjiwa besar?
TAWAS
Skim TAWAS diwujudkan kononnya untuk memberi faedah kepada semua anak kelahiran Selangor. Namun begitu, skim yang bermotifkan politik ini dibuat tanpa perancangan rapi dan ini menyebabkan hasil negeri dibazirkan begitu sahaja tanpa dapat digunakan secara optimum.
Memandangkan Skim TAWAS ini dikendalikan oleh pihak Menteri Besar Incorporated (MBI), maka Menteri Besar selaku Pemegang Amanah perlu bertanggungjawab sepenuhnya.
Peruntukan untuk TAWAS juga dilihat digunakan secara tidak seimbang. Daripada RM 13.5 juta peruntukan iaitu RM8.5 juta untuk TAWAS dan RM5 juta untuk pengurusan, hanya RM2.9 juta sahaja dibelanjakan untuk TAWAS sebaliknya, RM4.9 juta dibelanjakan untuk pengurusan.
Ini bermaksud, pengendali TAWAS iaitu YAWAS (Yayasan Warisan Anak Selangor) membelanjakan 98% dari peruntukan RM 5 juta untuk pengurusan namun hanya 34.4% sahaja yang mendapat faedah darinya. Kenapakah wang pengurusan ini begitu tinggi dari wang yang diagihkan? Kemanakah baki RM 5.5 juta lagi?
Pada masa yang sama, alasan Menteri Besar bahawa jumlah kelahiran iaitu 313,706 adalah tidak benar menunjukkan beliau tidak menghormati Laporan Ketua Audit Negara. Penafian Menteri Besar bahawa angka kelahiran adalah tidak tepat kerana bercampur dengan bukan warganegara juga tidak boleh diterima kerana pendaftaran TAWAS hanya 23.7%. Adakah MB mengatakan bahawa hampir 80% kelahiran lagi merupakan bukan warganegara?
Persoalan penting ialah, bagaimanakah Kerajaan Negeri memberi jaminan setiap yang mendaftar dengan TAWAS akan mendapat pulangan RM1,500 apabila berumur 18 tahun? Ini kerana, sehingga kini masih belum ada apa-apa pelaburan dari pihak Kerajaan Negeri untuk menghasilkan pulangan yang berjumlah lebih dari RM20 juta untuk diberikan kepada anak Selangor yang mendaftar.
Bukan sahaja dari segi kewangan, segala dokumentasi dan pentadbiran juga mendapat kritikan dari Ketua Audit Negara. Ini jelas membuktikan bahawa Kerajaan Negeri gagal menyediakan satu program yang baik dan dijalankan dengan telus. Kenyataan exco Dr. Xavier bahawa kos operasi TAWAS turut digunakan untuk tujuan Jom Shopping sebenarnya memakan diri.
Bagaimana mungkin peruntukan untuk tujuan lain digunakan sewenang-wenangnya bagi tujuan politik. Kita semua maklum bahawa program Jom Shopping merupakan agenda politik Pakatan yang dibuat secara sambil lewa dan tidak menyeluruh.
Apa yang BN janjikan? Saya tidak boleh mendedahkan secara terperinci, namun pihak Barisan Nasional telah merangka satu skim yang lebih manfaat untuk anak Selangor apabila memerintah kelak. Apa yang lebih penting, pulangan untuk anak Selangor lebih terjamin dengan skim yang bakal diperkenalkan kelak.
TUKAR SYARAT TANAH
Sejak mengambil alih pentadbiran di Selangor, Kerajaan Pakatan banyak terlibat dengan isu yang melibatkan tanah seperti tanah YBK, isu Talam yang juga dalam sektor hartanah dan isu tanah KHSB di Gombak seperti yang pernah saya dedahkan sebelum ini.
Perkara ini sebenarnya berkait dengan tadbir urut kerajaan negeri yang gagal menguruskan tukar syarat tanah dengan baik dan berkesan.
Menurut Laporan Ketua Audit Negara, terdapat banyak kelemahan dalam pengurusan tanah di Selangor ini. Ini termasuklah pembinaan kilang haram dan penggunaan tanah tanpa kebenaran.
Selain itu, Laporan Ketua Audit Negara juga merekodkan beberapa kelemahan seperti kutipan premium tanah yang tidak seimbang termasuk kutipan cukai yang tidak mencapai sasaran. Kelemahan-kelamahan ini membuktikan bahawa Kerajaan Negeri memandang ringan soal tanah dan mengambil mudah pengurusan tanah ini.
Ini langsung tidak mencerminkan sikap integriti yang kononnya dimiliki oleh Menteri Besar. Malah, kami juga akan mendedahkan pada masa hadapan beberapa siri pembohongan Khalid Ibrahim kepada rakyat Selangor termasuk menggunakan Institutsi beraja bagi menutup kelemahan beliau.
