Isnin, 19 September 2011

7,000 bekas ahli PKR Selangor mohon sertai Barisan Nasional!

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam menerima 7,000 keping borang keahlian untuk menyertai Barisan Nasional (BN) daripada bekas ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) dari sekitar Selangor.

Mereka terdiri daripada ahli PKR di kawasan Seri Muda, Shah Alam, Bukit Kemuning, Puchong, Kinrara, Petaling Jaya dan Ijok. Borang berkenaan diserahkan pada majlis mesra pemimpin-pemimpin BN sempena Program Sirih Pulang ke Gagang di Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini semalam.

Hadir sama Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar; Penaung program, Datuk Shafie Abdullah dan Pengerusi program, Datuk Sheikh Badar Sheikh Embong.

Kesemua mereka yang menyokong PKR pada Pilihan Raya Umum Ke-12 membuat keputusan keluar daripada parti itu kerana tidak lagi percaya dengan pemimpin parti itu yang ternyata gagal menunaikan janji-janji yang dibuat semasa pilihan raya.

Najib yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor dalam ucapannya menyifatkan tindakan mereka yang terlibat membuktikan semakin ramai ahli parti pembangkang sudah hilang kepercayaan terhadap barisan kepemimpinan Kerajaan PKR Selangor.

"Saya amat terharu dengan sokongan mereka dan kita sememangnya berhasrat untuk mewujudkan kerajaan yang kuat lagi utuh kerana ia menjadi tunjang kepada masa depan negara.

"Mudah-mudahan program ini akan membuahkan hasil yang besar dan menunjukkan bahawa rakyat Selangor telah bersedia melakukan perubahan dan kali ini ialah mengembalikan Selangor kepada BN," katanya.

Najib berkata, keutuhan kerajaan memerintah amat penting kerana ia akan menjadi penentu terhadap kejayaan sesebuah negara.

"Perkara pertama yang pihak pelabur akan tanya ialah politik stabil atau tidak. Jadi kita mesti tunjukkan majoriti rakyat sokong BN dan saya percaya kalau ini berlaku, ia akan memberi kesan besar kepada ekonomi," jelas beliau.

Sementara itu : BN beri harapan baru kepada rakyat jika rampas kembali Selangor

Barisan Nasional (BN) Selangor berikrar untuk melaksanakan sistem pentadbiran yang memenuhi harapan dan cita rasa rakyat Selangor jika diberi mandat mentadbir semula negeri ini.

Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN Selangor, Datuk Seri Najib Tun Razak memberi pengharapan baru itu kepada rakyat Selangor yang kecewa dengan pentadbiran kerajaan negeri sedia ada.

"Kita berazam dan bertekad sekiranya diberi kepercayaan pada pilihan raya umum akan datang, kita akan lakukan yang terbaik di Selangor.

"Jika sayang negeri Selangor, yakinilah BN,” katanya ketika berucap pada rumah terbuka Aidilfitri BN Selangor di i-City di sini, semalam, di hadapan kira-kira 20,000 pengunjung terdiri daripada pelbagai lapisan rakyat Selangor serta pemimpin parti komponen BN Selangor.

Najib juga melahirkan rasa gembira dengan sambutan memberangsangkan oleh rakyat berbilang kaum yang sama-sama menikmati juadah yang disediakan.

Warna-warni politik
Torashah..

Tiada ulasan:

Bertempat di Bandar Saujana Utama, Kuala Selangor

Bertempat di Bandar Saujana Utama, Kuala Selangor