Selasa, 27 September 2011

Pejabat Penyelaras PKR DUN Jeram ditutup!

Pejabat Urusetia Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Parti Keadilan Rakyat (PKR), Jeram dekat di sini terpaksa ditutup kepada orang ramai setelah mendapat notis penyitaan daripada Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) pada Rabu lalu.

Premis yang beralamat di No. G11, Kompleks Bazar Sungai Buloh itu menempatkan pejabat Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kuala Selangor dan juga Urusetia Penyelaras N12 DUN Jeram.

Premis tersebut telah diwujudkan sebagai pejabat parti itu oleh bekas Penyelaras N12 DUN Jeram, Prof. Datuk Seri Dr. Razali Bolhi sejak September 2008 dan diteruskan oleh ahli jawatankuasa yang ada sekarang.

Kawasan DUN Jeram terletak di bawah Cabang PKR Kuala Selangor yang diterajui oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dengan terdapat sejumlah 2,170 ahli melibatkan 19 ranting.

Menurut Razali, sebelum ini pihaknya mengambil inisiatif membuka pejabat tersebut bersebelahan klinik homeopati miliknya ketika memegang jawatan penyelaras PKR DUN Jeram selain menempatkan pejabat AMK Kuala Selangor.

Katanya, sejak beroperasi pada September 2008, kos penyelenggaraan dan sewaan telah ditanggungnya sendiri tanpa bantuan dana parti sehingga beliau tidak lagi menjadi penyelaras DUN itu.

Tambahnya, beliau tidak lagi menjadi penyelaras kerana telah dilantik menjadi Setiausaha Eksekutif Menteri Besar yang kontraknya tamat pada Jun lalu.

''Operasi klinik itu saya hentikan memandangkan kontrak saya dengan Menteri Besar adalah sepenuh masa dan saya telah serahkan pejabat itu kepada ahli jawatankuasa baru dengan perbelanjaan kos bagi sewaan bangunan terus saya bayarkan.

''Namun, sejak enam bulan lalu saya tidak dapat lagi membayar sewa premis itu dan saya tidak salahkan sesiapa, cuma ingin menyatakan sekarang saya sudah tidak mampu lagi menanggung kos tersebut dan keputusan diambil untuk menutup pejabat tersebut dengan serta-merta," katanya kepada di sini hari ini.

Menurut Razali, semalam satu mesyuarat urus setia penyelaras PKR N12 DUN Jeram telah diadakan yang dipengerusikan oleh Ahli Jawatankuasa PKR Cabang Kuala Selangor, Yaakob Mohamad bersama enam ketua ranting dan memaklumkan bahawa notis penyitaan pejabat oleh MDKS berkuatkuasa 21 September lalu.

''MDKS telah memberikan tempoh selama tujuh hari untuk menyelesaikan tunggakan sewa berjumlah RM2,000 dan juga bil elektrik sebanyak RM600.

''Setelah memutuskan pejabat tersebut ditutup, saya akan berurusan dengan MDKS bagi membayar tunggakan sewa premis berkenaan secara ansuran," katanya.

Dalam pada itu, Setiausaha MDKS, Azahari Sairin ketika dihubungi berkata, notis tersebut bukan bermakna premis tersebut disita sebaliknya sebagai satu bentuk pemberitahuan supaya tunggakan penyewaan dapat diselesaikan.

''Premis tersebut diletakkan di bawah nama Razali yang sebelum itu merupakan sebuah klinik homeopati miliknya," katanya.

Warna-warni politik
Torashah

Tiada ulasan:

Bertempat di Bandar Saujana Utama, Kuala Selangor

Bertempat di Bandar Saujana Utama, Kuala Selangor