Ahad, 15 Mac 2009

Kenapa MB Selangor lambat muatkan aset di web beliau?

Selangor hari ini mengumumkan pemilikan aset menteri besar dan barisan exconya dalam tempoh setahun sejak Mac 2008 di laman web rasmi kerajaan negeri.

Laman web itu - www.selangor.gov.my - memuatkan maklumat aset selepas jam 6 petang ini.
Exco pelaburan dan perdagangan Teresa Kok mempunyai pendapatan bulanan sebanyak RM32,830.67, sementara jumlah tanggungannya RM2,246.92 sebulan.

Exco hal-ehwal agama Dr Hassan Ali pula RM17,722.08 (pendapatan) dan RM12,781 (tanggungan).

Exco pelancongan Elizabeth Wong, yang sedang bercuti susulan isu foto bogel, mendapat RM17,722.08 dan membayar hutang kad kredit RM2,000 sebulan.

Exco perumahan Iskandar Abdul Samad RM17,722.08 (pendapatan) dan RM2,527 (tanggungan).

Rodziah Ismail, exco kebajikan, RM18,122.08 (pendapatan) dan RM3,830.25 (tanggungan).

Ronnie Liu Tian Khiew, exco kerajaan tempatan, RM20,722.08 (pendapatan) dan RM4,657 (tanggungan).

Exco pertanian Yaakob Sapari mendapat RM17,722.08 dan menanggung RM1,598.99.

Exco kesihatan Dr Xavier Jayakumar RM17,722.08 (pendapatan) dan RM2,270 (tanggungan).

Exco pendidikan Dr Halimah Ali mendapat RM17,722.08 dan menanggung RM7,238.50.

Semua maklumat pendapatan barisan exco ini tidak termasuk perolehan pasangan masing-masing. Maklumat aset menteri besar sendiri bagaimanapun setakat 8.45 malam ini belum dimuatkan di laman web tersebut.

Hairan juga kenapa MB Selangor belum memuatkan aset beliau ke laman web berkenaan , mungkin banyak yang mahu di adjust , mungkin kebuntuan tidak tahu bagaimana mahu menyorok ketul ketul pendapatan yang begitu besar sehingga tidak tersorok.Yang hairan lagi kebanyakan ADUN Pakatan ini pakatan mereka dalam lingkungan RM1500 sebulan. Betul ke … Elizebeth wong pual terpaksa membayar RM2000 untuk hutang kad kredit. Banyak hutang tu, tanggung siapa ? kan Elizebeth Wong itu bujang.

Perisytiharan itu dititahkan dalam ucapan Sultan Selangor sewaktu baginda merasmikan persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) awal minggu ini.

KPMU - Torashah

4 ulasan:

chotz berkata...

salam.. my mom kerja bank and she said apa yg kerajaan selangor buat bukan pengishtiharan aset.. pengishtiharan aset sepatutnya lebih detail.. apakah mana2 exco ditawarkan jawatan dalam syarikat? ada pegangan saham/share?? berape banyak?? aset harta, aset hartanah, aset kenderaan, etc..

kalau exco kerajaan selangor tak reti mcm mane nak ishtiharkan harta, sila rujuk bank negara ye.. harap maklum...

p/s: apa yg diishtiharkan di laman web adalah tidak telus kerana sekadar menyatakan amaun gaji & tanggungan bulanan... itu tidak tepat..

zuda berkata...

Betul cakap mom chotz tu! Itukah yang dikatakan telus oleh pemimpin2 PR. Itu bukan pengistiharan aset. Hanya nak bagitahu pendapatan dan tanggungan.

Taminsari berkata...

Pendapatan MB Selangor RM43,222

Pendapatan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang meliputi gaji dan imbuhan tetap atau elaun berjumlah RM43,222 sebulan.

Maklumat itu diperoleh dari laman web rasmi Kerajaan Negeri Selangor www.selangor.gov.my yang boleh dilayari sejak pukul 11 pagi ini.

Berdasarkan paparan maklumat itu, Menteri Besar menerima gaji RM17,715 sebulan manakala dalam bentuk elaun pula RM35,507 menjadikan jumlahnya ialah RM43,222.
Abdul Khalid memberitahu, maklumat pengisytiharan harta beliau serta aset lain gagal dilayari semalam kerana masalah teknikal pada sistem portal tersebut.