PENYELENGGARAAN JALAN
Antara panggilan talefon yang diterima oleh Pusat Khidmat Rakyat (PAKAR) BN Selangor ialah aduan mengenai keadaan jalan negeri yang tidak diselengara dengan sempurna. Ini termasuklah jalan yang berlubang dan tidak sekata sehingga boleh menyebabkan kemalangan.
Menurut Laporan Ketua Audit Negara, Kerajaan Persekutuan memberikan RM 375.90 juta kepada Kerajaan Negeri bagi tujuan penyelenggaraan Jalan Negeri yang berjumlah 16,013 kilometer. Bagaimanapun, Kerajaan Negeri hanya membelanjakan RM218.15 juta sahaja. Iaitu 58.1% dari keseluruhan peruntukan.
Ini secara tidak langsung menyebabkan wang Kerajaan Negeri meningkat. Hakikatnya, peningkatan wang kerajaan negeri bukanlah kerana kecekapan Menteri Besar mengurus kewangan tetapi sebaliknya beliau tidak membelanjakan untuk kebaikan rakyat.
Tidak guna jika Khalid Ibrahim berbangga dengan peningkatan hampir RM2 billion kepada kerajaan Negeri jika rakyat tidak mendapat hasil dari peningkatan ini. Hakikatnya, Selangor yang terkenal sebagai negeri maju masih lagi mempunyai infrastruktur yang tidak sempurna di sesetengah kawasan.
PENYATA TUNAI
Laporan Ketua Audit Negara juga mendedahkan bahawa terdapat lebihan perbelanjaan tunai untuk tujuan mengurus hampir RM100 juta pada tahun 2011 berbanding 2010. Selain itu, berbanding 2010, Kerajaan Negeri juga membelanjakan RM624.51 juta wang tunai untuk perbelanjaan modal. Sedangkan pada tahun 2010, tiada sebarang perbelanjaan modal dilakukan.
Untuk apakah perbelanjaan tunai yang begitu tinggi ini? Siapakah yang menerima jumlah tunai ini? Kenapakah perbelanjaan tunai adalah melebihi pendapatan tunai?
Kami percaya, kerajaan negeri tidak mempunyai perancangan jangka masa hadapan untuk mengukuhkan kewangan negeri sebaliknya hanya bermain dengan angka untuk jangka masa yang singkat sahaja.
Ini terbukti apabila pihak Ketua Audit Negara mengkritik pelaburan jangka masa panjang yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri tidak memuaskan malah pulangan yang diterima juga adalah sangat rendah.
Ini amatlah berbeza dengan kenyataan exco Teresa Kok bahawa pelabur berlumba-lumba datang ke Selangor untuk melabur namun hakikatnya tidak diterjemahkan kepada realiti.
Berbanding pada tahun 2007 iaitu ketika Barisan Nasional memerintah, trend pelaburan telah menurun lebih RM10 juta malah tidak langsung menunjukkan ianya akan meningkat dalam masa terdekat ini.
Khalid Ibrahim yang kononnya mengamalkan perbelanjaan berhemat sebenarnya tidak diterjemahkan kepada rakyat. Hakikat ini perlu diteliti kerana walaupun kerajaan mungkin mempunyai sumber kewangan yang kukuh, namun rakyat Selangor tidak menikmati kebajikan seperti yang mereka janjikan samada dari segi infrastruktur mahupun dari segi kebajkan lain.
Sebaliknya, peningkatan cukai pintu premis kediaman dan premis perniagaan serta kadar sewa yang dinaikkan menyebabkan rakyat terus terbeban.
Dato Sri’ Ir. Mohd Zin Mohamed
Koordinator BN Selangor
Warna-warni politik
Torashah
Isnin, 29 Oktober 2012
Isu Selangor : PKNS jangan pinggir agenda bumiputera?
Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor terus dilanda kontroversi yang tiada kesudahannya. Jika sebelum ini, ia melibatkan langkah menjual aset Yayasan Selangor dan isu kerugian yang ditanggung Universiti Selangor (Unisel), kini ia berkaitan cadangan menjual aset Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) bernilai RM321 juta.
Segala tindakan tidak bertanggungjawab itu jelas sekali merugikan rakyat negeri itu khususnya golongan bumiputera yang semakin terpinggir sejak Selangor diperintah kerajaan PKR.
Dalam wawancara dengan wartawan Utusan Malaysia, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, DATUK Seri Noh Omar mendesak kerajaan negeri membatalkan segera hasrat tersebut jika tidak mahu melihat kebangkitan rakyat.
UTUSAN: Boleh Datuk Seri komen ura-ura PKNS hendak menjual hartanya?
