Rabu, 7 April 2010

Konvensyen Barisan Nasional (BN) Selangor .

BN kenal pasti punca ditolak di Selangor

Konvensyen Barisan Nasional (BN) Selangor hari ini mengenalpasti enam punca pengundi menolak BN pada pilihan raya umum ke-12 sehingga negeri yang merupakan kubu kuat BN itu jatuh ke tangan pakatan pembangkang.

Pengerusi Konvensyen BN Selangor, Datuk Seri Mohd. Zin Mohamed berkata, enam punca itu menunjukkan seolah-olah BN tidak berpijak pada realiti sehingga menyebabkan rakyat hilang keyakinan terhadap mereka.
Beliau berkata, punca pertama ialah prinsip muafakat mula bertukar menjadi konflik yang membawa mudarat terutamanya di kalangan hubungan parti komponen BN itu sendiri.

"Punca kedua apabila usaha yang sepatutnya dilakukan untuk menjuarai isu rakyat beralih haluan kepada tindakan memperjuangkan kaum kerabat,” katanya ketika berucap pada majlis pembukaan konvensyen selama sehari itu di SACC Convention di sini hari ini.

Mohd. Zin berkata, turut menjadi punca ialah pergolakan dalaman BN lebih dijadikan tumpuan berbanding usaha membina kekuatan parti itu sendiri selain khidmat dan pendekatan yang dilakukan BN lebih bercorak eksklusif bukan lagi inklusif.

Beliau berkata, punca lain yang turut menyumbang kepada hilangnya kepercayaan pengundi terhadap BN ialah apabila BN ketinggalan dalam memanfaatkan teknologi maklumat yang menjadi trend pada masa kini. Punca paling nyata mengapa pengundi menolak BN pada PRU lepas, tegasnya ialah apabila BN kurang dan tidak memahami aspirasi pengundi muda.

Sementara itu : Hulu Selangor pengukur BN rampas Selangor

Pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor pada 25 April ini bakal menjadi kayu pengukur terhadap kemampuan Barisan Nasional (BN) untuk merampas kembali Selangor daripada pembangkang, kata Timbalan Pengerusi BN Selangor, Datuk Seri Noh Omar. Beliau berkata, kemenangan BN pada pilihan raya kecil tersebut bukan sahaja akan mengubah landskap BN di Selangor yang sebelum pilihan raya umum ke-12 tetapi juga mengubah senario politik negara.

Selangor pernah menjadi kubu kuat BN sebelum jatuh ke tangah pembangkang. "Pilihan raya kecil ini berisiko tinggi kerana di Hulu Selangor nanti kita akan menghadapi cabaran yang cukup kuat kerana berdepan dengan kerajaan negeri yang sudah tentu akan menggunakan pelbagai kemudahan mereka.

"Kita kena terima hakikat, kalau kita menang akan ada perubahan tapi kalau kita kalah, kita akan bimbang kerana rakyat seolah-olah memberi tamparan yang hebat kepada kita, setelah banyak perubahan yang dilakukan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Konvensyen BN Selangor di sini hari ini yang dihadiri lebih 2,000 anggota parti komponen BN.

Kekosongan kerusi Parlimen Hulu Selangor berlaku ekoran kematian penyandangnya dari Parti Keadilan Rakyat, Datuk Dr. Zainal Abidin Ahmad pada 25 Mac lalu.

Warna-warni politik
Torashah

2 ulasan:

amieiezam berkata...

salam saudara,

kena kerja kuat.

p/s jalan masuk ke puncak alam penih dengan bulan purnama...hehhehe apa la yg tantawi tuh nak kelentong nanti

torashah berkata...

Salam bro Amieiezam..

InsyaAllah kena kerja kuat dari sekarang...Kita Gempur Selangor!

p/s..Kita tengoklah nanti apa bentuk kelentong yang Tantawi akan create !!!

Salam perjuangan..

Bertempat di Bandar Saujana Utama, Kuala Selangor

Bertempat di Bandar Saujana Utama, Kuala Selangor