Kegagalan pakatan pembangkang menyatakan pendirian jelas berhubung pelaksanaan hukum hudud dilihat sebagai satu helah Anwar Ibrahim bagi melepaskan diri daripada tersepit dengan perbezaan ideologi parti-parti pembangkang.
Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim berkata, Anwar tidak konsisten dalam pendiriannya mengenai hudud malah ketika kerajaan Kelantan membawa hal sama pada awal 1990-an, Anwar menentang perkara tersebut.
"Hari ini apabila dia berjumpa dengan Pas, dia kata sokong hudud tetapi apabila berjumpa DAP, dia kata sokong pendirian DAP. Impiannya hanya mahu mempertahankan kedudukan sebagai ketua pembangkang," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau mengulas keputusan mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan (MPP) Rabu lalu yang tidak menyatakan secara jelas pendirian mereka terhadap hudud walaupun bermesyuarat selama empat jam.
Anwar pada sidang akhbar selepas mesyuarat itu memberitahu, isu hudud telah dilihat dari sudut dasar-dasar bersama yang dipersetujui seperti yang terkandung dalam Perlembagaan, dasar bersama pembangkang dan Buku Jingga.
Pada masa sama, kata Anwar, pemimpin pembangkang juga memperakui dan menghormati perbezaan ideologi setiap parti dalam pembangkang sebagai sebuah permuafakatan demokratik termasuk pendirian Pas berkenaan hukum syariah.
Menurut Zahrain, Anwar juga bukanlah individu yang layak memperkatakan soal hukum hudud disebabkan kelakuan dan moralnya yang diragui.
"Dia terlibat dengan kes liwat dan pernah menentang hudud, jadi dia tidak layak memperkatakan soal ini. Sebagai seorang Islam, Anwar sepatutnya mempunyai pendirian tegas dalam hal ini walaupun ditentang oleh DAP," katanya.
Bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari pula berkata, keputusan itu memberi gambaran bahawa Anwar sedang 'memperbudak-budakkan' Pas dan lebih memihak kepada DAP.
"Anwar sebenarnya terhutang budi dengan DAP kerana ramai peguam DAP yang membela beliau dalam kes liwatnya.
"Sedangkan Pas pula perlukan Anwar hanya untuk menarik undi daripada golongan bukan Islam. Itulah wajah sebenar Anwar yang lebih mengutamakan pihak yang memberi manfaat kepadanya sahaja," katanya.
Warna-warni politik
Torashah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan