Khamis, 18 November 2010

Selangor Bangkit : Apa kejayaan Anwar membangunkan ekonomi Selangor?

Penasihat Ekonomi Selangor, Anwar Ibrahim diakui bukan sahaja gagal melaksanakan tugasnya memajukan ekonomi negeri itu malah turut berperanan dalam 'menjahanamkan' ekonomi negara.

Bekas Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan, Mohd. Zahid Md. Arip berkata, ini kerana, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu dilihat sibuk berpolitik menghentam negara di pentas antarabangsa sehingga menimbulkan rasa curiga pelabur asing terhadap ekonomi Malaysia.

''Beliau (Anwar) bukanlah pakar ekonomi. Sebagai Penasihat Ekonomi Selangor, beliau pergi ke luar negara bukan hendak tarik pelabur tetapi memburuk-burukkan Malaysia.

''Inilah kerja Anwar. Bagaimana mungkin pelabur asing hendak datang melabur ke negara ini kerana telah diburuk-burukkan oleh Anwar,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Mohamed Satim Diman yang mendakwa, Anwar perlu dipersalahkan dalam pelbagai konflik melibatkan pengurusan kewangan Selangor termasuk isu penyelewengan dan salah guna kuasa Perbadanan Kemajuan Ekonomi Selangor (PKNS).

Mohamed Satim berkata, sebagai Penasihat Ekonomi negeri, Anwar sepatutnya berusaha mencari jalan terbaik bagi menguruskan kewangan dan membangunkan ekonomi Selangor.

Katanya, aktiviti Anwar yang sering keluar masuk negara dan berjumpa dengan pelbagai pihak sepatutnya mampu menarik lebih ramai pelabur asing ke Selangor sekali gus merancakkan ekonomi negeri itu.

Mengulas lanjut, Mohd. Zahid berkata, kerajaan negeri dibawah pimpinan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sememangnya telah melakukan kesilapan apabila melantik Anwar selaku Penasihat Ekonomi negeri.

''Cuba kita lihat contoh cadangan pembinaan kampus cawangan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) di Hulu Selangor yang tidak dapat dilaksanakan berikutan tidak mendapat kelulusan kerajaan Selangor.

''Tidakkah mereka 'buka mata' betapa ia akan membuka banyak peluang pekerjaan, perniagaan dan mampu merancakkan ekonomi Hulu Selangor?,'' ujarnya.

Sementara itu, kenyataan Mohd. Zahid turut disokong oleh bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari yang melihat Anwar tidak memberi apa-apa sumbangan terhadap kemajuan ekonomi Selangor.

''Saya juga setuju dengan kenyataan Mohamed Satim. Apa yang Anwar sudah lakukan sebelum ini sejak memegang jawatan Penasihat Ekonomi Selangor?. Mana dia pelabur dan juga program menjana urus tadbir yang baik yang diuar-uarkan sebelum ini?,'' soal beliau.

Anuar turut melontarkan persoalan mengapa Anwar kerap berada di luar negara dan apakah beliau memperoleh segala kemudahan selaku Penasihat Ekonomi Selangor sepanjang berada di luar.

''Anwar sebenarnya tidak berperanan sangat sebagai Penasihat Ekonomi negeri itu. Kalau dilihat, beliau lebih banyak tumpu kepada politik semata-mata,'' katanya.

''Saya sendiri tidak nampak apakah kejayaan yang telah dilakukan oleh Anwar terhadap ekonomi Selangor. Kalau ada, sudah tentu mereka ini akan kecohkan kejayaan itu,'' tambahnya.

Warna-warni politik
Torashah

2 ulasan:

usin berkata...

penasihat ekonomi sgor paling bangsat dlm sejarah. sebagai penasihat ekonomi tetapi asyik keluar negara hentam negara sendiri. kesannya pelabur curiga nk masuk ke negara ini. apa lg taraf nk bagi pada manusia mcm ni kalau bukan bangsat? eloklah PR memilih sibangsat ini untuk memunahkan ekonomi sgor..

Taminsari berkata...

Anwar bangsat merupakan orang paling akhir yang layak bercakap mengenai Islam kerana karakter dirinya sendiri.

Beliaulah yang sebenarnya memalukan umat Islam seluruh dunia kerana dilabel sebagai seorang pemimpin Islam liberal yang sarat dengan masalah dan masalah-masalah itu pula didedahkan oleh orangnya sendiri.

Kritikan beliau terhadap Malaysia merupakan suara luar tabii. Apatah lagi dalam keadaan pemimpin dan negara lain mengiktiraf Malaysia tetapi beliau pula mengambil tindakan bertentangan???


Bertempat di Bandar Saujana Utama, Kuala Selangor

Bertempat di Bandar Saujana Utama, Kuala Selangor