Selasa, 7 Julai 2009

Lim Guan Eng - Muka Tak Tahu Malu!

Ibarat sudah membuang " air besar ", tetapi tak reti nak basuh sendiri sehinggakan baunya " harum semerbak ". Bila sudah menjadi " harum " nak minta orang tolong cucikan. Kalau sudah tak tau memerintah, letak jawatan sahaja. Bercakap berderau-derau, tetapi di ponggong penuh dengan tahi. Minta maaflah Guan Eng, lu pandai janji lu sendiri tanggong lah. Lu punya " tahi " mau basuh dengan sabun berapa tan pun tak cukup. Bau masih ada lagi lo...!

Pulau Pinang hantar surat minta Pusat ambil alih tanah

Kerajaan Pulau Pinang semalam menghantar surat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak supaya mengambil balik tanah seluas 2.6 hektar di Kampung Buah Pala, Gelugor di sini, bagi menyelesaikan kemelut yang dihadapi 23 keluarga di perkampungan itu. Surat empat perenggan bertarikh 6 Julai (semalam) ditandatangani Ketua Menteri, Lim Guan Eng dan salinannya diedarkan kepada media, petang semalam. Dalam surat itu, Guan Eng memohon bantuan kerajaan Pusat supaya menggunakan Akta Pengambilan Tanah 1960 untuk mengambil balik tanah itu bagi membolehkan 23 keluarga terus menetap di kampung berusia lebih seabad.

Beliau berkata, kerajaan negeri memang berhasrat mengambil balik tanah yang diberi milik kepada Koperasi Pegawai Kerajaan Negeri Pulau Pinang, tetapi tidak mampu kerana kosnya terlalu tinggi. Bagaimanapun, Ketua Menteri tidak menjelaskan kos pengambilan balik tanah itu. "Kerajaan negeri ingin merayu campur tangan kerajaan Persekutuan mengambil tanah itu kerana ia tidak sepatutnya diberi milikan kepada koperasi itu oleh kerajaan negeri terdahulu seperti diputuskan Exco pada 18 Ogos 2004 dan 8 Jun 2005. "Ia dibuat tanpa perundingan dengan penduduk dan harga premium yang dikira terlalu rendah, sekadar RM10 sekaki persegi ataupun RM3.2 juta," katanya.

Tapi sorryla Guan Eng...gua sokong sama PM punya statementla...

'Isu tanah masalah kerajaan negeri' - Pusat tak mahu campur tangan kerana akan jadi rujukan kes negeri lain: PM

Datuk Seri Najib Razak menegaskan isu tanah adalah masalah kerajaan negeri yang tertakluk kepada kawal selia pihak berkenaan tanpa perlu campur tangan kerajaan Pusat. Perdana Menteri berkata, bagi kes tanah di Kampung Buah Pala, Pulau Pinang, masalah berkenaan adalah dalam bidang kuasa kerajaan negeri. Beliau berkata, jika kerajaan Pusat cuba masuk campur, ia akan hanya menjadi permulaan sekali gus menjadi rujukan kepada kes yang banyak berlaku di negeri lain.

"Masalah tanah adalah hal kerajaan negeri, di bawah kawal selia kerajaan negeri. "Jika kita campur tangan, ia akan menjadi kes permulaan atau rujukan kepada kes lain. Banyak lagi kes lain kita akan diminta untuk campur tangan," katanya pada sidang media selepas majlis pecah tanah menara pejabat 50 tingkat Kumpulan Naza di Platinum Park, Jalan Stonor, di sini, semalam.

Najib diminta mengulas hasrat Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng untuk mendapatkan bantuan kewangan kerajaan Pusat bagi menyelesaikan kemelut Kampung Buah Pala. Lim kelmarin berkata, kerajaan Pakatan Rakyat akan menulis surat kepada Perdana Menteri untuk meminta bantuan kewangan bagi membolehkan kerajaan negeri mengambil balik tanah seluas 2.6 hektar yang menjadi pertikaian.

Isu tanah itu semakin serius apabila penduduk diberi tempoh sehingga 2 Ogos untuk mengosongkan tanah berkenaan berikutan keputusan Mahkamah Persekutuan menolak rayuan penduduk terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang berpihak kepada pemaju pada 11 Mei lalu. Bagaimanapun, kira-kira 300 penduduk yang mendiami kawasan itu enggan berpindah dan tetap dengan keputusan untuk terus tinggal di situ.

