Jumaat, 13 Mac 2009

Penasihat PKR letak 3 syarat untuk sepakat dengan BN !

Anwar Ibrahim meletakkan tiga syarat untuk pembangkang bekerjasama dengan kerajaan Barisan Nasional (BN) bagi membantu memulihkan kegawatan ekonomi negara.

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu berkata, kerjasama boleh diadakanAnwar Ibrahim meletakkan tiga syarat untuk pembangkang bekerjasama dengan kerajaan Barisan Nasional (BN) bagi membantu memulihkan kegawatan ekonomi negara.

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu berkata, kerjasama boleh diadakan jika kerajaan bersedia mengkaji semula perjanjian konsesi lebuh raya, pengeluar tenaga bebas (IPP) dan penswastaan bekalan air. Beliau yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh juga menuntut kerajaan menghentikan kezaliman dan fitnah melalui media massa serta membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan.

"Kita tidak boleh pukul, kemudian runding. Jika nak runding henti kezaliman. Sebagai Muslim, kita sedia bekerjasama. Semalam (kelmarin) makan tengah hari bersama PM (Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi). "Di Malaysia, terlalu banyak politik sehingga kerajaan tidak tumpu kepada masalah ekonomi. Sembilan hari Ahli Dewan Negeri (Pakatan Rakyat) hilang, kemudian timbul bersama Timbalan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak)," katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan 2009 di Parlimen, semalam.

Kelmarin, Najib ketika membentangkan rang undang-undang itu mahu semua pihak, termasuk pembangkang sepakat dengan kerajaan untuk bersama-sama memikir serta mencadangkan formula terbaik bagi membantu rakyat ketika krisis ekonomi global.

Anwar berkata, konsesi lebuh raya perlu dikaji semula kerana ketika kerajaan menangguhkan kenaikan tol, pemegang lebuh raya tetap mendapat habuan melalui peruntukan subsidi RM480 juta daripada kerajaan. Beliau berkata, sepatutnya kerajaan berunding bagi kurangkan kadar tol untuk pengguna dan menjimat perbelanjaan kerajaan. "Pemegang konsesi tol kelihatan tidak terjejas dan mereka lebih terbela daripada pengguna.

Begitu juga dengan lesen konsesi IPP yang sehingga kini belum selesai, walaupun dijanjikan akan diselesai dalam masa terdekat," katanya. Beliau yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh juga menuntut kerajaan menghentikan kezaliman dan fitnah melalui media massa serta membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan.

"Kita tidak boleh pukul, kemudian runding. Jika nak runding henti kezaliman. Sebagai Muslim, kita sedia bekerjasama. Semalam (kelmarin) makan tengah hari bersama PM (Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi).

"Di Malaysia, terlalu banyak politik sehingga kerajaan tidak tumpu kepada masalah ekonomi. Sembilan hari Ahli Dewan Negeri (Pakatan Rakyat) hilang, kemudian timbul bersama Timbalan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak)," katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan 2009 di Parlimen, semalam. Kelmarin, Najib ketika membentangkan rang undang-undang itu mahu semua pihak, termasuk pembangkang sepakat dengan kerajaan untuk bersama-sama memikir serta mencadangkan formula terbaik bagi membantu rakyat ketika krisis ekonomi global.

Anwar berkata, konsesi lebuh raya perlu dikaji semula kerana ketika kerajaan menangguhkan kenaikan tol, pemegang lebuh raya tetap mendapat habuan melalui peruntukan subsidi RM480 juta daripada kerajaan. Beliau berkata, sepatutnya kerajaan berunding bagi kurangkan kadar tol untuk pengguna dan menjimat perbelanjaan kerajaan. "Pemegang konsesi tol kelihatan tidak terjejas dan mereka lebih terbela daripada pengguna. Begitu juga dengan lesen konsesi IPP yang sehingga kini belum selesai, walaupun dijanjikan akan diselesai dalam masa terdekat," katanya.