NOH: Kita nak minta Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim membatalkan hasrat PKNS untuk menjual lima hartanya iaitu Menara PKNS Petaling Jaya dengan nilai RM90 juta, Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) sebanyak RM97 juta, Kompleks PKNS Shah Alam sebanyak RM85 juta, Kompleks PKNS Bangi sebanyak RM42 juta dan Wisma Yakin sebanyak RM7 juta.
Kita dimaklumkan Lembaga Pengarah PKNS bercadang untuk menjualnya. Jadi kalau betul PKNS nak menjualnya, maka Abdul Khalid sebagai Pengerusi PKNS dan juga Menteri Besar, kena ambil tindakan untuk menghalang penjualan harta-harta ini sebab dia telah mendakwa Selangor mempunyai wang simpanan banyak sampai RM2 bilion dan Datuk Seri Anwar Ibrahim (Ketua Pembangkang) pun kata dia Menteri Besar yang cemerlang.
Kalau betul hasrat nak dijual, pertamanya, kita nak tahu atas tujuan apa harta ini nak dijual? Adakah kerana hasil jualan itu nak digunakan untuk tujuan-tujuan politik? Adakah kerana bagi mendapat modal untuk pilihan raya?
Menteri Besar kena menghalangnya, demi kepentingan masa depan PKNS dan penyewa-penyewa bangunan itu. Kalau harta ini dijual dan dibeli oleh syarikat baru, sudah tentulah dari segi sewa dan sebagainya akan (meningkat). Ini boleh menjejaskan si penyewa yang sebelum ini mendapat faedah daripada harta-harta ini yang diwujudkan sewaktu Barisan Nasional (BN) memerintah.
Keduanya, adakah dia sudah tidak yakin nak menang di Selangor? Bila dia tidak yakin, dia nak jual harta dan sudah tentu nanti apabila BN kembali memerintah, kita akan menghadapi tanggungan hutang yang banyak.
Nampaknya kerajaan PKR begitu ghairah menjual aset Kerajaan Negeri Selangor?
Itu yang saya katakan tadi, kenyataan Anwar bahawa Abdul Khalid ini seorang Menteri Besar yang cemerlang adalah satu kenyataan yang melucukan. Cemerlang dari segi apa? Yang saya nampak, cemerlang yang pertama adalah untuk menjual dan menghabiskan harta yang dulunya diusahakan oleh BN.
Keduanya, bagaimana dia boleh menjadi seorang Menteri Besar yang cemerlang kalau nak menguruskan Unisel pun dia tidak reti? Sebab dalam isu Unisel, dia telah membohongi rakyat. Pada Julai lalu saya ada membuat kenyataan bahawa Unisel menanggung kerugian sebanyak RM54 juta dalam tempoh tiga tahun iaitu pada 2008, 2009 dan 2010.
Menteri Besar telah menafikan dan menyatakan laporan audit yang saya sebut itu belum lagi disahkan. Tetapi hari ini, apabila Laporan Ketua Audit Negara dibentangkan di Parlimen, ia jelas menunjukkan segala dakwaan dan angka-angka yang saya sebut adalah tepat sekali.
Adakah ia bertujuan menghapuskan hasil usaha BN membantu bumiputera sebelum ini?
Ini saya kata, macam mana Anwar boleh kata Abdul Khalid ini seorang Menteri Besar yang cemerlang? Dia menguruskan PKNS, tapi nampaknya dia nak menjual harta.
Sekarang ini rumah-rumah PKNS dijual mengikut harga pasaran. Sedangkan tujuan PKNS ditubuhkan adalah untuk membina rumah yang lebih murah berbanding yang dibina syarikat swasta.
Nampaknya, Menteri Besar telah menjadikan PKNS seperti syarikat swasta iaitu untuk mencari keuntungan. Rumah-rumah PKNS pun sekarang ini harganya sama seperti harga rumah yang dibina syarikat swasta.
Alasan yang dia bagi, bahawa hasil jualan rumah PKNS itu akan digunakan untuk aktiviti-aktiviti kebajikan kepada rakyat. Bagi saya, ini bukan satu alasan yang kukuh.
Apakah tindakan UMNO Selangor bagi menghalang penjualan harta ini?
Kita minta Menteri Besar batalkan, sebab itu kita bangkitkan isu ini. Jika betul perkara ini akan diteruskan, kerajaan PKR akan melihat berlakunya kebangkitan rakyat di Selangor.
Kita juga akan tengok apa tindakan lain yang boleh dibuat selepas ini, berdasarkan tindakan yang akan diambil oleh Abdul Khalid.
Difahamkan langkah menjual aset ini bukannya baru?
Ya. Sebelum ini tanah Yayasan Selangor pun nak dijual. Jadi kerajaan PKR Selangor ini kerja dia menjual dan merampas tanah. Rampas tanah macam tanah Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) kerana tak bayar cukai. Hari ini terbukti bahawa tindakan itu salah dari segi undang-undang.