Dalam kes ini, kerajaan Pulau Pinang tidak mempunyai pilihan, selain mengambil balik tanah itu dengan memberi pampasan kepada pemaju sebelum diserahkan semula kepada penduduk kerana mereka enggan menerima sebarang tawaran untuk keluar dari tanah itu, manakala pemaju enggan memberi sebarang pampasan.

Gua cadang macam ni la Guan Eng:

Lu kata itu rumah Ketua Menteri ada banyak tikusla, anai-anaila, musangla dan macam-macam lagi. Lu taukah dekat Kampung Buah Pala lagi teruk dari Rumah Ketua Menteri. Tapi apa pasai sana punya orang boleh duduk, tapi lu tak boleh tahan. Lu pindah ke rumah banglo dan sebelum lu duduk sana lu kasi renovate . Itu renovation cost siapa bayar? Lu tinggal dekat itu banglo siapa bayar dan berapa satu bulan lu sewa? Ataupun lu sudah beli itu banglo? Pasai apa lu tarak berani mahu jumpa sama penduduk2 Kampung Pala? Pasai apa lu cuma hantar lu punya macai saja? Apa pasai, lu tarak beranika? Dulu masa PRU-12 lu lah yang janji macam-macam sama orang kampung, masuk rumah salam sana- salam sini. Sekarang lu pergilah salam sama mereka lagi. Gua ingat nanti lu kene kejar tarak cukup tanah lo...Nasihat gua sama lu Guan Eng, berani buat - berani tanggong! Sendiri " berak", sendiri basuh..ada faham ka!!!

Warna-warni politik
Torashah





1 ulasan:

oyabun berkata...

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menafikan bahawa beliau dan kerajaan negeri pernah berjanji untuk mengembalikan tanah kepada penduduk Kampung Buah Pala di Bukit Gelugor di sini semasa berkempen pada pilihan raya umum tahun lepas.

Menurutnya, beliau dan dua timbalannya, Mansor Ismail dan Prof. Dr. P. Ramasamy tidak pernah berjanji sedemikian dengan penduduk kampung itu tetapi tidak menolak kemungkinan pemimpin lain dalam gabungan pembangkang berbuat demikian.

"Walaupun siapa juga yang telah buat janji itu, kerajan negeri akan cuba menyelesaikan masalah penduduk di situ," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan surat pelantikan anggota Majlis Pengangkutan Negeri di sini hari ini.

Mansor dan Prof. Ramasamy, yang turut hadir pada sidang akhbar itu, beberapa kali mencelah bagi menafikan mereka pernah membuat janji sedemikian.

Sebelum ini, akhbar melaporkan bahawa penduduk kampung tersebut mendakwa pemimpin pakatan pembangkang menjadikan isu kampung berkenaan sebagai bahan berkempen pada pilihan raya umum Mac 2008 dan berjanji akan mengembalikan semula hak penduduk kampung itu sekiranya mereka memerintah negeri ini.

Pertubuhan Penduduk Kampung Buah Pala juga dilapor akan mengedarkan 20,000 keping cakera video digital (DVD) mengandungi rakaman janji yang dibuat pakatan itu dalam masa terdekat. Sambil terus menyalahkan kerajaan negeri terdahulu, Lim mahu Barisan Nasional (BN) menyelesaikan masalah yang timbul sekarang ini.

"Semua masalah ini berpunca daripada kerajaan terdahulu yang meluluskan projek berkenaan dan mereka patut selesaikannya dan bukan perangkap kita dengan janji yang saya tidak buat itu," katanya.

Sementara itu, Lim berkata kenyataan Pengarah Nusmetro Ventures (P) Sdn. Bhd., Thomas Chan berhubung kerja merobohkan perumahan setinggan itu boleh dilaksanakan tanpa kebenaran pihak berkuasa, hanya merupakan pendapat peribadinya sahaja.

"Apa yang dia cakap itu hanya pendapat dia saja dan hanya mahkamah yang boleh buat keputusan berhubung perkara berkenaan," katanya.

Nusmetro Ventures merupakan syarikat pemaju projek pembangunan di kampung tersebut.


Bertempat di Bandar Saujana Utama, Kuala Selangor

Bertempat di Bandar Saujana Utama, Kuala Selangor