Ulasan :

Kalau setakat nak minta syarat itu dan ini penulis rasa elok simpanlah syarat-syarat itu dalam poket sendiri. Apa yang disyaratkan oleh Anwar sebenarnya tak membantu? Api, air dan tol? Kenapa tidak minta berunding tentang harga minyak yang membuatkan harga barangan naik mendadak? Dulu Anwar kata kalau PR memerintah harga minyak akan turun sebanyak 0.50 dari harga RM 2.70. Tapi sekarang harga minyak sudah jatuh bawah RM 2.00 dan pernahkah Anwar berterima kasih kepada kerajaan? Mengapa sebelum ini Anwar menjadikan minyak sebagai senjata untuk menggugut kerajaan sehingga memecahbelahkan rakyat?

Mengapa Anwar tidak berterima kasih kepada kerajaan bagi pihak pembangkang apabila Bajet Mini sebanyak 60 Billion diumumkan baru-baru ini? Adakah selepas ini Anwar akan berkata Bajet ini akan "mengenyangkan" kroni-kroni kerajaan BN? Jika Anwar mengatakan kerajaan menabur fitnah melalui media massa, bagaimana pula dengan media-media massa pembangkang yang selalu membantai kerajaan tanpa belas kasihan. Pernahkah berita-berita yang dikeluarkan oleh pembangkang ditapis terlebih dahulu? Jadi siapa yang sebenarnya yang menaburkan fitnah?

Jika Anwar meminta DUN Perak dibubarkan, penulis rasa eloklah Anwar banyak-banyak mengucap? Kerajaan baru negeri Perak telah mendapat perkenan Paduka Seri Sultan Perak setelah baginda bertemu dengan kesemua DUN BN Perak seramai 28 + 2 DUN( Bebas ) untuk kepastian dan akurjanji dan selepas itu baharulah baginda mentauliahkan YB Dr.Zambry sebagai Menteri Besar Perak. Jangan lupa yang anda juga telah disuruh bertaubat olah Raja Karpal Singh kerana kegagalan anda di Perak? Sebagai bekas Menteri Kewangan, penulis rasa Anwar lebih arif tentang berapa bajet yang diperlukan jika pilihanraya negeri diadakan semula.

Penulis mengambil contoh semasa PRK di Kuala Terengganu baru-baru ini. Untuk perbelanjaan Polis sahaja memerlukan hampir RM 12 juta. Itu baru polis dan satu polling sahaja. Bayangkan satu negeri yang ada 59 kerusi DUN. Berapa banyak peruntukkan yang perlu disediakan. Lebih-lebih lagi dalam kegawatan sekarang. Adakah pilihanraya semula berbaloi padahal kerajaan baru negeri Perak sekarang adalah kerajaan yang sah. Dan penulis nak tanya satu soalan pada Anwar. Siapa yang sebenarnya sibuk berpolitik sekarang?

Kerajaan ke atau Pakatan Rakyat. Kalau kerajaan sibuk berpolitik sampai lupa nak tumpukan pada ekonomi, takkan lah kerajaan nak membentangkan bajet mini 60 billion untuk meringankan beban rakyat. Ingat kegawatan ini bukan sahaja dinegara ini, tetapi juga seluruh dunia. Tak tahulah kalau Anwar mendapat sumber kewangan dari tangan-tangan diluar sana sehingga Anwar boleh hidup senang tanpa bekerja, berumah banglo besar dan berkereta mewah. Ramai lagi rakyat di Permatang Pauh yang masih hidup dibawah paras kemiskinan. Bantulah mereka jika rasa diri sudah ada kemampuan untuk berbuat demikian.

Tak payahlah sibuk berpolitik sehingga sanggup menghantar "head hunter " untuk mengejar ahli parlimen BN sehingga ke Taiwan. Dan tak payahlah berlagak untuk menjadi " Menteri Parlimen Malaysia " mewakili Malaysia semasa forum di DOHA baru-baru ini. Penulis terfikir kenapa Wismaputra tidak mengambil tindakan terhadap Anwar kerana menyamar menjadi " menteri ", sedangkan didalam negeri jika seseorang itu melakukan kesalahan menyamar boleh dihadapkan ke mahkamah. Fikir-fikirkan lah..wahai Anwar Ibrahim. Wallahuallam.

Torashah.

1 ulasan:

megat berkata...

suruh dia simpan la syarat syarat tu.
dorang dari mula dah tak ikhlas,

kamu anwar ibrahim boleh blah!

http://pi5au.blogspot.com/

Bertempat di Bandar Saujana Utama, Kuala Selangor

Bertempat di Bandar Saujana Utama, Kuala Selangor