Jumaat, 23 April 2010

P94 Hulu Selangor : Hanya rakyat boleh hukum pengkhianatan Anwar kepada negara!

Anwar Ibrahim pengkhianat negara. Itu label atau gelaran yang sekali lagi dberikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada Ketua Pembangkang itu.

Tanpa gentar dan berselindung, Muhyiddin mengatakan gelaran itu adalah satu fakta kerana rakyat sendiri dapat melihat bagaimana Anwar begitu rakus dan taksub untuk memenuhi impiannya menjadi Perdana Menteri sehingga sanggup berusaha menjatuhkan sebuah kerajaan yang sah.

Kenyataan Muhyiddin ini sudah tentu mendapat gelombang reaksi banyak pihak yang menyokong beliau. Pada Ogos tahun lalu Anwar dikatakan mahu menyaman Muhyiddin sebanyak RM100 juta selain media yang melaporkannya. Tetapi ugutan itu sedikit pun tidak menghalang banyak pihak mengeluarkan kenyataan melabel Anwar sebagai pengkhianat Melayu.

Sekarang, sekali lagi label pengkhianat itu diluahkan oleh Muhyiddin. Menarik dalam hal ini, sehingga sekarang pun Anwar tidak mengambil tindakan saman. Sememangnya, jika ada mana-mana pihak yang berusaha menjatuhkan nama baik Malaysia, dia boleh dilabelkan sebagai pengkhianat.

Anwar sejak dipecat daripada Kabinet dan UMNO pada 2 September 1998, nampaknya berterusan memburukkan institusi- institusi negara yang telah wujud 52 tahun lalu. Jadi perbuatannya itu sukar dimaafkan.

Pelbagai taktik dan helah digunakannya untuk menjelajah dari benua ke benua semata- mata bertujuan memburukkan negara sendiri tanpa rasa maruah bangsa tergadai. Rakyat pasti berasa sedih melihat tindak- tanduk seorang pemimpin yang disegani satu ketika dahulu bertindak merosakkan nama Malaysia kerana mahu menjatuhkan kerajaan sedia ada kerana mahu dirinya diangkat sebagai Perdana Menteri.

Syukur, segala tohmahan dan kejahatan yang dilakukannya kita telah dapat dihidu dan disedari oleh rakyat. Kesan awal ialah ramai bekas pemimpin PKR telah mengakui kesilapan mereka menyokong perjuangan Anwar. Mereka juga sedar sebenarnya Anwar hanya mempergunakan mereka untuk memenuhi cita-cita politiknya untuk menjadi Perdana Menteri.

Anwar mempunyai banyak rancangan 'gila' yang orang tidak buat semata-mata mahu menjadi Perdana Menteri. Kini rakyat perlu menilai sendiri adakah pengkhianatan Anwar kepada negara harus disokong atau dihukum?

Berpuluh-puluh bekas pemimpin PKR dan sahabat Anwar sendiri sudah tidak dapat bersabar dengan hipokrasi dan manipulasi Anwar. Mereka tahu Anwar seorang putar alam dan licik terutama ketika terdesak, lebih-lebih lagi situasi sekarang.

Mereka telah menghukumnya dengan bertindak meninggalkan parti yang matlamat asalnya pun untuk diri Anwar. Kita percaya Anwar juga faham tentang sentimen orang Melayu yang rata-rata marahkan beliau atas banyak tindak-tanduknya menggugat kepentingan Melayu semata-mata mahu menjadi Perdana Menteri.

Hanya Melayu yang sangat kemaruk kuasa saja sanggup merosakkan nama negara, bangsa dan agama. Hanya Melayu yang sanggup melihat kemusnahan bangsanya saja akur segala kehendak musuh negara. Pengkhianatan Anwar kepada agama, bangsa dan negara hanya dapat ditentukan oleh rakyat dengan tidak menyokong perjuangannya itu.

BN Mampu Berubah. Sayangi Selangor, Yakini Barisan Nasional (BN).

Warna-warni Politik
Torashah

Tiada ulasan:


Bertempat di Bandar Saujana Utama, Kuala Selangor

Bertempat di Bandar Saujana Utama, Kuala Selangor