Yang peliknya, dengan kebijaksanaan Menteri Besar, dia boleh pula bail out syarikat Talam Corporation Berhad (Talam) dan menyelamatkan hutang syarikat itu sebanyak RM396 juta.
Akhirnya dengan kebijaksanaan Menteri Besar Selangor ini, maka Talam yang sudah diletakkan di bawah status PN17 (syarikat menghadapi masalah kewangan) oleh Bursa Malaysia, sudahpun bebas daripada menghadapi masalah. Sekarang Talam sudah membuat pengisytiharan bahawa ia tiada hutang lagi, sebaliknya anak syarikat kerajaan negeri pula yang menanggung beban hutang, apabila hutang Talam dipindahkan kepada anak-anak syarikat kerajaan negeri.
Kerajaan PKR ini hanya menyusahkan dan menambahkan beban kepada anak-anak syarikat kerajaan negeri. Mana-mana anak syarikat atau agensi kerajaan negeri yang berdikari macam PKNS, hartanya nak dijual pula. Jadi macam mana Anwar boleh kata, dia seorang Menteri Besar yang cemerlang.
Kita lihat harta PKNS dijual di bawah nilai pasaran?
Dia memang tidak mengikut penilaian yang dibuat oleh Jawatankuasa Perumahan dan Penilaian (JKPP). Macam isu Talam, JKPP menilai tanah dengan harga murah, tetapi dia beli dengan harga yang mahal.
Jadi saya tengok kerajaan negeri ini dia tidak mengikut peraturan. Dia ikut selera dia, ikut apa matlamat dia. Kerajaan PKR ini mengamalkan politik Machiavelli iaitu matlamat menghalalkan cara. Dia akan buat, apa juga yang dia nak buat.
Saya juga melihat Abdul Khalid ini seorang Menteri Besar yang memandang rendah kepada kebolehan tokoh-tokoh profesional di Malaysia. Contohnya, dulu dia kata nak ambil peguam luar negara. Bila nak audit, dia pun cakap nak ambil firma audit antarabangsa. Hari ini pula dia kata nak ambil pakar air dari Kanada, sedangkan kita mempunyai pakar-pakar tempatan dalam bidang berkenaan. Ini jelas menunjukkan dia memandang rendah kepada kebolehan anak-anak tempatan.
Bagaimana pula kontroversi membabitkan Yayasan Selangor dan Unisel?
Apa yang kita bangkitkan adalah perkara yang betul, tetapi dia cuba menafikan. Jadi Menteri Besar ini dia sudah tiga kali kalah dengan saya. Mula-mula dulu isu perbelanjaan Yayasan Selangor.
Saya buat kenyataan, kata yayasan belanja dekat RM1 juta dan Menteri Besar telah menafikan. Tetapi apabila Pengurus Besar Yayasan Selangor dipanggil mengadap Jawatankuasa Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat), dia mengesahkan bahawa perbelanjaan itu lebih RM1 juta.
Yang peliknya bila Pengurus Besar itu mengaku perbelanjaan tidak mengikut peraturan dan begitu banyak, tak ada tindakan pun diambil oleh pengurusan, malah disambung lagi kontraknya. Ini menunjukkan kerajaan PKR Selangor mengamalkan kronisme. Mana orang dia atau kroni dia, akan dipertahankan walaupun terbukti tidak layak.
Dalam isu Unisel pula, dia menganiaya syarikat bumiputera yang mendapat kontrak penyelenggaraan asrama. Dulu Unisel berhutang sebanyak RM15 juta dan sekarang meningkat kepada RM19 juta.
Syarikat ini sudah bawa kes berkenaan ke mahkamah, kerana belum lagi mendapat bayaran, walaupun dulu Unisel berjanji nak bayar. Sebab itu syarikat ini benarkan pelajar-pelajar masuk ke asrama. Tetapi sampai sekarang dia masih tidak dibayar.
Dulu alasan dia tak bayar sebab asrama itu belum mendapat sijil layak menduduki (CF), tetapi sekarang apabila kita tunjukkan bukti bahawa kenyataan itu tidak betul dan memang asrama berkenaan telah ada CF, dia masih tidak bayar hutang. Jadi jelas tujuan dia memang tak nak bayar hutang. Kasihan, itu menganiaya syarikat bumiputera.
Dia juga tidak boleh salahkan kerajaan BN Selangor kerana hutang Unisel sebanyak RM54 juta semuanya berlaku waktu dia memerintah. Sebelum dia memerintah tak ada masalah. Kalau seorang Menteri Besar nak menguruskan Unisel pun tak reti, macam mana nak mengurus sebuah negeri yang maju.-UMO
Warna-warni politik
Torashah
Jumaat, 26 Oktober 2012
Salam Aidil Adha.. !
