Khamis, 22 September 2011

Tuanku Mizan lawat Selangor.

Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Tuanku Nur Zahirah tertarik dengan lukisan yang dipamerkan ketika melawat Galeri Diraja di Shah Alam, semalam.

Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah berangkat ke Selangor sempena lawatan rasmi Seri Paduka berdua selama tiga hari ke negeri ini bermula hari ini.

Seri Paduka berdua tiba di Istana Alam Shah, sini kira-kira pukul 10 pagi dalam satu kunjungan hormat serta istiadat sembah kenal Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Terdahulu, ketibaaan Seri Paduka berdua disambut perbarisan kawalan hormat diraja daripada anggota Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) disusuli dengan tembakan 21 das meriam kehormat.

Turut hadir sempena kunjungan Seri Paduka berdua antaranya ialah Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, barisan Exco serta pegawai-pegawai kanan kerajaan negeri.

Pada masa yang sama, Tuanku Mizan dan Tuanku Nur Zahirah bersama-sama Sultan Selangor mengadakan lawatan di Istana Alam Shah di sini termasuk mengunjungi Masjid Istana Diraja dan Galeri Kereta Diraja di istana berkenaan.

Sejurus selepas lawatan di istana berkenaan, Seri Paduka berdua melawat Galeri Diraja Sultan Abdul Aziz, di sini dan Istana Bukit Kayangan di Shah Alam sebelum berangkat ke Majlis Santapan Negeri di Istana Alam Shah, malam ini.

Dalam rangka lawatan ke Selangor, Seri Paduka berdua esok dijadualkan berangkat ke Majlis Mesra Rakyat di Pantai Morib, Kuala Langat kira-kira pukul 9.30 pagi selain berkenan mendengar taklimat mengenai kemajuan dan pembangunan negeri ini di Tingkat 22, Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) pada pukul 3 petang.

Seri Paduka berdua turut berkenan berangkat ke Majlis Santapan Menjunjung Kasih di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) kira-kira kira-kira pukul 8 malam esok.

Seri Paduka berdua dijangka mengakhiri kunjungan rasmi ke Selangor pada hari Jumaat ini manakala majlis istiadat keberangkatan pulang Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong akan berlangsung di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam pada pukul 8.30 pagi.

Warna-warni politik
Torashah

Tiada ulasan:


Bertempat di Bandar Saujana Utama, Kuala Selangor

Bertempat di Bandar Saujana Utama, Kuala Selangor