Pendedahan ini akan dilakukan untuk sama-sama kita renungi apa yang sebenarnya berlaku sekarang di Selangor agar kita dapat mengetahui majoriti rakyat Selangor kini sedang 'menangis' di bawah pemerintahan Pakatan Pembangkang.
Pendedahan :
Blog air mata Selangor telah mendedahkan bahawa Exco Ronie Liu (Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan) telah bertindak tanpa kebenaran Menteri Besar dengan menghantar surat kepada PBT tertentu untuk memberi arahan tangguh operasi PBT ke atas pusat cyber cafe yang beroperasi lebih waktu.
Tindakan ini dibuat Ronie untuk membenarkan operasi lebih masa untuk pelancong. Namun tindakan sebesar ini (arahan tangguh operasi) perlu dibuat dalam mesyuarat exco bukan dibuat atas budi bicara seorang exco sahaja dan perlu dibuat paling kurang pun di atas restu dan kebenaran Menteri Besar.
Ronnie berani mengeluarkan surat ini kerana menyedari Khalid tidak mampu menegur beliau. Ini dibuktikan apabila selepas surat ini dikeluarkan Khalid masih juga berdiam diri dan tidak mengenakan apa-apa tindakan terhadap Ronie mahupun menegur beliau.
Soal membenarkan operasi lebih masa untuk Pelancong juga menjadi pertikaian.Apakah yang sebenarnya dilakukan pelancong di cyber cafe pada lewat malam?Adakah kegiatan perjudian turut berlaku di dalam cyber cafe itu?
Senario ini semakin kerap terjadi di Selangor di atas kecekapan Ronie Liu menjaga PBT dan kecekapan Khalid mengawal tindak-tanduk Exconya.Tindakan tanpa pengetahuan Menteri Besar Selangor ini diteruskan lagi dengan Ronie Liu dikatakan ingin melantik pegawai-pegawai kroni beliau( majoriti berbangsa cina) di PBT seluruh Selangor. Yang mana pegawai-pegawai ini ditempatkan khas oleh Ronie Liu untuk memastikan beliau dapat menguasai pentadbiran PBT di Selangor dan memudahkan beliau menjalankan 'kerja-kerja'nya.
Bagaimana Ronie Liu melakukannya tanpa pengetahuan Menteri Besar Selangor?Menurut rakan blogger Kumbang, Ronie Liu telah meminta bantuan Jabatan Sumber Manusia Selangor untuk menggerakkan gerakan ini dengan lebih meluas lagi. Ronie Liu dikatakan juga ingin berusaha untuk melantik Datok Bandar MBPJ, Yang Dipertua MPSJ dan Yang Dipertua MPK daripada kalangan kroni beliau untuk memastikan gerakan menguasai PBT Selangor dapat dilaksanakan dengan jayanya.
Apa agenda di atas tindakan-tindakan beliau ini boleh sama-sama kita fikirkan. Mungkin Ronie Liu boleh jawab sendiri mengenai perkara ini samada benar atau tidak.Mungkin ada kena mengena dengan Ronie Liu atau tidak, wujudnya hampir 4,000 premis perjudian, siber kafe dan spa beroperasi secara haram walaupun hanya 700 lesen diluluskan oleh kerajaan negeri. Menimbulkan pertikaian, adakah perkara ini ada kena mengena dengan beliau. Kerana portfolio beliau yang menjaga PBT saling berkait dengan perkara ini.
Jika beliau menafikan hubungan beliau dengan segala kegiatan haram ini perkara itu masih belum menafikan ketidakkecekapan beliau dalam menguruskan PBT di Selangor.Kewujudan banyak premis haram ini antara lain akan menyebabkan masalah sosial akan semakin teruk dan rakyat Selangor akan menerima kesan yang amat dasyat berpunca daripada perkara ini.Di mana jaminan keselamatan dan pengurangan gejala sosial yang menjadi manifesto Pakatan Pembangkang pada PRU ke-12 lalu?
Adakah dibuang dan dicampakkan di dalam tong sampah?Kumbang mohon kepada Menteri Besar untuk bangun daripada tidur dan cepat menangani isu ini. Sekurang-kurangnya berani menegur Ronie Liu supaya tidak memijak kepala beliau.Rakyat kini menangis di Selangor, persoalannya adakah kerajaan Selangor peduli?
sumber - analisisringan
Warna-warni politik
Torashah
1 ulasan:
Ronnie Liu ? BUKANKAH dia dalam jadual untuk perbicaraan menghalang PBT memerikasa permis yang menjalankan kegiatan pelacuran. Tak silap dijadualkan untuk dibicarakab Oktober depan. Common EXCO sendiri menghadapi tuduhan melindungi kegiatan pelacuran..shame on him!!
Catat Ulasan