" Labbaika Allahumma labbaika. Labbaika la syarika laka labbaika. Innal hamda wanni’mata laka wal mulka. laa syarika laka ".
" Ya Allah, aku datang karena panggilanMu. Tiada sekutu bagiMu. Segala ni’mat dan puji adalah kepunyanMu dan kekuasaanMu. Tiada sekutu bagiMu ".
Selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha dari saya buat semua rakan-rakan blogger dan juga para pembaca yang budiman. Selamat melakukan ibadah Qurban dan sambutlah ianya dengan penuh keinsafan dan keredhaan. Semoga Allah swt sentiasa memberkati kita semua..InsyaAllah..AMIN.
Ikhlas Dari :
Warna-warni politik
Torashah
Khamis, 25 Oktober 2012
Kerajaan Selangor aniaya rakyat - Kunci diserah, tapi tak boleh pindah?
Perasaan gembira penduduk Kampung Berembang yang diberi kunci unit rumah masing-masing di Pangsapuri Berembang Indah hanya bersifat sementara.
Mereka masih tidak dapat berpindah masuk ke pangsapuri itu kerana masih terdapat banyak masalah di pangsapuri berkenaan.
Penduduk mendakwa, walaupun sebelum ini pemaju dan kerajaan negeri berjanji mengambil masa hanya tiga tahun untuk dipindahkan ke situ, tetapi disebabkan masalah teknikal, mereka terpaksa menunggu lagi sembilan tahun untuk dipindahkan ke pangsapuri berkenaan.
Sudahlah menunggu sejak sekian lama, apabila menerima kunci kediaman mereka daripada kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor pada Ogos lalu, mereka mendapati pelbagai masalah lain pula yang tidak diselesaikan oleh pihak pemaju.
Sehubungan itu, kerajaan negeri Selangor diminta memeriksa pangsapuri itu dan memastikan semua masalah telah diselesaikan agar penduduk boleh berpindah masuk dengan senang hati.
Seorang penduduk Kampung Berembang, Shahfarin Razlan, 46, ketika ditemui berkata, pihak pemaju mengeluarkan surat kepada mereka bahawa bangunan tersebut telah siap sepenuhnya dan boleh diduduki pada bila-bila masa.
"Tetapi apabila tiba di pangsapuri ini, kami mendapati bekalan elektrik dan air masih tiada.
"Pihak pemaju seharusnya memastikan bahawa tiada masalah seumpama itu di pangsapuri ini sebelum mengeluarkan surat itu," ujarnya.
Seorang suri rumah, Laila Osman, 43, yang kini tinggal di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Beringin, Jinjang Utara berkata, dia terpaksa melangsaikan bayaran yang diminta pemaju walaupun ketika itu umat Islam sedang sibuk dengan persiapan menyambut Aidilfitri.
"Bayangkan, mereka kutip duit sebelum hari raya, tetapi kami langsung tidak membantah kerana mahukan rumah yang selesa untuk keluarga. Tetapi apabila melawat ke pangsapuri ini, kami mendapati masih terdapat beberapa masalah yang tidak selesai.
"Dulu semasa tinggal di Kampung Berembang, kami dipindahkan ke PPR Beringin, tetapi disebabkan PPR tersebut mempunyai masalah kami dipindahkan ke Pangsapuri Berembang Indah pula.
"Tetapi pangsapuri baru pun menghadapi masalah," ujarnya.
Dalam nada sama, Aida Suhaida Shariff, 21 berkata, hampir setiap hari dia dan keluarga menjenguk ke pangsapuri berkenaan untuk melihat sama ada meter air dan elektrik telah dipasang.
"Setiap kali datang, pasti kami akan kecewa kerana ada sahaja masalah yang masih tidak selesai. Tiada bekalan air dan elektrik, dan pelbagai masalah lagi," katanya.
Oleh itu, dia dan penduduk lain pangsapuri itu meminta Syarikat Perspektif Masa Sdn. Bhd. (PMSB) selaku pemaju segera menyelesaikan masalah tersebut dan dalam masa yang sama kerajaan negeri Selangor juga harus menjalankan tanggungjawab memantau dan memastikan pangsapuri berkenaan telah benar-benar sedia untuk diduduki.
Warna-warni politik
Torashah
Rabu, 17 Oktober 2012
Ulasan Dato Hasan Terhadap Kenyataan TGNA?
Saya tertarik dan terpanggil untuk memberi sedikit ulasan kepada kenyataan daripada Tuan Guru Nik Aziz (TGNA) yang juga merupakan Mursyidul Am PAS.
Seperti yang diketahui TGNA mempunyai kedudukan istimewa di dalam PAS. Bagi kebanyakan ahli dan penyokong PAS, mereka menganggap TGNA segala-galanya. Beliaulah Mursyidul Am. Beliaulah "Presiden". Beliaulah Menteri Besar dan beliaulah Tok Guru dari sudut agama.