Beliau tidak menolak masalah itu mungkin berpunca kerana terlalu banyak data berkaitan harta dan aset Exco-exco kerajaan negeri dimuat turunkan serentak menyebabkan sistem di portal itu terganggu.

Sejak pukul 6 petang semalam, orang ramai boleh mengetahui mengenai harta dan aset lain milik 10 barisan Exco negeri di laman web itu, kecuali Menteri Besar kerana masalah teknikal tersebut.

“Akan ada banyak maklumat terkini yang bakal ditambah sebab kita hendak tengok macam mana orang komen daripada paparan maklumat aset ini.

“Kita juga akan mengurangkan jumlah borang dipaparkan bagi memudahkan orang ramai memahami,” ujarnya.

Abdul Khalid berkata demikian kepada pemberita selepas melepaskan rombongan yang menjayakan program Whistle Stop dan mini karnival rakyat di Dewan Annex, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz di sini hari ini.

Kerajaan negeri memutuskan untuk memaparkan maklumat pengisytiharan harta itu sebagai menyahut saranan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah semasa merasmikan Persidangan Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor di sini pada Selasa lalu

Abdul Khalid berkata, pihaknya menerima banyak maklum balas berhubung usaha memaparkan aset itu termasuk daripada Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Menurutnya, ada sesetengah pihak mencadangkan agar menteri dan Ahli Parlimen melakukan tindakan yang sama tetapi bagi Selangor, kerajaan negeri hanya memberi tumpuan kepada Menteri Besar dan barisan Exco.

oyabun berkata...

Salam..

DUN S'gor lulus usul k'jaan negeri, GLC beri sumbangan .

Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini meluluskan usul mengiktiraf kebebasan kerajaan negeri dan anak syarikatnya (GLC) bagi menyumbang kepada mana-mana pihak yang difikirkan sesuai.

Usul yang dikemukan oleh exco kerajaan negeri, Dr Xavier Jayakumar itu dilihat sebagai cuba 'menyelamatkan' menteri besarnya Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang menyumbangkan 46 ekor lembu korban kepada beberapa masjid dan surau di Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur Disember lalu.

Sebelum ini, Gerakan Rakyat Anti-Korupsi (Gerak) melaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), mendakwa Abdul Khalid menyalahgunakan dana kerajaan negeri dalam pembelian lembu tersebut.

Bekas menteri besar, Dr Mohd Khir Toyo, kini ketua pembangkang Selangor, juga tampil mengemukakan bukti berhubung perkara itu.

Hujung bulan lalu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Ahmad Said Hamdan dilaporkan berkata, terdapat bukti-bukti kukuh berhubung dakwaan tersebut dan kertas siasatannya akan dikemukakan kepada Pejabat Peguam Negara.

Usul di bawah Peraturan Tetap 27(3), Agenda Pertanggungjawaban Sosial bagi merealisasikan agenda merakyatkan ekonomi Selangor yang dibentangkan Dr Xavier petang ini menyebut:

"Bahasanya Dewan ini menetapkan untuk mengiktiraf kebebasan kerajaan negeri untuk membuat sumbangan sebagai sebahagian daripada tanggungjawab sosial kepada mana-mana pihak yang difikirkan sesuai untuk mereka selari dengan undang-undang dan dasar-dasar mereka."

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Andalas berkata, kuasa yang akan diberikan itu, antaranya, boleh memotivasikan kakitangan GLC negeri dan membina 'brand image' dan kesetiaan pengguna.

Katanya, inisiatif kerajaan Selangor itu telah dimulakan apabila kerajaan membuat sumbangan besar kepada mangsa gempa bumi Sichuan di China; mangsa taufan Nargis di Myammar dan bantuan terhadap rakyat Gaza melalui Yasasan Amal Selangor.

Dr Mohd Khir minggu lalu - ketika menangkis serangan terhadap pentadbiran beliau - berhubung isu perjalanan udaranya semasa menjadi menteri besar dan penggunaan kereta sebuah GLC oleh isterinya - turut menjangkakan usul ini akan dibentangkan.

Bertempat di Bandar Saujana Utama, Kuala Selangor

Bertempat di Bandar Saujana Utama, Kuala Selangor