“Kalau bukan kita yang nak tolong bangsa kita sendiri, siapa yang akan datang menghulur bantuan. Kami juga ibarat `melukut di tepi gantang’ bila bersama-sama DAP walaupun pada awal penubuhan DAP Cawangan Lembah Kinrara, Puchong dua tahun yang lepas, kami ini diibaratkan sebagai `anak emas’, apa sahaja yang permintaan kami, kononnya akan ditunaikan oleh DAP khususnya ADUN Kinrara yang kini merupakan Pengerusi DAP Selangor, Teresa Kok,” ujar bekas Pengerusi DAP Lembah Kinrara, Harun Abdul Wahab, 58.
Sehubungan itu, Harun bersama kumpulan pertama terdiri daripada 64 orang bekas ahli DAP Lembah Kinrara, Cawangan DAP Melayu di Selangor menyerahkan borang permohonan menyertai UMNO kepada Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan petang tadi.
“Kesedaran yang timbul dalam diri kamilah yang menyebabkan kami rasa bertanggungjawab untuk kembali bersama perjuangan UMNO, kerana kami juga satu ketika dulu merupakan ahli UMNO, namun kerana kesilapan yang kecil ketika itu, kami membawa perpecahan kepada UMNO di kawasan kami.
Kami sedar, dan kami bersepakat untuk keluar DAP. UMNO tu bukan tak elok, yang tak elok itu adalah diri kita sendiri. Kita yang tak sokong dengan elok, yang akhirnya orang pandang serong dan buruk pada UMNO atas kesilapan yang kita sebagai ahli sendiri yang buat,” ujarnya selepas menyerahkan 64 borang permohonan kepada Datuk Ahmad Maslan, petang tadi.
PKR memang wujud di kawasan Lembah Kinrara, namun keputusan meninggalkan UMNO dan menubuhkan cawangan DAP Melayu yang pertama dibuat pada tahun 2009 kerana beliau tidak yakin dan percaya kepada perjuangan PKR di kawasan tersebut, manakala PAS memang tidak ada di kawasan tersebut.
”Ketika itu, kita memang tengok DAP pada zahir sahajalah. Cara mereka memikat kita ketika itu memang eloklah. Kalau ada apa-apa yang kita cakap pun ketika itu, dia dengar. Tapi sekarang ini, kalau kita nak minta bantuan pun, lepas tapis, tapis.
Sekarang ini bila mereka dah menang lama, dah semakin kuat, kita pun dia dah tak pandang lagi. Sehubungan dengan itu, buat umat Melayu yang masih bersama DAP ini, agar berfikirlah kembali asas perjuangan kita, agar kita tidak mengkhianati anak bangsa kita di masa depan atas kesilapan yang kita lakukan pada hari ini,” ujarnya. – MediaUMNO
Warna-warni politik
Torashah..
1 ulasan:
Ini komen beliau dahulu semasa menyertai DAP:
Pengerusi cawangan DAP Lembah Kinrara Haron Abdul Wahab sendiri membidas kenyataan Satim tersebut.
Beliau mengatakan bahawa semenjak penubuhan cawangan ini pada 9 September 2009, tidak ada seorang pun ahli yang telah meletak jawatan. Malahan, dijangka 20 orang lagi akan menyertai cawangan ini.
Beliau mengatakan bahawa semenjak Pakatan Rakyat menerajui kerajaan Selangor, mereka semakin yakin dengan DAP. Dia kata dalam dua tahun ini, dia sudah 8-10 kali melihat saya selaku wakil rakyat mereka datang ke kampung mereka mengadakan program, majlis berbuka puasa, dan mengambil berat hal-ehwal mereka.
Satim pula tidak pernah sekali pun melangkah masuk ke kampung mereka untuk melihat keadaan mereka, seolah-olah tidak mempedulikan mereka.
Haron juga mengatakan bahawa dia memang tidak suka terhadap UMNO dan tidak pernah berhasrat menyertai UMNO.
Dulu bukan main lagi puji melangit DAP. Bila dah sertai UMNO, Nanti ada pula yang kata 21 Orang ini dibayar oleh UMNO. UMNO juga dipersalahkan. Apa-apa pun kalau dah sedar tu baguslah.
Catat Ulasan