Kedudukan yang sedemikian bagi saya adalah pemberian Allah kepada beliau. Setiap satu kedudukan termasuk dirinya sebagai hamba Allah mempunyai tanggungjawab yang begitu besar bukan sahaja dikalangan ahli dan penyokong PAS tetapi yang lebih penting disisi Allah SWT.
Saya sendiri dan mungkin orang lain juga merasa begitu kerdil untuk membuat ulasan terhadap sebarang kenyataan yang dibuat oleh TGNA atas kedudukan beliau yang begitu supreme dikotak pemikiran ahli dan penyokong PAS.
Ketiadaan ahli dan penyokong yang berupaya untuk menyanggah pendapat beliau yang setengah-setengahnya begitu ganjil bukan sahaja dari segi perkataan malah dari segi implikasi kenyataan yang dikeluarkan yang mungkin atas supremenya beliau, beliau dan orang-orang dalam lingkungan beliau tidak menyedarinya. Saya tidak perlu mengulangi kenyataan yang mana, waktu bila yang termasuk dalam kategori ini.
Untuk menyatakan DAP tidak pernah mengganggu PAS dan DAP juga merupakan rakan kongsi yang akan menjamin kemenangan PAS dalam PRU ke 13, bagi saya agak keterlaluan.
Bagi saya juga kenyataan sedemikian tidak seharusnya dikeluarkan oleh seorang yang mempunyai stature seperti yang disebutkan diatas. Lupakah TGNA dan orang-orang disekeliling beliau bahawa TGNA pernah beberapa kali menyanggah pendirian Karpal Singh dan Lim Kit Siang yang berterusan menghina dan menentang perjuangan Pas untuk melaksanakan hudud?
Kita tidak lupa, beliau juga pernah menyebutkan akan meneruskan hudud di Kelantan dalam keadaan apa pun yang di datangkan oleh DAP? Kita juga masih ingat betapa tegasnya beliau mengatasi mana-mana pimpinan PAS yang lain menyatakan perasaan dengan menggunakan perkataan-perkataan yang adakalanya tidak layak oleh seseorang yang dianggap begitu supreme.
Bagi saya kedua-dua kenyataan terakhir TGNA mempunyai dua implikasi besar.
Pertama, kenyataan tersebut tidak layak lagi akan menghiris hati dan perasaan ahli dan penyokong PAS yang sudah tidak menahan perasaan sabar akibat daripada bertambah berani dan ghairahnya pimpinan DAP menghina Islam.
Kedua, saya bimbang kenyataan-kenyataan supreme ini akan menjadikan pimpinan DAP dan sebahagian daripada pimpinan PAS daripada golongan parasit terus mendapat pembelaan dan menjadikan mereka lebih ganas menghentam Islam dan perjuangan PAS disebabkan “peluru” yang disediakan oleh TGNA.
Saya berpendapat demi untuk menjaga keutuhan dalam PAS dan menjadikan PAS terus berdarjat dan bermartabat sebagai “custodian” kepada perjuangan Islam, TGNA perlu menoleh ke belakang untuk bermuhasabah. Sudah sampai masanya bagi TGNA untuk merenung sejauh-jauhnya tentang kehadiran beliau dalam hierarki kepimpinan PAS samada benar-benar menguntungkan atau merugikan bukan sahaja PAS sebagai sebuah parti Islam tetapi yang lebih penting perjuangan PAS itu sendiri termasuklah imej, kehebatan dan keagungan Islam itu sendiri.
Mungkin sudah sampai masanya sebelum nasi menjadi bubur, TGNA memikirkan untuk menyerahkan tanggungjawab besar sebagai Mursyidul Am kepada timbalannya yang saya yakin mempunyai kemampuan dan kewibawaan yang setara dengan beliau.
YB DATO DR HASAN MOHAMED ALI
ADUN GOMBAK SETIA
PRESIDEN JATI
Warna-warni politik
Torashah
Selasa, 16 Oktober 2012
DAP Kedah bantah iklan sopan?
DAP Kedah sekali lagi menegaskan mereka akan menentang undang-undang yang berunsurkan Islam jika ia mahu dilaksanakan di negeri itu.
Pengerusinya, Lee Guan Aik berkata, tindakan itu termasuk dalam soal pelaksanaan garis panduan papan iklan antaranya menggunakan model berpakaian sopan dan perlu bertudung jika beragama Islam.
Katanya, sebarang perkara berkaitan undang-undang Islam perlu dipersetujui oleh semua parti dalam pakatan pembangkang di peringkat Pusat dan negeri.
"DAP negeri sekali lagi ingin menegaskan dan menjelaskan bahawa kami tidak akan memberi sokongan terhadap undang-undang hudud atau apa sahaja berkaitan isu negara Islam," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Guan Aik mengulas kenyataan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS), Datuk Mat Noh Ahmad berhubung garis panduan pemasangan papan iklan di kawasannya yang meliputi penggunaan bahasa, landskap dan pakaian model iklan.
