Khamis, 8 April 2010

Kegagalan pembangkang jadi senjata BN - Noh

Barisan Nasional (BN) akan menjadikan kelemahan dan kegagalan pentadbiran pakatan pembangkang di negeri ini sebagai senjata untuk menewaskan mereka pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor pada 25 April ini.

Timbalan Pengerusi BN Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata, taktik itu telah digunakan pembangkang untuk memburukkan kerajaan BN yang memerintah Selangor dahulu dan kini giliran BN pula untuk 'menyerang' mereka.

Beliau berkata, BN kini mempunyai banyak kelebihan untuk menawan hati rakyat kerana pakatan pembangkang ternyata gagal mengotakan janji yang dibuat sebelum ini. ''Mereka kini tiada isu dan kelebihan adalah kepada kita kerana banyak kelemahan dan kesalahan telah dilakukan pemimpin mereka.

''Jika ada pun isu kita sudah boleh agak tetapi kita yakin boleh menangkisnya. Jadi kita jangan defensif, kita kena banyak menjelaskan kepada rakyat untuk membuka mata mereka," katanya. Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen BN Selangor di Pusat Konvensyen SACC di sini hari ini.

Menurut Noh, bagi menawan semula hati rakyat, pemimpin BN tidak boleh menjadi orang kenamaan (VIP) semasa kempen di Hulu Selangor tetapi perlu mendekatkan diri dengan pengundi dan mengutamakan mereka selaras konsep 1Malaysia iaitu 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan' yang menjadi teras kepimpinan kerajaan sekarang.

Bagi tujuan itu kata beliau, jamuan berbentuk VIP untuk menteri dan tetamu kenamaan lain tidak akan diadakan sepanjang kempen pilihan raya kecil itu. Dalam pada itu, Noh sekali lagi mengingatkan UMNO Hulu Selangor supaya menghormati dan menerima sesiapa sahaja calon yang diumumkan kelak kerana ia adalah prinsip biasa yang diamalkan pada setiap kali pilihan raya.

''Keputusan di Hulu Selangor nanti akan menjadi penanda aras untuk kita mengetahui sokongan rakyat kepada BN," katanya sambil memberitahu jentera BN telah bersedia dan hanya menunggu masa untuk 'menggempur' Hulu Selangor. Terdahulu dalam ucapannya, beliau yang juga Ahli Parlimen Tanjong Karang mempersoalkan mengapa BN tidak bertindak balas terhadap isu-isu yang berlaku sejak pakatan pembangkang memerintah Selangor dua tahun lalu.

Beliau berkata, begitu banyak isu timbul sepanjang 2009, antaranya kenyataan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bahawa kerajaan negeri tidak memberi bantuan RM50 kepada anak-anak yang memasuki prasekolah dan pembelian kereta Toyota Camry untuk Menteri Besar dan ahli-ahli Exco kerajaan negeri.

Tambahnya, Selangor juga panas dengan isu kenyataan Abdul Khalid bahawa beliau tidak memerlukan Dasar Ekonomi Baru (DEB) untuk mentadbir Selangor. ''Semua berita ini disiarkan di akhbar tetapi ahli-ahli BN tidak melakukan sesuatu seperti membuat bantahan untuk menyuarakan rasa kurang senang dengan kenyataan dan perbuatan kerajaan negeri itu .

''Tetapi dalam isu kematian Setiausaha Politik, Teoh Beng Hock belum apa-apa lagi mereka sudah mengadakan perhimpunan di Petaling Jaya. Mereka buat demi kepentingan politik peribadi walaupun melanggar undang-undang," jelasnya. Sehubungan itu beliau berkata, semua ahli komponen BN perlu bersatu menghadapi cabaran dan tentangan daripada parti-parti pembangkang.

Warna-warni Politik
Torashah

1 ulasan:

ANAKSENGAT' ( aku tak rela diperdaya umNO) berkata...

Tahniah BN! Akhirnya sekali lagi kawasan melayu di serah kepada Hindu... Mana perjuangan Melayu dan Islam....
sembang je besor...!!! kalau betul anak jantan... tuntut sampai dapat atau pulau je...ade berani ke???


Bertempat di Bandar Saujana Utama, Kuala Selangor

Bertempat di Bandar Saujana Utama, Kuala Selangor