Isnin, 23 Mac 2009

Pembangkang hina Sultan, Mufti !

TAIPING 22 Mac - Pakatan pembangkang diminta berhenti menghasut rakyat membenci Sultan Perak, Sultan Azlan Shah dan Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria menjelang pilihan raya kecil Bukit Gantang pada 7 April ini.

Ketua UMNO Bahagian Bukit Gantang, Datuk Rosli Husin berkata, pada masa ini, banyak risalah serta kain rentang menghina Sultan dan Mufti Perak dipasang di sekitar kawasan ini.
Tegasnya, pakatan pembangkang sepatutnya berkempen secara budiman dan bukannya menggunakan taktik kotor seperti itu.

''Nasihat saya kepada pembangkang, hentikanlah kerja-kerja berunsur jahat ini kerana ia tidak memberi keuntungan malah merendahkan lagi martabat Islam dan bangsa Melayu," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, selain Sultan dan Mufti Perak, terdapat kain rentang yang menghina Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak; bekas Perdana Menteri, Tun Hussein Onn; Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Changkat Jering, Kapt. (B) Mohd. Osman Jailu.

Menurut Rosli, pihaknya telah membuat laporan polis ekoran pengedaran risalah dan pemasangan kain rentang yang menghina Sultan dan Mufti Perak. Sementara itu, ditanya dakwaan Timbalan Pesuruhjaya Pas negeri, Asmuni Awi bahawa perbuatan menghina Sultan dan Mufti itu dilakukan oleh BN, Rosli menafikan sekeras-kerasnya tuduhan itu.
Tegasnya, Pas sudah tidak ada idea sehingga terpaksa menuduh BN melakukan perbuatan tersebut sedangkan selama ini BN terbukti tidak pernah menggunakan taktik kotor seumpama itu.
''Mereka yang biasa buat kerja macam ini, dulu cakap Pas itu Islam dan Islam itu Pas dan siapa undi Pas masuk syurga.

''Saya percaya ini kerja Pas sendiri. Orang berak tepi jalan mana hendak mengaku,'' katanya.
Beliau berkata, BN tidak takut dengan laporan polis yang dibuat oleh Pas kerana tidak bersalah.
Torashah - UM

3 ulasan:

mrf berkata...

pembangkang memang mcm tu..takde maruah..boleh saudara beri info kat saya masa PRU12 peti undi di puncak alam memihak kepada BN atau PR.peti undi di felda bukit cerakah memihak BN

torashah berkata...

Salam mrf..

PRU12 peti undi di Puncak Alam memihak kepada PR.
Terima Kasih.

anonymous berkata...

Bukit Gantang

Pengundi - melayu - 63.5% (25%PAS)
- cina - 27.1%
- india - 9.1%
lain2 - 0.3%


Jika sokongan bukan Melayu berpehak kepada PAS, maka harapan untuk UMNO kalah sudah pasti.

Pas cuma memerlukan 25% sahaja sokongan melayu.

Kemenangan PAS pada PRU12 yang lepas hasil dari sokongan padu dari kaum cina dan india.

Hingga kini sokongan kaum cina dan india ini masih padu terhadap PAS @ Pakatan Rakyat.

Bertempat di Bandar Saujana Utama, Kuala Selangor

Bertempat di Bandar Saujana Utama, Kuala Selangor