Antara perkara yang ditekankan dalam garis panduan itu ialah model dalam gambar perlu sopan dan berpakaian tidak menjolok mata dan jika model itu beragama Islam, dia perlulah menutup aurat.
Guan Aik berkata, kenyataan Datuk Bandar tersebut cuma merupakan pendirian peribadinya kerana garis panduan yang dicadangkan itu tidak selari dengan peraturan dalam Undang-undang Kecil Majlis Perbandaran Kota Setar (MPKS) 1992.
Jelasnya, pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri itu tidak mempunyai kuasa untuk menggubal atau mewartakan sesuatu peraturan tanpa dipersetujui oleh Ahli Majlisnya yang diwakili oleh wakil daripada parti pakatan rakyat.
"Perkara ini serius dan masing-masing ada prinsip. Tidak kira apa undang-undang pun.
"Setiap ahli majlis mewakili parti dan bertanggungjawab kepada parti. Parti tidak teragak-agak mengambil tindakan terhadap mereka jika mendapat tahu kepentingan parti diketepikan. Oleh itu mereka perlu tahu apa yang patut atau tidak patut disokong," katanya.
Warna-warni politik
Taminsari
Rabu, 10 Oktober 2012
Mat Sabu beri jawapan dolak-dalik?
Kiri Mat Sabu, Firoz Hussien Ahmad Jamaluddin
Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini, beliau menyokong serangan yang diketuai oleh Mat Indera ke atas 'pihak polis British' di Balai Polis Bukit Kepong pada 23 Februari 1950.
Beliau berkata demikian ketika disoal oleh peguam Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin dalam perbicaraan kes saman fitnah yang dikemukakannya terhadap Utusan Melayu (M) Bhd., dan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Abdul Aziz Ishak berhubung kejadian serangan tersebut.
FIROZ: Dari segi ucapan (di Tasek Gelugor di sini pada 21 Februari 2009) yang diberikan oleh kamu, adakah kamu bersetuju bahawa kamu menyokong serangan ke atas Bukit kepong yang diketuai oleh Mat Indera.
MOHAMAD: Ya.
Namun, apabila disoal lanjut oleh mahkamah berhubung perkara yang disentuh dalam ucapannya pada 21 Ogos 2011 itu, Mohamad menukar fikiran dengan berpandangan, serangan tersebut tidak patut dilakukan.
Beliau seterusnya berkata, sama ada beliau menyokong atau tidak serangan tersebut, perkara berkenaan telah pun berlaku.
Beliau juga berpendirian, sesiapa sahaja yang menentang British sebelum merdeka adalah pejuang kemerdekaan.
''PKM (Parti Komunis Malaya) adalah pejuang kemerdekaan kerana mereka menentang British sebelum merdeka, selepas merdeka tidak boleh, itu pengganas,'' katanya.
FIROZ: Saya cadangkan kepada kamu bahawa oleh kerana kamu sokong serangan ke atas Bukit Kepong maka adalah benar kamu tidak menghormati jiwa dan darah anggota keselamatan dan keluarga mereka yang terkorban dalam tragedi itu?
MOHAMAD: Tidak.
Mohamad berkata demikian sebagai saksi plaintif pertama dalam perbicaraan kes saman fitnah yang dikemukakannya terhadap kedua-dua defendan tersebut berhubung tragedi Bukit Kepong.
Saman tersebut adalah ekoran muka depan Utusan Malaysia pada 27 Ogos 2011 bertajuk Mohamad Sabu Hina Pejuang, Anggap Pengganas Komunis Hero Sebenar Tragedi Bukit Kepong yang didakwa sebagai fitnah dan beberapa artikel pada hari berikutnya mengenai isu berkenaan.
Pada prosiding hari pertama hari ini, sedutan rakaman cakera padat video (VCD) berhubung ceramah Mohamad yang diserahkan oleh peguam defendan, Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin turut dimainkan melalui monitor komputer selama 18 minit.
Selain itu, transkrip penuh rakaman tersebut diserahkan oleh peguam Mohamed Hanipa Maidin yang mewakili pihak plaintif kepada mahkamah.
Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu ketika menjawab pemeriksaan balas Firoz, berkata, beliau tidak tahu, daripada fakta sejarah, serangan ke atas Balai Polis Bukit Kepong telah dilakukan oleh pengganas-pengganas Komunis daripada PKM.
Menurutnya, ketika membuat kenyataan pada ceramah tersebut, beliau juga tidak sedar atau mengambil langkah untuk menentukan sama ada serangan itu dilakukan oleh PKM.
