Ahad, 27 September 2009

Desak Ibrahim letak jawatan!

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengulangi gesaan agar Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali melepaskan jawatan ekoran tindak-tanduknya yang semakin bertentangan dengan parti itu.

Nik Abdul Aziz berkata, langkah itu perlu jika mahu amal solehnya diterima Tuhan kerana rezeki yang diperoleh melalui hasil jawatan tersebut adalah ‘tidak betul.’

Katanya, rakyat Pasir Mas tidak lagi merestui Ibrahim sebagai wakil rakyat mereka yang diberi kemenangan selepas bertanding sebagai calon bebas atas tiket Pas dalam pilihanraya umum lalu.

Sehubungan itu katanya, langkah terbaik yang perlu dilakukan oleh Ibrahim adalah dengan melepaskan jawatan itu dan memberi laluan pilihan raya kecil di kawasan itu.

“Kalau orang Pasir Mas kata dia kena berundur, berundurlah. Duit yang dia makan tu tak betul, dia sembahyang Tuhan tak terima, dia buat apa pun Tuhan tidak terima. “Baik dia letak jawatan lagi senang. Perut kenyang pun tapi kalau masyarakat perlekeh buat apa?

Dulu orang Pas yang undi dia, orang UMNO ada sedikit sahaja,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini hari ini. Kenyataan Nik Abdul Aziz ini adalah susulan desakan pemimpin Pas Kelantan sebelum ini yang mahukan Ibrahim melepaskan jawatan kerana beliau dilihat sudah berpaling tadah.

Saya laksanakan amanah

Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali mempersoalkan tindakan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengulangi desakan supaya beliau mengosongkan kerusi Parlimen tersebut.

Beliau sebaliknya mendesak Nik Abdul Aziz supaya meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chempaka kerana gagal melaksanakan tugas walaupun telah diberi mandat oleh rakyat hampir 20 tahun menerajui negeri ini.

Katanya, Mursyidul Am Pas itu tidak berhak untuk mendesaknya melepaskan jawatan kerana kemenangannya pada pilihanraya umum lalu diberikan oleh penduduk Pasir Mas dan parti hanya menjadi landasan untuk berbakti.

“Kenapa saya perlu meletak jawatan, dia yang sepatutnya meletakkan jawatan, apa yang dia buat sejak memerintah Kelantan pada 1990? Tidak ada perubahan langsung. “Nik Abdul Aziz gagal untuk mentadbir dan ia jelas terbukti, jadi dia yang harus meletakkan jawatan kerana sudah lama memerintah tetapi tidak ada apa yang dibuat untuk rakyat di negeri ini.

“Saya tidak makan duit haram, semua elaun saya sebagai Ahli Parlimen saya kembalikan kepada rakyat bagi memastikan mereka tidak hidup dalam keadaan susah kerana kerajaan negeri tidak membantu,” katanya kepada pemberita pada Majlis Sambutan Aidilfitri Parlimen Pasir Mas di sini hari ini.
Komen Torashah:

Kenyataan Pok Nik ibarat ketam mengajar anaknya berjalan. Adalah lebih baik Pok Nik menasihatkan ahli-ahli PAS yang masih lagi mencari rezeki dengan kerajaan supaya berhenti sahaja berkhidmat. Langkah itu perlu jika mahu amal soleh mereka diterima Tuhan kerana rezeki yang diperoleh melalui hasil pekerjaan tersebut adalah ‘tidak betul.’ ( berniat tidak baik kepada majikan ).

Kalau orang Melayu kata mereka kena berhenti, maka berhentilah. Duit yang mereka makan tu tak betul, mereka sembahyang Tuhan tak terima, mereka buat apa pun Tuhan tidak terima. Baik dia letak jawatan lagi senang. Perut kenyang pun tapi kalau niat dihati tidak baik kepada majikan buat apa? Adalah lebih baik kepada ahli-ahli PAS yang masih lagi bekerja dengan kerajaan supaya meletakkan jawatan kerana ada rakyat lain yang tiada pekerjaan memerlukan jawatan tersebut bila ada kekosongan? Wallahuallam.

Warna-warni Politik

Torashah

2 ulasan:

Cetusan berkata...

sokong mana2 ahli pas yang kerja dengan gomen letak jawatan..kerja sebagai petani..sokong 100%..

,tak perlu bayar cukai kepada pusat cukai KFC cukai pendapatn cukai JPJ, cukai beras..masukkan ke dalam belanjawan negeri yang memerintah sokong22..cadangan yang baguss..apa2 cukai barangan lagi..

oyabun berkata...

Pok Nik menyifatkan cabaran anggota Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali supaya beliau meletakkan jawatan sebagai isu lama yang tidak perlu dilayan.

Mursyidul Am PAS itu berkata, rakyat boleh menilai sendiri apa yang telah dilakukannya sepanjang mentadbir Kelantan selepas memenangi pilihan raya umum 1990.

Banyak perubahan daripada segi pembangunan telah dilaksanakan di Kelantan, termasuk di daerah-daerah terpencil seperti Gua Musang, Tanah Merah dan Jeli, katanya kepada pemberita pada majlis Aidilfitri PAS di perkarangan Stadium Sultan Mohamed Ke-1V, di sini.

Beliau mengulas kenyataan Ibrahim semalam yang mencabarnya meletak jawatan kerana gagal melaksanakan tugas sebagai Menteri Besar dan juga atas alasan beliau sudah tua dan wajar memberi laluan kepada pemimpin muda.

Cabaran Ibrahim itu adalah sebagai susulan kepada desakan Menteri Besar itu supaya anggota Parlimen Pasir Mas itu melepaskan jawatan ekoran tindak tanduknya yang semakin bertentangan dengan parti itu. Pada pilihan raya umum 2008, Ibrahim memenangi kerusi Parlimen Pasir Mas sebagai calon Bebas atas tiket PAS.

Tapi benar ke banyak pembaharuan yang telah dilakukan oleh Pok Nik? Yang amat ketara adalah selama hampir 20 tahun memerintah, PAS cuma mendirikan sebuah masjid manakala kuil-kuil Buddha yang mana binaannya lebih tinggi dari manara masjid tumbuh macam cendawan dinegeri serambi Mekah? Adakah pembangunan yang dikatakan oleh Pok Nik dilakukan sendiri oleh kerajaan negeri tanpa pertolongan kerajaan Pusat? Fikir-fikirkan lah kata-kata Pok Nik ini....?


Bertempat di Bandar Saujana Utama, Kuala Selangor

Bertempat di Bandar Saujana Utama, Kuala Selangor