Khamis, 5 Mac 2009

Antara Lembu Korban dan Al Marwa Tower Makkah!

Serangan Politik Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat memasuki fasa terhebat. Apabila Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo menggesa Tan Sri Khalid meletak jawatan kerana terbabit dengan penyalahgunaan dana anak syarikat kerajaan negeri serta tuntutan kenderaan yang tidak mengikut prosedur, kita beranggapan ini hanyalah perang politik dalam negeri.Namun apabila Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyatakan ada kes kukuh untuk mendakwa Tan Sri Khalid di Mahkamah, peperangan politik ini menjadi nasional.

Tan Sri Khalid terpaksa berselindung di belakang Datuk Seri Anwar Ibrahim.Belum pernah dalam sejarah Anwar merendahkan kedudukannya menyerang seorang pemimpin yang bukan sama taraf senioriti dengannya. Apabila Anwar memanggi Dr. Khir seorang yang korup, dan Dr. Khir membalas balik bahawa Anwar sudah terbukti korup di Mahkamah, maka nyata perang politik ini tidak akan berakhir di situ.

Beberapa hari kemudian, demi membuktikan kenyataan Anwar tersebut, Angkatan Muda Keadilan (AMK) telah mengulangi laporan lama ke atas Dr. Mohamad Khir yang telah pun disiasat oleh BPR dan di dapati tiada kes.Selepas itu, Khalid yang tergagap-gagap membaca kenyataan akhbar yang disediakan oleh Nik Nazmi mengumumkan penggantungan jawatan CEO PNSB dan Eksekutif Akaunnya.Alasan yang diberikan sungguh mengelirukan dan menimbulkan tanda tanya. Pertamanya isu pengisytiharan dalam borang cukai mengenai kemudahan kereta dan pemandu yang diterima oleh Pengerusi PNSB ketika itu, Dr. Mohamad Khir Toyo.

Apa isu di sini? Kemudahan kereta dan pemandu yang diberikan kepada Pengerusi PNSB merupakan sesuatu yang dibuat mengikut undang-undang dan peraturan syarikat. Memang tiada isu, tetapi ia dimunculkan kerana ingin menunjukkan bukan Tan Sri Khalid sahaja menggunakan kemudahan kerajaan negeri dan anak syarikat kerajaan negeri tetapi juga Menteri Besar terdahulu.Namun isunya berbeza sekali, Dr. Mohamad Khir mengikut peraturan manakala Tan Sri Khalid tidak.

Keduanya isu pembelian Al Marwa Tower di Makkah. Menurut satu artikel yang dihantar kepada mykmu, Tan Sri Khalid mengetahui segala butiran mengenai pembelian tersebut. Beliau sengaja membuat kenyataan yang mengelirukan umum bagi menyelamatkan dirinya sahaja.Beliau telah pun dimaklumkan mengenai isu pembelian ini sejak mengambil alih kuasa pada tahun lalu. Malahan beliau juga telah membaca dokumen-dokumen penyerahan hak milik dari Dr. Mohamad Khir kepada beliau selaku Pengerusi PNSB yang baru.

Mengapa beliau menimbulkan isu itu hari ini dan fakta yang dilemparkan pula secara kabur sehingga kita sendiri tidak faham apa isu yang ingin dibangkitkan.Hakikatnya beliau hanya ingin menjalankan kempen menyucikan dirinya. Beliau ada masalah undang-undang dan persepsi umum dalam isu lembu korban dan kereta Lexus miliknya.Beliau salah kerana menggunakan dana anak syarikat kerajaan negeri menyumbang kembu-lembu korban bagi mendapat keuntungan politik di kawasan Parlimennya yang tiada kena mengena dengan Selangor.

Isunya bukan orang miskin tetapi kepentingan politik peribadi. Jika sebelum ini beliau kena keluarkan wang saku sendiri untuk mengadakan korban di kawasan Parlimennya, maka kali ini beliau boleh jimat wang poket dengan menggunakan wang kerajaan negeri.Jangan berselindung di sebalik orang miskin yang dapat daging korban. Berapa kerat orang miskin di bandar Tun Razak yang tidak pernah merasai daging jika dibanding di Baling, Kedah atau umat Islam di kemboja? Mengapa di bandar Tun Razak tentulah untuk mendapat keuntungan politiknya.

Maka kerana isu salah guna kuasa dan korupsi ini membabitkan isu agama, Tan Sri Khalid terpaksa mengggunakan isu pembelian bangunan di Mekah oleh Dr. Khir untuk melawan isu agama dengan isu agama juga. Kononnya jika beliau menyeleweng membabitkan ibadah, Dr. Khir juga tidak kurang "jahat"nya. Malangnya sehingga hari ini kita belum nampak di mana penyelewengan Dr. Khir.

Demikian juga apabila beliau salah menggunakan dana kerajaan untuk kereta peribadinya tanpa mengikut peraturan, beliau mengungkit isu Dr. Khir mendapat kereta dan pemandu sebagai Pengerusi PNSB.Sekali lagi, kita tidak nampak di mana salahnya Dr. Khir mendapat kedua-dua peruntukan tersebut kerana ia diluluskan oleh peraturan sedia ada.Beza besar antara apa yang dibuat oleh Dr. Khir dan Khalid ialah yang seorang mengikut peraturan, manakala yang seorang bukan sahaja tidak mengikut peraturan malah pembohong besar.

Bukankah Khalid beberapa kali menafikan anak syarikat kerajaan negeri terbabit menderma lembu korban kepada surau di parlimennya? Akhirnya terbukti wujud surat yang menyatakan Menteri Besar bersetuju agar PKNS dan anak syarikat kerajaan negeri yang lain menggunakan dana untuk memberi lembu korban yang di minta oleh pembantu khasnya bagi kawasan bandar Tun Razak?

Bagaimana pula dengan DUN Ijok, Kuala Selangor? Kenapa tiada kedengaran pengagihan lembu korban disana? Adakah Ijok adalah kawasan kampung, maka tidak perlu diberi perhatian berbanding dengan kawasan seperti Bandar Tun Razak. Jangan lupa orang kampunglah yang mengundi Khalid Ibrahim sehingga membolehkan Khalid duduk di kerusi Menteri Besar. Sementara tengah berkuasa ini, sebagai Menteri Besar eloklah tengok-tengok orang kampung di Ijok, masih lagi dalam serba kekurangan. Nanti sudah hilang kuasa menyesal pula? Fikir-fikirkanlah wahai Khalid Ibrahim!!!

UM - Torashah

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Pemuda UMNO dituduh mengugut dengan peluru dan dibilang ‘celaka’.

Mana-mana Pemuda, kiranya bertembung dengan Karpal, pasti menuntut kenapa tanpa soal-siasat, di Dewan Rakyat di mana semua sebutan dirakam dalam “Hansard”, Pemuda UMNO dituduh bukan-bukan dan digelarnya ‘celaka’.

Mungkinkah ada yang sabar kiranya Karpal di depan mata? Ada. KP2 UMNO Selangor yang berdepan Karpal hari itu MEMOHON penjelasan dengan hormat kepada Karpal sebagai orang tua & Pengerusi DAP.

Namun KP2 ini kini dicela. Tidak lagi. Kita pertahankan nama baik kawan2 di Selangor melalui http://www.thoughtsintangents.blogspot.com dan http://www.lattsharizan.com


Bertempat di Bandar Saujana Utama, Kuala Selangor

Bertempat di Bandar Saujana Utama, Kuala Selangor