Saksi tersebut berkata, apa yang diketahui adalah tentang Mat Indera tetapi tidak mengetahui latar belakang anggota-anggota lain yang menyertai serangan itu.
FIROZ: Siapa yang serang Balai Polis Bukit Kepong?
MOHAMAD: Mat Indera
FIROZ: Seorang?
MOHAMAD: Yang lain, saya tidak tahu.
FIROZ: Tetapi kamu sifatkan mereka sebagai pejuang kemerdekaan, kamu tidak tahu siapa yang serang?
MOHAMAD: Tak tahu yang lain.
Menjawab soalan lain, Mohamad berkata, beliau tidak mengetahui kesemua anggota polis yang terbunuh dalam tragedi serangan Balai Polis Bukit Kepong terdiri daripada orang Melayu yang beragama Islam.
FIROZ: Adakah kamu tahu sama ada anggota British atau orang Melayu yang terbunuh di Bukit Kepong?
MOHAMAD: Sekarang saya tahu, orang Melayu.
FIROZ : Beragama Islam?
MOHAMAD: Ya.
Mohamad juga berkata, beliau pada masa kini mengetahui mangsa yang terbunuh dalam kejadian serangan di Balai Polis Bukit Kepong termasuk wanita dan kanak-kanak yang merupakan keluarga kepada anggota-anggota polis terbabit.
Ditanya adakah kejadian itu merupakan satu pembunuhan yang wajar, kata Mohamad, perkara tersebut adalah tidak wajar walaupun sebelum itu beliau hanya berkata: ''Untuk peperangan, saya simpati dengan mereka yang terbunuh''.
Menjawab soalan mengenai kejadian serangan Balai Polis Bukit Kepong pada 23 Februari 1950 yang didakwa berlaku semasa Johor bukan jajahan British tetapi hanya di bawah naungan British dari segi undang-undang, Mohamad tidak bersetuju kerana baginya, naungan dan jajahan adalah sama sahaja maksudnya.
Beliau bagaimanapun berkata, tidak pasti apabila dicadangkan oleh peguam bahawa negeri Johor tidak pernah dijajah oleh British sebaliknya hanya mempunyai seorang penasihat British.
Memandangkan Johor tidak pernah dijajah oleh British bukan seperti Pulau Pinang dan Melaka, Firoz mencadangkan, tiada isu perjuangan kemerdekaan di negeri tersebut, namun cadangan itu tidak dipersetujui oleh Mohamad.
Menurut pemimpin Pas itu, apa yang diketahuinya, anggota-anggota polis yang terbunuh dalam serangan tersebut adalah polis British.
Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Seri Zakaria Sam bersambung esok.-UMO
Warna-warni politik
Torashah
Isnin, 8 Oktober 2012
Projek UiTM Serendah diteruskan!
Kabinet bersetuju untuk meneruskan cadangan pembinaan kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) di atas tanah milik Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) di Serendah, Hulu Selangor dekat sini yang sebelum ini dirampas kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor.
Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata, keputusan itu dibuat selepas mendapat persetujuan mesyuarat Kabinet yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.
Beliau berkata, persetujuan itu dicapai sehari selepas dibangkitkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam sesi dialog bersama pemimpin belia di UiTM Shah Alam semalam.
Keputusan ini menunjukkan kerajaan Persekutuan menepati janji dan mahu peluang pendidikan diberikan kepada anak Selangor," kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani itu kepada pemberita selepas melawat Jeti Nelayan Sungai Yu, Tanjong Karang di sini.
Dalam pada itu, Noh yang juga Ahli Parlimen Tanjong Karang menambah, kos peruntukan pembinaan dan pelaksanaan cawangan UiTM itu akan diumumkan Kementerian Pengajian Tinggi dalam masa terdekat.
"Kerajaan Persekutuan terpaksa mencari peruntukan baharu untuk pembinaan tersebut memandangkan yang ada telah digunakan untuk cawangan UiTM di Melaka.
"Saya berharap kerajaan negeri tidak terlalu mempolitikkan isu ini lagi kerana rakyat amat memerlukan kampus ini. Apabila projek dilaksanakan nanti, kerajaan negeri diminta memberi kerjasama dan jangan mencari alasan lagi," katanya.
Baru-baru ini, Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) mendapat kembali hak milik tanah seluas 318.8 hektar di Serendah selepas Mahkamah Tinggi Shah Alam memutuskan tindakan kerajaan negeri memulangkan cukai tanah dan merampas tanah terbabit sebelum ini tidak sah di sisi undang-undang.
Rayuan yang dibuat YBK diterima Hakim Mahkamah Tinggi, Hadhariah Said Ismail selepas meneliti hujah bertulis dan mendengar hujah lisan daripada kedua-dua peguam YBK dan kerajaan negeri.-UMO
Warna-warni politik
Torashah
Langgan:
Catatan (Atom)